Wednesday, November 6, 2013

PCOS kata doktor VI

Assalamualaikum

Aku datang semula ke KL semata untuk mengambil suntikan pada 11 Oktober. Sama seperti last visit, aku diberi keistimewaan boleh potong Q sebab datang cuma nak ambil suntikan.

Source : Google image
Kalau tak silap aku, yang hok 3.75mg tu untuk sebulan sekali, yang hok 11.25 mg tu untuk 3 bulan sekali.


Suntikan lucrin 3.75 mg tu aku kena ambil sebanyak 3 kali.

Lucrin : RM 421 x 2 (Satu dapat free)
Consultation cost : RM184 x 3

Doktor nasihat aku supaya beli Lucrin daripada Hospital Pusrawi sebab harganya lebih murah. Murah RM100 kot. Ramai blogger yang bercerita tentang suntikan Lucrin ni. Tapi kebanyakan untuk mengecutkan endometriosis. Tapi doktor suruh aku ambil untuk buka semula tiub. Aku layan kan sahaja sebab mana aku tahu perihal kedoktoran ni. hahaha

Pesanan doktor setelah mengambil suntikan Lucrin:

1. Setiap kali bersama mesti menggunakan protection.

- Doktor kata Lucrin bukan pencegahan kehamilan, tapi kalau mengandung dalam tempoh suntikan Lucrin, kemungkinan besar bayi akan mendapat kesan seperti cacat . Nauzubillah.

2. Lucrin akan buat badan jadi panas meruap dan senang nak melenting

- Tapi memang panas pun. Kadang-kadang dalam aircond pun tetiba badan aku jadi panas macam baru lepas berlari 1 KM. Masa tu kena duduk bertenang dan akan ok semula. Kepala aku pun selalu berdenyut dan selalu penat.

3. Lucrin akan buat badan kita jadi sakit-sakit seperti orang tua

- Doktor awal-awal lagi pesan supaya aku ambil calsium with vitamin D dan mengamalkan multivitamin. Aku beli multivitamin for woman. Dua-dua vitamin ni aku beli dekat farmasi jenama kordel's. Doktor kata Lucrin akan ambil 3.5% calsium badan

4. Sepatutnya setelah mengambil suntikan ni period aku akan berhenti selama 3 bulan.

- Sebelum ambil suntikan pertama aku dah period, dan doktor kata bagus sebab selepas ni kemungkinan besar period tak keluar. Tunggu dan lihat sahaja lah. Dalam pembacaan aku, ada yang mengambil Lucrin untuk 6 bulan dengan 2 kali suntikan. Makna nya, mereka akan ambil suntikan yang bertahan selama 3 bulan. Macam hok aku tu, suntikan tu bertahan 28 hari je dan kena ambil 3 kali.

5. Aku kena amalkan pemakanan yang sihat dan kena diet.

- Sejak ambil Lucrin ni, aku rasa aku kurang selera makan. Ada juga yang aku baca mereka kata turun berat badan. I hope so :D dan aku dah jadi super pelupa. Aku balik kampung untuk 4 hari dan aku lupa tutup lampu dapur. Dan ada sekali tu aku lupa tutup tingkap bilik.  Tapi betul ke aku lupa atau......

Aku baca blog dan group endometriosis, ramai kawan-kawan kata kena pantang soya, susu dan sebagainya. Doktor tak pesan apa-apa pulak dekat aku. Sebab banyak kali jugak aku tanya apa yang aku kena pantang, dia kata apa yang sebelum ni aku tak tahan makan, so jangan makan. Kalau sebelum ni ok, bedal je la. hehehe

Tapi nawaitu aku kan nak berdiet. Sekarang memang aku control sikit pemakanan aku. Risau jugak cyst tu naik semula. Tapi aku pernah baca endometriosis takda ubat, kecuali kita buang ovari baru semua akan berakhir. Astagfirullahalzim.

Cuma masa aku tanya nak pakai cream rawatan nano technology (Tak perlu la aku mention apa jenama dekat sini) doktor kata, selalu nya cream yang boleh digunakan untuk kecantikan kebiasaanya mengandungi hormon estrogen. Estrogen ibarat memberi makan kepada endometriosis tu. Doktor kata kalau itu ubatnya, dah lama dia bagi sebab cream seperti itu ada je dekat hospital. Maybe ada testimoni yang berjaya tak mengalamai masalah endo ataupun sudah sampai rezeki mereka.

Sebelum inject doktor sempat cakap yang dia berharap sangat tiub aku terbuka semula, kalau tak aku kena cuba IVF untuk mengandung. Cost bukan murah dan bukan 100% berjaya. Kalau doktor dah berharap begitu, ini kan pulak aku. Yang tak pernah berhenti berharap

Tapi aku percaya, aku sedang diduga, Allah nak tengok kesabaran hamba Nya. Jangan berhenti berdoa.

Jumpa next appointment pada 8hb Nov ni.

## Kalau aku salah fakta ke apa, sila la rujuk doktor semula k, aku bagitahu dan kongsi apa yang aku tahu dan apa yang aku faham. hehehe

Bersambung nanti :D 

1 comment:

  1. salam..nak tye psl lucrin yg awk beli kt hosp puswari 2?mcmne cara nak beli lucrin?pg trs ke farmasi dia je ke?

    ReplyDelete