Wednesday, November 6, 2013

PCOS kata doktor IV - Part I

Assalamualaikum

Pada hari Selasa 24 Sept 13 check in lah aku ke Hospital Pantai. Masa aku check in makanan terakhir yang aku ambil adalah bubur nasi jam 12 pm. Dan aku hanya boleh makan roti sehingga pukul 6 petang. Dan aku hanya boleh minum air masak sahaja selepas itu. Pukul 9 malam aku start kena minum ubat untuk bersihkan usus. Botol kecil je pun tapi rasa nya hanya Allah sahaja yang tahu. wek wek wek

Beberapa lama lepas minum ubat tu, start la aktiviti aku ke tandas, memang dah tak keluar apa dah. Pukul 6 pagi, aku kena minum lagi sekali. Oh pitam masa tu memang aku rasa perut aku dah kempis. Hahaha

Masa aku mula-mula check in aku perasan dekat gurantee letter insurance company aku cuma cover up to 10k. Aku pun macam terkejut la sebab doktor anggarkan pembedahan aku ni dalam 13k ke 15k. Woo, mana cekau lagi 5k wei. Kalau ada pun idok la aku nak perabis dekat hospital ni sebab aku ada insurance peribadi.

Rupa-rupa nya insurance company aku cover untuk 20k tapi dia split kepada dua bahagian. Maknanya sekali admit memang sampai 10k sahaja dan kalau lebih kena tambah. Selepas 45 hari baru boleh claim semula up to 10k. Dan kami pun decided untuk hold dulu insurance company sebab kena topup. Aku mulakan proses untuk insurance peribadi, tapi yang paling sakit hati dia kata polisi aku ni baru dan kena ada investigation dahulu baru boleh keluar GL. Pagi rabu tu sepatut nya aku berehat sebab petang nak operate kan tapi aku terpaksa turun naik dan call sana sini untuk settle kan Insurance.

Padahal Insurance aku tu dah melebihi tempoh 120 hari dan aku tak pernah ada sejarah sakit cyst2 ni semua. Sebelum Insurance keluarkan GL, mereka minta doktor keluarkan final report. Menurut doktor pulak, final report hanya boleh dikeluarkan selepas pembedahan. Doktor kata insurance seolah-olah mintak dia menipu untuk keluarkan report sebelum pemdehana kan.

Aku pun dah pening, masa tu rasa dah give up. Insurance company cover sampai 10k je, insurance peribadi pula, nak kata tak pun tidak, nak kata yer pun tidak. Masa tu aku dah rasa macam nak balik je, lantak le takda rezeki kan. But Allah knows the best. Doktor bius aku iaitu Dr. Nazri pun tahu dengan masalah Insurance aku ni sangat bersimpati. Dia kata proceed dengan Insurance company dan dia akan cuba cut cost pembedahan. Maybe aku cuma perlu tambah rm2500.

Aku bincang dengan Hafiz dan kami pun bersetuju. Alhamdulillah sebab ditemukan dengan doktor-doktor yang sangat baik :) Sebab Insurance punya pasal, aku sepatut nya jadi orang pertama bertukar jadi orang yang terakhir. Pukul 4.30 aku ditolak ke bilik bedah, aku rilex je la tapi seperti dijangka mak aku buat drama air mata sikit. Dah pesan awal-awal toksah nangis, tapi nangsi jugak.

Dalam bilik bedah tu, seingat aku nurse tu letak aku diruang menunggu lebih kurang setengah jam. Lepas tu aku ditolak masuk dalam bilik bedah. Jakun sekejap tengok kiri kanan doktor dengan nurse semua in blue dan bertopeng. Hahaha

Aku nampak doktor Adilah, sempat dia tanya lagi.

"Hafizah betul ke nak bedah ni?"

Aku jawab la

"Saya dah sampai ke sini doktor"

Lepas tu aku nampak doktor Nazri datang, dengan riang tanya aku..

"Hi dear, Are you ready?"

Lepas dia cucuk ubat dekat lengan aku, aku terus rasa sesak nafas dan nurse terus masukkan gas dan aku pun hanyut. Aku sedar-sedar je aku ada dalam bilik pemantaun selepas pembedahan. Masa tu aku rasa sejuk dan sakit sangat dekat perut. Tak lama lepas nurse masukkan ubat tahan sakit rasa lega sikit dan aku separa lalok. Nurse cakap sekarang pukul 8.30 pm dan kalau aku stabil depa akan tolak aku ke wad.

Bersambung nanti..


No comments:

Post a Comment