Friday, January 12, 2018

Nur Hasya Ariana binti Mohd Norhafiz

Assalamualaikum

Lama nya tak update. Post percutian ke Japan pun tak siap-siap. Tapi aku tetap sayang blog aku ni. hehehe
Aku baca je komen-komen yang ditinggalkan. Kebanyakkan kisah IUI aku la. Ramai je kawan-kawan yang berusaha nak dapatkan zuriat sendiri.

Kisah perjalanan TTC (Try to conceive) aku --

2012
Aku dan suami diijabkabulkan. eceh
Tapi bulan demi bulan masih belum ada tanda nak pregnant. Kawan-kawan yang saing2 berkahwin semua dah morning sickness. Okeh la orang kata baru lagi kan. Belum setahun lagi. Tambahan tiga bulan lepas kahwin hafiz dah start kena outstation jauh-jauh. Jumpa on weekend je. Masa kena outstation dekat Sarawak jumpa dua minggu sekali je. Kalau jumpa pun masing-masing dah letih. So orang kata PJJ pun salah satu faktor menyumbang lambat dapat anak --

2013/2014/2015 
Lepas setahun, kami terus jumpa pakar. walaupun ada yang kata masih awal. Macam2 usaha kami buat. Laparoscopy surgery, jumpa ustaz, mengurut, makan ubat, makan supplement, IUI. Pantang orang kata ada tempat bagus kami pergi, supplement tu bagus kami makan. Semua usaha bertambah susah bila Hafiz masih lagi kena outstation jauh-jauh. Sejarah IUI, Laparoscopy semua ada dalam blog ni. Dalam tempoh ni orang lain semua habis duit beli keperluan anak tapi kami habis duit nak usaha dapatkan anak. Bahagian masing-masing yang penting kena positif dan usaha. Duit dan masa semua macam air. Cost rawatan untuk fertility insurance tak cover yer so memamg kena pandai-pandai sendiri. Kalau rasa ada lebih sikit boleh terus pergi private hospital, kalau tak ada boleh je pergi government hospital tapi kena bersabar sikit lah. Orang kata setimpal la dengan apa yang kite bayarkan. Setelah 3 tahun all out akhirnya kami memperlahankan usaha dan redha. Sebab utama aku kesian dekat badan aku ni, asik kena cucuk sana sini. Makan ubat itu ini. Buat rawatan fertility ni umpama kite berharap so bila tak jadi kite akan rasa sedih dan kecewa. Itu normal. Bukan tak percaya pada rezeki dan qada dan qadar. Tapi sebagai manusia biasa kite mesti akan rasa sedih. Cuma bila selalu berhadapan dengan ujian macamni, kite akan lebih kuat, belaja erti redha, bersabar dan jangan mudah putus asa. Allah uji sebab Allah sayang. Dengan ujian Allah kita akan tahu sejauh mana kekuatan kite. Ini aku dengar DMFK cakap dalam radio pagi tadi. 

Aku perasan dekat sini masa kami tengah kusyuk buat rawatan. Allah bagi rezeki gaji yang lumayan sebab hafiz asik outstation. Aku pun sama. Setiap bulan ada je kena keluar. So duit memang ada dan dapatlah kami buat rawatan dengan pakar dekat private dan dua kali buat IUI. Tapi belum ada rezeki anak --

Tahun 2015 jugak aku dapat perkhabaran duka yang aku kena VSS sob sob. Ini pun salah satu sebab kena kami memperlahankan rawatan. Tapi dua minggu je aku jadi penganggur lepas tu terus dapat kerja jadi cikgu sementara dekat sekolah depan rumah. Heaven giler. Tak payah bersesak dengan jammed. Budak sekolah cuti aku pun cuti. Masa ni hafiz outstation dekat Bintulu. Ada lagi dua bulan aku keje jadi cikgu lepas tu aku dapat tawaran keje dekat tempat aku keje sekarang ni. Alhamdulillah

Semua citer rawatan yang lebih details ada dekat previous entry.


2016 
Walaupun memperlahankan usaha bukan bermakna berhenti berusaha. Last option kami nak buat IVF. Register dekat LPPKN. Aku call bulan dua belas dan dapat first appointment bulan dua. Kira oklah tu kang aku kata kalau dengan government clinic kena banyak bersabar dan kena rilex2 je. Sebab kami pun nak memperlahankan usaha so kite pun rilex-rilex jelah. Walaupun dekat LLPKN kalau nak buat IVF kalau tak ada 10k jangan nak berangan. So jangan pandang enteng usaha org buat IVF yer. Bersyukurlah kalau korang boleh dapat zuriat tanpa perlu mengeluarkan belanja. Bukan orang yang buat IVF ni tak power atau tak pandai tapi dah takdirnye begitu. Yang penting ada usaha dan bekerjasama satu sama lain. Rawatan fertility ni dua-dua kena bagi commitment. Bukan isteri sahaja yer. Suami jangan malu. Dan tak ada apa perlu dimalukan. U did a good job. Eh panjang pulak membebel haha
Memandangkan tabung ayam kami belum penuh. Kami rilex je dulu. Bulan tiga doktor dekat LPPKN suh check semula tiub fallopion aku. So ini kali kedua aku buat HSG test, aku buat dengan doktor yang sama dekat KPJ Tawakal. Doktor perempuan so tak ada la segan sangat yer. Tapi tetap segan jugak yer. Result lagi worst dari dulu. Both masih tersumbat. uwaaaaa tapi aku redha la sapa suh tak jaga makan dan tak rajin buat senaman. Tapi doktor cakap bukan totally tertutup cuma sempit. Jadi doktor suggest kami buat IUI lg skali. Tapi kami rilex2 dulu sebab bulan empat ada plan nak berjalan huhu. Bulan May aku tetibe sakit perut dan melalui 2nd laparoscopy. Doktor yang merawat aku kata semua dah clear dan suruh kami cuba naturally. Sebulan lepas tu selepas hampir 5 tahun we got our 1st double line. Kami berdua blur dan gembira opkos tapi Allah the best planner. Dua bulan lepas tu aku miscarriage. **Aku ada citer pasal ni dekat previous entry** Sedih yakmat tapi kami redha. Bulan 10 kami dapat pergi Japan. hikmah kot


2017
January we got our 2nd double line. Kali ni pun terkejut. Lepas 6 bulan tanpa ubat supplement tetibe lekat.  Sintom yang sama lepas bersama ada bleeding walaupun belum tarikh period. Bila aku pergi check dan Alhamdulillah. Kami terus pergi klinik tapi sebenarnya time tu belum lagi time delay period. So doktor cakap too early. Suruh tunggu lagi dua minggu dan datang scan. Tapi dugaan nak lepas 1st tri sangat mencabar. Beberapa kali bleeding dan kena GDM. InsyaAllah ada masa aku citer pengalaman aku kena GDM (diabetis semasa mengandung).

Selepas sembilan bulan bersama jarum dan insulin. Berkodi-kodi appointment dengan doktor. Enam hari warded di HKL, Mengetepikan craving dan gian nak berjalan. Tanggal 19 Sept 2017 Akhirnya we received our little angel sent from above. Alhamdulillah

Meet our Nur Hasya Ariana binti Mohd Norhafiz


Height : 52 cm abd wight : 3.48 kg


Mama dan ayah sayang awak dunia akhirat. Jadi anak yang baik, solehah, hormat orang tua dan disayangi ye. Muahhhhh

Faktor-faktor yang aku rasa kenapa aku berjaya mengandung :D

1. Allah kata masanya telah tiba. Kalau belum rezeki memang takkan dapat yer. Sebab anak ni rahsia Allah yer.

2. Masa ni kerja hafiz agak slow sebab pasaran oil and gas merudum. So dia tak ada kena pi ourstation dan hanya di KL. After 5 years, ini lah kali pertama hafiz ada dekat KL lebih daripada enam bulan tanpa pergi kemana-mana. Perasaan bila suami ada disisi tu lainmacam sikit yer, hati pun gembira je. Jadi telur pun gembira nak membesar hahahaha :D

3. Lepas aku buat laparoscopy, semua anasir dalam perut aku dah clear. Even tiub Fallopian aku pun dah tak sumbat. Tambahan doktor ada advice hafiz makan supplement. Supplement tu memang bagus untuk orang lelaki uhuk2. 

4. Lepas keguguran yang pertama aku ngan hafiz kengkonon nak amalkan gaya hidup sihat. Gigih tau pepetang lepas kerja tukar baju senam dan berlari 2KM dekat tasik perdana. Gamaknye la ini jugak penyumbang 

5. Pehtu aku makan kurma ajwa ngan minum banyak air masak. Sehari hampir 3 liter. Memang dok ulang alik ke toilet. Aku ada amalkan susu kambing tapi aku minum hok serbuk ja. Banyak dah dekat pasaran tak payah susah-susah nak cari yang original kang kot meloya haha

6. Enjoy the moments. Jangan stress. Buat je aktiviti yang kite suka yer. Lepas aku gugur ritu, aku ada booking tiket ke India. Sebelum nak mengandung kali kedua tu aku enjoy baca blog tentang percutian ke India dan buat itinerary. Buat itinerary pun aku dah happy belum lagi kena pi sana hahahaha : D

Aku rasa itu je la kot disamping doa yang tidak putus-putus dari kami suami isteri dan keluarga semua.

Terima kasih sudi membaca. Ada apa-apa soalan tanya je. InsyaAllah aku jawab nanti. Doa kan Hasya menjadi anak yang baik dan sihat ye. Amin

xoxo




Thursday, December 7, 2017

Konichiwa Japan

Assalamualaikum

** Entry ni dah lama jadi draft dalam blog aku. Aku pergi Japan Sept 2016 hehehe. Lepas setahun baru update. terokk abiss


Koniciwaaa!

Sebenarnya Japan tak pernah masuk dalam list travel aku. Hehehe sebab aku dah pernah pergi Korea, so macam sama je la kan. Tapi Hafiz beria-ria nak pergi Japan. Macam tempat impian dia lah. Dan aku perhatikan sesapa yang pernah pergi Japan mesti akan pergi lagi. So mesti sesuatu tau Japan ni.
Macam biasa, AA promo dan tetiba aku ada duit sikit. Hahaha aku pun pergi booking tiket. Sebab selalunya aku akan pergi satu negara tu sekali je patut aku cover semua tempat skali harung. So aku beli tiket landing dekat Osaka dan balik nanti daripada Tokyo untuk 7 hari 6 malam. Macam biasa la beli tiket setahun awal, memula aku berdua je dengan Hafiz tapi akhirnya bertambah jadi 4 orang sebab adik Hafiz dan kawan aku Aziyan nak follow sama. Pada mulanya trip ni bakal postpone atau batal sebab aku mengandung. Tentu aku dapat halangan nak travel tapi Allah dah tentukan, aku miscarriage so trip kali ni ON macam biasa hehehe

Entry kali ni aku share dulu budget dan details untuk kesana. Nanti baru aku share itinerary kat Japan yang super panjang. 

Flight Ticket
bye bye

Tiket aku beli RM1400 untuk 2 orang. Dalam 700 seorang. Boleh dapat murah lagi tapi sebab aku beli one way tiket (Turun Osaka dan Balik Tokyo) so jadi mahal.

D7536 - Kuala Lumpur (KUL) – Osaka/Kansai (KIX)
Wed, 28th Sep 8:00 AM – Wed, 28th Sep 3:40 PM

D7523 – Tokyo/Haneda (HND) – Kuala Lumpur (KUL)
Tue, 4th Oct 11:45 PM – Wed, 5th Oct 6:10 AM

Total untuk flight tiket adalah RM700 perpax

Accommodation
Untuk Accommodation pulak, hotel dekat Japan ni sangat lah mahal. Bilik sekangkang kera pun dah mahal. Macam biasa kalau travel aku tak amik hotel yang mahal. Asal review ok, bilik air bersih dan location okey so memang terus grab.

Hotel yang murahan ni pulak tak banyak pilihan. Yang hado semua mahal-mahal belaka.

Kami tak menetap dekat satu tempat je, akan ke beberapa daerah seperti Osaka, Kyoto dan Tokyo. So kena siapkan itinerary betul-betul dulu baru boleh booking hotel. Semua hotel aku booking through Agoda dan Booking.com

#Osaka
Dekat Osaka kami menetap dekat Hotel SunPlaza untuk tiga malam. Hotel ni tak ada katil ada tatami je. Maknanya tido atas tilam beralaskan tikar je. Bilik air pun dekat luar. Dekat dalam bilik cuma ada tilam, bantal, tempat penyidai, TV dan Peti ais. Hotel ni boleh tahan bersih dan selesa. Ada kemudahan microwave oven dan Air panas. Tapiii yang paling tak best masa nak mandi, rupa-rupanya bilik air yang free ada waktu tertentu dan waktu-waktu yang disediakan sangatlah tak best sebab bila travel awal pagi kite dah gerak, tapi bilik air yang free cuma bukak selepas pukul 9 pagi dan tutup sebelum 9 malam. Nampak tak? dah tentu-tentu la bila berjalan tengah malam baru balik. Tapi jangan risau ada bilik air berbayar yang disediakan. 100 yen untuk 5 minit hahahaha

3 nights at Osaka = RM225 per person
Hotel SunPlaza
557-0004 Osaka Prefecture,
Osaka, Nishinari-ku Haginochaya 1-2-22, Japan


cenonet je bilik nye. jadilah untuk tidur


#Kyoto
Dekat Kyoto kami akan menetap cuma satu malam sebelum berangkat ke Tokyo. Dekat Kyoto kami pilih Kessei Guest House. Good review dan hostel ni bersih. Sebenarnya hostel ni adalah rumah. Memang dekat kawasan perumahan orang pun. Hostel ni sangat bersih dan kebetulan masa kami datang tak ada tetamu lain kecuali kami. Sebab kami check in dah malam, tuan rumah pun dah balik. Dia cuma tinggalkan nota suh buat macam rumah sendiri hahaha. Tapi yang tak best pasal hotel ni, jauh sikit dari jalan besar dan agak payah nak cari. Nasib baik dalam kegelapan malam, kami menyeret badan ada papa Nobita datang membantu kalau tak tido tepi jalan je lah.

1 night at Kyoto = RM150 per person
Kessei Guest House
25-17, Imagumanohiyoshicho,
Higashiyama, Kyoto, Japan 605‐0925

Guest house ni macam homestay. Lawo 


#Tokyo
Dekat Tokyo kami akan menetap satu malam sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Ini antara hotel terbaik dan sangat menyerupai hotel hahaha. Semua benda dalam bilik. Lokasi pun bagus harga pun bagus jugakkkk.

1 night at Tokyo = RM192 per person
Hotel Nihonbashi Villa
103-0002 Tokyo Prefecture,
Chuo-ku Nihonbashi Bakurocho 2-2-1, Japan.  

Kalau diikutkan kami berada dekat Japan selama 6 malam tapi kami cuma tidur dekat hotel selama 5 malam. Ada satu malam tu kami akan naik overnight bus daripada Kyoto ke Tokyo.


Nak bentang sejadah pun tak buyehh

Total untuk Accomodation tiket adalah RM569 perpax

Food and Beverage
Untuk makanan pulak, memang dah jangka makanan dekat sana mahal. So memang kena tapau makanan segera daripada Malaysia. Macam biasalah Brahim pilihan hati, selain maggi dan roti. Dekat sana kami ada la pasang angan-angan jugak nak try japanese food macam Mee udon, takoyaki kan. So budget seperti dibawah. hehehe

RM100 untuk membeli makanan daripada Malaysia. So kena susun betul-betul menu makanan dan budget makan apa yang hendak dibeli dan dimakan. Takut tak cukup atau berlebih nanti buat berat beg je. Kami beli nasi segera dekat 7eleven/family mart dekat Japan, nanti cuma panaskan dalam microwave dan makan dengan lauk Brahim. Masing-masing kena bawak tupperware sendiri dan nanti singgah dekat mana-mana park terus je makan. Ada jugak beli nasi goreng brahim. Ada macam-macam jenis. sedap dan kenyang pulak tu. Easy going pulak tu. Pagi-pagi sebelum keluar panaskan dalam microwave dekat hotel, masukkan dalam tupperware dan angkut. Bila lapar terus ngap. Untuk breakfast pulak sebelum keluar makan siap-siap dekat hotel. Jangan lupa bawak jajan sebab jalan banyak lapar sokmo kat sana mana ada orang jual goreng pisang, kot ada pun makanan depa mahal gilos atau tak halal. Paling-paling pun aku layan makan onagiri beli dekat family mart atau 7eleven. Amik flavor tuna. sedap yakmat. Memang lain dengan rasa dekat Malaysia. Total collection untuk food dan beverage adalah RM200 seorang.

  • Food bought from Malaysia (Maggie, Brahim, 3+1, AA meals, etc) = RM100
  • Japanese food (Sushi, Takoyaki, Mee Udon, Kebab/creeps) = RM100
Mee Udon I miss u

Total untuk food and beverage adalah RM200 perpax

Pass and Transportation fare
Okeh, walaupun transportation dekat Japan ni canggih tapi harga nya boleh tahan jugak yer. Kalau ke Japan budget pengangkutan kena belanja lebih sikit.

#Osaka
Kansai airport to Shin-Imamiya station = 920JPY / RM40
  • Tiket train daripada Kansai airport ke station paling dekat dengan hotel kami (Shin-Imamiya station). Ada banyak pilihan sebenarnya tapi kami pilih train ni sebab ada station yang dekat dengan hotel kami. Train ni mcam ERL.
Osaka-Namba station to Kintetsu-Nara station = 1120JPY / RM50
  • Tiket train pergi dan balik daripada Osaka ke Nara Station. Selain daripada Kintetsu kita boleh naik JR lines. 
Osaka Amazing 2 days Pass - 3000JPY/ RM120
  • Okeh pass ni memang sangat berbaloi okeh. Sebab pass ni cover lebih kurang 30 attractions secara percuma dekat Osaka dan termasuk transportation sekali. website click here 
Shin-Osaka Station to Kyoto Station = 1420JPY / RM60
  • Tiket train shinkasen daripada Osaka ke Kyoto. Merasalah naik walaupun cuma 10 minit je dah sampai hihi. Ada banyak lagi option yang lebih murah. Boleh naik keretapi biasa tapi kami nak merasa naik shinkansen terpaksa la bayar mahal sikit hehee
Merasalah naik shinkasen. Tengok muncung dia

#Kyoto
Kyoto City bus One day pas - 1000JPY/ RM40
  • Kami beli pass ni semasa dekat Kyoto. Pass ni cuma cover bus dekat Kyoto dalam kawasan flat fare zone. Pengangkutan utama dekat Kyoto adalah bus. Train sangat kurang. Jadi memang wajib beli pass ni untuk lebih jimat.
Kyoto Station to Saga-Arashiyama Station = 240JPY / RM10
  • Tiket train untuk ke Saga Arashimaya Station
Saga Torokko station to Kameoka Torokko station = 600JPY / RM25
  • Ini tiket untuk romantic train. Pada aku tak romantik pun sebab laju giler. Kami ambik sehala je.
Romantic train.

Kameoka Torokko station to Arashiyama Torokko station = 240JPY / RM10
  • Tiket untuk patah balik ke Arashiyama station. Tiket ni lebih murah
Kyoto Station to Inari Station = 140JPY / RM6
  • Tiket untuk ke Inari station. Tempat yang ada tiang-tiang warna oren tu
Inari Station to Kyoto Station = 140JPY / RM6
  • Tiket untuk patah balik ke Kyoto Station dan naik overnight bus ke Tokyo
Overnight bus from Kyoto to Tokyo - RM280 per pax
  • Memandangkan kami nak jejakkan kaki ke Tokyo dan akan balik dari Tokyo, jadi kami kena beli tiket bus yang bapak mahal ni. Hahaha padahal bukan la jauh sangat pun dalam 7 jam perjalanan je. Banyak option lain nak ke Tokyo sebenarnya. Boleh naik domestik flight yang harga nya lebih kurang naik bus kalau beli awal dan boleh naik shinkanshen. Tapi naik shinkansen sehala je dah RM500. So memang tak berbaloi. Kami pilih overnight bus sebab kami nak tidur dalam bus dan esok pagi dah boleh terus jenjalan. Jimat satu malam untuk hotel. Bus dia selesa tapi agak sempit untuk luggage. Ada tandas dan sangat punctual okeh. Kami pilih willer express. Website click here 
Overnight bus. ada kelambu

#Tokyo
Tokyo Metro 24-hours Ticket - 800JPY/RM35
  • Semasa dekat Tokyo kami beli pass ni untuk transportation. Unlimited pass ni valid untuk semua subway lines bawah syarikat Toei dan Tokyo Metro je. Untuk JR lines tak buyeh yer. Dekat tokyo ni agak pening sikit tengok lines dia sebab terlalu banyak jenis trains dan melingkau-lingkau.
Shinjuku Station to Hotel Nihonbashi Villa = 170JPY / RM7

Hotel Nihonbashi Villa to Odaiba = 340JPY / RM15


Statue of Liberty Tokyo to Hotel Nihonbashi Villa = 340JPY / RM15


Takeshita Street to Shibuya Station = 140JPY / RM6


Shibuya Station to Haneda International Airport = 580JPY / RM25



#Hakone
Hakone Freepass + Surcharge Romancecar (1-ways)  - 6030JPY (5140JPY + 890JPY) / RM250
  • Odakyu Line Express (normal fare) from Hakone-Yumoto to Shinjuku already included in the freepass. Pass ni kami beli untuk ke Hakone daripada Tokyo. Untung tau pakai pass ni sebab cover pelbagai transporation dekat hakone. 

Total untuk pass dan transportation fare adalah RM1025 perpax

Admission Fees
Masa nak buat itinerary mesti lah tahu lakosi atau attraction places yang kita nak pergi. Masa tu kena check sama ada tempat tu termasuk dalam pass atau kena beli tiket asing. 

#Kyoto

  • Kiyomizudera Temple - 400JPY / RM17
  • Kinkakuji (Golden Pavilion) - 400JPY / RM17
Total untuk admission fees adalah RM34 perpax


Locker
Percutian ke Japan kami tak stay satu tempat dan banyak pindah randah. Kadang-kadang kami sampai daerah tu sebelum waktu check in hotel. Jadi kami terpaksa letak luggage dan bag kami dekat locker. Takkan nak angkut beg sebesar-besar anak gajah tu jenjalan. Patah tulang belakang. hihi
Dekat Japan locker ni sangat mudah dijumpai okeh dan sangat canggih.



  • 2X Kyoto station – 1400JPY / RM15 per person
  • 2X Shinjuku station – 1400JPY / RM15 per person


Total untuk locker adalah RM30 perpax

Estimation Grand Total = +-RM2558 perpax

Ni cuma estimation dan guideline perbelanjaan sebelum kami berangkat yer. Dan sudah tentu ada pertambahan sebab tersalah beli tiket train, sesat, tetibe naik teksi :p dan pertukaran plan. Yang penting kena ada guideline supaya budget kite tak tersasar jauh. Japan memang kena ada budget yang agak besau yer. Kami yang dah sehabis jimat ni pun habis almost 3k sorang termasuk tiket flight. 

Monday, January 16, 2017

Pregnant, miscarriage dan MHM

Assalamualaikum

Dulu masa awal-awal perkahwinan, memang teruja nak check UPT setiap kali lewat period. Sebulan dua bulan dan sehinggalah setahun. Kami ambil keputusan nak buat checkup. Bila dah start buat checkup dan dah menjalani macam-macam procedure. Laparoscopy, HSG, IUI makan ubat urut sana sini. Cucuk sana sini. Tapi masih belum berjaya. Setiap kali period datang aku nangis. Hati ni hanya Allah je yang tahu. 

Mental down. Semua orang tak dapat tolong kecuali diri kite sendiri. Kuatkan semangat percaya pada qada dan qadar. Rezeki Allah tu luas. Saban tahun kami suami isteri jadi semakin matang, hidup mesti diteruskan. Apa yang kite nak buat kalau Allah belum bagi anak? Meratapi? Guling atas lantai?
Semua tu takkan ubah takdir. Apa yang aku dengan hafiz buat adalah berdoa, berusaha dan menjalani kehidupan seperti biasa. Mulut orang? Persetankan

Tipulah kalau kata tak sunyi. Tapi aku isilah kesunyian tu dengan benda yang aku suka. Seperti tengok cerita Korea ke hehehe Tipulah tak terasa hati dengan kawan-kawan sebab ayat yang biasa aku dengar kalau aku buat apa-apa aktiviti. "Ko bolehlah belum ada anak". Hello ini bukan yang aku mintak tapi ni yang Allah bagi. Ko pernah rasa ke perasaan tak ada anak? Nak rasa ke?
Tipulah tak jatuh kesian pada suami, dan keluarga mentua aku sebab belum ada cucu.

Tapi semua tu aku dah tak fikir lagi. Sebab diluar kawalan aku. Sebab aku percaya kalau pergi doktor yang terbaik pun kalau belum rezeki Allah tak bagi jugak. Tapi jangan berhenti berusaha yer. 

Tahun 2016, kami start appointment dengan LPPKN. Sebabnya sekarang ni dah tak kisah appointment lambat ke cepat. Pasal LPPKN nanti aku citer. Masa rawatan dekat LPPKN yang paling menyedihkan aku ada repeat buat HSG dekat tawakal hospital tapi doktor kata keputusannya agak mengecewakan. Tiub Fallopian aku tersumbat semula. Lebih teruk daripada yang dulu. Padahal lepas laparoscopy dulu tiub dah ok lepas aku amik lucrin. Down  
So IVF lah jalan penyelesaiannya. Nak buat IVF dekat LPPKN tapi tabung belum cukup so kami postpone dulu apa-apa rawatan. 

Bulan May, tengah aku siap-siap nak pergi kerja tetiba perut aku sakit yakmat, Aku pernah rasa sakit cmni sebelum buat laparoscopy. Memang rasa nak matikk. Meleleh airmata aku. Hafiz terus cakap tak payah kerja dan pergi klinik. Dekat klinik doc scan perut aku tapi sebab bukan doktor pakar dia tak nampak apa-apa. So dia suggest aku pergi ke hospital. Aku nak pergi hospital pusrawi tapi tak ada doktor perempuan. Kebanyakkan gynee dekat KL ni adalah lelaki. So aku try call hospital pantai nak jumpa dengan Dr. A semula tapi Dr. A tengah cuti masa tu. So aku tanya doktor perempuan mana yang available. Nurse tu cakap Dr. Aqmar suraya so aku pun proceed je lah.

Lepas lunch aku pun jumpa lah dengan Dr. Suraya. Dia scan perut aku macam biasa dan nampak ada ketulan sebesar 5 cm dekat ovary aku. Sebab tu lah aku sakit. So dia nasihatkan aku supaya remove ketulan tu. Kena buat laparoscopy. Again!
So dia setkan tarikh laparoscopy lagi dua minggu. Aku redha je lah sebab aku bukan jenis penakut tapi orang dekat sekeliling aku lah yang macam cuak-cuak je sebab nak operate kali kedua.

Cyst sebesar 5 cm
Laparoscopy kali kedua went well. Aku tak ada malasah dengan insurance dan sebagainya. Operation pun berjaya. Tapi yang pelik doktor kata tak ada pun ketulan 5cm tu. Jenuh dia mencari hahaha. Cis macam sia-sia lak aku buat laparoscopy. Katanye mungkin ketulan tu dah pecah. Tapi aku tengok dekat dalam video rakaman tu memang ada ketulan kecik tapi dah tinggal size 2 cm dekat ovari. Yang tu dah berjaya dibuang. Tapi yang mengejutkan dia kata tiub aku tak tersumbat dan dia berjaya flush. Lepas tu kata nye ovari aku dah cantik. Alhamdulillah

Aku dapat MC 21 hari. Yabedabedu. Aku naik kerja semula 1st day puasa dan masa tu jugaklah period aku menjengah. Masa followup tu doktor taknak aku makan apa-apa ubat. Since dia tahu aku nak buat IVF tapi tabung tak penuh dia suruh aku buat secara natural. Dia suggest kan suami makan Tribestan. Ubat ni bagus untuk sperm suami yer. Dia siap call prof dia dekat HUKM untuk mintak pendapat. Aku pulak dia suruh makan Metformin. Metformin ni bagus untuk PCOS nak control gula yer. 

So kami pun ok lah. First day kerja, first day puasa tapi aku tak boleh puasa, Tak boleh puasa tapi kalau dah semua orang berpuasa mestilah ko tak leh makan. So aku pun makan la ubat tu sebelum pergi kerja, sampai kerja aku mengalami cirit birit yang amat dasyat. Lembik badan aku wei. Mengalahkan orang berpuasa. Tak pernah-pernah aku tidur dekat office. Dah la ari pertama masuk kerja lepas MC panjang.

So aku stop la makan ubat tu dan menjalani kehidupan berpuasa seperti biasa sehingga pertengahan bulan ramadhan Ayah aku dijemput ilahi. Ada dekat previous post. Aku amik cuti panjang sehingga hari raya. Lagipun masa tu lagi 9 hari nak raya kan.

Beberapa hari sebelum raya tu, aku mengalami masalah buang air kecil. Asyik keluar sikit-sikit. Merana aku dalam bilik air. Masalahnya pagi-pagi ok tapi berganjak pukul tiga start la sakit dan berulang alik ke tandas. Dah pukul 3 nak makan atau nak minum pun rasa sia-sia so aku terpaksa meneruskan puasa. Akhirnya aku tewas, pergi ke klinik dan doktor cakap memang biasa terjadi sebab bulan puasa kita kurang minum air. Aku pun ok je lah walaupun sebelum-sebelum ni tak pernah jadi pun. Yelah dah berapa puluh tahun pulak aku berpuasa.

Sebelum puasa aku dok berkira-kira yang aku akan datang period awal bulan dan akhir bulan. So sepatutnya banyak la yang aku ganti. Tapi aku pelik jugak napa period aku tak datang-datang. Tapi sebab dah menjalani kehidupan selama empat tahun ni bila check negatif memanjang so aku buat tak tahu jelah.

Lepas ayah aku meninggal mak aku selalu buat tahlil time berbuka. Makanan semua sedap-sedap termasuklah air tebu dan air gas. Aku layannnnn je

Hari raya menjelma. Hari raya paling sedih sebab ayah dah tak ada. Kami sambut jugak cuma tak berapa meriah. Cuma yang bestnya semua adik beradik aku ada. Semua postpone balik kampung. Turn beraya dah jadi kucar kacir. hehehe

Raya tanpa ayah sobs

Sebab terlalu  busy selepas ayah aku meninggal dan hari raya pulak tu, so kami memang tak ada masa nak bersama. Tapi bila ada peluang, keesokkan harinya dekat panties aku macam ada blood stain. So aku ingat aku dah nak period lah. Sebab dah delay beberapa hari ni. Sepatutnya datang time hujung posa tapi takada. Lepas raya pun tak ada. Biasanya lepas kuar blood stain , akan kuar period yang banyak tapi kali ni tak ada. Aku pun solat macam biasa. Bila dah balik KL sebab cuti raya dah habis. Hari isnin kalau tak silap. Dah dapat katil sendiri kami pun ada lah bersama lagi, Again kuar lagi blood stain tu. Time ni aku dah mula syak yer. 


Aku terus korek UPT stok lelama aku dalam kotak. Tapi tak ada. Yang ada cuma HCG test. Aku beli bundle untuk test time kesuburan. Time tu berkobar-kobar tapi sekarang dah malas so benda tu berlambak-lambak lah. Aku pun just try celup je. Sebab ada orang kata, HCG test kalau kite buat test tu selepas waktu subur kiranya waktu sepetutnya kite period tapi kuar double line maknanya mengandung. Tup tup aku buat memang kuar double line. Aku terkejut yakmat. So aku rilex-rilex je dulu. Aku berusaha cari kot-kot ada UPT test terselit-selit. Sekali jumpa! Yeay terus buat test malam tu jugak tak payah tunggu subuh-subuh. Sekali memang terkejut bila kuar double line. 4 tahun beb aku tunggu. Terus jerit panggil Hafiz. Tapi reaksi dia macam blur hahaha. Sebenarnya aku pun blur. Nak kata teruja sangat tu tidak lah lebih pada terkejut. 

Aku ajak Hafiz g klinik. Hafiz kata rilex dulu takkan nak pergi memalam ni. Dasar tak menyaborkan. Malam tu aku tak boleh tidur tau. Macam-macam aku fikir. Seram sejuk pun ada. Esoknya aku buat keputusan nak pergi klinik. Aku tahu hafiz taknak aku terlalu teruja kang kot salah aku sedih. Tapi aku cakap dekat dia, aku ni jenis yang tak suka hidup dalam tertanya-tanya. Dulu lambat sangat dia approach aku sebagai GF, aku yang tanya dia apa status aku sebenarnya hahaha. So, kali ni pun aku tak suka bertanda tanya. Kalau mengandung Alhamdulillah kalau tak kena tahu lah kenapa period aku tak datang-datang lagi. Aritu lepas laparoscopy, sebulan lepas tu cun je kuar terus, la ni dah sangkut pulak. 

So Hafiz pun akur dan suh aku buat appointment petang tu. Aku call klinik Dr. Aqmar, biar doktor yang sama sebab baru sebulan aku buat laparoscopy dengan dia kalau ada apa-apahal senang la dia nak adivce. Petang tu kami jumpa dia. Dia macam terkejut sebab kalau ikutkan appointment untuk follow up laparoscopy lagi sebulan. So aku ceritalah apa yang terjadi. Dia macam excited sangat. Macam tak percaya tengok UPT aku tu. Aku snap gambar la tak ada la aku bawak kehulu kehilir. Siap tanya UPT aku tak expired kan hehehe. dan dia ajak aku buat scan terus

Berdebar-debar tau masa ni, sekali dia scan aku dengar mulut dia cakap "Alhamdulillah, itu dia" aku macam tak paham sangat sebab hitam putih je yang aku nampak. Rupa-rupanya dah nampak katung T_T
Ya Allah meleleh air mata aku wei. Aku tengok doktor pun macam gembira sangat. Hafiz pun gembira tapi blur. Masa tu doktor kira dah 5 minggu. Ya Allah dah 5 minggu budak kecik ada dalam perut aku. 

Masa dah duduk dekat meja doktor dan nak dengar apa nasihat doktor. Hafiz boleh kuar soalan yang sangat blur. Dia tanya "Berapa percent mengandung ni doktor" hahaha doktor pun macam terkejut, 100% lah mengandung, kan dah nampak katung tu. So doktor pun bagi la beberapa nasihat dan suruh datang lagi 2 minggu. Masa tu dah sangat teruja terus la semua sakit datang. Lebih kepada sakit mengada-ngada hahaha. Hafiz masih tak percaya lagi dan suruh aku beli UPT yang canggih. Yelah aku pun beli la clearblue lagi tau. Balik rumah result yang kuar pun sama jugak, pregnant 3 weeks +

Kenangan terindah. Alhamdulillah


Alhamdulillah :)))))))))))))

Patutlah bulan Ramadhan tu aku kena kencing sikit-sikit, period delay dan bila bersama keluar blood stain. Itu petandaa. Tapi sebab taknak kecewa aku abaikan je lah. Mintak maaf yer baby tak jaga awak elok-elok.

Allah amik ayah aku dan dia gantikan dengan berita gembira ni. Aku tak boleh stop daripada bagitahu dekat mak aku. Nangis-nangis mak aku tau. Aku cuma bagitahu pada famili dan kawan-kawan baik aku je. Masa ni aku tak ada mengalami apa-apa alahan dan aku sangat bahagia. Aku dah download apps pregnancy, survey barang-barang baby (padahal baru 5 minggu hehehe) dan jaga pemakanan aku. 

Setiap dua minggu aku pergi check dekat pantai. Pantai tau. Memang duit macam air. Insurance tak cover untuk pregnancy. Aku baru berkira-kira nak belot dan nak pergi hospital lain. Tapi aku cakap biarlah besor-besor sikit. Sebab tak menyabor, aku ada jugak buat check up dekat hospital UMRA dekat Shah Alam dan dah bercadang nak bersalin dekat situ.

Tapi.........

Perkembangan baby aku macam tak berapa memberangsangkan lah. Size dia membesar dengan sangat perlahan. :(
Tapi mak aku kata sebab aku ni slalu sangat pergi scan cuba buat tak tahu je, Orang dulu mana ada scan-scan. Sedar-sedar dah nak bersalin je tak tahu pun jantina apa. 

12 August 2016
Aku pergi appointment semula dengan Dr. Aqmar, masa ni doktor dah cakap aku kena bersedia. Perkembangan dia macam dah berhenti. So, kemungkinan ada 50-50 je. Doktor tak suggest apa-apa dia cuma suruh tunggu lagi dua minggu. Kalau masih sama makna nye aku silent miscarriage. Sedihnya rasa hati. Aku balik rumah dengan linangan air mata. Aku tak puas hati aku ajak hafiz pergi hospital UMRA petang tu jugak. Dekat UMRA, doktor pun cakap baby aku tak membesar. Dia nasihatkan aku supaya redha. Katanya baby yang tumbesaran yang tak cantik, mungkin akan ada effect bila dia lahir nanti. Sama ada cacat atau kalau bukan sekarang dia pergi mungkin bila kandungan dah besar nanti, masa tu lagi sedih. Aku pun pasrah
Tapi doktor suruh tunggu dua minggu jugak. Tunggu samaada baby akan keluar sendiri atau kena keluarkan kalau selepas dua minggu masih tak besar lagi.

Petang tu sepatutnya aku kena balik Ipoh sebab nak ikut rombongan merisik adik ipar aku dekat Kedah. Dalam perjalanan balik ke Ipoh kami suami isteri dah muhasabah diri. Aku menangis sampai bengkak-bengkak mata sehinggalah sampai satu tahap aku redha apa ketentuan-Nya. Aku buat macam biasa je, 

13 August 2016
Aku pergi rombongan merisik dan ada hati lagi nak ke Padang Besar. Biasalah aku kan kaki jalan. Dekat padang besar aku macam aktif sangat kesana kesini.
Aku tak ada rasa sakit ke apa. memang nampak sihat je. Tapi aku dah hint-hint la dekat mak aku pasal baby aku tak membesar ni. Mak aku suruh doa je. Selagi tak kuar selagi tu masih boleh diselamatkan.
Dalam perjalanan nak balik semula ke Perak, kami singgah dekat R&R sebab nak solat. Selalu nye aku solat atas kerusi, tapi sebab time tu ramai orang aku solat macam biasa. Terasa senak jugak lah perut ni. Lepas solat baru aku pergi tandas. Dekat tandas aku nampak dekat panties ada ada blood stain. Dalam hati aku dah sampai masa ke ni
Dalam kereta aku bagitahu dekat Hafiz dan aku dah nangis teresak-esak. Tapi perlahan je sebab tak nak mak aku dekat dengar. Mak aku dok belakang. 

14 August 2016
Lepas sampai dekat Kuala Kangsar, aku pun sambung tidur masa tu dah pukul 12 mlm. Aku masih lagi sedih. Pukul tiga pagi aku terasa macam ada benda menderu-deru je keluar, bila check dah banyak darah merah. T_T
Aku kejutkan Hafiz, dia macam mamai cakap leh tunggu esok kot kalau tak sakit sangat, pastu aku kejutkan mak aku. Mak aku bergegas suruh pergi hospital. Hafiz pun terkujat la bangun hehehe
Dekat hospital kuala kangsar, aku masuk emergency ward yelah sebab baru pukul 3 am. Dan nasib baik doktor perempuan yang ada

Dekat dalam ward tu doktor scan perut aku dan buat procedure macam masukkan mulut itik tu. Aku sedih bila doktor kata "Puan, anak puan dah tak ada yer" T_T
Doktor suruh aku batuk dan cuba tarik tapi tak berjaya. Darah makin banyak keluar. Tapi aku tak ada la rasa sakit sangat. Baby aku kuat sungguh melekat dekat dalam tu

Pukul 6 aku dibawa dengan ambulance ke Taiping. Pengalaman betui naik ambulance yang terumbang ambing. Nasib baik dia ikat. Aku rasa nasib baby aku dah tak ada. Kalau ada lagi, maybe sebab terhuyung hayang dalam ambulance pun boleh menyebabkan dia terkeluar. Apa bendul semua dia langgar. Aku sampai dekat hospital Taiping dalam pukul 7 am. Doktor suruh aku simpan apa2 discaj yang keluar. Dekat hospital taiping doktor cuba tarik keluar jugak tapi tak berjaya. Doktor kata kena buat D&C jugak. Kalau nak tarik dekat hujung-hujung tu time aku sedar, aku mungkin takkan dapat tahan sakit nye.

Darah makin banyak keluar.  Jenuh aku ganti kain dan pad. Doktor nak  bawak ke makmal discaj yang berwarna putih. Itu Janin @ baby aku T_T Kalau darah beku dia tanknak

Pukul 11 am aku dibawa ke dewan pembedahan, kurang daripada tiga bulan aku kena bius lagi. Aku mintak bius penuh sebab aku dah 2 kali merasa pengalaman tu. Aku okey je. Ada lagi satu option bius separuh. Yang tu kite boleh nampak apa docktor buat tapi yang tu kena cucuk dekat belakang dan kesan nak hilang lama. Kaki pun kebas. Hospital kerajaan dah la somi tak boleh teman, kang payah pulak aku nak pergi tandas

Bila dah sedar, aku dibawa semula ke ward bersalin. Psycho betul duduk situ. Yelah kite dicampur dengan orang yang beru dapat anak, yang perut memboyot. Kite pulak baru kehilangan anak huhu. Merasala satu malam aku check in dekat hospital Taiping, esok nye aku dah boleh balik.
Aku dapat MC 7 hari

Baby aku bertahan sehingga 10 minggu 2 hari. Good night MHM. 

Dekat rumah mak jaga aku dalam pantang, Hafiz dah kena balik KL sebab kerja. Ada sehari tu, mak panggil bidan datang urut. Bila dah selesai urut aku ni terus berdezup pergi mandi. Mandi air sejuk pulak tu. Lepas tu aku terus menggigil-gigil sampai balut dengan 3 helai toto pun masih tak hilang sejuk. Kebetulan masa tu bidan tu belum balik, dia buat la air jampi sikit dan aku makan panadol baru ok. Baru tahu macamana rasanya bentan. Dan aku kena marah dengan bidan suruh jaga badan elok-elok T_T

Sekarang dah hampir 5 bulan, kalau baby masih ada mesti aku dah masuk 3rd trimester. Nak buat macamana aku Redha. Macam yang aku cakap lah, kalau belum rezeki masih belum. Tapi aku bersyukur dapat merasa nikmat mengadung. Cuma belum dapat peluang nak melahirkan dan membesarkan. Aku harap Allah akan bagi aku peluang itu lagi.

Aku harap satu hari nanti akan tiba masanya. Jadi aku dapat rasakan, jangan berhenti berusaha, macam situasi aku, tak buat apa-apa rawatan  kecuali lepas laparoscopy aku boleh conceive masa tu secara natural cuma rezeki tak panjang. Rezeki Allah nak bagi aku merasa ke Japan kot. Kalau tak aku mugkin burn tiket ke Japan tu sebab mak aku tak bagi pergi time mengandung. Ayat dia dah la susah nak dapat, dah dapat jagalah elok-elok. Hehehe

Mari kita sama-sama doakan supaya kita dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam keredhaan-Nya


Saturday, December 24, 2016

Untuk Ayah

Assalamualaikum

Tahun 2016 ni memang aku diduga dengan pelbagai dugaan. Pada awal tahun semua nya okay, tapi masuk je pertengahan tahun bermulalah dugaan demi dugaan.
Awal tahun dapat tahu progress buah pinggang ayah aku tidak berapa baik. Doktor dah nasihatkan supaya ayah lebih berpantang tapi nampak gayanya tak berkesan.
Doktor suggest untuk ayah buat Dialisis. Masa tu ayah sangat susah hati yer.
Aku ajak ayah pergi dengar second opinion, bawak ayah jumpa doktor dekat hospital swasta. Tapi jawapan yang diberikan tetap sama. Sian Ayah.
Doktor kata buah pinggang ayah dah mengecut, mungkin masih berfungsi tapi cuma 20% sahaja. Sooner or later ayah tetap kena buat dialisis jugak.

Doktor suruh prepare spatula atau tapak untuk dialisis dekat tangan. Sebab tapak tu makan masa yang lama untuk matang. Kebiasaan nye dalam 3 bulan. Tapi ayah tak nak buat dan cuba untuk berpantang. So kami okay je. Kang paksa-paksa dia sedih pulak.

Masuk je March, ayah kena pergi buat checkup, doktor yang check ayah sangat terkejut sebab bacaan kreatinin dalam badan ayah naik mendadak. Kelihatan seperti buah pinggang ayah dah 100% tidak berfungsi. Kalau kandungan kreatinin terlalu tinggi dalam badan boleh menyebabkan pesakit muntah, kaki bengkak, pengsan dan sebagainya. 

Doktor suruh ayah masuk ward sebab keadaan ayah sangat lemah dan buat emergency dialisis dekat kaki. Hampir seminggu ayah masuk ward dan dibenarkan pulang. Kebetulan cuti sekolah, memang dah plan nak bawak mak dan ayah ke KL sebab Mak ada checkup dekat IJN. Masa aku nak balik ambik ayah, mak call cakap ayah cakap merapu-rapu. Bila aku sampai, dah penuh jiran dekat rumah aku. Masa tu aku sangat cuak, Tapi masa aku sampai tu keadaan ayah dah OK. Tetibe je ok. Mak kata lepas subuh ayah macam bluring, dan lepas tu macam cakap pasal mati je. Mak panggil opah untuk tenangkan ayah. Jiran-jiran pun ada datang.




Hari Ahad aku bawak ayah dan mak ke KL. Ingatkan ayah dah pulih. Rupa-rupa nya tidak. Dekat rumah aku dia meracau-racau lagi. Cakap pasal Mati, syurga Neraka dan macam-macam lagi. Memanglah bagus mengingati mati. Tapi cara dia cakap tu memang bukan ayah yang kami kenal. Malam-malam tak nak tidur dan macam-macam lagi lah. Kami bawak pergi berubat dekat Shah Alam, dekat kawsasan rumah aku. Ingatkan ada gangguan ke kan. Tapi tetap sama. Ada hari elok sikit, aku bawak dia jalan-jalan dekat Setia City Mall. Nampak dia sangat enjoy dan nampak Ok. 

Hari Jumaat, Kak lia dan Mia nak balik ke JB. Depa pun ada datang bercuti dekat KL. Hafiz yang hantar ke KLIA. Ayah nak ikut. So mak dan yaya pun kena ikutlah. Dekat KLIA, ayah dah start merapu balik. Mak aku cepat-cepat suruh Kak lia boarding. Mak aku bawak ayah duduk dekat kerusi, tetiba ayah macam diserang sawan, badan dia jadi keras dan jatuh dari kerusi. Orang yang lalu lang dekat situ semua dah kerumun. Hafiz berlari-lari cari orang nak mintak tolong. Akhirnya depa bawak ayah ke Klinik dekat KLIA. Doktor dekat situ suruh bawak ayah dekat hospital yang terdekat iaitu Putrajaya. Aku bergegas datang kesana naik ERL. Ap naik moto. Ap sempat ikut ayah naik ambulance. Aku bawak kereta ke hospital sebab hafiz kena bawak moto Ap. 

Dekat hospital putrajaya, ayah terus ke bilik emergency Red zone. Doktor buat itu dan ini. Masa aku sampai doktor masih lagi merawat ayah. Tak lama lepas tu doktor dah panggil masuk. Aku tengok ayah aku elok je sedor. Tapi still meracau sikit mungkin kesan ubat. Sebab aku kata dia meracau, dia suruh aku suapkan dia makan. Aku kata dalam emergency room mana ada makanan, dia kata tadi ada Angah hantar. Sedangkan Angah ada dekat JB. Bila keadaan dah stabil ayah ditempatkan di ward. Dua malam jugak ayah dekat situ. Tapi yang aku pelik doktor taknak dialisis ayah sebab kata nye tak mencapai tahap kena emergency dialisis. 

Dia suruh discaj dan buat spatula. Masa tu kiteorang tak tahu macamana nak start untuk buat dialisis. Doktor dekat taiping discaj macamtu je dan tak bagi appointment. Cuma bagitahu suruh datang lagi hari Selasa atau Khamis. Tapi salah pemahaman ayah tak pergi pun.

Kami bercadang nak bawak ayah ke hospital Angkatan Tentera, dan mintak hospital putrajaya issue kan surat. Tapi tetap sama. Bila ayah discaj, Along bawak kerumah dia sebab sebelum ni dia ada dekat Kuching. Hospital Angkatan Tentera terus tak terima suruh bawak ayah ke hospital yang biasa dia pergi, Bertambah-tambah la geram. Dah la Ayah masih merapu-rapu. Akhir nye kami sepakat nak bawak ayah ke Pusrawi. Cadangan nya nak buatkan Spatula. 

Tapi masa Along bawak ayah kesitu, doktor terkejut dengan keadaan ayah. Pelik kenapa doktor dekat putrajaya tak nak Dialisis dia. Kata nya dah banyak kuman atau toksin, sebab tu ayah asik cakap merapu. Darah ayah dah kotor sebab buah pinggang dah tak berfungsi. Kami mintak option lain sebab ayah tak ada insurance, pusrawi kan swasta. Kami bawak ke situ sebab nak buat spatula je. Tapi doktor tak bagi dia suruh ayah warded jugak dan cuba bagi diskaun sebaiknya.

Bila warded, doktor terus tebuk tengkuk ayah. Nak buat temporary spatula untuk dialisis. Kalau dekat tengkuk terus boleh pakai tapi jagka masa hanya tiga bulan je. Macamana pun kena buat tapak dekat tangan. Alhamdulillah 3 hari ayah duduk dekat Pusrawi. Dan dialisis macam biasa. Nampak ayah dah ok, Memang betul sebab toksin yer. Bukan sebab jin ke apa. hehehe

Aku pulak cuba call pusat dialisis dekat Kuala kangsar, tapi yang sedihnya semua penuh. Baru kami tahu sebenarnya ramai yang sakit buah pinggang. Nak mintak selit pun dah tak ada slot. Akhirnya dapat yang paling dekat dengan rumah dekat Sungai siput. Memang kena mintak bantuan jiran untuk hantar dan ambil sebab kondisi ayah masih lemah

Aku jugak call hospital-hospital berdekatan untuk buat spatula, pada mula nya kami nak buat dekat KPJ taiping. Rupa-rupanya doktor yang buat dekat KPJ tu adalah doktor hospital taiping. Nurse tu sendiri suruh aku contact hospital Taiping. Alhamdulillah dapat appointment kurang daripada sebulan. 

Bila ayah dah discaj, kami hantar ayah balik dan start buat dialisis. Alhamdulillah ayah pesara tentera so semua ditanggung oleh kerajaan. Bila tarikh appointment ayah sampai, aku bawak ayah ke Taiping untuk buat tapak. Semua urusan mudah. Cis napalah masa ayah aku discaj dulu tak diberi keterangan yang betul macamana nak buat tapak.


Dan akhirnya ayah ada rutin baru kena dialisis seminggu tiga kali. Buat dekat tengkuk sebab tapak yang dekat tangan belum matang. Ayah dah semakin ok, tak ada merapu lagi tapi badan semakin susut. Sebab dia pantang betul-betul. Yang paling kesian dia kena control minum air tu. T_T Sebab salah paham, banyak benda yang jadi dekat ayah. Pengsan dekat KLIA, masuk bermacam-macam hospital. Sedih kalau diingatkan semula. 

Hampir 3 bulan ayah dialisis, dia macam boleh terima, kalau sebelum ni menangis jugak la dia. Dah boleh pergi solat dekat masjid dan sebagainya. Sehari sebelum Ramadhan, ayah terima pingat daripada ATM. Happy sangat dia. Masa tu dekat tengkuk masih ada spatula. Tak lama lepas tu dia dah start dialisis dekat tangan. Tapi macam badan dia tak boleh terima. Kebetulan dekat Kuala Kangsar ada pilihan raya kecil, kami semua balik. Happy sangat dia. Dia pun aktif cuma dia mengadu tangan dia sakit. kejang! Tapi masa hari mengundi tu kesana kemari naik motor memang nampak tak sakit langsung.


Kami pun suruh dia exercise sebab baru sangat guna spatula dekat tangan tu. Hari ahad sebelum aku balik KL, aku ada bawak dia ke Emergency hospital Kuala Kangsar, tapi doktor cuma bagi ubat je. Tangan dia masih sakit. 

Hari isnin dia pergi Dialisis, tangan dia semakin sakit. Masa tu dia macam terbaring je. Mak aku kata ada sekali tu dia sakit sangat dan ajak mak aku pergi klinik. Tawakal je drive sendiri. Hari rabu pergi dialisis lagi, masatu dia dah semakin lemah. Kena berpapah di jiran untuk masuk keta. Mak hari-hari call aku untuk update. Aku bercadang nak bawak dia ke KPJ Ipoh untuk check masalah kejang tu

Hari jumaat aku terus balik ke Kuala. Masa sampai tengah berbuka. Ayah terbaring dalam bilik. Memang nampak uzur daripada minggu lepas. Dia happy kami balik dan suruh kami urut. Aku cakap dekat dia esok aku akan bawak dia pergi KPJ, dan dia Okey. Malam tu aku salinkan baju dia dan urut2 kaki dia. Suapkan makan dan aku bagi jer dia minum. Sebab selama ni kena bersukat. Malam tu dia asik panggil nama aku je suruh urut dia. Mungkin badan dia sakit kot.
Tapi biasa lah kite, masuk kejap pastu keluar balik.

Pagi sabtu (25 June 2016) , aku ajak ayah mandi sebab nak ke KPJ. Dia tak larat nak bangun aku papah dengan hafiz. Dekat dalam bilik air aku mandikan dia. Lega beno dia dapat mandi sebab dah seminggu mak aku lap2 kan je. Lega nya ayah cik..leganya ayah cik..itu je yang dia dok ulang. Lepas tu aku siapkan dia dan suruh dia jalan dengan tongkat. Aku suruh dia exercise sebab badan dia dah kejang. Takut nanti dia paralyze. Rupa-rupa nya itulah kali terakhir aku dapat mandikan Ayah masa hayat nya. Aku sangat bersyukur diberi peluang jaga Ayah disaat-saat akhir.

Kami pun ke KPJ, dekat KPJ ayah diam je atas wheel chair. Masa masuk bilik doktor, dia sangat terkejut dengan kondisi ayah. Katanya oksigen ayah dah tak sampai, sebab tu kuku dia dah biru. Tekanan darah pun dah rendah. Dia surh warded segera tapi aku cakap ayah tak ada insurance. Dia kata kalau warded mesti terus masuk ICU, dan dia tak suggest sebab mahal. Dia kata akan tulis surat ke GH. Aku cakap nak bawak dia ke Taiping kata nya dah tak sempat takut dia pensan tengah jalan. Kena segera bawak ke GH Ipoh. Nak ambil ambulance pun dah tak sempat terus Hafiz drive ke GH. Dalam kereta dia memang dah tunduk je. Aku ajar dia mengucap, Alhamdulillah dia ikut

Sampai dekat GH berlari aku terus bagitahu nurse ayah dah separa pengsan. Depa terus tolak ayah masuk emergency. Masa tu aku tengok doktor tanya ayah "Pakcik siapa nama". Masa tu ayah dah tak boleh jawab. Sedih sangat. Doktor bagi oksigen dan cuba stabilkan tekanan darah sebab semakin rendah tapi tak berjaya. 

Masa tu aku dah tak tahu nak cakap apa. Mak dah call abang-abang dan adik aku suruh balik. Doktor mintak kebenaran nak tidurkan ayah dan pakai bantuan pernafasan sebab nak stabilkan tekanan darah. Aku setuju. Bila aku masuk lagi sekali memang berdedai air mata. Ayah yang semalam aku jumpa dengan ayah yang aku tengok sekarang ni sangat berbeza. Terbaring kaku dengan bantuan pernafasan dan wayar-wayar yang selirat. Walaupun kite tengok ayah tidur tapi doktor masih kata ayah dalam keadaan kiritikal. Sebab tekanan darah masih belum stabil. Doktor buat macam-macam, katanya banyak kuman dalam badan ayah dan tangan dia dah biru. Doktor kata kalau ayah sedar tak pasti tangan tu masih berfungsi atau tak. Allah!

Masa along sampai tengok keadaan ayah dia pun menangis. Kami tunggu dengan penuh tabah. Doktor nak pindahkan ayah ke HDU tapi tak boleh sebab tekanan darah tak stabil. Kami tunggu sampai pukul 12 malam, dan akhirnya ayah dibawa ke HDU ward. Aku bercadang nak bawak mak aku balik salin baju dan esok pagi selepas sahur datang semula. Tapi doktor mintak sorang waris untuk tunggu sebab ayah belum stabil. Sampai rumah dekat pukul 2 pagi. Aku terus mandi dan solat isyak. Aku buat solat hajat. Aku mintak "Kalau ayah masih ada masa dengan kami,pulangkan ayah macam biasa, kalau dah sampai janji ayah ambil la ayah supaya ayah tak sakit lagi"

Aku pun tidur, walaupun tak berapa nak lena. Pukul 5 pagi aku dapat call daripada hospital Ipoh. Doktor mintak waris datang. Aku dah berdebar-debar. Aku call along suh pergi hospital. Masa tu aku tak boleh tidur. Aku terus buat solat subuh dan solat hajat. Aku mintak emak aku untuk bersedia. Peluk mak aku. Kami sama-sama baca yassin. Selesai je bacaan yassin, dalam pukul 7.30 am along call kata ayah 50-50. Aku cuba tenangkan mak. Dalam pukul 8 pagi along call ayah dah pergi tinggalkan kami selamanya. Aku tak tahu nak cakap camner. Memang sedihhh

Tapi perlu bagi kekuatan dekat Mak. Semua jiran dah datang dan mak cik-makcik serta opah aku pun datang. Mak nak ke hospital sebab along tak boleh handle sorang. Kami anak beranak ke hospital. Makcik-makcik aku tolong selesaikan urusan rumah. Segala kesakitan yang ayah tanggung dah berakhir. Aku cakap dekat mak, kalau ayah diberi peluang untuk hidup lagi, kesian dia terseksa. Dulu dia kena pakai bag dekat perut untuk buang air besar, sekarang dia kena dialisis. Memang dia sangat tak boleh terima dialisis ni dan sekarang doktor kata tangan nye dah tak berfungsi. Jadi kesian dekat dia 

Doktor yang merawat ayah aku kata, ayah seorang fighter. Sebab sampai ke hujung nyawa ayah bertarung untuk hidup.  

Sampai dekat hospital kami bawak mak ke HDU, dalam bilik tu nampak tubuh kaku ayah. Ini reality. Buat pertama kali nye ayah dah tak bersuara. Aku cium ayah sepuas-puasnya. Kami sempat bacakan yassin sebelah jenazah ayah sebelum dimandikan. Pukul 930 am ayah ditolak untuk dimandikan dan dikaffankan. Pukul 10 am jenazah ayah selamat dikafankan dan dibawa pulang dengan van jenazah. Kami ikut daripada belakang. Masa sampai dekat rumah, aku tengok rumah dah penuh dengan saudara mara. Situasi yang aku paling takut dan tak nak bayangkan. 

Mereka bawak ayah masuk untuk kali terakhir kedalam rumahnya dan nak bagi peluang untuk saudara mara bagi penghormatan terakhir. Aku pun ambil peluang untuk cium dan peluk ayah. Lagi dan lagi. Tak lama lepas tu mereka bawak jenazah ayah ke masjid untuk disolatkan. Alhamdulillah dapat 2 kali. Dalam pukul 11 am jenazah ayah di bawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan, Aku pertama kali tengok keadaan tu dan jenazah yang disemadikan tu ialah ayah aku.

Alhamdulillah perjalanan terakhir ayah dipermudahkan. Ayah pergi 26 june 2016 bersamaan 21 Ramadhan. Dalam bulan yang baik. Rehat lah ayah dan tunggu kami disana. 
Aku harap apa yang ayah hajatkan didunia ni telah tercapai. Terima kasih ayah sebab dah membesarkan aku. 

Impian aku adalah nak membahagiakan emak dan memudahkan urusan ayah di sana. Amin



Alfatihah untuk arwah ayah
Hasamuddin Shah Bin Mohamad Ali
091151-260616









Wednesday, December 14, 2016

Ada apa dengan cinta di Yogyakarta II

Assalamualaikum

#Day3
Orang kata save the best for the last. Tapi aku rasa semua aktiviti dekat Jpgja ni asyik-asyik belaka. Kalau dah sampai ke Jogja tak pergi salah satu Chandi macam tak sampai la kan. Chandi kan dah jadi tempat bersejarah dan warisan dunia. Banyak sangat chandi dekat sini tapi kami pilih chandi yang paling fofular sebab selalu masuk dalam buku sejarah dulu hehehe

walaupun simple tapi sedap tau breakfast dekat hotel ni


Chandi Borobudur

Awal pagi selepas breakfast, driver Pak heru dah selamat menunggu kami. Chandi mula beroperasi pukul 9 pagi. Perjalanan makan masa sejam jugak. Lepas tu driver pak heru bawak kami ke satu tempat ni dulu. Tujuan nak beli tiket dari situ. Katanya ada diskaun. Kami pun layan je lah benda murah kan hehehe. Selesai je urusan membeli tiket kami terus ke Chandi Borobudur. Dekat entrance gate kita akan diberi minuman dan kain pasang kalau tak menutup aurat. Tengokk nak pergi tempat hidu pun kena tutup aurat uolss.

Daripada entrance gate ke CB ni boleh tahan jauh, patutlah kena pergi pagi-pagi sebab panas yakmat. Baru pukul 9 am pun matahari dah memancar-mancar yer. Nanti ada la orang yang offer payung untuk disewa, yang jual topi dan macam-macam lagi. Hati kena kering dan terus je berjalan hehehe

Dah sampai dekat kaki CH ni, nak kena menapak lagi naik tangga. Aku rasa ada la setinggi rumah 5 ke 6 tingkat. Memang tak cukup napas. Dekat atas tu tak ada apa sangat tapi pemandangan lawo. Lepas tu walaupun matahari memancor-mancor tapi angin bertiup sepoi-sepoi bahasa tau.

Aku layan je dok atas tu hehehe
Dekat bawah nun ada bazar yang jual pelbagai souvenir dan makanan. Kalau ada budget better beli dekat sini, walaupun dekat attraction place tapi harga tak mahal pun.


Kalibiru

Dalam pukul 11 am kami bergerak ke Kalibiru pulak. Kalibiru ni jauh tau. Sebenarnya tempat atas pokok je. Driver pah heru awal-awal lagi dah booking tempat untuk kami. Sebab dekat situ kalau tak bernasib baik, boleh kena queue 4 ke 5 jam tau. Sebab kalibiru ni wisata kerajaan, faktor keselamatan diutamakan. Nak panjat pun kena pakai safety harness. Alhamdulillah kami tak perlu tunggu lama pun tambahan pulak hari dah nak hujan. Kalau hujan tak boleh panjat yer.


Pasar Beringharjo

Bakso ni sedap!

Selepas Kalibiru kami shot terus ke Pasar Beringharjo. Pasar ni dekat je dengan hotel kami. Tapi pasar ni tutup pukul 5 petang. Kami sampai lebih kurang pukul 3 pm. Ada la lagi 2 jam nak mengabiskan duit yang ada. Aku macam biasa la, jalan-jalan tak shopping sangat. Tapi sempat la belikan mak aku telekung, baju anak-anak sedara, Tshirt dan kain pasang hehehe. Sikit je tu kalau nak dibandingkan dengan yang lain

Kedai kulit
Selepas semua kedai dah mula nak tutup, kami tak terus balik ke hotel yer. Boleh patah balik semula ke kedai kulit. Kalau tak silap nama kawasan tu Manding. Tapi bagi aku macam mahal dan biasa-biasa je. Jaket kulit je dah cecah juta-juta. Kalau jenis yang minat tu maybe la murah bagi depa.

Malioboro street

Lepas tu kami dinner dekat satu kedai ayam penyek. boleh tahan murah dan sedap. Dekat Jogja ni memang kurang makan ye masing-masing. Hari pun dah gelap kami tak terus balik ke Hotel, boleh pulak menyinggah dekat Malioboro street. Dekat sini pun best kalau nak beli souvenir, nak cari makan atau boleh naik kereta kuda.

Sempat la aku naik kereta kuda seround hehehe

Akhirnya kami pulang ke Hotel. Sebelah hotel kami ada spa yer. So, aku ajak lah ahli rombongan yang lain ke spa. Girls only hehehe. Sedap giler sampai tertido-tido. Sejam dalam RM30 je. Massage satu badan yer

#Day4




Hari ni hari terakhir kami di Jogja. Harini je rasanye boleh bangun lambat hahaha. Tapi ahli rombongan yang lain dah bertempiaran tau. Macam parents in law aku pagi-pagi lagi dah berjalan-jalan naik beca dan sempat shopping. Boss aku dengan aziyan sempat lagi ke Pasar Beringharjo sebab ada kain pasang yang tak sempat nak dibeli. HuhU

Lepas selesai breakfast, aku dengan Hafiz pulak nak merasa naik beca. Pakcik tu bawak kami keliling Malioboro. Beca tu pakai motor, so tak ada la ponat pak cik tu nak kayuh. Pulas je

Tak lama lepas tu Pak Heru datang nak hantar kami ke Airport. Dekat Aiport sangat mendebarkan yer sebab semua beg dah beranak pinak, masing-masing kena tolong agih-agihkan beg yang dah beranak

Dan kami selamat touch down dekat KLIA.

Alhamudlillah, percutian Jogja berjaya dengan jayanya. Semua orang happy tapi semua orang pokai. Pada pandangan aku, Jogja ni lebih menarik daripada daerah-daerah dekat Indonesia yang aku pernah pergi sebab

  • Jogja ni bersih
  • Jogja ni banyak orang Islam dan makanan halal sangat mudah
  • Tempat-temapt pelancongan dijaga dengan baik
  • Kurang orang memaksa suruh beli
  • Banyak tempat yang menarik. Itu pun tak habis cover semua
  • Kurang jem 
  • Tak ada peminta sedekah
  • Jogja bukan sorga shopping macam Bandung yer

xoxo



Thursday, December 1, 2016

Ada apa dengan cinta di Yogyakarta

Assalamualaikum

Bulan Ramadhan tahun lepas Hafiz ada dekat Bintulu. Masa tu aku baru lepas kena VSS dan masih kerja sementara sebagai cikgu ganti tau. Awal Ramadhan Hafiz suruh aku datang sana, kebetulan masa tu ada cuti tiga hari. Dan kebetulan masa tu AA tengah promo. Aku pun try lah simulate tiket nak ke Yogyakarta. Sekali dapat RM170 untuk dua orang. Tapi weekdays. Aku pun proceed je lah memandangkan masa tu aku tak ada pekerjaan lagi. Yelah jadi cikgu sementara cuma tiga bulan yer.

Tiket yang aku beli bulan April 2016 untuk 4 hari 3 malam. So ada beberapa bulan lagi sebelum fly. Hari silih berganti eceh aku pelawa keluarga mentua aku join skali, sekali depa ON. Tapi tak dapat tiket semurah kami lah. Dalam RM250 perpax. Kira ok la sebab jogja agak jauh yer. Lebih 2 jam perjalanan. Semakin hari semakin ramai pulak nak join. Akhirnya Ahli rombongan jadi 10 orang dewasa dan 1 kanak-kanak. Bukan orang lain pun, semua tu BFF dan keluarga mentua aku je. Hehehe

AK 346
Kuala Lumpur International Airport 2
26 Apr 2016, 0945 AM (9:45 AM)
Adi Sucipto Airport (JOG) 
26 Apr 2016, 1120 AM (11:20 AM)

AK 347
Adi Sucipto Airport (JOG) 
29 Apr 2016, 1145 AM (11:45 AM)
Kuala Lumpur International Airport 2 (klia2) (KUL) 
29 Apr 2016, 1510 PM (3:10 PM)

Kalau pergi Indonesia, agak susah sikit nak jalan-jalan sendiri sebab lokasi nya agak jauh yer. So cara yang terbaik adalah mengupah pemandu atau Pak supir. Aku buat la survey dekat blog-blog dan group dekat FB. Sekali ternampak satu post pasal supir dekat group BBM. Nama supir tu Pak Heru
Aku whatsapp dia dan Alhamdulillah dia reply dan bagi aku quotation untuk 4 hari. Selain tu aku ada jugak whatsapp supir-supir yang lain tapi so far Pak Heru yang lebih murah. 

Akhirnya hari yang dinanti-nanti telah tiba. Semua persiapan dah siap. Kalau pergi Indonesia agak rilex yer. Sebab tak payah fikir route perjalanan dan nak prepare makanan. Sebab dekat sana semua makanan murah-murah belaka dan kena dengan selera aku. hehehe

Pak Heru dah siap-siapkan itinerary kami disana.

#Day1
Macam biasa pepagi semua dah berkumpul dekat Airport dan perjalanan ke Jogja Alhamudulillah semua nya okay. Kami touch down dekat Jogja lebih kurang pukul 1130 am. Airport Joga ni simple je, memang kena turun guna tangga lepas tu menapak ke Terminal macam LCCT dulu.



Kilang Batik


Driver Pak Heru dah siap sedia menunggu kami. Destinasi pertama yang dia bawak ke Kilang Batik dan bersolat di Masjid berdekatan dengan Kilang tu. Sebenarnya kilang batik ni dekat je dengan kawasan Alun-alun selatan tapi sebab siang hari tak meriah la. Lepastu kami cuma tengok cara-cara orang dekat sini mencanting batik je, nak beli tak mampu sebab semua handmade. Mau ratus-ratus harganya. Biasanye yang handmade camni dapat permintaan untuk orang yang tawin. heheheh

Perjalanan diteruskan ke Gunung Merapi. Sampai-sampai je dah ke merapi weh. Perjalanan mengambil masa dalam sejam lebih. Jalan raya dekat Jogja ni not bad, tak ada la patah pinggang duduk dalam kereta lama-lama. Hehehehe


Merapi dan Jeep



Dekat Merapi kalau kita nak mendaki jalan kaki pun boleh. Kalau larat la. Tapi cara yang paling mudah kena naik Jeep. Sebab kereta biasa tak boleh sampai sebab jalannya sangat adventurous. Kalau mengandung boleh bersalin rasa nya hehehe. Tapi layan dan kena pulak driver Jeep ni pun okey, memang sengaja dia amik lap lah. 
Sebab kami ada 11 orang, untuk keselasaan kami ambil 3 Jeep. Harga sekitar Rp. 1 Juta.

Dekat belakang tu gunung Merapi. Kami tak ada la sampai ke sana sebab kalau nak pi sana kena Hiking. Lepas tu kena pergi subuh hari. Merapi ni masih aktif tau, baru je meletus beberapa tahun yang lalu. Kami singgah dekat 4 stop termasuk muzium peninggalan barang-barang yang musnah masa gunung berapi ni meletuskan asap tebal. Asab tebal pun boleh musnah banyak benda belum keluar lahar. Masa tu yang turut terkorba penjaga Gunung ni, ni sangat setia tak nak lari

Masa kami turun daripada Merapi hari pun dah semakin gelap. Destinasi seterusnya ke Alun-alun selatan. Apa yang menarik dekat sini? Dekat sini ada padang dan dekat tengah-tengah nya ada pokok besar. Tak cukup menarik? Dekat sini ada kereta yang dihiasi dengan lelampu. Terang benderang. Yang lagi best kereta ni kena kayuh pakai kaki tau.

Estimation : RM30 Perpax

Alun-Alun Selatan


Trek dia cuma keliling padang, nampak je mudah tapi penat yakmat. Maximum boleh naik 4 orang. Masing-masing ada pedal mengayuh matilanakk kalau sorang je yang berkayuh. Yang paling best kereta ni ada lagu-lagu yang maha kuat hehehe. Cost dalam RM20 ke RM30 per car. Yang lagi best kalau depa nampak macam kereta kita tu tak berapa boleh nak pergi, depa akan tunda pakai moto. Hadoo ke motor tunda kereta hehehe

Estimation : RM 1O perpax

Check In POP! Hotel Malioboro


Selesai je buat satu pusingan dan bergambo kami pun pulang ke Hotel. Badan dah melekit dan penat yakmat. Sesampai je dah terus all out. Kami Check in dekat POP! Hotel Malioboro. Lokasi agak strategik sebab dekat dengan Malioboro sorga soping. RM1562.85 untuk 5 bilik. Lebih kurang RM313 untuk satu bilik. Ok la kan untuk 3 malam, breakfast pun included walaupun agak sendu hehehe dan dekat dekat spa n lubuk shopping tu.

Berakhirlah hari pertama di Jogja. 

Estimation : RM160 perpax

#Day 2
Pagi ni kena bawak baju lebih yer, sebab kita nak buat aktiviti air. Yeay! Biar buat aktiviti air ni awal-awal kata Pak Heru nanti baju yang basah tak berat nak bawak balik. Betui jugak tu

Hutan Pinus



Destinasi pertama sebelum kita buat kuak kupu-kupu adalah Hutan Pinus. Sebenarnya kawasan ni biasa-biasa je. Cuma kawasan bukit ni dipenuhi dengan pokok pinus. Jadi lawo lah. Dan kami pun sakan bergambo. Tak ada entrance fees dikenakan yer.

Goa Pindul




Perjalanan kami diteruskan ke Goa Pindul. Dekat sini aktiviti yang paling best ialah Cave tubing dan Rafting. Pada mula nya kami cuma pilih nak Cave tubing tapi macam kejap sangat. So kami up la pakej untuk Rafting. Idok la mencabar sangat pun tapi sungai tu lebih open daripada cave tubing. Kami siap ambik photographer untuk aktiviti ni uolss

Estimation : RM50 perpax (Cavetubing, Rafting dan Photographer)

Pantai Timang Gondola


Lepas tu perjalanan diteruskan ke Pantai Timang Gondola. Nak ke sini perjalanan agak mencabar kena masuk kawasan kampung dan hutan sikit. Memula aku dok tanya mana pantai nye apsal jauh sangat dan tak macam rupa pantai pun. Rupa-rupa nya memang dalam dan lawo wei. Macam Bali. Lereng bukuit tinggi, banyak karang, ombak beso dan banyak Lobster. Nyum-nyum

Sebelum kite dinner Lobster marilah bersama-sama menguji keyakinan diri nak naik Gondola ni. Yela, gondolo ni hipster abis tau. Pakai kayu dan ditarik oleh tenaga manusia je. Ciri keselamatan? Walllahualam hehe. Kalau jatuh sayonara je la buk.

Aku berjaya menyahut cabaran. Memang layan walaupun macam cuak-cuak sket. Kalau bernasib baik masa dekat tengah-tengah ombak beso datang memang mandi free je lah.

Estimation : RM65 perpax

Lobster 





Lepas settle semua, hari pun dah gelap. Berhampiran lokasi Gondola ada keluarga yang menjual Lobster. Kita boleh suruh dia masak dan makan dekat rumah dia. Hahahah dah macam sedara pulak. Makan dalam rumah pulak tu. Bukan macam restaurant tau. Kena tanya Pak Supir mana lokasi nya. Selepas kekenyangan semua orang, kami pun berangkat pulang ke Hotel. Memang licin la Lobster tu sebab aku rasa trip kali ni memang tak ada masa nak menyinggah makan. Lokasi jauh-jauh yer dan kite kejar masa. Dekat Indonesia gelap awal

Cost dalam Rp.1 juta. Dapatlah lebih kurang sorang satu Lobster. Pakej termasuk Nasi, Air, tempe dan sayur. Masak simple, lapor dan sedap yakmat.

Estimation : RM35 perpax

Berakhirlah hari kedua di Jogja! Seruuuuuuu