Wednesday, October 22, 2014

Kota Kinabalu yo! Part III

Assalamualaikum

Day 2 :

Orang kata kalau nak tengok si gunung kinabalu kena bangun awal-awal pagi. Aku punya la semangat pukul 4 pagi dah terbangun. Tapi buka je tingkap gelap gebumin lagi. Seram oo. Lepas solat subuh aku dah tak tidur lagi, terus je kejut Hafiz ajak lepak dekat Balkoni feeling-feeling nak tengok sunrise la konon.

Saya Gunung Kinabalu..
Sorry yayang rambut u serabai

 Tentatif untuk hari kedua adalah:

1. Kinabalu Park
2. Desa Dairy Farm
3. Poring hot spring
4. Fish Spa, Tegal Moroli
5. Sabah Tea
6. Pekan Nabalu
7. Bertolak ke Kota Kinabalu
8. Seafood 

#Kinabalu park
Ha, kemain banyak aktiviti untuk hari kedua ni. Selepas breakfast, kami terus je check out. Aktivti harini dimulakan seawal pukul 9 pagi okeh. Destinasi pertama yang kami pergi ialah Kinabalu Park. Pada mulanya aku tak tahu apa yang ada dekat sini, rupa-rupanya Kinabalu Park ni adalah kawasan kaki gunung kinabalu. Dekat sinilah pendaki-pendaki memulakan pendakian. Bagi kita yang tak mendaki ni boleh je nak pergi ke check point yang pertama tu. Daripada pintu masuk ke check point pertama adalah dalam 4km. Dalam 10 minit menaiki kereta atau lebih satu jam kalau menapak. Tak sanggup den. Lagipun bawa orang tua kan. Alasan mu benar belaka. Entrance fees untuk kinabalu park RM4 seorang. Jangan buang tiket ni kalau kita ada plan nak ke Poring hot spring sebab boleh menggunakan tiket yang sama.

Dalam Kinabalu park ni ada macam-macam tempat yang boleh kita pergi seperti galeri dan muzium. Tapi kami cuma bergumbira dekat check point pertama dengan tupai-tupai yang jinak. Hafiz siap pergi beli kacang tau untuk si tupai-tupai ni. Tiket RM4 hanya valid sehingga check point pertama sahaja. Kalau nak terus mendaki kita kena bayar fees untuk mendaki dan kena ada guider kalau tak silap.

Masa ni dekat main entrance

Dekat dalam tu check point yang pertama

Nak kata menara pun bukan, tapi ni tingkat atas untuk check point pertama.
Daripada atas ni boleh nampak pendaki start mendaki

Ni Adik ipar aku dok melayan tupai

Memula sekor, lepas tu datang beramai-ramai
meremang-remang wei, dah la kelam kabut je tupai ni

Masa depa dok leka bagi makan tupai, aku terkecuali sebab geli. Aku sembang la dengan bakal-bakal pendaki yang tengah makan nasi lemak. Hebat kau dik nak mendaki makan nasi lemak. Dia kata kalau kita bayar lagi RM5 seorang kita dibenarkan masuk kedalam dan meneruskan perjalanan lebih kurang 4 km lagi. Dia cakap dalam 200 meter daripada check point pertama ada waterfall. Aku pun teruja nak tengok waterfall dan ajak mereka semua masuk kedalam. Rupa-rupanya 200 meter pertama pun dah agak mencabar bagi kami yang tak ada pakaian dan kasut yang sesuai. Tapak kasut aku dah nipis T_T sakit oo kena batu dan mak mentua aku lagi la pakai baju kurung hahaha. Mesti pendaki-pendaki tu ingat makcik ni nak pergi doa selamat dekat mana ni.

Pakcik guard tu kata jangan pergi jauh-jauh sangat sebab ada orang tua dan cuaca tak menentu. Baiklah.


200 meter pun kalau jalan camni memang jauh

Yeay dan sampai. Ini je pun si Carson Fall

Jenuh nak patah balik wei
# Desa Dairy Farm
Okeh Kinabalu park checked. Destinasi seterusnya ke Desa Dairy Farm (DDF). DDF ni terletak dekat area pekan kundasang tau, kalau daripada arah Kota Kinabalu, kita akan nampak roundbout dekat pekan Kundasang dan ambil pukul 9 dan terus je. Nanti ada signboard atau sila la tanya penduduk tempatan. Masa ni  baru 10 pagi. Kalau ikut pada jadual yang aku tengok dekat website DDF ni, pukul 10 pagi kita boleh tengok pemprosesan susu segar dan boleh bagi anak moo moo minum susu dan makan. Cuma perahan susu je bermula jam 3 petang. Bayaran masuk adalah RM4 seorang.

Walaupun kawasan ni berbau lembu dan kambing hahaha tapi pemandangan nya sangat indah tau. Kata orang boleh feeling-feeling dekat New Zealand gitu. Yela lembu-lembu yang ada pun aku rasa baka daripada New Zealand. Daripada jauh kemain comei bila dekat musyukkk nya. Hahaha.

Kat sini ada jual hasil tenusu seperti susu segar dan ais krim yogurt. Sedap memang A. Tapi kesilapan yang aku buat adalah pergi beli dulu ais krim tu dan bawak pergi tempat feeding anak-anak lembu dan kambing. Bau dia.. tu dia habaq ang potong terus selera.

Bukan senang nak panjat pagar tu
Saujana mata memandang
Kenapa susu ni tak jual dekat semenanjung?
Rakus tau dia ni. Sabor je la 

#Poring hot spring
Ku sangkakan panas hingga ke petang. Masa ni cuaca dah start mendung dan kami meneruskan perjalanan ke Ranau. Perjalanan ke Ranau mengambil masa lebih kurang 45 minit jugak. Destinasi seterusnya adalah  Poring Hot Spring.  Tunjukkan tiket masuk ke Kinabalu Park kat kaunter Poring Hot Spring untuk mendapatkan pengecualian bayaran tiket masuk. Ngam - ngam je sampai sini hujan turun lebat T_T

Punah harapan nak pergi tengok Reflesia ke nak naik jambatan gantung ke. Sementara nak tunggu hujan berhenti sempatlah aku rendam kaki dalam air panas tu. Dekat sini bukan hanya ada air panas tau, dah macam water park aku tengok. Ada kolam siap ada slide lagi. Kalau ada banyak masa mesti aku pun terlibat sama. Tapi apakan daya



Rendam kaki

Makan dekat sini.

#Fish Spa, Tegal Moroli
Bila hujan dah berhenti perut pun dah lapar. Al maklumlah dah masuk tengah hari masa tu. Breakfast pagi tadi pun ala-ala omputih mana kenyang sebab perut dah biasa makan nasi lemak pagi pagi lorr.
Apa yang aku perasan, masakan orang Sabah tak banyak beza dengan orang semenanjung. Ayam masak kicap ke, daging masak merah ke semua boleh diterima tekak. Alhamdulillah.

Lagi satu ramai yang kata makanan dekat Sabah agak mahal, berdasarkan pengalaman aku memang agak mahal tapi portion makanan tu besar. Aku rasa sangat berbaloi dengan harga yang kita bayar. Kalau dekat KL ni beberapa sudu dah settle.

Destinasi seterusnya ke Tagal Moroli, Kg Luanti Ranau. Kami siap-siap tanya directions dekat tauke kedai makan tu. Biasanya mereka dah familiar dengan tempat-tempat yang orang ramai akan pergi, Jadi tak perlu risau sesat. Cuma kalau malu bertanya sosat la jalan kan.

Perjalanan ke Sungai Moroli ni lebih kurang 20 minit dari Poring Hot Spring. Ambil arah Ranau. Nanti kita akan jumpa tea sabah dahulu sebelum fish spa ni. Bayaran masuk adalah RM5 seorang. Masa ni hujan dah start turun T_T. Pada mula nya kami macam teragak-agak nak keluar kereta atau tak, Tapi bila fikir-fikir dah datang sejauh ni, jadi turun je la. Bukan hari-hari pun datang Ranau ni dan bukan hari-hari pun aku kena hujan hahaha

Aku yang bersungguh-sungguh nak datang sini sebab dah masuk dalam itinerary kan. Mana boleh pangkah. Tapi aku ingat aku ni seorang yang berani. Tapi akak tak mampoooo T_T
Tengok ikan tu berkumpul-kumpul pun dah meremang-remang tengkuk ni. Apakan lagi nak masukkan kaki atau nak pegang kelapa ikan tu. Oh man aku penakut rupa nya. Dua kali aku buat percubaan tapi baru je nak masukkan kaki aku tengok semua ikan-ikan tu macam kelam kabut je datang dekat aku harus la aku melompat. Dua kali jugak aku tergelecek dekat atas pasir-pasir sungai tu. Sakit oo. Last-last kena marah dengan Hafiz sebab takut. Hello orang takut bukan main-main tau. Akhirnya aku bergambar digigi sungai bersama-sama ikan sahajo T_T

Abah dan adik ipar aku kata syok. Ikan tu gigit-gigit manja je.

Tangan tu eksyen je hahaha

Peminat ikan bertemu ikan hahaha

Betapa besarnya ikan, dah jadi pemalas pun

Abah je yang steady

# Sabah Tea
Destinasi seterusnya kami ke Sabah Tea tak jauh pun daripada fish spa ni. Tapi jalan masuk nya agak mencabar dan keadaan jalan tak berapa elok. Tak tahu la kenapa depa tak turap jalan tu. Tak ada bayaran masuk dikenakan. Dekat puncak sabah tea ni ada kilang pemprosesan tea, ada cafe dan kedai cenderahati. Aku pun tak tahu kenapa setiap pokok dekat sini mesti ada jarak antara satu sama lain. Jadi pemandangan nya tak berapa indah kalau nak dibandingkan dengan Cameron Highland.

Nampak tak pokok teh ni macam dah togel


Borong Sabah Tea

Tak lama pun kami dekat Sabah tea ni, lepas tu kami gerak balik kearah kundasang. Sebab malam ni kami akan berada dekat Kota Kinabalu pula. Sebelum tu kami singgah solat Zohor/Asar dekat Masjid Besar Kundasang. Cantik sangat masjid ni. Dah la dekat atas bukit menghadap gunung Kinabalu.

Masjid Kundasang
Pemandangan depan masjid

Sebelum balik Kundasang

#Pekan Nabalu
Beberapa Kilometer daripada pekan Kundasang kita akan jumpa Pekan Nabalu. Pekan ni pun kami singgah jap tapi masa ni dah dekat jam 5 petang, kedai-kedai pun dah banyak yang tutup. Dekat sini best jugak kalau nak shopping souvenir, buah buahan ke atau makanan tempatan. Daripada sini masih lagi boleh nampak gunung kinabalu yo.




Durian Hutan. Tak ada bau tapi rasa sama. Sedap!
Perjalan diteruskan ke Kota Kinabalu. Jumpa di KK bah

xoxo



Monday, October 20, 2014

Kota Kinabalu yo! Part II

Assalamualaikum

Day 1:

Pertama kali aku merasmikan KLIA2. Yeay. Sebelum ni Hafiz dok berlagak dengan aku yang dia awal-awal lagi dah naik flight daripada KLIA2. Eksen sokmo. Masa dekat KLIA2 tu tak sempat nak tengok kiri kanan pun, terus je check in dan masuk departure hall.  Kedai pun banyak yang tak buka lagi.

At 7.50 am we fly to Kota Kinabalu ~
Kami tiba dekat Kota Kinabalu Airport lebih kurang pukul 10.40 pagi, dalam hati kenapalah Airport KK ni macam buruk je, rupa-rupa nya KK ada dua Aiport. Seperti biasa kapal terbang tambang murah akan berlabuh dekat airport yang buruk itu T_T. Aku terus call tauke sewa kereta dan dia dah tunggu dekat situ.

Hafiz pula bertolak daripada Labuan dengan Feri. Tambang feri Labuan ke Kota Kinabalu RM 15 sahaja dan memakan masa selama 3 jam. Feri tu bertolak daripada Labuan pukul 8 pagi dan tiba dekat jesselton point lebih kurang pukul 11 pagi. Feri tu boleh sampai ke Brunei tau. Boleh tengok details feri dekat sini : Ferry Labuan ke Kota Kinabalu

Lepas bagi details kepada tauke kereta sewa dan bayar balance kami pun bergerak ke Jesselton Point sebab nak ambil Hafiz. Tak jauh pun dalam 8KM sahaja. Ngam-ngam sahaja aturan nya jadi masing-masing tak perlu tunggu lama.

Tentatif untuk hari pertama adalah:

1. Kundasang
2. Rumah terbalik
3. Jambatan Tamparuli

Perjalanan ke Kundasang mengambil masa dalam 2 jam setengah. Dalam perjalanan ke Kundasang kita boleh singgah beberapa tempat yang menarik. Destinasi pertama kami adalah Rumah Terbalik. Rumah ni terletak dekat Tuaran, Tamparuli. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM10. Bagi aku tempat ni macam ok ok sahaja. Aku ingatkan boleh masuk dan melawat sesuka hati, rupa-rupa nya nak masuk kedalam rumah tu kena berkumpulan dan ada guide yang akan bawa dan menceritakan tentang rumah tersebut. Dalam rumah tu kita tak dibenarkan ambil gambar hmmm. Ada tempat-tempat tertentu je yang dibenarkan.


rilex je angkat kereta sebelah tangan hehehe
Dalam setengah jam je kami dekat Rumah terbalik tu tambahan pula keluarga mentua aku bukan jenis giler bergambar macam aku. Hahaha. Jadi tak cukup korum nak posing lebih-lebih dan segan pulop tu. Kami meneruskan perjalanan ke Jambatan Tamparuli. Dalam 15 minit daripada Rumah terbalik. Kata orang jambatan ni dipopularkan oleh Marsha Akademi Fantasia sebab dia dok menyanyi lagu "Jambatan Tamparuli" masa dalam Akedemi Fantasi dulu hehe.

Jambatan tamparuli ni macam jambatan gantung dan hanya untuk pejalan kaki. Dekat tepi jambatan tu ada jambatan kecil untuk kenderaan. Memang rock sangat jambatan tu sebab tak ada langsung penghadang kiri kanan memang mencabar dan kecut perut. Aku rasa kalau terlajak sikit je memang kedalam sungai la yer. Dekat sekitar jambatan tu ada kedai-kedai dan pasar tani. Waktu tu dah tengah hari dan kami makan tengah hari dekat kedai makan sebelah Jambatan Tamparuli. Ada kedai orang islam dan masakan nya sedap jugak

Tengok jambatan dekat bawah tu..Ngerikk

Bertemu cinta ku disini

Lunch!

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Seperti yang dah sedia maklum daripada ramalan cuaca, masa kami dekat Sabah nanti cuaca tak berapa cantik. Akan hujan. Ramalan mu benar belaka, masa on the way ke Kundasang cuaca dah mula gelap dan kabus tebal. Feeling-feeling macam duduk dalam awan dan dekat luar negara gitu. Tapi tak lama selepas tu hujan dah mula turun dan lebat sangat T_T Dah la perjalanan ke Kundasang agak mencabar sebab kita mendaki gunung. Tapi ok lagi kalau nak dibandingkan dengan Cameron Highland dan Genting Highland. Masa tu cuaca pun dah mula sejuk. Plan asal kami akan singgah Pekan Nabalu terlebih dahulu tapi sebab hujan terlampau lebat dan kami ambil keputusan nak singgah masa dalam perjalanan balik esok.

Lebih kurang pukul 4 petang kami sampai dekat Pekan Kundasang. Yeay! Nasib baik hotel kami dekat tepi jalan je dan tak susah nak cari. Selesai check in dan aktivti seterusnya adalah tidur hahaha. Dah la tak ada television apa nak buat lagi. Tambahan pulak time hujan dan suhu masa tu dalam 22 darjah celcius je. Memang bagai orang mengantuk di sorong bantal la yer. Nak tengok si gunung kinabalu pun malu-malu.

Malam tu kami keluar ke Pekan Kundasang untuk makan malam. Memang banyak kedai makan dekat pekan Kundasang jadi tak perlu risau. Jangan lupa bawak sweater kalau ke Kundasang sebab sejuk tahap sampai ke tulang kering hahaha.

Air panas dan sup cepat je jadi suam.

Kabussss

Sayap @ nama komersil chicken wings

Wednesday, October 15, 2014

Kota Kinabalu yo! Part I

Assalamualaikum

Dalam banyak banyak Negeri dekat Malaysia ni, Sabah je yang belum aku sampai. Yela, kalau tengok tiket flight ke Sabah agak mahal kalau nak dibandingkan tiket ke Sarawak ataupun Indonesia. Dah lama aku teringin nak ke Sabah tapi belum ada rezeki.

Tapi rezeki Allah tu luas, selepas projek dekat Terengganu, Hafiz kena handle projek dekat Labuan pulak. As usual, kalau kata sebulan mesti akan jadi dua bulan. Untuk tak nak bagi isteri dia ni sedih, Hafiz suruh aku datang melawat dia dekat Labuan, tapi aku tak nak ke Labuan sebab alang-alang dah nak ke Sabah baik terus pergi tempat yang best untuk jalan-jalan kan. So kami decided nak ke Kota Kinabalu.

Rezeki Allah, kebetulan tiket MAS ke Kota Kinabalu ada sales. Kami pelawa sekali Mak dan Abah. Kebetulan adik ipar aku pun nak follow sekali. Bertambah meriah la rombongan cik kiah nanti. Hahahaha Tapi tiket pergi hanya murah pada waktu malam, kalau dihitung-hitung rugi bertolak waktu malam sebab nanti cost accommodation akan bertambah. Dan kebetulan juga Air Asia (AA) pun buat sales dan ada tiket awal pagi yang murah. Yeay! Kesudahannya, perjalanan pergi akan menaiki AA dan perjalanan balik akan menaiki MAS. Rezeki mak dan abah mertua nak merasa naik MAS dan merasmikan KLIA dan KLIA2. Hehehe

#Tiket
Kami bertolak pada 27hb Sept 2014 jam 7.50 pagi. Tiket AA sehala yang kami dapat RM 139 seorang. Tapi biasalah AA mesti nak add on seat + meal. So kena la tambah lagi RM19 seorang. Tiket balik pulak pada 29hb Sept 2014 jam 11.55 malam. MAS offer RM130 je seorang. All included pulak tu. Dah tak payah nak bayar seat, makan dan luggage. Setiap penumpang dah dapat 32 kg secara percuma. Berbaloi baloi kan?

Tapi MAS bukan selalu buat offer, kalau ada sale pun senyap-senyap je. Hahahaha

#Hotel
Kami akan berada di Sabah selama 3 hari 2 malam. Kami plan nak jalan-jalan dekat Kundasang dan Kota Kinabalu. So, seminggu sebelum bertolak aku dah siap-siap booking hotel. Satu malam dekat Kundasang dan lagi satu malam dekat Kota Kinabalu. Seperti biasa aku guna khidmat Agoda.com. Aku kan giler kumpul points.

Setelah diteliti, dihitung dan habis semua customer review aku selidik. Ini adalah penginapan kami di kundasang dan Kota Kinabalu yeay!

Banyak blog yang review Heritage hotel dan Pine Hotel kundasang yang terbaik tapi harga pun terbaik jugak. Jadi ambil lah hotel seadanya. Hahahaha

Hotel @ Kundasang
Mile 36 Lodge. Bilik twin untuk satu malam RM150. Aku ambil 2 Bilik dan tambah extra bed untuk adik ipar aku. Pada mula nya aku nak booking family room tapi semua dah full. Sedih betul. Aku suka style lodge ni sebab dibina dikawasan lereng bukit. So, setiap blok terletak di kawasan yang berbeza. Bilik pun diperbuat daripada kayu kayan dan tak ada aircond okeh.

Paling sedih rupa-rupanya tak ada television disediakan dalam bilik uwaaa. Ini pertama kali aku pergi hotel tak ada television. Hafiz kata dah macam join aktiviti kem motivasi duduk tepi hutan tak ada tv krik krik krik. Selalu nya sebelum aku booking hotel kriteria yang aku akan tengok adalah bilik air samaada private atau share. Tak pernah terfikir pulak nak tengok ada tv ke tidok. Hahahaha.
Tapi yang menang dekat situ adalah pemandangan yang sangat indah Subhanallah. Hotel tu nak suruh kami betul-betul rilex.


Hotel @ Kota kinabalu
Likas Square Apartment Hotel. Dekat Kota Kinabalu aku booked Service Apartment sebab aku rasa lagi berbaloi daripada bilik hotel. Alhamdulillah ada apartment yang dekat dengan bandar dan sangat berpatutan. Apartment 3 bilik untuk 6 orang RM225 satu malam. Ada breakfast lagi tau. Tak ada apa nak complain kecuali kejadian black out lebih kurang satu jam. Paneh ooo

Source : Google Image

Source : Google Image


#Kereta sewa
Perjalanan daripada Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam tau. So kenalah menyewa kereta. Takkan nak naik bas pulak kan. Kebetulan aku ada kawan yang dah jadi orang KK sekarang ni. Aku mintak dekat dia contact number tauke kereta sewa. Ok lah harga nya kalau nak dibandingkan dengan kereta sewa yang ada dekat dalam internet. Kereta Proton Saga untuk 3 hari RM280 saja. Boleh ambil dan pulangkan semula dekat Airport.


---------------------------------------------------------------------

Hari jumaat mak abah mentua dan adik ipar aku sampai daripada Ipoh. Kami akan bertolak ke KLIA2 lebih kurang pukul 5 pagi. Malam tu aku bawak mak dan abah mentua aku pergi makan, kebetulan ada pasar malam dekat kawasan tu. Aku perlahan kan kereta dan bagi signal sebab nak masuk parking tetiba aku nampak daripada cermin ada motor tergolek dog dekat belakang. Menggigil satu badan okeh. Dalam hati aku masa tu..ala, napa dia langgar kereta aku, mati ke dia. Abislah kena uruskan dia. Dah la esok nak jalan uwaaaa. Tup tup aku nampak budak tu bangun sorong motor ke tepi dan kutip barang-barang dia yang tergolek tu.

Calar lagi bumper kereta ku T_T. Tapi budak yang tergolek tu tak boleh dilepaskan dengan begitu mudah. Kalau suruh bayar confirm tak berduit tu. Lepas soal selidik, rupa rupanya baru 15 tahun, tak ada lesen opkos, tak ada side mirror, tak ada break dan tak ada helmet hadoiii. Aku mintak nak cakap dengan mak dan ayah dia, terus mengaku duduk dengan mak cik. Bila mintak nak cakap dengan makcik, terus kata talifon makcik dekat dia. Tengok la berapa cepat sel sel otak dia berhubung nak melarikan diri. Eeee geram betul aku.

Tapi bersyukurlah tak ada apa-apa yang serius terjadi dekat budak tu dan perjalanan ke Kota Kinabalu dapat diteruskan walaupun ah chong tercalar sedikit. 

Sambung ya!

XOXO


Sunday, October 12, 2014

Puding Karamel

Assalamualaikum

Kalau balik Ipoh aku suka eksperimen resepi memasak yang aku cedok daripada Internet. Adik-adik ipar pun suka makan. Lagi syok la aku memasak kalau ada yang sudi nak makan. Sampai sekarang ni, depa sendiri request nak makan apa. Hari raya korban haritu, adik ipar yang paling bongsu request nak makan puding karemel. Masatu kakak ipar dia ni baru je duduk lepas masak nasi arab. Tapi tak sampai hati nak tolak permintaan tu dan tadaaa jadi lah seloyang pudin karamel. Lagipun nak buat puding karamel bukak susah dan bahan-bahan nya senang nak dapat.

Kali ni aku buat puding karamel dengan telur. Resepi nya aku ambil daripada blog raihana vanilla tapi aku ada adjust sikit. Thanks.

Bahan-bahan sos karamel:
5 sudu gula
Sedikit air

Bahan-bahan puding
5 biji telur
5 sudu besar gula castor
400 ml susu sejat/ susu cair/ susu segar
1 sudu vanila

Cara-cara:
Sos karamel
1. Masukkan gula kedalam layang dan panaskan dengan api yang sederhana.
2. Kacau gula sehingga warna gula bertukar keperangan. Jangan sampai hangus yer
3. Masukkan sedikit air dan kacau lagi sehingga sebati. Hati-hati ketika masukkan air kerena guna mudah meruap.
4. Sejukkan sos karamel dan sediakan bahan-bahan puding.


Puding
1. Panaskan pengukus
2. Satukan semua telur, gula dan vanila kedalam blander. Kisar bahan-bahan selama 1 minit.
3. Masukkan susu dan kisar lagi selama 1 minit
4. Tapiskan bahan-bahan yang dikisar kedalam loyang sos karamel. Tapisan boleh mengelakkan puding karamel daripada berlubang-lubang.
5.Kukus selama 30 minit.
6. Keluarkan daripada kukus dan terbalikkan puding karamel kedalam pinggan.

Kita boleh jugak kukus dengan mengunakan bekas-bekas yang kecil. Selamat mencuba nyum nyum :D



Thursday, September 25, 2014

Art street & Mural Art

Assalamualaikum

PENANG

Orang perak dah dikira sebagai orang belah utara kan. So, Penang bukanlah jauh untuk dijejaki. Kebetulan, ada kenduri kahwin saudara sebelah Hafiz dekat Kedah. Dalam perjalanan pulang aku cakap dekat Hafiz, jom rasmi Jambatan penang yang kedua dan pekana pasemboq dekat Padang kota. Atas persetujuan bersama and here we are.

Sekarang ni, Mural Art dekat dinding bangunan sangat popular. Dikatakan, lukisan dinding ni mula dilukis oleh Ernest Zacharevic's.

Lukisan - lukisan dinding ni ada di merata-rata tempat. Jadi kena explore lorong-lorong dekat sini baru boleh jumpa lukisan dinding ni. Lukisan ni biasa nya ada dekat belakang-belakang banggunan atau lorong. Nak senang, tengok je tempat yang ramai orang. Mesti ada lukisan hahaha

Tapi sekarang ni aku tengok lukisan tu dah mula rosak atau terhakis. Sayang je. Jalan - jalan yang polular untuk lukisan dinding ni....
1. Armenian street, 2. Ah Quee street, 3. Muntri Street, 4. Cannon Street, 5. Chulia Street dan banyak lagi.

Angpa boleh sewa basikal dan round la Georgetown cari Mural-mural ni ekk. Aritu aku dengan dress, kang naik basikal mau sangkut dekat tayar. Penat mengayuh boleh pekena cendol padang kota. Layan oiii

Macam real kan
Pasemboq dan Laksa padang kota


SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Selain dekat Penang, rupa-rupanya dekat Shah Alam pun dah ada Art street ni. Aku pergi time bulan Ramadhan aritu. Kebetulan aku nak pergi berbekam.Yes berbekaM. Nanti aku share dekat entry yang lain.

Art Street ni terletak dekat lorong jalan depan Papa Rich Seksyen 7 Shah Alam. Aku macam " Eh dekat sini pun ada?" hahahaha

Cantik-cantik jugak lukisan dekat sini.



Kalau tak salah dekat Ipoh dan JB pun ada Mural Art ni. Kalau ada rezeki nanti sampai la yer.

xoxo

Monday, September 22, 2014

Mangsa Peragut

Assalamualaikum

Entry ni sepatut nya aku up masa bulan Mei aritu tapi dah la terperam. Huhu

Setiap tahun 29 Mei adalah hari istimewa untuk bondaku yang terchenta. Selamat hari jadi emak :D
Semoga sentiasa bahagia, gembira dan dirahmati Allah swt. Mendoakan Emak sentiasa dalam  kesihatan yang baik supaya Emak boleh terus beribadat kepada Allah swt dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah. Dan doakan anak-anakmu jugak! I LOVE U

Kadang-kadang bila kita dah rasa selesa dengan apa yang kita ada, Allah akan hantar sedikit dugaan. Aku percaya ada hikmah di setiap yang berlaku. Aku percaya musibah yang menimpa sebab nak suruh aku beringat-ingat semula.

Tahun ni, aku diberi sedikit dugaan. Sob sob sob. I'm officially snatch theft victim T_T
Dalam perjalanan dari Open car park ke Office yang jarak lebih kurang 200 meter dan aku dah menggunakan jalan tu lebih 3 tahun. Kereta dan motor lalu lalang seperti biasa dan ada juga pejalan kaki yang lain.

Pagi tu aku cuma bawak handbag. Masa keluar kereta teragak nak ambil payung. Biasa la pagi-pagi, baru 80% sedar, lagi 20% masih kat atas katil. hahaha.  Masa tiba dekat simpang tiga tak jauh dari car park tetiba aku rasa macam ada orang pegang bahu aku dari arah belakang. Semua berlaku dalam sekelip mata. Aku tak dengar pun bunyi motor, aku cuma rasa ada orang nak tarik beg je.

Aku pegang kuat-kuat handbag aku tu, tapi peragut tu hebat tau. Handbag aku tu dah la berat, ada purse, samsung tab, handphone, ubat, bedak, lipstick, yoko yoko, yassin, kunci kereta, kunci rumah dan macam-macam khazanah lagi. Kena pulak pagi tu aku sempat masukkan dua biji buah apple tau. Boleh bayang tak berapa berat nye beg tu. Tapi dia berjaya grab tau. Aku terasa tali beg tu terputus itu yang dia berjaya bawa lari beg tu. Dan dia seorang diri je!

Aku jerit tau. Tapi apakan daya. Kalau dia patah balik dan pulangkan semula handbag aku memang aku salam siap cium tangan la. Aku nampak dia berlalu pergi macam tu je. Masa tu aku macam tersedar yang aku dah kena ragut. Kat tangan cuma ada payung. Ada la jugak orang yang lalu lalang dekat situ bertanya. Yela dah tengok aku macam orang hilang arah kan.

#Blocked all bank cards immediately

Aku fikir, kalau aku kejar orang tu pun tak guna. Aku terus berlari naik office. Nasib baik dah ada colleague yang dah sampai. Aku mintak dia listkan semua no talifon customer service bank. Aku kena block semua kad-kad yang ada. Masa aku dok sibuk call bank, aku teringat yang kunci kereta ada dalam beg, apa akan jadi kalau si peragut tu datang balik curi kereta aku pulak ?????

Masa tu aku mintak tolong colleague untuk pergi pesan dekat Nepal yang jaga carpark supaya jangan bagi sesiapa bawa keluar kereta aku. Selesai je block semua bank cards, baru la aku call Hafiz. Aku percaya kalau aku call dia dulu sebelum aku call bank, dia akan suruh aku buat benda yang sama jugak. Blocked all bank cards!

#Laporan Polis

Aku mintak pertolongan colleague untuk hantar aku ke balai polis. Macam biasa la buat report, bagi statement dan itu ini tapi yang sedih nya dalam keadaan aku tinggal sehelai sepinggang, mereka tetap mintak RM2 untuk endos report T_T Dengan rasa tak malu terpaksa pinjam duit daripada colleague aku. Laporan polis penting untuk buat cards replacement.

#Simpan Spare Keys dekat tempat lain

Masa call Hafiz tu aku rasa sangat sedih tau. Masa kejadian dia masih lagi di Terengganu. Lepas tu aku terus call Along mintak dia hantar kunci spare kereta aku. Nasib baik la satu kunci spare aku letak dekat rumah dia.

Hafiz balik ke KL serta merta.  Sepatut nya, minggu tu aku akan ke Terengganu dan kami akan ke Pulau perhentian. Tiket flight dah beli, hotel dah booked T_T
Tapi bila bincang semula, kami patut postpone dahulu percutian tu. Baik settlekan dulu pengenalan diri semua. Itu la nama nya kita merancang Allah yang tentukan.

# Kes ragut tak perlu bayar penalti untuk buat Kad pengenalan dan kad-kad yang lain.

Minggu yang sepatutnya aku berenang-renang dengan penyu dan baby shark, aku terpaksa beratur dekat Jabatan Pendaftaran Negara tau! Tapi nasib baik aku tak perlu bayar denda kad pengenalan dan lesen hilang. Special exception untuk kes ragut. Apa-apa pun kena settle kan I.C dulu, sebab apa-apa urusan dengan bank memerlukan I.C betul. Sementara tak layan.

Kebetulan petang hari kejadian tu emak dan ayah sampai dari Kampung sebab mak ada check up dengan IJN. Kebetulan hari yang sama dengan hari jadi emak. Malam sebelum kejadian aku plan macam-macam nak beli cake untuk celebrate hari jadi mak. Semua tinggal kenangan, duit pun dah ilekk.

Bersyukur sebab aku tak cedera, walaupun aku rasa sakit-sakit badan jugak. Sementara menunggu Hafiz ambil kunci dekat adik aku (Nasib baik Ap ada kunci rumah) aku pergi gunting rambut. Tak tahu kenapa aku nak gunting rambut pulak. Hahaha tapi aku rasa lega gila dapat gunting rambut dan dapat massage dekat tengkuk. Rasa lapang sikit kepala.

Now aku rasa macam seriau je orang atau motor yang lalu sebelah aku. Dua tiga hari jugak aku terasa-rasa macam ada orang pegang bahu aku. Now dah ok sket. Bye-bye handbag.

Hati-hati ye semua, kes ragut boleh jadi dekat mana-mana. Orang lain keluar pagi nak cari rezeki yang halal, ada diantara kita yang keluar awal jugak tapi nak ambil kesempatan. Halal atau haram duit yang dia dapat antara dia dengan Allah. Yang pastinya aku memang sakit hati dengan peragut ni.

Kenangan dengan Beg Anniversary T_T

Langkawi

Assalamualaikum

Sudah beberapa purnama baru la ada masa nak update. Walau tak ada sesiapa yang peduli hahaha

Ap dah berjaya habiskan pengajian dekat UiTM Arau. Alhamdulillah. Sekarang ni dah bekerja sebagai Assistant Manager dekat Speed Mart. Gaji pun masyuk walaupun kerja macam nak giler. Tak cuti-cuti. Ada je kena ganti orang.

Sejak dari dulu Mak aku teringin sangat nak pergi Langkawi, dok menyebut-nyebut je pasal Langkawi tapi tak pernah ada kesempatan nak pergi. Hafiz pun tak pernah sampai ke Langkawi sebenarnya huhuhu

Day 1

Kesempatan Konvokesyen Ap kami bawa Mak, Ayah dan Yaya ke Langkawi. Yeay!
Konvokesyen Ap berlangsung pada 15 Mei 2014 di Uitm Arau. Malam tu kami bertolak daripada Kuala Kangsar dalam pukul 3 pagi, kami sampai dekat Arau ngam-ngam azan subuh. Terus je singgah Masjid Negeri untuk solat, mandi dan bersiap. Betul-betul musafir

Ap yang akhirnya berjaya!
Tahniah Ap
Sekarang dah ada aktiviti sementara menunggu Konvokesyen

Kebetulan konvokesyen Ap sesi yang pertama untuk hari tu, dalam pukul 12 tengah hari dah selesai. Kami singgah lunch dulu sebelum bergerak ke Jeti Kuala Perlis. Dekat sekitar Jeti ada menyediakan perkhidmatan parking kereta, masa tu bukan cuti sekolah dan pertengahan bulan jadi memang banyak kosong. Berebut-rebut abang valet nak suruh kita parking dekat tempat mereka. Kalau cuti sekolah jangan harap la yer.  Bayaran yang dikenakan RM10 untuk 24 jam.

#Feri
Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Langkawi mengambil masa dalam 1 jam 15 minit. Tambang feri ialah RM 36 seorang/dewasa untuk dua hala. Boleh refer dekat sini untuk maklumat lanjut : Feri Kuala Perlis 

Beg macam nak pindah
Feri ni sangat selesa ada TV dan aircond

# Sewa Kereta Murah
Dua minggu sebelum bertolak ke Langkawi, aku dah siap-siap booking kereta sewa dan hotel. Untuk kereta sewa aku amik kereta myvi je dan bayaran RM120 dikenakan untuk sehari. Untuk contact number boleh google "Sewa kereta murah langkawi" berderet-deret yang keluar dan boleh pilih je. Sesampai je aku dekat Langkawi terus call tauke kereta sewa tu dan dia hantar kereta tu dekat Jeti.

#Hotel
Hotel pula aku booking daripada Agoda. Aku pilih Nogoya Inn dekat area Klebang. Hotel murahan je pun tapi siap ada breakfast tau. Untuk family room RM 137 semalam. Hotel pun molek je aku tengok. Boleh refer dekat sini untuk lebih details : Nagoya Inn Hotel

Nagoya Inn

Aktiviti kami sesudah check in adalah tidur. Hahaha. Kepenatan perjalanan bermula pukul 3 pagi kan. Selepas solat maghrib baru kami jalan-jalan cari makan. Sebelum ni aku pernah pergi bamboo restauran dekat Langkawi ni. Masa tu restauran ni dekat tepi laut. Best tau. La ni aku pergi kenapa ntah restauran ni dah pindah dekat tepi longkang. Tengah-tengah bandar pulak tu. Patut la melilau aku mencari. Mahal and not recomended




Dinner kami untuk berenam

Day 2 

# Beras Terbakar
Selepas sarapan kami memulakan aktiviti ke Beras terbakar. Tiada bayaran masuk dikenakan. Ada tabung untuk derma ikhlas disediakan. Ayah aku kata masa dulu dia pergi memang banyak beras yang terbakar dekat atas tanah tapi sekarang yang tinggal hanyalah tapak beras terbakar dan tinggal sedikit je sisa sisa beras tu. Dah kena makan dengan burung kot huhuhu

Sejarah beras terbakar
Tapak beras terbakar
Sisa beras terbakar dan tabung derma ikhlas


#Makam Mahsuri
Destinasi seterusnya ke Makam Mahsuri. Bayaran masuk RM7 bagi dewasa. Banyak jugak aktiviti yang ada dekat sini. Ada perunjukkan video Mahsuri, Ada telaga Mahsuri, Rumah Mahsuri, Makam Mahsuri dan banyak lagi. Yaya dah jatuh hati dengan Mahsuri tak habis - habis tanya kenapa Mahsuri kena bunuh, kenapa keluar darah putih kenapa kenapa dan kenapa hahahaha

Makam Mahsuri
Rumah Mahsuri

#Laksa Tepi Laut
Aku memang big fan laksa dekat langkawi atau perlis ni. Sedap, pekat dan ada rasa manis ikan tu. Dalam perjalanan nak ke cable car, kami singgah pekena laksa dekat tepi laut. Memang layan wei
Kedai dalam lori je. 


 
# Langkawi cable car
Dari pagi si yaya sibuk nak naik cable car. Sebelum ke tempat cable car tu aku call dulu. Tapi malangnya cuaca tak berapa baik, cable car tak beroperasi buat sementara waktu. Better call dulu sebelum pergi. Alhamdulillah ada rezeki si yaya, lepas zohor cuaca dah makin baik. 
Untuk maklumat boleh refer dekat sini : Langkawi cable car



Dekat puncak cuma ada pemandangan je la

Mak aku tak berani nak naik cable car, so dia tinggal dekat bawah je. Tapi dekat bawah cable car pun banyak aktivti. Ada kedai-kedai untuk shopping, restauran dan aktiviti seperti menaiki kuda. Yehaa!


#Dataran Lang Langkawi
Aktiviti seterusnya ke Dataran lang Langkawi. Tempat bergambar wajib dekat sini.Tak ada gambar dengan helang ni makna nya belum sampai Langkawi hahahah
Tiada bayaran masuk dikenakan dan dataran lang ni terletak berhampiran dengan jeti langkawi.




#Duty Free Shopping
Apalah erti ke Langkawi kalau tak memborong chocolate. Dekat langkawi ni terkenal dengan Haji Ismail Group dan Idaman Suri. Tapi sebenarnya banyak lagi kedai-kedai best yang lain. Harga tak banyak beza pun. Impian jadi kenyataan, aku dapat beli periuk kaca Vision. Yeay

Elok-elok aku borong banyak chocolate, tak lama lepas tu ada kes DNA si ekor kinting pulak dalam cadbury. Potong betui la.



#Restauran Nelayan
Malam ni kami dinner dekat restauran Nelayan, agak susah nak cari restauran ni tapi sangat berbaloi ok. Yang paling best, beli ikan untuk harga seekor tapi boleh buat dua jenis masakan.


Seekor ikan, sebelah masak sweet sour, sebelah masak stim. Layan


Day 3

#Perusahaan Gamat (Nusantara)
Aktiviti terakhir sebelum balik ke Kuala Perlis, kami singgah dekat Perusahaan Gamat (Nusantara). Dekat sini bukan hanya ada minyak gamat tau, macam-macam produk yang diperbuat dari gamat. Ada sabun, shampoo, krim dan macam-macam lagi.


Ayah mencelup tangan dalam gamat yang mendidih

Replika minyak gamat

# Padang Besar, Perlis
Selepas selesai check out dan pulangkan kereta sewa, kami pulang semula ke kuala perlis dengan menaiki Feri. Dekat sini ada kastam ok, dinasihatkan jangan buang resit pembelian dan resit hotel. Sebab pengalaman aku haritu, kastam tu check ok. Beg pun dah beranak renek kan. Kalau tak silap, pembelian melebihi RM500 kena stay dekat Langkawi lebih daripada 2 hari.

Kami selamat sampai dekat Jeti Kuala Perlis pukul 3 petang. Kereta dah sepenuh-penuh ada hati lagi nak ke padang besar tau. Tapi memang sempat pun kami ke padang besar.




Alhamdulillah, merasa juga Mak sampai ke Langkawi. Langkawi ni best. Must visit! Ada laut, ada tempat-tempat lagenda, dan ada tempat shopping.  Last time aku ke Langkawi sempat ke Langkawi Underwater world dan Tasik dayang bunting je. Kira sekarang ni dah la complete la list tempat-tempat wajib dilawati Langkawi. Daaaa