Wednesday, October 22, 2014

Kota Kinabalu yo! Part III

Assalamualaikum

Day 2 :

Orang kata kalau nak tengok si gunung kinabalu kena bangun awal-awal pagi. Aku punya la semangat pukul 4 pagi dah terbangun. Tapi buka je tingkap gelap gebumin lagi. Seram oo. Lepas solat subuh aku dah tak tidur lagi, terus je kejut Hafiz ajak lepak dekat Balkoni feeling-feeling nak tengok sunrise la konon.

Saya Gunung Kinabalu..
Sorry yayang rambut u serabai

 Tentatif untuk hari kedua adalah:

1. Kinabalu Park
2. Desa Dairy Farm
3. Poring hot spring
4. Fish Spa, Tegal Moroli
5. Sabah Tea
6. Pekan Nabalu
7. Bertolak ke Kota Kinabalu
8. Seafood 

#Kinabalu park
Ha, kemain banyak aktiviti untuk hari kedua ni. Selepas breakfast, kami terus je check out. Aktivti harini dimulakan seawal pukul 9 pagi okeh. Destinasi pertama yang kami pergi ialah Kinabalu Park. Pada mulanya aku tak tahu apa yang ada dekat sini, rupa-rupanya Kinabalu Park ni adalah kawasan kaki gunung kinabalu. Dekat sinilah pendaki-pendaki memulakan pendakian. Bagi kita yang tak mendaki ni boleh je nak pergi ke check point yang pertama tu. Daripada pintu masuk ke check point pertama adalah dalam 4km. Dalam 10 minit menaiki kereta atau lebih satu jam kalau menapak. Tak sanggup den. Lagipun bawa orang tua kan. Alasan mu benar belaka. Entrance fees untuk kinabalu park RM4 seorang. Jangan buang tiket ni kalau kita ada plan nak ke Poring hot spring sebab boleh menggunakan tiket yang sama.

Dalam Kinabalu park ni ada macam-macam tempat yang boleh kita pergi seperti galeri dan muzium. Tapi kami cuma bergumbira dekat check point pertama dengan tupai-tupai yang jinak. Hafiz siap pergi beli kacang tau untuk si tupai-tupai ni. Tiket RM4 hanya valid sehingga check point pertama sahaja. Kalau nak terus mendaki kita kena bayar fees untuk mendaki dan kena ada guider kalau tak silap.

Masa ni dekat main entrance

Dekat dalam tu check point yang pertama

Nak kata menara pun bukan, tapi ni tingkat atas untuk check point pertama.
Daripada atas ni boleh nampak pendaki start mendaki

Ni Adik ipar aku dok melayan tupai

Memula sekor, lepas tu datang beramai-ramai
meremang-remang wei, dah la kelam kabut je tupai ni

Masa depa dok leka bagi makan tupai, aku terkecuali sebab geli. Aku sembang la dengan bakal-bakal pendaki yang tengah makan nasi lemak. Hebat kau dik nak mendaki makan nasi lemak. Dia kata kalau kita bayar lagi RM5 seorang kita dibenarkan masuk kedalam dan meneruskan perjalanan lebih kurang 4 km lagi. Dia cakap dalam 200 meter daripada check point pertama ada waterfall. Aku pun teruja nak tengok waterfall dan ajak mereka semua masuk kedalam. Rupa-rupanya 200 meter pertama pun dah agak mencabar bagi kami yang tak ada pakaian dan kasut yang sesuai. Tapak kasut aku dah nipis T_T sakit oo kena batu dan mak mentua aku lagi la pakai baju kurung hahaha. Mesti pendaki-pendaki tu ingat makcik ni nak pergi doa selamat dekat mana ni.

Pakcik guard tu kata jangan pergi jauh-jauh sangat sebab ada orang tua dan cuaca tak menentu. Baiklah.


200 meter pun kalau jalan camni memang jauh

Yeay dan sampai. Ini je pun si Carson Fall

Jenuh nak patah balik wei
# Desa Dairy Farm
Okeh Kinabalu park checked. Destinasi seterusnya ke Desa Dairy Farm (DDF). DDF ni terletak dekat area pekan kundasang tau, kalau daripada arah Kota Kinabalu, kita akan nampak roundbout dekat pekan Kundasang dan ambil pukul 9 dan terus je. Nanti ada signboard atau sila la tanya penduduk tempatan. Masa ni  baru 10 pagi. Kalau ikut pada jadual yang aku tengok dekat website DDF ni, pukul 10 pagi kita boleh tengok pemprosesan susu segar dan boleh bagi anak moo moo minum susu dan makan. Cuma perahan susu je bermula jam 3 petang. Bayaran masuk adalah RM4 seorang.

Walaupun kawasan ni berbau lembu dan kambing hahaha tapi pemandangan nya sangat indah tau. Kata orang boleh feeling-feeling dekat New Zealand gitu. Yela lembu-lembu yang ada pun aku rasa baka daripada New Zealand. Daripada jauh kemain comei bila dekat musyukkk nya. Hahaha.

Kat sini ada jual hasil tenusu seperti susu segar dan ais krim yogurt. Sedap memang A. Tapi kesilapan yang aku buat adalah pergi beli dulu ais krim tu dan bawak pergi tempat feeding anak-anak lembu dan kambing. Bau dia.. tu dia habaq ang potong terus selera.

Bukan senang nak panjat pagar tu
Saujana mata memandang
Kenapa susu ni tak jual dekat semenanjung?
Rakus tau dia ni. Sabor je la 

#Poring hot spring
Ku sangkakan panas hingga ke petang. Masa ni cuaca dah start mendung dan kami meneruskan perjalanan ke Ranau. Perjalanan ke Ranau mengambil masa lebih kurang 45 minit jugak. Destinasi seterusnya adalah  Poring Hot Spring.  Tunjukkan tiket masuk ke Kinabalu Park kat kaunter Poring Hot Spring untuk mendapatkan pengecualian bayaran tiket masuk. Ngam - ngam je sampai sini hujan turun lebat T_T

Punah harapan nak pergi tengok Reflesia ke nak naik jambatan gantung ke. Sementara nak tunggu hujan berhenti sempatlah aku rendam kaki dalam air panas tu. Dekat sini bukan hanya ada air panas tau, dah macam water park aku tengok. Ada kolam siap ada slide lagi. Kalau ada banyak masa mesti aku pun terlibat sama. Tapi apakan daya



Rendam kaki

Makan dekat sini.

#Fish Spa, Tegal Moroli
Bila hujan dah berhenti perut pun dah lapar. Al maklumlah dah masuk tengah hari masa tu. Breakfast pagi tadi pun ala-ala omputih mana kenyang sebab perut dah biasa makan nasi lemak pagi pagi lorr.
Apa yang aku perasan, masakan orang Sabah tak banyak beza dengan orang semenanjung. Ayam masak kicap ke, daging masak merah ke semua boleh diterima tekak. Alhamdulillah.

Lagi satu ramai yang kata makanan dekat Sabah agak mahal, berdasarkan pengalaman aku memang agak mahal tapi portion makanan tu besar. Aku rasa sangat berbaloi dengan harga yang kita bayar. Kalau dekat KL ni beberapa sudu dah settle.

Destinasi seterusnya ke Tagal Moroli, Kg Luanti Ranau. Kami siap-siap tanya directions dekat tauke kedai makan tu. Biasanya mereka dah familiar dengan tempat-tempat yang orang ramai akan pergi, Jadi tak perlu risau sesat. Cuma kalau malu bertanya sosat la jalan kan.

Perjalanan ke Sungai Moroli ni lebih kurang 20 minit dari Poring Hot Spring. Ambil arah Ranau. Nanti kita akan jumpa tea sabah dahulu sebelum fish spa ni. Bayaran masuk adalah RM5 seorang. Masa ni hujan dah start turun T_T. Pada mula nya kami macam teragak-agak nak keluar kereta atau tak, Tapi bila fikir-fikir dah datang sejauh ni, jadi turun je la. Bukan hari-hari pun datang Ranau ni dan bukan hari-hari pun aku kena hujan hahaha

Aku yang bersungguh-sungguh nak datang sini sebab dah masuk dalam itinerary kan. Mana boleh pangkah. Tapi aku ingat aku ni seorang yang berani. Tapi akak tak mampoooo T_T
Tengok ikan tu berkumpul-kumpul pun dah meremang-remang tengkuk ni. Apakan lagi nak masukkan kaki atau nak pegang kelapa ikan tu. Oh man aku penakut rupa nya. Dua kali aku buat percubaan tapi baru je nak masukkan kaki aku tengok semua ikan-ikan tu macam kelam kabut je datang dekat aku harus la aku melompat. Dua kali jugak aku tergelecek dekat atas pasir-pasir sungai tu. Sakit oo. Last-last kena marah dengan Hafiz sebab takut. Hello orang takut bukan main-main tau. Akhirnya aku bergambar digigi sungai bersama-sama ikan sahajo T_T

Abah dan adik ipar aku kata syok. Ikan tu gigit-gigit manja je.

Tangan tu eksyen je hahaha

Peminat ikan bertemu ikan hahaha

Betapa besarnya ikan, dah jadi pemalas pun

Abah je yang steady

# Sabah Tea
Destinasi seterusnya kami ke Sabah Tea tak jauh pun daripada fish spa ni. Tapi jalan masuk nya agak mencabar dan keadaan jalan tak berapa elok. Tak tahu la kenapa depa tak turap jalan tu. Tak ada bayaran masuk dikenakan. Dekat puncak sabah tea ni ada kilang pemprosesan tea, ada cafe dan kedai cenderahati. Aku pun tak tahu kenapa setiap pokok dekat sini mesti ada jarak antara satu sama lain. Jadi pemandangan nya tak berapa indah kalau nak dibandingkan dengan Cameron Highland.

Nampak tak pokok teh ni macam dah togel


Borong Sabah Tea

Tak lama pun kami dekat Sabah tea ni, lepas tu kami gerak balik kearah kundasang. Sebab malam ni kami akan berada dekat Kota Kinabalu pula. Sebelum tu kami singgah solat Zohor/Asar dekat Masjid Besar Kundasang. Cantik sangat masjid ni. Dah la dekat atas bukit menghadap gunung Kinabalu.

Masjid Kundasang
Pemandangan depan masjid

Sebelum balik Kundasang

#Pekan Nabalu
Beberapa Kilometer daripada pekan Kundasang kita akan jumpa Pekan Nabalu. Pekan ni pun kami singgah jap tapi masa ni dah dekat jam 5 petang, kedai-kedai pun dah banyak yang tutup. Dekat sini best jugak kalau nak shopping souvenir, buah buahan ke atau makanan tempatan. Daripada sini masih lagi boleh nampak gunung kinabalu yo.




Durian Hutan. Tak ada bau tapi rasa sama. Sedap!
Perjalan diteruskan ke Kota Kinabalu. Jumpa di KK bah

xoxo



No comments:

Post a Comment