Monday, September 22, 2014

Langkawi

Assalamualaikum

Sudah beberapa purnama baru la ada masa nak update. Walau tak ada sesiapa yang peduli hahaha

Ap dah berjaya habiskan pengajian dekat UiTM Arau. Alhamdulillah. Sekarang ni dah bekerja sebagai Assistant Manager dekat Speed Mart. Gaji pun masyuk walaupun kerja macam nak giler. Tak cuti-cuti. Ada je kena ganti orang.

Sejak dari dulu Mak aku teringin sangat nak pergi Langkawi, dok menyebut-nyebut je pasal Langkawi tapi tak pernah ada kesempatan nak pergi. Hafiz pun tak pernah sampai ke Langkawi sebenarnya huhuhu

Day 1

Kesempatan Konvokesyen Ap kami bawa Mak, Ayah dan Yaya ke Langkawi. Yeay!
Konvokesyen Ap berlangsung pada 15 Mei 2014 di Uitm Arau. Malam tu kami bertolak daripada Kuala Kangsar dalam pukul 3 pagi, kami sampai dekat Arau ngam-ngam azan subuh. Terus je singgah Masjid Negeri untuk solat, mandi dan bersiap. Betul-betul musafir

Ap yang akhirnya berjaya!
Tahniah Ap
Sekarang dah ada aktiviti sementara menunggu Konvokesyen

Kebetulan konvokesyen Ap sesi yang pertama untuk hari tu, dalam pukul 12 tengah hari dah selesai. Kami singgah lunch dulu sebelum bergerak ke Jeti Kuala Perlis. Dekat sekitar Jeti ada menyediakan perkhidmatan parking kereta, masa tu bukan cuti sekolah dan pertengahan bulan jadi memang banyak kosong. Berebut-rebut abang valet nak suruh kita parking dekat tempat mereka. Kalau cuti sekolah jangan harap la yer.  Bayaran yang dikenakan RM10 untuk 24 jam.

#Feri
Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Langkawi mengambil masa dalam 1 jam 15 minit. Tambang feri ialah RM 36 seorang/dewasa untuk dua hala. Boleh refer dekat sini untuk maklumat lanjut : Feri Kuala Perlis 

Beg macam nak pindah
Feri ni sangat selesa ada TV dan aircond

# Sewa Kereta Murah
Dua minggu sebelum bertolak ke Langkawi, aku dah siap-siap booking kereta sewa dan hotel. Untuk kereta sewa aku amik kereta myvi je dan bayaran RM120 dikenakan untuk sehari. Untuk contact number boleh google "Sewa kereta murah langkawi" berderet-deret yang keluar dan boleh pilih je. Sesampai je aku dekat Langkawi terus call tauke kereta sewa tu dan dia hantar kereta tu dekat Jeti.

#Hotel
Hotel pula aku booking daripada Agoda. Aku pilih Nogoya Inn dekat area Klebang. Hotel murahan je pun tapi siap ada breakfast tau. Untuk family room RM 137 semalam. Hotel pun molek je aku tengok. Boleh refer dekat sini untuk lebih details : Nagoya Inn Hotel

Nagoya Inn

Aktiviti kami sesudah check in adalah tidur. Hahaha. Kepenatan perjalanan bermula pukul 3 pagi kan. Selepas solat maghrib baru kami jalan-jalan cari makan. Sebelum ni aku pernah pergi bamboo restauran dekat Langkawi ni. Masa tu restauran ni dekat tepi laut. Best tau. La ni aku pergi kenapa ntah restauran ni dah pindah dekat tepi longkang. Tengah-tengah bandar pulak tu. Patut la melilau aku mencari. Mahal and not recomended




Dinner kami untuk berenam

Day 2 

# Beras Terbakar
Selepas sarapan kami memulakan aktiviti ke Beras terbakar. Tiada bayaran masuk dikenakan. Ada tabung untuk derma ikhlas disediakan. Ayah aku kata masa dulu dia pergi memang banyak beras yang terbakar dekat atas tanah tapi sekarang yang tinggal hanyalah tapak beras terbakar dan tinggal sedikit je sisa sisa beras tu. Dah kena makan dengan burung kot huhuhu

Sejarah beras terbakar
Tapak beras terbakar
Sisa beras terbakar dan tabung derma ikhlas


#Makam Mahsuri
Destinasi seterusnya ke Makam Mahsuri. Bayaran masuk RM7 bagi dewasa. Banyak jugak aktiviti yang ada dekat sini. Ada perunjukkan video Mahsuri, Ada telaga Mahsuri, Rumah Mahsuri, Makam Mahsuri dan banyak lagi. Yaya dah jatuh hati dengan Mahsuri tak habis - habis tanya kenapa Mahsuri kena bunuh, kenapa keluar darah putih kenapa kenapa dan kenapa hahahaha

Makam Mahsuri
Rumah Mahsuri

#Laksa Tepi Laut
Aku memang big fan laksa dekat langkawi atau perlis ni. Sedap, pekat dan ada rasa manis ikan tu. Dalam perjalanan nak ke cable car, kami singgah pekena laksa dekat tepi laut. Memang layan wei
Kedai dalam lori je. 


 
# Langkawi cable car
Dari pagi si yaya sibuk nak naik cable car. Sebelum ke tempat cable car tu aku call dulu. Tapi malangnya cuaca tak berapa baik, cable car tak beroperasi buat sementara waktu. Better call dulu sebelum pergi. Alhamdulillah ada rezeki si yaya, lepas zohor cuaca dah makin baik. 
Untuk maklumat boleh refer dekat sini : Langkawi cable car



Dekat puncak cuma ada pemandangan je la

Mak aku tak berani nak naik cable car, so dia tinggal dekat bawah je. Tapi dekat bawah cable car pun banyak aktivti. Ada kedai-kedai untuk shopping, restauran dan aktiviti seperti menaiki kuda. Yehaa!


#Dataran Lang Langkawi
Aktiviti seterusnya ke Dataran lang Langkawi. Tempat bergambar wajib dekat sini.Tak ada gambar dengan helang ni makna nya belum sampai Langkawi hahahah
Tiada bayaran masuk dikenakan dan dataran lang ni terletak berhampiran dengan jeti langkawi.




#Duty Free Shopping
Apalah erti ke Langkawi kalau tak memborong chocolate. Dekat langkawi ni terkenal dengan Haji Ismail Group dan Idaman Suri. Tapi sebenarnya banyak lagi kedai-kedai best yang lain. Harga tak banyak beza pun. Impian jadi kenyataan, aku dapat beli periuk kaca Vision. Yeay

Elok-elok aku borong banyak chocolate, tak lama lepas tu ada kes DNA si ekor kinting pulak dalam cadbury. Potong betui la.



#Restauran Nelayan
Malam ni kami dinner dekat restauran Nelayan, agak susah nak cari restauran ni tapi sangat berbaloi ok. Yang paling best, beli ikan untuk harga seekor tapi boleh buat dua jenis masakan.


Seekor ikan, sebelah masak sweet sour, sebelah masak stim. Layan


Day 3

#Perusahaan Gamat (Nusantara)
Aktiviti terakhir sebelum balik ke Kuala Perlis, kami singgah dekat Perusahaan Gamat (Nusantara). Dekat sini bukan hanya ada minyak gamat tau, macam-macam produk yang diperbuat dari gamat. Ada sabun, shampoo, krim dan macam-macam lagi.


Ayah mencelup tangan dalam gamat yang mendidih

Replika minyak gamat

# Padang Besar, Perlis
Selepas selesai check out dan pulangkan kereta sewa, kami pulang semula ke kuala perlis dengan menaiki Feri. Dekat sini ada kastam ok, dinasihatkan jangan buang resit pembelian dan resit hotel. Sebab pengalaman aku haritu, kastam tu check ok. Beg pun dah beranak renek kan. Kalau tak silap, pembelian melebihi RM500 kena stay dekat Langkawi lebih daripada 2 hari.

Kami selamat sampai dekat Jeti Kuala Perlis pukul 3 petang. Kereta dah sepenuh-penuh ada hati lagi nak ke padang besar tau. Tapi memang sempat pun kami ke padang besar.




Alhamdulillah, merasa juga Mak sampai ke Langkawi. Langkawi ni best. Must visit! Ada laut, ada tempat-tempat lagenda, dan ada tempat shopping.  Last time aku ke Langkawi sempat ke Langkawi Underwater world dan Tasik dayang bunting je. Kira sekarang ni dah la complete la list tempat-tempat wajib dilawati Langkawi. Daaaa





No comments:

Post a Comment