Monday, October 20, 2014

Kota Kinabalu yo! Part II

Assalamualaikum

Day 1:

Pertama kali aku merasmikan KLIA2. Yeay. Sebelum ni Hafiz dok berlagak dengan aku yang dia awal-awal lagi dah naik flight daripada KLIA2. Eksen sokmo. Masa dekat KLIA2 tu tak sempat nak tengok kiri kanan pun, terus je check in dan masuk departure hall.  Kedai pun banyak yang tak buka lagi.

At 7.50 am we fly to Kota Kinabalu ~
Kami tiba dekat Kota Kinabalu Airport lebih kurang pukul 10.40 pagi, dalam hati kenapalah Airport KK ni macam buruk je, rupa-rupa nya KK ada dua Aiport. Seperti biasa kapal terbang tambang murah akan berlabuh dekat airport yang buruk itu T_T. Aku terus call tauke sewa kereta dan dia dah tunggu dekat situ.

Hafiz pula bertolak daripada Labuan dengan Feri. Tambang feri Labuan ke Kota Kinabalu RM 15 sahaja dan memakan masa selama 3 jam. Feri tu bertolak daripada Labuan pukul 8 pagi dan tiba dekat jesselton point lebih kurang pukul 11 pagi. Feri tu boleh sampai ke Brunei tau. Boleh tengok details feri dekat sini : Ferry Labuan ke Kota Kinabalu

Lepas bagi details kepada tauke kereta sewa dan bayar balance kami pun bergerak ke Jesselton Point sebab nak ambil Hafiz. Tak jauh pun dalam 8KM sahaja. Ngam-ngam sahaja aturan nya jadi masing-masing tak perlu tunggu lama.

Tentatif untuk hari pertama adalah:

1. Kundasang
2. Rumah terbalik
3. Jambatan Tamparuli

Perjalanan ke Kundasang mengambil masa dalam 2 jam setengah. Dalam perjalanan ke Kundasang kita boleh singgah beberapa tempat yang menarik. Destinasi pertama kami adalah Rumah Terbalik. Rumah ni terletak dekat Tuaran, Tamparuli. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM10. Bagi aku tempat ni macam ok ok sahaja. Aku ingatkan boleh masuk dan melawat sesuka hati, rupa-rupa nya nak masuk kedalam rumah tu kena berkumpulan dan ada guide yang akan bawa dan menceritakan tentang rumah tersebut. Dalam rumah tu kita tak dibenarkan ambil gambar hmmm. Ada tempat-tempat tertentu je yang dibenarkan.


rilex je angkat kereta sebelah tangan hehehe
Dalam setengah jam je kami dekat Rumah terbalik tu tambahan pula keluarga mentua aku bukan jenis giler bergambar macam aku. Hahaha. Jadi tak cukup korum nak posing lebih-lebih dan segan pulop tu. Kami meneruskan perjalanan ke Jambatan Tamparuli. Dalam 15 minit daripada Rumah terbalik. Kata orang jambatan ni dipopularkan oleh Marsha Akademi Fantasia sebab dia dok menyanyi lagu "Jambatan Tamparuli" masa dalam Akedemi Fantasi dulu hehe.

Jambatan tamparuli ni macam jambatan gantung dan hanya untuk pejalan kaki. Dekat tepi jambatan tu ada jambatan kecil untuk kenderaan. Memang rock sangat jambatan tu sebab tak ada langsung penghadang kiri kanan memang mencabar dan kecut perut. Aku rasa kalau terlajak sikit je memang kedalam sungai la yer. Dekat sekitar jambatan tu ada kedai-kedai dan pasar tani. Waktu tu dah tengah hari dan kami makan tengah hari dekat kedai makan sebelah Jambatan Tamparuli. Ada kedai orang islam dan masakan nya sedap jugak

Tengok jambatan dekat bawah tu..Ngerikk

Bertemu cinta ku disini

Lunch!

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Seperti yang dah sedia maklum daripada ramalan cuaca, masa kami dekat Sabah nanti cuaca tak berapa cantik. Akan hujan. Ramalan mu benar belaka, masa on the way ke Kundasang cuaca dah mula gelap dan kabus tebal. Feeling-feeling macam duduk dalam awan dan dekat luar negara gitu. Tapi tak lama selepas tu hujan dah mula turun dan lebat sangat T_T Dah la perjalanan ke Kundasang agak mencabar sebab kita mendaki gunung. Tapi ok lagi kalau nak dibandingkan dengan Cameron Highland dan Genting Highland. Masa tu cuaca pun dah mula sejuk. Plan asal kami akan singgah Pekan Nabalu terlebih dahulu tapi sebab hujan terlampau lebat dan kami ambil keputusan nak singgah masa dalam perjalanan balik esok.

Lebih kurang pukul 4 petang kami sampai dekat Pekan Kundasang. Yeay! Nasib baik hotel kami dekat tepi jalan je dan tak susah nak cari. Selesai check in dan aktivti seterusnya adalah tidur hahaha. Dah la tak ada television apa nak buat lagi. Tambahan pulak time hujan dan suhu masa tu dalam 22 darjah celcius je. Memang bagai orang mengantuk di sorong bantal la yer. Nak tengok si gunung kinabalu pun malu-malu.

Malam tu kami keluar ke Pekan Kundasang untuk makan malam. Memang banyak kedai makan dekat pekan Kundasang jadi tak perlu risau. Jangan lupa bawak sweater kalau ke Kundasang sebab sejuk tahap sampai ke tulang kering hahaha.

Air panas dan sup cepat je jadi suam.

Kabussss

Sayap @ nama komersil chicken wings

No comments:

Post a Comment