Saturday, December 24, 2016

Untuk Ayah

Assalamualaikum

Tahun 2016 ni memang aku diduga dengan pelbagai dugaan. Pada awal tahun semua nya okay, tapi masuk je pertengahan tahun bermulalah dugaan demi dugaan.
Awal tahun dapat tahu progress buah pinggang ayah aku tidak berapa baik. Doktor dah nasihatkan supaya ayah lebih berpantang tapi nampak gayanya tak berkesan.
Doktor suggest untuk ayah buat Dialisis. Masa tu ayah sangat susah hati yer.
Aku ajak ayah pergi dengar second opinion, bawak ayah jumpa doktor dekat hospital swasta. Tapi jawapan yang diberikan tetap sama. Sian Ayah.
Doktor kata buah pinggang ayah dah mengecut, mungkin masih berfungsi tapi cuma 20% sahaja. Sooner or later ayah tetap kena buat dialisis jugak.

Doktor suruh prepare spatula atau tapak untuk dialisis dekat tangan. Sebab tapak tu makan masa yang lama untuk matang. Kebiasaan nye dalam 3 bulan. Tapi ayah tak nak buat dan cuba untuk berpantang. So kami okay je. Kang paksa-paksa dia sedih pulak.

Masuk je March, ayah kena pergi buat checkup, doktor yang check ayah sangat terkejut sebab bacaan kreatinin dalam badan ayah naik mendadak. Kelihatan seperti buah pinggang ayah dah 100% tidak berfungsi. Kalau kandungan kreatinin terlalu tinggi dalam badan boleh menyebabkan pesakit muntah, kaki bengkak, pengsan dan sebagainya. 

Doktor suruh ayah masuk ward sebab keadaan ayah sangat lemah dan buat emergency dialisis dekat kaki. Hampir seminggu ayah masuk ward dan dibenarkan pulang. Kebetulan cuti sekolah, memang dah plan nak bawak mak dan ayah ke KL sebab Mak ada checkup dekat IJN. Masa aku nak balik ambik ayah, mak call cakap ayah cakap merapu-rapu. Bila aku sampai, dah penuh jiran dekat rumah aku. Masa tu aku sangat cuak, Tapi masa aku sampai tu keadaan ayah dah OK. Tetibe je ok. Mak kata lepas subuh ayah macam bluring, dan lepas tu macam cakap pasal mati je. Mak panggil opah untuk tenangkan ayah. Jiran-jiran pun ada datang.




Hari Ahad aku bawak ayah dan mak ke KL. Ingatkan ayah dah pulih. Rupa-rupa nya tidak. Dekat rumah aku dia meracau-racau lagi. Cakap pasal Mati, syurga Neraka dan macam-macam lagi. Memanglah bagus mengingati mati. Tapi cara dia cakap tu memang bukan ayah yang kami kenal. Malam-malam tak nak tidur dan macam-macam lagi lah. Kami bawak pergi berubat dekat Shah Alam, dekat kawsasan rumah aku. Ingatkan ada gangguan ke kan. Tapi tetap sama. Ada hari elok sikit, aku bawak dia jalan-jalan dekat Setia City Mall. Nampak dia sangat enjoy dan nampak Ok. 

Hari Jumaat, Kak lia dan Mia nak balik ke JB. Depa pun ada datang bercuti dekat KL. Hafiz yang hantar ke KLIA. Ayah nak ikut. So mak dan yaya pun kena ikutlah. Dekat KLIA, ayah dah start merapu balik. Mak aku cepat-cepat suruh Kak lia boarding. Mak aku bawak ayah duduk dekat kerusi, tetiba ayah macam diserang sawan, badan dia jadi keras dan jatuh dari kerusi. Orang yang lalu lang dekat situ semua dah kerumun. Hafiz berlari-lari cari orang nak mintak tolong. Akhirnya depa bawak ayah ke Klinik dekat KLIA. Doktor dekat situ suruh bawak ayah dekat hospital yang terdekat iaitu Putrajaya. Aku bergegas datang kesana naik ERL. Ap naik moto. Ap sempat ikut ayah naik ambulance. Aku bawak kereta ke hospital sebab hafiz kena bawak moto Ap. 

Dekat hospital putrajaya, ayah terus ke bilik emergency Red zone. Doktor buat itu dan ini. Masa aku sampai doktor masih lagi merawat ayah. Tak lama lepas tu doktor dah panggil masuk. Aku tengok ayah aku elok je sedor. Tapi still meracau sikit mungkin kesan ubat. Sebab aku kata dia meracau, dia suruh aku suapkan dia makan. Aku kata dalam emergency room mana ada makanan, dia kata tadi ada Angah hantar. Sedangkan Angah ada dekat JB. Bila keadaan dah stabil ayah ditempatkan di ward. Dua malam jugak ayah dekat situ. Tapi yang aku pelik doktor taknak dialisis ayah sebab kata nye tak mencapai tahap kena emergency dialisis. 

Dia suruh discaj dan buat spatula. Masa tu kiteorang tak tahu macamana nak start untuk buat dialisis. Doktor dekat taiping discaj macamtu je dan tak bagi appointment. Cuma bagitahu suruh datang lagi hari Selasa atau Khamis. Tapi salah pemahaman ayah tak pergi pun.

Kami bercadang nak bawak ayah ke hospital Angkatan Tentera, dan mintak hospital putrajaya issue kan surat. Tapi tetap sama. Bila ayah discaj, Along bawak kerumah dia sebab sebelum ni dia ada dekat Kuching. Hospital Angkatan Tentera terus tak terima suruh bawak ayah ke hospital yang biasa dia pergi, Bertambah-tambah la geram. Dah la Ayah masih merapu-rapu. Akhir nye kami sepakat nak bawak ayah ke Pusrawi. Cadangan nya nak buatkan Spatula. 

Tapi masa Along bawak ayah kesitu, doktor terkejut dengan keadaan ayah. Pelik kenapa doktor dekat putrajaya tak nak Dialisis dia. Kata nya dah banyak kuman atau toksin, sebab tu ayah asik cakap merapu. Darah ayah dah kotor sebab buah pinggang dah tak berfungsi. Kami mintak option lain sebab ayah tak ada insurance, pusrawi kan swasta. Kami bawak ke situ sebab nak buat spatula je. Tapi doktor tak bagi dia suruh ayah warded jugak dan cuba bagi diskaun sebaiknya.

Bila warded, doktor terus tebuk tengkuk ayah. Nak buat temporary spatula untuk dialisis. Kalau dekat tengkuk terus boleh pakai tapi jagka masa hanya tiga bulan je. Macamana pun kena buat tapak dekat tangan. Alhamdulillah 3 hari ayah duduk dekat Pusrawi. Dan dialisis macam biasa. Nampak ayah dah ok, Memang betul sebab toksin yer. Bukan sebab jin ke apa. hehehe

Aku pulak cuba call pusat dialisis dekat Kuala kangsar, tapi yang sedihnya semua penuh. Baru kami tahu sebenarnya ramai yang sakit buah pinggang. Nak mintak selit pun dah tak ada slot. Akhirnya dapat yang paling dekat dengan rumah dekat Sungai siput. Memang kena mintak bantuan jiran untuk hantar dan ambil sebab kondisi ayah masih lemah

Aku jugak call hospital-hospital berdekatan untuk buat spatula, pada mula nya kami nak buat dekat KPJ taiping. Rupa-rupanya doktor yang buat dekat KPJ tu adalah doktor hospital taiping. Nurse tu sendiri suruh aku contact hospital Taiping. Alhamdulillah dapat appointment kurang daripada sebulan. 

Bila ayah dah discaj, kami hantar ayah balik dan start buat dialisis. Alhamdulillah ayah pesara tentera so semua ditanggung oleh kerajaan. Bila tarikh appointment ayah sampai, aku bawak ayah ke Taiping untuk buat tapak. Semua urusan mudah. Cis napalah masa ayah aku discaj dulu tak diberi keterangan yang betul macamana nak buat tapak.


Dan akhirnya ayah ada rutin baru kena dialisis seminggu tiga kali. Buat dekat tengkuk sebab tapak yang dekat tangan belum matang. Ayah dah semakin ok, tak ada merapu lagi tapi badan semakin susut. Sebab dia pantang betul-betul. Yang paling kesian dia kena control minum air tu. T_T Sebab salah paham, banyak benda yang jadi dekat ayah. Pengsan dekat KLIA, masuk bermacam-macam hospital. Sedih kalau diingatkan semula. 

Hampir 3 bulan ayah dialisis, dia macam boleh terima, kalau sebelum ni menangis jugak la dia. Dah boleh pergi solat dekat masjid dan sebagainya. Sehari sebelum Ramadhan, ayah terima pingat daripada ATM. Happy sangat dia. Masa tu dekat tengkuk masih ada spatula. Tak lama lepas tu dia dah start dialisis dekat tangan. Tapi macam badan dia tak boleh terima. Kebetulan dekat Kuala Kangsar ada pilihan raya kecil, kami semua balik. Happy sangat dia. Dia pun aktif cuma dia mengadu tangan dia sakit. kejang! Tapi masa hari mengundi tu kesana kemari naik motor memang nampak tak sakit langsung.


Kami pun suruh dia exercise sebab baru sangat guna spatula dekat tangan tu. Hari ahad sebelum aku balik KL, aku ada bawak dia ke Emergency hospital Kuala Kangsar, tapi doktor cuma bagi ubat je. Tangan dia masih sakit. 

Hari isnin dia pergi Dialisis, tangan dia semakin sakit. Masa tu dia macam terbaring je. Mak aku kata ada sekali tu dia sakit sangat dan ajak mak aku pergi klinik. Tawakal je drive sendiri. Hari rabu pergi dialisis lagi, masatu dia dah semakin lemah. Kena berpapah di jiran untuk masuk keta. Mak hari-hari call aku untuk update. Aku bercadang nak bawak dia ke KPJ Ipoh untuk check masalah kejang tu

Hari jumaat aku terus balik ke Kuala. Masa sampai tengah berbuka. Ayah terbaring dalam bilik. Memang nampak uzur daripada minggu lepas. Dia happy kami balik dan suruh kami urut. Aku cakap dekat dia esok aku akan bawak dia pergi KPJ, dan dia Okey. Malam tu aku salinkan baju dia dan urut2 kaki dia. Suapkan makan dan aku bagi jer dia minum. Sebab selama ni kena bersukat. Malam tu dia asik panggil nama aku je suruh urut dia. Mungkin badan dia sakit kot.
Tapi biasa lah kite, masuk kejap pastu keluar balik.

Pagi sabtu (25 June 2016) , aku ajak ayah mandi sebab nak ke KPJ. Dia tak larat nak bangun aku papah dengan hafiz. Dekat dalam bilik air aku mandikan dia. Lega beno dia dapat mandi sebab dah seminggu mak aku lap2 kan je. Lega nya ayah cik..leganya ayah cik..itu je yang dia dok ulang. Lepas tu aku siapkan dia dan suruh dia jalan dengan tongkat. Aku suruh dia exercise sebab badan dia dah kejang. Takut nanti dia paralyze. Rupa-rupa nya itulah kali terakhir aku dapat mandikan Ayah masa hayat nya. Aku sangat bersyukur diberi peluang jaga Ayah disaat-saat akhir.

Kami pun ke KPJ, dekat KPJ ayah diam je atas wheel chair. Masa masuk bilik doktor, dia sangat terkejut dengan kondisi ayah. Katanya oksigen ayah dah tak sampai, sebab tu kuku dia dah biru. Tekanan darah pun dah rendah. Dia surh warded segera tapi aku cakap ayah tak ada insurance. Dia kata kalau warded mesti terus masuk ICU, dan dia tak suggest sebab mahal. Dia kata akan tulis surat ke GH. Aku cakap nak bawak dia ke Taiping kata nya dah tak sempat takut dia pensan tengah jalan. Kena segera bawak ke GH Ipoh. Nak ambil ambulance pun dah tak sempat terus Hafiz drive ke GH. Dalam kereta dia memang dah tunduk je. Aku ajar dia mengucap, Alhamdulillah dia ikut

Sampai dekat GH berlari aku terus bagitahu nurse ayah dah separa pengsan. Depa terus tolak ayah masuk emergency. Masa tu aku tengok doktor tanya ayah "Pakcik siapa nama". Masa tu ayah dah tak boleh jawab. Sedih sangat. Doktor bagi oksigen dan cuba stabilkan tekanan darah sebab semakin rendah tapi tak berjaya. 

Masa tu aku dah tak tahu nak cakap apa. Mak dah call abang-abang dan adik aku suruh balik. Doktor mintak kebenaran nak tidurkan ayah dan pakai bantuan pernafasan sebab nak stabilkan tekanan darah. Aku setuju. Bila aku masuk lagi sekali memang berdedai air mata. Ayah yang semalam aku jumpa dengan ayah yang aku tengok sekarang ni sangat berbeza. Terbaring kaku dengan bantuan pernafasan dan wayar-wayar yang selirat. Walaupun kite tengok ayah tidur tapi doktor masih kata ayah dalam keadaan kiritikal. Sebab tekanan darah masih belum stabil. Doktor buat macam-macam, katanya banyak kuman dalam badan ayah dan tangan dia dah biru. Doktor kata kalau ayah sedar tak pasti tangan tu masih berfungsi atau tak. Allah!

Masa along sampai tengok keadaan ayah dia pun menangis. Kami tunggu dengan penuh tabah. Doktor nak pindahkan ayah ke HDU tapi tak boleh sebab tekanan darah tak stabil. Kami tunggu sampai pukul 12 malam, dan akhirnya ayah dibawa ke HDU ward. Aku bercadang nak bawak mak aku balik salin baju dan esok pagi selepas sahur datang semula. Tapi doktor mintak sorang waris untuk tunggu sebab ayah belum stabil. Sampai rumah dekat pukul 2 pagi. Aku terus mandi dan solat isyak. Aku buat solat hajat. Aku mintak "Kalau ayah masih ada masa dengan kami,pulangkan ayah macam biasa, kalau dah sampai janji ayah ambil la ayah supaya ayah tak sakit lagi"

Aku pun tidur, walaupun tak berapa nak lena. Pukul 5 pagi aku dapat call daripada hospital Ipoh. Doktor mintak waris datang. Aku dah berdebar-debar. Aku call along suh pergi hospital. Masa tu aku tak boleh tidur. Aku terus buat solat subuh dan solat hajat. Aku mintak emak aku untuk bersedia. Peluk mak aku. Kami sama-sama baca yassin. Selesai je bacaan yassin, dalam pukul 7.30 am along call kata ayah 50-50. Aku cuba tenangkan mak. Dalam pukul 8 pagi along call ayah dah pergi tinggalkan kami selamanya. Aku tak tahu nak cakap camner. Memang sedihhh

Tapi perlu bagi kekuatan dekat Mak. Semua jiran dah datang dan mak cik-makcik serta opah aku pun datang. Mak nak ke hospital sebab along tak boleh handle sorang. Kami anak beranak ke hospital. Makcik-makcik aku tolong selesaikan urusan rumah. Segala kesakitan yang ayah tanggung dah berakhir. Aku cakap dekat mak, kalau ayah diberi peluang untuk hidup lagi, kesian dia terseksa. Dulu dia kena pakai bag dekat perut untuk buang air besar, sekarang dia kena dialisis. Memang dia sangat tak boleh terima dialisis ni dan sekarang doktor kata tangan nye dah tak berfungsi. Jadi kesian dekat dia 

Doktor yang merawat ayah aku kata, ayah seorang fighter. Sebab sampai ke hujung nyawa ayah bertarung untuk hidup.  

Sampai dekat hospital kami bawak mak ke HDU, dalam bilik tu nampak tubuh kaku ayah. Ini reality. Buat pertama kali nye ayah dah tak bersuara. Aku cium ayah sepuas-puasnya. Kami sempat bacakan yassin sebelah jenazah ayah sebelum dimandikan. Pukul 930 am ayah ditolak untuk dimandikan dan dikaffankan. Pukul 10 am jenazah ayah selamat dikafankan dan dibawa pulang dengan van jenazah. Kami ikut daripada belakang. Masa sampai dekat rumah, aku tengok rumah dah penuh dengan saudara mara. Situasi yang aku paling takut dan tak nak bayangkan. 

Mereka bawak ayah masuk untuk kali terakhir kedalam rumahnya dan nak bagi peluang untuk saudara mara bagi penghormatan terakhir. Aku pun ambil peluang untuk cium dan peluk ayah. Lagi dan lagi. Tak lama lepas tu mereka bawak jenazah ayah ke masjid untuk disolatkan. Alhamdulillah dapat 2 kali. Dalam pukul 11 am jenazah ayah di bawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan, Aku pertama kali tengok keadaan tu dan jenazah yang disemadikan tu ialah ayah aku.

Alhamdulillah perjalanan terakhir ayah dipermudahkan. Ayah pergi 26 june 2016 bersamaan 21 Ramadhan. Dalam bulan yang baik. Rehat lah ayah dan tunggu kami disana. 
Aku harap apa yang ayah hajatkan didunia ni telah tercapai. Terima kasih ayah sebab dah membesarkan aku. 

Impian aku adalah nak membahagiakan emak dan memudahkan urusan ayah di sana. Amin



Alfatihah untuk arwah ayah
Hasamuddin Shah Bin Mohamad Ali
091151-260616









No comments:

Post a Comment