Thursday, December 1, 2016

Ada apa dengan cinta di Yogyakarta

Assalamualaikum

Bulan Ramadhan tahun lepas Hafiz ada dekat Bintulu. Masa tu aku baru lepas kena VSS dan masih kerja sementara sebagai cikgu ganti tau. Awal Ramadhan Hafiz suruh aku datang sana, kebetulan masa tu ada cuti tiga hari. Dan kebetulan masa tu AA tengah promo. Aku pun try lah simulate tiket nak ke Yogyakarta. Sekali dapat RM170 untuk dua orang. Tapi weekdays. Aku pun proceed je lah memandangkan masa tu aku tak ada pekerjaan lagi. Yelah jadi cikgu sementara cuma tiga bulan yer.

Tiket yang aku beli bulan April 2016 untuk 4 hari 3 malam. So ada beberapa bulan lagi sebelum fly. Hari silih berganti eceh aku pelawa keluarga mentua aku join skali, sekali depa ON. Tapi tak dapat tiket semurah kami lah. Dalam RM250 perpax. Kira ok la sebab jogja agak jauh yer. Lebih 2 jam perjalanan. Semakin hari semakin ramai pulak nak join. Akhirnya Ahli rombongan jadi 10 orang dewasa dan 1 kanak-kanak. Bukan orang lain pun, semua tu BFF dan keluarga mentua aku je. Hehehe

AK 346
Kuala Lumpur International Airport 2
26 Apr 2016, 0945 AM (9:45 AM)
Adi Sucipto Airport (JOG) 
26 Apr 2016, 1120 AM (11:20 AM)

AK 347
Adi Sucipto Airport (JOG) 
29 Apr 2016, 1145 AM (11:45 AM)
Kuala Lumpur International Airport 2 (klia2) (KUL) 
29 Apr 2016, 1510 PM (3:10 PM)

Kalau pergi Indonesia, agak susah sikit nak jalan-jalan sendiri sebab lokasi nya agak jauh yer. So cara yang terbaik adalah mengupah pemandu atau Pak supir. Aku buat la survey dekat blog-blog dan group dekat FB. Sekali ternampak satu post pasal supir dekat group BBM. Nama supir tu Pak Heru
Aku whatsapp dia dan Alhamdulillah dia reply dan bagi aku quotation untuk 4 hari. Selain tu aku ada jugak whatsapp supir-supir yang lain tapi so far Pak Heru yang lebih murah. 

Akhirnya hari yang dinanti-nanti telah tiba. Semua persiapan dah siap. Kalau pergi Indonesia agak rilex yer. Sebab tak payah fikir route perjalanan dan nak prepare makanan. Sebab dekat sana semua makanan murah-murah belaka dan kena dengan selera aku. hehehe

Pak Heru dah siap-siapkan itinerary kami disana.

#Day1
Macam biasa pepagi semua dah berkumpul dekat Airport dan perjalanan ke Jogja Alhamudulillah semua nya okay. Kami touch down dekat Jogja lebih kurang pukul 1130 am. Airport Joga ni simple je, memang kena turun guna tangga lepas tu menapak ke Terminal macam LCCT dulu.



Kilang Batik


Driver Pak Heru dah siap sedia menunggu kami. Destinasi pertama yang dia bawak ke Kilang Batik dan bersolat di Masjid berdekatan dengan Kilang tu. Sebenarnya kilang batik ni dekat je dengan kawasan Alun-alun selatan tapi sebab siang hari tak meriah la. Lepastu kami cuma tengok cara-cara orang dekat sini mencanting batik je, nak beli tak mampu sebab semua handmade. Mau ratus-ratus harganya. Biasanye yang handmade camni dapat permintaan untuk orang yang tawin. heheheh

Perjalanan diteruskan ke Gunung Merapi. Sampai-sampai je dah ke merapi weh. Perjalanan mengambil masa dalam sejam lebih. Jalan raya dekat Jogja ni not bad, tak ada la patah pinggang duduk dalam kereta lama-lama. Hehehehe


Merapi dan Jeep



Dekat Merapi kalau kita nak mendaki jalan kaki pun boleh. Kalau larat la. Tapi cara yang paling mudah kena naik Jeep. Sebab kereta biasa tak boleh sampai sebab jalannya sangat adventurous. Kalau mengandung boleh bersalin rasa nya hehehe. Tapi layan dan kena pulak driver Jeep ni pun okey, memang sengaja dia amik lap lah. 
Sebab kami ada 11 orang, untuk keselasaan kami ambil 3 Jeep. Harga sekitar Rp. 1 Juta.

Dekat belakang tu gunung Merapi. Kami tak ada la sampai ke sana sebab kalau nak pi sana kena Hiking. Lepas tu kena pergi subuh hari. Merapi ni masih aktif tau, baru je meletus beberapa tahun yang lalu. Kami singgah dekat 4 stop termasuk muzium peninggalan barang-barang yang musnah masa gunung berapi ni meletuskan asap tebal. Asab tebal pun boleh musnah banyak benda belum keluar lahar. Masa tu yang turut terkorba penjaga Gunung ni, ni sangat setia tak nak lari

Masa kami turun daripada Merapi hari pun dah semakin gelap. Destinasi seterusnya ke Alun-alun selatan. Apa yang menarik dekat sini? Dekat sini ada padang dan dekat tengah-tengah nya ada pokok besar. Tak cukup menarik? Dekat sini ada kereta yang dihiasi dengan lelampu. Terang benderang. Yang lagi best kereta ni kena kayuh pakai kaki tau.

Estimation : RM30 Perpax

Alun-Alun Selatan


Trek dia cuma keliling padang, nampak je mudah tapi penat yakmat. Maximum boleh naik 4 orang. Masing-masing ada pedal mengayuh matilanakk kalau sorang je yang berkayuh. Yang paling best kereta ni ada lagu-lagu yang maha kuat hehehe. Cost dalam RM20 ke RM30 per car. Yang lagi best kalau depa nampak macam kereta kita tu tak berapa boleh nak pergi, depa akan tunda pakai moto. Hadoo ke motor tunda kereta hehehe

Estimation : RM 1O perpax

Check In POP! Hotel Malioboro


Selesai je buat satu pusingan dan bergambo kami pun pulang ke Hotel. Badan dah melekit dan penat yakmat. Sesampai je dah terus all out. Kami Check in dekat POP! Hotel Malioboro. Lokasi agak strategik sebab dekat dengan Malioboro sorga soping. RM1562.85 untuk 5 bilik. Lebih kurang RM313 untuk satu bilik. Ok la kan untuk 3 malam, breakfast pun included walaupun agak sendu hehehe dan dekat dekat spa n lubuk shopping tu.

Berakhirlah hari pertama di Jogja. 

Estimation : RM160 perpax

#Day 2
Pagi ni kena bawak baju lebih yer, sebab kita nak buat aktiviti air. Yeay! Biar buat aktiviti air ni awal-awal kata Pak Heru nanti baju yang basah tak berat nak bawak balik. Betui jugak tu

Hutan Pinus



Destinasi pertama sebelum kita buat kuak kupu-kupu adalah Hutan Pinus. Sebenarnya kawasan ni biasa-biasa je. Cuma kawasan bukit ni dipenuhi dengan pokok pinus. Jadi lawo lah. Dan kami pun sakan bergambo. Tak ada entrance fees dikenakan yer.

Goa Pindul




Perjalanan kami diteruskan ke Goa Pindul. Dekat sini aktiviti yang paling best ialah Cave tubing dan Rafting. Pada mula nya kami cuma pilih nak Cave tubing tapi macam kejap sangat. So kami up la pakej untuk Rafting. Idok la mencabar sangat pun tapi sungai tu lebih open daripada cave tubing. Kami siap ambik photographer untuk aktiviti ni uolss

Estimation : RM50 perpax (Cavetubing, Rafting dan Photographer)

Pantai Timang Gondola


Lepas tu perjalanan diteruskan ke Pantai Timang Gondola. Nak ke sini perjalanan agak mencabar kena masuk kawasan kampung dan hutan sikit. Memula aku dok tanya mana pantai nye apsal jauh sangat dan tak macam rupa pantai pun. Rupa-rupa nya memang dalam dan lawo wei. Macam Bali. Lereng bukuit tinggi, banyak karang, ombak beso dan banyak Lobster. Nyum-nyum

Sebelum kite dinner Lobster marilah bersama-sama menguji keyakinan diri nak naik Gondola ni. Yela, gondolo ni hipster abis tau. Pakai kayu dan ditarik oleh tenaga manusia je. Ciri keselamatan? Walllahualam hehe. Kalau jatuh sayonara je la buk.

Aku berjaya menyahut cabaran. Memang layan walaupun macam cuak-cuak sket. Kalau bernasib baik masa dekat tengah-tengah ombak beso datang memang mandi free je lah.

Estimation : RM65 perpax

Lobster 





Lepas settle semua, hari pun dah gelap. Berhampiran lokasi Gondola ada keluarga yang menjual Lobster. Kita boleh suruh dia masak dan makan dekat rumah dia. Hahahah dah macam sedara pulak. Makan dalam rumah pulak tu. Bukan macam restaurant tau. Kena tanya Pak Supir mana lokasi nya. Selepas kekenyangan semua orang, kami pun berangkat pulang ke Hotel. Memang licin la Lobster tu sebab aku rasa trip kali ni memang tak ada masa nak menyinggah makan. Lokasi jauh-jauh yer dan kite kejar masa. Dekat Indonesia gelap awal

Cost dalam Rp.1 juta. Dapatlah lebih kurang sorang satu Lobster. Pakej termasuk Nasi, Air, tempe dan sayur. Masak simple, lapor dan sedap yakmat.

Estimation : RM35 perpax

Berakhirlah hari kedua di Jogja! Seruuuuuuu




No comments:

Post a Comment