Thursday, May 8, 2014

Bali is all about - Part 2

Day 1 

Seperti yang dah dirancangkan, Alhamdulillah kami selamat sampai dekat Bali pukul 12.30 pm. Pak Yanto dah tunggu di balai ketibaan. Yeay! Hari pertama, beliau akan hantar kami ke hotel sahaja. Dalam perjalanan ke Hotel, Pak Yanto ada tanya samaada kami nak singgah makan lunch dulu sebelum check in tapi kami menolak. Selepas selesai check in, kami sempat celebrate our 2nd Anniversary. Hahahaha makan biskut je pun. Perut lapau sangat masa ni. Nyesal tolak perlawaan Pak yanto tadi.

Ini la Pak Yanto
Our small celebration. hahaha
Sebelum start meronda sekitar bandar Kuta, kami pekena nasik padang dulu. Lapar tau. Nasib baik kedai Masakan padang ni sebelah Hotel kami je. Sedap betul ayam masak lemak  mereka ni. Rasa macam nak mintak resepi je. Hahahah. Rugi la makan nasi padang tak makan sambal ijo kan. Makan untuk dua orang + dua gelas air es jeruk (Limau Ais) idr 60 000 = rm16 currency pada masa itu.


walla!

Aktivti seterunya kami nak sewa motor. Kami plan nak jalan-jalan sekitar Kuta dan HardRock. Tempat paling best nak sewa motor adalah sekitar pantai Kuta, tapi Grand Mega agak jauh daripada Pantai Kuta jadi kami sewa je motor daripada pihak hotel. senang citer. Pihak hotel caj kami idr 70 000 untuk 24 jam bersamaan rm20 currency pada masa itu.

kemain!
Pakaian tradisi Bali
Kuta Beach
Hard Rock Bali!
Memandangkan hafiz dah isi minyak full tank. Konon-konon balik hotel nak solat maghrib dan nak meronda semula. Nak tengok bandar Kuta pada waktu malam tapi hanya dalam mimpi sahaja hahaha

Day 2

Aku bangun awal hari kedua ni. Teruja nak explore Bali konon padahal malam tadi dah terbungkang awal. Hahaha. Hari ni sepanjang hari kami akan bersama Pak Yanto. Dia akan ambil kami dekat hotel pukul 8.30am. Selepas breakfast Hafiz ajak jalan-jalan lagi sekali naik motor. Nak habiskan minyak full tank katanya. Hahahaha Breakfast dekat Grand Mega Hotel not bad. Tak ada oink oink yang dihidangkan. Pekerja hotel kata halal. Tapi aku makan omelette egg dengan roti je la.

The Barong & Keris Dance
Aktiviti kami pada harini sepatutnya bermula dengan The Barong & Keris Dance dekat Ubud, tapi Pak Yanto kata dekat situ selalu penuh, jadi dia nk bawa tengok The Barong & Keris Dance dekat banggunan berhampiran dengan hotel. Patut la dia cakap dekat dengan hotel. Kami amik keputusan untuk tak tengok The Barong & Keris Dance. Kami teruskan perjalanan ke Ubud. Bayaran masuk untuk The Barong & Keris Dance ialah idr 100 000 setiap orang bersaam rm28 currency pada waktu itu.

Kedai Batik Bali
Dalam perjalanan kami singgah di kedai kain yang menjual perlbagai baju, seluar dan barang-barang lain yang diperbuat daripada batik. Besar dan boleh tahan murah kedai batik ni. Aku tak perasan pulak apa nama kedai ni. Duit sepatutnya untuk menonton The Barong & Keris Dance aku laburkan dekat sini. Hahaha

Kedai batik
Pintu gerbang kedai pun dah bergaya
Rambang mata masani

Galeri Lukisan
Pak Yanto bawa kami singgah di kedai lukisan. hahaha Agak-agaknya orang Bali ni memang suka seni, daripada pintu gerbang sampai ke lukisan semua berseni. Banyak betul kedai jual lukisan dekat sini. Pembantu kedai tu memberi sedikit penerangan mengenai jenis-jenis lukisan yang ada, jenis warna dan sebagainya. Selepas tu kami dibawa ke galeri seni lukisan untuk membeli belah lukisan yang menarik. Tapi kami bukan orang seni dan buta seni. Hahaha aku rasa macam tak ada faedah pulak beli lukisan original ni. Harga boleh tahan mahal. Jom gerak!


Tak beli pun. jom balik

Tegalalang 
Akhirnya kami sampai  ke Tegalalang. Kat sini kita boleh tengok keindahan Padi bukit. Pandai betul orang bali buat sawah padi jadi tempat tarikan pelancong. Sejuk je mata memandang. Nak masuk ke kawasan ni dikenakan IDR 5000 setiap orang bersamaan rm1.40 currency pada waktu itu. Dekat sini pun ada jual lukisan. Jauh lebih murah. Yola, hok ni semua lukisan tiruan. Pak Yanto kata warna cepat pudar.

Cantikkan? Padi je pun


Kedai Memproses Kopi Bali
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke kedai memproses kopi. Aku tak minum kopi so aku tak berapa teruja nak kesini. Tapi Hafiz sampai melompat-lompat dapat datang sini. Hahaha tipu.  Pembantu kedai kopi ni bawa kami jalan-jalan sekeling kedai kopi dan beri sedikit penerangan mengenai kopi bali termasuk kopi luwak. Kopi yang berasal daripada En. Luwak. Kedai kopi ni dikelilingi pokok kopi dan pokok koko. Jadi terasa macam masuk dalam kebun pokok kopi pulak.

Kami diberi peluang untuk merasa semua jenis kopi keluaran kedai dia. Sedap semuanya. Walaupun aku bukan peminat kopi, tapi kopi bali ni semua sedap-sedap. Ada macam-macam flavor tau. Kopi vanila, kopi ginseng, kopi coklat dan banyak lagi. Semua kopi ni menggunakan coconut milk dan telah diproses dalam bentuk 3 in 1. Cuma tambah air panas je. Walla. Tapi harga mahei. Pak supir kata dia minum kopi kapal api je. hahaha

Hafiz teruja dengar cerita pasal kopi
En. Luwak. Dia shift malam
Hasil tinjaan En. Luwak sebelum bikin kopi
Hafiz teruja minum kopi free. Hahaha
Shopping Kopi. Kopi luwak super mahal tak mampu
Kintamani
Destinasi kami seterusnya ke kintamani. Dekat sini kami dapat tengok gunung berapi batur sambil menikmati makan tengah hari. Kami bernasib baik sebab cuaca baik. Kalau cuaca tak baik, gunung tu menyorok disebalik kabus. Nak masuk ke kawasan tu dikenakan bayaran idr 10 000 untuk setiap orang bersamaan rm 2.80 currency pada waktu itu.  Ada sebuah restoran yang dibina betul-betul menghadap gunung tu, kira nya kita makan sambil menikmati pemandangan yang indah la. Hanya perkhidmatan buffet sahaja yang ada dan dikenakan idr 100 000 untuk setiap orang bersamaan rm30 currency pada waktu itu.

Aku agak-agak la, restoran ni macam dapat hak ekslusif dari Kerajaan untuk buka kedai dekat situ.  Sebab tu ada tax dikenakan sebanyak 21%. Banyak oo.  Makanan pun bukan sedap sangat, tak banyak pilihan pun. Aku pulak bukan kaki buffet sebab makan sikit dah kenyang. Tapi kami fikirkan bukan selalu dan mungkin ni pertama dan terakhir, so layan kan aja la. Lagi sedap dan murah kedai nasi padang semalam hahahaha. Makanan tak sedap, tapi decoration kedai, udara yang nyaman dan pemandangan yang layannnn.

yang hitam bahagian bawah tu bekas lahar
RM30
Pilihan buffet

Makan sambil menghadap valcano

Tanah Lot
Selepas selesai bergambar, makan dan solat kami meneruskan perjalanan ke Tanah Lot. Pak yanto kata perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam. Walaupun jauh tapi perjalanan tidak sehazab masa dekat medan dulu hahaha. Kami sampai di Tanah Lot pada pukul 4.30 pm. Tujuan kami memang nak tengok sunset. Tanah lot ni kawasan kuil sebenarnya. Apa yang menarik dekat sini pemandangan indah tepi laut dan ada satu batu yang berbolong (lubang) macam terowong. Bayaran masuk yang dikenakan ialah idr 30 000 setiap orang bersamaan rm8.40 currency pada waktu itu.

Ini la batu berbolong tu. cantikkan
Atas tu ada kuil




Dinner!
Aktiviti puncak pada hari ini adalah makan hahaha. Menurut jadual kemain ada jadual patut nya kami akan dinner dekat restoran nasi ayam penyek halal. Kenapa halal, dekat sini majoriti beragama hindu, sebab tu banyak sangat kuil di sekeliling Bali. Setiap rumah mesti ada kuil dan mereka tak boleh membina rumah lebih besar dan cantik berbanding kuil. Hok ni teringat dekat Brunei, tak boleh bina banggunan lebih tinggi dari Masjid.

Kalau tak pilih betul-betul kita akan termasuk kedai yang tak halal. Pakaian kaum lelaki mereka pun sekali pandang nampak macam pakcik yang nak pergi ke surau. Pakai kain, baju putih dan ketayap putih. Dekat sini popular dengan babi guling. Masa kami jalan-jalan dekat sekitar Kuta, ada satu kedai jual bakso, sekali tengok tertonggok je si oink oink dekat dalam tu hahaha.

Kami tak jadi makan nasi ayam penyek tapi teringin nak makan bakso. Bukan bakso oink oink tau, Pak yanto bawa pergi kedai bakso terbaik punya. Terkenang-kenang wei. Lepas pak yanto hantar kami balik ke hotel, kami ambil keputusan nak jalan-jalan sekitar pantai kuta. Park regis hotel ke pantai kuta mengambil masa dalam 20 minit. Walaupun penat tapi best. Hafiz belanja aku spa. Rasa macam nak angkut je kakak spa tu balik dan suruh urut hari-hari. hahaha Full massage dalam 60 minit idr 55 000 bersamaan dengan rm 16 currency pada masatu. Murah kan? Rugi la pergi bali tak masuk spa.

Aku suruh Hafiz buat foot massage je sebab ada tukang urut lelaki, tapi dia tak berminat. Ok save duit.


Malang tu daerah rupa-rupanya
Nampak je macam ni tapi layan oo
Hari kedua check in sini
 To be continued....

Bali is all about - Part 1

Assalamualaikum

Pada suatu petang yang hening hahaha aku terasa nak balik lambat bukan sebab nak buat kerja tapi saja malas nak balik awal. hahaha lagipun Hafiz bukan ada dekat rumah pun. So, aku buka la website Airlines. Anniversary lagi sebulan camtu. Padahal baru balik dari hong kong.  Otak fikir nak berjalan je.

AA kali ni tak membantu, tak ada promo. Pastu aku buka la website MalindoAir. Masa tu malindo tengah ada promo. Aku saja la tekan-tekan ke Bali pada tarikh anniversary tu, skali aku tengok total returns ticket untuk dua orang bersamaan = RM230. Wow! Tanpa berfikir panjang tanpa meminta persetujuan menteri kewangan, aku terus je click continue sehinggalah aku dapat itinerary e-mail daripada Malindo. Hahaha.

Flight
Malindoair

270414 : KLIA (9.20 am) – Bali (12.20 pm)
300414 : Bali (13.05 pm) – KLIA (16.10 pm)

Sudah selesai beli baru call Hafiz. Dalam hati aku kata tak apa kalau tak setuju aku redha je la duit tiket tu. Nasib baik dia setuju tapi macam terpaksa setuju sebab nak buat camner tiket dah beli kan.

Selepas tu aku mula survey hotel-hotel menarik dekat Bali. Niat di hati memang nak check in dekat HardRock Hotel tapi rasa macam membazir pulak. Satu malam je dah almost rm500. Adess. Kami kan pelancong budget. Aku amik keputusan untuk booking hotel biasa-biasa sahaja. Total tiga malam untuk hotel yang aku booking bersamaan dengan rm427.78 sahajo.

Hotel
270414 - 280414 : Grand Mega Resort & SPA bali
280414 - 300414  : Park Regis Kuta hotel

Grand Mega Resort & spa
Grand Mega Resort & spa
Tak sempat nak mandi pun
Park Regis Kuta
Park Regis Kuta
Ini pun tak sempat nak mandi

Not bad kan? Harga dalam rm110 ke rm160 camtu la. Nak tidur je pun, sehari suntuk berjalan, nak mandi kolam pun tak sempat.

Tourist Guide
Seterusnya misi mencari tourist guide di bali. Aku tanya juga contact number tourist guide dekat saudara mara atau kawan kawan yang pernah pergi bali , tapi semuanya cepat sangat hilang ingatan. ceh. Akhirnya, dengan bantuan Google, aku jumpa beberapa blog yang review pasal seorang tourist guide ni. Pak Yanto namanya.

Aku cuba hantar e-mail kepada beliau dan dalam 10 minit dah dapat reply. Okeh bagus respon dan harga boleh tahan murah. Aku minta quotation untuk dua kali airport tranfer dan dua hari full day tourist guide. Ini contoh e-mail daripada Yanto. Jadi total untuk 4 hari kami disana ialah idr800 000 bersamaan rm250 currency pada masa tu :D

Kita tidak akan berkongsi dengan pelancong yang lain tau. Pakej tidak termasuk entrance fees untuk tempat-tempat yang kita lawati tu. Hok tu kena bayar sendiri.

Click gambar untuk mendapatkan contact info Pak Yanto

Dah selesai booked flight + hotel + tourist guide, tukar duit rupiah, documentation semua. Jangan lupa buat itinerary dekat sana supaya semua tempat wajib sempat dilawati :D

To be continued......

Monday, May 5, 2014

Rawatan susulan April

Assalamualaikum

First Appointment
Setelah dua kali period selepas lucrin, akhirnya aku jumpa juga dengan doktor. Itu pun pada hari yang ke 13 (16/04/14) period. Sepatutnya kena jumpa doktor masa period hari kedua, tapi macam banyak pulak kengkangan lagipun Hafiz tak ada dekat sini. Ku fikirkan tak perlu la jumpa dan proceed rawatan kesuburan untuk sementara waktu. Tapi aku dok baca dekat FB group , ada yang endo naik semula selepas operate rasa macam risau pula. So, ambil keputusan nak jumpa doktor. Hafiz tak ada kali ini, terpaksa la pergi sorang-sorang

Aku ingat doktor akan menyokong dan boleh terima pakai alasan taknak teruskan sementara rawatan tu, tapi last-last kena marah

..........Awak ada PCOS, awak kena datang juga walaupun taknak teruskan rawatan kesuburan sebab awak kena tolong ovum awak untuk matang. Saya buat laparoscopy haritu cuma mengurangkan apa yang dah ada, kalau makin lama awak tak datang makin cepat dia naik semula. Takkan saya nak kena selalu buat ovarian drilling dekat awak................

Gulp. Udah kena marah. Begitu la ayat yang doktor cakap dekat aku. Masa hari ke 13 tu ovum pun tak membesar dengan jaya nya. Hanya 11mm sahaja. Doktor kata sepatut nya hari ke 13 dah boleh jadi 20mm. Itu pun sebelah kanan tapi sebelah kiri kecik-kecik semua nya. Why baby why

Doktor suruh datang semula pada 21/04/14 dan pulang kerumah dengan hati yang sedih. Harga consultation dah naik wooo.

Consultation fees : RM215

Second Appointment
Kali ni hafiz ada dekat KL so boleh la dia temankan. Kali ni bila doctor scan, ada sebiji telur besar dekat sebelah kiri. Sebelah kanan pulak yang tak ada. Hairan bin ajaib. Doktor pun dok godek-godek mencari mana ovum sebelah kanan. Tapi tak jumpa. Beralih ke Ovum sebelah kiri. Dah besar 16mm dan dinding katung dh nipis. Doktor kata dia boleh keluar bila-bila masa. Masatu cecair-cair ovulasi pun dah banyak. Itu yang doktor bagitahu la, aku tengok screen hitam putih tu semua macam sama je. Hahahaha

Doktor suruh bersama selang sehari, tapi apakan daya Hafiz dah nak fly semula ke Terengganu malam tu. Doktor kata kalau sperm berjaya masuk dalam rahim, dia dapat bertahan sehingga 5 hari. Aku tak mengharap apa-apa. Doktor suruh datang semula masa period period kedua untuk proceed IUI. Ontah la nak buat ke tidok.

Consultation fees : RM215

Hmm..ada kawan-kawan yang aku kenal under doktor yang sama, semua dah proceed dengan IUI dan IVF. Alhamdulillah rezeki mereka. Kali ni aku tak nak melawan takdir, dan nak ikut je flow. Mungkin ada sebab kenapa kami belum ada rezeki nak buat rawatan tersebut. Mahal of course. Tapi mungkin ada sebab-sebab yang lain.

Banyak ilmu yang aku dapat semenjak join group-group PCOS dan Endometriosis dekat facebook. Ada yang dah jadi kawan. Mungkin bercerita dengan kawan-kawan yang ada masalah yang sama lagi mudah.