Thursday, December 26, 2013

PCOS kata doktor VIII

Assalamualaikum

Ini entry terakhir aku menggunakan title seperti diatas. Dan hampir kehabisan nombor. Hahahaha
Pada 6hb December 2013, follow up dengan Dr. Adilah. Aku akan mengambil suntikan yang ketiga dan yang terakhir. Phew!

Panas walaupun dalam airocond! Kepala berdenyut-denyut! PeLupa! Body pain!

Semakin lama semakin banyak kesan Lucrin ni. Aku harap dengan kesan yang aku alami sekarang ni berbaloi baloi dengan keputusan yang baik tak lama lagi. Amin.

Masuk je bilik doktor, dia senyum.

"Hafizah saya tak sabar nak tunggu result HSG awak"

Follow up kali ni doktor buat vaginal scan dan menurut dia, semua nampak macam elok. Cuma tiub yang tersumbat hanya boleh diketahui keputusannya melalui HSG. Samaada masih block atau sudah unblock. 

Doktor suruh aku buat HSG dekat tawakal hospital. Lebih murah. Cuma RM180. Tapi untuk dapat doktor perempuan kalau tak silap Dr. Fatimah, kita kena call awal untuk temujanji. Temujanji telah dibuat, awal January nanti dan follow up bersama Dr. Adilah hari yang berikutnya,

HSG with hospital tawakal
03 40267777

Perasaan? Seram oo nak buat HSG, macam-macam rasa mereka cakap. Dulu buat laparoscopy surgery dalam keadaan tidak sedar. Hok ni hidup-hidup wei. Nanti dah settle aku share pengalaman ok. Selain seram, aku pun berdebar jugak mana la tahu tiub tak terbuka semula :(

Aku tanya doktor mengenai kemungkinan yang negative ni. Dia jawab 90% pesakit dia semua berjaya unblock tapi tak sampai separuh yang berjaya mengandung secara normal. Oh aku takut nya jadi yang 10% itu dan salah seorang daripada separuh yang tak berjaya mengandung secara normal itu. Ya Allah.

Tapi ajal maut rezeki semua dah tertulis. Apa-apa pun keputusan kena redha. Aku harap aku tabah, kuat dan suami sentiasa disisi. 

Doktor macam suruh aku buat IVF jer. Kita tengok la rezeki Allah macammana. 

Sayang, i tahu u tak ada masa panjang nak baca blog syok sendiri i ni. hehehe. Kadang-kadang terkasar bahasa, i mintak maaf. I tak bermaksud nak menentang you walau sebesar kuman. You always be my Imam, my best friend,my housemate, my soulmate, my GPS, my bantal busyuk, my everything and daddy of our child's soon. InsyaAllah. I love u :)

Consultation fees + medicine = RM199

Doakan ye :D


Monday, December 16, 2013

Qaseh Adinda Qaseh Kekanda

Assalamualaikum

Setiap kali aku pergi klinik Dr. Adilah, mesti aku akan jumpa ramai kawan-kawan yang senasib. Ada macam-macam masalah dan kebanyakkan menanti rahsia Allah yang satu itu. Ada yang dah berbelanja beberapa kali untuk IVF. Oh IVF, 3 huruf sahaja, tapi kenapa la kamu begitu mahal?

Sejak join ground endometriosis dekat Facebook, dapat jumpa kawan-kawan yang senasib. Kebaikan nye disini, kita tahu yang kita tak keseorangan dan kita boleh share masalah senasib. "Endometriosis warrior" kata mereka. Tapi kadang-kadang seram juga baca macam-macam masalah dan macam-macam petua tu. Hiks. Tapi yang baik kita ikut yang rasa macam pelik-pelik, better kite rujuk kepada yang pakar dulu. Terima kasih kepada yang mewujudkan group seperti.

Haritu aku ada bersembang dengan sorang kawan ni, tapi Alhamdulillah doa dia dah dimakbulkan Allah swt. Setelah 4 tahun. Pada mula nya doktor kata dia ada cyst dan tiub fallopian tersumbat. Hanya 99% boleh mengandung secara normal. Dia down. Ada rezeki dia untuk buat IVF. Tapi selepas procedure pertama (Besarkan telur) tiada satu pun telur yang matang. IVF terpaksa dihentikan. Tapi Allah maha besar, dia disahkan mengandung dengan sendirinya. Sekarang dah nak masuk anak kedua. Alhamdulillah Alhamudulillah.

Kalau orang senasib macam ni, aku suka tanya petua yang mereka amalkan. Dia kata dia amalkan makanan sunnah seperti kurma ajwa, dan air zam-zam. Tapi agak sukar nak dapatkan kurma ajwa dan air zam-zam tu. Dan dia pun ada mengamalkan Qaseh.

Jadi aku bercadang nak beristiqamah dengan qaseh. Apa itu Qaseh?

Rumusan makanan sunnah khusus untuk lelaki dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, delima dan air zam-zam bersama za'faran dan pelbagai herba terpilih lain serta gum arabic yang bertindak sebagai prebiotik semulajadi. Qaseh Kekanda turut menggabungkan herba khusus untuk lelaki iaitu guarana, ashwaganda dan tribulus. Qaseh Kekanda berfungsi untuk:
  1. Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
  2. Menambah tenaga dalaman dan luaran
  3. Mencerdaskan minda
  4. Membuang toksin
  5. Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
  6. Meningkatkan sistem imun
  7. Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
  8. Mempercepatkan penyembuhan
  9. Menstabilkan mood
Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun. Sangat sesuai untuk mereka yang sibuk dan memerlukan tenaga ekstra setiap hari!




Source :  http://www.powergoat2u.com.my

Hafiz orang yang susah nak makan ubat, dulu aku pernah bagi dia supplement dalam bentuk capsule keluaran jenama yang agak terkenal. Memang dah pesan kena minum banyak air kosong. Tapi Hafiz bukan 24 jam depan mata dan takkan aku nak paksa dia minum macam kanak-kanak. Dan akhir nya dehydration sehinggakan urine berdarah T_T. Tak pasal - pasal melepak dekat hospital 3 hari.

Tapi sejak mengamalkan Qaseh, dia sendiri yang mengaku yang dia dah lebih segar. Belakang dia dah tak sakit. Dan sangat jarang kena selsema atau demam. Dia suka sebab rasa nya sedap dan senang nak amalkan.  Alhamudulillah. Sekarang dah nak masuk 4 botol. Semenjak itu aku pun nak beristiqamah dengan Qaseh.  ini bukan testimoni copy dan paste tau. 

Berminat? Boleh call ATAU sms ATAU e-mail okeh :D

Hafizah : 013 4965001 / hazie_07@yahoo.com.my

Friday, November 29, 2013

Cheese cake mudah

Assalamualaikum

Sekarang dah masuk cuti sekolah, jadi ramai la orang buat kenduri ye. Tak kira la kenduri kahwin ke, bertunang ke, berkhatan ke semua berebut-rebut nak buat time cuti sekolah. Yela, kita nak buat kenduri nak semua orang datang kan. Teringat masa kenduri kahwin aku dulu bulan April, bukan time cuti sekolah, memang ramai yang tak puas hati. hehehe
Last week hafiz balik KL dan kami pulang ke kampung halaman. Tapi hari ahad tu dah balik awal ke KL sebab nak attend majlis Akikah baby kawan aku, baby harraz. Aku plan nak bawak something untuk majlis tu. Tapi apa sangat la kemahiran memasak yang aku ada kan. Jadi buat kek lah. Aku buat kek tu masa dekat kampung lagi. Cheese cake pulak tu, nasib tak cair. Aku letak ais dekat tepi-tepi loyang ke tu untuk kekal sejuk.

Cheese cake yang aku buat ni super simple and plain je, cuma topping tu kita boleh add on apa yang kita suka dan apa yang tekak kita boleh terima. Nak letak coklat ke, bluberry ke, strawberi ke ikut suka la kan. Macam aritu aku tanya hafiz, mesti la dia pilih coklat. Hantu coklat kan. Aku guna blender dengan oven je untuk resepi kali ni

Bahan- bahan 
250g Biskut digestive - Kalau tak ada, pakai biskut tiger susu atau biskut marry pun boleh. Hok yang ada coklat chip atau oat pun layan
2 sudu besar butter atau majerin (dicairkan)
250 g Cream cheese - Aku guna jenama tatura
250g atau 2 cup kecil plain yogurt - Aku guna yogurt perasa natural jenama nestle
2 biji telur
3 sudu tepung gandung
7 sudu besar gula halus
sedikit perahan lemon atau limau
sedikit vanila essance

Cara-cara
1. Panaskan oven dengan 175 darjah celcius
2. Sediakan loyang dan alas dengan aluminum foil atau kertas minyak (Supaya senang nak bawa kek keluar daripada loyang)

3. Hancurkan biskut digestive dan gaul dengan butter atau majerin yang telah dicairkan
#Kalau boleh jangan guna blender sebab nanti terlalu halus atau jangan pula terlalu kasar, kang senang berderai

souce : Google image


4. Masukkan biskut kedalam loyang dan tekan-tekan sehingga padat
# Biskut ni akan bertindak sebagai base

5. Masukkan cream cheese + telur + yogurt +  tepung gandum + gula + limau + vanila kedalam pengisar (blender) dan kisar sehingga sebati.

6. Masukkan bahan adunan kedalam loyang yang dah ada biskut tadi

7. Bakar adunan tadi selama 45 minit
# Tak perlu cucuk dengan lidi untuk mengetahui kek dah masak ke belum sebab cheese cake akan sentiasa melekat dan melekit walaupun dah masak. Cuma tengok bahagian atas kek, kalau dah nampak macam dah padat tu maknanya dah masak la tu.

8. Masukkan kedalam peti ais sekurang-kurang nya 4 jam

Untuk topping aku guna chocolate.

Bahan-bahan topping
1. Bar chocolate masakan - Aku guna choclate biasa jenama tango, cadbury mahal :D
2. 50 ml susu segar 
3. 1 sudu butter / majerin


Cara-cara
1. Campur semua bahan diatas dan masak dengan cara double boiler 
# Double boiler rujuk gambar dibawah
2. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam piping bag untuk mendeko
# Kalau malas ratakan je coklat dekat atas kek tu.
# Boleh jugak gantikan coklat dengan jem kegemaran


Tadaa. ni cake for little Harraz.



Wednesday, November 20, 2013

Tiramitsu Mudah

Assalamualaikum

Kali ni aku nak share resepi tiramitsu yang super duper cool. Sonang sangat nak buat sebab tak payah bakar ataupun kukus. Cuma simpan dalam peti ais je. Ada banyak versi untuk tiramitsu mudah ni. Ada orang buat pakai kek, tapi aku pilih buat pakai biskut. First time aku buat, terlalu basah sebab aku rendam biskut tiramitsu tu dalam kopi. Cepat sangat meresap nye. Sampai lembik biskut aku.

Biskut tu boleh beli dekat kedai bakery. So far aku tak jumpa lagi dekat pasaraya Giant ke Tesco. Kita cari biskut tiramitsu atau lady fingers. Harga dia rm10.90 ke rm12.00 camtu la. Kalau rajin boleh google resepi nak buat biskut tiramitsu/lady fingers ni sendiri.

Ni la rupa dia. Source : Google image

Makan cicah kopi pun sedap. Source : Google image

Belajar daripada pengalaman, kali kedua ramai yang kata sedap. Senyum. Aku buat masa jamuan makan-makan hari raya kat umah aku tempoh hari. Sekejap je licin sampai sesi petang kena backup dengan cucur pulak. Tiramitsu ni memang tak ada structure pun, depends kepada kita nak buat bentuk apa dan kalau kreatif boleh nampak eklusif sangat ala-ala makan dekat hotel gitu.

Bahan - bahan:
1 bungkus Biskut Tiramitsu/Lady fingers
250 g cream cheese - aku guna jenama tatura
200 ml whipping cream - aku guna jenama emborg
50g gula castor
Sedikit air suam
5 Sudu besar kopi
Serbuk koko

Cara - cara :
1. Masukkan cream cheese + whipping cream + gula kastor dan putar sehingga sebati.
# Kalau nak manis tambah gula lagi

2. Bacuhkan kopi + air suam

3. Alaskan loyang dengan alumnium foil atau plastik supaya nanti senang nak bawa keluar kek daripada loyang.

3. Guna berus dan sapukan bancuhan air kopi tadi pada biskut. Side by side.
# Macam aku kata tadi, kalau nak rendam pun boleh tapi nanti biskut tu jadi terlalu lembut dan basah. Tak sedap

4. Susun biskut tadi rapat-rapat kedalam loyang sehingga membentuk base ataupun lapisan pertama.

5. Kemudian masukkan cream cheese yang kitar putar tadi atas lapisan pertama. Ikut suka la nak setebal mana. Selesai lapisan kedua.

6. Kemudian susun semula biskut yang telah disapu dengan kopi untuk membentuk lapisan ketiga. Dan masukkan cream cheese untuk lapisan keempat. Ulang step tersebut sehingga biskut dan cream cheese selesai. Pastikan lapisan terakhir adalah cheese!
#Berapa banyak lapisan bergantung pada saiz loyang. Semakin kecil loyang semakin tinggi la dia.
#Tak semestinya guna loyang, kalau ada cawan yang cantik-cantik atau bekas plastik yang kecik tu pun boleh guna. Senang nanti nak bagi dekat kawan-kawan. Cedok pakai sudu je.

7. Taburkan serbuk koko diatas lapisan terakhir. Guna penapis bagi mengelakkan koko itu berketul-ketul.

8. Simpan Tiramitsu kita sekurang-kurang nya 4 jam sebelum boleh dimakan. Sabor :D

hahaha..ni 1st time buat tak guna alas, so memang tak boleh nak keluarkan.

Nampak tak si beliau? Ini je gambo yang hado.



Selamat mencuba. Yeay



Thursday, November 14, 2013

PCOS kata doktor VII

Assalamualaikum

Setelah 3 minggu ,yeay finally dia disini. Terpaksa balik seminggu lewat sebab nk teman aku pergi jumpe doktor. Sebab kengkangan waktu dan kerja, dah banyak kali dia tak dapat ikut aku untuk follow up dengan doktor.

Tapi follow up untuk hari ini (8 Nov 13) bukanlah details sangat. Aku cuma nak amik suntikan Lucrin untuk kali kedua. So, aku boleh datang bila-bila masa dan tak perlu Q. Sebelum ni walaupun boleh potong Q, ada jugak la masa nak sembang sikit dengan doktor. Tapi kali ni langsung tak sempat sebab doktor ada IUI case dan Operation. Itu pun nasib baik dia sempat suntikan aku , kalau tidak kena datang semula pukul 2.30 petang.

Tapi masa aku berbaring nak ambil suntikan tu, aku tanya dekat doktor pasal pesakit endometriosis tak digalakkan minum susu soya dan makan produk berasaskan tenusu.

"Memang la tak boleh, saya kan dah bagitahu dekat awak"

Aku pun diam je, napa aku tak ingat. Hafiz kata dia pun pernah dengar doktor cakap macam tu dan dia membebelkan aku sebab tak jaga makan. Makna nya betul la doktor ada cakap tapi aku yang tak perasan atau tak ingat.

Tak sempat nak tanya yang selebihnya sebab doktor dah rush ke Operation room. Hafiz nak tengok video operation hari itu pun tak sempat. Tak apalah, kita sambung next month pada 6/12/13.

Consultation fees: RM184

Lepas selamat operation haritu, lepas rasa segar sikit aku bedal je semua benda. Pasta, cheese cake, daging, udang, sotong. Apa yang aku tak makan. T_T
Aku baca dekat group banyak pesakit yang pernah menjalani 2 atau 3 kali operation sebab cyst mereka besar semula. Sekarang ada keinsafan, sampai bila nak ikut nafsu.

Apa yang aku baca dan aku paham, kalau salah fakta minta maaf, ada beberapa makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit endometriosis dan ada yang sangat baik untuk kita.

Makanan yang perlu dielak
  • Soya
  • Produk tenusu (susu, yogurt, cheese)
  • Seafood (undang dan sotong)
  • Daging merah (Daging lembu, daging kambing)
  • Makanan segera 
Makanan yang patut diamalkan (Aku copy dari blog Dr.Adilah)

"The higher the ORAC (Oxygen Radical Absorbant Capacity) value, the more potent its antioxidant activity"

Fruits (ORAC value in every 100g of it)
  • 1. Prunes (5800)
  • 2. Raisins (2800)
  • 3. Strawberries (1500)
  • 4. Plums (950)
  • 5. Red grapes (740)
  • 6. Oranges (750)
  • 7. Kiwi (610)
  • 8. Banana (210)
  • 9. Apples (210)
  • 10. Apricot (180)
  • 11. Peach (170)
  • 12. Pear (110)
  • 13. Watermelon (100)
  • 14. Honeydew (100)
As for vegetables (ORAC value per 100g)
  • 1. Spinach (1260)
  • 2. Broccoli (890)
  • 3. Onions (tapi tak kan nak makan bawang je kot?)
  • 4. corn (400)
  • 5. Eggplant (390)

Apa yang aku faham, doktor suruh amalkan makanan yang tinggi anti-oksidan nya. Selepas setahun setengah kawin, berat aku dah bertambah sehingga 10kg. Mungkin normal untuk orang yang ada endometriosis. Tapi doktor suruh berdiet semula. Sekurang - kurang dapat separuh dari target pun ok.

Sebab aku dah ada keinsafan, so aku nak start mengamalkan makanan yang sihat :) Lebihkan buah dalam makanan. Kita digalakan makan daging putih (Ayam dan ikan) tapi sedih sekarang ni ayam pun dah tak berapa nak sihat. Adik aku praktikal perladangan, dia kata ayam makanan segera tu membesar dalam masa 28 hari sahaja.

Sekarang ni aku amalkan,

Sebelum tidur dan bangun pagi 
-3 sudu Qaseh adinda

Sarapan pagi
-Tortilla ayam (Aku buat ala-ala chicken terayanki) atau
-Tortilla telur (Telur cincang)

~Tortilla aku gemuk dengan salad + bawang . Aku tak berselera makan salad macam tu je, tapi bila dah gulung dalam wrap ni sedap :D

Lepas tu aku akan ambil buah : Plum atau kiwi

Minum air sebanyak 650ml

Makan tengah hari
- Bihun sup /
-Tosei + ikan /
-ikan + sayur

~Waktu tengahari biasanya dekat office, jadi terpaksa makan dekat kedai.

Dalam pukul 3 aku akan makan sebiji lagu buah dan minum lagi 650ml. Air tu aku tambah dengan separuh lemon.

Makan malam
- Sup bayam /
- Salmon bakar /
- Tortilla

~Aku ni jenis musang. hahaha. malam-malam aktif makan tapi kita baca kat mana pun, mesti orang kata makan malam x elok. Jadi terpaksa la mengunyap dengan buah dan minum lagi 1 liter air.

Sebelum solat maghrib, aku akan buat exercise sikit. Aku buat sorang-sorang je pun. Aku follow video "Pump it up" yang aku download daripada youtube. Memang syok tapi memula buat tu memang berbunyi-bunyi la sendi-sendi aku. Hahahaha.. Siang malam makan tortilla, lama-lama aku boleh jadi macam orang mexico. Hahahaha

Ada isi ayam teranyaki, ada telur cincang, ada ayam kicap (lebih lauk semalam)





Wednesday, November 6, 2013

Snowy cheese cake

Assalamualaikum

Sempena cuti depavali dan Awal muharam aku pulang ke kampung halaman. Ketiadaan suami disisi kena selalu cari benda nak buat. Jangan duduk rumah sorang-sorang tanpa buat apa-apa. Nanti kalau ada tersalah sikit, mula la melenting. Ghindu pahe dop?

Ni kan pula cuti 4 hari, memang kena balik kampung la. Kat kampung ramai orang dan ceria je. Hafiz pun sentiasa bagi green light kalau aku nak balik kampung. Aku suka try resepi baru dekat kampung sebab nanti ada orang yang akan makan. Terutama adik-adik ipar aku. Depa memang suka makan dan aku happy nak masak untuk depa. Dan mak mentua cakap sedap dan boleh buat lagi. Senyum :D

Kali ni aku nak share resepi snowy cheese cake atau orang panggil, cheese cake meleleh..huhu. Resepi aku google je. Terima kasih yer semua yang bagi resepi

Bahan - bahan:

kek
4 biji telur **
2 biji telur kuning **
100 gram gula castor atau gula halus **
50 gram air sejuk - dari peti ais **
2 sudu besar ovalette **

60 gram tepung jagung *
1 sudu teh baking powder *
100 gram tepung gandum *

75 gram mentega dicairkan - Aku rendam dalam air panas je

Krim Cheese
1 kotak cream cheese philadelphia atau tatura
1/2 tin susu pekat manis
cara- cara : Satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin dan tidak berketul

Source : Google image
Source : Google image

Untuk Topping
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut

Source : Google image
Cara-cara:
1. Ayak bahan-bahan bertanda *
2. Masukkan semua bahan bertanda ** dan putarkan dengan kelajuan sederhana. Apabila sudah sebati masukkan bahan-bahan bertanda * kecuali mentega cair.
3. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega cair.
4. Sediakan loyang bulat 8 inci atau sederhana besar yang telah dialas dengan kertas minyak atau disapu dengan sedikit butter.
5. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau sehingga masak, dengan kepanasan 150'c.
6. Apabila sudah masak biarkan sejuk. Bila sudah sejuk, ambil pisau atau benang dan potong dibahagian tengah-tengah kek supaya menjadi 2 bahagian.
7. Sapukan krim cheese diatas bahagian kek yang bawah, kemudian cantumkan semula bahagian kek yang diatas tadi.
8. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek
9. Akhir sekali taburkan cheese kraft yang telah diparut pada keseluruhan kek
10. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam sebelum di potong dan dihidangkan.

Comelkan kek kite

sempena yaya dapat no.2 pun ok jugak
 Selamat mencuba. nyum-nyum

PCOS kata doktor VI

Assalamualaikum

Aku datang semula ke KL semata untuk mengambil suntikan pada 11 Oktober. Sama seperti last visit, aku diberi keistimewaan boleh potong Q sebab datang cuma nak ambil suntikan.

Source : Google image
Kalau tak silap aku, yang hok 3.75mg tu untuk sebulan sekali, yang hok 11.25 mg tu untuk 3 bulan sekali.


Suntikan lucrin 3.75 mg tu aku kena ambil sebanyak 3 kali.

Lucrin : RM 421 x 2 (Satu dapat free)
Consultation cost : RM184 x 3

Doktor nasihat aku supaya beli Lucrin daripada Hospital Pusrawi sebab harganya lebih murah. Murah RM100 kot. Ramai blogger yang bercerita tentang suntikan Lucrin ni. Tapi kebanyakan untuk mengecutkan endometriosis. Tapi doktor suruh aku ambil untuk buka semula tiub. Aku layan kan sahaja sebab mana aku tahu perihal kedoktoran ni. hahaha

Pesanan doktor setelah mengambil suntikan Lucrin:

1. Setiap kali bersama mesti menggunakan protection.

- Doktor kata Lucrin bukan pencegahan kehamilan, tapi kalau mengandung dalam tempoh suntikan Lucrin, kemungkinan besar bayi akan mendapat kesan seperti cacat . Nauzubillah.

2. Lucrin akan buat badan jadi panas meruap dan senang nak melenting

- Tapi memang panas pun. Kadang-kadang dalam aircond pun tetiba badan aku jadi panas macam baru lepas berlari 1 KM. Masa tu kena duduk bertenang dan akan ok semula. Kepala aku pun selalu berdenyut dan selalu penat.

3. Lucrin akan buat badan kita jadi sakit-sakit seperti orang tua

- Doktor awal-awal lagi pesan supaya aku ambil calsium with vitamin D dan mengamalkan multivitamin. Aku beli multivitamin for woman. Dua-dua vitamin ni aku beli dekat farmasi jenama kordel's. Doktor kata Lucrin akan ambil 3.5% calsium badan

4. Sepatutnya setelah mengambil suntikan ni period aku akan berhenti selama 3 bulan.

- Sebelum ambil suntikan pertama aku dah period, dan doktor kata bagus sebab selepas ni kemungkinan besar period tak keluar. Tunggu dan lihat sahaja lah. Dalam pembacaan aku, ada yang mengambil Lucrin untuk 6 bulan dengan 2 kali suntikan. Makna nya, mereka akan ambil suntikan yang bertahan selama 3 bulan. Macam hok aku tu, suntikan tu bertahan 28 hari je dan kena ambil 3 kali.

5. Aku kena amalkan pemakanan yang sihat dan kena diet.

- Sejak ambil Lucrin ni, aku rasa aku kurang selera makan. Ada juga yang aku baca mereka kata turun berat badan. I hope so :D dan aku dah jadi super pelupa. Aku balik kampung untuk 4 hari dan aku lupa tutup lampu dapur. Dan ada sekali tu aku lupa tutup tingkap bilik.  Tapi betul ke aku lupa atau......

Aku baca blog dan group endometriosis, ramai kawan-kawan kata kena pantang soya, susu dan sebagainya. Doktor tak pesan apa-apa pulak dekat aku. Sebab banyak kali jugak aku tanya apa yang aku kena pantang, dia kata apa yang sebelum ni aku tak tahan makan, so jangan makan. Kalau sebelum ni ok, bedal je la. hehehe

Tapi nawaitu aku kan nak berdiet. Sekarang memang aku control sikit pemakanan aku. Risau jugak cyst tu naik semula. Tapi aku pernah baca endometriosis takda ubat, kecuali kita buang ovari baru semua akan berakhir. Astagfirullahalzim.

Cuma masa aku tanya nak pakai cream rawatan nano technology (Tak perlu la aku mention apa jenama dekat sini) doktor kata, selalu nya cream yang boleh digunakan untuk kecantikan kebiasaanya mengandungi hormon estrogen. Estrogen ibarat memberi makan kepada endometriosis tu. Doktor kata kalau itu ubatnya, dah lama dia bagi sebab cream seperti itu ada je dekat hospital. Maybe ada testimoni yang berjaya tak mengalamai masalah endo ataupun sudah sampai rezeki mereka.

Sebelum inject doktor sempat cakap yang dia berharap sangat tiub aku terbuka semula, kalau tak aku kena cuba IVF untuk mengandung. Cost bukan murah dan bukan 100% berjaya. Kalau doktor dah berharap begitu, ini kan pulak aku. Yang tak pernah berhenti berharap

Tapi aku percaya, aku sedang diduga, Allah nak tengok kesabaran hamba Nya. Jangan berhenti berdoa.

Jumpa next appointment pada 8hb Nov ni.

## Kalau aku salah fakta ke apa, sila la rujuk doktor semula k, aku bagitahu dan kongsi apa yang aku tahu dan apa yang aku faham. hehehe

Bersambung nanti :D 

PCOS kata doktor V

Assalamualaikum

Setelah discaj aku stay dekat rumah abang aku sementara mak aku belum balik kampung. Pada 3 hb Oktober, Aku ada  follow up selepas pembedahan. Hafiz's not around. So Ap (adik aku yang tengah tunggu panggilan kerja atau belajar) yang jadi driver aku. Aku plan lepas follow up yang ni aku nak terus nak balik kampung.

Follow up kali ni special sikit sebab tak perlu tunggu lama dan boleh potong Q. Cuma kena inform dekat nurse. Doktor scan perut untuk tengok pendarahan atau tidak, buka jahitan dan dia suruh aku makan 2 jenis antibiotik. Aku cuma boleh start suntikan Lucrin seminggu selepas itu. Bermakna aku kena datang semula 11 hb Oktober.

Doktor suruh aku datang semula pada 11 hb oktober untuk amik suntikan. Makna nya aku kena datang dari kuala kangsar semata-mata nak ambil suntikan je. Aku sayang doktor Adilah, untuk suntikan lucrin kali pertama dia bagi aku percuma je.  Alhamudulillah

Consultation cost + mediacation (Antibiotik) = RM 395

Semoga doktor sentiasa dibawah lindungan Allah SWT dan kita sama-sama dimurahkan rezeki. Rezeki datang dalam pelbagai cara. Cuma kena bersyukur.
Ibarat kita nampak orang tu terkena air panas, kita tak rasa panas dan kesakitan nya. Kita cuma boleh rasa simpati sahaja. Tapi orang yang menghadapi nya tu cuba bayangkan perasaan mereka. Jadi tak perlulah banyak bertanya tentang rahsia Allah itu

Aku selalu kena kuatkan diri



PCOS kata doktor IV - Part I

Assalamualaikum

Pada hari Selasa 24 Sept 13 check in lah aku ke Hospital Pantai. Masa aku check in makanan terakhir yang aku ambil adalah bubur nasi jam 12 pm. Dan aku hanya boleh makan roti sehingga pukul 6 petang. Dan aku hanya boleh minum air masak sahaja selepas itu. Pukul 9 malam aku start kena minum ubat untuk bersihkan usus. Botol kecil je pun tapi rasa nya hanya Allah sahaja yang tahu. wek wek wek

Beberapa lama lepas minum ubat tu, start la aktiviti aku ke tandas, memang dah tak keluar apa dah. Pukul 6 pagi, aku kena minum lagi sekali. Oh pitam masa tu memang aku rasa perut aku dah kempis. Hahaha

Masa aku mula-mula check in aku perasan dekat gurantee letter insurance company aku cuma cover up to 10k. Aku pun macam terkejut la sebab doktor anggarkan pembedahan aku ni dalam 13k ke 15k. Woo, mana cekau lagi 5k wei. Kalau ada pun idok la aku nak perabis dekat hospital ni sebab aku ada insurance peribadi.

Rupa-rupa nya insurance company aku cover untuk 20k tapi dia split kepada dua bahagian. Maknanya sekali admit memang sampai 10k sahaja dan kalau lebih kena tambah. Selepas 45 hari baru boleh claim semula up to 10k. Dan kami pun decided untuk hold dulu insurance company sebab kena topup. Aku mulakan proses untuk insurance peribadi, tapi yang paling sakit hati dia kata polisi aku ni baru dan kena ada investigation dahulu baru boleh keluar GL. Pagi rabu tu sepatut nya aku berehat sebab petang nak operate kan tapi aku terpaksa turun naik dan call sana sini untuk settle kan Insurance.

Padahal Insurance aku tu dah melebihi tempoh 120 hari dan aku tak pernah ada sejarah sakit cyst2 ni semua. Sebelum Insurance keluarkan GL, mereka minta doktor keluarkan final report. Menurut doktor pulak, final report hanya boleh dikeluarkan selepas pembedahan. Doktor kata insurance seolah-olah mintak dia menipu untuk keluarkan report sebelum pemdehana kan.

Aku pun dah pening, masa tu rasa dah give up. Insurance company cover sampai 10k je, insurance peribadi pula, nak kata tak pun tidak, nak kata yer pun tidak. Masa tu aku dah rasa macam nak balik je, lantak le takda rezeki kan. But Allah knows the best. Doktor bius aku iaitu Dr. Nazri pun tahu dengan masalah Insurance aku ni sangat bersimpati. Dia kata proceed dengan Insurance company dan dia akan cuba cut cost pembedahan. Maybe aku cuma perlu tambah rm2500.

Aku bincang dengan Hafiz dan kami pun bersetuju. Alhamdulillah sebab ditemukan dengan doktor-doktor yang sangat baik :) Sebab Insurance punya pasal, aku sepatut nya jadi orang pertama bertukar jadi orang yang terakhir. Pukul 4.30 aku ditolak ke bilik bedah, aku rilex je la tapi seperti dijangka mak aku buat drama air mata sikit. Dah pesan awal-awal toksah nangis, tapi nangsi jugak.

Dalam bilik bedah tu, seingat aku nurse tu letak aku diruang menunggu lebih kurang setengah jam. Lepas tu aku ditolak masuk dalam bilik bedah. Jakun sekejap tengok kiri kanan doktor dengan nurse semua in blue dan bertopeng. Hahaha

Aku nampak doktor Adilah, sempat dia tanya lagi.

"Hafizah betul ke nak bedah ni?"

Aku jawab la

"Saya dah sampai ke sini doktor"

Lepas tu aku nampak doktor Nazri datang, dengan riang tanya aku..

"Hi dear, Are you ready?"

Lepas dia cucuk ubat dekat lengan aku, aku terus rasa sesak nafas dan nurse terus masukkan gas dan aku pun hanyut. Aku sedar-sedar je aku ada dalam bilik pemantaun selepas pembedahan. Masa tu aku rasa sejuk dan sakit sangat dekat perut. Tak lama lepas nurse masukkan ubat tahan sakit rasa lega sikit dan aku separa lalok. Nurse cakap sekarang pukul 8.30 pm dan kalau aku stabil depa akan tolak aku ke wad.

Bersambung nanti..


PCOS kata doktor IV - Part II

Bila aku sampai dekat wad, aku tengok tak ada siapa pun yang tunggu. ceh. Hafiz dan semua dah balik rumah, mandi dan makan. Yela, dah seharian dekat hospital dan depa ingt aku lama lagi. Masa tu aku masih lalok lagi aku tak ada daya nak cari handset aku. Bila nurse datang nak bagi ubat, aku suruh nurse call Hafiz cakap aku dah selesai. Pukul 11 malam baru depa sampai.

Keesokan harinya Dr.Adila datang jumpa aku, dia bawak 3 botol hasil daripada perut aku ni. Dia tanya samaada aku nak hantar ke makmal atau tidak. Sebab sample tu akan dicaj secara berasingan dan agak mahal. Nampak tak punya la baik doktor nak tolong aku T_T

Diantara 3 botol tu, 2 adalah cyst dan satu botol lagi sangat mengejutkan. Doktor kata dia jumpa satu ketulan darah. Dia suspect itu adalah ectopic. Tapi dia tak boleh nak confirm betul atau tidak, berapa usia dan berapa lama sehingga dia hantar lab. Tapi dia kata ectopic tak cover dalam insurace sebab termasuk dalam pregnancy.  Dia kata tak perlu hantar sebab benda dah lepas dan nanti aku kena bayar sendiri cost lab.

Aku tak tahu bile ectopic ni sebab bulan Ramadhan yang lepas aku delay 57 hari. Dan ada satu malam perut bahagian ari-ari sakit yang amat sangat sampai menitis air mata. Nak duduk saki, nak berdiri sakit. Hafiz bawak aku pergi klinik tapi doktor kata aku keracunan makanan dan membebel suruh aku jaga makan.


Kenapa awak bertemu di tempat yang tak sepatutnya sayang

Alhamdulillah, pembedahan aku tak ada masalah, cyst pun dah dikeluarkan, rahim aku doktor kata ok. Tapi yang menjadi masalah sekarang, tiub fallopian aku sebelah  kanan sempit dan kiri totally tersumbat. Doktor try flush tapi tak berjaya T_T. Masa doktor waktu pagi, Hafiz tak sampai lagi, bila doktor dah beredar, aku nangis teresak-esak sorang diri.

Aku rasa macam dunia dah berakhir. T_T. Tapi bila dah lama-lama aku fikir dan bertenang, ada orang yang tinggal sebelah tiub pun boleh mengandung, yang tinggal sebelah ovari pun boleh. Cuma aku punya ada kotoran dalam tiub tu. Doktor kata punca tersumbat sama ada jangkitan bakteria atau endometriosis.

Masa ni sokongan suami sangat diperlukan I love u sayang. Jangan pernah mengalah dengan dugaan ni.

Doktor suruh aku buat rawatan untuk buka semula tiub fallopian tu, aku kena ambil suntikan lucrin selama 3 bulan.

Aku tanya doktor bila aku boleh masuk kerja dan doktor jawab awak cuti sehingga 18 hb. Aku macam terpinga-pinga 18 hb tu sampai bila. Sekali  tengok M.C 25 hari daaa... yeay

HAri jumaat aku discaj dan jumpa doktor semula pada hari khamis untuk buka jahitan pada 3 hb October dan Hafiz dah kena pergi outstation dekat kuala terengganu dan aku menghabiskan cuti dekat kuala Kangsar ler. :D

Bersambung nanti :D

Friday, November 1, 2013

PCOS kata doktor III

Assalamualaikum

Perjumpaan seterusnya pada 23 September 13. Masa ni kami baru je balik dari Bandung. Bila masuk je bilik doktor, ayat pertama yang kuar dari mulut doktor

"Hafizah, awak dah sedia ke nak operation ni?

Gulp! Doktor ni belum panas punggung dah sebut pasal operation. Aku sebenarnya dah bagitahu dekat Mak dan Ayah aku pasal pembedahan ni tapi aku cakap tak confirm lagi. Tapi hati orang tua, depa dah start risau. Aku jawab dekat doktor

"Saya dah sedia, tapi orang tua-tua tanya perlu ke operate terlalu awal"

Doktor cakap, kalau macam tu kita tangguh sebab saya tak nak buat kalau patient tak bersedia. Tapi aku dah bersedia. Macamana aku tangguh pun keadaan akan jadi sama jugak kalau aku tak buat apa-apa dan lama kelamaan makin teruk. Akhir nya aku buat keputusan untuk teruskan. Hafiz sentiasa bagi sokongan dekat aku. Doktor hanya boleh confirm keadaan aku sehingga dia operate.

Masa tu aku tanya la bab risiko, cara pembedahan, kesan dan sebagainya. Doktor cakap

"Risiko bius adalah 1% tapi aku kena ikut betul-betul jadual pemakanan sebelum bedah"
"Doktor akan tebuk 3 lubang dan akan buang endometriosis yang beramai-ramai menggunakan laser.  Doktor tak akan buang semua sebab itu akan memberi kesan kepada ovari"
"Doktor juga akan tolong aku buang appendix, kalau ada"

Aku tanya doktor,
"Bila kita nak buat?"

dan doktor jawab
"Esok awak masuk wad, (24hb Sept masuk awal sebab nak claim insurance), lusa (Rabu , 25hb Sept) kita bedah dan Jumaat awak discaj.

Segala bagai form dah diisi dan aku balik rumah.  Dalam pukul 6 petang hospital call bagi tahu insurance dah approve dan aku boleh check-in pukul 2 petang esok.

Cost consultation: RM214

Hari selasa pagi tu aku masih masuk office untuk half day sebab nak selesaikan kerja yang tertinggal. Al-maklumlah nak tinggalkan office untuk 4 hari. Beria aku hantar e-mail dekat semua orang dan habaq depa yang aku akan balik ke office hari isnin. Hahaha

To be continued

PCOS kata doktor II

Assalamualaikum

Bulan ni masih lagi rezeki kami, seperti yang dah diaturkan oleh Dr. Adilah, period pada hari yang ketiga (11/09/13), aku kena ke hospital untuk ujian darah dan berjumpa dengan Dr. Adilah semula.
Aku start puasa dari pukul 12 malam tu, tapi tak tahu la ekk, tiap kali aku ada appoinment dengan Dr. Adilah, perut aku mesti bloating sehingga menyebabkan cherry berry.

Sesampai je dekat hospital aku terus pergi Lab untuk ambil darah tapi staff dekat situ cakap aku kena amik 2 kali. Darah kali kedua akan diambil setelah aku minum air gula. itu pun selepas 2 jam. So, dalam masa 2 jam tu aku tak boleh minum dan makan. Bergerak banyak pun tak boleh. Dah la dengan bloating, minum air gula memang rasa nak terjeluekk tapi ku tahan sahaja.

Lepas settle buat kedua-dua ujian darah, kami pun jumpa Dr. Adilah semula. Aku ingatkan time period tak perlu scan tapi boleh jugak rupa nya. Macam biasa la, Dr. Adilah akan buat vaginal scan. PCOS masih disitu.

Aku tanya camner cara nak keluarkan PCOS tu, Dr. Adilah kata tak ada cara lain selain dari operate. Nangis

Tapi dia tak mendesak pun suruh operation. Dia kata kalau aku dah bersedia. Tak tahu daripada mana aku dapat kekuatan dan aku tak rasa takut langsung nak jawab "saya dah sedia doktor". Sebab makin lama aku simpan, benda tu tak akan berubahan. Malahan doktor kata akan lagi teruk. Makin lama dia akan mengganggu kitaran period kita. Mengurangkan peratus untuk hamil dan banyak lagi.

Siapa tak sedih bila suami celik-celik mata dari tidur habaq kat aku "malam tadi i mimpi kita ada baby boy". Siap ada nama tu T_T dan aku jawab "Alhamdulillah" je la. Benda di luar kemampuan aku kan. Kalau dia nak makan kari ayam, aku usaha untuk belajar masak untuk dia, kalau dia ajak aku jalan-jalan walaupun aku tengah penat, aku gagahkan diri sebab taknak dia jalan sorang-sorang. Tapi untuk ini, I'm so sorry cayang. Mungkin ada sebab kenapa  Allah belum bagi rezeki anak kepada kita.

"I think I am ready but only Allah knows the best"

Tapi aku takkan berhenti berusaha, InsyaAllah.

Dr. Adilah nasihatkan aku supaya turunkan berat badan sebanyak 8kg. Uhuk2. Itu la berat badan aku sebelum kahwin dulu. Dr. Adilah cakap, endometriosis memang menyebabkan kadar metabolisme dalam badan akan menjadi rendah. No wonder la badan kak jemah macam di pam-pam lepas kawin ni

Secara jujur nya aku konpius antara PCOS dan endometriosis ni. Tapi yang aku fahamla kan, aku endometriosis jenis PCOS. Sebab banyak jenis endometriosis ni. Haha

Next appoiment aku pada 23hb, masa tu aku nak tanya perabis apa risiko, peluang untuk hamil dan kebaikan aku buat surgery ni. Sebab masa aku jumpa tu aku macam blur-blur je. Sebelum masuk bilik Dr. Adilah macam banyak je benda nak tanya. Kali ni aku nak catit apa soalan yang akan aku kemukakan nanti sebelum aku bersetuju untuk surgery.

Bila aku bagitahu dekat mak aku, biasa la orang tua dengar surgery mula la hati dia susah hati. Tapi setahu aku ni bukan major operation cuma doctor akan tebuk 3 lubang kecil dan masukkan perlatan yang sepatut nya.

Keputusan darah pun akan dibincangkan masa next appoiment nanti. Aku harap semua nya ok.
Doktor suruh makan clomid.

Cost consultation = RM225
Cost blood test = RM279


Next Appoiment,  23 hb September 2013 nanti.

Thursday, October 24, 2013

Destinasi cinta - Bukit tinggi

Assalamualaikum

Dapat housemate yang sama-sama kaki jalan adalah sangat seronok yang tak seronok nya bila tiba hujung bulan dah nyawa nyawa ikan hewhewhew. Kalau ada duit walau extra RM50 je pun dan bergolek-golek tak buat apa-apa kat rumah mesti ada suara seperti jom jalan boring la duduk rumah.

H: Jom jalan
Me : Nak pi mana?
H: Genting
Me: Bosan, try bukit tinggi

Damansara Damai ke Bukit tinggi tak da la jauh mana pun dalam sejam perjalanan. Kalau ikut lebuhraya Karak, Bukit tinggi simpang selepas Genting. Tol pun cuma RM5 sehala. Perjalanan nak naik takla adventure seperti Genting Highland nun tapi nak naik bukit tinggi kena bayar tau.

# Bayar dekat gate sebelum naik bukit tinggi ni. Bayaran ikut kepala bukan kereta. Adult RM12

Kami terus ke Colmar Tropicale dan parking kereta dekat situ. Colmar Tropicale ni ada bangunan-bangunan macam french village gitu yang sebenar nya adalah hotel. Tapi kami tak check-in pun sebab masa weekend mesti mahal. Kalau nak merasa macam ada dekat oversea boleh la. Kawasan dia bersih ada menara leh tinjau bukit-bukit, ada mini funfair, ada pertunjukkan pentas dan ada restaurant ala-ala french gtu.

Mengasah bakat
Tadaa!
Cantikkan banggunan tu
having fun
Pertunjukkan pentas
Ala-ala kenny's roger roaster
Jalan-jalan, makan, posing-posing sikit kami decided nak pergi Japanese Garden. Dekat situ-situ jugak tapi tak boleh la jalan kaki kan kang mau pensan tengah jalan. Ada shuttle bus @ lori :D disediakan atau boleh jugak bawak kereta sendiri. 

Shuttle bus for free yeay
Nak naik bukit punya la hazab haish tapi dekat atas ni cantik jugak taman dia ala-ala jepun, ada air sungai mengalir, ada rumah ala-ala rumah orang jepun. Kita boleh jugak posing-posing pakai baju traditional jepun macam kimono tapi macam mahal je hewhewhew..dekut
 

Yeay, sampai jugak

Kolam ikan
Depan rumah jepun
Japanese Garden
# Bukit tinggi ni sesuai jugak pada sesapa yang nak buat photoshot, suka keindahan alam.
# Banyak lagi tempat-tempat menarik seperti rabbit farm, flying fox
# Selamat Bercuti :D

Tata


Destinasi Air Asia ke Jakarta - Bandung

Assalamualaikum

Selamat Hari Malaysia uolss. Kali ni aku celebrate Malaysia's day dekat Bandung. hehe 
Rezeki bulan September ni bos aku ajak pergi company trip ke Jakarta -Bandung. Family member's invited. Tapi sebab company kami based on support, so tak boleh tutup kedai lama-lama. Bos ambil kesempatan cuti 3 hari sempena hari Malaysia. Pada mulanya nak direct ke Bandung tapi sebab short notice tiket KL to Bandung too expensive.

Sabtu!
Flight kami ke Jakarta pukul 7 pagi. So, pukul 3 pagi dah kena keluar rumah menuju ke LCCT. As usual, parking kereta jauh sikit sebab nak bayar murah. KL to Jakarta mengambil masa 2 jam. So kami sampai di Terminal 3 Soekarno–Hatta International Airport pada pukul 9 pagi waktu Malaysia bersamaan pukul 8 pagi waktu Indonesia.

Airport Baru Jakarta
Bagus AirAsia Indonsia sediakan bas daripada kapalterbang ke terminal
Kami terus bertolak ke Bandung dengan menaiki Bus yang dah disediakan oleh Pak Daniel si pemandu pelancong untuk 3 hari ni. Jakarta ke Bandung ada highway dan ada tol okeh. Menurut pak Daniel kiteorg boleh sampai dalam masa 3 jam tapi macam lebih je. Sesampai je Bandung kami terus menikmati makan tengah hari dekat restoran Nasi Padang Sederhana. Memang favorite aku la kan.

Ahli rombongan!
Bas kami

#Pada hujung minggu, boleh dikatakan ramai penduduk Bandung akan turun ke Jakarta untuk shopping dan makan-makan. Jalan jem hanya Allah je yang tahu. 

Destinasi seterus nya adalah pertunjukan permainan Angklung di Saung Angklung Udjo. Memula tu aku budget cam haish ni mesti bosan habis. Tapi ternyata tanggapan ku salah. Soooo much fun okeh. Depa dah modenkan permainan angklung ni. Siap boleh main lagu omputih lagi tau. Dan lagi kiut sebab semua pemain-pemain angklung tu adalah kanak-kanak.

Pak Daniel kata kanak-kanak tu anak tempatan yang diajar bermain angklung daripada umur 2 tahun sehingga masuk Universiti. Ilmu dapat dan duit poket pun hado. Ada sorang budak ni main angklung macam Maksim main piano. Hebat mu dik!




# Ada jugak pertunjukan wayang kulit dan persembahan nyanyian dari kanak-kanak disini. Penonton juga diberi peluang untuk bermain Angklung. Untuk maklumat lanjut sila refer Saung Angklung Udjo.

Untuk dinner kami menikmati seafood. Not too bad. So so ja bagi aku. Makan dinner atas bukit ye dok confirm tak fresh mana pun. Lepas semua kekenyangan kami bergerak ke Hotel. Kami menginap dekat Sensa hotel. Hotel ni terletak di jalan chempelas. Hotel ni bersambung dengan shopping mall. Tapi malam yang kami sampai ada concert dekat shopping mall tu. Jem nauzubillah. Perjalanan 800M ambil masa sejam setengah. Sampai je dekat hotel kedai pun dah tutup. Punoh hari pertama nak explore jalan chempelas T_T .



kemain yer
#Jalam chempelas tempat terkenal untuk memborong barang berjenama dengan harga yang super murah. Orang kata syurga untuk jeans, t-shirt, kasut dan sebagainya. Daya tarikan kedai-kedai dekat sini, depa letak character kartun yang besar-besar seperti Spiderman, Superman dan sebagainya dekat kedai masing-masing.

#Kedai-kedai dekat jalan chempelas dibuka seawal jam 9 pagi hingga 9 malam.

Ahad!
Keesokkan hari nya, jadual kami bermula seawal 8 pagi tau. Pak Daniel kata pukul 8 pagi dah ada atas bas, jadi pukul 7 pagi dah kena turun breakfast. The foods soooo good! Sedap sedap habaq ang. Perjalanan diteruskan ke Tangkuban Perahu. Menurut pak daniel Tangkuban bermaksud terbalik. Jadi, Tangkuban Perahu bermakna Perahu terbalik. Baca sini kalau tak percaya - Tangkuban Perahu. Hahaha.


#Bus tak boleh naik sampai ke puncak so kami kena transit menaiki van pulak. Banyak Van yang disediakan. No worries

#Tangkuban perahu ni salah satu gunung berapi yang masik aktif di Bandung, jadi daya tarikan dekat sini adalah kawah gunung berapi. Udara sangat sejuk dan busuk :p

#Tangkuban Perahu ni terletak di atas puncak, udara dekat sini sama seperti Cameron Highland cuma jalan nak naik lagi baik dan lurus.
#Perjalanan mendaki gunung kita menyaksikan "beautiful panorama, tea plantation and tropical forest bak kata dalam itinerary aku


Indah sungguh ciptaan Allah swt. SubhanAllah! Dekat atas puncak ramai sangat yang menjual souvenir tapi memang kena mintak tawar kaw-kaw. Sebab harga mula yang depa letak memang tak masuk akal. Kena cekik kuat-kuat tengkuk depa dulu lepas tu baru lepas selow-selow. hiks

Seterusnya kami menuju ke kolam air panas. Aktiviti yang ini aku rasa macam biasa-biasa je sebab dekat Malaysia pun berlambak kolam air panas. Pak Daniel cakap inilah rombongan paling kejap lepak dekat situ. Maybe memasing dah tak sabau nak mendermakan duit juta-juta dekat Factory outlet. 

Masa perjalanan mendaki sangat smooth je, kurang daripada 2 jam dah sampai. Tapi masa nak turun adess macam siput. Kami singgah makan tengah hari dulu dan kali ni menu kami adalah makanan sunda. Aku tengok macam sama je dengan masakan melayu. Selepas tu perjalanan diteruskan ke Pasar Baru.

Aku macam dah tak sabar nak ke Pasar Baru. Tapi Pak Daniel kata kalau sampai di Bandung pukul 5pm, pasar baru terpaksa batal. Dah la masatu jalan jem terkedek-kedek. Aku berdoa je supaya sempat la sampai depan pasar baru sebelum pukul 5pm. Yeay, kami berjaya sampai pukul 3.30 pm dan kami ada satu jam setengah untuk shopping. Nasib baik aku pakar dalam bab bargain harga ni. So, semua yang ada dalam list berjaya!

#Pasar Baru: Shopping mall 5 tingkat yang menjual segala keperluan seperti kain pasang, telekung, baju muslimah dan sebagainya. Dekat sini syurga untuk kain lace. Murah wei. Border lace 10M = RM30. Waktu urusniaga dekat Pasar Baru ni bermula 9 pagi sehingga 5 petang

Selepas pasar baru kami pak supir bawak kami singgah dekat 2 Factory outlet. Aku memang sawan habis la kan. T-shirt berkolar nike baru 85 000 Rupiah bersemaan dengan RM23. Aku berjaya beli sweater kait (Untuk next destination maybe :p) dengan harga RM70. Blouse Zara RM30..grrrrr

Sawan sawan sawan. Rasa nya 3 jam dekat dua Factory outlet tu memang tak cukup. Tambahan pula, dekat bandung ni berlambak lagi Factory outlet. Aku rasa kena ada lebih daripada one whole day untuk jelajah setiap factory outlet ni. Aku pergi 2 je ni pun dah cukup sawan.

Lepas tu kami menikmati makan malam ala-ala Chinese food. Hok nie sedap! Aku suka makan Chinese  style.Sampai semula ke hotel dah pukul 10 malam, dan again! Jalan chempelas already closed T_T

Isnin!
Flight kembali ke dunia sebenar pukul 6.30 petang tapi disebabkan pak daniel tak nak ambil risiko bertolak lambat daripada bandung so pukul 7 pagi dah memulakan perjalanan  je Jakarta Nangis T_T
Tak dapat enjoy breakfast. Kami sampai dekat Jakarta pada pukul 11.30 pagi dan terus menuju ke ITC Chempaka Mas. Aku tengok dari luar macam grand. Aku ngan hafiz budget macam ada kedai barang berjenama la kan. Tapi macam hampas ja. Kedai dia ala-ala komplek PKNS je.

Tapi sempat jugak la aku membeli langsir untuk rumah baru nanti. hahaha kat mana-mana pun sempat ja. Murah wei, 2 panel for RM60. Tak sama dengan Malaysia okeh sebab kain dia memang super tebal.

# Banyak lagi shopping mall dekat Jakarta ni, kami singgah di  ITC Chempaka Mas sebab paling dekat dengan Airport. Boleh check dekat sini- Shopping mall Jakarta
#Jem di Jakarta dan Bandung susah nak dijangka, even Pak Supir warga tempatan pun takut untuk ambil risiko.

Pak daniel cakap, hampir 70% orang jakarta shopping dekat bandung. Bandung punya koleksi memang sangat updated dan murah. Dibandingkan dengan baju-baju dekat Jakarta ni. Sendu
Aku tak ada hati nak beli baju kat situ.

bye-bye sensa hotel
Sebelum balik kami sempat makan tengah hari di restoran hotel berhampiran dengan Airport. Nasihat aku la, kalau nak pergi Jakarta Bandung kena ada at least 5 hari. Baru la puas nak berjalan dekat bandung dan jakarta.  Bandung tempat yang cuaca nya sejuk-sejuk gitu, kita memang akan rasa segar je. Dan berbeza dengan tempat-tempat lain yang aku pergi, aku menyimpan hasrat nak datang lagi. Hahaha

Lagipun ini kali pertama ikut trip, best juga sebab follow je orang. Tak payah pening fikir tempat nak makan, nak jalan dan nak tidur. Hehehe

Selemat berjalan dan bershopping :D


Friday, September 6, 2013

Destinasi Cinta - Kuching

Dulu selalu membayangkan kalau dah berkahwin tu, suami isteri mesti tinggal satu rumah, dapat anak dengan mudah dan boleh  makan sama-sama dan sebagainya. Drama zangattt!
Tapi bila dah besar ni, penuh dengan tanggungjawab. Hidup suami isteri tak semestinya kena tinggal satu bumbung all the time. Lagi-lagi kerja macam hafiz tu.

Lepas 6 bulan kahwin, dia kena pergi site dekat Lumut. Seksa zangat oo. Masatu projek dia tu dah nak sampai due date,so kena kerja 7 hari seminggu 8 pagi hingga 10 malam dan 2 minggu sekali je ada cuti itu pun hari ahad sahaja. Nangis kak jemah masa tu, tetiap minggu ke Lumut, itu pun jumpa malam dan siang-siang lepak sengsorang kat apartment yang company dia sewa tu. Berlarutan hingga ke 3 bulan tau. Kadang-kadang aku balik Kuala Kangsar dan dia berulang dari Kuala Kangsar Lumut. Penat oo

Selepas 3 bulan, kembali semula kerja dekat office kena pulak hantar ke Kuching Sarawak. Dang! Lagi jauh weh. 2 bulan jugak dia kat sana. Tapi pada aku, aku lagi ok masa dia dekat Kuching sebab masa tu sebulan sekali baru jumpa.  Masa dekat Lumut, baru nak pulih kesedihan jumpa semula pastu dia kena balik sana semula.Chewah

Tapi serius wei, banyak drama swasta dan limpahan air mata duduk berjauhan ni. haha. Tapi nak buat macamana takkan nak suruh dia berhenti kerja, kalau tak ada kerja lagi la banyak masalah akan timbul. Tapi hati dan iman memang kena kuat tau. Tapi yang positif nya kalau dia outstation adalah dapat menambah pendapatan dan aku pun dapat berjalan. hahahaha

Masa Hafiz outstation dekat Kuching haritu, aku berkesempatan bawa mak dan abah mentua aku berjalan-jalan dekat sana. Kami pergi 16 - 19 March 2013 ( Oh memang dah outdated T_T)  Aku tak bawa parents aku sekali sebab mak aku dah tak boleh naik flight.Kami pergi kesana selama 3 hari 2 malam. Masatu tiket AirAsia ada promo jugak, rm6++ untuk 3 orang.

Masa dekat Kuching, kami sewa hotel Grand Supreme Kucining from Agoda. Aku ambil 2 bilik. Bilik dia ok jugalah + ada breakfast lagi lagi. Dekat sana kami guna kereta adik kepada kakak ipar aku. Terima kasih bagi pinjam kereta :D

Destinasi pertama kami pada hari ahad tu adalah pasar Serikin. Serikin ni kawasan sempadan antara Kalimantan barat, Indonesia dengan daerah Bau, Sarawak. Masa pertama kali aku pergi dulu jalan ke Serikin ni kemain beronak berliku, berbatu-batu lagi dan kereta balik memang pakai bedak tebal la kan (berdebu). Perjalanan pun aku rasa kemain jauh lagi. Tapi kali ni aku pergi jalan dah berturap cantik. Cuma ada beberapa kawasan tu masih lagi berlubang-lubang. Jarak perjalanan daripada Kuching ke Serikin lebih kurang 53km lebih kurang satu jam perjalanan.

Kebanyakkan peniaga (Aku rasa semua) yang berniaga ni adalah orang Indonesia. Barang-barang yang dijual seperti telekung, kain pasang, beg , kain pasang dan banyak lagi. Semua nya datang dari seberang dong. Harga barang-barang boleh tahan murah. Pasar Serikin dibuka pada hari sabtu dan ahad seawal pagi.

Pukul 9 pagi pun dah panas

Cantik - cantik telekung dekat sini


#Tapi kebanyakkan pengunjung akan datang awal, sebab menganjak je tengah hari panas berbahang nye lain macam. Sebab kawasan ni berhampiran dengan garisan khatulistiwa kot

Seterusnya, kami singgah ke Perkampungan budaya. Nak masuk ke sini ada bayaran yang dikenakan. Aku rasa agak berbaloi sebab kawasan ni sangat besar dan replika rumah yang mewakili etnik-etnik di Sarawak ni pun semua nya sama seperti rumah-rumah sebenar mereka. Kita pun boleh tengok aktivti seharian mereka. Macam perkampungan bidayuh, kita boleh tengok cara mereka membuat sagu. Kita juga boleh join aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Syok gak exercise guna buluh ni
Seksi-seksi tau depa ni
#Terdapat beberapa kampung yang mewakili etnik terbesar di sarawak seperti rumah panjang orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi orang Melanau dan juga ladang orang Cina.
#Bayaran yang dikenakan rm60 untuk dewasa dan rm30 untuk kanak-kanak.
#Boleh mendapatkan maklumat lanjut disini



Tinggi betul rumah depa ni

Ada lagi tak rumah orang melayu macamni?
Cantikkan?

Mencabar la jugak

Bersama pakcik yang terer cakap omputih hiks



Seksi tau orang penan ni
Kita akan dapat passport ni

Nasihat aku kalau nak pergi perkampungan ni, kena pergi pagi atau pun petang dalam pukul 2. Sebab setiap hari mereka akan buat 2 sesi pertunjukkan pentas iaitu sebelah pagi dan sebelah petang. Kalau datang bukan time yang sesuai agak lama la nak tunggu. Hari tu kami sampai dalam pukul 2 p.m dan ngam-ngam  dapat join pertunjukkan pentas pada pukul 4 pm tu. Dua jam memang cukup untuk kita melawat semua kampungan disini.

Pertunjukkan mewakili semua etnik

Hebat kan?

Hari yang berikut nya, kami meronda bandar Kuching ni. Destinasi nya adalah Waterfront. Waterfront ni macam kawasan persisiran sungai yang dah di touch up cantik. Kita boleh jalan-jalan atau melepak sambil makan kepok lekor Sarawak. hahaha. Kalau ada budget lebih boleh naik bot menyusuri sungai Rejang ni. Tapi dont worry, buaya tak masuk kawasan bandar ni kata depa. Hahaha.

Dekat Waterfront ni banyak la kedai-kedai menjual cenderamata macam ukiran kayu, kain-kain batik sarawak, tukar buluh dan sebagainya. Harga pun boleh tahan murah.


Tak jauh pun nak seberang

Persisiran Waterfront



Aku rasa kek lapis dan ikan terubuk masin dengan Sarawak tak dapat dipisahkan. Dekat Kuching ni bersepah-sepah orang menjual kek lapis. Terutama sekali dekat deretan kedai Waterfront. Tapi yang paling syok kalau kita pergi sendiri ke kawasan pembuatan/kilang kek lapis ni. Haritu aku pergi kedai kek lapis Dayang Salhah dan Mira cake house. Dedua kedai ni terletak di seberang sungai tu je. Memula aku macam takut nak naik bot tu sebab bot nya comel je dah la  nak menyeberang sungai Rejang. hahaha. Kedai-kedai kek ni terletak dikawasan belakang medan selera seberang Waterfront ni.

Mak dan abah mentua aku macam rilex je
#Kita boleh keseberang sungai dengan menaiki bot dari jeti Waterfront. Tambangnya 50 sen seorang. Kita boleh juga memandu kereta kesana.

Dekat borneo ni memang seafood dia sangat mewah. Malam-malam boleh la lepak dekat top spot sambil makan seafood dengan harga yang super murah.

Untuk 4 orang makan dalam rm80
Haritu kami sempat jugak singgah dekat muzium kucing. Dekat muzium ni semua cerita pasal kucing ada. Percuma je tau


Kemain mak mentua aku berposing :D
Dan tak sah la kalau pergi Kuching tak bergambar dengan si tugu kucing ni.


Tengok la suami ku itu, isteri dan parents datang pun dia tetap kena pergi kerja T_T


Happy Holiday :D