Tuesday, March 31, 2015

Seoul with my soul Day 5

Assalamualaikum

Berapa lama nak menyudahkan entry ke Seoul ni. Hanya Allah je yang tahu. Hahaha. Pergi bulan Nov 2014 tau. Dah nak masuk setengah tahun hoiii. Nasib baik pergi enam hari je, kalau pergi sebulan mau setahun baru complete semua entry hehehe

#Breakfast
Hari ni kami bangun awal. Semangat nak melawat Namdaemun. Nak shopping sourvenir dengan T-shirt dekat situ. Mestila teruja, Namdaemun depan hostel kami je. Lintas jalan dah sampai. Breakfast macam biasa hot chocolate dengan maggi. hewhewhew

Ini la rupa bilik kami
 #Namdaemun Market
Bagi aku namdaemun market ni sesuai untuk rakyat marhean macam aku. Barang barang dekat sini mampu milik dan kedai kedai sourvenir pun murah murahan je. Pagi tu aku bagi business kat ahjuma dalam gambo ni. Kemain happy dia, semua benda dia suruh aku beli hahaha. Aku first customer dia haritu mungkin sebab nak "pecah telur" hahaha so banyak la diskaun.

Orang korea ni suka bergambar tau, sekali pelawa terus sakan senyum depan camera. Dekat sini kemain ramai yang pakai monopod dan kami pulak tinggal monopod dekat KL sebab malu nak pakai hahaha. First time aku bawak monopod ke Bali, masa tu penggunaan belum meluas agaknye, semua orang tengok kami macam pelik je. Ataupun hanya perasaan kami je. Tapi yang aku perasan, bila hafiz halakan monopod tu kebawah, serupa macam pengesan periuk api hahahah

Dekat Namdaemun ni jugak, kami beli baju tshirt dengan harga 3 helai 10000 won. Tempat lain susah nak dapat tau. Kedai uncle ni dekat bahagian belakang dan kedai dia bawah payung je. Ramai yang datang sini beli brooch, tapi aku tak beli pun. Nak cari kedai brooch, cari banggunan warna oren. 


Dua dua mata kecik, pepagi dah shopping
Namdaemun Market
Kuih teluq. 1000 won
Dah 2 hari aku aim stroberi ni, akhirnya dapat jugak. Manis

Namdaemun >> Gyeongbok Palace


#Gyeongbok Palace
Lepas membeli dan kami pun belah, kami hantar barang-barang shopping dekat bilik. Maklum la bilik dekat je kan. Lepas tu kami meneruskan misi. Hari ni kami plan nak melawat Gyeongbokgung. Nak kesini kena turun dekat Gyeongbokgung station. Kalau tak salah aku, gung tu maksud nya palace. Tempat ni besar yakmat. Nasib baik la cejuk tak ada la rasa penat sangat.

Entrance fees = 3000 won






Selain meronda-ronda tengok keunikkan istana lama ni, ada aktiviti lain seperti "guard changing ceremony" dan boleh merasa pakai pakaian rasmi guard istana. Apa yang penting, sebelum meronda check dulu jadual untuk kedua-dua aktiviti ni.


Kami orang kedua yang queue nak merasa pakai baju ni. Hok yang aku punya tu baju taraf taraf general. Hok hafiz tarak pak pacak je hahahaha.


#Gwanghwamun Square
Gwanghwamun square terletak berhadapan palace tu je. Melintas jalan je dah sampai. Kebetulan haritu ada event makanan seluruh dunia. Aku dok cari jugak booth Malaysia tapi nan hado. Mana la tahu kot kot ada orang jual nasi lauk asam pedas kan. 

#Lunch
Untuk lunch kami beli dua kebab daripada booth timur tengah. 



Banyak aktiviti diadakan, ni bahan-bahan nak buat makanan tradisional korea iaitu Kimchi. Tekak aku boleh je terima Kimchi. Sedap je


Ni dekat salah satu booth korea. Buat apa ntah tapi aku rasa macam best je ketuk benda alah ni. Walaupun berat giler tukul tu tapi aku berjaya gak angkat dua tiga kali. Setiap kali aku ketuk, chef chef tu bersorak hahaha. Rasa macam lawak pulak





Gyeongbok Palace >> Insadong


#Insadong
Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Insadong. Dekat sini banyak jual souvenir. Tapi bagi aku, dekat Namdaemun lagi murah. Nak kesini kami macam tersasar sikit. Jauh jugak menapak dan jenuh jugak bertanya orang. Akhirnya sampai jugak.

Kawan hafiz kirim backpack dekat sini. Kami beli 4 biji. Dekat sini jugak popular dengan aiskrim macam belalai gajah ni. Kon dia sedap, ada rasa empingan jagung huhu. Sedap tapi seksa jugak nak ngabiskan sebiji.

Dekat berhampiran dengan Insadong market ada Bukchon Hanok Village, Dekat situ masih lagi mengekalkan ciri-ciri rumah lama dekat Korea. Tapi kami tak sempat nak pergi pun sob sob sob sebab sibuk nak ke Gwangjang market. 


Insadong >> Gwangjang Market

#Gwangjang Market
Pasar tu pukul enam dah tutup. Orang kata dekat situ sakan nak shopping kain cotton dan comforter. Untuk kesini kena amik subway ke Jongno 5-ga Station Exit#8. Kami masuk pintu Restaurants dulu. Ya ampun dia punya makanan semua berunsurkan si pendek berekor kerinting. Dah la sesak, aku dok terbayang kalau tersembam muka dekat usus dia camner la kan. Hahaha dan akhirnya kami sampai dekat bahagian kain dan comforter.


Okeh, berjaya jumpa kedai kain cotton yang dah potong-potong camni. Uncle tu nampak muka aku je terus cakap "Malaysia?" hahaha. Dia dah boleh cam muka orang Malaysia. Siap tunjuk gambar dia dan wife bercuti ke Bali lagi. Kemain ramah. Kain cotton dekat dia bidang 60 inch dan dah siap potong 3.5 meter semurah 10000 won je. Dalam banyak-banyak kain yang aku pilih ada pulak yang harga 12000 won lepas tu uncle kedai tu cakap, ambil 5 kira 50 000 won je. Aku pun terus la pilih lagi. 



Aku kan peminat cerita Korea. Kebanyakkan dalam cerita Korea, rakyat marhean akan tido atas lantai beralaskan comforter gebu. Macam syok je dan aku pun terjebak selai comforter super gebu warna putih. Kemain susah nak mintak diskaun, kalau mintak harga yang kita nak tapi depa tak bagi, then kita blah depa akan buat tak reti je. Makna nye memang tak boleh diskaun la tu. 

Nak beli comforter ni kemain payah, walaupun tauke kedai, tp bahasa inggeris depa limit sangat. Lepas deal dengan satu conforter ni, dia dah lipat-lipat nak masuk plastik. Kemain beso lagi plastik yela nak bli yang gebu sangat kan. Aku dah penin camner nak bawak balik ni. Lepas tu tauke tu buat bahasa insyarat macam sedut plastik tu. Aku memula macam blur lepas tu baru la terfikir "vacuum?"
Kemain happy dia aku berjaya paham bahasa isyarat dia tu. Hahahaha.

Akhirnye dia vacuum sampai la plastik tu jadi sekempis kempis. Dan sangat cantik bungkusan nye. Yeay boleh bawak balik Malaysia dengan hati yang girang.


Gwangjang Market >> Myeongdong

#Dinner
Lepas selesai mengabiskan duit dekat Gwangjang Market. Baru la perut terasa lapar kan. Yela, lunch tadi kami makan kebab je tadi. Malam ni nak merasa makan lagi satu makanan orang Korea iaitu Tteokbakki dekat Red Sun, Myeongdong. Kedai ni suggestion daripada student Malaysia yang belajar dekat Korea. 

Dekat Myeongdong, Uniqlo sebelah kanan dan Nature republic sebelah kiri. Jalan terus dan kita akan jumpa M plaza (Tempat aku ambil gambar pakai hanbok) sebelah kanan dan Dunkin Donuts sebelah kiri. Belok kiri dekat simpang Dunkin Donuts dan jalan terus sehingga nampak Vips restaurant dihujung jalan. Belok kanan dan jalan terus sehingga jumpa kedai Hat's On. Red Sun dekat atas kedai Hat's on. Tingkat dua. 



Serius beno tengok menu nak memastikan tiada si ekor kinting. Hahaha. Dalam pemerhatian aku, mana-mana restaurant yang aku pergi, air sejuk mesti akan dihidangkan sebaik kita duduk dan percuma.

Kami order tteokbokki seafood untuk dua orang. 



Lepas abis makan tteokbokki, periuk yang sama akan digunakan untuk masak nasi goreng pulak. Pergh masa ni kami dah full. Kalau tak mampu nak makan nasi goreng boleh tukar dengan air krim, Itu pun sebenarnya dah tak larat nak telan, tapi belasah je la.

Dinner = 12 000 won untuk dua orang

Sesudah kenyang, kami pun jalan-jalan sekitar Myeondong buat kali terakhir. Esok nak pulang dah. Sob sob sob. Aku sempat beli sejenis candy ni. Rupa dia macam benang. Budak budak yang jual ni kemain ramah dan siap suruh aku belikan untuk Najib dan Rosmah Hahaha. Depa siap buat demonstrate nak buat gula-gula benang ni. Aku tak sempat nak rakam sebab bateri dah kong. Tapi yang aku ingat daripada seketul madu, dia gaul dengan tebung ubi. Gaul pintal, gaul pintal daripada seketul madu boleh jadi benang. Boleh tahan sedap dan boleh tahan mahal. 



Dan akhirnya kami pun pulang ke pangkal jalan. Kaki pun dah mintak ampun. Nak kemas barang lagi.

xoxo


Monday, March 30, 2015

Resepi pucuk paku masak lemak (tanpa cili padi)

Assalamualaikum

Kami dah bosan makan sayur campur, bayam, sawi dan sewaktu dengannya. Sesekali syok jugak pekena sayur kampung. Paling syok dekat pasar malam Damansara Damai ada dua orang makcik ni berniaga sayur-sayur kampung. Segar bugar dan murah. Satu ikan RM1 je. Hafiz nak makan sayur pucuk paku masak lemak. Kebanyakkan orang masak dengan cili padi. Nope perut aku tak boleh terima sebab pucuk paku kalau tak makan dengan nasi, ratah gitu je pun sedop. So aku guna resepi emak  yang semestinye sedap dekat tekak aku la kan.

Bahan-bahan
2 ikat pucuk paku
200 ml santan
1 sudu cili kisar/cili giling (Rebus cili kering dan kisar bersama bawang merah dan bawang putih)
Ikan bilis *
3 biji bawang merah *
2 biji bawang putih * 
Kunyit hidup *
1 batang serai
2 keping asam keping
Sedikit air
Garam dan serbuk perasa



Cara - cara
1. Tumbuk bahan bahan yang bertanda *
2. Panaskan periuk
3. Masukkan pucuk paku + bahan bahan yang telah ditumbuk + cili kisar + serai + asam keping + serbuk perasa dan sedikit air.
4. Gaul rata dan masak sehingga pucuk paku layu
5. Masukkan santan dan siap




xoxo

Monday, March 23, 2015

Seoul with my soul Day 4

Assalamualaikum

#Breakfast
Hari ni hari ke empat kami dekat Seoul. Sebelum memulakan perjalanan, breakfast dulu dekat hotel. Mengabiskan makanan yang kami bawak. Hari ni jugak hari terakhir kami dekat Myeongdong Town Guesthouse. Lagi dua malam nak merasa tidur hotel lain pulak. Sebelum memulakan perjalanan kami akan check out dan check in hotel yang baru terlebih dahulu.


Reality nya :p
Bye bye Myeondong Town Guesthouse

Dulu hotel ni dikenali sebagai Kimchi Guesthouse

Tengok la betapa sempoi hotel ni, nak check out pun letak kunci dalam bakul je. Hahaha
Hafiz kena pergi solat Jumaat harini. So sepatutnya tentative hari ni kami nak pergi melawat palace dekat Seoul ni, tapi takut terkejar - kejar dan kami tukar plan. Hari ni lebih lite and easy activities sahaja.



#Seoul Backpacker Hostel
Lepas campak kunci dalam bakul hahaha kami terus menuju ke hotel kedua. Hotel kedua ni dekat area Namdaemun. Station subway terdekat adalah Hoehyeon station exit gate#4. Seoul Backpacker Hostel mahal sikit daripada hotel sebelum. Beza dalam RM30 semalam. Tapi hotel yang kedua ni lagi molek, heater dia pun berfungsi dengan baik. Memula kami masuk bilik tu hangat pijor weii, sampai kena mintak remote air-cond. Tapi receptionist kata tak boleh bagi sebab sekarang musim sejuk dan mereka tengah on heater.

Lepas tu aku kata dalam bilik tu terlalu panas dan dia suruh aku bukak tingkap. Aku bukak kecik je tak lama lepas tu terus sejuk satu bilik. Suhu aircond cuma 16 celcius tapi suhu dekat luar pada masa tu 2 celcius je kot.

Myeondong >> Itaewon

#Itaewon
Selepas selesai check in, kami terus gerak ke Masjid besar dekat Itaewon. Macam biasa perjalan diteruskan dengan Subway. Sampai je dekat Insadong aku terigin nau nau nak makan ais krim turki ni, macam giler kan musim sejuk pergi makan ais krim. Tapi ku nak merasa pengalaman abang jual ais krim ni main lambung-lambung ais krim tu. 

Abam eskrem bergurau senda
Lepas tu terseksa nak mengabiskan sebatang ais krim dalam suhu 2 celcius hahaha. Masjid tak jauh dari kedai aiskrim ni dan restoran Murree yang kami makan semalam. Hari ni Hafiz dengar khutbah bahasa omputih tau hehehe dan ramai jugak jemaah yang datang. Sampai ada yang kena solat dekat luar. Sementara tunggu Hafiz selesai solat jumaat, aku duduk luar dan bersembang-sembang dengan sorang kakak ni yang datang dengan family untuk bercuti. Aku sangat kagum pada family yang datang beramai-ramai. Macamana la depa kumpul duit hehehe


Depan Masjid
Pemandangan dari Masjid
Jemaah yang hadir
Sedekah dari masjid. Roti dan susu

Itaewon Station >> Dongdaemun Station Exit#8

#Cheongyechon Stream
Destinasi seterusnya ke Cheongyechon Stream. Aku ada baca jugak sejarah pasal sungai ni, yang dahulunya terbiar dan sekarang dah dibaik pulih. Cantik pulak tu. Air jernih sangat-sangat tau. Kalau la sungai klang boleh buat macamni. Banyak aktiviti boleh buat dekat sini. Sebelum aku datang ke Seoul aku nampak ada orang post dalam facebook pasal pesta lantern yang diadakan dekat situ.
Kat sini boleh datang siang ataupun malam. Kalau malam tempat ni meriah dengan cahaya-cahaya lampu.





#Ikan bakar Dongdaemun
Alang-alang kami dah ada dekat dongdaemun, kami nak merasa makan ikan bakar yang hebat diperkatakan itu. Sebelum ni aku google dan banyak study direction nak ke sini. Macam nak ambik exam pulak kena study kan. Yela, kami jalan sendiri-sendiri tak pakai travel agent jadi semua kena well prepared. Malam semalam kami dah datang kesini dalam pukul 9 malam tapi kedai tu dah tutup. 

Tak susah pun nak kesini, sampai je dekat station Dongdaemun exit#8, lepas tu kita akan nampak JW Marriot sebelah kanan dan Cheongyecheon stream sebelah kiri. Jalan je terus akan nampak Dongdaemun Shopping complex sebelah kiri dan sampai ke hujung belok kanan. Jalan terus kita akan nampak gerai-gerai dekat tepi jalan, sebelum gerai-gerai tu ada selekoh ke kiri. Kedai-kedai ikan bakar tu dekat dalam selekoh kiri tu la.


Simpang kanan tu bertentangan patung ni
Lorong selepas Dongdaemun Shopping Complex Dongdaemun Shopping complex
Lepas je deretan motor tu belok kiri
Banyak deretan kedai, kami pilih no 2
Ni set untuk 2 orang dan kami tambah sotong sambal
Lunch = 20 000 won untuk dua orang

Selepas selesai makan, kami pun jalan-jalan sekitar Dongdaemun. Sekarang musim sejuk, kedai-kedai pun banyak menjual baju-baju untuk musim sejuk. Memang lawa lawa dan murah. Tapi kalau beli nanti nak pakai dekat mana? Malaysia bersuhu 32 celcius okeh. 

Hafiz pun terjebak buat cermin mata dekat sini hehehe. Ada banyak pilihan yang murah dan yang mahal. Siap 10 minit je tau.



Dongdaemun Station > > Seoul World Cup Stadium Station

#Seoul World Cup Stadium
Hafiz teringin nak tengok World cup stadium. Dekat Seoul pukul 5 petang dah mula gelap. Gigih kami laju-laju turun naik subway. Bila keluar je dari World cup stadium station hari dah gelap gebumin T_T
Sian Hafiz. Tapi kami tetap jalan-jalan sekitar stadium dan dekat bawah stadium ni ada shopping mall.




Seoul World Cup Stadium Station >> Honggik University Station

#Seoul Hello Kitty Cafe
Destinasi seterusnya adalah Hello Kitty Cafe hewhewhew. Aku bukan peminat tegar Hello kitty tapi dah alang-alang sampai dekat sini apa salahnya kan kan kan. Subway yang terdekat adalah Hongik University Station. Rupa-rupa nya Hello kitty cafe dah pindah ke banggunan yang baru.

Bersusah payah jugak kami menumpang kasih wifi free kedai-kedai yang ada dekat situ untuk dapatkan Map ke Hello Kitty yang baru. Masih lagi dekat kawasan hongik University. Tapi kena menapak seplo minit dari banggunan yang lama. Dekat sini ramai student-student university. Kebetulan kami datang pada malam Sabtu, jadi boleh tengok la anak-anak muda dekat sini berhibur. Depa suka basking tepi jalan lepastu ramai pulak orang dok layan. Memang sesak macam Myeongdong.

Kat sini akan layan waffle dan Hafiz pulak minum air comei. Lepastu sawan sekejap dekat kedai souvenir Hello Kitty. Semua comei-comei belaka.


Banggunan lama
Yeay! Ni yang baru
Mari kite cuba
Anak - anak muda berlibur

Lepas tu kami terus balik ke Hostel dan sambung untuk hari yang kelima pulak.

xoxo




Friday, March 6, 2015

Seoul with my soul Day 3

Assalamualaikum

#Breakfast
Sebelum memulakan perjalanan, mari kita sarapan dulu. Pagi ni kami makan roti gardenia + serunding daging + spicy tuna dan secawan hot chocolate. Semua nya dibawa dari Malaysia.

Destinasi kami untuk hari ni ialah Everland theme park. Dekat Seoul ada dua theme park yang fofular iaitu Everland dan  Lotte World. Sebelum ke Seoul aku baca review pasal kedua-dua theme park ni, kata mereka Lotte world lebih kepada indoor theme park seperti theme park dekat times square dan Everland theme park di kawasan yang terbuka dan seperti Disneyland. Dekat Everland ada sebiji roller coaster yang memang anchor. Itu yang hafiz nak sangat naik. Aku tidak lah

Hyehwa (Line 4) >> Dongdaemun history culture park >> wangsimni (Line Bundang) >> Giheung (Line Everland) >> Exit Hoendae, Everland

Hoendae Subway Station dah nampak kecomelan Everland
#Everland Theme Park
Sejam jugak perjalanan kami turun naik subway nak ke Everland ni, sampai mengantuk ngantuk dalam train. Hahaha. Selain daripada naik subway, ada jugak yang naik bas. Bas ni kena ambik dekat Gangnam Station. Tapi kami naik Subway je, dekat last Hoendae station ada shuttle bus disediakan.

Akhirnya sampai

Bayaran masuk = 46 000 won untuk seorang

Sebelum kesana, rajin rajin la check website Everland [here] sebab kadang-kadang ada discount voucher untuk foreigner. Macam aku aritu dapat 37 000 won per pax. Cara nya mudah je, download voucher dan print. Nanti tunjuk voucher tu dekat kaunter tiket.

Everland ni boleh tahan besauuu. Ada macam-macam permainan dan pertunjukkan. Aku rasa posing-posing pun dah boleh ambil masa satu hari. Semua tempat cantik-cantik dan kalau nak main permainan,  macam biasa lah kalau pergi theme park macam ni, kalau tak queue sepanjang 1km tak sah okeh. Aku malas nak beratur dan main permainan yang boleh buat aku biul sepanjang hari. Pengajaran dekat Disneyland Hong Kong dulu sangat mematangkan hahaha. Hafiz muka tak puas hati hahaha.

Aku ajak dia masuk safari. Hok ni best giler okeh, binatang semua dia lepaskan dan kita akan tour naik bus. Memang real la nampak singa dan beruang dok mengesel-gesel badan dekat bas. Manja sangat tau. Rasa nak turun je gomol gomol.




Lepas tu aku ajak Hafiz main menda alah ni hahahaha. Memang kena bahan je la sebab semua mainan yang aku nak main langsung tak mencabar. Pedulikk
Tapi agak menyesal jugak la walaupun tak mencabar, tapi musim musim sejuk ni pergi main mainan yang ada percikan air, habis seluar aku basah dan kesejukkan. ciss


Bagus dekat Everland ni ada menyediakan surau, Alhamdulillah. Walaupun campur lelaki perempuan tapi at least ada juga effort depa nak buat surau kan.

Solat pun macam Micheal Jackson, cejuk yer?


Nampak tak track roller coaster dekat belakang tu? Itu la roller coaster impian Hafiz. Sebelum ke Seoul asyik bukak youtube tengok roller coaster ni. Tapiiii sayang nya tak dapat naik. Bukan salah aku yer, aku rela je tunggu dia dekat bawah kalau dia nak naik tapi sebab masa tu "Heavy windy" kata amoy korea tu. So roller coaster ni terpaksa ditutup. Sob sob sob




Kawasan Everland ni berbukit-bukit, masa nak naik bahagian atas semula, kami try naik cable car ni. Sejuk yakmat okehhh. Kebas seminit kaki aku

#Lunch
Sebelum bertolak ke Everland ni, aku ada cakap dekat Hafiz, nak bawa maggi tak tapi dia kata tak payah dan aku pun ikut je la hadoi. Everland kawasan terbuka ok, angin dia memang sejuk sangat-sangat. Muka tangan semua rasa kebas. Perut lapaq tak usah cakap la. Nak cari kedai halal dekat dalam everland ni memang nan hado. Aku kalau lapar ok lagi, Hafiz kalau lapar memang merunsingkan. Masa tu memang aku pulang paku buah keras la kan. Kalau aku bawak maggi tak ada la kami kebuluran. Hahaha



Kat sana kami terpaksa makan churos, waffle dan jangung bakar je untuk alas perut. Bismillah lah banyak-banyak. Kalau nak ke Everland bawak la makanan atau kudap-kudapan ok




Semakin petang semakin sejuk, aku dah tak sanggup nak queue main apa-apa permainan lagi. Aktiviti seterusnya adalah bergambar sampai lebam gitu. Bukan selalu datang sini kan. Terima kasih tripod. Kalau dia boleh bercakap mesti muntah ijo dah


Lebih kurang pukul 7 petang kami berangkat pulang. Kami naik shuttle bus yang sama dan naik subway ke Itaewon. Dekat Itaewon ada masjid besar tau, dan dekat sekeliling masjid tu ada banyak restaurant halal pak arab. Boleh dikatakan mini arab di seoul jugak la. 


#Itaewon
Dekat subway station ada banyak jumpa orang jual Manjoo Hana ni. Rasa dia sama macam kaya ball dekat Malaysia, tapi dekat sana depa buat bentuk jagung dan bentuk ikan pun ada. Makan pulak panas-panas hadoi sedap nya. Bau dia pulak memang mengacam abis, memenuhi setiap ruang station subway ni hahahah


Napa kulit aku macam flawless je dekat sana

Keluar sunway Itaewon exit 3, Jalan terus dan kita akan nampak banyak kedai-kedai arab. Lepas tu belok ke kanan dan jalan mendaki bukit. 

#Dinner
Banyak review daripada blogger pasal Murree Restaurant ni, jadi mari kite try. Restoran ni ada tanda halal tau dan masuk je kedalam kemain ramai orang malaysia. Hahaha ada yang datang untuk kerja, ada yang datang dengan kawan-kawan ada yang datang dengan family. Ada yang tanya dekat kami, student sini ke? Oh maiii laku lagi ke muka aku macam student? Hahahaha mungkin sebab kami berdua je.


Dekat Hong Kong dulu, setiap hari makan nasik arab. Sampai tertanya-tanya kita pergi China ke negara arab, jadi kali ni memang tak nak makan makanan lain selain daripada makanan Korea. Dekat Murree pun aku order bibimbop. Sedap! Hafiz pulak order bulgogi


Dinner = 20 000 won untuk dua orang

Dekat sekitar Itaewon ada banyak kedai runcit. Senang nak dapat stok makanan hala dekat sini, mungkin untuk kemudahan orang islam dan pelajar-pelajar islam dekat sini.





Hafiz sibuk nak cari sikat hahaha kata nya rambut dia tak hemsem tak ada sikat. Biorkannn. Lepas tu kami patah balik ke station subway dan balik ke hotel.

xoxo