Tuesday, November 4, 2014

Bell's Palsy

Assalamualaikum

Bersambung dengan cerita persedian raya, mesin jahit dan aktiviti menjahit [disini].

Sehari sebelum Aidilfitri, kami ada dekat Ipoh. Masa ni aku tak ada rasa apa-apa perubahan kecuali terlalu penat. Dalam penat-penat tu, ada hati nak pergi Mydin. Aku nak beli bedak dengan lipstick baru. Kata nak raya kan.  Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku beli lipstick.

Masa aku dok try lipstick tu aku dapat rasa yang bibir aku macam bengkak. Sebab aku tak dapat nak kemam rapat-rapat. Dalam hati dah terdetik, aku tak tahan pakai lipstick ni ke? Allergy ke atau bibir aku dah kena jangkitan daripada lipstick tester dekat situ. Bila tengok cermin tak ada apa perubahan atau bengkak so aku abaikan

Hari ini hari raya. Yeay! Lepas Hafiz balik daripada Masjid, sebelum kita beraya mari kita berselfie. Tapi hasil selfie pada masa tu semua menampakkan muka aku macam mak tiri yang jahat. Hahaha
Tak ada seri dan aku mcm pelik mana hilangnya kemanisan dalam senyuman ku. Hahaha

Muka aku nampak sombong
Semakin banyak bergambar dan berselfie, muka aku rasa semakin berat. Aku tengok dekat cermin, bila aku senyum, senyuman aku dah tak semetri. Aku mengadu dekat Hafiz dan mak, mak suruh aku makan panadol mungkin aku kena sengatan atau apa-apa sahaja lah. Biasa lah orang tua, panadol for all hahaha Akhirnya aku tertidur di petang aidilfitri. Malam tu ada suara-suara mengatakan yang aku terkena minor stroke. Hati aku mula gundah gulana hahahah

Aku rasa mcm sihat je, tak ada pun rasa berat sebelah badan atau tak boleh angkat tangan semua. Cuma muka aku je yang dah tak bekerjasama antara satu sama lain. Keesokan harinya, Hafiz ajak aku beraya dekat kampung dia dekat Parit dan lepastu balik Ipoh, memang perjanjian seperti itu. Selang sehari di kampung masing-masing. Kadang kadang terasa payah jugak kampung dokat-dokat ni. Sebelum tu aku ajak dia singgah dekat Klinik, tapi kebanyakkan klinik tutup.

Pada mula nya macam ok, tapi semakin petang aku perasan percakapan aku dah semakin "teylo". Ni bahasa perak yang menunjukkan pertuturan semakin hilang bunyi asal. Macam lidah keras tapi sebenarnya tak keras. Masa aku nak makan dengan sudu pun dah terasa senget benget mulut ni. Aku dah semakin cuak.
Dalam perjalanan balik daripada Parit ke Ipoh, aku dah nangis. Aku takut aku lumpuh sebelah badan. Hafiz dah mula cuak, sebab aku dah merepek meraban. Dan akhirnya aku tertidur. Dia kejutkan aku masa kami dah sampai dekat depan KPJ ipoh. Terus bawak pergi hospital dan pergi bahagian emergency.

Bila selesai daftar, nurse dekat kaunter tu kata "Owh, ini kemungkinan bell's palsy, pernah dengar?" aku pun geleng kepala, mana pernah dengan penyakit bernama seperti loceng atau kucing tu. Nurse tu kata nanti doktor akan explain. Dekat dalam bilik rawatan, doktor pun kata perkara yang sama. Tapi doktor kena proceed dengan ujian darah dan kena refer pada doktor pakar terlebih dulu. Sebab kalau confirm bells palsy, cara rawatan nya dengan ubatan yang high dose dan physiotherapy. Sebab tu kena dapat nasihat doktor pakar.

Ujian darah, high dose medicine dan physiotherapy dekat KPJ pulak tu, tak kan nak bayar pakai duit sendiri kan. Dan insurance tak boleh cover outpatient. Nak tak nak kena la serah diri pada Hospital di hari raya aidilfitri yang kedua. Doktor dekat emergency tu ada mention nama doktor pakar neurologist melayu. Tapi dia on leave. Raya kan. Apa la faedah nya aku nak tunggu doktor yang tak ada kan. So, kami terima je la mana-mana yang memang on duty.

Lemang lontong kami

Malam tu sepatut nya beraya dekat rumah mentua aku, tetapi kami check in Hospital. Hahaha Mentua  aku datang melawat malam tu, depa pun terkejut. Angin tak ada ribut tak ada, tetiba masuk ward. Yang bagusnya doktor pakar yang sorang ni, dia datang malam tu jugak. Lepas dia buat beberapa ujian, dan dia mengesahkan aku bukan kena stroke. Dengar sini orang kampung...bukan stroke okeh!

Tapi kena ambil beberapa kali ujian darah dan baru boleh sahkan penyakit apa. Adess. Macam biasa bila masuk ward, setiap waktu kena ambil darah, suhu badan dan makan ubat. Kesian dekat Hafiz, sepanjang aku kena admit, dia tak balik rumah pun. Tidur dekat sofa T_T
Walaupun dok menyebut-nyebut pasal lontong, lemang, beraya rumah kawan-kawan. Hahaha

I Love u
Lepas dapat keputusan darah dan doktor sahkan aku kena bell's palsy. Menatang apakah bell's palsy tu. Gigih aku google. Lepas tu aku tanya la doktor dengan lebih lanjut. Apa yang aku paham

Apakah bell's Palsy?
Jangkitan pada satu saraf bawah telinga yang supply tenaga dekat muka.

Kenapa kena jangkitan?
Tiada jawapan yang pasti, kemungkinan besar daripada infection daripada telinga, atau sejuk atau stress yang terlampau.

Apakah rawatan untuk bell's Palsy?
Steroid untuk nerve dan vitamin untuk muscle. Disamping kena buat electromagnetic physiotherapy.

Adakah bell's Palsy boleh pulih?
90% daripada pesakit bell's palsy boleh sembuh 100% tapi kena rajin buat physiotherapy. Bergantung kepada keadaan pesakit

Adakah rasa sakit?
Aku tak ada rasa sakit atau apa. Aku perasan pun bila aku bergambar. Muka aku dah senget. Tapi itu pun masa aku senyum. Kalau tak senyum atau bercakap, muka aku nampak macam normal. Tapi bila aku senyum, aku rasa both side ok, tapi sebenarnya hanya sebelah sahaja yang ok, sebelah sahaja akan static

Apakah tanda-tanda awal bell's Palsy?
Tak ada apa-apa warning awal, terus tahap statik. Kalau ada pun, kita akan rasa sakit belakang telinga dan sakit kepala. Tapi biasalah sakit kepala, siapa yang sangka nak jadi bell's palsy.

Adakah bell's Palsy boleh berulang?
Boleh berulang dan potensi tinggi kepada yang pernah kena. Kata physiotherapist aku, ada seorang auntie datang buat fisio, kali pertama dia kena masa umur dia 29 tahun (sebaya aku) dan sekarang ni umur dia dah 60 tahun. Jauh jugak jarak tu, tapi aku harap tak ada lagi.

Siapakah yang boleh kena bell's Palsy?
Sesiapa sahaja tak kira bangsa, agama, jantina dan umur. Kata physiotherapist aku, dia pernah ada patient umur 2 tahun kena bell's palsy.

Rupa-rupa nya ramai yang dah kena. Adik ipar aku cerita kawan dia bangun-bangun tidur tetiba mulut terus senget. Sepupu aku cerita kawan dia tengah mengadung kena bell's palsy, air liur siap meleleh sebab tak boleh nak control mulut. Kawan opis aku cerita kawan dia sampai sekarang masih belum 100% pulih. Ha, kemain banyak cerita atas cerita kan.

Kalau aku berkerut, boleh tengok hanya belah kiri je ada kedut, bila aku kelipkan mata, hanya sebelah kiri sahaja yang berkelip, sebelah kanan sangat-sangat perlahan. Kadang-kadang bila aku cuci muka dengan sabun aku rasa aku dah tutup kedua belah mata tapi sebenarnya tak rapat. Pedih oo mata aku. Bila aku senyum, bibir sebelah je yang boleh naik dan bila aku cuba nak blowing, sebelah kiri je yang kembung. Tapi aku bersyukur, sebab aku dapat kesan awal. Rawatan fisio dapat mengembalikan senyuman manis aku. Alhamdulillah.

Ubat-ubatan tu aku makan dalam masa 2 minggu je, tapi rawatan fisio aku buat sampai 11 kali. Dua kali aku buat dekat KPJ Ipoh dan selebihnya aku sambung dekat KPJ Damansara. Doktor bagi aku M.C 16 hari. Aku naik kerja semula pada 12 August 2014. Memang raya sakan. Naik-naik kerja dah kena bagi training dekat 52 orang participant, pitam.

Rawatan fisio terapi dekat KPJ ipoh dan damansara sangat berbeza tau. Dekat ipoh, physiotherapist tu akan pasang alat tu dekat 8 titik penting dekat muka dan simulate semula dengan electromagnetic sambil berbaring. Lepas tu, dia akan buat massage. Dah la guna lotion badan sapu dekat muka, memang berjerawat muka aku lepas tu. Tapi dekat KPJ Damansara lain pulak, tak ada massage macam spa ok, cuma bila dia simulate dekat setiap titik dekat muka, contoh nya seperti dekat tepi bibir, titik untuk senyum. Dia akan suruh aku senyum dan kira sampai 5 lepas tu lepas. Pada hari pertama buat 5 kali, dan sehingga hari terakhir kena buat sebanyak 15 kali. Terapi sambil exercise.

Sakit oo
Ini la alat fisio tu.
Dalam masa sebulan, muka aku pulih seperti biasa. Alhamdulillah. Kita kena bersyukur dengan apa yang ada pada diri kita. Walaupun hanya satu saraf kecil, tapi kesan nya sangat merbahaya. Aku dapat rasakan, punca aku kena bell's palsy sebab terlalu penat. Badan ni nak guna lama, jangan paksa dia ok.

Tak pasal-pasal beraya dekat hospital hahahaha

Betapa senget muka aku T_T

Muka senget dan berjerawat. perfect sangat





Mesin Jahit, Aidilfitri 2014 dan Bell's Palsy

Assalamualaikum

Boleh dikatakan tahun 2014 banyak suka dan duka. Kami masih berdua, masih lagi PJJ dan Alhamdulillah masih lagi memerlukan antara satu sama lain. Eceh

Puasa kali ke tiga sebagai suami isteri, Alhamdulillah. Sepanjang Ramadhan Hafiz ada dekat rumah. Sesekali ada jugak turun ke site. Dan seperti biasa dia yang bersungguh-sungguh kejutkan aku bangun sahur. Dang tarak guna ini budak. Azam aku sempena Awal Muharam kali ini, nak jadi wanita, isteri dan anak yang solehah. InsyaAllah. Dan nak duduk dekat-dekat dengan suami ku. Kenapa?

Seorang isteri mestilah berada sepanjang masa bersama suami. Dalam suka dan duka. Tapi kengkangan kerja membuatkan kami terpisah jauh T_T. Allah dah susun dan mungkin ada hikmah disebaliknya. Tapi tak dinafikan, jarak jauh buat kami agak stress. Hanya orang yang pernah melaluinya paham perasaan itu. Muka nampak senyum tapi hati tarak senang ooo

Dua minggu sebelum syawal, aku plan nak jahit langsir untuk rumah kampung dan nak siapkan langsir untuk rumah sendiri. Kain dah lama beli tapi tak mula-mula menjahit. Sebelum ni aku ada pinjam mesin jahit daripada sepupu aku dekat Johor. Mesin tu jenis mesin jahit kilang dan high speed. Memang laju giler. Aku tak reti nak control dan tambahan pula setting untuk mesin tu sangat complicated. Salah sikit. benang putus. Stress tau dan akhirnya tak siap-siap la langsir tu.

Allah maha mendengar, aku diberi sedikit rezeki dan hafiz pun bagi green light. Yeay! Memang bergegas aku google mesin jahit yang paling best dan bagus untuk beginner. Pada mulanya aku nak beli Singer. Tapi bila baca review, sekarang ni orang ramai lebih prefer beli Mesin Jahit Brothers. Dan kebetulan kawan aku baru beli mesin jahit dan aku mintak sedikit nasihat daripada dia dan contact number kedai mesin jahit tu. Tauke kedai tu kemain ramah lagi tau.

Budget aku RM1000 kebawah sahaja dan akhirnya tauke kedai mesin tu suggest aku beli Brother GS2700. Semua perbincangan aku buat dalam whatsapp sahaja. Mintak kurang harga ka, mintak hadiah sampingan dan deal untuk ambil petang tu jugak. Kebetulan kedai mesin jahit tu terletak dekat Diamond square Gombak. Kawasan office lama Hafiz dan aku agak familiar dengan kawasan tu. Senang la. Sebenarnya sangat-sangat susah nak cari kedai yang jual mesin jahit. Jenuh aku google sana sini.

Sebab - sebab aku ambil Brother
1. Ramai orang kata brother bagus. hahaha aku baca review kat internet je pun
2. Brother lagi murah daripada Singer. Harga macam mesin aku tu, kalau dengan singer boleh dapat 15 stitches je. Tapi Hok brother ada 27 stitches tau. Eceh macam guna semua je hahaha
3. Kalau nak service, boleh panggil technician datang rumah dan setahu aku brother tak perlu guna minyak mesin,

Yeay ada mesin jahit baru dan memang best sangat. Bunyi sedap, kelajuan pun boleh control. Memang sesuai untuk amatur. Hadiah hari jadi ku. Mekasih cayang



I'm happy dan tetiba aku bersetuju nak tolong kawan aku jahit langsir untuk kawan dia. Jahit lurus sahaja tapi ada 18 helai kesemuanya. Tambah lagi dengan langsir untuk kampung dan langsir untuk diri sendiri lagi. Masa tu tinggal seminggu nak raya. Dan memang setiap tahun aku akan buat sendiri biskut raya dan Hafiz juga berminat dan suka menolong. Raya kali ni tidak berkecuali dan kami dah beli bahan-bahan untuk biskut raya awal-awal lagi. Tambah lagi satu kerja mak jemah untuk tempoh seminggu sahaja T_T

Dalam tempoh seminggu tu aku berkerja macam robot. Bangun pagi sahur, pergi kerja, berbuka puasa dan terus mengadap mesin jahit sehingga pukul 3 dan 4 pagi. Esoknya ulang rutin yang sama. Dan ada beberapa kali lepas berbuka boleh pulak pergi menyesakkan diri dekat Jalan TAR. Itu kegemaran Hafiz, ada sesetengah lelaki paling tak suka tempat yang ramai orang tapi bukan my Hafiz. Ambil feeling nak raya katanya. Balik daripada berjalan sambung menjahit lagi. Time is running out, biskut raya satu hapa pun tak buat lagi. T_T


Selama beberapa tahun kerja memang aku tak pernah tidur semasa waktu lunch. Tapi dalam masa seminggu ni, aku akan masuk surau, bawa bantal dan tidur. Hahaha. Akhirnya Hafiz sudi nak tolong aku buat biskut raya, dengan syarat aku sediakan bacuhan dan nanti dia tolong untuk steps seterusnya. Alhamdulillah. I love u babe. Dan kami bekerja keras dengan tugas masing-masing. Rumah masatu jangan tanya lah, memang kalau ada anak, boleh cari dekat sebalik-sebalik langsir atau tong-tong kuih raya hahaha. Sampai kan ada satu pagi sebelum kerja. aku tanya Hafiz

Me: Cayang, ni rumah ke kilang
Hafiz: Rumah boleh kilang pun boleh T_T

Raya Aidilfitri kali ini hari isnin, dan kami plan nak balik hari sabtu. Tumpang kereta abang aku sebab kereta kami kena tinggal untuk bagi adik aku pakai. Dia nak balik malam raya nanti. Hari Rabu aku berjaya siapkan langsir kawan aku dan aku dapat upah pertama. Alhamdulillah. Aku berjaya siapkan langsir untuk kampung dan langsir untuk rumah sendiri. Hari jumaat tu masih lagi pecutan terakhir dan malam tu Hafiz ajak aku pergi jalan TAR lagi. Jadual asal nak bertolak hari sabtu pukul 2 am. Jadi balik je daripada jalan TAR aku dah tak tidur, last-last abang aku mintak extend beberapa jam dan mata aku tak mengantuk. Aku sempat bancuh jenis satu biskut dan siap ngam-ngam azan subuh. Tak lama lepas tu abang aku sampai dan kami bertolak lebih kurang pukul 6 pagi. Kami berjaya buat 4 jenis biskut kesemua nya dan Alhamdulillah dapat bagi pada keluarga mentua, rumah mak dan ayah, opah dan untuk rumah sendiri. Itulah untungnya buat sendiri.

Langsir tempahan
Langsir rumah kami. Yeay
Perjalanan tak seindah yang disangka. Selalunya daripada Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar dalam 3 jam sahaja tapi kali ni 8 JAM okeh!!! Memang jalan macam siput. Panas. Anak saudara aku sampai termuntah-muntah dalam kereta. R&R jangan cuba nak berhenti. Banyak kereta yang berhenti dekat lorong kecemasan mungkin untuk tidur. Aku pun turut terlibat, sepanjang perjalanan 8 jam tu aku tidur je. Yela, semalaman tak tidur.

Akhirnya kami sampai dekat kampung pukul 2.30 petang. Alhamdulillah. Sampai dekat kampung, macam biasa aktiviti sebelum raya adalah mengemas. Actually ada lagi sehari sebelum raya tapi malam tu kami plan nak tidur dekat Ipoh dan balik semula ke Sayong malam esok sebab tahun ni Raya dekat Sayong. Yeay

Sesiapa yang berminat nak tempah langsir dengan harga yang berpatutan, boleh la contact aku yer :D

Bersambung