Friday, August 23, 2013

PCOS kata doktor

Assalamualaikum

Bukan nak bangga bukan nak dok gebang seluruh alam semesta, tapi kenyataan nya nak jadikan catatan peribadi kang baru bulan lepas dah lupa rentetan kejadian kan dan nak share kot ada yang sudi membaca. Sebab aku pun jenis minah google segala kemusykilan. Lepas balik daripada hospital aritu pun terus google info pasal P.C.O.S ni. Hafiz panggil pikos

Dah masuk setahun 4 bulan kami kahwin, tapi masih belum ada rezeki untuk dapat si tecik.
"Anak adalah rahsia Allah", ye saya tahu. Tapi Allah tak marah kalau kita berusaha kan

Sebelum ni aku pernah jugak la try macam-macam supplement macam Bidadari, Vitamin blackmores, buah zuriat, dedebu kurma dan sebagainya. Tapi aku ni jenis berkobar sekejap so tak boleh buat testimoni. Sebelum raya haritu aku ada try produk shaklee aku amik set kesuburan suami isteri lepas tu makan macam main-main ja. tarak guna punya olang

Sampai satu masa, hafiz tegur asik makan itu ini tanpa tahu punca yang sebenar, macam bahaya pulak kan. Aku pun terfikir jugak benda yang sama. So we decided to see Gynecologist (gyne) .
Aku call gyne area KL ni yang boleh buat appoiment hari sabtu dan pemenang nye adalah Hospital Columbia asia Puchong.

Masa aku jumpa Gyne tu dia buat procedure (scan) dan Dr. R kata aku punya rahim semua normal. lega. Dan Dr. R kata mari buat ujian pada spesimen suami sebab kalau hok tu yang bermasalah memang terus kena proceed IVF. Sedey je dengar

#first visit untuk Hospital Columbia aku bernilai :
Consultation rm180 + Lab test (Spesimen suami) rm50

Tapi Alhamdulillah spesimen si suami normal, sekarang berpatah balik kepada isteri .Down. Dr. R suruh proceed untuk HSG lepas raya. So, lepas raya aku call balik hospital dia suruh buat appoiment dan aku tanya estimation bayaran dia kata around +-RM500. Bankrup la kak jemah macamni dan terus fikir banyak kali nak buat ke tak.

Bila tanya kawan-kawan yang bermasalah dan dah berjaya depa kata doktor takde suruh buat HSG pun. Mula la terfikir kenapa cepat sangat nak buat HSG tu kan. Aku pun mintak la nasihat daripada sorang kawan ni dan dia advice untuk jumpa Dr. Adilah Ahmat dekat Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Aku call hospital dan buat appointment dengan Ida, assistant doktor Adilah. Appoiment pertama aku pada 19 August 2013. Cantik dan lembut je orang nya. Lepas Dr. Adilah amik details pasal background family dan perkahwinan aku, dia scan. Tapi apa yang Dr. Adilah nampak tak sama macam apa yang Dr. R dekat columbia nampak.

Dr. Adilah kata dekat dalam ovari aku ada banyak katung yang tertinggal, sama-sama kami kira ada 8. Tapi dia kata bulan ni punya telur nampak macam dah menetas (bunyi seperti seekor ayam) dan dia suruh berusaha secara normal untuk bulan ni.

#Masa consultation tu dia kata, PCOS ni seperti katung telur yang tak matang atau tak keluar daripada ovari tu. Tapi masalah macamni selalu nya berlaku pada orang yang ada masalah period macam tak datang berbulan-bulan atau datang kerap. Tapi sepanjang perkawinan dan zaman remaja dulu pun aku tak pernah missed period. Elok je datang tiap-tiap bulan dalam cycle 26 ke 33 hari.  Dr. Adilah kata seseorang tu boleh period juga walau tak da telur.

Rupa paras ovari yang hado pcos




  Source : http://obgyndrsuhaimi.blogspot.com/2012/07/sindrom-polisistik-ovaripcos-dan.html

#PCOS ni kebiasaan nye terjadi kepada orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan seseorang yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam darah. Boleh check details dekat sini *PCOS*. Dia kata PCOS ada rawatan nya.  Itu la yang aku pahamkan, sebab suami isteri background wayar dengan keyboard kan, bila cerita ala-ala grey anatomy punya isu, memang la seloww nak paham.

Sedih tau titew. Rasa macam dah kena cancer tahap 4 kesusahan hati masa tu. Tapi Dr. Adilah suruh ambil yang positif, yela macam bulan ni ada telur yang dah sedia disenyawakan. Dr. Adilah bekalkan aku dengan ubat bernama Duphaston selama 2 minggu.

Makan selama 2 minggu kata doktor

Aku google, ubat ni kalau untuk ibu mengandung bertujuan menguatkan rahim (sebab doktor suruh aku berusaha sendiri dulu dan kalau lekat kan) tapi kalau bulan ni gagal lagi, ubat ini akan membantu menurunkan period.

#first visit untuk hospital pantai aku bernilai :
 Register rm4 + Consultation rm275 + Scan rm90 + Medication rm95

Kalau belum sampai rezeki bulan ni, aku kena jumpa Dr. Adilah semula masa period yang ke-3. Masa tu Dr. Adilah nak ambil darah untuk mengesahkan PCOS, check insulin untuk check diabetis (kot hado) dan sebagainya.

Aku google pasal pcos ni banyak yang suggest suruh makan GLA shaklee, so aku pun bertekad untuk makan semula dengan disiplin. hehehe. Aku bukan ejen shaklee tau.

Berdoalah tanpa henti Hafizah, mohon diberi rezeki cahaya mata dan mohon untuk stay strong. Sebab orang yang tak melalui nya tak akan tahu macamana perasaannya. Kena kuat daripada segala mental dan fizikal, juga IMAN. Fulus jugak nak kena kuat sebab nak jumpa gynee ni bukan murahan we$$$

Aku sayang family dan family mentua aku yang setakat ni tak pernah bertanya melainkan aku yang cerita. Aku tahu depa faham yang rezeki ni bukan aku yang tulis.

Semoga aku sembuh dan dikurniakan si comel likes his/her father. Amin

True. 

Source : Google

Thursday, August 15, 2013

Destinasi cinta - Phuket

Asslamaualaikum

Alhamdulillah bulan 27 April 2013 genap la usia perkahwinan kami setahun. Masih belum puas ketawa, bergaduh, bersembang, buat semua benda sama-sama dan masih lagi berdua. Orang kata baru setahun jagung, tapi tak tahu la apa kena mengena dengan jagungkan. Masih belajar nak menjadi isteri yang baik, taat pada suami, solehah dan ibu yang mithali satu hari nanti, InsyaAllah.

Beberapa bulan sebelum menjelang anniversary kami tu aku dah plan nak pergi bercuti. Kami plan nak pergi Phuket. Yeay. Aku booking tiket 4 bulan awal, so total berdua RM4++ untuk dua orang. Kebetulan 27hb tu jatuh pada hari Sabtu, jadi untuk mengelakkan percutian tergesa-gesa macam dekat Medan haritu, kami plan untuk stay dekat sana selama 4 hari 3 malam. 

-Jumaat-
Kami bertolak hari Jumaat, flight kami pukul 4 petang. Masa tu kami drive ke LCCT dan parking dekat car park berhampiran dengan Tune Hotel. 

Nak murah kena la menapak :p
#Car park tu antara yang paling murah dekat LCCT. Masa tu RM18 sehari. Jarak antara car park dengan LCCT tu x da la jauh sangat pun. Tak sampai terkeluar lidah pun. 4 hari parking dekat situ kami kena rm62 ++

Kami sampai dekat Phuket Airport dalam pukul 6 p.m. Airport dengan bandar phuket agak jauh okeh. Lebih kurang 45 minit jugak. Jadi ada beberapa pilihan transport untuk kita ke bandar phuket.Tempat paling meriah dekat Phuket ni adalah Patong

#Kita boleh naik van, hok ni kena kongsi beramai-ramai la lebih jimat. Kalau berdua dia akan ambil penumpang yang lain.  Tapi jangan risau van ni sangat selesa dan bukan macam tin sardin. RM18 per head terus ke depan lobi hotel :)

Kami pilih yang ini !

180 bath = RM18
Sesama la kita naik van ni yer

Percutian kali ni pun gamble jugak sebab ramai yang bagitahu tak perlu pergi ikut agensi sebab dekat sana sangat banyak tourist agency yang sangat murah. Dalam perjalanan nak ke hotel pun, driver van singgah dekat tourist agency. Aku rasa depa dapat komisyen kalau bawak customer. 

#Tapi rilex-rilex dulu sebab dekat bandar Phuket nanti lagi bersepah tourist agent.

Kami sampai dekat Hotel dalam pukul 7 malam. Hotel aku dah booked dari agoda.com. Kami stay dekat *Patong peradee Resort*. Masa ni dia ada buat promotion, satu malam rm65++ jer. Aku pun booked la 2 malam. Itu pun aku cuma bayar separuh sebab aku pengguna setia Agoda.com dan aku selalu kumpul point. So, boleh tolak dari rewards.
Lobi Hotel
Bilik hotel patong paradee

#Dengan Agoda.com, booking je dapat points based on harga bilik yang kita booking tu. Lepas tu kalau rajin review pasal hotel yang kita stay tu, senang-senang je dapat 500 point. Kalau 12500 points bersamaan dengan USD$25. So far dah 2 kali aku redeem points. Tq Agoda

Phuket bandar yang aktif pada waktu malam, so memang sangat meriah di malam hari. Lepas mandi dan solat kami plan nak pergi makan. Dekat Phuket tak susah nak cari makanan halal sebab banyak kedai muslim. Kebanyakan tauke kedai berasal dari Pattani dan banyak juga kedai-kedai makan pak arab.

#Banyak kedai muslim dekat area masjid. Tapi masjid agak jauh sikit daripada pusat bandar, kena sewa motor atau naik tut-tut untuk kesitu.
#Orang Malaysia selalu makan dekat kedai makan Kusuma ni, masa aku makan kat sini boleh  dikatakan semua orang Malaysia. Kedai ni buka pada waktu malam je.

Kedai Makan Kusuma, berhampiran bangla road
Kawasan paling havoc pada waktu malam dekat Phuket adalah bangla road. Hotel kami tak jauh pun dari kawasan tu, lagipun kedai makan yang kami pergi tu berhampiran la dengan kawasan tu. So, pergi la singgah sekejap. Tapi memang mengucap panjang la kan tengok keadaan bangla road tu :p
dalam hati * no wonder la kena tsunami* hahahah

Hard Rock Phuket

Sekitar Bangla Road. Banyak perempuan jelmaan :p

-Sabtu-
Masa dekat kedai makan tu abang Pattani tu offer pekej ke Phi-phi Island harga baik punya. 2 orang 2200 bath. (Sebenarnya ada lagi murah T_T, best price pernah tanya dapat 900 bath je sorang). Yang ni naik bot besar. Lawa jugak bot nya, ada 3 layer tapi yang paling best dekat atas la.  Laut phuket ni lain macam sikit ombaknya, air pun gelap semacam je sehinggakan kak jemah tewas jugak la terbluweekkk lepas makan lunch dalam bot tu. hahaha

#Nak ke Phi-phi island amik masa satu hari jugak, keluar pukul 8 pagi pukul 6 petang baru sampai  hotel tau. Nak kesana ada 2 pilihan, naik bot besar atau naik speed boat. Kalau naik bot besar ni beramai-ramai macam naik feri tapi kalau naik speed boat cuma 11 orang. Perbezaan dari segi kelajuan pun dalam 1jam camtu la.

Pakej ni biasa nya termasuk sekali dengan makan tengah hari samaada dalam bot atau dekat hotel.  Phi-phi island adalah destinasi terakhir tapi sebelum tu bot ni akan singgah dekat Khai island, Maya bay dan monkey island. Setiap kali beli pakej dari tourist agent kena amik resit dan simpan resit tu, sebab abang transporter yang nak bawa kita tu nak tengok resit sebagai bukti.

#Kalau boleh beli dekat kedai yang nampak semenggah sikit, kang takut dah bayar esok nye takder orang datang amik kan ke naya. Tapi so far aku tak kena tipu la. Cuma harga tu kena pandai survey dan kawtim la kan

Macam tak ngam dengan perut kak jemah :0

Rooftop
Lawa sungguh pulau-pulau dekat Phuket ni, air nye jernis turquoise tiffany gitu. Yang pandai berenang boleh la tejun sesuka hati, tapi kak jemah kalau terjun sampai ke sudah la tak timbul-timbul.
Indah ciptaan Allah swt.

Monkey Island


Masa aku kat sana, aku sakan makan pancake orang phuket ni. Favourite aku banana + choclate. Memang meletopss. Makan panas-panas memang layan.

Tengok la susu tu melted. terkenang

Sebelum beli tu tanya la depa ni muslim ke tak
-Ahad-
Bersiar-siar bersama gajah memang impian aku sebelum sampai sini, kat sana ada macam-macam pakej safari ni tau. Daripada semahal-mahal sampai la pakej yang biasa-biasa je. Kami amik pakej separuh hari je, 2 orang 800 bath (RM80). Pakej tu untuk naik gajah selama 45 minit je. Hahaha. Macam biasa pagi-pagi ada orang akan pick up kita untuk ke mini safari tu. Syok oo naik gajah, rasa macam nak bawak balik seekor je.

Umur dia 20 tahun tapi dikira anak-anak lagi

kami pergi mini safari ni sekali dengan  mak dan pak minah Arab yang banyak duit, depa amik semua aktiviti dekat mini safari tu, so kena la tunggu sampai semua aktivti siap baru depa akan hantar balik hotel, tapi nak kata rezeki kan, tauke mini safari tu suruh kami join jugak aktiviti lain jugak. Yeay!

Bermain dengan ular..eee

Pertunjukkan monyet :D


Malam seterusnya kami tukar hotel yang best sikit, tapi hotel ni agak jauh daripada pusat bandar, kami sewa motor sebab senang nak kesana kesini. Naik motor la kami laki bini merempit dari hotel lama ke hotel baru. Dengan backpack masing-masing hahaha dah buat macam dekat kampung sendiri. Tapi apa ada hal, Phuket ni semua orang buat hal masing-masing. Yang naik motor pakai bikini pun hadooo. Sapa nak kisah

# Kami stay dekat *casa del M resort*. Aku booking dekat Agoda.com jugak. Best giler hotel baru ni, dan sebab kami check in awal dapat rezeki upgrade bilik. Kemain besar bilik ada queen  + single bed.

Hafiz melawat kawasan hahaha

#Sewa motor sejam sehari 300 bath tapi minyak kat Phuket ni bapak mahal. Kalau nak merasa naik superbike pun hadoo

Kat sini kebanyakan motor adalah scooter

Nak sewa motor kena tinggalkan passport tau
Hotel yang baru ni berhampiran kawasan masjid, so senang nak layan makan dekat kedai muslim. Sedap-sedap wei dapat tomyam original siam dengan somtam. terkenang-kenang

Masjid Phuket
Kedai ni berhadapan masjid

-Isnin-
Hari terakhir dekat Phuket sob sob. Flight kami pukul 8.30 pm, So kami ada masa sampai pukul 4pm untuk meronda-ronda bandar Phuket ni. Kami tempah transport untuk ke airport dekat kedai yang sama kami sewa motor ni, so senang la kan.

Sebelum balik kami meronda la sekitar kawasan Kata, kat sini kurang sikit sesak berbanding dengan patong. Tapi pantai dekat sini lagi cantik.



Rindu phuket. Jumpa lagi

#Pada aku phuket tak sesuai untuk bawa family sebab kawasan ni sangat la hazabedah. Nite life dia tak sesuai untuk tontonan anak-anak
#Nak bershopping pun tak berapa best sebab barang-barang mahal
#Kalau korang banyak duit, boleh beli macam-macam pakej, selain Phi-phi island ada James bond Island, yang tu pun lawa.
#Ada pakej fantasy island, Safari dan macam-macam lagi. Kena pandai pilih dan mintak diskaun ok
#Paling best dekat phuket ni, bersepah-sepah orang bagi service massage. Harga pun murah-murah je. Lega oo dapat foot massage
#Depa ni tak pandai cakap bahasa inggeris sangat jadi memang susah sikit la nak bersembang
#Better tukar duit dekat Malaysia, walaupun banyak money changer tapi aku rasa tukar kat Malaysia lagi untung okeh.
#Currency masa aku pergi lebih kurang sama dengan ringgit malaysia. Senang je nak convert duit dekat Phuket ni, kalau 1800 bath maknanya rm180. Buang kosong ja, senang kan?

Happy Holiday!