Monday, October 19, 2015

Ho chi Minh City dengan kesayangan'S

Assalamualaikum

Selalunya kami travel berdua je, aku hadap muka dia dan dia hadap muka aku. Tapi percutian kali ini dah macam rombongan tau. Sembilan dewasa dan seorang kanak-kanak. Siap kena buat whatsapp group untuk bermesyuarat. Seperti biasa tiada travel agent digunakan.

#Flight
Kami dah beli tiket beberapa bulan awal dan start mengumpul semua info tentang HCM. Harga tiket boleh tahan murah tapi aku rasa kalau betul-betul promo boleh dapat bawah RM200. Tiket kami berharga RM273 (seat sahaja). 

AK 524
Kuala Lumpur (KUL)
Kuala Lumpur International Airport 2 (klia2) (KUL)
06 Feb 2015, 1850 PM (6:50 PM)

Ho Chi Minh City (SGN)
Tan Son Nhat International Airport (T2) (SGN)
06 Feb 2015, 1945 PM (7:45 PM)

#Hotel
Sebulan sebelum hari kejadian, kami dah booking hotel thru Agoda.com. Banyak gilos hotel yang best dan murah dekat HCM city ni. Tapi sebelum booking tu silalah baca review dan "Top nearby attractios". Criteria pilihan kami mesti lah yang dekat dengan sorga soping iaitu ben thanh tanpa perlu menaiki teksi atau beca dan dekat dengan restoran makanan halal.
Bloom Hotel menjadi pilihan. Ternyata pilihan kami tepat sebab hotel ni dekat gilos dengan ben thanh dan restoran halal hajah basiroh yang fofular tu. 

Total untuk tiga malam untuk bilik superior twin bed RM314.19. Bilik boleh tahan besar, ada la ruang nak solat dan nak letak barang barang soping hahaha. Dalam bilik air pun ada bath tub. Jadual empat hari dekat sana sangat padat, hotel hanyalah tempat tidur je, tak sempat nak bermalas-malasan pun. Aku try search hotel ni dekat agoda.com tapi dah tak muncul. Bila aku google, ada pulak website hotel ni. Nak dapat lebih info boleh cari dekat sini Bloom Hotel.



#Travel guide
Apalah kirenye dah sampai ke HCM tapi tak tengok sungai mekong dan chu chi tunnel kan. Selain tempat soping, dua tempat ni kami selitkan jugak dalam itinerary kami. Tapi dua tempat ni jauh daripada bandar HCM, Driver diperlukan. Agak mustahil nak sewa kereta dekat sana. Aku ada terbaca satu blog ni, aku dah lupa blog mana maklumlah rombongan ni February aritu, ni dah bulan October hahahaha, kakak blog tu ada share email address driver muslim yang dia gunakan masa dekat sana. Aku try la email dan Alhamdulillah dia reply. Memula dia bagi RM1200 untuk dua hari tapi lepas deal dapat la harga RM1100 atau USD 350 untuk sembilan dewasa. Pakej ni termasuk private transportation, entrance fees dan halal lunch. So total seorang lebih kurang RM 122. 

Gambar dibawah adalah conversation aku dengan ali melalui email. Click pada gambar untuk lebih besar :)




#Airport to Ben Thanh
Bagaimana hendak ke Ben Thanh Market dari Tân Sơn Nhất International Airport? 
Kebanyakkan kes penipuan yang aku baca adalah teksi. Ramai yang menipu harga teksi daripada airport ke hotel sebab tak pakai meter. Kebanyakkan orang mencadangkan teksi jenama Vinasun sebab teksi ni bermeter. Tambahan teksi ni guna kereta innova, jadi boleh la sumbat enam orang sekali jalan. Hahaha

Haritu kami kena caj VND 190,000.




#Itinerary

D A Y 1
1. KL ke HCM city
2. Check in Bloom Hotel
3. Pasar malam ben thanh

Hari yang dinanti telah tiba *chicken dance* beramai ramai lah kami menuju ke KLIA2. Alhamdulillah urusan imigresen berjalan dengan lancar dan kapal terbang kami pun on time.


Penerbangan daripada Kuala Lumpur ke HCM city mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit dan waktu dekat HCM lewat satu jam daripada waktu Malaysia. Kami tiba di Tan Son Nhat International Airport lebih kurang pukul 8 malam waktu sana. Airport dia tak besar pun, dan urusan immegresen tak makan masa lama. Keluar je daripada Arrival hall, kita boleh nampak banyak teksi dah tunggu. So seperti yang dirancang kami pun naik teksi vinasun dan selamat sampai ke depan pintu Bloom hotel setengah jam kemudian 

Lepas je selesai check in, mandi dan solat sat, lepas tu kami pun melakukan aktivti pecah tanah pasar malam ben thanh hahaha. Sebenarnye peniaga-peniaga dekat pasar malam ni orang yang sama berniaga dekat bazar ben thanh. Siang berniaga dekat bazar sampai pukul 6 petang, malam sambung pulak bukak pasar malam dekat luar bazar daripada pukul 6 petang sampai pukul 12 tengah malam. Sesambil tu kami dinner dekat restoran Hajah Basiroh. Diingatkan harga makanan halal dekat HCM city agak mahal tau. Sekali makan je dah berbelas ringgit tau. Kalau nak berjimat cermat boleh la bawak makanan segera daripada Malaysia. Tak ada masalah nak bawak serunding atau nak tapau makanan daripada Malaysia.

Tapi sebelum ke pasar malam, kami berjumpa dengan Ali Moteen dulu untuk confirm kan perjalan esok. Memang dia suruh bank in je dan beliau akan terus datang amik kami dihari kejadian, tapi untuk langkah berhati-hati kami nak tengok dulu orang nye macamana dan setiap pembayaran kami nak resit. Itu pun kami bayar deposit je dulu. Dekat negara orang kena berhati-hati dan jangan terlalu percayakan orang.

suasana pasar malam
Restoran Hjh Basiroh

Masa ni badan pun dah penat sangat dan haruslah balik hotel sebab keesokan harinya kami nak pergi Mekong delta seawal jam 8 pagi. Hewhewhew


D A Y 2
1. Kilang Telekung
2. Trip ke Sungai Mekong
3. Chinatown Market
4. Saigon Square

Tepat pukul 8 pagi, Ali moteen dah tunggu dekat depan hotel bersama 11 seaters van. Kalau tak silap van tu jenama Mercedes. Memang selesa dan bersih. Ali bersama seorang driver. Tapi bila dah pergi jalan beramai ramai ni mesti kite akan jumpa dengan macam-macam hal hahahaha. Last-last pukul 9 pagi baru gerak. ish ish ish

Destinasi pertama kami ialah Kilang Telekung. Sebenarnya bukan kilang, tapi rumah banglo yang dijadikan tempat menjual tudung. Tiga tingkat penuh dengan telekung, jubah dan baju sulam. Rambang mata oiii
Aku rasa harga nya agak murah kalau nak dibandingkan dengan harga dekat bazar ben thanh. Kami pun dok borong la telekung. Kain telekung dekat vietnam ni jenis kain licin tapi lembut dan tak panas. Ringan tapi tak melayang. Aku tengok mak mentua aku dok bawak kemana-mana telekung yang aku hadiah untuk dia. Suke letteww. Dulu aku pernah belikan telekung cotton bunga penuh daripada Bandung. Tapi dia jarang pakai mungkin sebab berat dan sarat hahaha.

Kami meneruskan perjalanan ke Sg. Mekong. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. Sekali je kami berhenti dekat RNR. Setibanya dekat kawasan sungai mekong, Ali moteen bawak kami berjalan kaki ke kawasan tepi sungai. Dalam perjalanan tu kite akan nampak banyak kedai-kedai yang menjual beg Vietnam dan cenderahati. Murah giler! Tapi rilex-rilex je dulu balik kang boleh beli


Lepas tu kami singgah dekat satu kedai menjual madu lebah. Dekat sini kami dihidangkan dengan teh campuran madu lebah, lemon dan herb. Layan jugak. Kami pun borong la madu lebah dan bila dah bawak balik Malaysia aku letak madu tu dalam peti ais. Dan agak terkejut sebab madu tu tak beku tau. Memang original. Berbeza dengan madu yang aku beli dekat cameron, letak dalam peti je dan beku abis gula semua timbul.


Perjalanan diteruskan ke tebing sungai. Saat-saat yang ditunggu telah tiba nak merasa pengalaman menyusuri sungai mekong yang sesak tu dengan sampan. Kami memerlukan 3 buah sampan sebab satu sampan boleh naik 4 orang je termasuk kakak driver. Topi pendekar mustar disediakan dan kalau rajin boleh la tolong kakak sampan tu mendayung. Tapi kakak sampan ni suka meminta minta. Asik remind nak tip jer hahahaha

Selepas penat mendayung, Ali bawak kami ke satu kedai makan yang diperbuat daripada rotan dan buluh. Style jugak. Dekat sini kami disajikan dengan buah-buhan yang segar bugar syok giler. Dan jugak ada persembahan nyanyian lagu tradisional daripada awek-awek vietnam. Cantik dan muluss je orang nya

Seterusnya, kami singgah dekat kawasan membeli belah. Dekat sini semua dah sakan soping beg i love vietnam tu dan beg-beg sulam. Harga beg serendah RM5 je tau. opss kantol harga sudah. Kalau dekat Malaysia orang jual berpuluh-puluh tau. Dan harga beg dekat sini memang lagi murah daripada dekat bandar.

Selesai sudah aktiviti dekat Mekong delta atau sungai Mekong yang sangat panjang ni. Dalam perjalanan balik ke Van, kami dapat naik kereta kuda hehe. Syok jugak tapi busyukk hahaha

Kami balik semula ke HCM city dan singgah dekat masjid hijau. Dekat sebelah masjid tu ada restoran halal. Kami makan tengah hari dekat situ. Sebenarnya bukan tengah hari tapi dah membawa ke petang hari. Semua dah kelaparan. Nasib baik dekat Mekong dah makan macam-macam buah. 



Dalam perjalanan pulang berjaya pujuk Ali bawak kiteorang ke Chinatown market. Ada yang kata soping dekat sini lagi murah dan YES murah gilos. Tapi masa kami pergi dah hampir pukul 6 petang. Kedai dekat situ kebanyakkan tutup pukul 6 petang. Nasib baik ada beberapa kedai yang masih buka dan itu pun kami yang perempuan ni dah soping macam hapa je. Aku siap tempah baju melayu dan baju kurung moden kain lace untuk raya. Murah wei. Baju aku siap dengan kain laceyl-lacey tak sampai rm200 pun. Baju Hafiz pun sama. Baju siap dalam masa 24 jam dan nanti mereka akan hantar ke hotel. 
Kat situ aku sawan gak dengan kain cotton. Tak boleh tahan tengok corak comei-comei

Dan dalam pukul 7 malam, HCM city dah gelap kami pun tiba di hotel. Tak reti-reti penat lagi tu, lepas mandi solat sambung semula ke Saigon Square. Tak jauh daripada hotel kami pun, jalan kaki pun belum sempat penat dah sampai. Saigon square ni mall dua tingkat yang ada hekon okeh. Soping dekat sini lebih selesa dan still boleh barging. Itu yang syok. Kat sini sakan aku beli baju tshirt nike untuk hafiz. Quality butik harga pasar malam. acaner tak sawan?

Lepas tu aku singgah pulak ke pasar malam ben thanh yang memang bukak setiap hari. Haish HCM city memang tak pernah sunyi. Tapi ada cerita sedih sebab sakan menyinggah banyak kedai, aku tercicir baju hafiz dua helai pulak tu. Dah balik Malaysia baru perasan. Sampai hati tak sudi jadi orang malaysia tau.

Dan akhirnya batery kong, mari tidurrrrr 

D A Y 3

1. Chu Chi Tunnel

Hari Ahad di HCM city tak boleh bermalas-malasan sebab Ali moteen dah tunggu seawal pukul 8.30 pagi. Seperti yang dijanjikan kami nak pi Chu Chi Tunnel. Yeay!
Selalu nya kalau kita pergi muzium atau tempat peninggalan perang mesti bosan dan scary kan. Tapi dekat Chu chi tunnel ni best. Sejuk je kawasan nye dan banyak aktiviti pulak tu.

Sebelum kami ke Chu chi tunnel Ali bawak kami singgah ke satu kedai beg deuter yang original. Dekat sini hok lelaki yang paling sakan. Beli beg yang besor dan yang berliter tu la, pouch bag la.
Hafiz pun terjebak beli backpack. 

Perjalanan diteruskan ke kawasan Chu Chi Tunnel. Tak jauh sangat dalam setengah jam perjalanan daripada HCM city. Sebelum masuk ke kawasan hutan, kita akan melalui kawasan bawah tanah untuk pemeriksaan tiket. Aktiviti pertama yang kami jumpa ialah mencuba tempat persembunyian tentera vietnam masa perang dulu. Lubang tu memang muat masuk satu badan je. Orang lain cuba aku pun tak nak kalah nak cuba hahaha masuk senang je tapi masa nak keluar hazabedah. Aku tak berjaya lonjakkan badan cis. Aku rasa macam nak nangis dah. hahaha rasa macam nak suruh yang lain tolong pecahkan lubang tu. Tapi akhirnya aku berjaya keluar selepas ditarik oleh Hafiz kah kah kah moral of the story -- Sila bersenam



Lepas tu kami sambung lagi perjalanan, boleh tengok perangkap-perangkap yang dibuat oleh tentera Vietnam masa perang dulu. Mungkin desakan hidup membuat kan depa jadi sangat kreatif. Ada peluru pepandu, ada kereta kebal dan macam-macam lagi. 

Apalah makna nye ke Chu chi tunnel tak masuk tunnel kan. Terowong ni dibina untuk bersembunyi dan kalau tak silap terowong ni boleh sampai ke Cambodia. Tapi kami cuma try 10m je dan lelaki 20m. Pendek tu pun dah hazab sebenarnya. Sebelum masuk kami tanya Ali, tahap kepayahan terowong tu tapi dia jawab "Just walk". Kami pun confident la just walk, tapi masuk-masuk je dah kena rukuk tau. Makin jauh makin sempit dan kena merangkak sampai ke hujung. Banyak la dia punya berjalan. Tapi sebab masuk beramai-ramai tak rasa takut pun sebab asik nak tergelak je. Termengah mengah sebab gelak je sebenarnya. Dalam terowong tu ada kawasan yang berlampu dan ada kawasan yang gelap gebumin. Tapi yang pastinya dalam tu sejuk je. 

Lepas tu kami singgah sekejap dekat kedai souvenir. Rupa-rupa nya dekat situ ada aktiviti menembak. Patut la dari jauh bunyi macam tengah berperang. Selepas berbicang dengan Hafiz kami pun bersetuju nak try menembak menggunakan senapang M16. Bukan senang nak cuba kalau dekat Malaysia ni. Cost lebih kurang RM40 kot untuk dua orang. Tapi tak tahu la tembakan membuta tuli aku tu kena sasaran ke dop hahaha

Perjalanan diteruskan lagi dan Ali bawak kami singgah dekat gerai dalam kawasan hutan tu. Dekat situ kami dihidangkan dengan teh o panas dan ubi rebus. Memang layan giler sebab makan beramai-ramai dan dalam hutan pulak tu. Walaupun hanya ubi rebus

Sebelum balik ke HCM city kami join taklimat mengenai chu chi tunnel ni. Memang best sebab abang askar yang bagi penerangan tu smart. Bagi penerangan macam bagi command dalam perang. Dengan suara yang lantang. 




Sekembali ke HCM city Ali bawak kami ke makan tengah hari dekat kedai yang sama. Kami ok je sebab makanan dekat situ S E D A P
Sebelum kami dihantar pulang, kami singgah dekat kedai-kedai barangan sukan. Sepatutnya trip hari ni cuma halfday trip jer tapi dengan kami terus jadi 1 day trip. Pukul 6 pm jugak sampai ke Hotel. Sebab Ali ni baik dan sanggup layan kerenah kami. Kami sepakat nak bagi extra tip dekat beliau. Happy je si Ali moteen hehehehe

Hari ketiga dekat HCM city baru ada kesempatan nak jalan-jalan dalam ben thanh bazar. Dah dua hari sampai hotel matahari pun dah tenggelam. Bazar pun dah tutup. Dan kami repeat benda yang sama setiap hari iaitu --

  • Ben thanh bazar
  • Pasar malam ben thanh
  • Saigon Square 
  • Restoran Hjh Basiroh

Dah macam sign contract pulak. Soping till u drop hahaha
Dan tak lupa jugak mereka-mereka ni (kecuali aku sebab tak minum coffee) dah gian nak minum kopi vietnam ni setiap hari day or night.


D A Y 4

1. HCMC Municipal Building,
2. Notre Dame Church
3. Post office

Seronok nye hidup bangun pagi je dah ada orang tunggu nak bawak jalan lepas tu soping sesuka hati. Tapi harini hari terakhir kami di HCM. Uwaaa
Tapi aktiviti soping masih belum berakhir, selagi tak balik ada je yang tak cukup. Pukul 9 pagi kami dah pergi melawat ben thanh bazar. Untuk pertama kalinya dapat jejak bazar ni seawal pagi. Lepas tu kami sambung pengembaraan ke bando HCM pulak.

Flight kami sebelah petang, sebelum keluar berjalan-jalan kami dah mintak request airport transfer daripada hotel. Harga lebih kurang taxi vinasun jerk. 

Destinasi pertama kami ialah Notre Dame Church. Bukan nak masuk tapi cuma nak tengok je sebab church ni salah satu banggunan bersejarah dekat HCM city. Kami naik teksi untuk kesini, tak sampai 10 minit dah sampai. Selepas tu kami ke sebarang jalan sebab nak ke banggunan post office HCM city. Bukan nak hantar surat tapi nak bergambo jer :p hahahah
Ni pun salah satu banggunan bersejarah. 





Selepas tu kami balik ke hotel semula (niat sebenar nak sambung shopping sebelum balik hahaha), kali ni kami jalan kaki je kengkonon nak menikmati keindahan alam. Tapi ternyata pilhan kami tidak salah, sebab dalam perjalanan ke Hotel tu melalui kawasan-kawasan best seperti War museum tapi kami bergambar depan pagar je sebab tak ada masa nak masuk. Lepas tu lalu pulak kawasan taman. Tantek. Rumput menghijau dan pokok besar-besar. Dan tak kurang jugak poluh-poluh yang memercikkk


Sebelum pulang sempat kami menikmati makan tengah hari yang terakhir di restoran Hjh basiroh. Dan sempat jugak aku ke Saigon square dan sambar satu lagi backpack :p

Dan akhirnya masa nak pulang telah sampai. Jom balik ke dunia reality hahaha

# Tips and Tricks
1. Plug elektrik yang terdapat didalam bilik hotel di HCM tidak sama dengan Malaysia
2. Peniaga dekat sana menerima RM, Dong dan USD. Pendapat aku better pakai Dong
3. Jangan naik beca. Aku pernah baca ada orang pernah kena sampai RM1k dan kalau tak bayar ada samseng datang
4. Hati-hati dengan camera yang digantung ditengkuk dan handphone masing-masing, sebab peragut dekat sana sangat cekap. 
5. Makanan halal dekat sana MAHAL
6. Mintak diskaun at least 70% dan mintak la secara baik
7. Hormatilah tempat orang
8. Jangan beli souvenir daripada peluru dekat Chu Chi tunnel. Nanti kena rampas dekat airport. Macam aku punya T_T
9. Simpan resit pembelian sebab immegresen vietnam dan Malaysia akan check secara rawak. Kadang-kadang kena cukai sket

Banyak review yang kami baca mengenai baik buruk HCM ni, sebelum pergi tu cuak pun ada tapi ada jugak yang dah buat HCM macam rumah kedua. Dok ulang alik soping kat sana. So kena percaya pada qada dan qadar dan kena hati-hati ditempat orang. Orang dekat sana baik baik dan comel comel. Tapi sudah tentu ada jugak si scammer dan penjahat. Masa mula-mula aku ajak Hafiz pi HCM city. Dia habaq kat aku --

tak mau la g negera dunia ketiga, banyak orang kencing berdiri hahaha

Cis, tapi aku tak kira aku beli jugak dan ajak2 kengkawan lain turut serta. Sekali dah pergi hamekk semua rasa macam taknak balik dan ada rasa macam nak datang kali kedua. HCM city bersih je, dan pemandu kereta dan teksi depa sangat cekap. Go travel, tengok lah tempat orang

Kisah sedih bila kereta kena pecah, habis laptop dan external hdisk kea curi. Gambar HCM dalam tu T_T
Tak ada backup lagi. Nasib baik sempat upload dalam facebook. So terima la gambar berkualiti rendah sebab download daripada facebook

Sehingga berjumpa lagi, ENJOY HCMC

xoxo,
NHH