Assalamualaikum
Minggu lepas persatuan pekerja kemain lagi persatuan padahal berapa ketul je staff atau PCC office aku mengadakan aktivti pot luck. Makan yeay
#Untuk pengetahuan pot luck ni macam aktiviti makan-makan kumpulan atau organisasi dimana semua orang wajib bawak makanan dan makan sesama. gitu
Sebab aku baru balik dari Kuching bulan lepas, aku ada la beli beberapa paste atau rempah segera untuk buat Laksa Sarawak. Jadi aku plan nak bawak laksa serawak untuk PCC tu. Nak buat laksa serawak ni terutama pakai paste sangat la mudah cuma laksa sarawak banyak bahan hiasan sampingan itu yang leceh hehehehehe
Ini adalah percubaan kali kedua Laksa Sarawak, kali pertama aku buat dekat rumah mentua. Percubaan yang sangat berani buat pertama kali dekat rumah mentua kan tapi nasib menjadi. Dan percubaan kali kedua ni nampak nya macam berjaya jugak sebab bos aku ulang alik makan untuk 3 kali. muka bangga :D
Sekitar majlis Pot luck :D |
oK, marilah kita share resepi nak buat laksa sarawak yang senang tahap oltromen taro mengalahkan dinasour tanah
Bahan-bahan untuk kuah
200g paste laksa sarawak (aku guna Hj. Manan)
2 liter air
300 ml santan (aku pakai yang kotak ayam brand tu)
250g udang
2 batang serai
2 belah dada ayam
1 kiub pati ayam (knorr atau maggi)
garam
# Tak pasti la paste ni ada jual dekat semenanjung atau tidak
Bahan-bahan untuk bihun
1 bungkus bihun
Bahan-bahan untuk sambal belacan
3 batang cili padi
5 batang cili merah
Seinci belacan
1 biji limau
sedikit garam dan gula
Bahan-bahan hiasan
telur dadar digulung dan dipotong halus
carikan isi ayam (ayam dari air rebusan)
isi udang tanpa kulit (udang dari air rebusan)
limau
taugeh
#Kalau tengok ada yang makan dengan cendawan la, daun ketumbar la tapi aku rasa dah ok kalau tak ada.
Cara-cara memasak kuah
1. Rebus dada ayam bersama air sehingga masak
2. Angkat dada ayam dan masukkan udang bersama kulit dan kepala dalam air rebusan tadi (dalam 1 minit ja) dan angkat.
3. Masukkan serai yang diketuk, paste @ rempah laksa sarawak dalam air rebusan tadi dan masukkan kiub. Biarkan mendidih
4. Kecilkan api dan masukkan santan. Jaga yer jangan sampai santan pecah minyak
5. Masukkan garam dan serbuk perasa jika mahu . done!
Cara-cara menyediakan bihun
1. Rebus bihun sehingga lembut
Cara-cara menyediakan sambal belacan
1. Tumbuk cili padi, cili merah, belacan sehingga lumat
2. Masukkan sedikit garam dan gula
3. Perahkan limau
Macamana nak makan?
Ambil mangkuk, letak bihun letak bahan-bahan hiasan bersama sambal belacan dan jirus kuah nyum!
Ada si kuah, si bihun, si udang (malas nak kupas kulit), si carikan ayam, si sambal belacan, si taugeh. Si kicap cili tu interprem plak dia. |
Tata
No comments:
Post a Comment