Tuesday, April 8, 2014

Destinasi Cinta - Hong Kong Part 2

Assalamualaikum

Okeh, mari kita sambung. Waktu dekat HK sama dengan Malaysia tau, tapi waktu pagi dekat sana cepat cerah. Waktu solat pun lebih awal. Lepas selesai solat zohor kami meneruskan aktiviti hari pertama dekat Hong Kong. Untuk harini kami plan nak pergi ke Avenue of Star dan The Peak + Madame Tussaud + Sky Terrace.


Hari Pertama

1. Avenue of Star 
#Avenue of Star ni  berhampiran je dengan Hotel kami. Avenue of Stars adalah tempat berjalan kaki yang mempunyai banyak landskap untuk memberi penghormatan kepada Superstars dan celebrities Hong Kong . Di sepanjang persisiran laut tu terdapat tapak tangan bintang-bingtang dan celebrity Hong Kong, ada patung saiz sebenar Bruce Lee dan kita boleh menikmati keindahan perairan Hong Kong.

# Enterance Fees : Free

Kami menapak je ke Avenue Of Stars. Walaupun masa tu matahari tengah tegak atas kepala tapi sebab cuaca sejuk. Perfect combination. Rindu.

Camno nak pergi situ :
  • 10 minit berjalan kaki dari Mirador Mansion
  • Ikut arah MTR East Tsim Sha Tsui Station dan Exit J2. Ikut signs board ke the Avenue of Stars.

    Berjalan Kaki ke Avenue Of Stars


    Sekitar kawasan Avenue Of Stars



    Jackie Chan la sangattt

    Bruce Lee. Watchaaa
2. The Peak + Madame Tussaud + sky terrace 
Destinasi kami seterusnya ke Madame Tussaud dan Sky terrace menaiki Tram. Daripada Tsim sha tsui kami menaiki MTR. Walaupun tiket dah beli tapi tetap kena beratur. Ramai orang. As we know, ramai pelancong dari China, Jepun dan Korea. Aku ada bersembang dengan seorang pelancong China, masa tu dekat kawasan dia suhu -21 darjah celcius. So, mereka ambil peluang  ke Hong Kong untuk bercuti. Walaupun HK masatu pun sejuk tapi still ok berbanding dengan negara mereka.

#Entrance Fees untuk ketiga-tiga aktiviti : RM 112 per person

#Madame Tussaud ni terletak dekat Peak Tower. So, kalau nak pergi kita boleh menaiki Tram. Tram adalah gerabak yang ditarik oleh tali cable untuk bergerak. Tram ni dah digunakan dari zaman dahulu tapi sekarang dah di komersial kan. Kagum oo tengok cable tarik Tram ke atas.

#Buka setiap hari dari jam 10am to 10pm (last admission: 9:45pm) www.madametussauds.com/


Dalam Tram. Mendaki hampir vertical
#Madame Tussaud terdapat himpunan patung-patung lilin celebrity Hong Kong, Hollywood, pemimpin dunia dan sebagainya. Semua patung lilin ni bersaiz sebenar dan real.

Eceh!

#Dekat puncak peak tower pula terdapat sky terrace. Kita hanya perlu menaiki beberapa level selepas Madame tussaud. Kat sini kita boleh menikmati pemandangan Hong Kong. Pada waktu siang dan lagi indah pada waktu malam.

Sunset.

Camno nak pergi situ:
  • MTR dari Tsim Tsa Tsui ke Central Stesen, Fees HKD8.60
  • Dari Central Stesen, Exit J2
  • Naik tangga ke Ground Level dan belok kanan untuk ke Chater Garden
  • Jalan terus melintasi garden tersebut, kita akan nampak Bank Of China Tower sebelah kanan
  • Jalan terus ke hadapan meintasi traffic light dan follow the sign board ke Peak Tram lower terminus.
Follow the sign board okeh

Kami sampai semula  dekat area Tsim sha tsui semula lebih kurang pukul 9 malam. Masa tu lapar tahap boleh telan dua pinggan nasi arab. Masa kami tengah mencari restaurant halal tetiba ada sorang pakistan ni bagi brochure restauran halal. Terus kami follow dia ke kedai tu. Sebab lapar sangat dedua pun order nasi. Sekali sampai portion dia macam mangkuk tambah. Aku berjaya settlekan separuh je. Yang lebihnya kami tapau. Masatu sakit kepala ku datang kembali.

#Dekat Tsim sha tsui terdapat banyak restaurant halal. Kebanyakkan restaurant ni terletak didalam banggunan atau Mansion. Tapi jangan risau sebab ramai Pakistani akan berkeliaran di sekitar kawasan tu untuk mempromosi restaurant mereka. Kalau ok, mereka akan bawa kita ke restaurant. Macam kejadian kami aritu, tukang masak sendiri yang turun padang buat promosi. Dekat Chungkin Mansion juga terdapat satu restaurant Pakistan yang halal.

#Harga makanan bagi aku setimpal dengan portion yang kita dapat. Sepinggan lebih kurang HKD 60

Nasi beriyani Ayam. Amma

Perut pun dah kenyang. Balik ke Hotel memang lega sangat dapat berehat dan luruskan. Sepanjang hari tak tidur. Kepala tak usah cakap la berdenyut-denyut. Tapi all the time aku senyum je dan menggagahkan diri sebab tak nak Hafiz susah hati dan rasa tak seronok masa aku tengah pening-pening lalat. Lagipun bukan senang nak pergi ke tempat orang. Kena la menikmati setiap saat. Lessons to be learnt kalau nak berjalan walaupun kena bertolak ke Airport seawal 3 pagi tapi perlu tidur walaupun sekejap. Aku tak tidur wei. Sampai ke Hong Kong terus menerus berjalan sampai ke malam semula.
xoxo

Destinasi Cinta - Hong Kong Part 1

Assalamualaikum

Hari Pertama

Tiket ke Hong kong aku booked masa tergolek-golek dekat kampung sebab medical leave 21 hari.  Dah lama tak dapat cuti lama-lama, bosan tak tahu nak buat apa, jadi kerjanya hari-hari buka website Air Asia.hahaha kebetulan masatu AA ada promo bulan October 2013.

Returns tiket untuk 2 orang ke Hong Kong cuma $800 (Termasuk seat). Sesi memujuk selesai (mesti la ada drama sikit) dan akhirnya berjaya. Aku booked tiket ke Hong Kong pada 20 February @ 6.15 am dan return pada 23 February @ 8.30 pm. Masa tu ada lagi 4 bulan untuk kumpul duit untuk kesana. hehe

Sebab kami tak ada duit berkepuk dalam bank, setiap bulan aku akan add on meal dan luggage untuk perjalanan pergi dan balik. Luggage aku ambil 25 kg dan makanan pulak aku amik 3 meals semasa pergi dan 2 meals semasa balik.

Pada mula nya bila aku cakap nak pergi ke Hong Kong semua akan tanya apa yang ada dekat Hong Kong. Termasuk la Hafiz yang pada mulanya telah membantah plan aku ni. Tapi sebenarnya empat hari dekat HK tak cukup okeh sebab terlalu banyak tempat yang best!

Hong kong seperti singapore. Kecil tetapi maju. Kawasan sangat terhad, jadi penginapan dekat hong kong sangat mahal. Ramai yang suggest untuk stay sekitar kawasan Tsim sha shui.

#Tsim sha thui ni ibarat nadi kepada hong kong. Waktu malamnya meriah, dekat dengan shopping mall dan pengangkutan awam seperti bas dan MTR.

#MTR : Mass transit railway (Subway) dekat Hong Kong sangat sistematik. Kebanyakkan station bawah tanah dan kita tak perlu berjalan jauh untuk transit. Kena pandai baca MTR map, mesti selamat sampai. Octopus card jangan lupa topup :D

Bagi aku, hotel dekat Hong Kong sangat mahal. Hotel satu bintang dan bilik sebesar 8 s/ft je dah costed me about $170. Pensan! Aku survey melalui Agoda.com dan dah terkenan dekat Pearl Guest House. Sama macam meal dan luggage, bilik hotel pun aku booking satu bilik setiap bulan. Dapat gaji booking satu bilik, bulan depan lagi satu. Hahahaha Akhir nya settle jugak hotel untuk 3 malam

Pearl Guest House (Source : agoda.com)
The corridor Pearl Guest House (Source : agoda.com)

#Dekat area Tsim sha shui, ada 2 bangunan yang popular iaitu Mirador Mansion dan Chungkin Mansion. Dalam Bangunan 17 tingkat inilah terletak nya hotel, kedai-kedai,  kilang, stor, rumah orang dan macam-macam lagi. Hotel-hotel yang ada dekat sini berasal daripada unit-unit yang telah di ubah suai.

#Keadaan bangunan memang agak hampagas sket sebab kita akan berjumpa dengan macam-macam orang, lif pun agak kecil dan perlu beratur kalau kena time peak hour. So far kami tak pernah tunggu lama untuk menaiki lif. Tapi bila kita dah masuk hotel, semua nya ok. Lagipun pintu utama hotel ada access card dan cctv.

# Jangan merungut dapat bilik yang ada katil dan sedikit je ruang untuk berdiri. Hahaha Aku pernah baca blog, ada penduduk vateran Hong Kong yang tinggal dalam kandang / sangkar sebab tak mampu nak menyewa rumah. Sangkar pun dah berharga AS200 sebulan. Nak bilik besau boleh la lepak dekat Disneyland Hotel okeh.

Kami akan berada dekat HK selama 4 hari 3 malam dekat sana, sebelum berangkat aku dah buat kaji selidik tempat-tempat wajib pergi. Bila aku survey website, lagi berbaloi beli tiket online berbanding walk in. Jimat masa dan online tiket lebih murah. Tapi aku macam tak berapa yakin. Seseorang memberi advice dekat aku untuk membeli tiket daripada agent yang ada dekat Malaysia. Semua entrance ticket dekat HK aku beli daripada starmoonvacations. Memang lagi berbaloi dan mudah. Aku tak perlu pening-pening fikir pasal tiket.

# Kita cuma perlu isi form yang disediakan dalam website starmoonvacations dan kita akan mendapat feedback melalui e-mail. Apa-apa soalan boleh ditanya melalui e-mail. Kalau semua OK, bank in dan mereka akan poskan tiket kepada kita atau boleh collect sendiri. Boleh refer website mereka.

Okeh, selesai flight, hotel dan entrance ticket. Akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. chewah. Naik first flight ni menuntut kami untuk keluar dari rumah sekurang-kurangnya pukul 3 pagi. Seperti biasa kami parking kereta dekat  car park favorite $16 perday berhampiran dengan Tune Hotel. Perjalanan ke Hong Kong mengambil masa 4 jam.

#Hong Kong tak perlu visa, jangan lupa check passport expired date, tukar Ringgit Malaysia ke Hong Kong Dollar dan aktifkan card credit ke Luar Negara okeh

Suka passport case ni

Kami tiba dekat Hong Kong International Airport lebih kurang pukul 10.30 am. Hong Kong International Airport ni boleh tahan besau. Nak kena naik tren khas ke terminal 2 untuk baggage reclaim dan urusan imegresen. Jangan risau, kita cuma perlu ikut sign board dan confirm tak sesat.

Train untuk ke Terminal 2

Baggage reclaim

Otw to bus terminal

Kami dah sedia maklum Hong Kong waktu tu musim sejuk. Hong Kong termasuk dalam negara yang ada 4 musim walaupun musim sejuk dekat Hong Kong tak ada salji. Kami ada tanya kawan-kawan yang dah pergi dan mereka kata cukup sekadar bawa sweater atau cardigan. Masa kami sampai suhu masa itu adalah 12 c. Sejuk weii. Menyesal tak bawa baju sejuk bulus-bulus. Hafiz dok mengomel aku tak bagi dia bawak baju tebal. Mana ku tahu Haishhh

Settle urusan imegresen dan tuntutan luggage, bermula perjalanan kami di Hong Kong. Benda pertama yang kena buat adalah membeli Octopus card untuk setiap seorang. Octopus card boleh dibeli dikaunter MTR didalam airport.

# Octopus card ni adalah card serbaguna sebab boleh digunakan untuk menaiki bus, MTR, membeli makanan, dan sebagainya. Octopus card ni ala-ala touch and go

# Harga Octopus card ni HKD 150 dan nilai dalam card sebanyak HKD 100, lagi HKD 50 adalah deposit card. HKD 50 dan baki dalam card akan akan dikembalikan semasa kita memulangkan card

Destinasi kami yang pertama ialah Tsim sha tsui. Nak kena check in Hotel dan letak luggage sebelum meneruskan perjalanan. Hoyeah!!! Ada 3 cara untuk ke Tsim sha tsui, sama ada menaiki teksi, train ataupun bas. Kami memilih untuk menaiki bas. Cost menaiki bas lagi murah berbanding teksi dan train. Tambang bas dari Hong Kong International airport ke Tsim sha tsui cuma HKD 33. Keluar daripada Arrival hall kita akan nampak kaunter MTR, ikut sign board untuk ke hentian bas.

Ambil bus no A21 atau boleh refer pada papan kenyataan untuk mendapatkan no bas yang lagi tepat. Kebanyakan bas dekat sana 2 tingkat, kita boleh letak luggage pada bahagian bawah (with cctv) dan kita boleh pilih untuk duduk dibahagian bawah atau atas. Kita akan turun di perhentian no 13 ( 82- 84 Nathan Road near Tsim Sha Tsui Station). Setiap perhentian akan dipaparkan pada papan digital dalam bus. So jangan risau kalau kita tak pasti nak turun dekat mana.

Bus terminal. Double Decker

Dalam bus. Ready to go

Perhentian bas kami tak jauh dari mirador mansion. Tapi masa tu kepala aku dah start pening-pening lalat mungkin sebab tak tidur dari malam tadi. Cuma dapat tidur sekejap dalam dalam flight. Aku geram sangat sebab tertinggal activ fast dekat Malaysia.  Hish.
Sebelum check in, sempat singgah farmasi dan aku beli paracetamol. Memula macam was-was jugak nak makan ubat takda kelulusan KKM  tapi sebab dah sakit sangat, aku telan je la. Nasib baik hidup sampai harini.

Memula macam cuak jugak masa masuk dalam mirador mansion tu, sebab tak nampak ciri-ciri hotel pun. Nak cari signboard hotel punya la susah tapi bila dah jumpa dan dah masuk ke dalam hotel boleh tahan jugak. Lepas check in je kami terus lurus-luruskan badan dan having our lunch dalam bilik. Makan nasi lemak AA je. Sebab tu den beli 3 bungkus Hahahaha

Lift to Hotel @ Level 17

Ground floor Mirador Mansion
#Dalam bilik kami ada katil queen, peti ais comel, peti besi, meja sisi, kipas, aircond, bilik air dengan shower, berus gigi, sabun, shampoo dan tuala mandi. Kita boleh ambil air sejuk atau air panas yang disediakan dekat pantry. Microwave oven pun hado. Not bad at all.

Panjang sangat dah ni. Mari kita sambung lagi

xoxo

Thursday, March 20, 2014

Selepas HSG


Assalamualaikum

Entry ni dah lama sangat bertangguh. Tapi aku nak kena tulis juga, aku ni cepat lupa daratan dan ingatan hahaha kang dah dua tiga bulan lepas kejadian aku dah tak ingat.  Sekarang ni pun aku dah lupa.

Appointment kali ni memang dah buat masa aku ambil last lucrin. Sebab doktor dah bagi tarikh untuk buat HSG dan datang ke klinik sehari selepas HSG. Appointment pada 3hb January 2014. Hafiz memang ada dekat KL untuk temankan aku jumpa doktor. Walaupun aku baru dapat sekali je bunga, walaupun tak dapat surprise present untuk hari-hari tertentu, walaupun tak ada ayat-ayat romantik yang mengjengah henpon aku, tapi aku tahu dia ada cara tersendiri nak tunjuk kasih sayang dia dekat aku. chewah puji lebih nampak.

" i love the way you are" (walaupun kadang-kadang kena complain sket kan) hahaha

Macam biasa, lepas register kena la tunggu giliran. Sekarang ni patient doktor Adilah dah semakin ramai. Kalau dulu datang dalam pukul 9 a.m boleh lagi dapat no 10 kebawah tapi sekarang ni nan hado. berbelas-belas. Selalu doktor estimate sorang patient 15 minit. Kadang-kadang aku dengan hafiz akan keluar pergi jalan-jalan dulu.

Masa doktor tengok result xray tu, dia pun agak terkejut yang tiub aku dah terbuka semula. Alhamdulillah. Masa tu doktor buat viginal scan dan Alhamdulillah, setakat hari tu ovari semua nampak elok. Tapi doktor kata pundi kencing aku berkelodak. Dia suruh aku banyak minum air.

Doktor Adilah kata period akan keluar selepas 11 minggu selepas suntikan terakhir lucrin. Mengikut kiraan aku akan period semula pada awal bulan March. Tapi kalau period sudah lewat, dia suruh buat UPT. Tiub dah terbuka, kemungkinan besar boleh mengandung semulajadi.

Appointment seterus nya pada hari kedua atau ketiga period. Untuk permulaan, dia akan advice untuk kita cuba secara normal. Jika tidak berjaya, akan terus kepada peringkat IUI. Doktor kata cost bermula dari $1300. Limit untuk IUI dua kali sahaja. Peringkat seterusnya adalah IVF. T_T
Kata doktor, kadang-kadang tiub sudah terbuka.  Mungkin ia sekadar tidak tersumbat atau melopong. Sedangkan permukaan tiub tu dah rosak, mungkin tiada lagi rerambut pada permukaan tiub yang bertujuan untuk menyedut atau membantu sperm bergerak. Jadi IVF lah jawapan terbaik.

Consultation fees : $184
Medicine : $ 50

Tapi semua ini kuasa Allah, secara sains begitu la. Tapi ada kawan aku tu, tinggal sebelah je tiub dan ovari nye, tapi boleh juga berjaya secara normal. Hanya Allah sahaja yang tahu jawapan nya.

Masa aku tulis entry ni, hari ke 16 aku period. Aku tak jumpa pun doktor masa hari kedua dan ketiga tempoh hari. Hafiz tak boleh balik masa tu. Lagipun, kalau aku proceed untuk rawatan kesuburan tapi pasangan nya tiada pada masa-masa yang diperlukan pun tiada guna jugak. Jadi kami rehat dahulu untuk bulan ini. InsyaAllah kalau ada rezeki Allah, tak kemana.





Monday, March 3, 2014

Our new crib

Assalamualaikum

Alhamdulillah, tahun 2014 ni Allah bagi kami rezeki untuk beli rumah. Allah dah dengar rintihan aku setiap kali menapak memanjat tangga. Kalau dulu, ada barang tertinggal je memang berbalah-balah siapa yang kena naik atau turun ambil. Kalau dah naik rumah, memang bercinta la nak turun balik. Kawan - kawan yang datang pun memang kena ambil masa 5 minit untuk dapat bernafas secara normal semula. hahaha

Selain itu, mak aku yang ada masalah jantung memang tak pernah naik rumah aku sejak aku kahwin. Kami pun tak berani nak bagi dia ambil risiko ini. Allah makbulkan doa kami. Kebetulan ex boss hafiz nak jual rumah. Blok rumah tu berhampiran dengan pintu masuk, pejabat pengurusan dan kolam. Belakang rumah je. Aku suka! Terus ajak hafiz try Alhamudulillah semua berjalan lancar tapi kami terpaksa jual rumah yang sebelum ni :(

Sebenarnya rumah lama kami dengan rumah baru ni masih lagi dalam kawasan yang sama cuma berbeza blok dan level. Rumah lama kami tu, Hafiz beli sebelum kahwin lagi. Masa tu harga dia murah lagi bawah daripada 100k. Kalau ikutkan kami dah buat rumah tu cantik-cantik dan sayang sangat nak jual. Masa nak pindah haritu pun masih lagi rasa sayu tapi kami kuatkan semangat " Hijrah kepada sesuatu yang lebih baik". InsyaAllah

Kami dah jatuh hati dengan damansara damai!Senang nak pergi kerja, kedai, masjid, sekolah, bank dan highway nak balik kampung pun dekat. Niat dihati nak beli rumah atas tanah tapi bila kami survey, dekat kawasan damansara damai tu rumah landed harga dalam $700k -  $1 juta. piauuuuu

Kami pernah survey landed house dekat saujana utama, sungai buloh dan saujana putra berhampiran dengan putrajaya. Masa tu rumah dekat area situ masih lagi dalam harga rm300k. Masih mampu tapi jauh dari office kami. Tol pergi balik pun dah hampir $10. Jem lagi. Pukul berapa nak keluar rumah dan pukul berapa nak sampai rumah kan?  Rumah dah bayar mahal-mahal tapi habiskan masa atas jalan, sampai rumah terus tidur.

Itu pendapat kami la. Kami rasa buat masa sekarang baik kami beli rumah yang memudahkan cara hidup kami. InsyaAllah ada rezeki boleh upgrade kemudian kan. Ada jugak aku baca nasihat dari pakar hartanah yang suruh beli rumah apartment sahaja.

Ini cerita untuk orang bukan kaya macam kami. Gaji somi isteri bawah 10k sebulan ok. Sesuai la untuk pasangan baru kahwin yang baru mula nak hidup dan ada keluarga kecil-kecilan sahaja.
Katakan kita mampu membeli rumah landed dengan bayaran ansuran maksimum sebanyak RM1500. Kalau kita beli rumah landed, kita cuma dapat beli sebuah rumah dan bayaran bulanan kita dah mencecah nilai maximum budget bulanan.  Kita tak boleh beli rumah kedua dan tdak boleh bagi sewa. Tiada income tambahan disitu.

Tapi kalau kita beli apartment dalam rate RM130k - 180k, bayaran bulanan dalam rate rm800. Kita masih ada baki dari budget bulanan. Kita boleh membeli rumah apartment yang kedua dengan bayaran ansuran sebanyak rm600. Rumah kedua itu boleh la kita sewa dengan harga rm650 sebulan. Jadi kita masih ada baki sebanyak rm750 yang boleh kita allocate kepada benda lain.

                                     Rumah A (RM)          Rumah B (RM)      Penyewa (RM)    
Rumah Landed                   1500                 +         0             -           0                 =        1500                 
Rumah Apartment                800                +         600         -         650               =        750


Kebiasaan nya nilai hartanah atau rumah tidak akan menurun. Jika kita jual rumah kedua selepas 5 tahun. Masa tu mesti dah ada untung banyak boleh la buat downpayment beli rumah landed pulak kan. Mudah-mudahan satu masa nanti rezeki kami bertambah, ahli keluarga pun bertambah boleh la kami cari rumah atas tanah pula. Tapi pada masa tu tak tahu la berapa juta kan harga nye untuk rumah sekangkang kera.

 
Kenangan rumah lama T_T

Tuesday, January 7, 2014

HSG

Assalamualaikum

Dalam perjalanan berliku-liku aku nak dapatkan amanah daripada Allah, aku anggap sebagai cabaran dan pengalaman hidup. Aku dah merasa buat laparoscopy surgery, merasa kesan suntikan lucrin, berkongsi masalah dengan kawan-kawan yang senasib dan sekarang aku dah ada pengalaman untuk prosedur HSG.

Lebih kurang sebulan selepas suntikan Lucrin yang terakhir, dr. Adilah menyarankan aku untuk buat prosedur HSG untuk mendapatkan keputusan tiub fallopian aku samaada masih tersumbat atau sudah terbuka semula.

Apa yang aku faham dengan prosedur HSG ni, sejenis cecair akan dimasukkan melalui vaginal dan doktor akan xray bahagian peranakan kita, untuk mengenalpasti samaada tiub fallopian tersumbat atau tidak. Jika tersumbat cecair tu akan berhenti separuh jalan sebelum sampai ke ovari. Kita boleh nampak melalui x-ray.

Untuk lebih tepat boleh refer dekat sini : HSG Wikipedia

Pengalaman aku dengan HSG ni tak da la seteruk mana pun. Ada orang kata sakit sangat, berdarah-darah dan demam. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan HSG ni.

Aku buat prosedur HSG ni dekat Hospital Tawakal KPJ dengan doktor Fatimah. Doktor Adilah yang suggest. Aku rasa murah dibandingkan dengan hospital lain, dan kita kena buat temujanji awal untuk dapatkan doktor perempuan. Call je KPJ untuk dapatkan temujanji.

Aku punya appointment pada 2 hb Jan 2014 pukul 2.30 petang. Aku sampai ngam-ngam azan zuhur, nurse dekat kaunter tu suruh aku pergi solat dan makan dulu. Pukul 2.15 datang semula. Tak lama lepas tu nama aku dipanggil dan bilik untuk HSG sama seperti bilik x-ray yang lain. Nurse suruh aku salin pakaian yang disediakan dan baring atas katil.

Tak lama lepas tu doktor pun datang, doktor pesan supaya banyak tarik nafas dan rilex-rilex kan kaki dan badan. So, rasa sakit akan kurang. Yang aku ingat, memula doktor masukkan rod besi, yang ni rasa sejuk je. Selepas tu doktor lap vagina dengan kapas. hok ni sakit sikit sebab kapas tu kering. 

Selepas tu doktor masukkan tiub untuk cecair tu. Yang ni rasa agak sakit dan senak. Selepas tu doktor keluarkan semula rod besi tu. Rasa lega sket. Dan doktor suruh aku tengok dekat screen sebelah katil sebab dia nak mula masukkan cecair. Masa ni aku rasa senak. Rasa macam nak period. Tapi kena rilex-rilex je

Aku nampak cecair tu mengalir laju dan cantik je dekat ovari sebelah kanan. Untuk ovari sebelah kiri, air mengalir tapi agak perlahan. Tapi menurut doktor, air tu keluar semula, bermakna laluan dah ada cuma belum bersih sempurna. Menurut doktor Adilah selepas pembedahan tempoh hari, tiub fallopian sebelah kanan sempit, sekarang dah normal. Sebelah kiri totally block, sekarang dah ada laluan. Alhamdulillah ya Allah

Precedur HSG ni dalam masa 15 minit je, tapi kita kena baring atas katil selama setengah jam sebab doktor nak pantau lagi aliran cecair tu selepas setengah jam. Dan report keluar selepas setengah jam berikut nya. Tapi aku idok la pandai sangat nak baca report doktor tu, biar doktor Adilah je yang explain. 

Untuk aku, darah keluar sedikit je masa selepas prosedur tu, selepas tu cuma cecair tu sahaja yang keluar. Dan aku dah boleh berjalan seperti biasa, siap pergi shopping barang rumah lagi tau.

Jumpa doktor esok. Yeay









Thursday, December 26, 2013

PCOS kata doktor VIII

Assalamualaikum

Ini entry terakhir aku menggunakan title seperti diatas. Dan hampir kehabisan nombor. Hahahaha
Pada 6hb December 2013, follow up dengan Dr. Adilah. Aku akan mengambil suntikan yang ketiga dan yang terakhir. Phew!

Panas walaupun dalam airocond! Kepala berdenyut-denyut! PeLupa! Body pain!

Semakin lama semakin banyak kesan Lucrin ni. Aku harap dengan kesan yang aku alami sekarang ni berbaloi baloi dengan keputusan yang baik tak lama lagi. Amin.

Masuk je bilik doktor, dia senyum.

"Hafizah saya tak sabar nak tunggu result HSG awak"

Follow up kali ni doktor buat vaginal scan dan menurut dia, semua nampak macam elok. Cuma tiub yang tersumbat hanya boleh diketahui keputusannya melalui HSG. Samaada masih block atau sudah unblock. 

Doktor suruh aku buat HSG dekat tawakal hospital. Lebih murah. Cuma RM180. Tapi untuk dapat doktor perempuan kalau tak silap Dr. Fatimah, kita kena call awal untuk temujanji. Temujanji telah dibuat, awal January nanti dan follow up bersama Dr. Adilah hari yang berikutnya,

HSG with hospital tawakal
03 40267777

Perasaan? Seram oo nak buat HSG, macam-macam rasa mereka cakap. Dulu buat laparoscopy surgery dalam keadaan tidak sedar. Hok ni hidup-hidup wei. Nanti dah settle aku share pengalaman ok. Selain seram, aku pun berdebar jugak mana la tahu tiub tak terbuka semula :(

Aku tanya doktor mengenai kemungkinan yang negative ni. Dia jawab 90% pesakit dia semua berjaya unblock tapi tak sampai separuh yang berjaya mengandung secara normal. Oh aku takut nya jadi yang 10% itu dan salah seorang daripada separuh yang tak berjaya mengandung secara normal itu. Ya Allah.

Tapi ajal maut rezeki semua dah tertulis. Apa-apa pun keputusan kena redha. Aku harap aku tabah, kuat dan suami sentiasa disisi. 

Doktor macam suruh aku buat IVF jer. Kita tengok la rezeki Allah macammana. 

Sayang, i tahu u tak ada masa panjang nak baca blog syok sendiri i ni. hehehe. Kadang-kadang terkasar bahasa, i mintak maaf. I tak bermaksud nak menentang you walau sebesar kuman. You always be my Imam, my best friend,my housemate, my soulmate, my GPS, my bantal busyuk, my everything and daddy of our child's soon. InsyaAllah. I love u :)

Consultation fees + medicine = RM199

Doakan ye :D


Monday, December 16, 2013

Qaseh Adinda Qaseh Kekanda

Assalamualaikum

Setiap kali aku pergi klinik Dr. Adilah, mesti aku akan jumpa ramai kawan-kawan yang senasib. Ada macam-macam masalah dan kebanyakkan menanti rahsia Allah yang satu itu. Ada yang dah berbelanja beberapa kali untuk IVF. Oh IVF, 3 huruf sahaja, tapi kenapa la kamu begitu mahal?

Sejak join ground endometriosis dekat Facebook, dapat jumpa kawan-kawan yang senasib. Kebaikan nye disini, kita tahu yang kita tak keseorangan dan kita boleh share masalah senasib. "Endometriosis warrior" kata mereka. Tapi kadang-kadang seram juga baca macam-macam masalah dan macam-macam petua tu. Hiks. Tapi yang baik kita ikut yang rasa macam pelik-pelik, better kite rujuk kepada yang pakar dulu. Terima kasih kepada yang mewujudkan group seperti.

Haritu aku ada bersembang dengan sorang kawan ni, tapi Alhamdulillah doa dia dah dimakbulkan Allah swt. Setelah 4 tahun. Pada mula nya doktor kata dia ada cyst dan tiub fallopian tersumbat. Hanya 99% boleh mengandung secara normal. Dia down. Ada rezeki dia untuk buat IVF. Tapi selepas procedure pertama (Besarkan telur) tiada satu pun telur yang matang. IVF terpaksa dihentikan. Tapi Allah maha besar, dia disahkan mengandung dengan sendirinya. Sekarang dah nak masuk anak kedua. Alhamdulillah Alhamudulillah.

Kalau orang senasib macam ni, aku suka tanya petua yang mereka amalkan. Dia kata dia amalkan makanan sunnah seperti kurma ajwa, dan air zam-zam. Tapi agak sukar nak dapatkan kurma ajwa dan air zam-zam tu. Dan dia pun ada mengamalkan Qaseh.

Jadi aku bercadang nak beristiqamah dengan qaseh. Apa itu Qaseh?

Rumusan makanan sunnah khusus untuk lelaki dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, delima dan air zam-zam bersama za'faran dan pelbagai herba terpilih lain serta gum arabic yang bertindak sebagai prebiotik semulajadi. Qaseh Kekanda turut menggabungkan herba khusus untuk lelaki iaitu guarana, ashwaganda dan tribulus. Qaseh Kekanda berfungsi untuk:
  1. Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
  2. Menambah tenaga dalaman dan luaran
  3. Mencerdaskan minda
  4. Membuang toksin
  5. Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
  6. Meningkatkan sistem imun
  7. Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
  8. Mempercepatkan penyembuhan
  9. Menstabilkan mood
Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun. Sangat sesuai untuk mereka yang sibuk dan memerlukan tenaga ekstra setiap hari!




Source :  http://www.powergoat2u.com.my

Hafiz orang yang susah nak makan ubat, dulu aku pernah bagi dia supplement dalam bentuk capsule keluaran jenama yang agak terkenal. Memang dah pesan kena minum banyak air kosong. Tapi Hafiz bukan 24 jam depan mata dan takkan aku nak paksa dia minum macam kanak-kanak. Dan akhir nya dehydration sehinggakan urine berdarah T_T. Tak pasal - pasal melepak dekat hospital 3 hari.

Tapi sejak mengamalkan Qaseh, dia sendiri yang mengaku yang dia dah lebih segar. Belakang dia dah tak sakit. Dan sangat jarang kena selsema atau demam. Dia suka sebab rasa nya sedap dan senang nak amalkan.  Alhamudulillah. Sekarang dah nak masuk 4 botol. Semenjak itu aku pun nak beristiqamah dengan Qaseh.  ini bukan testimoni copy dan paste tau. 

Berminat? Boleh call ATAU sms ATAU e-mail okeh :D

Hafizah : 013 4965001 / hazie_07@yahoo.com.my