Showing posts with label hsg. Show all posts
Showing posts with label hsg. Show all posts

Monday, May 5, 2014

Rawatan susulan April

Assalamualaikum

First Appointment
Setelah dua kali period selepas lucrin, akhirnya aku jumpa juga dengan doktor. Itu pun pada hari yang ke 13 (16/04/14) period. Sepatutnya kena jumpa doktor masa period hari kedua, tapi macam banyak pulak kengkangan lagipun Hafiz tak ada dekat sini. Ku fikirkan tak perlu la jumpa dan proceed rawatan kesuburan untuk sementara waktu. Tapi aku dok baca dekat FB group , ada yang endo naik semula selepas operate rasa macam risau pula. So, ambil keputusan nak jumpa doktor. Hafiz tak ada kali ini, terpaksa la pergi sorang-sorang

Aku ingat doktor akan menyokong dan boleh terima pakai alasan taknak teruskan sementara rawatan tu, tapi last-last kena marah

..........Awak ada PCOS, awak kena datang juga walaupun taknak teruskan rawatan kesuburan sebab awak kena tolong ovum awak untuk matang. Saya buat laparoscopy haritu cuma mengurangkan apa yang dah ada, kalau makin lama awak tak datang makin cepat dia naik semula. Takkan saya nak kena selalu buat ovarian drilling dekat awak................

Gulp. Udah kena marah. Begitu la ayat yang doktor cakap dekat aku. Masa hari ke 13 tu ovum pun tak membesar dengan jaya nya. Hanya 11mm sahaja. Doktor kata sepatut nya hari ke 13 dah boleh jadi 20mm. Itu pun sebelah kanan tapi sebelah kiri kecik-kecik semua nya. Why baby why

Doktor suruh datang semula pada 21/04/14 dan pulang kerumah dengan hati yang sedih. Harga consultation dah naik wooo.

Consultation fees : RM215

Second Appointment
Kali ni hafiz ada dekat KL so boleh la dia temankan. Kali ni bila doctor scan, ada sebiji telur besar dekat sebelah kiri. Sebelah kanan pulak yang tak ada. Hairan bin ajaib. Doktor pun dok godek-godek mencari mana ovum sebelah kanan. Tapi tak jumpa. Beralih ke Ovum sebelah kiri. Dah besar 16mm dan dinding katung dh nipis. Doktor kata dia boleh keluar bila-bila masa. Masatu cecair-cair ovulasi pun dah banyak. Itu yang doktor bagitahu la, aku tengok screen hitam putih tu semua macam sama je. Hahahaha

Doktor suruh bersama selang sehari, tapi apakan daya Hafiz dah nak fly semula ke Terengganu malam tu. Doktor kata kalau sperm berjaya masuk dalam rahim, dia dapat bertahan sehingga 5 hari. Aku tak mengharap apa-apa. Doktor suruh datang semula masa period period kedua untuk proceed IUI. Ontah la nak buat ke tidok.

Consultation fees : RM215

Hmm..ada kawan-kawan yang aku kenal under doktor yang sama, semua dah proceed dengan IUI dan IVF. Alhamdulillah rezeki mereka. Kali ni aku tak nak melawan takdir, dan nak ikut je flow. Mungkin ada sebab kenapa kami belum ada rezeki nak buat rawatan tersebut. Mahal of course. Tapi mungkin ada sebab-sebab yang lain.

Banyak ilmu yang aku dapat semenjak join group-group PCOS dan Endometriosis dekat facebook. Ada yang dah jadi kawan. Mungkin bercerita dengan kawan-kawan yang ada masalah yang sama lagi mudah.



Thursday, March 20, 2014

Selepas HSG


Assalamualaikum

Entry ni dah lama sangat bertangguh. Tapi aku nak kena tulis juga, aku ni cepat lupa daratan dan ingatan hahaha kang dah dua tiga bulan lepas kejadian aku dah tak ingat.  Sekarang ni pun aku dah lupa.

Appointment kali ni memang dah buat masa aku ambil last lucrin. Sebab doktor dah bagi tarikh untuk buat HSG dan datang ke klinik sehari selepas HSG. Appointment pada 3hb January 2014. Hafiz memang ada dekat KL untuk temankan aku jumpa doktor. Walaupun aku baru dapat sekali je bunga, walaupun tak dapat surprise present untuk hari-hari tertentu, walaupun tak ada ayat-ayat romantik yang mengjengah henpon aku, tapi aku tahu dia ada cara tersendiri nak tunjuk kasih sayang dia dekat aku. chewah puji lebih nampak.

" i love the way you are" (walaupun kadang-kadang kena complain sket kan) hahaha

Macam biasa, lepas register kena la tunggu giliran. Sekarang ni patient doktor Adilah dah semakin ramai. Kalau dulu datang dalam pukul 9 a.m boleh lagi dapat no 10 kebawah tapi sekarang ni nan hado. berbelas-belas. Selalu doktor estimate sorang patient 15 minit. Kadang-kadang aku dengan hafiz akan keluar pergi jalan-jalan dulu.

Masa doktor tengok result xray tu, dia pun agak terkejut yang tiub aku dah terbuka semula. Alhamdulillah. Masa tu doktor buat viginal scan dan Alhamdulillah, setakat hari tu ovari semua nampak elok. Tapi doktor kata pundi kencing aku berkelodak. Dia suruh aku banyak minum air.

Doktor Adilah kata period akan keluar selepas 11 minggu selepas suntikan terakhir lucrin. Mengikut kiraan aku akan period semula pada awal bulan March. Tapi kalau period sudah lewat, dia suruh buat UPT. Tiub dah terbuka, kemungkinan besar boleh mengandung semulajadi.

Appointment seterus nya pada hari kedua atau ketiga period. Untuk permulaan, dia akan advice untuk kita cuba secara normal. Jika tidak berjaya, akan terus kepada peringkat IUI. Doktor kata cost bermula dari $1300. Limit untuk IUI dua kali sahaja. Peringkat seterusnya adalah IVF. T_T
Kata doktor, kadang-kadang tiub sudah terbuka.  Mungkin ia sekadar tidak tersumbat atau melopong. Sedangkan permukaan tiub tu dah rosak, mungkin tiada lagi rerambut pada permukaan tiub yang bertujuan untuk menyedut atau membantu sperm bergerak. Jadi IVF lah jawapan terbaik.

Consultation fees : $184
Medicine : $ 50

Tapi semua ini kuasa Allah, secara sains begitu la. Tapi ada kawan aku tu, tinggal sebelah je tiub dan ovari nye, tapi boleh juga berjaya secara normal. Hanya Allah sahaja yang tahu jawapan nya.

Masa aku tulis entry ni, hari ke 16 aku period. Aku tak jumpa pun doktor masa hari kedua dan ketiga tempoh hari. Hafiz tak boleh balik masa tu. Lagipun, kalau aku proceed untuk rawatan kesuburan tapi pasangan nya tiada pada masa-masa yang diperlukan pun tiada guna jugak. Jadi kami rehat dahulu untuk bulan ini. InsyaAllah kalau ada rezeki Allah, tak kemana.





Tuesday, January 7, 2014

HSG

Assalamualaikum

Dalam perjalanan berliku-liku aku nak dapatkan amanah daripada Allah, aku anggap sebagai cabaran dan pengalaman hidup. Aku dah merasa buat laparoscopy surgery, merasa kesan suntikan lucrin, berkongsi masalah dengan kawan-kawan yang senasib dan sekarang aku dah ada pengalaman untuk prosedur HSG.

Lebih kurang sebulan selepas suntikan Lucrin yang terakhir, dr. Adilah menyarankan aku untuk buat prosedur HSG untuk mendapatkan keputusan tiub fallopian aku samaada masih tersumbat atau sudah terbuka semula.

Apa yang aku faham dengan prosedur HSG ni, sejenis cecair akan dimasukkan melalui vaginal dan doktor akan xray bahagian peranakan kita, untuk mengenalpasti samaada tiub fallopian tersumbat atau tidak. Jika tersumbat cecair tu akan berhenti separuh jalan sebelum sampai ke ovari. Kita boleh nampak melalui x-ray.

Untuk lebih tepat boleh refer dekat sini : HSG Wikipedia

Pengalaman aku dengan HSG ni tak da la seteruk mana pun. Ada orang kata sakit sangat, berdarah-darah dan demam. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan HSG ni.

Aku buat prosedur HSG ni dekat Hospital Tawakal KPJ dengan doktor Fatimah. Doktor Adilah yang suggest. Aku rasa murah dibandingkan dengan hospital lain, dan kita kena buat temujanji awal untuk dapatkan doktor perempuan. Call je KPJ untuk dapatkan temujanji.

Aku punya appointment pada 2 hb Jan 2014 pukul 2.30 petang. Aku sampai ngam-ngam azan zuhur, nurse dekat kaunter tu suruh aku pergi solat dan makan dulu. Pukul 2.15 datang semula. Tak lama lepas tu nama aku dipanggil dan bilik untuk HSG sama seperti bilik x-ray yang lain. Nurse suruh aku salin pakaian yang disediakan dan baring atas katil.

Tak lama lepas tu doktor pun datang, doktor pesan supaya banyak tarik nafas dan rilex-rilex kan kaki dan badan. So, rasa sakit akan kurang. Yang aku ingat, memula doktor masukkan rod besi, yang ni rasa sejuk je. Selepas tu doktor lap vagina dengan kapas. hok ni sakit sikit sebab kapas tu kering. 

Selepas tu doktor masukkan tiub untuk cecair tu. Yang ni rasa agak sakit dan senak. Selepas tu doktor keluarkan semula rod besi tu. Rasa lega sket. Dan doktor suruh aku tengok dekat screen sebelah katil sebab dia nak mula masukkan cecair. Masa ni aku rasa senak. Rasa macam nak period. Tapi kena rilex-rilex je

Aku nampak cecair tu mengalir laju dan cantik je dekat ovari sebelah kanan. Untuk ovari sebelah kiri, air mengalir tapi agak perlahan. Tapi menurut doktor, air tu keluar semula, bermakna laluan dah ada cuma belum bersih sempurna. Menurut doktor Adilah selepas pembedahan tempoh hari, tiub fallopian sebelah kanan sempit, sekarang dah normal. Sebelah kiri totally block, sekarang dah ada laluan. Alhamdulillah ya Allah

Precedur HSG ni dalam masa 15 minit je, tapi kita kena baring atas katil selama setengah jam sebab doktor nak pantau lagi aliran cecair tu selepas setengah jam. Dan report keluar selepas setengah jam berikut nya. Tapi aku idok la pandai sangat nak baca report doktor tu, biar doktor Adilah je yang explain. 

Untuk aku, darah keluar sedikit je masa selepas prosedur tu, selepas tu cuma cecair tu sahaja yang keluar. Dan aku dah boleh berjalan seperti biasa, siap pergi shopping barang rumah lagi tau.

Jumpa doktor esok. Yeay