Monday, March 3, 2014

Our new crib

Assalamualaikum

Alhamdulillah, tahun 2014 ni Allah bagi kami rezeki untuk beli rumah. Allah dah dengar rintihan aku setiap kali menapak memanjat tangga. Kalau dulu, ada barang tertinggal je memang berbalah-balah siapa yang kena naik atau turun ambil. Kalau dah naik rumah, memang bercinta la nak turun balik. Kawan - kawan yang datang pun memang kena ambil masa 5 minit untuk dapat bernafas secara normal semula. hahaha

Selain itu, mak aku yang ada masalah jantung memang tak pernah naik rumah aku sejak aku kahwin. Kami pun tak berani nak bagi dia ambil risiko ini. Allah makbulkan doa kami. Kebetulan ex boss hafiz nak jual rumah. Blok rumah tu berhampiran dengan pintu masuk, pejabat pengurusan dan kolam. Belakang rumah je. Aku suka! Terus ajak hafiz try Alhamudulillah semua berjalan lancar tapi kami terpaksa jual rumah yang sebelum ni :(

Sebenarnya rumah lama kami dengan rumah baru ni masih lagi dalam kawasan yang sama cuma berbeza blok dan level. Rumah lama kami tu, Hafiz beli sebelum kahwin lagi. Masa tu harga dia murah lagi bawah daripada 100k. Kalau ikutkan kami dah buat rumah tu cantik-cantik dan sayang sangat nak jual. Masa nak pindah haritu pun masih lagi rasa sayu tapi kami kuatkan semangat " Hijrah kepada sesuatu yang lebih baik". InsyaAllah

Kami dah jatuh hati dengan damansara damai!Senang nak pergi kerja, kedai, masjid, sekolah, bank dan highway nak balik kampung pun dekat. Niat dihati nak beli rumah atas tanah tapi bila kami survey, dekat kawasan damansara damai tu rumah landed harga dalam $700k -  $1 juta. piauuuuu

Kami pernah survey landed house dekat saujana utama, sungai buloh dan saujana putra berhampiran dengan putrajaya. Masa tu rumah dekat area situ masih lagi dalam harga rm300k. Masih mampu tapi jauh dari office kami. Tol pergi balik pun dah hampir $10. Jem lagi. Pukul berapa nak keluar rumah dan pukul berapa nak sampai rumah kan?  Rumah dah bayar mahal-mahal tapi habiskan masa atas jalan, sampai rumah terus tidur.

Itu pendapat kami la. Kami rasa buat masa sekarang baik kami beli rumah yang memudahkan cara hidup kami. InsyaAllah ada rezeki boleh upgrade kemudian kan. Ada jugak aku baca nasihat dari pakar hartanah yang suruh beli rumah apartment sahaja.

Ini cerita untuk orang bukan kaya macam kami. Gaji somi isteri bawah 10k sebulan ok. Sesuai la untuk pasangan baru kahwin yang baru mula nak hidup dan ada keluarga kecil-kecilan sahaja.
Katakan kita mampu membeli rumah landed dengan bayaran ansuran maksimum sebanyak RM1500. Kalau kita beli rumah landed, kita cuma dapat beli sebuah rumah dan bayaran bulanan kita dah mencecah nilai maximum budget bulanan.  Kita tak boleh beli rumah kedua dan tdak boleh bagi sewa. Tiada income tambahan disitu.

Tapi kalau kita beli apartment dalam rate RM130k - 180k, bayaran bulanan dalam rate rm800. Kita masih ada baki dari budget bulanan. Kita boleh membeli rumah apartment yang kedua dengan bayaran ansuran sebanyak rm600. Rumah kedua itu boleh la kita sewa dengan harga rm650 sebulan. Jadi kita masih ada baki sebanyak rm750 yang boleh kita allocate kepada benda lain.

                                     Rumah A (RM)          Rumah B (RM)      Penyewa (RM)    
Rumah Landed                   1500                 +         0             -           0                 =        1500                 
Rumah Apartment                800                +         600         -         650               =        750


Kebiasaan nya nilai hartanah atau rumah tidak akan menurun. Jika kita jual rumah kedua selepas 5 tahun. Masa tu mesti dah ada untung banyak boleh la buat downpayment beli rumah landed pulak kan. Mudah-mudahan satu masa nanti rezeki kami bertambah, ahli keluarga pun bertambah boleh la kami cari rumah atas tanah pula. Tapi pada masa tu tak tahu la berapa juta kan harga nye untuk rumah sekangkang kera.

 
Kenangan rumah lama T_T

No comments:

Post a Comment