Tuesday, April 8, 2014

Destinasi Cinta - Hong Kong Part 1

Assalamualaikum

Hari Pertama

Tiket ke Hong kong aku booked masa tergolek-golek dekat kampung sebab medical leave 21 hari.  Dah lama tak dapat cuti lama-lama, bosan tak tahu nak buat apa, jadi kerjanya hari-hari buka website Air Asia.hahaha kebetulan masatu AA ada promo bulan October 2013.

Returns tiket untuk 2 orang ke Hong Kong cuma $800 (Termasuk seat). Sesi memujuk selesai (mesti la ada drama sikit) dan akhirnya berjaya. Aku booked tiket ke Hong Kong pada 20 February @ 6.15 am dan return pada 23 February @ 8.30 pm. Masa tu ada lagi 4 bulan untuk kumpul duit untuk kesana. hehe

Sebab kami tak ada duit berkepuk dalam bank, setiap bulan aku akan add on meal dan luggage untuk perjalanan pergi dan balik. Luggage aku ambil 25 kg dan makanan pulak aku amik 3 meals semasa pergi dan 2 meals semasa balik.

Pada mula nya bila aku cakap nak pergi ke Hong Kong semua akan tanya apa yang ada dekat Hong Kong. Termasuk la Hafiz yang pada mulanya telah membantah plan aku ni. Tapi sebenarnya empat hari dekat HK tak cukup okeh sebab terlalu banyak tempat yang best!

Hong kong seperti singapore. Kecil tetapi maju. Kawasan sangat terhad, jadi penginapan dekat hong kong sangat mahal. Ramai yang suggest untuk stay sekitar kawasan Tsim sha shui.

#Tsim sha thui ni ibarat nadi kepada hong kong. Waktu malamnya meriah, dekat dengan shopping mall dan pengangkutan awam seperti bas dan MTR.

#MTR : Mass transit railway (Subway) dekat Hong Kong sangat sistematik. Kebanyakkan station bawah tanah dan kita tak perlu berjalan jauh untuk transit. Kena pandai baca MTR map, mesti selamat sampai. Octopus card jangan lupa topup :D

Bagi aku, hotel dekat Hong Kong sangat mahal. Hotel satu bintang dan bilik sebesar 8 s/ft je dah costed me about $170. Pensan! Aku survey melalui Agoda.com dan dah terkenan dekat Pearl Guest House. Sama macam meal dan luggage, bilik hotel pun aku booking satu bilik setiap bulan. Dapat gaji booking satu bilik, bulan depan lagi satu. Hahahaha Akhir nya settle jugak hotel untuk 3 malam

Pearl Guest House (Source : agoda.com)
The corridor Pearl Guest House (Source : agoda.com)

#Dekat area Tsim sha shui, ada 2 bangunan yang popular iaitu Mirador Mansion dan Chungkin Mansion. Dalam Bangunan 17 tingkat inilah terletak nya hotel, kedai-kedai,  kilang, stor, rumah orang dan macam-macam lagi. Hotel-hotel yang ada dekat sini berasal daripada unit-unit yang telah di ubah suai.

#Keadaan bangunan memang agak hampagas sket sebab kita akan berjumpa dengan macam-macam orang, lif pun agak kecil dan perlu beratur kalau kena time peak hour. So far kami tak pernah tunggu lama untuk menaiki lif. Tapi bila kita dah masuk hotel, semua nya ok. Lagipun pintu utama hotel ada access card dan cctv.

# Jangan merungut dapat bilik yang ada katil dan sedikit je ruang untuk berdiri. Hahaha Aku pernah baca blog, ada penduduk vateran Hong Kong yang tinggal dalam kandang / sangkar sebab tak mampu nak menyewa rumah. Sangkar pun dah berharga AS200 sebulan. Nak bilik besau boleh la lepak dekat Disneyland Hotel okeh.

Kami akan berada dekat HK selama 4 hari 3 malam dekat sana, sebelum berangkat aku dah buat kaji selidik tempat-tempat wajib pergi. Bila aku survey website, lagi berbaloi beli tiket online berbanding walk in. Jimat masa dan online tiket lebih murah. Tapi aku macam tak berapa yakin. Seseorang memberi advice dekat aku untuk membeli tiket daripada agent yang ada dekat Malaysia. Semua entrance ticket dekat HK aku beli daripada starmoonvacations. Memang lagi berbaloi dan mudah. Aku tak perlu pening-pening fikir pasal tiket.

# Kita cuma perlu isi form yang disediakan dalam website starmoonvacations dan kita akan mendapat feedback melalui e-mail. Apa-apa soalan boleh ditanya melalui e-mail. Kalau semua OK, bank in dan mereka akan poskan tiket kepada kita atau boleh collect sendiri. Boleh refer website mereka.

Okeh, selesai flight, hotel dan entrance ticket. Akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. chewah. Naik first flight ni menuntut kami untuk keluar dari rumah sekurang-kurangnya pukul 3 pagi. Seperti biasa kami parking kereta dekat  car park favorite $16 perday berhampiran dengan Tune Hotel. Perjalanan ke Hong Kong mengambil masa 4 jam.

#Hong Kong tak perlu visa, jangan lupa check passport expired date, tukar Ringgit Malaysia ke Hong Kong Dollar dan aktifkan card credit ke Luar Negara okeh

Suka passport case ni

Kami tiba dekat Hong Kong International Airport lebih kurang pukul 10.30 am. Hong Kong International Airport ni boleh tahan besau. Nak kena naik tren khas ke terminal 2 untuk baggage reclaim dan urusan imegresen. Jangan risau, kita cuma perlu ikut sign board dan confirm tak sesat.

Train untuk ke Terminal 2

Baggage reclaim

Otw to bus terminal

Kami dah sedia maklum Hong Kong waktu tu musim sejuk. Hong Kong termasuk dalam negara yang ada 4 musim walaupun musim sejuk dekat Hong Kong tak ada salji. Kami ada tanya kawan-kawan yang dah pergi dan mereka kata cukup sekadar bawa sweater atau cardigan. Masa kami sampai suhu masa itu adalah 12 c. Sejuk weii. Menyesal tak bawa baju sejuk bulus-bulus. Hafiz dok mengomel aku tak bagi dia bawak baju tebal. Mana ku tahu Haishhh

Settle urusan imegresen dan tuntutan luggage, bermula perjalanan kami di Hong Kong. Benda pertama yang kena buat adalah membeli Octopus card untuk setiap seorang. Octopus card boleh dibeli dikaunter MTR didalam airport.

# Octopus card ni adalah card serbaguna sebab boleh digunakan untuk menaiki bus, MTR, membeli makanan, dan sebagainya. Octopus card ni ala-ala touch and go

# Harga Octopus card ni HKD 150 dan nilai dalam card sebanyak HKD 100, lagi HKD 50 adalah deposit card. HKD 50 dan baki dalam card akan akan dikembalikan semasa kita memulangkan card

Destinasi kami yang pertama ialah Tsim sha tsui. Nak kena check in Hotel dan letak luggage sebelum meneruskan perjalanan. Hoyeah!!! Ada 3 cara untuk ke Tsim sha tsui, sama ada menaiki teksi, train ataupun bas. Kami memilih untuk menaiki bas. Cost menaiki bas lagi murah berbanding teksi dan train. Tambang bas dari Hong Kong International airport ke Tsim sha tsui cuma HKD 33. Keluar daripada Arrival hall kita akan nampak kaunter MTR, ikut sign board untuk ke hentian bas.

Ambil bus no A21 atau boleh refer pada papan kenyataan untuk mendapatkan no bas yang lagi tepat. Kebanyakan bas dekat sana 2 tingkat, kita boleh letak luggage pada bahagian bawah (with cctv) dan kita boleh pilih untuk duduk dibahagian bawah atau atas. Kita akan turun di perhentian no 13 ( 82- 84 Nathan Road near Tsim Sha Tsui Station). Setiap perhentian akan dipaparkan pada papan digital dalam bus. So jangan risau kalau kita tak pasti nak turun dekat mana.

Bus terminal. Double Decker

Dalam bus. Ready to go

Perhentian bas kami tak jauh dari mirador mansion. Tapi masa tu kepala aku dah start pening-pening lalat mungkin sebab tak tidur dari malam tadi. Cuma dapat tidur sekejap dalam dalam flight. Aku geram sangat sebab tertinggal activ fast dekat Malaysia.  Hish.
Sebelum check in, sempat singgah farmasi dan aku beli paracetamol. Memula macam was-was jugak nak makan ubat takda kelulusan KKM  tapi sebab dah sakit sangat, aku telan je la. Nasib baik hidup sampai harini.

Memula macam cuak jugak masa masuk dalam mirador mansion tu, sebab tak nampak ciri-ciri hotel pun. Nak cari signboard hotel punya la susah tapi bila dah jumpa dan dah masuk ke dalam hotel boleh tahan jugak. Lepas check in je kami terus lurus-luruskan badan dan having our lunch dalam bilik. Makan nasi lemak AA je. Sebab tu den beli 3 bungkus Hahahaha

Lift to Hotel @ Level 17

Ground floor Mirador Mansion
#Dalam bilik kami ada katil queen, peti ais comel, peti besi, meja sisi, kipas, aircond, bilik air dengan shower, berus gigi, sabun, shampoo dan tuala mandi. Kita boleh ambil air sejuk atau air panas yang disediakan dekat pantry. Microwave oven pun hado. Not bad at all.

Panjang sangat dah ni. Mari kita sambung lagi

xoxo

1 comment:

  1. ermm syoknye..saya suka baca blog awak.menarik sgt

    ReplyDelete