Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Monday, March 3, 2014

Our new crib

Assalamualaikum

Alhamdulillah, tahun 2014 ni Allah bagi kami rezeki untuk beli rumah. Allah dah dengar rintihan aku setiap kali menapak memanjat tangga. Kalau dulu, ada barang tertinggal je memang berbalah-balah siapa yang kena naik atau turun ambil. Kalau dah naik rumah, memang bercinta la nak turun balik. Kawan - kawan yang datang pun memang kena ambil masa 5 minit untuk dapat bernafas secara normal semula. hahaha

Selain itu, mak aku yang ada masalah jantung memang tak pernah naik rumah aku sejak aku kahwin. Kami pun tak berani nak bagi dia ambil risiko ini. Allah makbulkan doa kami. Kebetulan ex boss hafiz nak jual rumah. Blok rumah tu berhampiran dengan pintu masuk, pejabat pengurusan dan kolam. Belakang rumah je. Aku suka! Terus ajak hafiz try Alhamudulillah semua berjalan lancar tapi kami terpaksa jual rumah yang sebelum ni :(

Sebenarnya rumah lama kami dengan rumah baru ni masih lagi dalam kawasan yang sama cuma berbeza blok dan level. Rumah lama kami tu, Hafiz beli sebelum kahwin lagi. Masa tu harga dia murah lagi bawah daripada 100k. Kalau ikutkan kami dah buat rumah tu cantik-cantik dan sayang sangat nak jual. Masa nak pindah haritu pun masih lagi rasa sayu tapi kami kuatkan semangat " Hijrah kepada sesuatu yang lebih baik". InsyaAllah

Kami dah jatuh hati dengan damansara damai!Senang nak pergi kerja, kedai, masjid, sekolah, bank dan highway nak balik kampung pun dekat. Niat dihati nak beli rumah atas tanah tapi bila kami survey, dekat kawasan damansara damai tu rumah landed harga dalam $700k -  $1 juta. piauuuuu

Kami pernah survey landed house dekat saujana utama, sungai buloh dan saujana putra berhampiran dengan putrajaya. Masa tu rumah dekat area situ masih lagi dalam harga rm300k. Masih mampu tapi jauh dari office kami. Tol pergi balik pun dah hampir $10. Jem lagi. Pukul berapa nak keluar rumah dan pukul berapa nak sampai rumah kan?  Rumah dah bayar mahal-mahal tapi habiskan masa atas jalan, sampai rumah terus tidur.

Itu pendapat kami la. Kami rasa buat masa sekarang baik kami beli rumah yang memudahkan cara hidup kami. InsyaAllah ada rezeki boleh upgrade kemudian kan. Ada jugak aku baca nasihat dari pakar hartanah yang suruh beli rumah apartment sahaja.

Ini cerita untuk orang bukan kaya macam kami. Gaji somi isteri bawah 10k sebulan ok. Sesuai la untuk pasangan baru kahwin yang baru mula nak hidup dan ada keluarga kecil-kecilan sahaja.
Katakan kita mampu membeli rumah landed dengan bayaran ansuran maksimum sebanyak RM1500. Kalau kita beli rumah landed, kita cuma dapat beli sebuah rumah dan bayaran bulanan kita dah mencecah nilai maximum budget bulanan.  Kita tak boleh beli rumah kedua dan tdak boleh bagi sewa. Tiada income tambahan disitu.

Tapi kalau kita beli apartment dalam rate RM130k - 180k, bayaran bulanan dalam rate rm800. Kita masih ada baki dari budget bulanan. Kita boleh membeli rumah apartment yang kedua dengan bayaran ansuran sebanyak rm600. Rumah kedua itu boleh la kita sewa dengan harga rm650 sebulan. Jadi kita masih ada baki sebanyak rm750 yang boleh kita allocate kepada benda lain.

                                     Rumah A (RM)          Rumah B (RM)      Penyewa (RM)    
Rumah Landed                   1500                 +         0             -           0                 =        1500                 
Rumah Apartment                800                +         600         -         650               =        750


Kebiasaan nya nilai hartanah atau rumah tidak akan menurun. Jika kita jual rumah kedua selepas 5 tahun. Masa tu mesti dah ada untung banyak boleh la buat downpayment beli rumah landed pulak kan. Mudah-mudahan satu masa nanti rezeki kami bertambah, ahli keluarga pun bertambah boleh la kami cari rumah atas tanah pula. Tapi pada masa tu tak tahu la berapa juta kan harga nye untuk rumah sekangkang kera.

 
Kenangan rumah lama T_T

Sunday, April 24, 2011

Dibawah atap rumbia~

Source: Google Image

"Rumah Ku Syurga Ku"

Nak beli umah kat kawasan KL ni sangat la ader pro n kontra nyeh...

Adeiii....

Kalau nak beli yang btol2 area hot n berhampiran LRT n Nampak 2 batang KLCC tu kompem harga nye dh melambung2..kot ader yang mampu milik..tp kawasan nye..adeii..idok selera...

Tak tau ke depa yg sekarang ni semua orang dh bleh dikatakan ader kereta..wat umah apartment tinggi melangit..pastu banyak plak blok nye kat kawasan yang kecik..bile mlm2 azab okeh nk parking...kalau bernasib baik dapat la..kalau x kne wat double parking n x leh tarik handbreak..adeiiii..

Kan ader alternative parking bertingkat and wat la rumah yang semenggah sket seiringan ngan zaman skang..ni smua main tangkap muat jerk..tempat buat sampah pun x der..ai tgk umah lama kat lg proper..dapur pun ader block, ader kolong pembuangan sampah dan sebagai nya..Walaupun umah itu dibina utk kos rendah dan sederhana tapi biarlah proper2 sket kan...

Dan kenapa lah kat KL nie banyak sangat condo mewah dan akhir nya hanya mampu dimiliki oleh orang asing yang kayo-kayo tu..haishhhh

Satu hal lg,umah kos2 murah yang dekat dengan kawasan-kawasan hot nie sangat la banyak foreigner nye..x kira la depa dtg secara sah ker x..tapi sangat la x selesa okeh..

Ai pernah view satu umah ni..saja nk riki-riki...agent tu cakap ader penyewa tp ai lupa nk tanya sapa penyewa nyeh..sekali bukak pintu..amik kau..gulap gulita smua nye..cekci meksi lak tu...eeeuuuuu...si nigest smua nyeh..en.hafiz x bagi ai masuk..ai pun x rela...biar la dia sorang jerk yg tengok..x sampai 2 mimit dia pun dh kuar..dia pun x rela nk dok dalam lelama...

Begitu lah..kalau kawasan yang hot macam tu..umah yg mampu dimiliki mesti ada criteria2 seperti itu..sangat menyedihkan..kalau berkenan yg berbakoni n try tanya price mesti 150k above...kalau balik KG tu dh leh dapat double storey..xpun wat umh yang ader 7 bilik..tiap2 ari pun leh tuko bilik utk seminggu..hiksss

Ader yang best macam sardin..ader yang x macam sardin belakang kubuq cina plak..ader yang ok jalan masuk nye macam nak masuk hutan simpan..ader yang dah terpahat kat jiwa tapi siap ader forum discuss keburukan umah tu..huh..*ngomel sengsorang*

And....

Kalau umah yang sangat cantik..sangat memenuhi criteria mesti sangat jauh..macam2 jenis pokok,beratus2 tiang lampu dan berpuluh2 traffic lite baru lah sampai kat opis..alamat plak mesti ada "pinggiran bla bla bla" nama pun dh nmpk dipinggirkan...

Tapi dengan harapan dan impian untuk membina keluarga..eceh...rumah ku syurga ku...tempat untuk berehat with quality time with good environment biarlah jauh dari kesesakkan Kelumpo ni tayang..x nampak KLCC pun xper...skang dok kat KL ni bleh kire bapa kali kite melawat KLCC, naik LRT kan..last2 chong jugak kite bawak kehulu kehilir..last2 wangsa walk ni jugak yang kite lawat..huhuhu..Ader orang sanggup berulang dari Seremban ke KL sebab nak duduk kawasan yang tenang...yang jauh tu akan jadi dekat bile pokok-pokok,tiang lampu,lubang jalan dah kenal kite...hiksss~

Bak kata orang,merangkak-merangkak dahulu..nanti kite akan berlari...biar yang kecik-kecik dulu nanti dah kayo baru la cari umah ala-ala yusoff haslam gitu~~amin amin amin

Bukan nak berlagak bukan nak menunjuk bukan nak terburu-buru..tapi memandang kan sewa kat KL ni dh bleh bayar installment umah..bayar-bayar +- rm500 dan akhir nya rumah tu akan jadi milik sendiri bukan kah lg untung daripada membayar sewa and end up tuan umah jugak yg kayo!

Permudahkan segala urusan...makbulkan lah impian kami~amin

Sekian

Tata