Tuesday, January 7, 2014

HSG

Assalamualaikum

Dalam perjalanan berliku-liku aku nak dapatkan amanah daripada Allah, aku anggap sebagai cabaran dan pengalaman hidup. Aku dah merasa buat laparoscopy surgery, merasa kesan suntikan lucrin, berkongsi masalah dengan kawan-kawan yang senasib dan sekarang aku dah ada pengalaman untuk prosedur HSG.

Lebih kurang sebulan selepas suntikan Lucrin yang terakhir, dr. Adilah menyarankan aku untuk buat prosedur HSG untuk mendapatkan keputusan tiub fallopian aku samaada masih tersumbat atau sudah terbuka semula.

Apa yang aku faham dengan prosedur HSG ni, sejenis cecair akan dimasukkan melalui vaginal dan doktor akan xray bahagian peranakan kita, untuk mengenalpasti samaada tiub fallopian tersumbat atau tidak. Jika tersumbat cecair tu akan berhenti separuh jalan sebelum sampai ke ovari. Kita boleh nampak melalui x-ray.

Untuk lebih tepat boleh refer dekat sini : HSG Wikipedia

Pengalaman aku dengan HSG ni tak da la seteruk mana pun. Ada orang kata sakit sangat, berdarah-darah dan demam. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan HSG ni.

Aku buat prosedur HSG ni dekat Hospital Tawakal KPJ dengan doktor Fatimah. Doktor Adilah yang suggest. Aku rasa murah dibandingkan dengan hospital lain, dan kita kena buat temujanji awal untuk dapatkan doktor perempuan. Call je KPJ untuk dapatkan temujanji.

Aku punya appointment pada 2 hb Jan 2014 pukul 2.30 petang. Aku sampai ngam-ngam azan zuhur, nurse dekat kaunter tu suruh aku pergi solat dan makan dulu. Pukul 2.15 datang semula. Tak lama lepas tu nama aku dipanggil dan bilik untuk HSG sama seperti bilik x-ray yang lain. Nurse suruh aku salin pakaian yang disediakan dan baring atas katil.

Tak lama lepas tu doktor pun datang, doktor pesan supaya banyak tarik nafas dan rilex-rilex kan kaki dan badan. So, rasa sakit akan kurang. Yang aku ingat, memula doktor masukkan rod besi, yang ni rasa sejuk je. Selepas tu doktor lap vagina dengan kapas. hok ni sakit sikit sebab kapas tu kering. 

Selepas tu doktor masukkan tiub untuk cecair tu. Yang ni rasa agak sakit dan senak. Selepas tu doktor keluarkan semula rod besi tu. Rasa lega sket. Dan doktor suruh aku tengok dekat screen sebelah katil sebab dia nak mula masukkan cecair. Masa ni aku rasa senak. Rasa macam nak period. Tapi kena rilex-rilex je

Aku nampak cecair tu mengalir laju dan cantik je dekat ovari sebelah kanan. Untuk ovari sebelah kiri, air mengalir tapi agak perlahan. Tapi menurut doktor, air tu keluar semula, bermakna laluan dah ada cuma belum bersih sempurna. Menurut doktor Adilah selepas pembedahan tempoh hari, tiub fallopian sebelah kanan sempit, sekarang dah normal. Sebelah kiri totally block, sekarang dah ada laluan. Alhamdulillah ya Allah

Precedur HSG ni dalam masa 15 minit je, tapi kita kena baring atas katil selama setengah jam sebab doktor nak pantau lagi aliran cecair tu selepas setengah jam. Dan report keluar selepas setengah jam berikut nya. Tapi aku idok la pandai sangat nak baca report doktor tu, biar doktor Adilah je yang explain. 

Untuk aku, darah keluar sedikit je masa selepas prosedur tu, selepas tu cuma cecair tu sahaja yang keluar. Dan aku dah boleh berjalan seperti biasa, siap pergi shopping barang rumah lagi tau.

Jumpa doktor esok. Yeay









2 comments:

  1. syukur dengan nikmat zuriat..
    yang penting jangan mengalah dan terus berusaha sehingga berjaya.

    saya juga turut berkongsi psl tiub fallopio tersumbat ni.

    Tiub Fallopio Tersumbat? Jangan Risau, Anda Masih Boleh Hamil. | Diari Mama

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Sy nak share pengalaman HSG harini 22/09/16 di KPJ Damansara.. Dr yg entertain sy ialah dr norhayati mokhty.. 1st nak buat kat KPJ Ampang tp doc on the CD10 sy that't why tukar ke KPJ Damansara asalkan doc perempuan hehe sebelum pergi dah baca pengalaman TTCian semua mmg takuttt ramai bg feedback negative iaitu sakit.. Tp dah lalui sendiri harini yessss memang sakitttt.. Lebih sakit drpd period pain.. Alhamdulillah result sy semua normal takde apa masalah.. Bayaran RM203 sbb refer pakai surat LPPKN.. Kalau refer pakai surat klinik swasta lain harga lebih mahal.. Tp husband keja govt so boleh claim.. Now focused on husband plak sbb sperm kurang.. Apa2 pun this is my 1st time comment kat any blog tp utk info bersama sy share jgk hehe semoga TTCian semua dimurahkan rezeki anak ye

    ReplyDelete