Thursday, December 26, 2013

PCOS kata doktor VIII

Assalamualaikum

Ini entry terakhir aku menggunakan title seperti diatas. Dan hampir kehabisan nombor. Hahahaha
Pada 6hb December 2013, follow up dengan Dr. Adilah. Aku akan mengambil suntikan yang ketiga dan yang terakhir. Phew!

Panas walaupun dalam airocond! Kepala berdenyut-denyut! PeLupa! Body pain!

Semakin lama semakin banyak kesan Lucrin ni. Aku harap dengan kesan yang aku alami sekarang ni berbaloi baloi dengan keputusan yang baik tak lama lagi. Amin.

Masuk je bilik doktor, dia senyum.

"Hafizah saya tak sabar nak tunggu result HSG awak"

Follow up kali ni doktor buat vaginal scan dan menurut dia, semua nampak macam elok. Cuma tiub yang tersumbat hanya boleh diketahui keputusannya melalui HSG. Samaada masih block atau sudah unblock. 

Doktor suruh aku buat HSG dekat tawakal hospital. Lebih murah. Cuma RM180. Tapi untuk dapat doktor perempuan kalau tak silap Dr. Fatimah, kita kena call awal untuk temujanji. Temujanji telah dibuat, awal January nanti dan follow up bersama Dr. Adilah hari yang berikutnya,

HSG with hospital tawakal
03 40267777

Perasaan? Seram oo nak buat HSG, macam-macam rasa mereka cakap. Dulu buat laparoscopy surgery dalam keadaan tidak sedar. Hok ni hidup-hidup wei. Nanti dah settle aku share pengalaman ok. Selain seram, aku pun berdebar jugak mana la tahu tiub tak terbuka semula :(

Aku tanya doktor mengenai kemungkinan yang negative ni. Dia jawab 90% pesakit dia semua berjaya unblock tapi tak sampai separuh yang berjaya mengandung secara normal. Oh aku takut nya jadi yang 10% itu dan salah seorang daripada separuh yang tak berjaya mengandung secara normal itu. Ya Allah.

Tapi ajal maut rezeki semua dah tertulis. Apa-apa pun keputusan kena redha. Aku harap aku tabah, kuat dan suami sentiasa disisi. 

Doktor macam suruh aku buat IVF jer. Kita tengok la rezeki Allah macammana. 

Sayang, i tahu u tak ada masa panjang nak baca blog syok sendiri i ni. hehehe. Kadang-kadang terkasar bahasa, i mintak maaf. I tak bermaksud nak menentang you walau sebesar kuman. You always be my Imam, my best friend,my housemate, my soulmate, my GPS, my bantal busyuk, my everything and daddy of our child's soon. InsyaAllah. I love u :)

Consultation fees + medicine = RM199

Doakan ye :D


1 comment:

  1. salam, maaf menganggu.. Jemput baca masalah customer saya nie.. Dia menghidap PCOS juga.. Dia sertakan pada saya gambar scan rahim yang ada biji2 kecil di dalamnya. Alhamdulilah sekarang customer saya dah preggy... Produk ini disyorkan oleh doktor perubatan.. Mungkin Puan boleh pertimbangkan sebagai alternative untuk PCOS
    http://kokoadik.blogspot.com/2014/02/ekstrak-kacip-fatimah-testimoni-dari.html
    http://kokoadik.blogspot.com/2014/06/ekstrak-kacip-fatimah-utm-customer-pcos.html

    ReplyDelete