Wednesday, November 6, 2013

Snowy cheese cake

Assalamualaikum

Sempena cuti depavali dan Awal muharam aku pulang ke kampung halaman. Ketiadaan suami disisi kena selalu cari benda nak buat. Jangan duduk rumah sorang-sorang tanpa buat apa-apa. Nanti kalau ada tersalah sikit, mula la melenting. Ghindu pahe dop?

Ni kan pula cuti 4 hari, memang kena balik kampung la. Kat kampung ramai orang dan ceria je. Hafiz pun sentiasa bagi green light kalau aku nak balik kampung. Aku suka try resepi baru dekat kampung sebab nanti ada orang yang akan makan. Terutama adik-adik ipar aku. Depa memang suka makan dan aku happy nak masak untuk depa. Dan mak mentua cakap sedap dan boleh buat lagi. Senyum :D

Kali ni aku nak share resepi snowy cheese cake atau orang panggil, cheese cake meleleh..huhu. Resepi aku google je. Terima kasih yer semua yang bagi resepi

Bahan - bahan:

kek
4 biji telur **
2 biji telur kuning **
100 gram gula castor atau gula halus **
50 gram air sejuk - dari peti ais **
2 sudu besar ovalette **

60 gram tepung jagung *
1 sudu teh baking powder *
100 gram tepung gandum *

75 gram mentega dicairkan - Aku rendam dalam air panas je

Krim Cheese
1 kotak cream cheese philadelphia atau tatura
1/2 tin susu pekat manis
cara- cara : Satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin dan tidak berketul

Source : Google image
Source : Google image

Untuk Topping
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut

Source : Google image
Cara-cara:
1. Ayak bahan-bahan bertanda *
2. Masukkan semua bahan bertanda ** dan putarkan dengan kelajuan sederhana. Apabila sudah sebati masukkan bahan-bahan bertanda * kecuali mentega cair.
3. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega cair.
4. Sediakan loyang bulat 8 inci atau sederhana besar yang telah dialas dengan kertas minyak atau disapu dengan sedikit butter.
5. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau sehingga masak, dengan kepanasan 150'c.
6. Apabila sudah masak biarkan sejuk. Bila sudah sejuk, ambil pisau atau benang dan potong dibahagian tengah-tengah kek supaya menjadi 2 bahagian.
7. Sapukan krim cheese diatas bahagian kek yang bawah, kemudian cantumkan semula bahagian kek yang diatas tadi.
8. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek
9. Akhir sekali taburkan cheese kraft yang telah diparut pada keseluruhan kek
10. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam sebelum di potong dan dihidangkan.

Comelkan kek kite

sempena yaya dapat no.2 pun ok jugak
 Selamat mencuba. nyum-nyum

PCOS kata doktor VI

Assalamualaikum

Aku datang semula ke KL semata untuk mengambil suntikan pada 11 Oktober. Sama seperti last visit, aku diberi keistimewaan boleh potong Q sebab datang cuma nak ambil suntikan.

Source : Google image
Kalau tak silap aku, yang hok 3.75mg tu untuk sebulan sekali, yang hok 11.25 mg tu untuk 3 bulan sekali.


Suntikan lucrin 3.75 mg tu aku kena ambil sebanyak 3 kali.

Lucrin : RM 421 x 2 (Satu dapat free)
Consultation cost : RM184 x 3

Doktor nasihat aku supaya beli Lucrin daripada Hospital Pusrawi sebab harganya lebih murah. Murah RM100 kot. Ramai blogger yang bercerita tentang suntikan Lucrin ni. Tapi kebanyakan untuk mengecutkan endometriosis. Tapi doktor suruh aku ambil untuk buka semula tiub. Aku layan kan sahaja sebab mana aku tahu perihal kedoktoran ni. hahaha

Pesanan doktor setelah mengambil suntikan Lucrin:

1. Setiap kali bersama mesti menggunakan protection.

- Doktor kata Lucrin bukan pencegahan kehamilan, tapi kalau mengandung dalam tempoh suntikan Lucrin, kemungkinan besar bayi akan mendapat kesan seperti cacat . Nauzubillah.

2. Lucrin akan buat badan jadi panas meruap dan senang nak melenting

- Tapi memang panas pun. Kadang-kadang dalam aircond pun tetiba badan aku jadi panas macam baru lepas berlari 1 KM. Masa tu kena duduk bertenang dan akan ok semula. Kepala aku pun selalu berdenyut dan selalu penat.

3. Lucrin akan buat badan kita jadi sakit-sakit seperti orang tua

- Doktor awal-awal lagi pesan supaya aku ambil calsium with vitamin D dan mengamalkan multivitamin. Aku beli multivitamin for woman. Dua-dua vitamin ni aku beli dekat farmasi jenama kordel's. Doktor kata Lucrin akan ambil 3.5% calsium badan

4. Sepatutnya setelah mengambil suntikan ni period aku akan berhenti selama 3 bulan.

- Sebelum ambil suntikan pertama aku dah period, dan doktor kata bagus sebab selepas ni kemungkinan besar period tak keluar. Tunggu dan lihat sahaja lah. Dalam pembacaan aku, ada yang mengambil Lucrin untuk 6 bulan dengan 2 kali suntikan. Makna nya, mereka akan ambil suntikan yang bertahan selama 3 bulan. Macam hok aku tu, suntikan tu bertahan 28 hari je dan kena ambil 3 kali.

5. Aku kena amalkan pemakanan yang sihat dan kena diet.

- Sejak ambil Lucrin ni, aku rasa aku kurang selera makan. Ada juga yang aku baca mereka kata turun berat badan. I hope so :D dan aku dah jadi super pelupa. Aku balik kampung untuk 4 hari dan aku lupa tutup lampu dapur. Dan ada sekali tu aku lupa tutup tingkap bilik.  Tapi betul ke aku lupa atau......

Aku baca blog dan group endometriosis, ramai kawan-kawan kata kena pantang soya, susu dan sebagainya. Doktor tak pesan apa-apa pulak dekat aku. Sebab banyak kali jugak aku tanya apa yang aku kena pantang, dia kata apa yang sebelum ni aku tak tahan makan, so jangan makan. Kalau sebelum ni ok, bedal je la. hehehe

Tapi nawaitu aku kan nak berdiet. Sekarang memang aku control sikit pemakanan aku. Risau jugak cyst tu naik semula. Tapi aku pernah baca endometriosis takda ubat, kecuali kita buang ovari baru semua akan berakhir. Astagfirullahalzim.

Cuma masa aku tanya nak pakai cream rawatan nano technology (Tak perlu la aku mention apa jenama dekat sini) doktor kata, selalu nya cream yang boleh digunakan untuk kecantikan kebiasaanya mengandungi hormon estrogen. Estrogen ibarat memberi makan kepada endometriosis tu. Doktor kata kalau itu ubatnya, dah lama dia bagi sebab cream seperti itu ada je dekat hospital. Maybe ada testimoni yang berjaya tak mengalamai masalah endo ataupun sudah sampai rezeki mereka.

Sebelum inject doktor sempat cakap yang dia berharap sangat tiub aku terbuka semula, kalau tak aku kena cuba IVF untuk mengandung. Cost bukan murah dan bukan 100% berjaya. Kalau doktor dah berharap begitu, ini kan pulak aku. Yang tak pernah berhenti berharap

Tapi aku percaya, aku sedang diduga, Allah nak tengok kesabaran hamba Nya. Jangan berhenti berdoa.

Jumpa next appointment pada 8hb Nov ni.

## Kalau aku salah fakta ke apa, sila la rujuk doktor semula k, aku bagitahu dan kongsi apa yang aku tahu dan apa yang aku faham. hehehe

Bersambung nanti :D 

PCOS kata doktor V

Assalamualaikum

Setelah discaj aku stay dekat rumah abang aku sementara mak aku belum balik kampung. Pada 3 hb Oktober, Aku ada  follow up selepas pembedahan. Hafiz's not around. So Ap (adik aku yang tengah tunggu panggilan kerja atau belajar) yang jadi driver aku. Aku plan lepas follow up yang ni aku nak terus nak balik kampung.

Follow up kali ni special sikit sebab tak perlu tunggu lama dan boleh potong Q. Cuma kena inform dekat nurse. Doktor scan perut untuk tengok pendarahan atau tidak, buka jahitan dan dia suruh aku makan 2 jenis antibiotik. Aku cuma boleh start suntikan Lucrin seminggu selepas itu. Bermakna aku kena datang semula 11 hb Oktober.

Doktor suruh aku datang semula pada 11 hb oktober untuk amik suntikan. Makna nya aku kena datang dari kuala kangsar semata-mata nak ambil suntikan je. Aku sayang doktor Adilah, untuk suntikan lucrin kali pertama dia bagi aku percuma je.  Alhamudulillah

Consultation cost + mediacation (Antibiotik) = RM 395

Semoga doktor sentiasa dibawah lindungan Allah SWT dan kita sama-sama dimurahkan rezeki. Rezeki datang dalam pelbagai cara. Cuma kena bersyukur.
Ibarat kita nampak orang tu terkena air panas, kita tak rasa panas dan kesakitan nya. Kita cuma boleh rasa simpati sahaja. Tapi orang yang menghadapi nya tu cuba bayangkan perasaan mereka. Jadi tak perlulah banyak bertanya tentang rahsia Allah itu

Aku selalu kena kuatkan diri



PCOS kata doktor IV - Part I

Assalamualaikum

Pada hari Selasa 24 Sept 13 check in lah aku ke Hospital Pantai. Masa aku check in makanan terakhir yang aku ambil adalah bubur nasi jam 12 pm. Dan aku hanya boleh makan roti sehingga pukul 6 petang. Dan aku hanya boleh minum air masak sahaja selepas itu. Pukul 9 malam aku start kena minum ubat untuk bersihkan usus. Botol kecil je pun tapi rasa nya hanya Allah sahaja yang tahu. wek wek wek

Beberapa lama lepas minum ubat tu, start la aktiviti aku ke tandas, memang dah tak keluar apa dah. Pukul 6 pagi, aku kena minum lagi sekali. Oh pitam masa tu memang aku rasa perut aku dah kempis. Hahaha

Masa aku mula-mula check in aku perasan dekat gurantee letter insurance company aku cuma cover up to 10k. Aku pun macam terkejut la sebab doktor anggarkan pembedahan aku ni dalam 13k ke 15k. Woo, mana cekau lagi 5k wei. Kalau ada pun idok la aku nak perabis dekat hospital ni sebab aku ada insurance peribadi.

Rupa-rupa nya insurance company aku cover untuk 20k tapi dia split kepada dua bahagian. Maknanya sekali admit memang sampai 10k sahaja dan kalau lebih kena tambah. Selepas 45 hari baru boleh claim semula up to 10k. Dan kami pun decided untuk hold dulu insurance company sebab kena topup. Aku mulakan proses untuk insurance peribadi, tapi yang paling sakit hati dia kata polisi aku ni baru dan kena ada investigation dahulu baru boleh keluar GL. Pagi rabu tu sepatut nya aku berehat sebab petang nak operate kan tapi aku terpaksa turun naik dan call sana sini untuk settle kan Insurance.

Padahal Insurance aku tu dah melebihi tempoh 120 hari dan aku tak pernah ada sejarah sakit cyst2 ni semua. Sebelum Insurance keluarkan GL, mereka minta doktor keluarkan final report. Menurut doktor pulak, final report hanya boleh dikeluarkan selepas pembedahan. Doktor kata insurance seolah-olah mintak dia menipu untuk keluarkan report sebelum pemdehana kan.

Aku pun dah pening, masa tu rasa dah give up. Insurance company cover sampai 10k je, insurance peribadi pula, nak kata tak pun tidak, nak kata yer pun tidak. Masa tu aku dah rasa macam nak balik je, lantak le takda rezeki kan. But Allah knows the best. Doktor bius aku iaitu Dr. Nazri pun tahu dengan masalah Insurance aku ni sangat bersimpati. Dia kata proceed dengan Insurance company dan dia akan cuba cut cost pembedahan. Maybe aku cuma perlu tambah rm2500.

Aku bincang dengan Hafiz dan kami pun bersetuju. Alhamdulillah sebab ditemukan dengan doktor-doktor yang sangat baik :) Sebab Insurance punya pasal, aku sepatut nya jadi orang pertama bertukar jadi orang yang terakhir. Pukul 4.30 aku ditolak ke bilik bedah, aku rilex je la tapi seperti dijangka mak aku buat drama air mata sikit. Dah pesan awal-awal toksah nangis, tapi nangsi jugak.

Dalam bilik bedah tu, seingat aku nurse tu letak aku diruang menunggu lebih kurang setengah jam. Lepas tu aku ditolak masuk dalam bilik bedah. Jakun sekejap tengok kiri kanan doktor dengan nurse semua in blue dan bertopeng. Hahaha

Aku nampak doktor Adilah, sempat dia tanya lagi.

"Hafizah betul ke nak bedah ni?"

Aku jawab la

"Saya dah sampai ke sini doktor"

Lepas tu aku nampak doktor Nazri datang, dengan riang tanya aku..

"Hi dear, Are you ready?"

Lepas dia cucuk ubat dekat lengan aku, aku terus rasa sesak nafas dan nurse terus masukkan gas dan aku pun hanyut. Aku sedar-sedar je aku ada dalam bilik pemantaun selepas pembedahan. Masa tu aku rasa sejuk dan sakit sangat dekat perut. Tak lama lepas nurse masukkan ubat tahan sakit rasa lega sikit dan aku separa lalok. Nurse cakap sekarang pukul 8.30 pm dan kalau aku stabil depa akan tolak aku ke wad.

Bersambung nanti..


PCOS kata doktor IV - Part II

Bila aku sampai dekat wad, aku tengok tak ada siapa pun yang tunggu. ceh. Hafiz dan semua dah balik rumah, mandi dan makan. Yela, dah seharian dekat hospital dan depa ingt aku lama lagi. Masa tu aku masih lalok lagi aku tak ada daya nak cari handset aku. Bila nurse datang nak bagi ubat, aku suruh nurse call Hafiz cakap aku dah selesai. Pukul 11 malam baru depa sampai.

Keesokan harinya Dr.Adila datang jumpa aku, dia bawak 3 botol hasil daripada perut aku ni. Dia tanya samaada aku nak hantar ke makmal atau tidak. Sebab sample tu akan dicaj secara berasingan dan agak mahal. Nampak tak punya la baik doktor nak tolong aku T_T

Diantara 3 botol tu, 2 adalah cyst dan satu botol lagi sangat mengejutkan. Doktor kata dia jumpa satu ketulan darah. Dia suspect itu adalah ectopic. Tapi dia tak boleh nak confirm betul atau tidak, berapa usia dan berapa lama sehingga dia hantar lab. Tapi dia kata ectopic tak cover dalam insurace sebab termasuk dalam pregnancy.  Dia kata tak perlu hantar sebab benda dah lepas dan nanti aku kena bayar sendiri cost lab.

Aku tak tahu bile ectopic ni sebab bulan Ramadhan yang lepas aku delay 57 hari. Dan ada satu malam perut bahagian ari-ari sakit yang amat sangat sampai menitis air mata. Nak duduk saki, nak berdiri sakit. Hafiz bawak aku pergi klinik tapi doktor kata aku keracunan makanan dan membebel suruh aku jaga makan.


Kenapa awak bertemu di tempat yang tak sepatutnya sayang

Alhamdulillah, pembedahan aku tak ada masalah, cyst pun dah dikeluarkan, rahim aku doktor kata ok. Tapi yang menjadi masalah sekarang, tiub fallopian aku sebelah  kanan sempit dan kiri totally tersumbat. Doktor try flush tapi tak berjaya T_T. Masa doktor waktu pagi, Hafiz tak sampai lagi, bila doktor dah beredar, aku nangis teresak-esak sorang diri.

Aku rasa macam dunia dah berakhir. T_T. Tapi bila dah lama-lama aku fikir dan bertenang, ada orang yang tinggal sebelah tiub pun boleh mengandung, yang tinggal sebelah ovari pun boleh. Cuma aku punya ada kotoran dalam tiub tu. Doktor kata punca tersumbat sama ada jangkitan bakteria atau endometriosis.

Masa ni sokongan suami sangat diperlukan I love u sayang. Jangan pernah mengalah dengan dugaan ni.

Doktor suruh aku buat rawatan untuk buka semula tiub fallopian tu, aku kena ambil suntikan lucrin selama 3 bulan.

Aku tanya doktor bila aku boleh masuk kerja dan doktor jawab awak cuti sehingga 18 hb. Aku macam terpinga-pinga 18 hb tu sampai bila. Sekali  tengok M.C 25 hari daaa... yeay

HAri jumaat aku discaj dan jumpa doktor semula pada hari khamis untuk buka jahitan pada 3 hb October dan Hafiz dah kena pergi outstation dekat kuala terengganu dan aku menghabiskan cuti dekat kuala Kangsar ler. :D

Bersambung nanti :D

Friday, November 1, 2013

PCOS kata doktor III

Assalamualaikum

Perjumpaan seterusnya pada 23 September 13. Masa ni kami baru je balik dari Bandung. Bila masuk je bilik doktor, ayat pertama yang kuar dari mulut doktor

"Hafizah, awak dah sedia ke nak operation ni?

Gulp! Doktor ni belum panas punggung dah sebut pasal operation. Aku sebenarnya dah bagitahu dekat Mak dan Ayah aku pasal pembedahan ni tapi aku cakap tak confirm lagi. Tapi hati orang tua, depa dah start risau. Aku jawab dekat doktor

"Saya dah sedia, tapi orang tua-tua tanya perlu ke operate terlalu awal"

Doktor cakap, kalau macam tu kita tangguh sebab saya tak nak buat kalau patient tak bersedia. Tapi aku dah bersedia. Macamana aku tangguh pun keadaan akan jadi sama jugak kalau aku tak buat apa-apa dan lama kelamaan makin teruk. Akhir nya aku buat keputusan untuk teruskan. Hafiz sentiasa bagi sokongan dekat aku. Doktor hanya boleh confirm keadaan aku sehingga dia operate.

Masa tu aku tanya la bab risiko, cara pembedahan, kesan dan sebagainya. Doktor cakap

"Risiko bius adalah 1% tapi aku kena ikut betul-betul jadual pemakanan sebelum bedah"
"Doktor akan tebuk 3 lubang dan akan buang endometriosis yang beramai-ramai menggunakan laser.  Doktor tak akan buang semua sebab itu akan memberi kesan kepada ovari"
"Doktor juga akan tolong aku buang appendix, kalau ada"

Aku tanya doktor,
"Bila kita nak buat?"

dan doktor jawab
"Esok awak masuk wad, (24hb Sept masuk awal sebab nak claim insurance), lusa (Rabu , 25hb Sept) kita bedah dan Jumaat awak discaj.

Segala bagai form dah diisi dan aku balik rumah.  Dalam pukul 6 petang hospital call bagi tahu insurance dah approve dan aku boleh check-in pukul 2 petang esok.

Cost consultation: RM214

Hari selasa pagi tu aku masih masuk office untuk half day sebab nak selesaikan kerja yang tertinggal. Al-maklumlah nak tinggalkan office untuk 4 hari. Beria aku hantar e-mail dekat semua orang dan habaq depa yang aku akan balik ke office hari isnin. Hahaha

To be continued

PCOS kata doktor II

Assalamualaikum

Bulan ni masih lagi rezeki kami, seperti yang dah diaturkan oleh Dr. Adilah, period pada hari yang ketiga (11/09/13), aku kena ke hospital untuk ujian darah dan berjumpa dengan Dr. Adilah semula.
Aku start puasa dari pukul 12 malam tu, tapi tak tahu la ekk, tiap kali aku ada appoinment dengan Dr. Adilah, perut aku mesti bloating sehingga menyebabkan cherry berry.

Sesampai je dekat hospital aku terus pergi Lab untuk ambil darah tapi staff dekat situ cakap aku kena amik 2 kali. Darah kali kedua akan diambil setelah aku minum air gula. itu pun selepas 2 jam. So, dalam masa 2 jam tu aku tak boleh minum dan makan. Bergerak banyak pun tak boleh. Dah la dengan bloating, minum air gula memang rasa nak terjeluekk tapi ku tahan sahaja.

Lepas settle buat kedua-dua ujian darah, kami pun jumpa Dr. Adilah semula. Aku ingatkan time period tak perlu scan tapi boleh jugak rupa nya. Macam biasa la, Dr. Adilah akan buat vaginal scan. PCOS masih disitu.

Aku tanya camner cara nak keluarkan PCOS tu, Dr. Adilah kata tak ada cara lain selain dari operate. Nangis

Tapi dia tak mendesak pun suruh operation. Dia kata kalau aku dah bersedia. Tak tahu daripada mana aku dapat kekuatan dan aku tak rasa takut langsung nak jawab "saya dah sedia doktor". Sebab makin lama aku simpan, benda tu tak akan berubahan. Malahan doktor kata akan lagi teruk. Makin lama dia akan mengganggu kitaran period kita. Mengurangkan peratus untuk hamil dan banyak lagi.

Siapa tak sedih bila suami celik-celik mata dari tidur habaq kat aku "malam tadi i mimpi kita ada baby boy". Siap ada nama tu T_T dan aku jawab "Alhamdulillah" je la. Benda di luar kemampuan aku kan. Kalau dia nak makan kari ayam, aku usaha untuk belajar masak untuk dia, kalau dia ajak aku jalan-jalan walaupun aku tengah penat, aku gagahkan diri sebab taknak dia jalan sorang-sorang. Tapi untuk ini, I'm so sorry cayang. Mungkin ada sebab kenapa  Allah belum bagi rezeki anak kepada kita.

"I think I am ready but only Allah knows the best"

Tapi aku takkan berhenti berusaha, InsyaAllah.

Dr. Adilah nasihatkan aku supaya turunkan berat badan sebanyak 8kg. Uhuk2. Itu la berat badan aku sebelum kahwin dulu. Dr. Adilah cakap, endometriosis memang menyebabkan kadar metabolisme dalam badan akan menjadi rendah. No wonder la badan kak jemah macam di pam-pam lepas kawin ni

Secara jujur nya aku konpius antara PCOS dan endometriosis ni. Tapi yang aku fahamla kan, aku endometriosis jenis PCOS. Sebab banyak jenis endometriosis ni. Haha

Next appoiment aku pada 23hb, masa tu aku nak tanya perabis apa risiko, peluang untuk hamil dan kebaikan aku buat surgery ni. Sebab masa aku jumpa tu aku macam blur-blur je. Sebelum masuk bilik Dr. Adilah macam banyak je benda nak tanya. Kali ni aku nak catit apa soalan yang akan aku kemukakan nanti sebelum aku bersetuju untuk surgery.

Bila aku bagitahu dekat mak aku, biasa la orang tua dengar surgery mula la hati dia susah hati. Tapi setahu aku ni bukan major operation cuma doctor akan tebuk 3 lubang kecil dan masukkan perlatan yang sepatut nya.

Keputusan darah pun akan dibincangkan masa next appoiment nanti. Aku harap semua nya ok.
Doktor suruh makan clomid.

Cost consultation = RM225
Cost blood test = RM279


Next Appoiment,  23 hb September 2013 nanti.