Assalamualaikum
Hari Keempat
Hari terakhir kami dekat Hong Kong. Sedih. Kalau la boleh extend lagi dua tiga hari mesti best. Flight kami pukul 8.30 malam nanti, pagi tu kami plan nak pergi Ngong Ping. Niat sebenar nak ke situ sebab nak naik cable car. Cable car lagi? Tak sama okeh, cable car ke Ngong Ping adalah crystal.
Jam 8.30 pagi kami dah memulakan perjalanan ke Ngong Ping. Ada lagi tempat-tempat yang nak pergi, so kena keluar awal. Sebelum bertolak kami dah check out dari Hotel. Dekat Hotel ni kita boleh tinggalkan luggage, boleh minta tolong daripada hotel assistant. Nanti bagi la dia duit kopi-kopi :D
Ngong Ping ni sebenarnya tempat ibadat untuk penganut beragama Buddha. Dekat situ ada Patung Buddha besau dekat atas bukit. Nak pergi Ngong Ping ni kita boleh naik bas, cable car atau hiking. Serius boleh hiking. Masa aku dalam cable car, aku nampak ada orang yang hiking, naik cable car pun lebih kurang 20 minit baru sampai, kalau hiking ntah bila baru boleh sampai. Hahaha
Penganut Budha datang kesini nak beribadat |
Camno nak pergi ke situ:
- Daripada Tsim Sha Tsui MTR station ke Lai king MTR station dan transit ke Tung Chung MTR Station. Fee using Octopus Card = HKD15.20
- Dekat Tung Chung Station , Exit B
- Kita akan nampak Citygate Outlet dan berhampiran nya ada cable car station.
Sebenarnya terdapat 2 jenis cable car, yang biasa dan crystal. Tiket yang aku beli khas untuk crystal cable car. Kita boleh juga pilih untuk naik salah satu, harga tiket lebih murah
#Harga tiket crystal cable car (Returns) = RM76 per person
Cable car station |
Masa perjalanan pergi kena share, sebab ramai |
Masa balik just both of us, memang sakan la bergambau |
Gondola ini ana yang punya. |
comei x? |
Welcoming cat |
Patung ni mewakili haiwan dalam calender cina. Ada 10 je. Tahun kami xde cait |
Sebenarnya tokong tapi nampak macam istana emperor |
#Dekat Ngong Ping pun ada makanan halal tau. Kali ni tak makan nasi beriyani lagi :D
Lebih kurang 2 jam dah settle dekat Ngong Ping. Masa tu jam baru pukul 12 tengah hari. Kami kena bertolak ke Hong Kong International Airport at least pukul 4 petang. Kami kena patah balik ke Tsim Sha Tsui nak ambil luggage. Tapi sebelum tu kami sempat menyinggah ke Citygate Outlets
2. Citygate Outlets
Citygate Outlets berhampiran dengan Cable car station dekat Tung Chung. Wajib singgah okeh. Banyak outlet barang-barang berjenama macam levi's, coach, adidas. Semua murah-murah sebab dekat sini factory outlet. Aku sempat la menyinggah dalam Coach Outlet dan hampir-hampir nak beli handbag. Ada 50% diskaun. Tetibe ada suara yang berbisik "Cayang sedar diri sikit". Ok fine! Sepuluh minit bermuncung itik. Sedih punya pasal satu hapa pun tak beli. Adesss
Kalau ada budget nak shopping sila kesini |
Seterusnya kami bertolak semula ke Tsim Sha Tsui. Aku sempat singgah ke Bonjour, sebelah Mirador Mansion je. Dekat sini ada jual free duty perfume :D
Free Duty Perfume Shop |
Dalam MRT |
Bye-bye Mirador |
Hub kami. |
Kalau travel kena banyak minum plain water okeh.
Kali ini kami ke Airport dengan Airport express. Dari Tsim Sha Tsui MTR station ke Lai King MTR station. Dekat situ kena transit Airport express. Jangan lupa pulangkan semula Octopus card. Boleh dapat HKD 50 dan boleh buat tambang Airport express.
Pergi mana-mana pun beg akan beranak |
Airport express |
Dekat Airport, Popeye restaurant halal tau. So ini la hasilnya nak mengabiskan duit Hong Kong Dollar sebelum balik malaysia. Padahal dah order nasi lemak pak nasser dalam flight sekejap lagi.
Kami selamat sampai dekat LCCT lebih kurang pukul 12.30 malam. Kami sampai dekat rumah lebih kurang pukul 2 pagi. Esoknya nasib baik aku cuti. Memang kejang urat saraf sampai kerumah.
Ada rezeki kami akan datang semula ke Hong Kong. Ini perjalanan paling jauh setakat ini. Semoga ikatan kita akan kekal hingga akhir hayat dan kita akan jalan-jalan lebih jauh dari sini ye sayang. Dengan our junior, InsyaAllah
xoxo
thanks sbb buat perfect itinerary..sy dah screenshot kt hp sy..sy mohon copy ye..travel sy 10 jan 2015..sy dah refer blog lain dah tp ni yg terbaik..congrats..
ReplyDeleteTerima kasih...enjoy HK. Bawak baju tebal. sejuk
ReplyDelete