Wednesday, November 6, 2013

Snowy cheese cake

Assalamualaikum

Sempena cuti depavali dan Awal muharam aku pulang ke kampung halaman. Ketiadaan suami disisi kena selalu cari benda nak buat. Jangan duduk rumah sorang-sorang tanpa buat apa-apa. Nanti kalau ada tersalah sikit, mula la melenting. Ghindu pahe dop?

Ni kan pula cuti 4 hari, memang kena balik kampung la. Kat kampung ramai orang dan ceria je. Hafiz pun sentiasa bagi green light kalau aku nak balik kampung. Aku suka try resepi baru dekat kampung sebab nanti ada orang yang akan makan. Terutama adik-adik ipar aku. Depa memang suka makan dan aku happy nak masak untuk depa. Dan mak mentua cakap sedap dan boleh buat lagi. Senyum :D

Kali ni aku nak share resepi snowy cheese cake atau orang panggil, cheese cake meleleh..huhu. Resepi aku google je. Terima kasih yer semua yang bagi resepi

Bahan - bahan:

kek
4 biji telur **
2 biji telur kuning **
100 gram gula castor atau gula halus **
50 gram air sejuk - dari peti ais **
2 sudu besar ovalette **

60 gram tepung jagung *
1 sudu teh baking powder *
100 gram tepung gandum *

75 gram mentega dicairkan - Aku rendam dalam air panas je

Krim Cheese
1 kotak cream cheese philadelphia atau tatura
1/2 tin susu pekat manis
cara- cara : Satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin dan tidak berketul

Source : Google image
Source : Google image

Untuk Topping
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut

Source : Google image
Cara-cara:
1. Ayak bahan-bahan bertanda *
2. Masukkan semua bahan bertanda ** dan putarkan dengan kelajuan sederhana. Apabila sudah sebati masukkan bahan-bahan bertanda * kecuali mentega cair.
3. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega cair.
4. Sediakan loyang bulat 8 inci atau sederhana besar yang telah dialas dengan kertas minyak atau disapu dengan sedikit butter.
5. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau sehingga masak, dengan kepanasan 150'c.
6. Apabila sudah masak biarkan sejuk. Bila sudah sejuk, ambil pisau atau benang dan potong dibahagian tengah-tengah kek supaya menjadi 2 bahagian.
7. Sapukan krim cheese diatas bahagian kek yang bawah, kemudian cantumkan semula bahagian kek yang diatas tadi.
8. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek
9. Akhir sekali taburkan cheese kraft yang telah diparut pada keseluruhan kek
10. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam sebelum di potong dan dihidangkan.

Comelkan kek kite

sempena yaya dapat no.2 pun ok jugak
 Selamat mencuba. nyum-nyum

No comments:

Post a Comment