Tuesday, September 4, 2012

Bertukar Status

Post:2

10 October 2010 ~ in a relationship


17 July 2011 ~ Our Risik day
Majlis super duper simple. Masa ni ai pakai baju kurung kain cotton je. Side dia cuma datang dengan sebuah kereta je (parents in law, his auntie and his opah). Masa ni ai bagi 3 ketul je hantaran, semua nya makanan..hehe



17 September 2011 - Our engagement day
Majlis bertunang ni agak beria gak la sebab ayah ajak orang kampung skali. My baju made in Jakel, dia yang pilih. Merah menyala kot dan dijahit oleh my kazen, yana! dan my veil itu dijahit oleh kak aishah. Nice handmade. Masa ai bagi 13 hantaran dan dibalas 13. Last-last minit ramai pulak sedara mara nak sponser. Sampai ke harini, hafiz still menuntut lagi 2 ketul hantaran dia.


27 April 2012  ~ Our Nikah day
Selamat diIjabkabulkan oleh En.Hasamuddin (My ayah). Majlis berlangsung pada Jumaat malam dekat Masjid Kampung Sayong Lembah. Ada kekalutan berlaku time ni. I start makeup pukul 8 malam n majlis start pukul 845. Depan rumah plak dah kena block dengan khemah. Berlari lari anak mak ke kereta (Dah macam runaway bride) hahaha. Seriously, rasa nak repeat je moment ni. Nak makeup semula. Hahaha



28 April 2012 ~Our Sanding day
My big day! Prepare berbulan2. Mak n Ayah jemput ramai jugak tetamu lebih kurang 1500. Tapi tetamu itu rezeki. Masa ni ai ada 2 orang flower girls, tapi lagi sorang moody. I'm only daughter  in Family but it doesn't mean yang majlis ai akan gilang gemilang. Ikut budget la kan & tak perlu la membazir. Memang la majlis sekali seumur hidup tapi lepas kahwin banyak lagi saluran yang perlu disalurkan. Hahaha. Even berjimat cermat but I love my big day! I love my dress! I love my makeup and I love my groom! Hahaha..
Alhamdulillah



29 April 2012 ~ Our Bertandang day
Hafiz made in Ipoh. So, majlis bertandang pun dekat Ipoh. Teringin nak buat majlis kat dewan tapi hafiz kata mak dia (now, my mak mentua) nak buat dekat rumah jugak. Redha.

Pesan mak, kalau ada orang nak tolong, biar dia tolong, kalau tak berkenan ke tak suka, jgn sampai mengecilkan hati orang. Majlis cuma 3 hari takkan sampai nak bermasam-masam muka. Dari ada orang nak tolong kang, terus kena buat sorg2.

Mak mentua ai requested kiteorg pakai songket. HuhU. Sangat la tak confident pada mula nye. Tapi layan......lelama syok jugak.
Outdoor kat Taman DR.


Walaupun majlis kami sederhana.. Tapi sempurna. Keluarga, saudara mara, kawan-kawan, kenalan keluarga semua datang memeriahkan majlis. Walaupun kita buat persiapan berbulan-bulan, tapi biasalah, still akan ada benda yang tak best. Out of our control. Tapi sabar je la.

Semua sudah tertulis...
Ajal Maut, rezeki, jodoh dan pertemuan..

Alhamdulillah .. Officially, belongs to Mohd Norhafiz..

Dia yang penyabar.. dia yang memahami.. dia yang penyayang dan dia yang suka berjalan :p


Do pray for our happiness till jannah..

Love,
Hafizah

No comments:

Post a Comment