Friday, October 24, 2014

Kota Kinabalu yo! Part IV

Assalamualaikum

Wow entry pergi KK ni je dah masuk 4 helai. Ok ini yang terakhir. Kami sampai dekat Kota Kinabalu lebih kurang pukul 7.30 petang. Masa ni dah gelap gebumin macam dah pukul 8 atau 9 malam kalau dekat semenanjung. Alhamdulillah tak susah nak cari Apartment yang kami sewa tu. Selesai check in, kami rehat - rehat sekejap sebelum keluar semula nak cari makan malam.

Malam ni kami plan nak makan seafood. Yeay!
Kawan-kawan aku kata seafood yang murah dan sedap dekat dengan pasar filipina. Keyword yang kawan aku bagitahu macam dekat dengan roundabout ada dolphin, kedai-kedai tu pakai khemah putih. Dan akhir nya jumpa. Memang syorgaa seafood pun. Aku rasa lebih daripada 20 kedai yang jual seafood. So pandai-pandai la pilih.

Ini la rupa kedai seafood tu

Sedap nya.....

Mak mentua teringin lobster
sekoq ni RM60 hehehe

Aku makan dekat kedai ni

Kami ada jugak tambah udang, ikan dan nasi. Makan untuk 5 orang termasuk lobster seekor tu cuma RM180. Burppp Alhamdulillah. Berbaloi-baloi

Lepas tu kami jalan-jalan dekat pasar malam kampung air dan balik tidur hehehe


Day 3

Hari ini hari terkahir kami dekat Sabah. Tiket flight malam ni pukul 11.50 malam jadi kami ada seharian lagi nak jalan-jalan dekat Sabah. Kata orang kalau datang Sabah wajib pergi laut. Jadi plan kami hari ini nak ke Manukan Island.

Pukul 7.30 pagi kami dah turun breakfast dan lebih kurang pukul 8.30 pagi kami dah check out. Destinasi seterusnya ke Jesselton point. Jesselton point ni Jeti untuk feri dan bot. Ingat tak hari pertama haritu Hafiz pun turun dekat situ. Jadi kalau kita nak ke Manukan Island, kita boleh juga melalui jeti yang sama. Dekat sini banyak sangat kaunter yang jual pakej untuk ke Manukan Island. Kawan aku kata kalau pergi dua pulau (Manukan dan Sapi) boleh dapat RM40 kebawah.

Jadi kedai dekat bawah ni menjadi pilihan. Tauke kedai ni offer dua buah pulau (Manukan dan Sapi) speed boat pergi dan balik + cukai jeti RM30. Kemain tau jeti ni pun ada cukai

Kalau nak snorkeling boleh tambah goggle + life jacket = RM 10. Dekat pulau nanti kena spare lagi RM3 seorang untuk bayaran hidupan laut macam tu la.  Kami bertolak pukul 9 pagi dan sampai dalam 20 minit kemudian. Pemandu bot tu suruh kami tunggu dekat jeti pukul 11 pagi untuk ke Sapi island.


Nak naik bot
Manukan Island
Nemo tak ada. Kawan dia je yang ada


Daripada Manukan Island ke Sapi Island mengambil masa 10 minit je. Dan macam biasa pemandu bot tu suruh kami berkumpul dekat jeti pukul 2 petang untuk ke Jesselton Jetty.
Dalam pukul 2.30 petang kami dah selamat sampai semula dekat tanah besar.

Sebelum ke pulau-pulau ni lebih baik beli makanan siap-siap sebab makanan dekat pulau sangat mahal okeh. Lagi satu kalau kita banyak duit, boleh je ambil pakej siap sekali dengan buffet lunch. Dan dekat Manukan Island juga ada resort dan chalet yang best!

Sapi island
Dekat Sapi Island ni cuace dah start panas.
Laut pun dah semakin cantik

Aku text kawan "Dekat mana lunch yang best?" dan dia jawab cuba try cari Restauran Taufik dekat kg air. Dalam kepala aku dok terbayang yang tempat tu mesti tepi laut. Sekali si waze ni bawak dekat tengah-tengah bandar pula. Rupa-rupa nya betul la jalan kampung air tu dekat tengah-tengah bandar. Mana air nya T_T Kami pusing-pusing sekitar kampung air dan akhirnya jumpa dengan si Restoran Taufik ni. Untuk lebih jelas, restoran ni terletak dekat shop lot lama berhadapan Shell.



Ini la restauran taufik. Aku makan rojak ayam. Yang lain makan nasi campur. Yang aku perasan bila makan dekat Sabah ni, walaupun makan nasi campur, dia akan asingkan lauk dalam pinggan lain dan akan serve dengan semangkuk sup.

Destinasi seterusnya kami ke Pasar filipina @ pasar kraftangan. Memang rambang mata tengok mutiara dekat sini. Syorgaaa. Tapi aku tak beli seketul pun. Tak tahu nak pakai pergi mana huhuhu. Dekat sebelah pasar filipina ni pulak ada pasar yang jual makanan laut macam ikan kering, ikan bilis dan kuih popular dekat Sabah iaitu kuih cincin.





Masa ni baru pukul 5 petang. Kami akan pulangkan kereta sewa lebih kurang pukul 8 malam dan flight Hafiz ke Labuan pukul 9 malam. Masa ni dah tak tahu nak pergi mana, last last kami masuk mall. Tapi bosan je sebab kalau nak pergi mall baik pergi yang hado dekat KL ni kan. Last-last aku ajak hafiz round sekitar bandar K.K dan singgah sekejap dekat pasar malam kampung air. Kat sini syorrgaa untuk bundle tau. Kemain banyak kedai bundle yang best. Hahaha sejak bila la aku layan baju bundle ni. Tapi sweater yang tebal-tebal dekat sini cantik dan masih molek tau. Murah pulak tu



Pukul 8 malam kami dah selamat sampai dekat Airport. Kali ni dekat Airport baru sebab balik naik MAS. Memang sangat-sangat berbeza airport baru dan yang lama. Tak lama lepas tu Hafiz pun dah check in untuk ke Labuan. Sedih masa ni. Dulu janji nak balik sama-sama. Tinggal lah aku semula dengan keluarga mentua. Flight kami ada lebih kurang 3 jam lagi.

Tak lama lepas tu aku ajak keluarga mentua aku check in. Nasib baik aku check in awal, masa dekat imegresen baru aku perasan card imegresen aku hilang. Untuk pengetahuan, walaupun kita ada kad pengenalan Malaysia tapi bukan lahir dekat Sabah atau Sarawak, kita akan diberi card putih semasa masuk ke Sabah. Dan masa nak balik nanti kita kena pulangkan semula card tu.

Tapi entah kenapa nasib tak baik, aku terhilangkan card tu. Yela, card tu nipis macam resit beli barang je. Mungkin aku terbuang masa aku buat spring cleaning hahaha. Aku dah cuak begitu jugak keluarga mentua aku. Rupa-rupa nya kalau hilang card tu kena buat report polis. Uwaa camner nak pergi balai polis ni. Rupa-rupa nya ada balai polis dekat dalam Airport. Lega. Aku kena bayar RM2 nak endos report.

Rupa-rupanya (Berapa banyak rupa-rupanya la) hafiz pun kena soal selidik sebab dia tak simpan tiket ferry daripada Labuan. Kalau ikutkan dia kena tunjuk tiket tu dekat imegresen. Sebab dekat Jesselton point dia tak dapat sebarang card.

Masa nak tunggu flight ada seorang ibu dan baby ni duduk belakang emak mentua aku. Tak lama lepas tu dia mintak tolong mak mentua aku tolong pegangkan baby dia sebab dia sakit perut. Mak mentua aku macam terpinga-pinga sekejap. Yela berani betul dia tinggalkan anak dia dengan orang asing. Tak lama lepas tu dia datang semula. Nasib baik. Kan ada kes - kes sebelum ni mintak tolong pegang anak dan mak nya terus hilang macam tu je. Hahaha banyak sangat tengok TV aku ni. Tapi yela kan, kalau aku memang tak sanggup dan tak harap kot nak mintak orang yang langsung tak dikenali nak pegangkan anak aku.

Naik MAS ni mewah sikit bab makan. Belum sempat panas punggung dah macam-macam makanan depa hidang. Tapi aku tidur sepanjang perjalanan. Bila masa touch down pun aku tak sedar. Kami selamat sampai dekat KLIA pukul 2.30 pagi. Alhamdulillah semua selamat dan yeay Sabah checked.

Wednesday, October 22, 2014

Kota Kinabalu yo! Part III

Assalamualaikum

Day 2 :

Orang kata kalau nak tengok si gunung kinabalu kena bangun awal-awal pagi. Aku punya la semangat pukul 4 pagi dah terbangun. Tapi buka je tingkap gelap gebumin lagi. Seram oo. Lepas solat subuh aku dah tak tidur lagi, terus je kejut Hafiz ajak lepak dekat Balkoni feeling-feeling nak tengok sunrise la konon.

Saya Gunung Kinabalu..
Sorry yayang rambut u serabai

 Tentatif untuk hari kedua adalah:

1. Kinabalu Park
2. Desa Dairy Farm
3. Poring hot spring
4. Fish Spa, Tegal Moroli
5. Sabah Tea
6. Pekan Nabalu
7. Bertolak ke Kota Kinabalu
8. Seafood 

#Kinabalu park
Ha, kemain banyak aktiviti untuk hari kedua ni. Selepas breakfast, kami terus je check out. Aktivti harini dimulakan seawal pukul 9 pagi okeh. Destinasi pertama yang kami pergi ialah Kinabalu Park. Pada mulanya aku tak tahu apa yang ada dekat sini, rupa-rupanya Kinabalu Park ni adalah kawasan kaki gunung kinabalu. Dekat sinilah pendaki-pendaki memulakan pendakian. Bagi kita yang tak mendaki ni boleh je nak pergi ke check point yang pertama tu. Daripada pintu masuk ke check point pertama adalah dalam 4km. Dalam 10 minit menaiki kereta atau lebih satu jam kalau menapak. Tak sanggup den. Lagipun bawa orang tua kan. Alasan mu benar belaka. Entrance fees untuk kinabalu park RM4 seorang. Jangan buang tiket ni kalau kita ada plan nak ke Poring hot spring sebab boleh menggunakan tiket yang sama.

Dalam Kinabalu park ni ada macam-macam tempat yang boleh kita pergi seperti galeri dan muzium. Tapi kami cuma bergumbira dekat check point pertama dengan tupai-tupai yang jinak. Hafiz siap pergi beli kacang tau untuk si tupai-tupai ni. Tiket RM4 hanya valid sehingga check point pertama sahaja. Kalau nak terus mendaki kita kena bayar fees untuk mendaki dan kena ada guider kalau tak silap.

Masa ni dekat main entrance

Dekat dalam tu check point yang pertama

Nak kata menara pun bukan, tapi ni tingkat atas untuk check point pertama.
Daripada atas ni boleh nampak pendaki start mendaki

Ni Adik ipar aku dok melayan tupai

Memula sekor, lepas tu datang beramai-ramai
meremang-remang wei, dah la kelam kabut je tupai ni

Masa depa dok leka bagi makan tupai, aku terkecuali sebab geli. Aku sembang la dengan bakal-bakal pendaki yang tengah makan nasi lemak. Hebat kau dik nak mendaki makan nasi lemak. Dia kata kalau kita bayar lagi RM5 seorang kita dibenarkan masuk kedalam dan meneruskan perjalanan lebih kurang 4 km lagi. Dia cakap dalam 200 meter daripada check point pertama ada waterfall. Aku pun teruja nak tengok waterfall dan ajak mereka semua masuk kedalam. Rupa-rupanya 200 meter pertama pun dah agak mencabar bagi kami yang tak ada pakaian dan kasut yang sesuai. Tapak kasut aku dah nipis T_T sakit oo kena batu dan mak mentua aku lagi la pakai baju kurung hahaha. Mesti pendaki-pendaki tu ingat makcik ni nak pergi doa selamat dekat mana ni.

Pakcik guard tu kata jangan pergi jauh-jauh sangat sebab ada orang tua dan cuaca tak menentu. Baiklah.


200 meter pun kalau jalan camni memang jauh

Yeay dan sampai. Ini je pun si Carson Fall

Jenuh nak patah balik wei
# Desa Dairy Farm
Okeh Kinabalu park checked. Destinasi seterusnya ke Desa Dairy Farm (DDF). DDF ni terletak dekat area pekan kundasang tau, kalau daripada arah Kota Kinabalu, kita akan nampak roundbout dekat pekan Kundasang dan ambil pukul 9 dan terus je. Nanti ada signboard atau sila la tanya penduduk tempatan. Masa ni  baru 10 pagi. Kalau ikut pada jadual yang aku tengok dekat website DDF ni, pukul 10 pagi kita boleh tengok pemprosesan susu segar dan boleh bagi anak moo moo minum susu dan makan. Cuma perahan susu je bermula jam 3 petang. Bayaran masuk adalah RM4 seorang.

Walaupun kawasan ni berbau lembu dan kambing hahaha tapi pemandangan nya sangat indah tau. Kata orang boleh feeling-feeling dekat New Zealand gitu. Yela lembu-lembu yang ada pun aku rasa baka daripada New Zealand. Daripada jauh kemain comei bila dekat musyukkk nya. Hahaha.

Kat sini ada jual hasil tenusu seperti susu segar dan ais krim yogurt. Sedap memang A. Tapi kesilapan yang aku buat adalah pergi beli dulu ais krim tu dan bawak pergi tempat feeding anak-anak lembu dan kambing. Bau dia.. tu dia habaq ang potong terus selera.

Bukan senang nak panjat pagar tu
Saujana mata memandang
Kenapa susu ni tak jual dekat semenanjung?
Rakus tau dia ni. Sabor je la 

#Poring hot spring
Ku sangkakan panas hingga ke petang. Masa ni cuaca dah start mendung dan kami meneruskan perjalanan ke Ranau. Perjalanan ke Ranau mengambil masa lebih kurang 45 minit jugak. Destinasi seterusnya adalah  Poring Hot Spring.  Tunjukkan tiket masuk ke Kinabalu Park kat kaunter Poring Hot Spring untuk mendapatkan pengecualian bayaran tiket masuk. Ngam - ngam je sampai sini hujan turun lebat T_T

Punah harapan nak pergi tengok Reflesia ke nak naik jambatan gantung ke. Sementara nak tunggu hujan berhenti sempatlah aku rendam kaki dalam air panas tu. Dekat sini bukan hanya ada air panas tau, dah macam water park aku tengok. Ada kolam siap ada slide lagi. Kalau ada banyak masa mesti aku pun terlibat sama. Tapi apakan daya



Rendam kaki

Makan dekat sini.

#Fish Spa, Tegal Moroli
Bila hujan dah berhenti perut pun dah lapar. Al maklumlah dah masuk tengah hari masa tu. Breakfast pagi tadi pun ala-ala omputih mana kenyang sebab perut dah biasa makan nasi lemak pagi pagi lorr.
Apa yang aku perasan, masakan orang Sabah tak banyak beza dengan orang semenanjung. Ayam masak kicap ke, daging masak merah ke semua boleh diterima tekak. Alhamdulillah.

Lagi satu ramai yang kata makanan dekat Sabah agak mahal, berdasarkan pengalaman aku memang agak mahal tapi portion makanan tu besar. Aku rasa sangat berbaloi dengan harga yang kita bayar. Kalau dekat KL ni beberapa sudu dah settle.

Destinasi seterusnya ke Tagal Moroli, Kg Luanti Ranau. Kami siap-siap tanya directions dekat tauke kedai makan tu. Biasanya mereka dah familiar dengan tempat-tempat yang orang ramai akan pergi, Jadi tak perlu risau sesat. Cuma kalau malu bertanya sosat la jalan kan.

Perjalanan ke Sungai Moroli ni lebih kurang 20 minit dari Poring Hot Spring. Ambil arah Ranau. Nanti kita akan jumpa tea sabah dahulu sebelum fish spa ni. Bayaran masuk adalah RM5 seorang. Masa ni hujan dah start turun T_T. Pada mula nya kami macam teragak-agak nak keluar kereta atau tak, Tapi bila fikir-fikir dah datang sejauh ni, jadi turun je la. Bukan hari-hari pun datang Ranau ni dan bukan hari-hari pun aku kena hujan hahaha

Aku yang bersungguh-sungguh nak datang sini sebab dah masuk dalam itinerary kan. Mana boleh pangkah. Tapi aku ingat aku ni seorang yang berani. Tapi akak tak mampoooo T_T
Tengok ikan tu berkumpul-kumpul pun dah meremang-remang tengkuk ni. Apakan lagi nak masukkan kaki atau nak pegang kelapa ikan tu. Oh man aku penakut rupa nya. Dua kali aku buat percubaan tapi baru je nak masukkan kaki aku tengok semua ikan-ikan tu macam kelam kabut je datang dekat aku harus la aku melompat. Dua kali jugak aku tergelecek dekat atas pasir-pasir sungai tu. Sakit oo. Last-last kena marah dengan Hafiz sebab takut. Hello orang takut bukan main-main tau. Akhirnya aku bergambar digigi sungai bersama-sama ikan sahajo T_T

Abah dan adik ipar aku kata syok. Ikan tu gigit-gigit manja je.

Tangan tu eksyen je hahaha

Peminat ikan bertemu ikan hahaha

Betapa besarnya ikan, dah jadi pemalas pun

Abah je yang steady

# Sabah Tea
Destinasi seterusnya kami ke Sabah Tea tak jauh pun daripada fish spa ni. Tapi jalan masuk nya agak mencabar dan keadaan jalan tak berapa elok. Tak tahu la kenapa depa tak turap jalan tu. Tak ada bayaran masuk dikenakan. Dekat puncak sabah tea ni ada kilang pemprosesan tea, ada cafe dan kedai cenderahati. Aku pun tak tahu kenapa setiap pokok dekat sini mesti ada jarak antara satu sama lain. Jadi pemandangan nya tak berapa indah kalau nak dibandingkan dengan Cameron Highland.

Nampak tak pokok teh ni macam dah togel


Borong Sabah Tea

Tak lama pun kami dekat Sabah tea ni, lepas tu kami gerak balik kearah kundasang. Sebab malam ni kami akan berada dekat Kota Kinabalu pula. Sebelum tu kami singgah solat Zohor/Asar dekat Masjid Besar Kundasang. Cantik sangat masjid ni. Dah la dekat atas bukit menghadap gunung Kinabalu.

Masjid Kundasang
Pemandangan depan masjid

Sebelum balik Kundasang

#Pekan Nabalu
Beberapa Kilometer daripada pekan Kundasang kita akan jumpa Pekan Nabalu. Pekan ni pun kami singgah jap tapi masa ni dah dekat jam 5 petang, kedai-kedai pun dah banyak yang tutup. Dekat sini best jugak kalau nak shopping souvenir, buah buahan ke atau makanan tempatan. Daripada sini masih lagi boleh nampak gunung kinabalu yo.




Durian Hutan. Tak ada bau tapi rasa sama. Sedap!
Perjalan diteruskan ke Kota Kinabalu. Jumpa di KK bah

xoxo



Monday, October 20, 2014

Kota Kinabalu yo! Part II

Assalamualaikum

Day 1:

Pertama kali aku merasmikan KLIA2. Yeay. Sebelum ni Hafiz dok berlagak dengan aku yang dia awal-awal lagi dah naik flight daripada KLIA2. Eksen sokmo. Masa dekat KLIA2 tu tak sempat nak tengok kiri kanan pun, terus je check in dan masuk departure hall.  Kedai pun banyak yang tak buka lagi.

At 7.50 am we fly to Kota Kinabalu ~
Kami tiba dekat Kota Kinabalu Airport lebih kurang pukul 10.40 pagi, dalam hati kenapalah Airport KK ni macam buruk je, rupa-rupa nya KK ada dua Aiport. Seperti biasa kapal terbang tambang murah akan berlabuh dekat airport yang buruk itu T_T. Aku terus call tauke sewa kereta dan dia dah tunggu dekat situ.

Hafiz pula bertolak daripada Labuan dengan Feri. Tambang feri Labuan ke Kota Kinabalu RM 15 sahaja dan memakan masa selama 3 jam. Feri tu bertolak daripada Labuan pukul 8 pagi dan tiba dekat jesselton point lebih kurang pukul 11 pagi. Feri tu boleh sampai ke Brunei tau. Boleh tengok details feri dekat sini : Ferry Labuan ke Kota Kinabalu

Lepas bagi details kepada tauke kereta sewa dan bayar balance kami pun bergerak ke Jesselton Point sebab nak ambil Hafiz. Tak jauh pun dalam 8KM sahaja. Ngam-ngam sahaja aturan nya jadi masing-masing tak perlu tunggu lama.

Tentatif untuk hari pertama adalah:

1. Kundasang
2. Rumah terbalik
3. Jambatan Tamparuli

Perjalanan ke Kundasang mengambil masa dalam 2 jam setengah. Dalam perjalanan ke Kundasang kita boleh singgah beberapa tempat yang menarik. Destinasi pertama kami adalah Rumah Terbalik. Rumah ni terletak dekat Tuaran, Tamparuli. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM10. Bagi aku tempat ni macam ok ok sahaja. Aku ingatkan boleh masuk dan melawat sesuka hati, rupa-rupa nya nak masuk kedalam rumah tu kena berkumpulan dan ada guide yang akan bawa dan menceritakan tentang rumah tersebut. Dalam rumah tu kita tak dibenarkan ambil gambar hmmm. Ada tempat-tempat tertentu je yang dibenarkan.


rilex je angkat kereta sebelah tangan hehehe
Dalam setengah jam je kami dekat Rumah terbalik tu tambahan pula keluarga mentua aku bukan jenis giler bergambar macam aku. Hahaha. Jadi tak cukup korum nak posing lebih-lebih dan segan pulop tu. Kami meneruskan perjalanan ke Jambatan Tamparuli. Dalam 15 minit daripada Rumah terbalik. Kata orang jambatan ni dipopularkan oleh Marsha Akademi Fantasia sebab dia dok menyanyi lagu "Jambatan Tamparuli" masa dalam Akedemi Fantasi dulu hehe.

Jambatan tamparuli ni macam jambatan gantung dan hanya untuk pejalan kaki. Dekat tepi jambatan tu ada jambatan kecil untuk kenderaan. Memang rock sangat jambatan tu sebab tak ada langsung penghadang kiri kanan memang mencabar dan kecut perut. Aku rasa kalau terlajak sikit je memang kedalam sungai la yer. Dekat sekitar jambatan tu ada kedai-kedai dan pasar tani. Waktu tu dah tengah hari dan kami makan tengah hari dekat kedai makan sebelah Jambatan Tamparuli. Ada kedai orang islam dan masakan nya sedap jugak

Tengok jambatan dekat bawah tu..Ngerikk

Bertemu cinta ku disini

Lunch!

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Seperti yang dah sedia maklum daripada ramalan cuaca, masa kami dekat Sabah nanti cuaca tak berapa cantik. Akan hujan. Ramalan mu benar belaka, masa on the way ke Kundasang cuaca dah mula gelap dan kabus tebal. Feeling-feeling macam duduk dalam awan dan dekat luar negara gitu. Tapi tak lama selepas tu hujan dah mula turun dan lebat sangat T_T Dah la perjalanan ke Kundasang agak mencabar sebab kita mendaki gunung. Tapi ok lagi kalau nak dibandingkan dengan Cameron Highland dan Genting Highland. Masa tu cuaca pun dah mula sejuk. Plan asal kami akan singgah Pekan Nabalu terlebih dahulu tapi sebab hujan terlampau lebat dan kami ambil keputusan nak singgah masa dalam perjalanan balik esok.

Lebih kurang pukul 4 petang kami sampai dekat Pekan Kundasang. Yeay! Nasib baik hotel kami dekat tepi jalan je dan tak susah nak cari. Selesai check in dan aktivti seterusnya adalah tidur hahaha. Dah la tak ada television apa nak buat lagi. Tambahan pulak time hujan dan suhu masa tu dalam 22 darjah celcius je. Memang bagai orang mengantuk di sorong bantal la yer. Nak tengok si gunung kinabalu pun malu-malu.

Malam tu kami keluar ke Pekan Kundasang untuk makan malam. Memang banyak kedai makan dekat pekan Kundasang jadi tak perlu risau. Jangan lupa bawak sweater kalau ke Kundasang sebab sejuk tahap sampai ke tulang kering hahaha.

Air panas dan sup cepat je jadi suam.

Kabussss

Sayap @ nama komersil chicken wings

Wednesday, October 15, 2014

Kota Kinabalu yo! Part I

Assalamualaikum

Dalam banyak banyak Negeri dekat Malaysia ni, Sabah je yang belum aku sampai. Yela, kalau tengok tiket flight ke Sabah agak mahal kalau nak dibandingkan tiket ke Sarawak ataupun Indonesia. Dah lama aku teringin nak ke Sabah tapi belum ada rezeki.

Tapi rezeki Allah tu luas, selepas projek dekat Terengganu, Hafiz kena handle projek dekat Labuan pulak. As usual, kalau kata sebulan mesti akan jadi dua bulan. Untuk tak nak bagi isteri dia ni sedih, Hafiz suruh aku datang melawat dia dekat Labuan, tapi aku tak nak ke Labuan sebab alang-alang dah nak ke Sabah baik terus pergi tempat yang best untuk jalan-jalan kan. So kami decided nak ke Kota Kinabalu.

Rezeki Allah, kebetulan tiket MAS ke Kota Kinabalu ada sales. Kami pelawa sekali Mak dan Abah. Kebetulan adik ipar aku pun nak follow sekali. Bertambah meriah la rombongan cik kiah nanti. Hahahaha Tapi tiket pergi hanya murah pada waktu malam, kalau dihitung-hitung rugi bertolak waktu malam sebab nanti cost accommodation akan bertambah. Dan kebetulan juga Air Asia (AA) pun buat sales dan ada tiket awal pagi yang murah. Yeay! Kesudahannya, perjalanan pergi akan menaiki AA dan perjalanan balik akan menaiki MAS. Rezeki mak dan abah mertua nak merasa naik MAS dan merasmikan KLIA dan KLIA2. Hehehe

#Tiket
Kami bertolak pada 27hb Sept 2014 jam 7.50 pagi. Tiket AA sehala yang kami dapat RM 139 seorang. Tapi biasalah AA mesti nak add on seat + meal. So kena la tambah lagi RM19 seorang. Tiket balik pulak pada 29hb Sept 2014 jam 11.55 malam. MAS offer RM130 je seorang. All included pulak tu. Dah tak payah nak bayar seat, makan dan luggage. Setiap penumpang dah dapat 32 kg secara percuma. Berbaloi baloi kan?

Tapi MAS bukan selalu buat offer, kalau ada sale pun senyap-senyap je. Hahahaha

#Hotel
Kami akan berada di Sabah selama 3 hari 2 malam. Kami plan nak jalan-jalan dekat Kundasang dan Kota Kinabalu. So, seminggu sebelum bertolak aku dah siap-siap booking hotel. Satu malam dekat Kundasang dan lagi satu malam dekat Kota Kinabalu. Seperti biasa aku guna khidmat Agoda.com. Aku kan giler kumpul points.

Setelah diteliti, dihitung dan habis semua customer review aku selidik. Ini adalah penginapan kami di kundasang dan Kota Kinabalu yeay!

Banyak blog yang review Heritage hotel dan Pine Hotel kundasang yang terbaik tapi harga pun terbaik jugak. Jadi ambil lah hotel seadanya. Hahahaha

Hotel @ Kundasang
Mile 36 Lodge. Bilik twin untuk satu malam RM150. Aku ambil 2 Bilik dan tambah extra bed untuk adik ipar aku. Pada mula nya aku nak booking family room tapi semua dah full. Sedih betul. Aku suka style lodge ni sebab dibina dikawasan lereng bukit. So, setiap blok terletak di kawasan yang berbeza. Bilik pun diperbuat daripada kayu kayan dan tak ada aircond okeh.

Paling sedih rupa-rupanya tak ada television disediakan dalam bilik uwaaa. Ini pertama kali aku pergi hotel tak ada television. Hafiz kata dah macam join aktiviti kem motivasi duduk tepi hutan tak ada tv krik krik krik. Selalu nya sebelum aku booking hotel kriteria yang aku akan tengok adalah bilik air samaada private atau share. Tak pernah terfikir pulak nak tengok ada tv ke tidok. Hahahaha.
Tapi yang menang dekat situ adalah pemandangan yang sangat indah Subhanallah. Hotel tu nak suruh kami betul-betul rilex.


Hotel @ Kota kinabalu
Likas Square Apartment Hotel. Dekat Kota Kinabalu aku booked Service Apartment sebab aku rasa lagi berbaloi daripada bilik hotel. Alhamdulillah ada apartment yang dekat dengan bandar dan sangat berpatutan. Apartment 3 bilik untuk 6 orang RM225 satu malam. Ada breakfast lagi tau. Tak ada apa nak complain kecuali kejadian black out lebih kurang satu jam. Paneh ooo

Source : Google Image

Source : Google Image


#Kereta sewa
Perjalanan daripada Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam tau. So kenalah menyewa kereta. Takkan nak naik bas pulak kan. Kebetulan aku ada kawan yang dah jadi orang KK sekarang ni. Aku mintak dekat dia contact number tauke kereta sewa. Ok lah harga nya kalau nak dibandingkan dengan kereta sewa yang ada dekat dalam internet. Kereta Proton Saga untuk 3 hari RM280 saja. Boleh ambil dan pulangkan semula dekat Airport.


---------------------------------------------------------------------

Hari jumaat mak abah mentua dan adik ipar aku sampai daripada Ipoh. Kami akan bertolak ke KLIA2 lebih kurang pukul 5 pagi. Malam tu aku bawak mak dan abah mentua aku pergi makan, kebetulan ada pasar malam dekat kawasan tu. Aku perlahan kan kereta dan bagi signal sebab nak masuk parking tetiba aku nampak daripada cermin ada motor tergolek dog dekat belakang. Menggigil satu badan okeh. Dalam hati aku masa tu..ala, napa dia langgar kereta aku, mati ke dia. Abislah kena uruskan dia. Dah la esok nak jalan uwaaaa. Tup tup aku nampak budak tu bangun sorong motor ke tepi dan kutip barang-barang dia yang tergolek tu.

Calar lagi bumper kereta ku T_T. Tapi budak yang tergolek tu tak boleh dilepaskan dengan begitu mudah. Kalau suruh bayar confirm tak berduit tu. Lepas soal selidik, rupa rupanya baru 15 tahun, tak ada lesen opkos, tak ada side mirror, tak ada break dan tak ada helmet hadoiii. Aku mintak nak cakap dengan mak dan ayah dia, terus mengaku duduk dengan mak cik. Bila mintak nak cakap dengan makcik, terus kata talifon makcik dekat dia. Tengok la berapa cepat sel sel otak dia berhubung nak melarikan diri. Eeee geram betul aku.

Tapi bersyukurlah tak ada apa-apa yang serius terjadi dekat budak tu dan perjalanan ke Kota Kinabalu dapat diteruskan walaupun ah chong tercalar sedikit. 

Sambung ya!

XOXO


Sunday, October 12, 2014

Puding Karamel

Assalamualaikum

Kalau balik Ipoh aku suka eksperimen resepi memasak yang aku cedok daripada Internet. Adik-adik ipar pun suka makan. Lagi syok la aku memasak kalau ada yang sudi nak makan. Sampai sekarang ni, depa sendiri request nak makan apa. Hari raya korban haritu, adik ipar yang paling bongsu request nak makan puding karemel. Masatu kakak ipar dia ni baru je duduk lepas masak nasi arab. Tapi tak sampai hati nak tolak permintaan tu dan tadaaa jadi lah seloyang pudin karamel. Lagipun nak buat puding karamel bukak susah dan bahan-bahan nya senang nak dapat.

Kali ni aku buat puding karamel dengan telur. Resepi nya aku ambil daripada blog raihana vanilla tapi aku ada adjust sikit. Thanks.

Bahan-bahan sos karamel:
5 sudu gula
Sedikit air

Bahan-bahan puding
5 biji telur
5 sudu besar gula castor
400 ml susu sejat/ susu cair/ susu segar
1 sudu vanila

Cara-cara:
Sos karamel
1. Masukkan gula kedalam layang dan panaskan dengan api yang sederhana.
2. Kacau gula sehingga warna gula bertukar keperangan. Jangan sampai hangus yer
3. Masukkan sedikit air dan kacau lagi sehingga sebati. Hati-hati ketika masukkan air kerena guna mudah meruap.
4. Sejukkan sos karamel dan sediakan bahan-bahan puding.


Puding
1. Panaskan pengukus
2. Satukan semua telur, gula dan vanila kedalam blander. Kisar bahan-bahan selama 1 minit.
3. Masukkan susu dan kisar lagi selama 1 minit
4. Tapiskan bahan-bahan yang dikisar kedalam loyang sos karamel. Tapisan boleh mengelakkan puding karamel daripada berlubang-lubang.
5.Kukus selama 30 minit.
6. Keluarkan daripada kukus dan terbalikkan puding karamel kedalam pinggan.

Kita boleh jugak kukus dengan mengunakan bekas-bekas yang kecil. Selamat mencuba nyum nyum :D