Friday, October 24, 2014

Kota Kinabalu yo! Part IV

Assalamualaikum

Wow entry pergi KK ni je dah masuk 4 helai. Ok ini yang terakhir. Kami sampai dekat Kota Kinabalu lebih kurang pukul 7.30 petang. Masa ni dah gelap gebumin macam dah pukul 8 atau 9 malam kalau dekat semenanjung. Alhamdulillah tak susah nak cari Apartment yang kami sewa tu. Selesai check in, kami rehat - rehat sekejap sebelum keluar semula nak cari makan malam.

Malam ni kami plan nak makan seafood. Yeay!
Kawan-kawan aku kata seafood yang murah dan sedap dekat dengan pasar filipina. Keyword yang kawan aku bagitahu macam dekat dengan roundabout ada dolphin, kedai-kedai tu pakai khemah putih. Dan akhir nya jumpa. Memang syorgaa seafood pun. Aku rasa lebih daripada 20 kedai yang jual seafood. So pandai-pandai la pilih.

Ini la rupa kedai seafood tu

Sedap nya.....

Mak mentua teringin lobster
sekoq ni RM60 hehehe

Aku makan dekat kedai ni

Kami ada jugak tambah udang, ikan dan nasi. Makan untuk 5 orang termasuk lobster seekor tu cuma RM180. Burppp Alhamdulillah. Berbaloi-baloi

Lepas tu kami jalan-jalan dekat pasar malam kampung air dan balik tidur hehehe


Day 3

Hari ini hari terkahir kami dekat Sabah. Tiket flight malam ni pukul 11.50 malam jadi kami ada seharian lagi nak jalan-jalan dekat Sabah. Kata orang kalau datang Sabah wajib pergi laut. Jadi plan kami hari ini nak ke Manukan Island.

Pukul 7.30 pagi kami dah turun breakfast dan lebih kurang pukul 8.30 pagi kami dah check out. Destinasi seterusnya ke Jesselton point. Jesselton point ni Jeti untuk feri dan bot. Ingat tak hari pertama haritu Hafiz pun turun dekat situ. Jadi kalau kita nak ke Manukan Island, kita boleh juga melalui jeti yang sama. Dekat sini banyak sangat kaunter yang jual pakej untuk ke Manukan Island. Kawan aku kata kalau pergi dua pulau (Manukan dan Sapi) boleh dapat RM40 kebawah.

Jadi kedai dekat bawah ni menjadi pilihan. Tauke kedai ni offer dua buah pulau (Manukan dan Sapi) speed boat pergi dan balik + cukai jeti RM30. Kemain tau jeti ni pun ada cukai

Kalau nak snorkeling boleh tambah goggle + life jacket = RM 10. Dekat pulau nanti kena spare lagi RM3 seorang untuk bayaran hidupan laut macam tu la.  Kami bertolak pukul 9 pagi dan sampai dalam 20 minit kemudian. Pemandu bot tu suruh kami tunggu dekat jeti pukul 11 pagi untuk ke Sapi island.


Nak naik bot
Manukan Island
Nemo tak ada. Kawan dia je yang ada


Daripada Manukan Island ke Sapi Island mengambil masa 10 minit je. Dan macam biasa pemandu bot tu suruh kami berkumpul dekat jeti pukul 2 petang untuk ke Jesselton Jetty.
Dalam pukul 2.30 petang kami dah selamat sampai semula dekat tanah besar.

Sebelum ke pulau-pulau ni lebih baik beli makanan siap-siap sebab makanan dekat pulau sangat mahal okeh. Lagi satu kalau kita banyak duit, boleh je ambil pakej siap sekali dengan buffet lunch. Dan dekat Manukan Island juga ada resort dan chalet yang best!

Sapi island
Dekat Sapi Island ni cuace dah start panas.
Laut pun dah semakin cantik

Aku text kawan "Dekat mana lunch yang best?" dan dia jawab cuba try cari Restauran Taufik dekat kg air. Dalam kepala aku dok terbayang yang tempat tu mesti tepi laut. Sekali si waze ni bawak dekat tengah-tengah bandar pula. Rupa-rupa nya betul la jalan kampung air tu dekat tengah-tengah bandar. Mana air nya T_T Kami pusing-pusing sekitar kampung air dan akhirnya jumpa dengan si Restoran Taufik ni. Untuk lebih jelas, restoran ni terletak dekat shop lot lama berhadapan Shell.



Ini la restauran taufik. Aku makan rojak ayam. Yang lain makan nasi campur. Yang aku perasan bila makan dekat Sabah ni, walaupun makan nasi campur, dia akan asingkan lauk dalam pinggan lain dan akan serve dengan semangkuk sup.

Destinasi seterusnya kami ke Pasar filipina @ pasar kraftangan. Memang rambang mata tengok mutiara dekat sini. Syorgaaa. Tapi aku tak beli seketul pun. Tak tahu nak pakai pergi mana huhuhu. Dekat sebelah pasar filipina ni pulak ada pasar yang jual makanan laut macam ikan kering, ikan bilis dan kuih popular dekat Sabah iaitu kuih cincin.





Masa ni baru pukul 5 petang. Kami akan pulangkan kereta sewa lebih kurang pukul 8 malam dan flight Hafiz ke Labuan pukul 9 malam. Masa ni dah tak tahu nak pergi mana, last last kami masuk mall. Tapi bosan je sebab kalau nak pergi mall baik pergi yang hado dekat KL ni kan. Last-last aku ajak hafiz round sekitar bandar K.K dan singgah sekejap dekat pasar malam kampung air. Kat sini syorrgaa untuk bundle tau. Kemain banyak kedai bundle yang best. Hahaha sejak bila la aku layan baju bundle ni. Tapi sweater yang tebal-tebal dekat sini cantik dan masih molek tau. Murah pulak tu



Pukul 8 malam kami dah selamat sampai dekat Airport. Kali ni dekat Airport baru sebab balik naik MAS. Memang sangat-sangat berbeza airport baru dan yang lama. Tak lama lepas tu Hafiz pun dah check in untuk ke Labuan. Sedih masa ni. Dulu janji nak balik sama-sama. Tinggal lah aku semula dengan keluarga mentua. Flight kami ada lebih kurang 3 jam lagi.

Tak lama lepas tu aku ajak keluarga mentua aku check in. Nasib baik aku check in awal, masa dekat imegresen baru aku perasan card imegresen aku hilang. Untuk pengetahuan, walaupun kita ada kad pengenalan Malaysia tapi bukan lahir dekat Sabah atau Sarawak, kita akan diberi card putih semasa masuk ke Sabah. Dan masa nak balik nanti kita kena pulangkan semula card tu.

Tapi entah kenapa nasib tak baik, aku terhilangkan card tu. Yela, card tu nipis macam resit beli barang je. Mungkin aku terbuang masa aku buat spring cleaning hahaha. Aku dah cuak begitu jugak keluarga mentua aku. Rupa-rupa nya kalau hilang card tu kena buat report polis. Uwaa camner nak pergi balai polis ni. Rupa-rupa nya ada balai polis dekat dalam Airport. Lega. Aku kena bayar RM2 nak endos report.

Rupa-rupanya (Berapa banyak rupa-rupanya la) hafiz pun kena soal selidik sebab dia tak simpan tiket ferry daripada Labuan. Kalau ikutkan dia kena tunjuk tiket tu dekat imegresen. Sebab dekat Jesselton point dia tak dapat sebarang card.

Masa nak tunggu flight ada seorang ibu dan baby ni duduk belakang emak mentua aku. Tak lama lepas tu dia mintak tolong mak mentua aku tolong pegangkan baby dia sebab dia sakit perut. Mak mentua aku macam terpinga-pinga sekejap. Yela berani betul dia tinggalkan anak dia dengan orang asing. Tak lama lepas tu dia datang semula. Nasib baik. Kan ada kes - kes sebelum ni mintak tolong pegang anak dan mak nya terus hilang macam tu je. Hahaha banyak sangat tengok TV aku ni. Tapi yela kan, kalau aku memang tak sanggup dan tak harap kot nak mintak orang yang langsung tak dikenali nak pegangkan anak aku.

Naik MAS ni mewah sikit bab makan. Belum sempat panas punggung dah macam-macam makanan depa hidang. Tapi aku tidur sepanjang perjalanan. Bila masa touch down pun aku tak sedar. Kami selamat sampai dekat KLIA pukul 2.30 pagi. Alhamdulillah semua selamat dan yeay Sabah checked.

No comments:

Post a Comment