Thursday, December 26, 2013

PCOS kata doktor VIII

Assalamualaikum

Ini entry terakhir aku menggunakan title seperti diatas. Dan hampir kehabisan nombor. Hahahaha
Pada 6hb December 2013, follow up dengan Dr. Adilah. Aku akan mengambil suntikan yang ketiga dan yang terakhir. Phew!

Panas walaupun dalam airocond! Kepala berdenyut-denyut! PeLupa! Body pain!

Semakin lama semakin banyak kesan Lucrin ni. Aku harap dengan kesan yang aku alami sekarang ni berbaloi baloi dengan keputusan yang baik tak lama lagi. Amin.

Masuk je bilik doktor, dia senyum.

"Hafizah saya tak sabar nak tunggu result HSG awak"

Follow up kali ni doktor buat vaginal scan dan menurut dia, semua nampak macam elok. Cuma tiub yang tersumbat hanya boleh diketahui keputusannya melalui HSG. Samaada masih block atau sudah unblock. 

Doktor suruh aku buat HSG dekat tawakal hospital. Lebih murah. Cuma RM180. Tapi untuk dapat doktor perempuan kalau tak silap Dr. Fatimah, kita kena call awal untuk temujanji. Temujanji telah dibuat, awal January nanti dan follow up bersama Dr. Adilah hari yang berikutnya,

HSG with hospital tawakal
03 40267777

Perasaan? Seram oo nak buat HSG, macam-macam rasa mereka cakap. Dulu buat laparoscopy surgery dalam keadaan tidak sedar. Hok ni hidup-hidup wei. Nanti dah settle aku share pengalaman ok. Selain seram, aku pun berdebar jugak mana la tahu tiub tak terbuka semula :(

Aku tanya doktor mengenai kemungkinan yang negative ni. Dia jawab 90% pesakit dia semua berjaya unblock tapi tak sampai separuh yang berjaya mengandung secara normal. Oh aku takut nya jadi yang 10% itu dan salah seorang daripada separuh yang tak berjaya mengandung secara normal itu. Ya Allah.

Tapi ajal maut rezeki semua dah tertulis. Apa-apa pun keputusan kena redha. Aku harap aku tabah, kuat dan suami sentiasa disisi. 

Doktor macam suruh aku buat IVF jer. Kita tengok la rezeki Allah macammana. 

Sayang, i tahu u tak ada masa panjang nak baca blog syok sendiri i ni. hehehe. Kadang-kadang terkasar bahasa, i mintak maaf. I tak bermaksud nak menentang you walau sebesar kuman. You always be my Imam, my best friend,my housemate, my soulmate, my GPS, my bantal busyuk, my everything and daddy of our child's soon. InsyaAllah. I love u :)

Consultation fees + medicine = RM199

Doakan ye :D


Monday, December 16, 2013

Qaseh Adinda Qaseh Kekanda

Assalamualaikum

Setiap kali aku pergi klinik Dr. Adilah, mesti aku akan jumpa ramai kawan-kawan yang senasib. Ada macam-macam masalah dan kebanyakkan menanti rahsia Allah yang satu itu. Ada yang dah berbelanja beberapa kali untuk IVF. Oh IVF, 3 huruf sahaja, tapi kenapa la kamu begitu mahal?

Sejak join ground endometriosis dekat Facebook, dapat jumpa kawan-kawan yang senasib. Kebaikan nye disini, kita tahu yang kita tak keseorangan dan kita boleh share masalah senasib. "Endometriosis warrior" kata mereka. Tapi kadang-kadang seram juga baca macam-macam masalah dan macam-macam petua tu. Hiks. Tapi yang baik kita ikut yang rasa macam pelik-pelik, better kite rujuk kepada yang pakar dulu. Terima kasih kepada yang mewujudkan group seperti.

Haritu aku ada bersembang dengan sorang kawan ni, tapi Alhamdulillah doa dia dah dimakbulkan Allah swt. Setelah 4 tahun. Pada mula nya doktor kata dia ada cyst dan tiub fallopian tersumbat. Hanya 99% boleh mengandung secara normal. Dia down. Ada rezeki dia untuk buat IVF. Tapi selepas procedure pertama (Besarkan telur) tiada satu pun telur yang matang. IVF terpaksa dihentikan. Tapi Allah maha besar, dia disahkan mengandung dengan sendirinya. Sekarang dah nak masuk anak kedua. Alhamdulillah Alhamudulillah.

Kalau orang senasib macam ni, aku suka tanya petua yang mereka amalkan. Dia kata dia amalkan makanan sunnah seperti kurma ajwa, dan air zam-zam. Tapi agak sukar nak dapatkan kurma ajwa dan air zam-zam tu. Dan dia pun ada mengamalkan Qaseh.

Jadi aku bercadang nak beristiqamah dengan qaseh. Apa itu Qaseh?

Rumusan makanan sunnah khusus untuk lelaki dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, delima dan air zam-zam bersama za'faran dan pelbagai herba terpilih lain serta gum arabic yang bertindak sebagai prebiotik semulajadi. Qaseh Kekanda turut menggabungkan herba khusus untuk lelaki iaitu guarana, ashwaganda dan tribulus. Qaseh Kekanda berfungsi untuk:
  1. Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
  2. Menambah tenaga dalaman dan luaran
  3. Mencerdaskan minda
  4. Membuang toksin
  5. Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
  6. Meningkatkan sistem imun
  7. Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
  8. Mempercepatkan penyembuhan
  9. Menstabilkan mood
Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun. Sangat sesuai untuk mereka yang sibuk dan memerlukan tenaga ekstra setiap hari!




Source :  http://www.powergoat2u.com.my

Hafiz orang yang susah nak makan ubat, dulu aku pernah bagi dia supplement dalam bentuk capsule keluaran jenama yang agak terkenal. Memang dah pesan kena minum banyak air kosong. Tapi Hafiz bukan 24 jam depan mata dan takkan aku nak paksa dia minum macam kanak-kanak. Dan akhir nya dehydration sehinggakan urine berdarah T_T. Tak pasal - pasal melepak dekat hospital 3 hari.

Tapi sejak mengamalkan Qaseh, dia sendiri yang mengaku yang dia dah lebih segar. Belakang dia dah tak sakit. Dan sangat jarang kena selsema atau demam. Dia suka sebab rasa nya sedap dan senang nak amalkan.  Alhamudulillah. Sekarang dah nak masuk 4 botol. Semenjak itu aku pun nak beristiqamah dengan Qaseh.  ini bukan testimoni copy dan paste tau. 

Berminat? Boleh call ATAU sms ATAU e-mail okeh :D

Hafizah : 013 4965001 / hazie_07@yahoo.com.my

Friday, November 29, 2013

Cheese cake mudah

Assalamualaikum

Sekarang dah masuk cuti sekolah, jadi ramai la orang buat kenduri ye. Tak kira la kenduri kahwin ke, bertunang ke, berkhatan ke semua berebut-rebut nak buat time cuti sekolah. Yela, kita nak buat kenduri nak semua orang datang kan. Teringat masa kenduri kahwin aku dulu bulan April, bukan time cuti sekolah, memang ramai yang tak puas hati. hehehe
Last week hafiz balik KL dan kami pulang ke kampung halaman. Tapi hari ahad tu dah balik awal ke KL sebab nak attend majlis Akikah baby kawan aku, baby harraz. Aku plan nak bawak something untuk majlis tu. Tapi apa sangat la kemahiran memasak yang aku ada kan. Jadi buat kek lah. Aku buat kek tu masa dekat kampung lagi. Cheese cake pulak tu, nasib tak cair. Aku letak ais dekat tepi-tepi loyang ke tu untuk kekal sejuk.

Cheese cake yang aku buat ni super simple and plain je, cuma topping tu kita boleh add on apa yang kita suka dan apa yang tekak kita boleh terima. Nak letak coklat ke, bluberry ke, strawberi ke ikut suka la kan. Macam aritu aku tanya hafiz, mesti la dia pilih coklat. Hantu coklat kan. Aku guna blender dengan oven je untuk resepi kali ni

Bahan- bahan 
250g Biskut digestive - Kalau tak ada, pakai biskut tiger susu atau biskut marry pun boleh. Hok yang ada coklat chip atau oat pun layan
2 sudu besar butter atau majerin (dicairkan)
250 g Cream cheese - Aku guna jenama tatura
250g atau 2 cup kecil plain yogurt - Aku guna yogurt perasa natural jenama nestle
2 biji telur
3 sudu tepung gandung
7 sudu besar gula halus
sedikit perahan lemon atau limau
sedikit vanila essance

Cara-cara
1. Panaskan oven dengan 175 darjah celcius
2. Sediakan loyang dan alas dengan aluminum foil atau kertas minyak (Supaya senang nak bawa kek keluar daripada loyang)

3. Hancurkan biskut digestive dan gaul dengan butter atau majerin yang telah dicairkan
#Kalau boleh jangan guna blender sebab nanti terlalu halus atau jangan pula terlalu kasar, kang senang berderai

souce : Google image


4. Masukkan biskut kedalam loyang dan tekan-tekan sehingga padat
# Biskut ni akan bertindak sebagai base

5. Masukkan cream cheese + telur + yogurt +  tepung gandum + gula + limau + vanila kedalam pengisar (blender) dan kisar sehingga sebati.

6. Masukkan bahan adunan kedalam loyang yang dah ada biskut tadi

7. Bakar adunan tadi selama 45 minit
# Tak perlu cucuk dengan lidi untuk mengetahui kek dah masak ke belum sebab cheese cake akan sentiasa melekat dan melekit walaupun dah masak. Cuma tengok bahagian atas kek, kalau dah nampak macam dah padat tu maknanya dah masak la tu.

8. Masukkan kedalam peti ais sekurang-kurang nya 4 jam

Untuk topping aku guna chocolate.

Bahan-bahan topping
1. Bar chocolate masakan - Aku guna choclate biasa jenama tango, cadbury mahal :D
2. 50 ml susu segar 
3. 1 sudu butter / majerin


Cara-cara
1. Campur semua bahan diatas dan masak dengan cara double boiler 
# Double boiler rujuk gambar dibawah
2. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam piping bag untuk mendeko
# Kalau malas ratakan je coklat dekat atas kek tu.
# Boleh jugak gantikan coklat dengan jem kegemaran


Tadaa. ni cake for little Harraz.



Wednesday, November 20, 2013

Tiramitsu Mudah

Assalamualaikum

Kali ni aku nak share resepi tiramitsu yang super duper cool. Sonang sangat nak buat sebab tak payah bakar ataupun kukus. Cuma simpan dalam peti ais je. Ada banyak versi untuk tiramitsu mudah ni. Ada orang buat pakai kek, tapi aku pilih buat pakai biskut. First time aku buat, terlalu basah sebab aku rendam biskut tiramitsu tu dalam kopi. Cepat sangat meresap nye. Sampai lembik biskut aku.

Biskut tu boleh beli dekat kedai bakery. So far aku tak jumpa lagi dekat pasaraya Giant ke Tesco. Kita cari biskut tiramitsu atau lady fingers. Harga dia rm10.90 ke rm12.00 camtu la. Kalau rajin boleh google resepi nak buat biskut tiramitsu/lady fingers ni sendiri.

Ni la rupa dia. Source : Google image

Makan cicah kopi pun sedap. Source : Google image

Belajar daripada pengalaman, kali kedua ramai yang kata sedap. Senyum. Aku buat masa jamuan makan-makan hari raya kat umah aku tempoh hari. Sekejap je licin sampai sesi petang kena backup dengan cucur pulak. Tiramitsu ni memang tak ada structure pun, depends kepada kita nak buat bentuk apa dan kalau kreatif boleh nampak eklusif sangat ala-ala makan dekat hotel gitu.

Bahan - bahan:
1 bungkus Biskut Tiramitsu/Lady fingers
250 g cream cheese - aku guna jenama tatura
200 ml whipping cream - aku guna jenama emborg
50g gula castor
Sedikit air suam
5 Sudu besar kopi
Serbuk koko

Cara - cara :
1. Masukkan cream cheese + whipping cream + gula kastor dan putar sehingga sebati.
# Kalau nak manis tambah gula lagi

2. Bacuhkan kopi + air suam

3. Alaskan loyang dengan alumnium foil atau plastik supaya nanti senang nak bawa keluar kek daripada loyang.

3. Guna berus dan sapukan bancuhan air kopi tadi pada biskut. Side by side.
# Macam aku kata tadi, kalau nak rendam pun boleh tapi nanti biskut tu jadi terlalu lembut dan basah. Tak sedap

4. Susun biskut tadi rapat-rapat kedalam loyang sehingga membentuk base ataupun lapisan pertama.

5. Kemudian masukkan cream cheese yang kitar putar tadi atas lapisan pertama. Ikut suka la nak setebal mana. Selesai lapisan kedua.

6. Kemudian susun semula biskut yang telah disapu dengan kopi untuk membentuk lapisan ketiga. Dan masukkan cream cheese untuk lapisan keempat. Ulang step tersebut sehingga biskut dan cream cheese selesai. Pastikan lapisan terakhir adalah cheese!
#Berapa banyak lapisan bergantung pada saiz loyang. Semakin kecil loyang semakin tinggi la dia.
#Tak semestinya guna loyang, kalau ada cawan yang cantik-cantik atau bekas plastik yang kecik tu pun boleh guna. Senang nanti nak bagi dekat kawan-kawan. Cedok pakai sudu je.

7. Taburkan serbuk koko diatas lapisan terakhir. Guna penapis bagi mengelakkan koko itu berketul-ketul.

8. Simpan Tiramitsu kita sekurang-kurang nya 4 jam sebelum boleh dimakan. Sabor :D

hahaha..ni 1st time buat tak guna alas, so memang tak boleh nak keluarkan.

Nampak tak si beliau? Ini je gambo yang hado.



Selamat mencuba. Yeay



Thursday, November 14, 2013

PCOS kata doktor VII

Assalamualaikum

Setelah 3 minggu ,yeay finally dia disini. Terpaksa balik seminggu lewat sebab nk teman aku pergi jumpe doktor. Sebab kengkangan waktu dan kerja, dah banyak kali dia tak dapat ikut aku untuk follow up dengan doktor.

Tapi follow up untuk hari ini (8 Nov 13) bukanlah details sangat. Aku cuma nak amik suntikan Lucrin untuk kali kedua. So, aku boleh datang bila-bila masa dan tak perlu Q. Sebelum ni walaupun boleh potong Q, ada jugak la masa nak sembang sikit dengan doktor. Tapi kali ni langsung tak sempat sebab doktor ada IUI case dan Operation. Itu pun nasib baik dia sempat suntikan aku , kalau tidak kena datang semula pukul 2.30 petang.

Tapi masa aku berbaring nak ambil suntikan tu, aku tanya dekat doktor pasal pesakit endometriosis tak digalakkan minum susu soya dan makan produk berasaskan tenusu.

"Memang la tak boleh, saya kan dah bagitahu dekat awak"

Aku pun diam je, napa aku tak ingat. Hafiz kata dia pun pernah dengar doktor cakap macam tu dan dia membebelkan aku sebab tak jaga makan. Makna nya betul la doktor ada cakap tapi aku yang tak perasan atau tak ingat.

Tak sempat nak tanya yang selebihnya sebab doktor dah rush ke Operation room. Hafiz nak tengok video operation hari itu pun tak sempat. Tak apalah, kita sambung next month pada 6/12/13.

Consultation fees: RM184

Lepas selamat operation haritu, lepas rasa segar sikit aku bedal je semua benda. Pasta, cheese cake, daging, udang, sotong. Apa yang aku tak makan. T_T
Aku baca dekat group banyak pesakit yang pernah menjalani 2 atau 3 kali operation sebab cyst mereka besar semula. Sekarang ada keinsafan, sampai bila nak ikut nafsu.

Apa yang aku baca dan aku paham, kalau salah fakta minta maaf, ada beberapa makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit endometriosis dan ada yang sangat baik untuk kita.

Makanan yang perlu dielak
  • Soya
  • Produk tenusu (susu, yogurt, cheese)
  • Seafood (undang dan sotong)
  • Daging merah (Daging lembu, daging kambing)
  • Makanan segera 
Makanan yang patut diamalkan (Aku copy dari blog Dr.Adilah)

"The higher the ORAC (Oxygen Radical Absorbant Capacity) value, the more potent its antioxidant activity"

Fruits (ORAC value in every 100g of it)
  • 1. Prunes (5800)
  • 2. Raisins (2800)
  • 3. Strawberries (1500)
  • 4. Plums (950)
  • 5. Red grapes (740)
  • 6. Oranges (750)
  • 7. Kiwi (610)
  • 8. Banana (210)
  • 9. Apples (210)
  • 10. Apricot (180)
  • 11. Peach (170)
  • 12. Pear (110)
  • 13. Watermelon (100)
  • 14. Honeydew (100)
As for vegetables (ORAC value per 100g)
  • 1. Spinach (1260)
  • 2. Broccoli (890)
  • 3. Onions (tapi tak kan nak makan bawang je kot?)
  • 4. corn (400)
  • 5. Eggplant (390)

Apa yang aku faham, doktor suruh amalkan makanan yang tinggi anti-oksidan nya. Selepas setahun setengah kawin, berat aku dah bertambah sehingga 10kg. Mungkin normal untuk orang yang ada endometriosis. Tapi doktor suruh berdiet semula. Sekurang - kurang dapat separuh dari target pun ok.

Sebab aku dah ada keinsafan, so aku nak start mengamalkan makanan yang sihat :) Lebihkan buah dalam makanan. Kita digalakan makan daging putih (Ayam dan ikan) tapi sedih sekarang ni ayam pun dah tak berapa nak sihat. Adik aku praktikal perladangan, dia kata ayam makanan segera tu membesar dalam masa 28 hari sahaja.

Sekarang ni aku amalkan,

Sebelum tidur dan bangun pagi 
-3 sudu Qaseh adinda

Sarapan pagi
-Tortilla ayam (Aku buat ala-ala chicken terayanki) atau
-Tortilla telur (Telur cincang)

~Tortilla aku gemuk dengan salad + bawang . Aku tak berselera makan salad macam tu je, tapi bila dah gulung dalam wrap ni sedap :D

Lepas tu aku akan ambil buah : Plum atau kiwi

Minum air sebanyak 650ml

Makan tengah hari
- Bihun sup /
-Tosei + ikan /
-ikan + sayur

~Waktu tengahari biasanya dekat office, jadi terpaksa makan dekat kedai.

Dalam pukul 3 aku akan makan sebiji lagu buah dan minum lagi 650ml. Air tu aku tambah dengan separuh lemon.

Makan malam
- Sup bayam /
- Salmon bakar /
- Tortilla

~Aku ni jenis musang. hahaha. malam-malam aktif makan tapi kita baca kat mana pun, mesti orang kata makan malam x elok. Jadi terpaksa la mengunyap dengan buah dan minum lagi 1 liter air.

Sebelum solat maghrib, aku akan buat exercise sikit. Aku buat sorang-sorang je pun. Aku follow video "Pump it up" yang aku download daripada youtube. Memang syok tapi memula buat tu memang berbunyi-bunyi la sendi-sendi aku. Hahahaha.. Siang malam makan tortilla, lama-lama aku boleh jadi macam orang mexico. Hahahaha

Ada isi ayam teranyaki, ada telur cincang, ada ayam kicap (lebih lauk semalam)





Wednesday, November 6, 2013

Snowy cheese cake

Assalamualaikum

Sempena cuti depavali dan Awal muharam aku pulang ke kampung halaman. Ketiadaan suami disisi kena selalu cari benda nak buat. Jangan duduk rumah sorang-sorang tanpa buat apa-apa. Nanti kalau ada tersalah sikit, mula la melenting. Ghindu pahe dop?

Ni kan pula cuti 4 hari, memang kena balik kampung la. Kat kampung ramai orang dan ceria je. Hafiz pun sentiasa bagi green light kalau aku nak balik kampung. Aku suka try resepi baru dekat kampung sebab nanti ada orang yang akan makan. Terutama adik-adik ipar aku. Depa memang suka makan dan aku happy nak masak untuk depa. Dan mak mentua cakap sedap dan boleh buat lagi. Senyum :D

Kali ni aku nak share resepi snowy cheese cake atau orang panggil, cheese cake meleleh..huhu. Resepi aku google je. Terima kasih yer semua yang bagi resepi

Bahan - bahan:

kek
4 biji telur **
2 biji telur kuning **
100 gram gula castor atau gula halus **
50 gram air sejuk - dari peti ais **
2 sudu besar ovalette **

60 gram tepung jagung *
1 sudu teh baking powder *
100 gram tepung gandum *

75 gram mentega dicairkan - Aku rendam dalam air panas je

Krim Cheese
1 kotak cream cheese philadelphia atau tatura
1/2 tin susu pekat manis
cara- cara : Satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin dan tidak berketul

Source : Google image
Source : Google image

Untuk Topping
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut

Source : Google image
Cara-cara:
1. Ayak bahan-bahan bertanda *
2. Masukkan semua bahan bertanda ** dan putarkan dengan kelajuan sederhana. Apabila sudah sebati masukkan bahan-bahan bertanda * kecuali mentega cair.
3. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega cair.
4. Sediakan loyang bulat 8 inci atau sederhana besar yang telah dialas dengan kertas minyak atau disapu dengan sedikit butter.
5. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau sehingga masak, dengan kepanasan 150'c.
6. Apabila sudah masak biarkan sejuk. Bila sudah sejuk, ambil pisau atau benang dan potong dibahagian tengah-tengah kek supaya menjadi 2 bahagian.
7. Sapukan krim cheese diatas bahagian kek yang bawah, kemudian cantumkan semula bahagian kek yang diatas tadi.
8. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek
9. Akhir sekali taburkan cheese kraft yang telah diparut pada keseluruhan kek
10. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam sebelum di potong dan dihidangkan.

Comelkan kek kite

sempena yaya dapat no.2 pun ok jugak
 Selamat mencuba. nyum-nyum

PCOS kata doktor VI

Assalamualaikum

Aku datang semula ke KL semata untuk mengambil suntikan pada 11 Oktober. Sama seperti last visit, aku diberi keistimewaan boleh potong Q sebab datang cuma nak ambil suntikan.

Source : Google image
Kalau tak silap aku, yang hok 3.75mg tu untuk sebulan sekali, yang hok 11.25 mg tu untuk 3 bulan sekali.


Suntikan lucrin 3.75 mg tu aku kena ambil sebanyak 3 kali.

Lucrin : RM 421 x 2 (Satu dapat free)
Consultation cost : RM184 x 3

Doktor nasihat aku supaya beli Lucrin daripada Hospital Pusrawi sebab harganya lebih murah. Murah RM100 kot. Ramai blogger yang bercerita tentang suntikan Lucrin ni. Tapi kebanyakan untuk mengecutkan endometriosis. Tapi doktor suruh aku ambil untuk buka semula tiub. Aku layan kan sahaja sebab mana aku tahu perihal kedoktoran ni. hahaha

Pesanan doktor setelah mengambil suntikan Lucrin:

1. Setiap kali bersama mesti menggunakan protection.

- Doktor kata Lucrin bukan pencegahan kehamilan, tapi kalau mengandung dalam tempoh suntikan Lucrin, kemungkinan besar bayi akan mendapat kesan seperti cacat . Nauzubillah.

2. Lucrin akan buat badan jadi panas meruap dan senang nak melenting

- Tapi memang panas pun. Kadang-kadang dalam aircond pun tetiba badan aku jadi panas macam baru lepas berlari 1 KM. Masa tu kena duduk bertenang dan akan ok semula. Kepala aku pun selalu berdenyut dan selalu penat.

3. Lucrin akan buat badan kita jadi sakit-sakit seperti orang tua

- Doktor awal-awal lagi pesan supaya aku ambil calsium with vitamin D dan mengamalkan multivitamin. Aku beli multivitamin for woman. Dua-dua vitamin ni aku beli dekat farmasi jenama kordel's. Doktor kata Lucrin akan ambil 3.5% calsium badan

4. Sepatutnya setelah mengambil suntikan ni period aku akan berhenti selama 3 bulan.

- Sebelum ambil suntikan pertama aku dah period, dan doktor kata bagus sebab selepas ni kemungkinan besar period tak keluar. Tunggu dan lihat sahaja lah. Dalam pembacaan aku, ada yang mengambil Lucrin untuk 6 bulan dengan 2 kali suntikan. Makna nya, mereka akan ambil suntikan yang bertahan selama 3 bulan. Macam hok aku tu, suntikan tu bertahan 28 hari je dan kena ambil 3 kali.

5. Aku kena amalkan pemakanan yang sihat dan kena diet.

- Sejak ambil Lucrin ni, aku rasa aku kurang selera makan. Ada juga yang aku baca mereka kata turun berat badan. I hope so :D dan aku dah jadi super pelupa. Aku balik kampung untuk 4 hari dan aku lupa tutup lampu dapur. Dan ada sekali tu aku lupa tutup tingkap bilik.  Tapi betul ke aku lupa atau......

Aku baca blog dan group endometriosis, ramai kawan-kawan kata kena pantang soya, susu dan sebagainya. Doktor tak pesan apa-apa pulak dekat aku. Sebab banyak kali jugak aku tanya apa yang aku kena pantang, dia kata apa yang sebelum ni aku tak tahan makan, so jangan makan. Kalau sebelum ni ok, bedal je la. hehehe

Tapi nawaitu aku kan nak berdiet. Sekarang memang aku control sikit pemakanan aku. Risau jugak cyst tu naik semula. Tapi aku pernah baca endometriosis takda ubat, kecuali kita buang ovari baru semua akan berakhir. Astagfirullahalzim.

Cuma masa aku tanya nak pakai cream rawatan nano technology (Tak perlu la aku mention apa jenama dekat sini) doktor kata, selalu nya cream yang boleh digunakan untuk kecantikan kebiasaanya mengandungi hormon estrogen. Estrogen ibarat memberi makan kepada endometriosis tu. Doktor kata kalau itu ubatnya, dah lama dia bagi sebab cream seperti itu ada je dekat hospital. Maybe ada testimoni yang berjaya tak mengalamai masalah endo ataupun sudah sampai rezeki mereka.

Sebelum inject doktor sempat cakap yang dia berharap sangat tiub aku terbuka semula, kalau tak aku kena cuba IVF untuk mengandung. Cost bukan murah dan bukan 100% berjaya. Kalau doktor dah berharap begitu, ini kan pulak aku. Yang tak pernah berhenti berharap

Tapi aku percaya, aku sedang diduga, Allah nak tengok kesabaran hamba Nya. Jangan berhenti berdoa.

Jumpa next appointment pada 8hb Nov ni.

## Kalau aku salah fakta ke apa, sila la rujuk doktor semula k, aku bagitahu dan kongsi apa yang aku tahu dan apa yang aku faham. hehehe

Bersambung nanti :D