Sunday, November 20, 2016

Perth-fect Part III (Final)

Assalamualaikum

#DAY3

Sudah masuk hari ketiga kami dekat Perth dan semakin jatuh hati dengan muka bumi nya. Rilex jer tau ntah la ekk aku memang jatuh hati dengan tempat macamni. Walaupun sebelum pergi ada orang cakap Perth tak best, napa pergi Perth, bandar pencen dan sebagainya. Hehehe

Pagi ni kami breakfast nasi goreng okeh. Kami bawak perencah segera adabi tu je, tapi laku jugak. Konsep dia mudah, sejuk mesti lapo hehe

Flinders Bay



Pagi ni kami akan kembali semula ke Perth city. Sekejap je kan itu yang rasa tak puas. Mungkin dimasa akan datang kena stay at least 2 malam, Huhuhu.
Augusta ni tepi laut tau, memang kawasan ni macam mendamaikan je, selepas check out kami pergi berposing-posing dekat Flinders Bay. Cantik SubhanAllah Air warna turquoise tiffany okeh. Tapi macam yang semua sedia maklum, laut dekat Australia ni ada shark. Hampir setiap tahun ada je orangg yang mati kena makan dengan shark. Tapi kalau setakat dekat gigi air tak ada la kot hahaha

Masa tengah sakan posing tetiba ada mat salleh datang suruh kami naik sikit bahagian atas. Katanya ada 2 ekor dolphin  terperangkap dekat kawasan berbatu. Kami pun apa lagi bergegas la jadi wartawan. Sian tau dolphin tu, berpusing pusing dekat kawasan yang sama. Mungkin time dia masu tu aur tengah pasang tapi masa nak keluar air dah surut. So dia tak boleh melepasi batu-batu tu. Kami ingat kami je jakun rupa-rupa nya semua orang kampung pun turun sebab depa pun jarang tengok hehehe. Kira nye Allah bagi bonus rezeki nak tengok dolphin dekat-dekat. Alhamdulillah

Kami tak tunggu lah sampai dolphin tu selamat, sebab banyak lagi destinasi nak pergi.

Cape Leeuwin Lighthouse





Seterusnya kami akan ke Cape Leeuwin Lighthous. Aku suka giler tempat ni hehe semua tempat ko suka hehehe. Kalau tempat ni belakang rumah aku je, hari-hari aku lepak sini. Boleh tengok pertembungan dua laut. Lepak-lepak mengadap laut. Haishh impian nye. Ada bayaran masuk dikenakan.

Syok giler lepak dekat sini. Tenang je

Flinders Bay - Cape Leeuwin Lighthouse   6KM (10 Minutes)
Cape Leeuwin Lighthouse, Leeuwin Road, Augusta WA 6290, Australia
Entrance fee : $8 adult / $5 child (+-RM30)

Cape Leeuwin – Margaret River : 73KM (1 Hour)
 
Margeret River Chocolate Factory




Lepas dah habis posing dan menikmati keindahan alam, kami meneruskan perjalanan ke Margeret River. Dekat sini ada kedai chocolate yang selalu disebut-sebut. Heaven giler! Ada satu balang chocolate boleh makan for free. Tapi jangan la buat perangai pergi senduk masuk dalam beg. Ada macam-macam jenis chocolate okeh, rasa macam nak beli semua tapi pitam harga nye. So aku beli untuk rasa-rasa je hehehe

The Margaret River Chocolate Company, 415 Harmans Mill Rd, Metricup, WA 6280, Australia
Margaret River – Busselton Jetty  36KM (30 Minutes)

Busselton Jetty

Seterusnya kami ke Busselton Jetty. Dekat sini ada train yang melalui jetty yang panjang. Hehehe itu je pun tapi saja nak layan. Jalan kaki pun boleh.

Admission to the Jetty Train Ride: $12 adult / $6 child

Lunch
Kami lunch dekat sini, sambil disapa dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Seperti biasa nasi dah masak siap-siap daripada guesthouse dan lauk daripada pak brahim okeh

Selesai bergambar dan makan, kami meneruskan perjalanan ke Perth city.

Hay Street Traveller's Inn
Untuk 2 malam terakhir kami di Perth, kami akan stay dekat Hay Street Traveller's Inn. Hotel ni murah je tapi facilities not bad. Tengok la tu siap ada kolam. Lepas tu dapur dia pun best. Kira memang ok la hotel. Lagipun percutian kami penuh dengan aktiviti, tak ada masa nak melepak lama-lama dekat hotel.



Dinner
Malam tu kami dinner dekat hotel je. Ada jugak la kami meronda kejap bandar Perth. Itu pun sebab nak isi minyak. Sebab esok nak pulangkan dah van gedabak kami tu. Sob sob sob


#DAY4
King's Park


Pagi ni kami kena pulangkan kereta, tapi sebelum tu kami nak meronda dan breakfast dekat King's Park dulu. Memang feeling habis. Papagi lagi dah masak nasi goreng dan bungkus macam nasik lemak. Lepas tu cari port yang best bentang tikar dan berkelah.

Lepas selesai je breakfast dan bergambo-gambo kami kena pulangkan van gedabak tu. Lepas ni kami jadi rakyat biasa semula la sebab nak kemana-mana kena naik public transport. hehehe
Destinasi seterusnya ke Freemantle. Shopping!

Return rental car @ Aries Car Rental 166 Adelaide Terrace, East Perth WA 6004, Australia

#Tips : Kereta kena pulangkan dengan minyak yang penuh yer dan dalam keadaan bersih

Freemantle (Eshed Market)




Kami akan ke Freemantle menggunakan public transport iaitu train. Tapi train station dengan kedai car rental tu agak jauh. Owner kedai tu tak bagi kami jalan kaki tapi suruh naik bus. Dekat Perth ni yang bagusnya ada banyak bus percuma okeh. Cuma kena pandai pilih je. Dan bus dekat Perth sangat mesra kanak-kanak dan orang tua yer. Maka beramai-ramai lah kami menaiki bus ke Perth Station.

Dekat Perth station kami beli tiket train ke Freementle. Pada mula nya nak beli seorang satu tapi dekat situ ada tiket diskaun macam family ticket dan group ticket. Harga murah sikit daripada tiket biasa tu. Perjalanan mengambil masa setengah jam. Hari ni Perth hujan, sejuk yakmat wei. Jangan percaya la kalau kata pergi musim panas tak payah bawak baju sejuk, aku sampai terpaksa beli baju sejuk tau. 

Dekat sini tempat paling popular nak shooping adalah Eshed Market. Memang sangat heaven shopping souvenir. Rambang mata wei. Harga murah (Jangan convert). Alahai berapa ekor beruang koala dengan tshirt aku bawak balik untuk anak-anak buah hehehe.

Freemantle ni tepi laut tau, macam kawasan perlabuhan. Dekat kawasan tu ada kedai Fish & Chip yang agak popular dikalangan rakyat Malaysia. Buat kali pertama nya sepanjang kami dekat Perth makan dekat kedai hehee. Kang orang kata tak makan Fish n Chip macam tak sampai Australia lah.

Restoran pilihan kami hok ni hehehe

Kailis Fish Market Cafe, 46 Mews Rd, Fremantle WA 6160, Australia



#Tips : Eshed Market ni cuma buka pada hari Jumaat hingga Ahad sahaja


Watertown Outlet
Lepas semua dah kenyang dan pokai, kami pulang semula ke Perth City. Dalam perjalan balik tu kami singgah dekat Watertown Factory Outlet. Masa ni kena turun dekat station mana ekk aku tak ingat. Lepas tu kena jalan kaki sikit dan tadaaaa dah sampai
Dekat sini kami agak tergesa-gesa sebab nak kejar Chemist Warehouse yang tutup pada pukul 6 pagi. So lepas jalan lebih kurang, aku tak shopping tapi ahli rombongan yang lain shopping lah. Kami naik bus semula untuk ke Murray Street. Pada aku barangan dia boleh tahan harga nya tapi sebab tak de niat nak shopping tambahan duit pun tak ada so sekadar tingokkk je lah.

Chemist Warehouse
Dekat sini semua orang sekali lagi sawan. Hahahaha
Minyak wangi dia memang murah yakmat. Haish memang rambang mata dan rasa macam nak kaut semua. Britney spears punya perfume dalam RM30 ke RM40 je lepas convert. Lepas selesai sawan dekat situ kami pun beramai-ramailah berjalan kaki pulang ke hotel. Murray street dengan hotel kami walking distance saja.



Dinner
Dinner macam biasa kami masak bersama-sama. Masak je lah apa sahaja mesti habis hahaha. Kalau nak malam-malam boleh je nak round sekitar neighborhood CDB ni tapi bila dah kenyang semua dah tak larat. Ini adalah malam terakhir kami di Perth sob sob

#DAY5
Hari ni hari terakhir kami dekat Perth. Malam tadi semua orang sibuk pack barang. Semua macam terlebih luggage. Masing-masing beli koala jer dah berekor-ekor hehehe

Pagi ni destinasi terkahir kami selepas check out adalah bell tower.

Perth Bell Tower


Kami ke sana menaiki bus percuma tu. Tunggu depan hotel je. Dah puas bergambar ada ahli rombongan nak repeat chemist warehouse ada yang nak last kopet nak cari pandora. Aja lantak kome kikiki. Aku yang dah tak ada duit ni decided nak pergi muzium dekat sini. Kami janji masing-masing kena ada dekat hotel semula dalam pukul 12 pm.

Kami mintak tolong hotel untuk dapatkan teksi untuk kami ke Aiport. Alhamdulillah dapat teksi van macam kereta sewa kami dulu. Lebih menjimatkan. Aku budget kena ambil 3 teksi tapi kalau dah dapat van macam ni memang angkut skali gus dan bayar sekali je lah.

Kami selamat sampai di Aiport dan urusan luggage pun tak banyak masalah. Urusan imigresen dan Kastam pun Alhamdulillah tak ada masalah. Masing-masing selamat sampai dengan seribu kenangan dan kehancuran beribu-ribu ringit. Hehehehe itu la kome sapa suruh shopping lagi

#Tips : Jangan buang resit, simpan semua resit dan pembelian lebih $350 keatas dekat satu kedai boleh claim GST tau. 

Selepas claim GST, Teksi pun menjimatkan dan selepas aku beli sedikit barang masakan dekat sana, ada lebihan total daripada yang kami collect tu. Seorang dapat dalam RM60 jugak kot. Untungkan?

** Akhirnya berjaya siapkan entry Perth ni. Aja udah setahun baru settle hahahaha. Semoga menjadi rujukan. ***

Thursday, November 17, 2016

Perth-fect Part II


Assalamualaikum

#DAY1

Bersambung daripada entry Perth-fect sebelum ni, kita sambung full itinerary kami di sana. Selepas hampir setahun menunggu akhirnya masa yang dinanti telah tiba. Yeay!
Flight pukul 12.05 am, jadi kami semua berkumpul di KLIA2 pukul 9pm. Masing-masing baru balik kerja, hari tu  Hafiz ada urusan dekat tempat lain. So aku kena balik naik komuter. Hafiz stuck dalam jem. Adesss. Masa tu dah hampir pukul 7pm. Time orang balik kerja nak ke KLIA memang horror okeh. 
Sampai je rumah, mandi siap dan dah kena gerak semula ke KLIA2. Penat Yakmat

Kami sampai dekat KLIA2 lebih kurang pukul 8.30pm, lepas drop barang Hafiz kena patah semula ke Putrajaya Sentral sebab nak parking kereta. Nanti dia patah balik ke KLIA2 naik ERL. Aku pulak tunggu ahli yang lain sebab nak check in luggage makanan. 
Lepas semua urusan selesai, sementara nak tunggu gate open kiteorang lepak minum dan makan dekat Old Town White Coffee. Tempat perhimpunan wajib sebelum naik kapal terobang hahaha

Tetiba sapa ntah yang bagitahu, flight kami retime. Waktu berlepas pukul 2 am. Dang! Buek ponat je kelam kabut nak sampai awal. Lepas settle makan kami pun gerak la masuk dalam, nak buat camner terpaksa la tunggu. Tapi better tunggu dekat dalam. Rupa-rupanya malam tu banyak flight yang delay dan ada yang sampai cancel. Rupa-rupanya ada sepuluh orang pilot demam serentak. Comei pun ada. Demam berjemaah, tapi kesan nya banyak flight yang delay dan terpaksa cancel. 

Akhirnya, waktu yang ditunggu telah tiba. Aku memang mengantuk yakmat. Mata dah piau piau jer. Ke toilet dah seplo kali kot hahaha. Dalam flight memang tak ada aktiviti lain lah, semua selamat zzzzzzzzz.

Kami sepatutnya sampai awal, dalam pukul 5am waktu Perth, tapi disebabkan flight delay ketibaan kami agak lewat. Sebenarnya ok je, sebab kami janji nak pickup kereta sewa pun dalam pukul 8 am. Kalau sampai awal, kami kena melepak tunggu orang car rental tu datang. 

Sekarang ni hanya mampu tawakal supaya semua makanan kami lepas kastam. Imigresen berjaya lepas dengan jayanya. Depa mesra je, cuma tanya beberapa soalan seperti ada bawak senjata api ke idok atau ada bawak ubat ubatan yang berlebihan ke tak.

Selalunya orang cakap, dekat bahagian kastam akan ada seekor bajingan (Anjing) yang akan menghidu beg kita, Tapi Alhamdulillah bajingan tu tak dop, Off duty gamaknya. Kami berkumpul dalam satu kumpulan dan akak kastam tu cuma nak tengok satu je declaration form. Bila dia bukak je kotak hikmat kami, terkeluar ayat ni dari mulut dia " excellent"
Hahahah yela stok makanan macam nak bukak kedai runcit.

Sebelum berlepas kami dah buat kajian apa yang boleh dibawa dan apa yang tak boleh. Semua makanan tu kami tulis dalam satu kertas dan listkan kuantiti dan ingredient yang ada. Tapi akak tu tak nak tengok pun. Dia check sana sikit sini sikit dan dia lepaskan semua. Legaaaaaa

Kalau idok, mesti serunding daging yan yang tak ada label tu kena rampas, Syukur jugak si bajingan tu tak ada.

#Tips: Segala jenis makanan yang kita bawak, sila list dalam satu kertas, buat details sedikit nanti kalau kastam tu tanya senang nak jawab. Jujur je InsyaAllah lepas semua. Tapi jangan la bawak barang larangan seperti dadah ke, bahan basah dan berunsurkan daging. Kalau nak bawak kena packaging yang baik dan label syarikat pengeluar. Kalau bungkus macam dadah memang tak lepas la 

Keluar je daripada departure hall benda pertama yang kami cari selain tandas hahaha adalah sim card. Ini sangat penting yer sebab kami tak amik GPS dan tak buat roaming. Kang camner nak guna wave kan. Kami beli simcard jenama Vodafone khas untuk traveller. Harga dia tak sampai RM50. Bole buat tattering dan share ramai-ramai.

#Tips : Kalau tak ambil GPS daripada car rental, better beli sim card untuk internet. Sebab kita tak tahu jalan dekat sana, waze atau google maps insyaAllah membantu. Tambahan dapatlah internet nak update gambar uols dengan kangaroo dekat Instagram hehehe

Settle Sim card kami pun call car rental, dan si beliau sampai 10 minit kemudian. Sebelum sign apa-apa better check dan snap setiap bahagian dekat kereta tu kot-kot ada kesan calar ke apa. Supaya nanti bila pulangkan, kalau pihak car rental jumpa kesan calar tu, depa tak boleh kata kita yang buat. Just in case. Kan

Kereta agak selesa dan besar. First driver kami yang di declare secara sah adalah adik ipar aku. Co -pilotnya adalah Aziyan. Kami memulakan perjalanan.

Big W @ Belmont Forum Shopping (9am)


Destinasi pertama terus ke tempat shopping tuuuu. Hahaha. Lepas ni dah nak keutara dan selatan. Kang dah balik ke Perth city dah tak ada kendaraan. Better shopping dulu. Apa yang menarik dekat sini katanya set pinggan mangkuk correle. Memang murah pun tapi design yang lama lah. Aku dapat jugaklah rembat satu kotak dinner set dengan harga $50. Lepas tu rambang mata tengok buah. Segar bugar dan murah. Ahli rombongan semua dah terpikat dengan satu kopi ni. nama nya Dare. Pantang singgah petrol pam je mesti ada yang pergi beli. Padahal kalau dah convert ke ringgit dah dekat RM10 Sebotol kecik.


Airport – Belmont Forum Shopping Center :6KM (10 minutes)
Address : Big W @ Belmont Forum Shopping Center, Belmont WA 6104, Australia

Perth Mosque



Lepas selesai memborong Correle. hihi deme la memborong, aku beli sekotak je hehehe kami meneruskan perjalan ke Perth Mosque. Dekat sini kami buat jamak Zohor dan Asar. Jumpa ramai jugak orang malaysia yang menetap dekat Perth dan jadi tabligh dekat sini.

Rivervale Islamic Centre, 9 Rowe Ave, Rivervale WA 6103, Australia

Danish Patisseries
Dekat facebook kami tengok kebanyakkan yang ke Perth mesti singgah ke Danish Patisseries ni. Makanan dekat sini halal tau. Sakan aku tengok masing-masing memborong roti dan pastry. Sedap-sedap pulak tu. Danish patisseries lah breakfast kami harini.

Dyer Road, Bassendean WA 6054 Australia

The pinnacles

Perth city kami tinggalkan menuju ke Carventas. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam setengah. Dalam perjalanan kami singgah sekejap dekat McDonald sebab nak mintak air panas nak masak maggi cup untuk lunch kami harini. Dua kali kena berulang sebab termos kecik je tapi nak masak 10 cawan maggi. Masing- masing dah lapar. Layan aja

Kami sampai dekat The pinnacles ni selepas pukul 5.30pm. Ambil masa sikit nak sampai sebab pantang nampak tempat lawa je mesti berhenti bergambar hehehe dan guard pun dah tak ada. Tapi masih boleh masuk lagi. Nasib baik masih terang lagi. Dekat sini terlalu banyak lalat. Sampai masuk dalam mata dan silap-silap masuk dalam mulut tau.

Memasing sakan bergambo. Cantik sangat ciptaan Allah ni. Kadang-kadang boleh terserempak dengan kangaroo liar tau. Batu-batu dekat situ sebenarnya tak boleh panjat atau pijak.

191 km (2 jam 30 minit)
Bayaran masuk = $12 per car

Cervantes Holiday Homes

Selepas puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Cerventas. Homestay yang kami sewa ni berhampiran dengan laut tau. Sebelum check kami singgah sekejap tepi laut sebab nak tengok sunset. Lawo giler subhanAllah. Kami akan check in dekat Cerventas Holiday Homes. Aku suka giler rumah ni, terus berangan-angan kalau ada tanah nanti nak buat rumah berkonsepkan inggeris. Selepas mandi dan solat, kami pun start masak untuk dinner yer. Menu malam ni nasi arab yer nasib arab di Perth okeh, dengan lauk kurma Brahim.

The Pinnacles Desert – Cervantes Holiday Homes
 22.6KM (45 Minutes)






Tamat pengembaraan hari pertama kami. Enjoy!

#DAY2

Pagi ni kami masak breakfast nasi lemak yer. Aku bawak siap-siap santan kotak daripada Malaysia dan sambal tumis Brahim. Memang layan tau
Sebelum meneruskan perjalanan kami sempat la berposing-posing dekat depan homestay ni. Mesti jiran-jiran dekat situ kata kami jakun kan hehehe tapi lantak lah bukan selalu pun aku datang ke Perth ni.

Selepas check out, kami meneruskan perjalanan ke Lancelin. Hari ni kami akan patah semula ke Perth lepas tu meneruskan lagi perjalanan ke Augusta. Memang lama dalam kereta tapi dekat sini ok je sebab pemandangan kiri dan kanan sangat lah best.

Lancelin




Apa yang menarik dekat sini? Dekat sini ada timbunan pasir laut yang dah membentuk bukit tau. Walaupun cuaca panas terik tapi pasir nya sejuk je. Biasanya orang yang datang sini akan main sand boarding. Sebelum tu kita kena sewa sand board tu dekat kedai berhampiran. Banyak kedai yang bagi sewa sand board ni, station minyak pun ada. Pergi sewa dulu yer, jangan terus terjah je sebab sekeliling kawasan pasir tu tak ada kedai.

Nampak macam senang je nak main tapi payah yakmat tau. Lepas tu kalau dah turun jenuh nak mendaki semula. Walaupun dibawah terik mentari tapi sebab angin yang sejuk kami tadah muka jer. Memang habis sunburn.

Sand board rental : $20 for 3 hours.

#Tips : Sebab kita bukan professional pun, so tak payah nak sewa seorang satu. Sewa satu je dan main bergilir-gilir okeh

Cervantes – Lancelin : 85KM (1 hour)

Caversham Wildlife Park






Selepas berlumuih dengan pasiaq. Kami memulangkan semula sand board tu dan meneruskan perjalan. Destinasi seterusnya ialah Caversham Wildlife Park. Yeay nak poluk-poluk dengan Kangaroo. Berani ke tu?
Kengkonon je kan

Best tau masuk dekat dalam ni sebab boleh bergambar dan bermain dengan binatang-binatang fofular dekat Australia seperti kangaroo, koala, wombat secara dekat. Lepas tu ada banyak pertunjukkan dekat sini. Must visit!

Caversham Wildlife Park
Entrance fees: $26 Adults / $11.50 Child (+-RM80 / person)

Lunch

Untuk lunch kami makan dekat taman bersebelahan dengan Wildlife Park, Nasi putih dan lauk brahim. Kena pulak dengan sambal hitam dan serunding yang yan bawak. Rezeki terlepas daripada kastam kan. Padalah apa cop pun tak ada hehehe.

#Tips : Selepas masak untuk makanan pagi, terus je tanak nasi untuk makan tengahari. Angkut terus rice cooker tu. InsyaAllah nasi masih panas

Blue Boat House

Dalam perjalanan ke Augusta, Kami singgah sebentar dekat tempat paling popular dekat Perth ni. Tapi masa kami pergi tengah renovate. Uwaaaa. So tak dapat nak naik jambatan tu dan nak ambil gambar pun kena pandai cover-cover kren dekat belakang tu. Alhamdulillah termakbul jugak doa aku nak bergambar dekat sini.

Augusta
Selepas tu, kami meneruskan perjalanan ke Augusta. Memang makan masa 4 jam baru nak sampai. Masa ni memang dah sangat gelap dan tiada lampu jalan. Nak berselisisih dengan kereta pun susah. So kena berhati-hati yer. Takut-takut terlanggar dengan Kangaroo. Dah la tulang Kangaroo tu sangat-sangat keras. Jangan lupa ambil insurance kereta dan kalau tak yakin jangan jalan pada waktu malam.

Kami sampai dekat Augusta hampir pukul 8 malam. Masa tu sangat gelap dan sejuk. Rupa-rupanya Augusta ni dah dekat dengan kutub selatan. So angin yang sampai memang ya ampun sejuk yakmat okeh.

Caversham Wildlife Park - Augusta : 334KM (4 Hours)

Malam ni kami selamat check in dekat Baywatch Manor Hotel. Owner nya sangat friendly dan wife dia orang Thailand. Hotel selesa walaupun shared bathroom.

Dinner
Malam ni kami tukar menu, masak spaghetti bolognese ok. Padahal campak sos bolognese dan kiub ayam untuk bagi perisa sket hehehe. Tapi sebab semua lapar habis licin. hehehe. Dapur hotel ni dah macam dapur masterchef. Syok giler memasak.

Berakhirlah pengembaraan kami untuk Day2. Bersambung pulak dengan Day3 dan seterusnya dekat entry yang akan datang. Hehehehe

xoxo

Monday, May 16, 2016

Perth-fect

Assalamualaikum
Ada satu malam pada bulan December 2016, AA buat promo hehe. Masa tu pulak Hafiz macam banyak duit je hahaha. Aku pun try lah simulate tiket ke Perth. Sekali dapat tiket murah sangat. Dua orang baru RM1100 returns. Sebelum tu MAS pun ada promo, tapi 900 seorang returns. Tetibe Hafiz bagi green light dan aku pun apa lagi proceed lah. Masa tu dah ada tiket bulan dua ke HCM dan bulan lima ke Beijing. Matilanakkk

Aku pun roger-roger lah ahli kumpulan yang akan pergi ke HCM bukan orang lain pun, muka muka itu jugak. Semuaaa teruja nak ikut. Macam biasa aku la yang bukak kaunter AA belikan tiket depa. Tapi ada yang dapat RM550 ada yang dapat RM650. Total ahli rombongan ialah sepuluh orang. Sembilan dewasa dan seorang kanak-kanak.

Ahli rombongan. Hehehe

Selama setahun ni kami startlah mengumpul cuti, mengumpul duit dan segala tok nenek maklumat. Semua perbincangan thru whatsapp. Lagi dua ke tiga bulan nak pergi ada beberapa kali aku dating dengan aziyan sebab nak finalized kan itinerary ke Perth dan nak kira segala budget disana. Ada beberapa perkara yang perlu diselsaikan sebelum pergi seperti --

#Visa
Untuk Visa, aku kumpulkan semua passport ahli rombongan dan e-mail pada Cik Intan eta.australia@yahoo.com. Kurang daripada dua hari dah dapat reply dan mereka dah proceed untuk Visa kami. Alhamdulillah semua approve dan setiap visa dikenakan caj RM20 sahaja. Visa ni nak print pun boleh kalau tak nak pun tak per. Dah nama electronic Visa kan.

Total per person = RM20

#Accommodation
Accommodation hanya boleh ditempah kalau dah ada itinerary yang sempurna dan dah confirm nak kemana dahulu. Kalau tak nanti susahlah, tempah hotel dekat utara tapi pergi keselatan dulu. Dalam trip kali ni kami tak stay dekat satu tempat. Ini adalah hostel penginapan kami sepanjang 5 hari dekat sana. Aku tempah melalui Agoda.com

Day 1 – Cervantes Holiday Homes
Total for 2 apartment = RM724.52 (RM80.50 / person)

Day 2 – Baywatch Manor Augusta YHA
Total for 5 rooms = RM1237.70 (RM137.50 / person)

Day 3&4 – Hay Street Traveller’s Inn
Total for 5 rooms = RM2223.74 (RM247.00 / person)

Additional USD 9 for transaction fees = (RM5 / person)






Total per person = RM470

#Transportation
Untuk transportation pun sama, kena ada itinerary yang sempurna dulu. Dalam trip kali ni, kami akan ke Carventas, esoknya ke Augusta dan seterusnya di Perth City. Perjalanan ibaratnya seperti, kita sampai di Kuala lumpur (Perth City), lepas tu kita ke perak (Carventas), lepas tu terus ke Melaka (Augusta). Nampak tak utara ke selatan perjalanan kami. Masa dekat HCM  rasa seronok betul reramai naik satu kereta sekali, barulah seronok share-share makanan dan boleh bersembang. Kalau asing-asing kereta rasa macam tak best pulak, tambahan semua jadi berganda, parking kena bayar dua, fuel kena isi dua kereta.

So, since kami 10 orang, kami decided nak amik van yang 12 seaters. Bila survey, Aries car rental yang paling popular dan murah.  Untuk car rental Aziyan yang uruskan. Kalau tak silap aku dia email sebulan awal, memula van tu dah fully booked. Down T_T Tapi akhirnya rezeki berpihak pada kami. Alhamdulillah


Commuter Bus 12 seaters 
$411 -- 3 days car rental (Dec 2 until Dec 5)
$18   -- Non-Aussie driver license
$18   -- Baby car seat
$99   -- Insurance (Top cover)
$546
RM190 per person 

Bond atau deposit jangan lupa yer. Amount bergantung pada saiz kereta. Kalau diiukutkan kami kena bayar $1000 untuk van tu. Jenuh jugak kalau convert dah jadi RM3000 lebih. Tapi sebab kami amik top cover insurance, bond kami cuma $200 je. Lega

Dah ada kereta mestilah ada minyak kan. Procedure dekat car rental tu, Masa bagi minyak penuh masa pulang mesti penuh. Sebab kiteorang akan keutara dan keselatan jadi kiteorang kena lebihkan sikit budget dekat fuel ni. Gigih tau google harga minyak dekat sana hehehe senang nak buat estimation.

Fuel
Estimation $340 / 3 days
RM120  per person

Kiteorang akan guna kereta untuk tiga hari je, hari seterunya akan menggunakan train dan bus. Sebelum tu kami ada buat research, ada bus yang percuma dekat sana. Tapi train kena bayarlah. Kami plan nak naik train untuk ke Freemantle jer. Lepas tu kena guna perkhidmatan taxi untuk hari last ke Airport. Dan jugak luggage makanan haruslah dikongsi bersama. Almaklung lah naik AA

Train:
Estimation $90
RM25 per person

Taxi Fare and Food luggage
From Perth CBD to Airport $90 untuk 3 taxi
RM30 per person
Food luggage 25KG (RM178) + balik 10kg (RM50)
RM25 person


Total per person = RM390

#Meal (Breakfast, lunch and dinner)
Semua benda kena darab dengan tiga. Pitam. Begitu jugaklah dengan makanan dekat sana. Tak mampu den nak makan hari-hari dekat kedai. Kalau sekali makan je boleh kenyang satu hari tak apa jugak. Ini kang Hafiz tiap dua jam cakap lapar. Ramai yang nasihat kalau nak jimat lebih baik masak yer. Lagipun trip kali ni pergi beramai-ramai so boleh lah bergilir-gilir memasak.

Aku siapkan menu untuk lima hari tu. Kena susun betul-betul supaya nanti boleh budget bahan mentah yang nak dibawa dan kesesuaian untuk makan makanan time tu. Kami bawak 7 kg beras tau boleh settle dalam masa 5 hari. Sejuk sejuk semua lapar. Walaupun masak campak-campak je. Itu lah pentingnya menyewa hostel atau hotel yang boleh memasak.
Untuk meal kami collect RM1OO termasuk sekali makan Fish and Chip dekat Freemantle. Apalah gunanya ke Australia tak merasa Fish and Chip kan

(Breakfast x 5 times) + (Lunch x 4 times) + (Dinner x 4 times)

Total per pax = RM100





#Entrance / Admission / Rental Fee:

  • The Pinnacles Desert
          $12 / car 
          RM5 per person
  • Lancelin Sand Dunes
        $20 per board for 2-3 hours and $5o for deposit
        RM7 per person
  • Caversham Wildlife Park
        $27 Adults / $11.50 Child
        RM85 per person
  • Cape Leeuwin Lighthouse
        $8 adult / $5 child
        RM26 per person

  • Busselton Jetty
       Admission to the Jetty Train Ride: $12 adult / $6 child
       RM38 per person

Total per pax = RM160

Total Damage: Transportation, Fuel & Luggage + Hotel + Meals + ETA Visa + Admission Fees

= RM390+ RM470 + RM100 + RM20 + RM160 RM1140

Belum pergi dah habis seghibu. Hahaha
Tapi yang penting dekat sana nanti dah tak payah pening kepala nak collect duit itu dan ini. Cuma bawak duit shopping dan jajan je. Dan jugak duit emergency. Currency rate masa kami pergi 

AUD1 = RM3.15

Semua total kami bahagi dengan sembilan orang dewasa sahaja.
Perth best. Walaupun ramai kata macam pekan pencen tapi aku suka ketenangan dekat sana. Teratur semua nya.

Next entry aku share full itinerary okeh.

xoxo


Thursday, May 12, 2016

IUI kali kedua

Assalamualaikum

** Procedure IUI ni aku buat last year (2015) bulan February. Kemain lama tersimpan sebagai draft baru harini berjaya aku settlekan. Aku tulis berdasarkan pengalaman sendiri, kalau ada salah dan silap atau fakta yang tak betul harap boleh diperbetulkan.

IUI Kali Pertama - Click Here

Bila call mak dan cerita pasal orang ni orang tu dah mengandung mesti mak akan cakap --
Kamu bersabar lah, InsyaAllah
Selalunya dah tak rasa apa pun dan tumpang gembira untuk orang yang dapat rezeki anak awal.
Tapi mungkin hati ibu tahu, deep deep deep in my heart mesti akan rasa tercuit.
Tapi kalau tercuit pun what to do T_T takkan nak nangis guling-guling. Yang penting kena redha, positif dan usaha.

Usaha seterusnya yang kami buat adalah mencuba doktor lain. Bukan sebab doktor sebelum ni tak bagus bukan sebab sesiapa, tapi sengaja nak ubah angin. Buat kali pertama aku call klinik Dr. Hamid Arshad dan response sangat baik. Tapi tarikh appointment yang aku dapat tiga bulan selepas tu. Okeh pasrah dan menjalani kehidupan macam biasa. Aku tanda besar-besar dalam kalender. Sampai hari kejadian --

First appointment

Sebelum hari kejadian, aku call clinic untuk confirm kan temujanji. Temujanji aku sesi petang. Pagi tu aku kerja macam biasa. Kami datang awal, sempat makan- makan duluan. Bila naik ke clinic, pintu masih berkunci tetapi dekat pintu ada list nama patient yang ada appointment. Alhamdulillah nama aku ada. Kami tunggu sampai pintu bukak. Clinic dia boleh tahan selesa tapi agak sempit. Sebelum jumpa doktor kena interview oleh nurse dekat luar dulu, amik tekanan darah, berat dan tanya beberapa soalan macam pernah buat rawatan, pernah buat pembedahan dan sebagainya.

Bila tiba giliran, bukak pintu bilik doktor dan nampak doktor tengah duduk. Rupa nye lebih muda daripada dalam gambar. hehe. Lepas cerita A to Z pada doktor dan bagi file rawatan aku yang sebelum ni doktor terus suruh buat IUI. Sebelum tu doktor nak scan dulu. Bab ni la yang paling berdebar, biasa nye yang buat doktor perempuan tapi kali ni doktor lelaki. Tapi sebenarnya, ada nurse yang akan bantu kita dan akan handle semua. Bila dah selesai baru la dia panggil doktor untuk mulakan procedure, itu pun nurse yang akan masukkan dulu TVS scan tu dan baru doktor take over. Walau camner pun malu tu tetap ada tapi nurse dan suami pun ada disisi. So okeylah.  Jangan risau

Doktor kata ada sebijik telur yang hampir matang, doktor tak proceed IUI untuk this month, tapi suruh bersama macam biasa je.

Doktor bekalkan clomid, kena makan masa hari kedua period bulan yang akan datang dan supplement seperti Fish oil dan ubat warna pink untuk ibu yang dah mengandung. Apa ekk nama nya aku dah lupa. OPK untuk pantau telur sama ada dah matang atau tidak.
Macam sebelum ni, aku kena datang ke klinik masa tarikh subur selang sehari nak check tumbesaran telur, tapi dengan dr. hamid kita cuma check dengan OPK je.

Clomid ON!

Period pun menjelma dan clomid start on second day. Aku makan tiga biji untuk enam hari. Selepas enam hari, kita kena check tumbesaran telur menggunakan OPK. Waktu terbaik nak check waktu tengah hari yer, jangan minum untuk dua jam. Ini aku belajar daripada group.

Hari demi hari aku check, dan akhirnya rasa macam nak melompat lompat bila aku nampak double line. Seronok nye semacam nampak double line dekat UPT pulak kan. Yela, sebelum sebelum ni, jangan nak kata UPT nak naik double line, OPK pun haremmm. Sampai satu masa aku rasa period delay ke apa ke dah tak ada keterujaan nak check.

Aku tunjuk dekat Hafiz dan kiteorang call klinik untuk proceed IUI

Second Appointment

Macam biasa, sesampai je dekat Klinik buat pendaftaran dan tunggu giliran. Lepas nama dipanggil, dapat jumpa doktor untuk kali kedua. Buat TVS scan, Alhamdulillah ada dua biji telur yang gomuk. Both side ada. Yeay! Clomid works on me. Rupa rupa nye beliau beliau ni nak ubat yang murah baru nak membesar yer.

Kalau tak silap masa ni hari Rabu, aku patutnya berlepas ke HCM hari jumaat dan IUI dijadualkan hari Khamis. -_-
Aku mintak advice doktor sama ada ok atau tak dah buat IUI pastu travel pulak tu. Doktor kata tak jadi masalah kecuali kalau dah lekat atau pernah ada sejarah gugur barulah berisiko. Hok ni belum jadi apa apa lagi. Baru nak swimming.

So IUI on. Doktor suruh datang keesokkan hari untuk buat IUI, kena datang pagi sebab doktor nak ambil sperm husband untuk diproses dan sebagainya. Sebelum tu aku kena amik injection untuk matang dan pecahkan telur. Sakit oo

Hari IUI

Hari yang ditunggu telah tiba. Pagi pagi Hafiz dah buat part dia, sementara nak tunggu sperm di proses, kiteorang pergi makan dulu. Tak lama lepas tu doktor panggil untuk mula procedure.  Sperm suami di inject masuk kedalam rahim isteri. Macam dalam gambar. Simple je, sama macam buat HSG. Tapi tak sakit sangat.

Source : Google Image

Lepak dalam setengah jam, mulut aku tak henti berzikir dan baca ayat kursi. Doktor pun bagi balik

Keesokkan harinya, kami berlepas ke HCM. Dekat HCM aku aktif macam hapa je. Jalan tanpa henti, masuk tunnel, masuk lubang dalam tanah, naik kuda dan naik bot. Hahaha

Kengkonon beria solat duduk (Ini tips lepas IUI) tapi aktiviti semua yang mencabar.
Genap je dua minggu, tanpa perlu aku buat UPT. Period menjelma tanpa perlu diseru seru dan inu bermakna --

IUI kali kedua, GAGAL

T____________________T

Tapi nak buek camno, sapa suruh melasak sangat lepas buat IUI. Mak aku la orang yang paling bising, antara leteran nye heheh dah beso nak buat anak pun kena berleter kan

Dah tahu jenis susah nak lekat, dah dapat peluang buat tu jangan la kelam kabut. Orang yang senang lekat pun bila dah ada tu kena jaga elok elok. Sayanglah duit tu T_T

Baik mak, lesson learnt!

Lagipun aku kan ada sejarah tiub tersumbat, aku memang dapat rasakan susah nak berjaya. Tapi tak salah usahakan.

Tapi berbalik kepada rezeki Allah, kalau nak jadi boleh je jadi. Mungkin ada tanggungjawab yang belum selesai. InsyaAllah kita berusaha dengan lebih gigih. Aku decided untuk stop daripada sebarang rawatan. Nak bagi badan sihat dulu, nak stop cucuk sana sini. Dan sehingga hari entry ni ditulis, baru sebulan lepas kami start balik rawatan. Later, aku cerita. Maybe next year hahahaha

xoxo

Monday, February 22, 2016

Ni hoa ma Beijing - Part 4

Assalamualaikum

Aku rasa ni final part untuk cerita anniversary aku dekat Beijing. Boleh lompat-lompat bintang akhirnya habis jugak entry Beijing ni.

Day 5 (11 May 2015)
Summer Palace
Pepagi lagi kami dah keluar nak ke Summer Palace. Agak jauh jugak sebab kena transit banyak station.

Zhangzizhonglu station - Xiyuan Station

Aku rasa kalau bagi satu hari pun belum tentu habis meronda dalam taman ni. Luas yakmat. Orang kata kalau pergi time winter lagi best sebab boleh tengok tasik tu membeku. Kalau rasa macam serabut boleh la datang lepak-lepak dekat sini memang tenang je.







Olympic Park (Bird Nest)

Next destination kami adalah Olympic Park. Nak kesini kena turun dekat Olympic special line. Cuaca hari tu sangat lah baik. Terang benderang dengan angin yang nyaman. T_T napalah dah nak balik baru ok cuaca nye. Kan bagus kalau cuaca macamni masa aku melawat great wall tu.

Dah habis posing sana sini kami gerak ke Silk Market untuk shopping-shopping sket sebelum balik ke Malaysia. Biasanya Silk Market ni jadi pilihan kedua selepas Yashow market. Sebab dekat sini sedikit mahal walaupun kedai-kedai nya agak teratur. Tapi nak buat camner dah tak ada pilihan. Habisje membeli belah kami pun pulang ke hostel nak berkemas-kemas. Flight jam 2.15 am. Tapi sebab Beijing Airport antara yang terbusy didunia, so baik keluar awal. Kami check out dalam pukul 9.30 malam dan kami naik subway + Airport Express Train.







Day 6 (12 May 2015)

Memang kena datang awal, sebab procedure nak naik flight daripada Beijing ni sangatlah ketat. Macam yang semua tahu, power bank tak boleh letak dekat luggage bawah yer, kena bawak hand luggage. kalau dah wrap memang jenuh nak bukak semula. Lepas tu hand luggage pun ntah berapa kali kena scan. Aku pulak terletak sudu ngan garfu, lagi la berapa kali depa punggah. Siap tanya ada bawak payung ke idok. Lepas tu pemeriksaan badan, selalunya ala-ala kadar je kan. tapi dekat airport Beijing memang setiap sudut diraba nye. Kalau yang pakai tudung tu lagi lah. celah-celah telinga semua kena check.

Pukul 2 pagi kami pun berlepas ke Kuala Lumpur dan selamat sampai pukul 840 pagi yeay. Alhamdullilah


#Sedikit tips

  • Kalau boleh dalam handphone kena ada dictionary bahasa mandarin. So tunjuk dekat depa. Sebab nye walaupun kita dah hafal ayat tu tapi pronounce kita tak sama, so depa pun macam tak paham. Kebanyakkan depa memang tak boleh berbahasa omputih. Aku mintak receptionist hotel tolong tulis atas kertas. hehehe
  • Depa tengok orang atas bawah, tak tahu la kot tengok aku je sebab aku pakai tudung kan. Tapi memang macam alien je depa tengok
  • Bulan May terutama masa hari buruh memang time orang-orang dekat China keluar bercuti. Kira nya macam peak season. Memang ramak yakmat. Yang pelik nye yang ramai tu orang China jugak. Maybe bukan daripada Beijing kot
  • Masa time spring cuaca memang nyaman jer, tapi kemungkinan hujan sangat tinggi. Lepas tu kite boleh nampak dedebunga beterbangan. Sapa yang alergik dekat bunga harus merah hidung.
  • Pada aku dekat Beijing tak susah nak cari makanan halal, cuma sedap atau tidok je lah
  • Transportation yang paling efficient adalah subway
  • Kami terselamat daripada kedai wajib government sebab tak amik agent. So pergilah secara backpackers
  • Airport Beijing sangat busy so datang awal.
  • Orang dekat sana ok aja, so rasa selamat je cuma itulah depa tak mesra sebab kengkangan bahasa.

#Budget
Flight : RM1500 (Return 2 pax)
Hostel : RM380.74 (4 Nights)
Lunch + dinner + entrance fees + subway = RM 1000 (2 pax)

So, 3k untuk dua orang. apa macam?? Hehehehe

enjoy


Anak itu rahsia Allah

Assalamualaikum

Lagi dua bulan adalah anniversary kami yang ke-empat tahun. Masih lagi berdua, masih lagi manja dan harapnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Kadang-kadang dua-dua pun dah macam baby. Ntah camner la nak ada baby kan. Hidup dah sangat selesa selama empat tahun ni, bosan-bosan jom balik kampung, bosan-bosan kom tengok wayang, kang tetibe pegi beli tiket kapal terbang. Ntah kemana-mana aja kadang naik kereta kadang naik moto atau balik rumah bentang toto tengok tv tanpa ada gangguan. Kalau waktu-waktu kritikal tengah-tengah bulan gaji tinggal seratus dua je tapi boleh rilex. Hmmm

Itu lah kelebihan pada pasangan yang tak ada anak lagi, mungkin boleh dikatakan kelebihan sebab ada jugat kawan-kawan yang merungut tak boleh nak buat itu tak boleh nak pergi situ dan memang dah tak pernah cukup tidur semenjak menjadi ibu. 

Tapi setiap kelebihan mesti ada kekurangannya. 
Kami pun tak pernah sangka kami adalah salah satu pasangan yang dipilih untuk menghadap perjalanan S U K A R ini.
Bukan mudah nak kuatkan hati, nak kuatkan semangat, nak buang rasa cemburu dan nak hiburkan hati yang sunyi

Tapi apa lagi pilihan? Bukan semudah beli barang dekat pasaraya. Itu rahsia Allah.

Pernah balik kampung, jumpa dengan sorang opah ni, aku datang la dekat sebab nak bersalam

Opah : Kamu ni badan je makin gemuk tapi bila nak bertambahnya
Aku   : Jangan tanya saya, tu semua kuasa tuhan

Jarang aku menjawab, mungkin ini dah kali keberapa soalan yang sama datang dari mulut dia. Aku tak tahan. Selalunya aku suruh orang tu tolong doa daripada tanya soalan yang aku tak ada jawapan. Balik rumah je terus mengadu dekat emak. 

Bila aku dah balik KL, selang berapa hari mak call. Sembang- sembang sekali mak cakap aritu dia dah pergi jumpa opah tu. Mak cakap dekat dia --

Kalau anak saya balik nanti jangan la tanya soalan-soalan sensitif tu. Dia dah kahwin empat tahun ada suami pulak tu, takkan depa taknak anak. Ada la sebab kenapa depa tak dapat lagi. Sedih hati dia tu. Dia takut nanti dia terjawab dengan soalan yang tak sepatutnya.

Oh my rasa nak meleleh dengar mak cerita. My supermommy I LOVE U
Mak je paham apa perasaan nya

Jangan lah tanya soalan yang tak ada jawapan dekat kami, apakata tolong doakan sekali. Mana tahu dalam banyak-banyak doa, Doa awak yang Allah makbulkan?

Kalau tengok kami enjoy kami gelak-gelak, kami memang tengah layan flow. Apa lagi option yang ada, guling-guling atas lantai atau nangis murung boleh ubah keadaan ke? Big NO!

Lebih baik usaha tawakal dan doa. Itu lebih baik.

Enjoylah masa berdua ni. Ada hikmah


Monday, February 15, 2016

Ni hoa ma Beijing - Part 3

Assalamualaikum

Day 4 (10 may 2015)

Hari ke empat dekat Beijing boleh dikatakan hari yang best jugak sebab kami naik merasa naik bullet train. Sebelum pergi Beijing aku tanya dekat Hafiz, nak naik bullet train atau nak pergi zoo? Saja tanya walaupun aku dah tahu jawapan nya. So, here we go naik bullet train ke daripada Beijing ke Tianjin.
Aku pun tak tahu apa yang ada dekat sana, tapi apa yang aku baca Tianjin ni macam bandar perlabuhan sebab dekat dengan laut.


Nak ke Tianjin kena naik train dekat Beijing South Railway Station (BSRS). So daripada Zhangzizhonglu station - BSRS. Kalau rajin boleh la check schedule untuk train ni, kami naik train pukul 9 pagi. Train ni bukan free seating, so tak perlulah berkejaran yer. Tapi kalau lambat memang kena tinggei. Yang bagus nye dekat sana semua transport dia punctual tau. 

Ticket = 65 yuan (returns)

Highest speed
Buat kenang-kenangan
Sejuk wehh


Train ni sangat selesa, aku rasa lagi selasa daripada ERL tu dan highest speed yang kami sempat rakam ialah 291km/j Memang laju tapi tak bergegar pun. Pengalaman yang menarik. Kami sampai di Tianjin setengah jam kemudian, kat sini lagi sejuk daripada Beijing dem. Maybe sebab kawasan pinggiran dan tepi laut. Hujan pulak tu T_T Nasib baik bawak baju hujan yang kami beli dekat great wall semalam.

Tianjin food street
Tianjin Ancient Culture Street
Dekat Tianjin ni kami bercadang nak makan ngan melawat Tianjin Ancient Culture Street. Kat sini pun jenuh lahai nak mencari kedai makanan halal. Aku ada tulis sesiap tapi gambaran nye tak sama macam depan mata. So, kalau malu bertanya sesatlah jalan. Kami nampak Starbucks, terpaksa beli air secawan dan mintak la direction halal food daripada amoy Starbucks tu. Nasib dia pandai cakap omputih. Bagi aku direction ke Tianjin food street

Kalau dekat Malaysia kambing tu mahal, tapi dekat Beijing kebanyakkan makanan mesti ada kambing. Mungkin cuaca sejuk makan kambing barulah layan. Dekat kedai yang kami makan tu ada stimboat, macam syok je aku tengok tapi ntah kenapa tak order. Pi order bihun sup yang sebenarnya suhun masak dengan sup dan telur. Hadoi-hadoi tapi sebab lapar layan aja lah




Tianjin Halal food

Lepas tu kami jalan-jalan lah dekat sekitar Ancient Culture Street tu, syok jugak tengok kedai-kedai jual teko tembikar cina, baju-baju chongsam. Kami pun try lah bergambar pakai baju rasmi pengantin cina tau. Bayaran dia murah yakmat. Beza sangat dengan Hong Kong. Kat situ jugak ada kedai jual kuih yang super sedap. Yang penting halal. Tepung dia macam liat-liat, ada macam-macam jenis inti lepas tu depa goreng. Makan panas-panas layan.





Yashow Market

Tak lama pun kami dekat Tianjin, lepas tu balik ke Beijing semula sebab nak bekerjaran ke Yashow Market. Masa tu hujan lebat sangat dekat Beijing, baju hujan plastik tu tak mampu nak bertahan, terpaksalah beli payung. Hujan + suhu 4c cuba bayangkan. Tapi sebab nak soping punya pasal. Nak ke Yashow market kena turun dekat station Tuanjiehu. Exit#D lepas tu kena menapak sampai nampak Uniqlo. Yashow market sebelah tu je. Tapi malangnya masa kami sampai tu yashow market under construction. Memang hancur dah sebijik banggunan. Sama macam hancurnya hati aku sob sob sob. Orang kata soping dekat sini super duper murah. uwaaaa. 

Wang Fu Jing Shopping Street and Night Food Market

Yashow market kami tinggalkan, walaupun hujan tapi hari masih muda eceh. So bercadang nak ke Wang Fu Jing Shopping Street ni. Dekat situ ada Night Food Market. Nak kesini kena turun dekat station Wanfujing.
Dekat sini serupo bukit bintang je aku tengok. Mall nye besar-besar dan mewah-mewah jugak. Night Food Market dia jual macam-macam makanan. Yang exotic pun hado.


Aku terjebak beli mee sup hahaha. Tapi mee nye bukan daripada tepung tapi daripada perut kambing. Makan dengan daun saderi dan sup. Masa jalan-jalan dalam mall nampak kedai steamboat. Macam layan je. Teringin la pulak sebab tak order masa dekat Tianjin tu. Tapi restoran tu macam mahal sikit. Tapi tetiba big boss bagi green light. Yeay lah!







Rasanya macam biasa, tak ada rasa hahaha. Tapi yang cool nye dia punya pot tu tak pakai dapur letrik ke apa, pakai arang, Pastu pilihan paling murah adalah kambing. hahaha

Nasib baik tak kena darah tinggi kat Beijing. Dekat situ jugak aku borong baju tshirt dan souvenir. Boleh tahan murah.