Thursday, November 17, 2016

Perth-fect Part II


Assalamualaikum

#DAY1

Bersambung daripada entry Perth-fect sebelum ni, kita sambung full itinerary kami di sana. Selepas hampir setahun menunggu akhirnya masa yang dinanti telah tiba. Yeay!
Flight pukul 12.05 am, jadi kami semua berkumpul di KLIA2 pukul 9pm. Masing-masing baru balik kerja, hari tu  Hafiz ada urusan dekat tempat lain. So aku kena balik naik komuter. Hafiz stuck dalam jem. Adesss. Masa tu dah hampir pukul 7pm. Time orang balik kerja nak ke KLIA memang horror okeh. 
Sampai je rumah, mandi siap dan dah kena gerak semula ke KLIA2. Penat Yakmat

Kami sampai dekat KLIA2 lebih kurang pukul 8.30pm, lepas drop barang Hafiz kena patah semula ke Putrajaya Sentral sebab nak parking kereta. Nanti dia patah balik ke KLIA2 naik ERL. Aku pulak tunggu ahli yang lain sebab nak check in luggage makanan. 
Lepas semua urusan selesai, sementara nak tunggu gate open kiteorang lepak minum dan makan dekat Old Town White Coffee. Tempat perhimpunan wajib sebelum naik kapal terobang hahaha

Tetiba sapa ntah yang bagitahu, flight kami retime. Waktu berlepas pukul 2 am. Dang! Buek ponat je kelam kabut nak sampai awal. Lepas settle makan kami pun gerak la masuk dalam, nak buat camner terpaksa la tunggu. Tapi better tunggu dekat dalam. Rupa-rupanya malam tu banyak flight yang delay dan ada yang sampai cancel. Rupa-rupanya ada sepuluh orang pilot demam serentak. Comei pun ada. Demam berjemaah, tapi kesan nya banyak flight yang delay dan terpaksa cancel. 

Akhirnya, waktu yang ditunggu telah tiba. Aku memang mengantuk yakmat. Mata dah piau piau jer. Ke toilet dah seplo kali kot hahaha. Dalam flight memang tak ada aktiviti lain lah, semua selamat zzzzzzzzz.

Kami sepatutnya sampai awal, dalam pukul 5am waktu Perth, tapi disebabkan flight delay ketibaan kami agak lewat. Sebenarnya ok je, sebab kami janji nak pickup kereta sewa pun dalam pukul 8 am. Kalau sampai awal, kami kena melepak tunggu orang car rental tu datang. 

Sekarang ni hanya mampu tawakal supaya semua makanan kami lepas kastam. Imigresen berjaya lepas dengan jayanya. Depa mesra je, cuma tanya beberapa soalan seperti ada bawak senjata api ke idok atau ada bawak ubat ubatan yang berlebihan ke tak.

Selalunya orang cakap, dekat bahagian kastam akan ada seekor bajingan (Anjing) yang akan menghidu beg kita, Tapi Alhamdulillah bajingan tu tak dop, Off duty gamaknya. Kami berkumpul dalam satu kumpulan dan akak kastam tu cuma nak tengok satu je declaration form. Bila dia bukak je kotak hikmat kami, terkeluar ayat ni dari mulut dia " excellent"
Hahahah yela stok makanan macam nak bukak kedai runcit.

Sebelum berlepas kami dah buat kajian apa yang boleh dibawa dan apa yang tak boleh. Semua makanan tu kami tulis dalam satu kertas dan listkan kuantiti dan ingredient yang ada. Tapi akak tu tak nak tengok pun. Dia check sana sikit sini sikit dan dia lepaskan semua. Legaaaaaa

Kalau idok, mesti serunding daging yan yang tak ada label tu kena rampas, Syukur jugak si bajingan tu tak ada.

#Tips: Segala jenis makanan yang kita bawak, sila list dalam satu kertas, buat details sedikit nanti kalau kastam tu tanya senang nak jawab. Jujur je InsyaAllah lepas semua. Tapi jangan la bawak barang larangan seperti dadah ke, bahan basah dan berunsurkan daging. Kalau nak bawak kena packaging yang baik dan label syarikat pengeluar. Kalau bungkus macam dadah memang tak lepas la 

Keluar je daripada departure hall benda pertama yang kami cari selain tandas hahaha adalah sim card. Ini sangat penting yer sebab kami tak amik GPS dan tak buat roaming. Kang camner nak guna wave kan. Kami beli simcard jenama Vodafone khas untuk traveller. Harga dia tak sampai RM50. Bole buat tattering dan share ramai-ramai.

#Tips : Kalau tak ambil GPS daripada car rental, better beli sim card untuk internet. Sebab kita tak tahu jalan dekat sana, waze atau google maps insyaAllah membantu. Tambahan dapatlah internet nak update gambar uols dengan kangaroo dekat Instagram hehehe

Settle Sim card kami pun call car rental, dan si beliau sampai 10 minit kemudian. Sebelum sign apa-apa better check dan snap setiap bahagian dekat kereta tu kot-kot ada kesan calar ke apa. Supaya nanti bila pulangkan, kalau pihak car rental jumpa kesan calar tu, depa tak boleh kata kita yang buat. Just in case. Kan

Kereta agak selesa dan besar. First driver kami yang di declare secara sah adalah adik ipar aku. Co -pilotnya adalah Aziyan. Kami memulakan perjalanan.

Big W @ Belmont Forum Shopping (9am)


Destinasi pertama terus ke tempat shopping tuuuu. Hahaha. Lepas ni dah nak keutara dan selatan. Kang dah balik ke Perth city dah tak ada kendaraan. Better shopping dulu. Apa yang menarik dekat sini katanya set pinggan mangkuk correle. Memang murah pun tapi design yang lama lah. Aku dapat jugaklah rembat satu kotak dinner set dengan harga $50. Lepas tu rambang mata tengok buah. Segar bugar dan murah. Ahli rombongan semua dah terpikat dengan satu kopi ni. nama nya Dare. Pantang singgah petrol pam je mesti ada yang pergi beli. Padahal kalau dah convert ke ringgit dah dekat RM10 Sebotol kecik.


Airport – Belmont Forum Shopping Center :6KM (10 minutes)
Address : Big W @ Belmont Forum Shopping Center, Belmont WA 6104, Australia

Perth Mosque



Lepas selesai memborong Correle. hihi deme la memborong, aku beli sekotak je hehehe kami meneruskan perjalan ke Perth Mosque. Dekat sini kami buat jamak Zohor dan Asar. Jumpa ramai jugak orang malaysia yang menetap dekat Perth dan jadi tabligh dekat sini.

Rivervale Islamic Centre, 9 Rowe Ave, Rivervale WA 6103, Australia

Danish Patisseries
Dekat facebook kami tengok kebanyakkan yang ke Perth mesti singgah ke Danish Patisseries ni. Makanan dekat sini halal tau. Sakan aku tengok masing-masing memborong roti dan pastry. Sedap-sedap pulak tu. Danish patisseries lah breakfast kami harini.

Dyer Road, Bassendean WA 6054 Australia

The pinnacles

Perth city kami tinggalkan menuju ke Carventas. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam setengah. Dalam perjalanan kami singgah sekejap dekat McDonald sebab nak mintak air panas nak masak maggi cup untuk lunch kami harini. Dua kali kena berulang sebab termos kecik je tapi nak masak 10 cawan maggi. Masing- masing dah lapar. Layan aja

Kami sampai dekat The pinnacles ni selepas pukul 5.30pm. Ambil masa sikit nak sampai sebab pantang nampak tempat lawa je mesti berhenti bergambar hehehe dan guard pun dah tak ada. Tapi masih boleh masuk lagi. Nasib baik masih terang lagi. Dekat sini terlalu banyak lalat. Sampai masuk dalam mata dan silap-silap masuk dalam mulut tau.

Memasing sakan bergambo. Cantik sangat ciptaan Allah ni. Kadang-kadang boleh terserempak dengan kangaroo liar tau. Batu-batu dekat situ sebenarnya tak boleh panjat atau pijak.

191 km (2 jam 30 minit)
Bayaran masuk = $12 per car

Cervantes Holiday Homes

Selepas puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Cerventas. Homestay yang kami sewa ni berhampiran dengan laut tau. Sebelum check kami singgah sekejap tepi laut sebab nak tengok sunset. Lawo giler subhanAllah. Kami akan check in dekat Cerventas Holiday Homes. Aku suka giler rumah ni, terus berangan-angan kalau ada tanah nanti nak buat rumah berkonsepkan inggeris. Selepas mandi dan solat, kami pun start masak untuk dinner yer. Menu malam ni nasi arab yer nasib arab di Perth okeh, dengan lauk kurma Brahim.

The Pinnacles Desert – Cervantes Holiday Homes
 22.6KM (45 Minutes)






Tamat pengembaraan hari pertama kami. Enjoy!

#DAY2

Pagi ni kami masak breakfast nasi lemak yer. Aku bawak siap-siap santan kotak daripada Malaysia dan sambal tumis Brahim. Memang layan tau
Sebelum meneruskan perjalanan kami sempat la berposing-posing dekat depan homestay ni. Mesti jiran-jiran dekat situ kata kami jakun kan hehehe tapi lantak lah bukan selalu pun aku datang ke Perth ni.

Selepas check out, kami meneruskan perjalanan ke Lancelin. Hari ni kami akan patah semula ke Perth lepas tu meneruskan lagi perjalanan ke Augusta. Memang lama dalam kereta tapi dekat sini ok je sebab pemandangan kiri dan kanan sangat lah best.

Lancelin




Apa yang menarik dekat sini? Dekat sini ada timbunan pasir laut yang dah membentuk bukit tau. Walaupun cuaca panas terik tapi pasir nya sejuk je. Biasanya orang yang datang sini akan main sand boarding. Sebelum tu kita kena sewa sand board tu dekat kedai berhampiran. Banyak kedai yang bagi sewa sand board ni, station minyak pun ada. Pergi sewa dulu yer, jangan terus terjah je sebab sekeliling kawasan pasir tu tak ada kedai.

Nampak macam senang je nak main tapi payah yakmat tau. Lepas tu kalau dah turun jenuh nak mendaki semula. Walaupun dibawah terik mentari tapi sebab angin yang sejuk kami tadah muka jer. Memang habis sunburn.

Sand board rental : $20 for 3 hours.

#Tips : Sebab kita bukan professional pun, so tak payah nak sewa seorang satu. Sewa satu je dan main bergilir-gilir okeh

Cervantes – Lancelin : 85KM (1 hour)

Caversham Wildlife Park






Selepas berlumuih dengan pasiaq. Kami memulangkan semula sand board tu dan meneruskan perjalan. Destinasi seterusnya ialah Caversham Wildlife Park. Yeay nak poluk-poluk dengan Kangaroo. Berani ke tu?
Kengkonon je kan

Best tau masuk dekat dalam ni sebab boleh bergambar dan bermain dengan binatang-binatang fofular dekat Australia seperti kangaroo, koala, wombat secara dekat. Lepas tu ada banyak pertunjukkan dekat sini. Must visit!

Caversham Wildlife Park
Entrance fees: $26 Adults / $11.50 Child (+-RM80 / person)

Lunch

Untuk lunch kami makan dekat taman bersebelahan dengan Wildlife Park, Nasi putih dan lauk brahim. Kena pulak dengan sambal hitam dan serunding yang yan bawak. Rezeki terlepas daripada kastam kan. Padalah apa cop pun tak ada hehehe.

#Tips : Selepas masak untuk makanan pagi, terus je tanak nasi untuk makan tengahari. Angkut terus rice cooker tu. InsyaAllah nasi masih panas

Blue Boat House

Dalam perjalanan ke Augusta, Kami singgah sebentar dekat tempat paling popular dekat Perth ni. Tapi masa kami pergi tengah renovate. Uwaaaa. So tak dapat nak naik jambatan tu dan nak ambil gambar pun kena pandai cover-cover kren dekat belakang tu. Alhamdulillah termakbul jugak doa aku nak bergambar dekat sini.

Augusta
Selepas tu, kami meneruskan perjalanan ke Augusta. Memang makan masa 4 jam baru nak sampai. Masa ni memang dah sangat gelap dan tiada lampu jalan. Nak berselisisih dengan kereta pun susah. So kena berhati-hati yer. Takut-takut terlanggar dengan Kangaroo. Dah la tulang Kangaroo tu sangat-sangat keras. Jangan lupa ambil insurance kereta dan kalau tak yakin jangan jalan pada waktu malam.

Kami sampai dekat Augusta hampir pukul 8 malam. Masa tu sangat gelap dan sejuk. Rupa-rupanya Augusta ni dah dekat dengan kutub selatan. So angin yang sampai memang ya ampun sejuk yakmat okeh.

Caversham Wildlife Park - Augusta : 334KM (4 Hours)

Malam ni kami selamat check in dekat Baywatch Manor Hotel. Owner nya sangat friendly dan wife dia orang Thailand. Hotel selesa walaupun shared bathroom.

Dinner
Malam ni kami tukar menu, masak spaghetti bolognese ok. Padahal campak sos bolognese dan kiub ayam untuk bagi perisa sket hehehe. Tapi sebab semua lapar habis licin. hehehe. Dapur hotel ni dah macam dapur masterchef. Syok giler memasak.

Berakhirlah pengembaraan kami untuk Day2. Bersambung pulak dengan Day3 dan seterusnya dekat entry yang akan datang. Hehehehe

xoxo

1 comment:

  1. awak.. seriesly saya nak tahu.. apa beza ivf dan iui.. kenapa harga treatment sangat mahal.. sebab hospital swasta ke?

    ReplyDelete