Monday, May 16, 2016

Perth-fect

Assalamualaikum
Ada satu malam pada bulan December 2016, AA buat promo hehe. Masa tu pulak Hafiz macam banyak duit je hahaha. Aku pun try lah simulate tiket ke Perth. Sekali dapat tiket murah sangat. Dua orang baru RM1100 returns. Sebelum tu MAS pun ada promo, tapi 900 seorang returns. Tetibe Hafiz bagi green light dan aku pun apa lagi proceed lah. Masa tu dah ada tiket bulan dua ke HCM dan bulan lima ke Beijing. Matilanakkk

Aku pun roger-roger lah ahli kumpulan yang akan pergi ke HCM bukan orang lain pun, muka muka itu jugak. Semuaaa teruja nak ikut. Macam biasa aku la yang bukak kaunter AA belikan tiket depa. Tapi ada yang dapat RM550 ada yang dapat RM650. Total ahli rombongan ialah sepuluh orang. Sembilan dewasa dan seorang kanak-kanak.

Ahli rombongan. Hehehe

Selama setahun ni kami startlah mengumpul cuti, mengumpul duit dan segala tok nenek maklumat. Semua perbincangan thru whatsapp. Lagi dua ke tiga bulan nak pergi ada beberapa kali aku dating dengan aziyan sebab nak finalized kan itinerary ke Perth dan nak kira segala budget disana. Ada beberapa perkara yang perlu diselsaikan sebelum pergi seperti --

#Visa
Untuk Visa, aku kumpulkan semua passport ahli rombongan dan e-mail pada Cik Intan eta.australia@yahoo.com. Kurang daripada dua hari dah dapat reply dan mereka dah proceed untuk Visa kami. Alhamdulillah semua approve dan setiap visa dikenakan caj RM20 sahaja. Visa ni nak print pun boleh kalau tak nak pun tak per. Dah nama electronic Visa kan.

Total per person = RM20

#Accommodation
Accommodation hanya boleh ditempah kalau dah ada itinerary yang sempurna dan dah confirm nak kemana dahulu. Kalau tak nanti susahlah, tempah hotel dekat utara tapi pergi keselatan dulu. Dalam trip kali ni kami tak stay dekat satu tempat. Ini adalah hostel penginapan kami sepanjang 5 hari dekat sana. Aku tempah melalui Agoda.com

Day 1 – Cervantes Holiday Homes
Total for 2 apartment = RM724.52 (RM80.50 / person)

Day 2 – Baywatch Manor Augusta YHA
Total for 5 rooms = RM1237.70 (RM137.50 / person)

Day 3&4 – Hay Street Traveller’s Inn
Total for 5 rooms = RM2223.74 (RM247.00 / person)

Additional USD 9 for transaction fees = (RM5 / person)






Total per person = RM470

#Transportation
Untuk transportation pun sama, kena ada itinerary yang sempurna dulu. Dalam trip kali ni, kami akan ke Carventas, esoknya ke Augusta dan seterusnya di Perth City. Perjalanan ibaratnya seperti, kita sampai di Kuala lumpur (Perth City), lepas tu kita ke perak (Carventas), lepas tu terus ke Melaka (Augusta). Nampak tak utara ke selatan perjalanan kami. Masa dekat HCM  rasa seronok betul reramai naik satu kereta sekali, barulah seronok share-share makanan dan boleh bersembang. Kalau asing-asing kereta rasa macam tak best pulak, tambahan semua jadi berganda, parking kena bayar dua, fuel kena isi dua kereta.

So, since kami 10 orang, kami decided nak amik van yang 12 seaters. Bila survey, Aries car rental yang paling popular dan murah.  Untuk car rental Aziyan yang uruskan. Kalau tak silap aku dia email sebulan awal, memula van tu dah fully booked. Down T_T Tapi akhirnya rezeki berpihak pada kami. Alhamdulillah


Commuter Bus 12 seaters 
$411 -- 3 days car rental (Dec 2 until Dec 5)
$18   -- Non-Aussie driver license
$18   -- Baby car seat
$99   -- Insurance (Top cover)
$546
RM190 per person 

Bond atau deposit jangan lupa yer. Amount bergantung pada saiz kereta. Kalau diiukutkan kami kena bayar $1000 untuk van tu. Jenuh jugak kalau convert dah jadi RM3000 lebih. Tapi sebab kami amik top cover insurance, bond kami cuma $200 je. Lega

Dah ada kereta mestilah ada minyak kan. Procedure dekat car rental tu, Masa bagi minyak penuh masa pulang mesti penuh. Sebab kiteorang akan keutara dan keselatan jadi kiteorang kena lebihkan sikit budget dekat fuel ni. Gigih tau google harga minyak dekat sana hehehe senang nak buat estimation.

Fuel
Estimation $340 / 3 days
RM120  per person

Kiteorang akan guna kereta untuk tiga hari je, hari seterunya akan menggunakan train dan bus. Sebelum tu kami ada buat research, ada bus yang percuma dekat sana. Tapi train kena bayarlah. Kami plan nak naik train untuk ke Freemantle jer. Lepas tu kena guna perkhidmatan taxi untuk hari last ke Airport. Dan jugak luggage makanan haruslah dikongsi bersama. Almaklung lah naik AA

Train:
Estimation $90
RM25 per person

Taxi Fare and Food luggage
From Perth CBD to Airport $90 untuk 3 taxi
RM30 per person
Food luggage 25KG (RM178) + balik 10kg (RM50)
RM25 person


Total per person = RM390

#Meal (Breakfast, lunch and dinner)
Semua benda kena darab dengan tiga. Pitam. Begitu jugaklah dengan makanan dekat sana. Tak mampu den nak makan hari-hari dekat kedai. Kalau sekali makan je boleh kenyang satu hari tak apa jugak. Ini kang Hafiz tiap dua jam cakap lapar. Ramai yang nasihat kalau nak jimat lebih baik masak yer. Lagipun trip kali ni pergi beramai-ramai so boleh lah bergilir-gilir memasak.

Aku siapkan menu untuk lima hari tu. Kena susun betul-betul supaya nanti boleh budget bahan mentah yang nak dibawa dan kesesuaian untuk makan makanan time tu. Kami bawak 7 kg beras tau boleh settle dalam masa 5 hari. Sejuk sejuk semua lapar. Walaupun masak campak-campak je. Itu lah pentingnya menyewa hostel atau hotel yang boleh memasak.
Untuk meal kami collect RM1OO termasuk sekali makan Fish and Chip dekat Freemantle. Apalah gunanya ke Australia tak merasa Fish and Chip kan

(Breakfast x 5 times) + (Lunch x 4 times) + (Dinner x 4 times)

Total per pax = RM100





#Entrance / Admission / Rental Fee:

  • The Pinnacles Desert
          $12 / car 
          RM5 per person
  • Lancelin Sand Dunes
        $20 per board for 2-3 hours and $5o for deposit
        RM7 per person
  • Caversham Wildlife Park
        $27 Adults / $11.50 Child
        RM85 per person
  • Cape Leeuwin Lighthouse
        $8 adult / $5 child
        RM26 per person

  • Busselton Jetty
       Admission to the Jetty Train Ride: $12 adult / $6 child
       RM38 per person

Total per pax = RM160

Total Damage: Transportation, Fuel & Luggage + Hotel + Meals + ETA Visa + Admission Fees

= RM390+ RM470 + RM100 + RM20 + RM160 RM1140

Belum pergi dah habis seghibu. Hahaha
Tapi yang penting dekat sana nanti dah tak payah pening kepala nak collect duit itu dan ini. Cuma bawak duit shopping dan jajan je. Dan jugak duit emergency. Currency rate masa kami pergi 

AUD1 = RM3.15

Semua total kami bahagi dengan sembilan orang dewasa sahaja.
Perth best. Walaupun ramai kata macam pekan pencen tapi aku suka ketenangan dekat sana. Teratur semua nya.

Next entry aku share full itinerary okeh.

xoxo


Thursday, May 12, 2016

IUI kali kedua

Assalamualaikum

** Procedure IUI ni aku buat last year (2015) bulan February. Kemain lama tersimpan sebagai draft baru harini berjaya aku settlekan. Aku tulis berdasarkan pengalaman sendiri, kalau ada salah dan silap atau fakta yang tak betul harap boleh diperbetulkan.

IUI Kali Pertama - Click Here

Bila call mak dan cerita pasal orang ni orang tu dah mengandung mesti mak akan cakap --
Kamu bersabar lah, InsyaAllah
Selalunya dah tak rasa apa pun dan tumpang gembira untuk orang yang dapat rezeki anak awal.
Tapi mungkin hati ibu tahu, deep deep deep in my heart mesti akan rasa tercuit.
Tapi kalau tercuit pun what to do T_T takkan nak nangis guling-guling. Yang penting kena redha, positif dan usaha.

Usaha seterusnya yang kami buat adalah mencuba doktor lain. Bukan sebab doktor sebelum ni tak bagus bukan sebab sesiapa, tapi sengaja nak ubah angin. Buat kali pertama aku call klinik Dr. Hamid Arshad dan response sangat baik. Tapi tarikh appointment yang aku dapat tiga bulan selepas tu. Okeh pasrah dan menjalani kehidupan macam biasa. Aku tanda besar-besar dalam kalender. Sampai hari kejadian --

First appointment

Sebelum hari kejadian, aku call clinic untuk confirm kan temujanji. Temujanji aku sesi petang. Pagi tu aku kerja macam biasa. Kami datang awal, sempat makan- makan duluan. Bila naik ke clinic, pintu masih berkunci tetapi dekat pintu ada list nama patient yang ada appointment. Alhamdulillah nama aku ada. Kami tunggu sampai pintu bukak. Clinic dia boleh tahan selesa tapi agak sempit. Sebelum jumpa doktor kena interview oleh nurse dekat luar dulu, amik tekanan darah, berat dan tanya beberapa soalan macam pernah buat rawatan, pernah buat pembedahan dan sebagainya.

Bila tiba giliran, bukak pintu bilik doktor dan nampak doktor tengah duduk. Rupa nye lebih muda daripada dalam gambar. hehe. Lepas cerita A to Z pada doktor dan bagi file rawatan aku yang sebelum ni doktor terus suruh buat IUI. Sebelum tu doktor nak scan dulu. Bab ni la yang paling berdebar, biasa nye yang buat doktor perempuan tapi kali ni doktor lelaki. Tapi sebenarnya, ada nurse yang akan bantu kita dan akan handle semua. Bila dah selesai baru la dia panggil doktor untuk mulakan procedure, itu pun nurse yang akan masukkan dulu TVS scan tu dan baru doktor take over. Walau camner pun malu tu tetap ada tapi nurse dan suami pun ada disisi. So okeylah.  Jangan risau

Doktor kata ada sebijik telur yang hampir matang, doktor tak proceed IUI untuk this month, tapi suruh bersama macam biasa je.

Doktor bekalkan clomid, kena makan masa hari kedua period bulan yang akan datang dan supplement seperti Fish oil dan ubat warna pink untuk ibu yang dah mengandung. Apa ekk nama nya aku dah lupa. OPK untuk pantau telur sama ada dah matang atau tidak.
Macam sebelum ni, aku kena datang ke klinik masa tarikh subur selang sehari nak check tumbesaran telur, tapi dengan dr. hamid kita cuma check dengan OPK je.

Clomid ON!

Period pun menjelma dan clomid start on second day. Aku makan tiga biji untuk enam hari. Selepas enam hari, kita kena check tumbesaran telur menggunakan OPK. Waktu terbaik nak check waktu tengah hari yer, jangan minum untuk dua jam. Ini aku belajar daripada group.

Hari demi hari aku check, dan akhirnya rasa macam nak melompat lompat bila aku nampak double line. Seronok nye semacam nampak double line dekat UPT pulak kan. Yela, sebelum sebelum ni, jangan nak kata UPT nak naik double line, OPK pun haremmm. Sampai satu masa aku rasa period delay ke apa ke dah tak ada keterujaan nak check.

Aku tunjuk dekat Hafiz dan kiteorang call klinik untuk proceed IUI

Second Appointment

Macam biasa, sesampai je dekat Klinik buat pendaftaran dan tunggu giliran. Lepas nama dipanggil, dapat jumpa doktor untuk kali kedua. Buat TVS scan, Alhamdulillah ada dua biji telur yang gomuk. Both side ada. Yeay! Clomid works on me. Rupa rupa nye beliau beliau ni nak ubat yang murah baru nak membesar yer.

Kalau tak silap masa ni hari Rabu, aku patutnya berlepas ke HCM hari jumaat dan IUI dijadualkan hari Khamis. -_-
Aku mintak advice doktor sama ada ok atau tak dah buat IUI pastu travel pulak tu. Doktor kata tak jadi masalah kecuali kalau dah lekat atau pernah ada sejarah gugur barulah berisiko. Hok ni belum jadi apa apa lagi. Baru nak swimming.

So IUI on. Doktor suruh datang keesokkan hari untuk buat IUI, kena datang pagi sebab doktor nak ambil sperm husband untuk diproses dan sebagainya. Sebelum tu aku kena amik injection untuk matang dan pecahkan telur. Sakit oo

Hari IUI

Hari yang ditunggu telah tiba. Pagi pagi Hafiz dah buat part dia, sementara nak tunggu sperm di proses, kiteorang pergi makan dulu. Tak lama lepas tu doktor panggil untuk mula procedure.  Sperm suami di inject masuk kedalam rahim isteri. Macam dalam gambar. Simple je, sama macam buat HSG. Tapi tak sakit sangat.

Source : Google Image

Lepak dalam setengah jam, mulut aku tak henti berzikir dan baca ayat kursi. Doktor pun bagi balik

Keesokkan harinya, kami berlepas ke HCM. Dekat HCM aku aktif macam hapa je. Jalan tanpa henti, masuk tunnel, masuk lubang dalam tanah, naik kuda dan naik bot. Hahaha

Kengkonon beria solat duduk (Ini tips lepas IUI) tapi aktiviti semua yang mencabar.
Genap je dua minggu, tanpa perlu aku buat UPT. Period menjelma tanpa perlu diseru seru dan inu bermakna --

IUI kali kedua, GAGAL

T____________________T

Tapi nak buek camno, sapa suruh melasak sangat lepas buat IUI. Mak aku la orang yang paling bising, antara leteran nye heheh dah beso nak buat anak pun kena berleter kan

Dah tahu jenis susah nak lekat, dah dapat peluang buat tu jangan la kelam kabut. Orang yang senang lekat pun bila dah ada tu kena jaga elok elok. Sayanglah duit tu T_T

Baik mak, lesson learnt!

Lagipun aku kan ada sejarah tiub tersumbat, aku memang dapat rasakan susah nak berjaya. Tapi tak salah usahakan.

Tapi berbalik kepada rezeki Allah, kalau nak jadi boleh je jadi. Mungkin ada tanggungjawab yang belum selesai. InsyaAllah kita berusaha dengan lebih gigih. Aku decided untuk stop daripada sebarang rawatan. Nak bagi badan sihat dulu, nak stop cucuk sana sini. Dan sehingga hari entry ni ditulis, baru sebulan lepas kami start balik rawatan. Later, aku cerita. Maybe next year hahahaha

xoxo

Monday, February 22, 2016

Ni hoa ma Beijing - Part 4

Assalamualaikum

Aku rasa ni final part untuk cerita anniversary aku dekat Beijing. Boleh lompat-lompat bintang akhirnya habis jugak entry Beijing ni.

Day 5 (11 May 2015)
Summer Palace
Pepagi lagi kami dah keluar nak ke Summer Palace. Agak jauh jugak sebab kena transit banyak station.

Zhangzizhonglu station - Xiyuan Station

Aku rasa kalau bagi satu hari pun belum tentu habis meronda dalam taman ni. Luas yakmat. Orang kata kalau pergi time winter lagi best sebab boleh tengok tasik tu membeku. Kalau rasa macam serabut boleh la datang lepak-lepak dekat sini memang tenang je.







Olympic Park (Bird Nest)

Next destination kami adalah Olympic Park. Nak kesini kena turun dekat Olympic special line. Cuaca hari tu sangat lah baik. Terang benderang dengan angin yang nyaman. T_T napalah dah nak balik baru ok cuaca nye. Kan bagus kalau cuaca macamni masa aku melawat great wall tu.

Dah habis posing sana sini kami gerak ke Silk Market untuk shopping-shopping sket sebelum balik ke Malaysia. Biasanya Silk Market ni jadi pilihan kedua selepas Yashow market. Sebab dekat sini sedikit mahal walaupun kedai-kedai nya agak teratur. Tapi nak buat camner dah tak ada pilihan. Habisje membeli belah kami pun pulang ke hostel nak berkemas-kemas. Flight jam 2.15 am. Tapi sebab Beijing Airport antara yang terbusy didunia, so baik keluar awal. Kami check out dalam pukul 9.30 malam dan kami naik subway + Airport Express Train.







Day 6 (12 May 2015)

Memang kena datang awal, sebab procedure nak naik flight daripada Beijing ni sangatlah ketat. Macam yang semua tahu, power bank tak boleh letak dekat luggage bawah yer, kena bawak hand luggage. kalau dah wrap memang jenuh nak bukak semula. Lepas tu hand luggage pun ntah berapa kali kena scan. Aku pulak terletak sudu ngan garfu, lagi la berapa kali depa punggah. Siap tanya ada bawak payung ke idok. Lepas tu pemeriksaan badan, selalunya ala-ala kadar je kan. tapi dekat airport Beijing memang setiap sudut diraba nye. Kalau yang pakai tudung tu lagi lah. celah-celah telinga semua kena check.

Pukul 2 pagi kami pun berlepas ke Kuala Lumpur dan selamat sampai pukul 840 pagi yeay. Alhamdullilah


#Sedikit tips

  • Kalau boleh dalam handphone kena ada dictionary bahasa mandarin. So tunjuk dekat depa. Sebab nye walaupun kita dah hafal ayat tu tapi pronounce kita tak sama, so depa pun macam tak paham. Kebanyakkan depa memang tak boleh berbahasa omputih. Aku mintak receptionist hotel tolong tulis atas kertas. hehehe
  • Depa tengok orang atas bawah, tak tahu la kot tengok aku je sebab aku pakai tudung kan. Tapi memang macam alien je depa tengok
  • Bulan May terutama masa hari buruh memang time orang-orang dekat China keluar bercuti. Kira nya macam peak season. Memang ramak yakmat. Yang pelik nye yang ramai tu orang China jugak. Maybe bukan daripada Beijing kot
  • Masa time spring cuaca memang nyaman jer, tapi kemungkinan hujan sangat tinggi. Lepas tu kite boleh nampak dedebunga beterbangan. Sapa yang alergik dekat bunga harus merah hidung.
  • Pada aku dekat Beijing tak susah nak cari makanan halal, cuma sedap atau tidok je lah
  • Transportation yang paling efficient adalah subway
  • Kami terselamat daripada kedai wajib government sebab tak amik agent. So pergilah secara backpackers
  • Airport Beijing sangat busy so datang awal.
  • Orang dekat sana ok aja, so rasa selamat je cuma itulah depa tak mesra sebab kengkangan bahasa.

#Budget
Flight : RM1500 (Return 2 pax)
Hostel : RM380.74 (4 Nights)
Lunch + dinner + entrance fees + subway = RM 1000 (2 pax)

So, 3k untuk dua orang. apa macam?? Hehehehe

enjoy


Anak itu rahsia Allah

Assalamualaikum

Lagi dua bulan adalah anniversary kami yang ke-empat tahun. Masih lagi berdua, masih lagi manja dan harapnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Kadang-kadang dua-dua pun dah macam baby. Ntah camner la nak ada baby kan. Hidup dah sangat selesa selama empat tahun ni, bosan-bosan jom balik kampung, bosan-bosan kom tengok wayang, kang tetibe pegi beli tiket kapal terbang. Ntah kemana-mana aja kadang naik kereta kadang naik moto atau balik rumah bentang toto tengok tv tanpa ada gangguan. Kalau waktu-waktu kritikal tengah-tengah bulan gaji tinggal seratus dua je tapi boleh rilex. Hmmm

Itu lah kelebihan pada pasangan yang tak ada anak lagi, mungkin boleh dikatakan kelebihan sebab ada jugat kawan-kawan yang merungut tak boleh nak buat itu tak boleh nak pergi situ dan memang dah tak pernah cukup tidur semenjak menjadi ibu. 

Tapi setiap kelebihan mesti ada kekurangannya. 
Kami pun tak pernah sangka kami adalah salah satu pasangan yang dipilih untuk menghadap perjalanan S U K A R ini.
Bukan mudah nak kuatkan hati, nak kuatkan semangat, nak buang rasa cemburu dan nak hiburkan hati yang sunyi

Tapi apa lagi pilihan? Bukan semudah beli barang dekat pasaraya. Itu rahsia Allah.

Pernah balik kampung, jumpa dengan sorang opah ni, aku datang la dekat sebab nak bersalam

Opah : Kamu ni badan je makin gemuk tapi bila nak bertambahnya
Aku   : Jangan tanya saya, tu semua kuasa tuhan

Jarang aku menjawab, mungkin ini dah kali keberapa soalan yang sama datang dari mulut dia. Aku tak tahan. Selalunya aku suruh orang tu tolong doa daripada tanya soalan yang aku tak ada jawapan. Balik rumah je terus mengadu dekat emak. 

Bila aku dah balik KL, selang berapa hari mak call. Sembang- sembang sekali mak cakap aritu dia dah pergi jumpa opah tu. Mak cakap dekat dia --

Kalau anak saya balik nanti jangan la tanya soalan-soalan sensitif tu. Dia dah kahwin empat tahun ada suami pulak tu, takkan depa taknak anak. Ada la sebab kenapa depa tak dapat lagi. Sedih hati dia tu. Dia takut nanti dia terjawab dengan soalan yang tak sepatutnya.

Oh my rasa nak meleleh dengar mak cerita. My supermommy I LOVE U
Mak je paham apa perasaan nya

Jangan lah tanya soalan yang tak ada jawapan dekat kami, apakata tolong doakan sekali. Mana tahu dalam banyak-banyak doa, Doa awak yang Allah makbulkan?

Kalau tengok kami enjoy kami gelak-gelak, kami memang tengah layan flow. Apa lagi option yang ada, guling-guling atas lantai atau nangis murung boleh ubah keadaan ke? Big NO!

Lebih baik usaha tawakal dan doa. Itu lebih baik.

Enjoylah masa berdua ni. Ada hikmah


Monday, February 15, 2016

Ni hoa ma Beijing - Part 3

Assalamualaikum

Day 4 (10 may 2015)

Hari ke empat dekat Beijing boleh dikatakan hari yang best jugak sebab kami naik merasa naik bullet train. Sebelum pergi Beijing aku tanya dekat Hafiz, nak naik bullet train atau nak pergi zoo? Saja tanya walaupun aku dah tahu jawapan nya. So, here we go naik bullet train ke daripada Beijing ke Tianjin.
Aku pun tak tahu apa yang ada dekat sana, tapi apa yang aku baca Tianjin ni macam bandar perlabuhan sebab dekat dengan laut.


Nak ke Tianjin kena naik train dekat Beijing South Railway Station (BSRS). So daripada Zhangzizhonglu station - BSRS. Kalau rajin boleh la check schedule untuk train ni, kami naik train pukul 9 pagi. Train ni bukan free seating, so tak perlulah berkejaran yer. Tapi kalau lambat memang kena tinggei. Yang bagus nye dekat sana semua transport dia punctual tau. 

Ticket = 65 yuan (returns)

Highest speed
Buat kenang-kenangan
Sejuk wehh


Train ni sangat selesa, aku rasa lagi selasa daripada ERL tu dan highest speed yang kami sempat rakam ialah 291km/j Memang laju tapi tak bergegar pun. Pengalaman yang menarik. Kami sampai di Tianjin setengah jam kemudian, kat sini lagi sejuk daripada Beijing dem. Maybe sebab kawasan pinggiran dan tepi laut. Hujan pulak tu T_T Nasib baik bawak baju hujan yang kami beli dekat great wall semalam.

Tianjin food street
Tianjin Ancient Culture Street
Dekat Tianjin ni kami bercadang nak makan ngan melawat Tianjin Ancient Culture Street. Kat sini pun jenuh lahai nak mencari kedai makanan halal. Aku ada tulis sesiap tapi gambaran nye tak sama macam depan mata. So, kalau malu bertanya sesatlah jalan. Kami nampak Starbucks, terpaksa beli air secawan dan mintak la direction halal food daripada amoy Starbucks tu. Nasib dia pandai cakap omputih. Bagi aku direction ke Tianjin food street

Kalau dekat Malaysia kambing tu mahal, tapi dekat Beijing kebanyakkan makanan mesti ada kambing. Mungkin cuaca sejuk makan kambing barulah layan. Dekat kedai yang kami makan tu ada stimboat, macam syok je aku tengok tapi ntah kenapa tak order. Pi order bihun sup yang sebenarnya suhun masak dengan sup dan telur. Hadoi-hadoi tapi sebab lapar layan aja lah




Tianjin Halal food

Lepas tu kami jalan-jalan lah dekat sekitar Ancient Culture Street tu, syok jugak tengok kedai-kedai jual teko tembikar cina, baju-baju chongsam. Kami pun try lah bergambar pakai baju rasmi pengantin cina tau. Bayaran dia murah yakmat. Beza sangat dengan Hong Kong. Kat situ jugak ada kedai jual kuih yang super sedap. Yang penting halal. Tepung dia macam liat-liat, ada macam-macam jenis inti lepas tu depa goreng. Makan panas-panas layan.





Yashow Market

Tak lama pun kami dekat Tianjin, lepas tu balik ke Beijing semula sebab nak bekerjaran ke Yashow Market. Masa tu hujan lebat sangat dekat Beijing, baju hujan plastik tu tak mampu nak bertahan, terpaksalah beli payung. Hujan + suhu 4c cuba bayangkan. Tapi sebab nak soping punya pasal. Nak ke Yashow market kena turun dekat station Tuanjiehu. Exit#D lepas tu kena menapak sampai nampak Uniqlo. Yashow market sebelah tu je. Tapi malangnya masa kami sampai tu yashow market under construction. Memang hancur dah sebijik banggunan. Sama macam hancurnya hati aku sob sob sob. Orang kata soping dekat sini super duper murah. uwaaaa. 

Wang Fu Jing Shopping Street and Night Food Market

Yashow market kami tinggalkan, walaupun hujan tapi hari masih muda eceh. So bercadang nak ke Wang Fu Jing Shopping Street ni. Dekat situ ada Night Food Market. Nak kesini kena turun dekat station Wanfujing.
Dekat sini serupo bukit bintang je aku tengok. Mall nye besar-besar dan mewah-mewah jugak. Night Food Market dia jual macam-macam makanan. Yang exotic pun hado.


Aku terjebak beli mee sup hahaha. Tapi mee nye bukan daripada tepung tapi daripada perut kambing. Makan dengan daun saderi dan sup. Masa jalan-jalan dalam mall nampak kedai steamboat. Macam layan je. Teringin la pulak sebab tak order masa dekat Tianjin tu. Tapi restoran tu macam mahal sikit. Tapi tetiba big boss bagi green light. Yeay lah!







Rasanya macam biasa, tak ada rasa hahaha. Tapi yang cool nye dia punya pot tu tak pakai dapur letrik ke apa, pakai arang, Pastu pilihan paling murah adalah kambing. hahaha

Nasib baik tak kena darah tinggi kat Beijing. Dekat situ jugak aku borong baju tshirt dan souvenir. Boleh tahan murah.



Monday, February 8, 2016

Ni hoa ma Beijing - Part 2

Assalamualaikum

Day 3 (9 May 2015)
Harini kita sambung pengembaraan. Semalam lepas melawat masjid tertua memasing dah weak. Balik hotel makan dinner lauk brahim lepas tu tumbang. Hari ketiga ni segar sikit. Dan inilah saat yang dinanti-nanti dan sebab utama nak ke Beijing. Sebab aku teringin sangat nak tengok --

Great Wall atau tembok besar

Ada pelbagai cara nak kesini, 

  • Kita boleh ikut travel agent. Dekat hotel pun ada menawarkan pakej ni. Tapi yang aku tahu, kalau amik pakej memang depa akan bawa ke tempat yang diwajibkan singgah macam kilang sutera, kilang tea, kilang mutiara dan yang paling tak best lepak dekat great wall sekejap je.
  • Kita boleh naik bas. Yang ni aku tak sure nak naik dekat mana, aritu aku ada baca dekat satu blog ni. 
  • Naik subway dan keretapi


Kami pilih hok cara yang ketiga. Great wall ni ada banyak entance. Kalau naik subway entrance paling dekat adalah Bandaling. Kalau ikut travel agent, ikut suka depa lah nak bawak ke entrance yang mana kan. 

Perjalanan kami bermula pukul 6 pagi. Tapi dekat Beijing cerah awal, so pukul 6 pagi dah terang benderang. Kami ingat kami lah yang paling awal, rupa-rupanya dah ramai nau umat. Kami terlepas first train ke Bandaling. Nak ke Bandaling kita mesti naik Beijing North Railway Station (BNRS)

Zhangzizhonglu station - xizhimen station - BNRS (4y) - Bandaling ($1)

Tiket nak ke Bandaling cuma $1, tapi kena cekap dan pantas. Patut lah setengah jam sebelum berlepas, depa semua dah beratur, bukak jer pintu mencicit semua lari, rupa-rupanya nak berebut seat. cis. Untuk dua orang yang masih blur ni, memang duduk tepi pintu atas kertas surat kabo la. Free seating yer. Perjalanan dalam satu jam je. 




Sampai je dekat Bandaling mulut dah berasap-asap, sejuk yakmat. Kali kedua terkena, dua-dua pakai cardigan je. Cuaca tak berapa cantik haritu, mendung je. Patut lah sejuk. Daripada station Bandaling kena menapak jugak ke Main Entrance. Tertonggek lah mendaki bukit. Tapi pemandangan Subhanallah. Cantik yakmat dan macam tak percaya je satu daripada seven wonders ada depan mata iols. Alhamdulillah great wall checked!

Aku ada terbaca ada cara mudah nak naik mendaki great wall ni samaada nak mendaki anak tangga atau naik pulley! yeay. Hiking with no effort hahahaha terus sampai ke tower 14. Pulley station ni kena jalan kebawah bukit, aku tanya information counter pun depa tak tahu, nasib baik lah ada papan tanda so follow je lah. So, mendaki kami naik pulley ni, turun barulah ikut tangga, So adil lah. Sebelum nak naik ni hujan turun lebat yakmat, down je rasa. Terpaksa beli baju hujan yang plastik tu.



Great wall ticket = 40 yuan
Single pulley = 80 yuan

Kalau dah berjaya mendaki tu, kita kena hadiahkan diri kita dengan medal dan cenderamata



Medal = 30 yuan
Arca great wall = 30 yuan
Baju hujan plastik = 5 yuan
Air = 10 yuan

Silk market


Dalam pukul 1.30 tengahari kami pun pulang. Memang kalau boleh nak lelama lagi dekat situ, tapi banyak lagi destinasi nak pergi. Lagipun orang ramai yakmat, pastu tinggi mana je mampu kami daki kan. Next destination adalah silk Market. Nak ke sini kena stop dekat Yonganli station line#1

Dekat Silk Market ni ada kedai makanan halal. Tingkat atas sekali dekat food court ada kedai pakistan. Layan jugak makanan dekat kedai dia, portion pun besar. Harga pun berpatutan. Kami siap tapau nasi beriani untuk makan malam hehehe. 

Nasi briani = 45 yuan
Nan cheese = 22 yuan
Nasi briani bungkus = 35 yuan



Kami pusing-pusing sekejap dalam silk market sebelum bekejaran ke Hujialou station.

Wonderful acrobatic show
Destinasi seterusnya ke chaaoyang theater. Nak tengok acrobatic show. Tiket untuk acrobatic show ni aku dah booking thru e-mail, so just bawak reference jer dan bayar cash. Kena booking awal sebab kadang kadang show ni fully booked. Silap aku tak cukup study tempat show ni, exit dah betul tapi kami tersalah arah. Patut ke kiri tapi menonong ke kanan. Lelama dah jauh terpesong. Tanya orang semua tak tahu, maklum lah tengok kita pun macam alien. Lagi 15 minit nak start show, dan dah semakin pasrah, jalan terakhir terpaksa call je tempat theater tu. Terpaksalah aku on data roaming T_T. Kami kena patah balik ke station, semput nyawa den belari-lari anak tau, rupa-rupa theater tu sebelah station je pun T_T

Nasib baik show tu best, berbaloi jugaklah aku berlari-lari anak sampai keras kaki aku tau. Tak rugi pun bayar mahal.

chaaoyang theater = 190 yuan



Nak lebih info boleh google je Wonderful acrobatic show chaaoyang theater

Lepas habis show tu kami jalan-jalan lagi nak cari hard rock cafe. Tapi entah kenapa dah tak jumpa. Ataupun memang dah tak ada?


Friday, February 5, 2016

Ni hoa ma Beijing - Part 1

Assalamualaikum

** Entry ni dah tertangguh hampir setahun. Dah nak masuk anniversary ke 4 insyaAllah lagi 2 bulan. Hiks. Tapi nak habiskan jugak.

Alhamdulillah, kami dah tiga tahun as husband and wife. Happy third anniversary Sayang. I love u to the moon and back. Sudi terima i seadanya dan sama-sama kita harungi up and down in our marriage life. Bukan senang nak senang bukan senang nak bahagia. Terima kasih dengan cinta ini. Semoga kita kekal tabah menyulami hari-hari mendatang dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Seperti tahun tahun yang lain, memang kami sengaja nak celebrate anniversary dekat luar, Alhamdulillah rezeki kami ada untuk itu. Jangan la kata kami berlagak atau ada ayat ayat sinis "baru baru kahwin boleh la, nanti dah tua nak cakap i love u pun susah" atau " masih berdua boleh la kang dah beranak pinak nak keluar makan pun susah". Kenapa tak doakan yang baik baik sahaja?
Allah bagi rezeki kami berjalan dulu. Kami terima dengan hati yang terbuka

Seperti biasa, percutian ke beijing kali ni pun berkonsepkan backpackers. Sebelum tu aku ada jugak mintak quotation daripada beberapa travel agent tapi aku rasa macam lagi berbaloi plan semua sendiri.

Aku beli tiket AA enam bulan awal, Memang pantang ada promo gamble je beli. Tiket ke Beijing walaupun promo tapi tak berapa nak murah. Returns ticket untuk dua orang RM1500. Nangis jugak lah sebab ni adalah tiket termahal pernah aku beli.

Untuk Accommodation aku pilih Dragon King Hostel berdasarkan pengalaman kawan aku dan review yang bagus dekat Agoda. Hostel ni berhampiran dengan subway. Memamg itu antara kriteria utama. Hostel ni aku booked thru Agoda.com.

8 May 2015 hingga 12 May 2015 = RM380.74


Hostel kami. 

Bagi aku harga tu ok sangat sebab bilik selesa untuk berdua with private toilet dan keadaan hotel pun bersih. Hotel dekat Beijing agak mahal


Day 1 (7 May 2015)
Hari pertama adalah hari perjalanan je.
Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA)
07 May 2015, 7:00 PM 

Beijing Capital International Airport (PEK)
08 May 2015, 1.05 AM

Day 2 (8 May 2015)
Kami sampai dekat Beijing pukul 1.05 am okeh. Alhamdulillah urusan imigresen lancor je. Subway bermula pukul 6.35 pagi. Nak tempah hotel macam alang-alang tambahan kenderaan yang available hanyalah teksi. So kami ambik keputusan untuk melepak dekat Airport sehingga subway memulakan operasi. Pengalaman pertama tau tidur dekat airport. Memang tak lena sebab asik terjaga. Lepas tu dok risaukan beg. Hehehehe



Pukul 5 pagi dah terang benderang. Masa tu dah tak boleh tidur, kami pun bergilir-gilir ke bilik air salin baju dan basuh muka. Salin baju je tau bukan mandi. Nak wee wee pun tak ada air inikan nak mandi. Nafas bior segar muka bior berseri hehehe
Dekat airport ada menyediakan air panas, breakfast maggi cup la kami subuh shafie tu

Ngam je pukul 6 pagi, airport kami tinggalkan. Plan pertama nak ke Hostel sebab nak letak beg. Subway terdekat dengan Hostel kami ialah Zhangzizhonglu station. Kemain susah nak sebut.
Dekat Beijing subway antara pengangkutan penting, macam biasa kepakaran membaca map itu penting, Kena tahu station mana nak turun dan nak transit.

Daripada Airport kami naik Airport Express Train (25 yuan) dan kena 2 kali transit untuk ke Zhangzizhonglu station (3 yuan). Tapi dekat sana tambang tak mahal, antara 2 ke 4 yuan je.

It's spring! Angin sejuk sepoi sepoi bahasa, I loike.
Kami pun berjalan kaki ke Hostel, lebih kurang 100 meter je. Sebab masih awal, bilik belum available, tapi receptionist benarkan kami letak beg dulu.

Dalam pukul 9 pagi kami start explore bandar Beijing. Destinasi untuk harini --

Tian An Men Square
Bordered by the great hall of the people chairman Mao's Mausoleum
Forbidden city
Niujie Mosque

Ketiga-tiga tempat yang pertama tu berdekatan antara satu sama lain, so boleh jalan kaki je. Cuma daripada hotel nak kesitu yang kena naik subway. Daripada Zhangzizhonglu station to Tainanmen west station #line1 (3yuan). Forbidden city ada entrance fees yer, masa aku pergi tu 60 yuan per pax. Boleh check dekat website dia sebab harga berbeza mengikut musim.



Sepatutnya dalam itinerary yang aku buat patut ke Temple of heaven, tapi terasa macam malas pulak nak pi so kiteorang ubah plan ke masjid Niujie. Rasanye masjid ni tertua di Beijing. Dalam keadaan majoriti beragama budha terselit masjid dah rasa bersyukur. Dekat kawasan masjid tu banyak kedai-kedai makanan halal tau.

Nak ke masjid ni pun kena naik subway tapi jauh sikit la nak kena menapak. Kalau ada modal boleh la naik teksi. Turun dekat station Caishikou exit#D. Sebelah kiri nampak China mobile building dan terus sahaja sampailah jumpa signboard NIU JIE. Dalam 1km jugak la kena menapak. Tapi sebab udara nyaman dan segar tak ada la rasa penat sangat.

Kami lunch dekat Niujie Halal food place. Dekat bawahnye macam pasaraya, dekat belah atas ada food court. Yang comelnye, awek-awek cina yang kerja dekat situ bukan pakai tudung tapi pakai ketayap. hahaha. Kalau pakai tudung pun terkeluar telinga. lawak lawak

lepas tu nak order makanan pun susah, dah macam ayam dengan itik. Chicken pun tak tahu apa. jenuh. Daripada kuli sampai ke boss semua tak tahu. Terpaksa lah aku mengepak macam ayam baru la depa paham. Tak boleh jadi ni, balik hotel kena google flash card bahasa mandarin. Jenuh

Portion makanan banyak tapi tasteless. Tawar weih. Tak sedap macam makanan cina muslim dekat Malaysia ni. Tapi bolehla buat alas-alas pewut.

Lunch at Niujie mosque
Nasi+ 3 lauk 22 yuan + Air 7 yuan + Pau 4 yuan



Lepas kenyang kami pi melawat masjid tu. Rupa-rupanya orang ramai baru habis solat Jumaat, hish rugi tak datang awal, sebab kiteorg ingat masa tu dah tak sempat nak solat Jumaat, so pergilah makan dulu, rupa-rupanya solat Jumaat start lambat. Tak der rezeki Hafiz nak solat jumaat dekat China. Lepas solat zohor dan bergambau sana sini kami pun balik ke Hotel. Semalaman tak tidur, kepala pun dah ting tong, jom balik tidur.