Monday, October 27, 2014

Rancang Perjalanan kita

Assalamualaikum

Ada orang selalu tanya aku " Asyik berjalan je banyak betul duit ko"..."Ko kerja apa ekk asik berjalan je"

Ya ampun, ini kegemaran. Berjalan. Daripada sebelum kahwin lagi kami dah ada angan-angan nak pergi jalan jauh-jauh. Alhamdulillah Allah bagi rezeki berjalan lepas kahwin. Mungkin rezeki anak lambat sikit bukan kami tak nak. Lagipun pasangan jarak jauh seperti kami kena ada aktivti best bila sekali sekala jumpa tau

Aku suka berada dekat tempat orang dengan Hafiz. Feeling dia lain macam. Terasa yang kami sangat bergantung harap antara satu sama lain. Hahaha

Tapi, kami belum jauh lagi berjalan dan masih belum luas lagi pengalaman. Apa yang ada boleh la aku share dan untuk rujukan peribadi juga.

Tip - tip yang selalu kami guna pakai....

# Cari tiket promo
Kalau nak berjalan mesti la kita dah plan awalkan? So, carila tiket promo. Contoh nya Air Asia (AA). AA ni mcm Sogo jugak. Tak ada promo harga tak masuk akal. Masa promo harga macam nak tutup kedai. Hahaha. Aku pernah dapat tiket pergi Langkawi seposen okeh. Walaupun banyak caj yang lain, nak kata tersembunyi pun tak boleh sebab dah terang-terang ada tulis dekat website kan. Tapi kita dah tahu memang camtu polisi nya. So, buat la pilihan semolek-molek nya. Kadang-kadang Airlines yang lain pun ada promo dan lagi murah, kena rajin tengok.

Ini Airlines website yang selalu aku tengok. Ada banyak lagi!
Source : Google


#Booking hotel
Biasanya aku akan booking hotel menggunakan Agoda.com. Setakat ni belum ada lagi pengalaman yang sangat buruk dengan Agoda.com. Aku suka kumpul point dan aku dah 3 kali lagi redeem point dia. Satu point bernilai USD 25. Kalau convert duit Malaysia banyak jugak boleh jimat tau. Kadang -kadang ada jugak aku booking daripada booking.com

Sebelum booking tu baca la review dekat bawah website tu, kalau ramai yang komen dop molek tak payoh ler booking. Contohnya parking, kebersihan bilik, lokasi dan sebagainya.

Source : Google

#Baca review sebanyak mungkin
Kalau dok termenung dekat office tu, rajin-rajin la buka blog orang. Google je! Sebagai contoh "Percutian ke Hong Kong" berlambak-lambak nanti blog yang akan story mory pasal Hong Kong. Berdasarkan experience diaorang macam yang aku tengah buat sekarang la :D
Untuk percutian ke Hong Kong kali ni, aku amik ilham daripada blog Jari Manis Travel. Sangat details. Kaki jalan betul kakak sorang ni. Best tau
Kita cedok sana sini sikit. Lepas tu kita plan kita punya itinerary.

# Itinerary
Kami jarang menggunakan khidmat travel agency. Kebiasaan nye main redah macam tu je. Tapi sebelum nak pergi meredah tu kenalah prepare Itinerary.
G O O G L E
Dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang tempat-tempat yang nak pergi.

Kalau boleh jangan terlepas semua tempat menarik. Jangan dah balik nanti baru menyesal. Ala, tak sempat nak pergi tempat tuuuuu tak sempat nak pergi tempat niiiiiii.

Kebiasaannya aku akan buat details dari hari sebelum perjalanan hingga hari terakhir. Siap dengan address hotel, information MRT dan sebagainya. Letak sekali cost untuk entrance fees dan apa-apa yang terlibat. Supaya senang nak budget nak budget berapa cost keseluruhan percutian. Tapi jangan pulak bawak duit cukup-cukup je, mana tahu ada emergency ke kan. Biasa nya beli " Perfume" consider emergency bagi aku. Hahahaha

Contoh itinerary


# Waktu Perjalanan
Belajar daripada pengalaman, jangan teruja sangat tengok tiket murah. Padahal waktu perjalanan macam hampeh. Untuk perjalanan yang sekejap, kononnya tiket murah malam je yang ada. tiket balik pulak awal pagi. Try avoid situation macam ni. Rugi kira-kira wei. Nanti kos penginapan akan meningkat. Kalau boleh masa nak pergi ambil first flight dan nak balik nanti ambil last flight. Kita akan ada masa yang panjang untuk hari sampai dan balik tu.

Cuaca juga perlu diambil kira. Contohnya tiket percutian ke Phuket murah pada bulan October. Kita yang teruja ni pun terus sambar. Padahal musim hujan sangat tak sesuai untuk destinasi laut okeh.

#Tukar duit
Kalau destinasi Ke Luar Negara, eloklah tukar duit siap-siap. Harga currency untuk setiap kedai agak berbeza tau. Kalau tukar dekat bank atau Airport pada aku sangat mahal. Rugi. Baik cari money changer mamak lagi berbaloi.Hahaha
Kalau dah sampai di Negara orang, tempat yang tak familiar lagi susah nak cari money changer. Membuang masa okeh.

# Simpan duit
Ini la keyword nak berjalan. Kenalah ada tabung ayam hahaha. Bukan nya duit tetiba turun daripada langit kan. Aku ni memang tak boleh simpan duit. Caranya aku main kutu. Cara selebihnya pow suami la suruh bawak berjalan hahaha. Kalau nak berjalan kena lah kurangkan shopping hahaha

#Persiapan sebelum berangkat
Buat persiapan awal, kalau nak pergi tempat sejuk jangan lupa prepare baju panas, kalau nak pergi tempat tak banyak orang muslim, jangan lupa bawa makanan segera. Buat alas-alas perut.
Plug soket untuk sesebuah negara pun kena diambil kira. Kang sampai sana kat mana nak charge handphone.

#Aktifkan kad bank di Luar Negara
Sebelum berangkat jangan lupa aktifkan dulu card credit atau ATM card untuk digunakan di Luar Negara. Walaupun kita dah ada cash in hand, mana la tahu ada kecemasan kan.

#Inform family
Dan jangan lupa bagitahu salah sorang family tentang jadual perjalanan kita, dan dimana kita akan menginap. Supaya kalau ada berlaku kecemasan atau perkara yang tidak diingini, mudah untuk mereka mencari kita. 


Selamat berjalan hehehe

xoxo

Friday, October 24, 2014

Kota Kinabalu yo! Part IV

Assalamualaikum

Wow entry pergi KK ni je dah masuk 4 helai. Ok ini yang terakhir. Kami sampai dekat Kota Kinabalu lebih kurang pukul 7.30 petang. Masa ni dah gelap gebumin macam dah pukul 8 atau 9 malam kalau dekat semenanjung. Alhamdulillah tak susah nak cari Apartment yang kami sewa tu. Selesai check in, kami rehat - rehat sekejap sebelum keluar semula nak cari makan malam.

Malam ni kami plan nak makan seafood. Yeay!
Kawan-kawan aku kata seafood yang murah dan sedap dekat dengan pasar filipina. Keyword yang kawan aku bagitahu macam dekat dengan roundabout ada dolphin, kedai-kedai tu pakai khemah putih. Dan akhir nya jumpa. Memang syorgaa seafood pun. Aku rasa lebih daripada 20 kedai yang jual seafood. So pandai-pandai la pilih.

Ini la rupa kedai seafood tu

Sedap nya.....

Mak mentua teringin lobster
sekoq ni RM60 hehehe

Aku makan dekat kedai ni

Kami ada jugak tambah udang, ikan dan nasi. Makan untuk 5 orang termasuk lobster seekor tu cuma RM180. Burppp Alhamdulillah. Berbaloi-baloi

Lepas tu kami jalan-jalan dekat pasar malam kampung air dan balik tidur hehehe


Day 3

Hari ini hari terkahir kami dekat Sabah. Tiket flight malam ni pukul 11.50 malam jadi kami ada seharian lagi nak jalan-jalan dekat Sabah. Kata orang kalau datang Sabah wajib pergi laut. Jadi plan kami hari ini nak ke Manukan Island.

Pukul 7.30 pagi kami dah turun breakfast dan lebih kurang pukul 8.30 pagi kami dah check out. Destinasi seterusnya ke Jesselton point. Jesselton point ni Jeti untuk feri dan bot. Ingat tak hari pertama haritu Hafiz pun turun dekat situ. Jadi kalau kita nak ke Manukan Island, kita boleh juga melalui jeti yang sama. Dekat sini banyak sangat kaunter yang jual pakej untuk ke Manukan Island. Kawan aku kata kalau pergi dua pulau (Manukan dan Sapi) boleh dapat RM40 kebawah.

Jadi kedai dekat bawah ni menjadi pilihan. Tauke kedai ni offer dua buah pulau (Manukan dan Sapi) speed boat pergi dan balik + cukai jeti RM30. Kemain tau jeti ni pun ada cukai

Kalau nak snorkeling boleh tambah goggle + life jacket = RM 10. Dekat pulau nanti kena spare lagi RM3 seorang untuk bayaran hidupan laut macam tu la.  Kami bertolak pukul 9 pagi dan sampai dalam 20 minit kemudian. Pemandu bot tu suruh kami tunggu dekat jeti pukul 11 pagi untuk ke Sapi island.


Nak naik bot
Manukan Island
Nemo tak ada. Kawan dia je yang ada


Daripada Manukan Island ke Sapi Island mengambil masa 10 minit je. Dan macam biasa pemandu bot tu suruh kami berkumpul dekat jeti pukul 2 petang untuk ke Jesselton Jetty.
Dalam pukul 2.30 petang kami dah selamat sampai semula dekat tanah besar.

Sebelum ke pulau-pulau ni lebih baik beli makanan siap-siap sebab makanan dekat pulau sangat mahal okeh. Lagi satu kalau kita banyak duit, boleh je ambil pakej siap sekali dengan buffet lunch. Dan dekat Manukan Island juga ada resort dan chalet yang best!

Sapi island
Dekat Sapi Island ni cuace dah start panas.
Laut pun dah semakin cantik

Aku text kawan "Dekat mana lunch yang best?" dan dia jawab cuba try cari Restauran Taufik dekat kg air. Dalam kepala aku dok terbayang yang tempat tu mesti tepi laut. Sekali si waze ni bawak dekat tengah-tengah bandar pula. Rupa-rupa nya betul la jalan kampung air tu dekat tengah-tengah bandar. Mana air nya T_T Kami pusing-pusing sekitar kampung air dan akhirnya jumpa dengan si Restoran Taufik ni. Untuk lebih jelas, restoran ni terletak dekat shop lot lama berhadapan Shell.



Ini la restauran taufik. Aku makan rojak ayam. Yang lain makan nasi campur. Yang aku perasan bila makan dekat Sabah ni, walaupun makan nasi campur, dia akan asingkan lauk dalam pinggan lain dan akan serve dengan semangkuk sup.

Destinasi seterusnya kami ke Pasar filipina @ pasar kraftangan. Memang rambang mata tengok mutiara dekat sini. Syorgaaa. Tapi aku tak beli seketul pun. Tak tahu nak pakai pergi mana huhuhu. Dekat sebelah pasar filipina ni pulak ada pasar yang jual makanan laut macam ikan kering, ikan bilis dan kuih popular dekat Sabah iaitu kuih cincin.





Masa ni baru pukul 5 petang. Kami akan pulangkan kereta sewa lebih kurang pukul 8 malam dan flight Hafiz ke Labuan pukul 9 malam. Masa ni dah tak tahu nak pergi mana, last last kami masuk mall. Tapi bosan je sebab kalau nak pergi mall baik pergi yang hado dekat KL ni kan. Last-last aku ajak hafiz round sekitar bandar K.K dan singgah sekejap dekat pasar malam kampung air. Kat sini syorrgaa untuk bundle tau. Kemain banyak kedai bundle yang best. Hahaha sejak bila la aku layan baju bundle ni. Tapi sweater yang tebal-tebal dekat sini cantik dan masih molek tau. Murah pulak tu



Pukul 8 malam kami dah selamat sampai dekat Airport. Kali ni dekat Airport baru sebab balik naik MAS. Memang sangat-sangat berbeza airport baru dan yang lama. Tak lama lepas tu Hafiz pun dah check in untuk ke Labuan. Sedih masa ni. Dulu janji nak balik sama-sama. Tinggal lah aku semula dengan keluarga mentua. Flight kami ada lebih kurang 3 jam lagi.

Tak lama lepas tu aku ajak keluarga mentua aku check in. Nasib baik aku check in awal, masa dekat imegresen baru aku perasan card imegresen aku hilang. Untuk pengetahuan, walaupun kita ada kad pengenalan Malaysia tapi bukan lahir dekat Sabah atau Sarawak, kita akan diberi card putih semasa masuk ke Sabah. Dan masa nak balik nanti kita kena pulangkan semula card tu.

Tapi entah kenapa nasib tak baik, aku terhilangkan card tu. Yela, card tu nipis macam resit beli barang je. Mungkin aku terbuang masa aku buat spring cleaning hahaha. Aku dah cuak begitu jugak keluarga mentua aku. Rupa-rupa nya kalau hilang card tu kena buat report polis. Uwaa camner nak pergi balai polis ni. Rupa-rupa nya ada balai polis dekat dalam Airport. Lega. Aku kena bayar RM2 nak endos report.

Rupa-rupanya (Berapa banyak rupa-rupanya la) hafiz pun kena soal selidik sebab dia tak simpan tiket ferry daripada Labuan. Kalau ikutkan dia kena tunjuk tiket tu dekat imegresen. Sebab dekat Jesselton point dia tak dapat sebarang card.

Masa nak tunggu flight ada seorang ibu dan baby ni duduk belakang emak mentua aku. Tak lama lepas tu dia mintak tolong mak mentua aku tolong pegangkan baby dia sebab dia sakit perut. Mak mentua aku macam terpinga-pinga sekejap. Yela berani betul dia tinggalkan anak dia dengan orang asing. Tak lama lepas tu dia datang semula. Nasib baik. Kan ada kes - kes sebelum ni mintak tolong pegang anak dan mak nya terus hilang macam tu je. Hahaha banyak sangat tengok TV aku ni. Tapi yela kan, kalau aku memang tak sanggup dan tak harap kot nak mintak orang yang langsung tak dikenali nak pegangkan anak aku.

Naik MAS ni mewah sikit bab makan. Belum sempat panas punggung dah macam-macam makanan depa hidang. Tapi aku tidur sepanjang perjalanan. Bila masa touch down pun aku tak sedar. Kami selamat sampai dekat KLIA pukul 2.30 pagi. Alhamdulillah semua selamat dan yeay Sabah checked.

Wednesday, October 22, 2014

Kota Kinabalu yo! Part III

Assalamualaikum

Day 2 :

Orang kata kalau nak tengok si gunung kinabalu kena bangun awal-awal pagi. Aku punya la semangat pukul 4 pagi dah terbangun. Tapi buka je tingkap gelap gebumin lagi. Seram oo. Lepas solat subuh aku dah tak tidur lagi, terus je kejut Hafiz ajak lepak dekat Balkoni feeling-feeling nak tengok sunrise la konon.

Saya Gunung Kinabalu..
Sorry yayang rambut u serabai

 Tentatif untuk hari kedua adalah:

1. Kinabalu Park
2. Desa Dairy Farm
3. Poring hot spring
4. Fish Spa, Tegal Moroli
5. Sabah Tea
6. Pekan Nabalu
7. Bertolak ke Kota Kinabalu
8. Seafood 

#Kinabalu park
Ha, kemain banyak aktiviti untuk hari kedua ni. Selepas breakfast, kami terus je check out. Aktivti harini dimulakan seawal pukul 9 pagi okeh. Destinasi pertama yang kami pergi ialah Kinabalu Park. Pada mulanya aku tak tahu apa yang ada dekat sini, rupa-rupanya Kinabalu Park ni adalah kawasan kaki gunung kinabalu. Dekat sinilah pendaki-pendaki memulakan pendakian. Bagi kita yang tak mendaki ni boleh je nak pergi ke check point yang pertama tu. Daripada pintu masuk ke check point pertama adalah dalam 4km. Dalam 10 minit menaiki kereta atau lebih satu jam kalau menapak. Tak sanggup den. Lagipun bawa orang tua kan. Alasan mu benar belaka. Entrance fees untuk kinabalu park RM4 seorang. Jangan buang tiket ni kalau kita ada plan nak ke Poring hot spring sebab boleh menggunakan tiket yang sama.

Dalam Kinabalu park ni ada macam-macam tempat yang boleh kita pergi seperti galeri dan muzium. Tapi kami cuma bergumbira dekat check point pertama dengan tupai-tupai yang jinak. Hafiz siap pergi beli kacang tau untuk si tupai-tupai ni. Tiket RM4 hanya valid sehingga check point pertama sahaja. Kalau nak terus mendaki kita kena bayar fees untuk mendaki dan kena ada guider kalau tak silap.

Masa ni dekat main entrance

Dekat dalam tu check point yang pertama

Nak kata menara pun bukan, tapi ni tingkat atas untuk check point pertama.
Daripada atas ni boleh nampak pendaki start mendaki

Ni Adik ipar aku dok melayan tupai

Memula sekor, lepas tu datang beramai-ramai
meremang-remang wei, dah la kelam kabut je tupai ni

Masa depa dok leka bagi makan tupai, aku terkecuali sebab geli. Aku sembang la dengan bakal-bakal pendaki yang tengah makan nasi lemak. Hebat kau dik nak mendaki makan nasi lemak. Dia kata kalau kita bayar lagi RM5 seorang kita dibenarkan masuk kedalam dan meneruskan perjalanan lebih kurang 4 km lagi. Dia cakap dalam 200 meter daripada check point pertama ada waterfall. Aku pun teruja nak tengok waterfall dan ajak mereka semua masuk kedalam. Rupa-rupanya 200 meter pertama pun dah agak mencabar bagi kami yang tak ada pakaian dan kasut yang sesuai. Tapak kasut aku dah nipis T_T sakit oo kena batu dan mak mentua aku lagi la pakai baju kurung hahaha. Mesti pendaki-pendaki tu ingat makcik ni nak pergi doa selamat dekat mana ni.

Pakcik guard tu kata jangan pergi jauh-jauh sangat sebab ada orang tua dan cuaca tak menentu. Baiklah.


200 meter pun kalau jalan camni memang jauh

Yeay dan sampai. Ini je pun si Carson Fall

Jenuh nak patah balik wei
# Desa Dairy Farm
Okeh Kinabalu park checked. Destinasi seterusnya ke Desa Dairy Farm (DDF). DDF ni terletak dekat area pekan kundasang tau, kalau daripada arah Kota Kinabalu, kita akan nampak roundbout dekat pekan Kundasang dan ambil pukul 9 dan terus je. Nanti ada signboard atau sila la tanya penduduk tempatan. Masa ni  baru 10 pagi. Kalau ikut pada jadual yang aku tengok dekat website DDF ni, pukul 10 pagi kita boleh tengok pemprosesan susu segar dan boleh bagi anak moo moo minum susu dan makan. Cuma perahan susu je bermula jam 3 petang. Bayaran masuk adalah RM4 seorang.

Walaupun kawasan ni berbau lembu dan kambing hahaha tapi pemandangan nya sangat indah tau. Kata orang boleh feeling-feeling dekat New Zealand gitu. Yela lembu-lembu yang ada pun aku rasa baka daripada New Zealand. Daripada jauh kemain comei bila dekat musyukkk nya. Hahaha.

Kat sini ada jual hasil tenusu seperti susu segar dan ais krim yogurt. Sedap memang A. Tapi kesilapan yang aku buat adalah pergi beli dulu ais krim tu dan bawak pergi tempat feeding anak-anak lembu dan kambing. Bau dia.. tu dia habaq ang potong terus selera.

Bukan senang nak panjat pagar tu
Saujana mata memandang
Kenapa susu ni tak jual dekat semenanjung?
Rakus tau dia ni. Sabor je la 

#Poring hot spring
Ku sangkakan panas hingga ke petang. Masa ni cuaca dah start mendung dan kami meneruskan perjalanan ke Ranau. Perjalanan ke Ranau mengambil masa lebih kurang 45 minit jugak. Destinasi seterusnya adalah  Poring Hot Spring.  Tunjukkan tiket masuk ke Kinabalu Park kat kaunter Poring Hot Spring untuk mendapatkan pengecualian bayaran tiket masuk. Ngam - ngam je sampai sini hujan turun lebat T_T

Punah harapan nak pergi tengok Reflesia ke nak naik jambatan gantung ke. Sementara nak tunggu hujan berhenti sempatlah aku rendam kaki dalam air panas tu. Dekat sini bukan hanya ada air panas tau, dah macam water park aku tengok. Ada kolam siap ada slide lagi. Kalau ada banyak masa mesti aku pun terlibat sama. Tapi apakan daya



Rendam kaki

Makan dekat sini.

#Fish Spa, Tegal Moroli
Bila hujan dah berhenti perut pun dah lapar. Al maklumlah dah masuk tengah hari masa tu. Breakfast pagi tadi pun ala-ala omputih mana kenyang sebab perut dah biasa makan nasi lemak pagi pagi lorr.
Apa yang aku perasan, masakan orang Sabah tak banyak beza dengan orang semenanjung. Ayam masak kicap ke, daging masak merah ke semua boleh diterima tekak. Alhamdulillah.

Lagi satu ramai yang kata makanan dekat Sabah agak mahal, berdasarkan pengalaman aku memang agak mahal tapi portion makanan tu besar. Aku rasa sangat berbaloi dengan harga yang kita bayar. Kalau dekat KL ni beberapa sudu dah settle.

Destinasi seterusnya ke Tagal Moroli, Kg Luanti Ranau. Kami siap-siap tanya directions dekat tauke kedai makan tu. Biasanya mereka dah familiar dengan tempat-tempat yang orang ramai akan pergi, Jadi tak perlu risau sesat. Cuma kalau malu bertanya sosat la jalan kan.

Perjalanan ke Sungai Moroli ni lebih kurang 20 minit dari Poring Hot Spring. Ambil arah Ranau. Nanti kita akan jumpa tea sabah dahulu sebelum fish spa ni. Bayaran masuk adalah RM5 seorang. Masa ni hujan dah start turun T_T. Pada mula nya kami macam teragak-agak nak keluar kereta atau tak, Tapi bila fikir-fikir dah datang sejauh ni, jadi turun je la. Bukan hari-hari pun datang Ranau ni dan bukan hari-hari pun aku kena hujan hahaha

Aku yang bersungguh-sungguh nak datang sini sebab dah masuk dalam itinerary kan. Mana boleh pangkah. Tapi aku ingat aku ni seorang yang berani. Tapi akak tak mampoooo T_T
Tengok ikan tu berkumpul-kumpul pun dah meremang-remang tengkuk ni. Apakan lagi nak masukkan kaki atau nak pegang kelapa ikan tu. Oh man aku penakut rupa nya. Dua kali aku buat percubaan tapi baru je nak masukkan kaki aku tengok semua ikan-ikan tu macam kelam kabut je datang dekat aku harus la aku melompat. Dua kali jugak aku tergelecek dekat atas pasir-pasir sungai tu. Sakit oo. Last-last kena marah dengan Hafiz sebab takut. Hello orang takut bukan main-main tau. Akhirnya aku bergambar digigi sungai bersama-sama ikan sahajo T_T

Abah dan adik ipar aku kata syok. Ikan tu gigit-gigit manja je.

Tangan tu eksyen je hahaha

Peminat ikan bertemu ikan hahaha

Betapa besarnya ikan, dah jadi pemalas pun

Abah je yang steady

# Sabah Tea
Destinasi seterusnya kami ke Sabah Tea tak jauh pun daripada fish spa ni. Tapi jalan masuk nya agak mencabar dan keadaan jalan tak berapa elok. Tak tahu la kenapa depa tak turap jalan tu. Tak ada bayaran masuk dikenakan. Dekat puncak sabah tea ni ada kilang pemprosesan tea, ada cafe dan kedai cenderahati. Aku pun tak tahu kenapa setiap pokok dekat sini mesti ada jarak antara satu sama lain. Jadi pemandangan nya tak berapa indah kalau nak dibandingkan dengan Cameron Highland.

Nampak tak pokok teh ni macam dah togel


Borong Sabah Tea

Tak lama pun kami dekat Sabah tea ni, lepas tu kami gerak balik kearah kundasang. Sebab malam ni kami akan berada dekat Kota Kinabalu pula. Sebelum tu kami singgah solat Zohor/Asar dekat Masjid Besar Kundasang. Cantik sangat masjid ni. Dah la dekat atas bukit menghadap gunung Kinabalu.

Masjid Kundasang
Pemandangan depan masjid

Sebelum balik Kundasang

#Pekan Nabalu
Beberapa Kilometer daripada pekan Kundasang kita akan jumpa Pekan Nabalu. Pekan ni pun kami singgah jap tapi masa ni dah dekat jam 5 petang, kedai-kedai pun dah banyak yang tutup. Dekat sini best jugak kalau nak shopping souvenir, buah buahan ke atau makanan tempatan. Daripada sini masih lagi boleh nampak gunung kinabalu yo.




Durian Hutan. Tak ada bau tapi rasa sama. Sedap!
Perjalan diteruskan ke Kota Kinabalu. Jumpa di KK bah

xoxo