Monday, September 2, 2013

Spaghetti Tuna

Asslamualaikum

Selemat hari raya Aidilfitri :D

Sempena bulan syawal ni, ramai la yang buat open house kan. Kami pun ambil kesempatan nak jemput kawan-kawan dan saudara mara datang ke rumah. Tapi nak kata open house besar-besaran tu tidak lah, tapi lebih kepada makan-makan bersama kawan-kawan sempena raya hahahaha.

Menu utk jamuan makan raya aku haritu adalah laksa sarawak, spaghetti tuna, rendang ayam masak pedas bersama nasi impit dan kek tiramitsu. Semua nya aku masak sorang-sorang sebab terkejut periuk-periuk dan kuali kak jemah kalau hafiz turun ke dapurlah kan. Tapi dia tolong mengemas rumah (ini aku yang terkejut :p) dan tolong gaul tiramitsu. Ni kena tolong sebab mixer takde kena guna tenaga dia.

Resepi laksa sarawak aku dah share dekat previous entry, kali ni aku nak share spaghetti tuna. Resepi mudah ABC dan sangat la menjimatkan cost. Percayalah cakap kak ton. Tapi resepi ni kena buat pedas meletup sikit, kalau tidak macam muak sket.

Ok, mari :

Bahan-bahan

1 tin tuna hot mayo (aku guna ayam brand)
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
2 ulas bawang kecil *
10 biji cili padi (nak lebih pun xper, tapi bagi aku dah ok ni) *
Sedikit air untuk mengisar *
2 sudu minyak untuk menumis
1 tin susu sejat
1 paket spaghetti
2 biji carrot (potong panjang-panjang)
1 biji green capsicum (potong panjang-panjang)
sedikit garam
sedikit serbuk perasa (Pak aji no moto ka, serbuk pati ayam ka)

Aku guna tuna hok nie.

Cara-cara memasak:
1. Memula rebus spagethetti (masukkan sedikit minyak/butter untuk mengelak daripada melekat)
2. Rebus sehingga lembut . Tos dan letak tepi
3. Blend bahan-bahan bertanda *. Kalau boleh air jangan banyak sangat
4. Panaskan kuali dan masukkan minyak
5. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga agak-agak kering
6. Masukkan hirisan carrot dan biarkan sehingga carrot lembut.
7. Masukkan tuna dan susu cair. Gaul rata
8. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa
9. Akhir sekali masukkan spaghetti dan green capsicum. Gaul rata
10. Siap! Makan makan


Senangkan nak buat nye? Yakin boleh je, lidah kan ada, pandai-pandai la kita rasa. Bagi aku memasak jangan la nak ikut betul-betul tepat , main agak-agak pun dah boleh jadi. Yang penting masak dengan ikhlas nak bagi orang tersayang makan chewah >_<


Gambar kat bawah ni, aku masak masa bulan ramadhan. Masa ni tak letak carrot dan green capsicum. Sebab tu rupa paras nya macam pucat lesi je. Tapi rasanye meletup-letup

Walaupun pucat tapi sodap :D
Ni la hidangan masa jamuan makan haritu

Walaupun jamuan kami simple, tapi kami happy dengan kawan-kawan yang datang. Hugsss
Next time aku share resepi tiramitsu dengan rendang pedas ayam. Ok


No comments:

Post a Comment