Friday, September 6, 2013

Destinasi Cinta - Kuching

Dulu selalu membayangkan kalau dah berkahwin tu, suami isteri mesti tinggal satu rumah, dapat anak dengan mudah dan boleh  makan sama-sama dan sebagainya. Drama zangattt!
Tapi bila dah besar ni, penuh dengan tanggungjawab. Hidup suami isteri tak semestinya kena tinggal satu bumbung all the time. Lagi-lagi kerja macam hafiz tu.

Lepas 6 bulan kahwin, dia kena pergi site dekat Lumut. Seksa zangat oo. Masatu projek dia tu dah nak sampai due date,so kena kerja 7 hari seminggu 8 pagi hingga 10 malam dan 2 minggu sekali je ada cuti itu pun hari ahad sahaja. Nangis kak jemah masa tu, tetiap minggu ke Lumut, itu pun jumpa malam dan siang-siang lepak sengsorang kat apartment yang company dia sewa tu. Berlarutan hingga ke 3 bulan tau. Kadang-kadang aku balik Kuala Kangsar dan dia berulang dari Kuala Kangsar Lumut. Penat oo

Selepas 3 bulan, kembali semula kerja dekat office kena pulak hantar ke Kuching Sarawak. Dang! Lagi jauh weh. 2 bulan jugak dia kat sana. Tapi pada aku, aku lagi ok masa dia dekat Kuching sebab masa tu sebulan sekali baru jumpa.  Masa dekat Lumut, baru nak pulih kesedihan jumpa semula pastu dia kena balik sana semula.Chewah

Tapi serius wei, banyak drama swasta dan limpahan air mata duduk berjauhan ni. haha. Tapi nak buat macamana takkan nak suruh dia berhenti kerja, kalau tak ada kerja lagi la banyak masalah akan timbul. Tapi hati dan iman memang kena kuat tau. Tapi yang positif nya kalau dia outstation adalah dapat menambah pendapatan dan aku pun dapat berjalan. hahahaha

Masa Hafiz outstation dekat Kuching haritu, aku berkesempatan bawa mak dan abah mentua aku berjalan-jalan dekat sana. Kami pergi 16 - 19 March 2013 ( Oh memang dah outdated T_T)  Aku tak bawa parents aku sekali sebab mak aku dah tak boleh naik flight.Kami pergi kesana selama 3 hari 2 malam. Masatu tiket AirAsia ada promo jugak, rm6++ untuk 3 orang.

Masa dekat Kuching, kami sewa hotel Grand Supreme Kucining from Agoda. Aku ambil 2 bilik. Bilik dia ok jugalah + ada breakfast lagi lagi. Dekat sana kami guna kereta adik kepada kakak ipar aku. Terima kasih bagi pinjam kereta :D

Destinasi pertama kami pada hari ahad tu adalah pasar Serikin. Serikin ni kawasan sempadan antara Kalimantan barat, Indonesia dengan daerah Bau, Sarawak. Masa pertama kali aku pergi dulu jalan ke Serikin ni kemain beronak berliku, berbatu-batu lagi dan kereta balik memang pakai bedak tebal la kan (berdebu). Perjalanan pun aku rasa kemain jauh lagi. Tapi kali ni aku pergi jalan dah berturap cantik. Cuma ada beberapa kawasan tu masih lagi berlubang-lubang. Jarak perjalanan daripada Kuching ke Serikin lebih kurang 53km lebih kurang satu jam perjalanan.

Kebanyakkan peniaga (Aku rasa semua) yang berniaga ni adalah orang Indonesia. Barang-barang yang dijual seperti telekung, kain pasang, beg , kain pasang dan banyak lagi. Semua nya datang dari seberang dong. Harga barang-barang boleh tahan murah. Pasar Serikin dibuka pada hari sabtu dan ahad seawal pagi.

Pukul 9 pagi pun dah panas

Cantik - cantik telekung dekat sini


#Tapi kebanyakkan pengunjung akan datang awal, sebab menganjak je tengah hari panas berbahang nye lain macam. Sebab kawasan ni berhampiran dengan garisan khatulistiwa kot

Seterusnya, kami singgah ke Perkampungan budaya. Nak masuk ke sini ada bayaran yang dikenakan. Aku rasa agak berbaloi sebab kawasan ni sangat besar dan replika rumah yang mewakili etnik-etnik di Sarawak ni pun semua nya sama seperti rumah-rumah sebenar mereka. Kita pun boleh tengok aktivti seharian mereka. Macam perkampungan bidayuh, kita boleh tengok cara mereka membuat sagu. Kita juga boleh join aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Syok gak exercise guna buluh ni
Seksi-seksi tau depa ni
#Terdapat beberapa kampung yang mewakili etnik terbesar di sarawak seperti rumah panjang orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi orang Melanau dan juga ladang orang Cina.
#Bayaran yang dikenakan rm60 untuk dewasa dan rm30 untuk kanak-kanak.
#Boleh mendapatkan maklumat lanjut disini



Tinggi betul rumah depa ni

Ada lagi tak rumah orang melayu macamni?
Cantikkan?

Mencabar la jugak

Bersama pakcik yang terer cakap omputih hiks



Seksi tau orang penan ni
Kita akan dapat passport ni

Nasihat aku kalau nak pergi perkampungan ni, kena pergi pagi atau pun petang dalam pukul 2. Sebab setiap hari mereka akan buat 2 sesi pertunjukkan pentas iaitu sebelah pagi dan sebelah petang. Kalau datang bukan time yang sesuai agak lama la nak tunggu. Hari tu kami sampai dalam pukul 2 p.m dan ngam-ngam  dapat join pertunjukkan pentas pada pukul 4 pm tu. Dua jam memang cukup untuk kita melawat semua kampungan disini.

Pertunjukkan mewakili semua etnik

Hebat kan?

Hari yang berikut nya, kami meronda bandar Kuching ni. Destinasi nya adalah Waterfront. Waterfront ni macam kawasan persisiran sungai yang dah di touch up cantik. Kita boleh jalan-jalan atau melepak sambil makan kepok lekor Sarawak. hahaha. Kalau ada budget lebih boleh naik bot menyusuri sungai Rejang ni. Tapi dont worry, buaya tak masuk kawasan bandar ni kata depa. Hahaha.

Dekat Waterfront ni banyak la kedai-kedai menjual cenderamata macam ukiran kayu, kain-kain batik sarawak, tukar buluh dan sebagainya. Harga pun boleh tahan murah.


Tak jauh pun nak seberang

Persisiran Waterfront



Aku rasa kek lapis dan ikan terubuk masin dengan Sarawak tak dapat dipisahkan. Dekat Kuching ni bersepah-sepah orang menjual kek lapis. Terutama sekali dekat deretan kedai Waterfront. Tapi yang paling syok kalau kita pergi sendiri ke kawasan pembuatan/kilang kek lapis ni. Haritu aku pergi kedai kek lapis Dayang Salhah dan Mira cake house. Dedua kedai ni terletak di seberang sungai tu je. Memula aku macam takut nak naik bot tu sebab bot nya comel je dah la  nak menyeberang sungai Rejang. hahaha. Kedai-kedai kek ni terletak dikawasan belakang medan selera seberang Waterfront ni.

Mak dan abah mentua aku macam rilex je
#Kita boleh keseberang sungai dengan menaiki bot dari jeti Waterfront. Tambangnya 50 sen seorang. Kita boleh juga memandu kereta kesana.

Dekat borneo ni memang seafood dia sangat mewah. Malam-malam boleh la lepak dekat top spot sambil makan seafood dengan harga yang super murah.

Untuk 4 orang makan dalam rm80
Haritu kami sempat jugak singgah dekat muzium kucing. Dekat muzium ni semua cerita pasal kucing ada. Percuma je tau


Kemain mak mentua aku berposing :D
Dan tak sah la kalau pergi Kuching tak bergambar dengan si tugu kucing ni.


Tengok la suami ku itu, isteri dan parents datang pun dia tetap kena pergi kerja T_T


Happy Holiday :D


No comments:

Post a Comment