Saturday, February 21, 2015

Seoul with my soul Day 2

Assalamualaikum

Aku pergi Seoul bulan November, sekarang dah bulan February, masih belum siap-siap lagi. Kalau tak tulis nanti, sudah-sudah nya aku sendiri yang lupa. Kena menulis lebih gigih lagi. Untuk diri sendiri jugak yer. 

#Breakfast
Sebelum memulakan apa-apa aktiviti, mari kita makan dulu. Untuk sarapan pagi aku bawak 3 in 1 dari malaysia dan roti gardenia sebuku hahaha. Tak lupa jugak dengan spicy tuna. Sedapppp

Hari ini kami akan berjalan jauh sikit, nak pergi merasa fefeling winter sonata weee dan nak pergi petite france yeay! Dua tempat ni berdekatan je, ada shuttle bus untuk ke satu sama lain. Tapi untuk ke sini agak jauh dari Myeongdong.  Pukul 9 am kami dah mulakan perjalanan. 


euljiro 3(sam)-ga >> Dongdaemun >> Hoegi >> Mangu >> Cheongpyeong

Atau keyword dia menuju ke Cheongpyeong station ok. Kat seoul kita kena pandai tengok subway line, dekat mana nak transit dan arah mana nak dituju. Confirm berjaya jangan risau. 

Sampai je dekat Cheongpyeong, keluar daripada subway station dan boleh tunggu shuttle bus ke Petite France. 

Menuju ke bus stop
Dekat bus stop kami jumpa sekumpulan orang Malaysia yang nak ke Petite France dan Nami Island jugak. Bersembang sakan la kami. Tak lama lepas tu bus pun sampai.

Boleh Nampak signboard Nami island dekat cermin bus tu atau tanya driver k
Ticket shuttle bus ke Petite France 
Shuttle bus ke Petite France dan Nami Island = 5000 won untuk seorang.

Pemandangan dari dalam bus
Sampai je dekat bus stop Petite France, benda pertama yang kena check adalah jadual bus seterusnya untuk ke Nami Island. Bus ada setiap jam dan sangat punctual ok.



#Petite France
Yeay! Petite France. Kat sini ada banyak banggunan yang menyerupai banggunan dekat Perancis. Eiffel Tower pun ada tau. Dekat sini la lokasi pengambaran My love from the star. \

Bayaran masuk Petite France =  8000 won untuk seorang. 



Hampir dua jam jugak kami posing-posing dekat sini, lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Nami Island. Nak ke Nami Island, kena naik shuttle bus yang sama dekat tempat kita turun tadi. Guna tiket yang sama kita datang tadi ok. Dalam 10 minit dah sampai Nami Island. 

#Nami Island
Yeay!
Untuk ke Nami Island kita mesti menaiki feri. Tak jauh pun sebenarnya, kurang daripada 10 minit dah sampai ke Pulau Nami atau Nami nara kata orang sana.


Feri ke Nami Island
Ticket Feri ke Nami Island. Konon-konon macam visa
Tiket feri = 8000 won untuk seorang.  

#Lunch
Dekat Nami Island ada restoran makanan halal dan surau tau. Restaurant ni terletak dekat banggunan Nami library. Yer, dekat sini ada library. Banyak blogger-blogger suggest makan nasi goncang tapi kenapa dah tak ada lagi T_T


Agak kecewa jugak tak dapat merasa kesedapan nasi goncang dan akhirnya makan all time favorite aku kat sana iaitu bibimbap. 
Hafiz makan apa ntah 
Restaurant ni ada certificate halal tau
Lunch =18500 won.
Alhamdulillah kenyang

Selesai je makan dan solat, kami pun mula explore pulau Nami ni. Boleh tahan besar oo. Fefeling sewa basikal la pulak. Rasa macam tak nak balik je, dah la sejuk pastu semua ceruk pun lawa-lawa.

Sewa basikal (Setengah jam) =  6000 won

Gambar dah lawa tapi kenapa pejam?


Hari pun dah makin gelap, mari kita pulang sob sob. Kita kena naik feri semula untuk ke tanah besar. Kami kena ke Cheongpyeong station semula. Dah tak jauh sebenarnya, tapi kalau menapak tu terjelir lidah jugak la kot. Ramai yang suggest naik teksi, tapi kami memilih untuk naik shuttle bus tu semula. Jimat habaq ang. 

Masa tengah tunggu shuttle bus tu, kami tengok macam banyak sangat benda terbang. Kalau kat malaysia confirm serangga yang suka hinggap dekat lampu. Tapi bila perhati betul-betul, it's snow! Yeay, Allah bagi peluang kami merasa macammana rupa snow. Punya la jakun snow boleh ingat serangga kan hahaha

Walaupun snow nye sepoi sepoi bahasa je tapi teruja gilerr. Masa ni pulak camera dah kong, hand phone pun hampir kong dan power bank tinggal dekat hotel. Perfect naaa. Ini je picisan gambar snow yang sempat kami snap. Jadi la


Cheongpyeong Station >> Myeondong Station

#Dinner
Kami singgah semula dekat area myeondong untuk makan malam. Restaurant pilihan kami tak lain tak bukan Yoogane restaurant again! hahahaha 
Hafiz suka benau nasi goreng seafood tu.

Dinner = 11000 won.
Alhamdulillah kenyang

Wednesday, February 18, 2015

Seoul with my soul Day 1 (Part 2)

Assalamualaikum

Bersambung cerita daripada previous entry [Here]

Incheon International Airport >> Seoul Station

Kami sampai dekat Seoul station selepas 45 minit perjalanan. Best jugak naik AREX ni, selesa dan boleh tengok keindahan Seoul. Semua pokok dah hampir gondol, maklumlah dah nak masuk musim sejuk. Tapi tetap cantik.

Dekat Seoul station kami jumpa mesin reload untuk T-Money. Kami topup 30000 won setiap seorang. Enam hari kami dekat Seoul turun naik subway cukup sesangat. Siap ada lebihan lagi. Masa tengah sibuk nak menelaah mesin reload tu, tetibe ada seorang pak cik atau ahjusi datang dekat kami. Cakap bahasa korea + buat isyarat tangan mintak duit untuk belikan dia tiket. Kami ni dah la baru sampai, dok terpinga pinga lagi dah nak kena pow. Tapi kenapa dia tak mintak dekat orang korea sendiri? Kenapa kami? Tapi kami tak bagi pun buat tak tahu je. Kalau ahjusi betul-betul terdesak kami mintak maap, bukan rezeki kami nak tolong ahjusi. Dekat tempat orang jangan terlalu ramah dan jangan pulak sombong sangat. Kita tak boleh jangka orang kan.





Seoul Station >> euljiro 3-ga 

#Myeongdong Town Guesthouse 
Destinasi pertama kami adalah Myeongdong Town Guesthouse.  Guesthouse ni terletak dekat Myeondong. Subway station paling dekat dengan guesthouse ni adalah euljiro 3-ga dalam 50 meter je.  Kena check in dulu dan simpan luggage baru la boleh mula berjalan. Tapi yang tak bestnya guesthouse ni dekat tingkat dua dan tak ada lift. Tapi jangan risau, sesampai je dekat anak tangga pertama, aku nampak berlari-lari receptionist guest house ni menyambut beg kami. Dia tolong angkat sampai ke atas. Bersusah payah jugak la, maklum la 20 kg berat satu beg hahaha.

Masa tu lebih kurang pukul 11.30 pagi dan bilik belum tersedia. Check in time pukul 2 pm. Jadi kami plan nak pergi jalan-jalan dulu. Memang tak senonoh perangai tak mandi tak apa terus nak merayau. Hahaha. Mamat korea tu izinkan kami simpan luggage dekat receptionist kaunter.

#Myeondong
Destinasi pertama kami adalah myeondong. Jarak antara guest house kami dengan myeondong cuma 1.5km je ataupun 10 minit jalan kaki. Myeondong macam bukit bintang dekat Malaysia, penuh dengan muda mudi dan kedai barang-barang berjenama. Kat sini bersepah-sepah orang jual skincare. Satu deret kedai tu wajib ada sekurangnya satu kedai skin care. Patut la kulit muka orang korea ni mulus je.



#Lunch
Masa ni perut memang berzapin inang. Lapor!! Sebelum berangkat aku dah buat kajian tentang kedai-kedai makan dekat sana. Suggestion daripada blogger-blogger yang pernah kesana dan student-student Malaysia dekat sana. Tak ada tanda halal pun, cuma pork free. Dan makanan yang kami pilih semua berasaskan seafood. 

Kami pilih Yoogane Restaurant!!
Kami order nasi goreng seafood untuk 2 orang. Yang menariknya, nasi tu akan dimasak dekat meja kita. Aku tengok bahan dia simple je tapi rasa dia walla. Makan panas panas, cuaca pulak sejuk je. Terbaik la

Dekat kedai ni, kite duduk je dekat meja terus dihidangkan air sejuk secara percuma. Dan yg paling best side dish percuma tau. Boleh la nak tibai berapa banyak jeruk lobak atau kimci kalau larat la.

Total untuk dua orang = 11000 won

Camno nak pergi sini--
Dekat kawasan Myeondong, cari uniqlo sebelah kanan dan Nature Republic sebelah kiri. Memang besar banggunan ni. Kemudian ambil ke kanan dan jalan terus sehingga nampak Yoogane Restaurant sebelah kiri. 

Direction ni aku ambik daripada blog skampung. Pada mula nya memang tak jumpa, tapi akhir nya berjaya. Senang je nak cari sebab kedai ni dekat simpang jalan. 




Portion untuk 2 orang. Burppp

#M plaza
Destinasi seterusnya adalah M plaza. M plaza ni terletak dekat sekitar Myeondong. Dekat sini ada Seoul Cultural Exchanges & Tourism Information Center [info]. Kita boleh pakai hanbook atau baju tradisional korea secara percuma. Tapi kena tulis nama dahulu dan kita akan diberi waktu yang masih available. Nasib kami agak baik, waktu menunggu cuma satu jam sahaja. 




#Namsan Tower
Destinasi seterusnya adalah Namsan tower. Tak jauh dari myeondong. 10 minit berjalan diatas kaki sendiri. Itu baru sampai dekat kaki bukit je tau, untuk naik ke puncak, kita boleh mendaki menggunakan tangga atau boleh juga naik cable car. Kami pilih cable car :D

Lift yang akan bawak kita ke station cable car
Pemandangan dari atas lift
Return ticket untuk cable car.
Harga return ticket untuk cable car ialah 17000 won untuk dua orang.

Pemandangan dari cable car


Kami pun terjebak tau! Macam 17 tahun sangat
Kami tak naik pun menara tu, cuma posing-posing dekat perkarangan Namsan tower ni je. Itu pun dah sangat cantik. Masa otw nak turun bawah, kami jumpa dengan sorang amoy Malaysia ni. Dia kata ini hari ketiga dia mendaki ke Namsan tower. Bosan kata nye sebab kakak dan family dia asyik nak shopping je hahaha.

Cable Car
Myeondong di malam hari
Berakhir la aktiviti hari pertama dekat seoul. Hari pun dah gelap dan perut pun dah lapar semula. Jadi marilah pulang ke hotel. Janji dengan receptionist nak datang semula lepas lunch, akhir nya sudah ke petang baru check in dan masuk bilik. 

#Dinner
Menu malam ni, nasi + kari daging. Hebat tak boleh makan kari daging dekat seoul. Masak sendiri pulak tu. Hahahaha
Aku beli nasi segera dekat 7E dekat sana, cuma panaskan dalam oven dan nasi tu dah jadi lembut. Untuk kari daging pulak aku beli jenama Brahim dekat Malaysia. Kenyang dan jimat ok!

Jemput makan

xoxo

Saturday, February 14, 2015

#Info -- geran kereta ku

Assalamualaikum
Kalau kita beli kereta dan berhutang dengan bank, geran kereta kita tu akan disimpan oleh pihak bank. Jadi aktiviti nak hidupkan roadtax atau insurance sangat leceh ok. Kita memerlukan geran yang original
Rupa rupanya 6 bulan selepas pembelian kita boleh memohon pihak bank untuk menyimpan sendiri geran asal. Tapi dengan syarat tiada masalah pembayaran. Tak perlu tunggu sehingga tempoh hutang tamat pon.
Pergi je bank, isi borang memohon dan settle.
Setelah 5 tahun, baru aku tahu. Itu pun sebab berkobar2 nak hidupkan roadtax dan insurance sendiri. Jimat sekitar 100 ++ tau. Banyak tu!
Daa!

Tuesday, December 23, 2014

Seoul with my soul Day 1 (Part 1)

Assalamualaikum

Bercuti memang kegemaran aku. Dulu masa belajo pantang nampak baju dengan 70% diskaun terus huru hara hidup. Sekarang ni bila dah kerja tak heran pulak dekat baju-baju. Kena pulak dah ada travel partner pantang nampak AirAsia promo terus buat site visit. Dang!

Jenis aku pulak, beli dulu bagitahu kemudian. Kira jenis kamikazee kalau Hafiz kata tak nak pergi memang tawakal je la tiket tu. Sebab kalau bagitahu kompem keluar ayat "TBA" "TBC" dan sebagainya sampai la promo pun habis. Hmm

Ni bukan ingkar cakap suami tau, sebab aku tahu dia pun kaki jalan jugak asalkan ada duit hahaha. Sebab tu bila Hafiz dah bagi green light suruh berhenti kerja aku masih lagi berfikir berjuta-juta kali sebab nanti aku dah tak ada sumber nak booking tiket underground lagi hahaha

Orang akan cakap banyak giler duit dalam setahun berkali-kali travel obersi. Aku beli tiket promo la. Seingat aku, dalam tahun 2014 aku beli tiket ke Hong Kong bulan February RM 750 returns (2 pax) + tiket ke Bali tetiba Malindo baik nak bagi aku celebrate anniversary kedua dekat sana. Aku dapat RM230 returns (2 pax) dan kali ini tiket ke Seoul aku dapat RM850 returns (2 pax). Total ketiga-tiga destinasi ni belum sampai dua ghibu lagi kan. Memang la kalau tak ada duit tak kira dua ribu ke dua ratus tapi dua puluh pun susah nak cari. Jawapan nya main la kutussss dan jangan pakai kereta mahal :p


Murah kan??


Kuala Lumpur (KUL)                     Seoul (ICN)
11 Nov 2014, 0100 (1:00 AM)          11 Nov 2014, 0820 (8:20 AM)

Seoul (ICN)                                      Kuala Lumpur (KUL)
16 Nov 2014, 1555 (3:55 PM)         16 Nov 2014, 2140 (9:40 PM)

Kami akan berada di Seoul selama 6 hari 5 malam. Flight ke Seoul mengambil masa 8 jam. Seoul tak perlu VISA. Nasib baik flight pergi pukul 1 pagi. Memamg tidur je la. Rupa-rupanya AirAsia X kalau nak pick a seat kena bayar RM29 untuk seat biasa. Dua orang dah RM58 itu baru sehala. Giler mahal! Dua hari sebelum berlepas, hafiz buat web check in, kami cuba-cuba nasib je auto select seat. Alhamdulillah, flight pergi kami dapat seat sorang depan sorang belakang dan paling best flight balik tu dapat duduk sebelah menyebelah for free. weeeee! Flight pergi ni kami redha je la kena duduk depan belakang tapi masa nak drop luggage dapat staff AA yang super baik --

Dia cakap seat ni asing-asing tau, hafiz jawab ye kami tahu. Lepas tu aku menyampuk boleh dapat sebelah menyebelah ke? Dia check dan Alhamdulillah memang dapat. Yang paling best satu row tu kami berdua je. Memang aku buat macam katil la lega kaki dapat berlunjurrrrr

Sepanjang perjalanan aku tidur je la, nasi lemak pak nasser pun tak lalu nak makan. Lagi sejam nak sampai aku dah bangun sepenuhnya. Alhamdulillah dapat tengok sunrise yang sangat-sangat cantik. Lepas tu panas semakin memancorrr dan silau.



Kami tiba dekat Incheon International lebih kurang pukul 9 pagi waktu seoul. Incheon airport sangat besor. Sama seperti dekat Hong Kong, kita kena naik train untuk terminal satu lagi. Dekat situ kita boleh claim baggage dan settle kan urusan imegresen. Alhamdulillah urusan imegresen tak ambil masa yang lama dan yeay dapat lagi satu cop.



Sampai je dekat arrival hall terus blurr sekejap tak tahu mana nak start hahaha. Kami pun ambil keputusan untuk lepak-lepak jap, lepas tu nampak 7eleven terus cari Banana Milk yang terkenal tu. Hahaha rupa-rupa nya selain banana ada flavor strawberry dan honeydew tau. Sedap dan boleh diterima akal hahaha



T-Money
Selepas selesai breakfast nasi lemak pak nasser dan banana milk -- combination kann breakfast kak jemah hahaha. Benda pertama yang kena cari adalah T-Money. T-Money ni macam touch and go. Kebanyakkan subway dekat Seoul menggunakan T-Money dan fare lebih murah berbanding beli tiket dekat kaunter. Kebetulan Hafiz dah ada T-Money officemate dia bagi. Nak beli untuk aku je.

Ini la T-Money. Kena reload


AREX
Destinasi pertama kami ialah check in guest house dan kami decided nak naik Incheon Airport Railroad Express (AREX). Hok ni train non stop terus ke Seoul station.
Sebenarnya banyak lagi pilihan lain seperti teksi, subway biasa yang berhenti dekat setiap station dan bas. Incheon Aiport ni agak jauh daripada bandar seoul, kalau naik bas dalam sejam jugak dan kalau tak silap tambang bas 10000 won . Kalau naik teksi memang pokai terus la. So, AREX pilihan terbaik untuk kami berdua.

Tiket AREX boleh dibeli dekat level bawah airport dan ada kaunter khas. AREX ada tiket khas dan tak boleh pakai T-Money ok. Tapi dekat kaunter AREX tu ada jual T-Money. Awek korea tu bagi aku special offer, nasib baik hok yang kerja dekat Airport boleh berbahasa inggeris dengan baik--

2 AREX ticket (Sehala) + 1 T-Money = 15800 won (RM 43)

Kalau diikutkan tiket AREX sehala untuk seorang adalah 8000 won. Aku pun tak tahu cammana awek korea tu kira dan aku anggap rezeki je la hehehe. Perjalanan daripada Incheon Airport ke Seoul station mengambil masa 45 minit. Laju, selesa dan pemandangan  pun cantik. Siap ada peramugari tau.

Ini AREX ticket. Tak sama dengan T-Money

Subway
Dekat Seoul station ada T-Money reload machine, kami reload 30000 won ( RM 92) setiap sorang. Dekat Seoul ada berbelas subway line, Tengok map pun boleh juling mata. Sila ambil subway map dekat Airport atau download daripada internet dan print atau download application dekat handphone. Kita kena tahu kemana kita nak tuju, dekat mana kita nak transit dan InsyaAllah sampai dengan jaya nya :D Aku tengok orang-orang sana pun dok refer map dalam handphone depa, mana nak ingat semua station.

Punya la banyak line. Kite yang ada dua pun susah nak ingat

Masa kami touch down suhu dekat Seoul mencecah 6 celcius. Masa ni penghujung Autumn dan permulaan winter. Salji pun tak turun lagi. Dalam airport tak terasa sejuk. Bila duduk dekat luar. Menggigil tau

Sebelum bertolak ke Seoul aku dah prepare outfit yang sesuai. Tak nak pisang berbuah dua kali. Sebab masa pergi Hong Kong dulu dok dengar cakap orang tak payah bawak baju tebal, sampai dekat sana dua-dua kecut. Apa yang aku prepare --

#Long john
Baju pertama selepas kulit. Tujuan nak menghalang kesejukan sampai ke kulit. Ada banyak jenis bergantung pada material dan tahap ketahanan long john tu. Aku beli dekat universal traveler hok yang boleh tahan sampai -5 je.  Itupun aku beli seluar je sebab aku fikir baju boleh pakai banyak lapis, kalau seluar pakai banyak layer mau jalan terkengkang kang.



#Winter coat
Hok ni aku beli dekat bundle je. Harga pun murah. Tak sampai rm50 sehelai. Boleh beli banyak dan pelbagai warna. Kalau beli hok baru, sehelai pun dah pitam nak membayo.

Winter coat ni aku beli RM35 sahajo :p
#Mafla dan sarung tangan
Ini sangat penting, tangan dengan muka memamg terasa kebas kalau tak pakai mafla dan sarung tangan. Aku beli dekat Daiso je. Baru RM5 setiap satu.



#Heatpad
Walaupun dah pakai sarung tangan, tapi tangan aku tetap kebas. Heatpad ni sangat membantu tau. Koyak plastik, masukkan dalam poket dan genggam. Lega

#Kasut yang sesuai
Kasut memainkan peranan penting. Kalau kaki dah start sakit, nak pergi mana pun tak ada mood. Aku pakai sport shoes masa dekat sana. Tapi kalau dah start winter kena pakai kasut yang kalis air, kalau tak mahu kembang kaki

Sepadan pulak kasut dengan luggage kami

Mari bersambung

xoxo

Monday, December 8, 2014

IUI pertama kami

Assalamualaikum

Entry ni super panjang--

Selepas setahun kahwin dan masih belum dikurniakan anak, kami tak tunggu lebih lama lagi dan mula berikhtiar. Supplement, urut, ustaz dan doktor hospital semua kami dah cuba. Pantang ada orang recommend --

"Kat sini bagus ada kawan aku try sebulan terus mengandung", kami terus pergi
"Ubat ni berkesan tau, kawan aku makan sebulan terus mengandung", kami pun makan

dot dot dot

Tapi anak tu rahsia Allah dan kalau Allah kata belum memang makan ubat berkodi, urut setiap hari pun belum tentu jadi. ye dop? Terima kasih diucapkan kepada yang sudi berkongsi dan membantu. Dan ada jugak yang suka tanya soalan rasmi. Masa mula-mula dulu memang sentap habis, sekarang ni dah lali. Sehingga hari ini kami belum putus asa dan masih berusaha. Aku masih buat follow up dengan doktor. Selepas laparoscopy dan tiga bulan suntikan lucrin --

Selepas rawatan susulan April [here]

Period aku datang macam biasa. Tapi aku tak pergi rawatan susulan sebab Hafiz tak ada dekat KL. Masih lagi di Terengganu dan kewangan pun tak mengizinkan.

Mei
Masuk je bulan May, period aku tetiba buat perangai. Period aku jenis datang every months dan jarang delay lama-lama. Dalam hati -- Mengandung kot. Dalam masa yang sama ada lagi satu perasaan kata belum. Itu nama nye sindrom perasan mengandung hahaha ini betul tau sebab aku pernah baca dekat blog doktor Adess.

Bila period dah delay, mula la fikir macam-macam benda.

Sehingga la aku pergi jumpa doktor dekat hospital pantai. Aku tak buat UPT sendiri sebab dah tahu jawapan mesti negatif. Nak jugak pergi hospital kan. Tapi bila pergi hospital doktor akan suruh buat ujian darah. Kalau tak silap nama ujian tu HCG beta. Doktor kata kalau keputusan -- tak mengandung, kena makan ubat turun darah untuk 10 hari. Nama ubat tu Duphaston.

Duphaston
Apa yang doktor bagitahu --
Kalau mengandung, Duphaston akan membantu menguatkan rahim dan kalau sebaliknya, Duphaston akan membantu menurunkan darah. Jadi jangan risau kalau mengandung atau tak, kita selamat makan ubat ni :)

Ubat ni selamat kata doktor

Consulation & Assessment : RM105
Procedure (Scan) : RM105
Medication : RM71.40

Period aku turun masa CD55 itu pun selepas 10 hari aku makan Duphaston.

Jun dan Julai
Dua bulan berikut, period aku sangat baik. Ngam-ngam 28 hari dah menjengah. Tak apa sayang, datang la semahunya. Bak kata hafiz, lebih baik datang setiap bulan daripada tak datang  tapi tak mengandung. Takut penyakit lain pulak yang timbul, Ye dop?
Mungkin dalam masa dua bulan ni Hafiz ada dekat KL dan Ramadhan, ada penurunan berat badan dan hati riang suami disisi sebab tu period aku baik? Hormon memainkan peranan yang penting tahu
--

Tapi Aidilfitri kali ini, Allah menduga aku dengan Bells Palsy [Here]. Penyakit datang, Allah sayang yer dop? Hikmah nya aku memang raya sakan sebab dapat MC sehingga 11 August. Wohoo

Ogos
Tergerak hati aku nak meneruskan rawatan dengan doktor. Aku bercadang nak proceed IUI.
Kalau ikut doktor memang dia suruh buat IVF terus tapi mengenangkan jurang IVF dan IUI tu bukan sikit-sikit anak, maka kami teruskan niat dengan IUI sahaja dahulu.

Dekat Hospital Pantai, cost yang diberitahu --
IUI (Tanpa ubat) - RM1300
IVF - Start with RM10999

Nampak tak jurang dia? Kawan aku buat IVF total cost hampir 20 ribu. Tapi berbaloi sebab sekarang ni dia dah mengandung kembar :D

IUI --


22 Ogos 2014

Aku sangat berdebar-debar tunggu period bulan tu. Aku takut jatuh pada hujung minggu atau masa Hafiz tak ada dekat rumah. Hafiz ada dekat KL minggu tu dan akan fly ke Labuan pula pada hari Isnin. Tapi sehingga hari khamis (20-08-14) aku belum period lagi, nak kena jumpa doktor masa CD2. Adess. Paling-paling pun aku kena jumpa doktor hari jumaat (22-08-14). Kalau tak nanti hafiz tak akan dengar apa yang doktor akan cakap. Tapi masa tu macam miracle, Khamis malam tu aku period. So boleh consider CD1 dan esoknya adalah CD2. Tapi dah malam la pulak. Macamana nak buat appointment dengan hospital ni, aku ambil keputusan untuk gamble je pergi hospital pagi Jumaat tu. Pukul 8 pagi aku dah terpacak dekat depan kaunter. Dalam hati aku berdebar kot-kot terlalu ramai atau nurse tak nak layan. Tapi Alhamudulillah nurse tu kata boleh jumpa doktor. Mungkin sebab aku memang patient doktor, so boleh ada excuse datang tanpa appointment.

Dalam bilik doktor--
Doktor tanya nak buat procedure apa? dan aku jawab kami nak cuba buat IUI dulu. Ok jom kita scan
dan seterusnya doktor dah start kira dekat kalender bila aku patut mula ambil ubat dan tarikh aku dijangka buat IUI. Semua tu cuma estimation dan kena bergantung kepada saiz telur ok.

Lepas tu doktor tanya lagi. Nak pakai ubat apa. Ubat tu adalah injection untuk merangsangkan telur untuk cepat gemuk haha. Doktor kata ada dua jenis, yang murah dan yang mahal. Kesan yang hampir sama tapi keburukkan nya --

Hok murah made in India tapi diperbuat daripada air kencing ibu mengandung dan hok yang mahal made in U.K tak pasti pulak buat daripada apa tapi bukan daripada ayaq kencing aihhh. Bila difikir-fikir nak buat anak kan takkan nak pakai ayaq kencing orang, so kami ambil keputusan guna ubat yang mahal. Anything for you babiessss

Ada dua cara nak beli ubat, pertama beli dekat farmasi dan yang kedua beli dengan kenalan doktor dimana harga nya sedikit murah. Opkos la kami ambil pilihan yang kedua, lebih murahkan. Doktor suruh aku start ambil injection pada hari Sabtu (23-08-2014). Lepas berbincang dengan kenalan doktor tu dan kami pun bersetuju untuk berjumpa pada malam sabtu. Akak tu suruh datang rumah dia dan offer nak tolong inject sekali untuk kali pertama ni. Ngerikkk

Hafiz akan fly ke Labuan Isnin minggu hadapan. Selepas ni apa-apa appointment dengan doktor dan injection kena buat sendiri. Sebab memang dah jangka dan aku yang nak buat IUI ni, so aku terima. Tiket flight ke Labuan memang sangat mahal kalau beli on the spot atau beli dua atau tiga hari sebelum. Since doktor dah bagitahu jangkaan tarikh IUI pada CD 13 (03-08-2014) dan Hafiz diperlukan masa IUI tu, kami pun booked tiket awal-awal. Kami beli tiket MAS sebab kalau ada apa-apa perubahan tarikh tiket tu boleh diubah.

Consulation & Assessment : RM105
Procedure (Scan) : RM105

23 Ogos 2014


Preskripsi --

Gonal f - 150 ul untuk 4 hari (Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa) : RM1140

Mahal awak ni
Doktor pesan untuk ambil injection pada waktu yang sama, pukul 9 malam kami dah terpacak dekat rumah akak tu. Injection tu dalam bentuk Pen. Satu pen ada 300 ul jadi aku dapat  2 pen. Nasib baik jarum nya halus je. Settle s a t u

24 Ogos 2014
Tepat pukul 9 malam ambil injection yang kedua. Masa ni hafiz yang tolong cucuk. Tahniah cayang dan kira hebat untuk orang yang takut jarum. Masa doktor kata nak kena cucuk setiap malam dia la orang yang paling takut dan ngeri. Padahal yang nak kena cucuk tu aku tapi dia pulak yang over ngeri hahaha. Settle d u a

25 Ogos 2014
Harini kena cucuk sendiri sebab hafiz dah kena pergi outstation ke Labuan. Tepat pukul 9 malam ambil injection yang kedua. Settle t i g a

26 Ogos 2014
Tepat pukul 9 malam ambil injection yang kedua.
Sepatutnya aku kena jumpa doktor pada hari Rabu (27-08-2014) tapi terpaksa traning hari Khamis sebab aku ada training. Settle e m p a t

28 Ogos 2014
Hari ni doktor buat TVS scan untuk tengok size telur dan Alhamdulillah ada yang dah besar. Kedua-dua belah ada 5 biji telur. Yang hadapan ada sebiji yang dh besar 13mm dan yang belakang ada empat biji saiz 8mm ke 9mm. Happy

Consulation & Assessment : RM105
Procedure (Scan) : RM105

Masa ni CD8, doktor nak tambah ubat dan nak mempercepatkan IUI pada 02-08-2014 tapi memandangkan tiket flight hafiz balik ke KL pada 2hb malam, doktor suruh proceed tarikh asal. Doktor tak nak tambah ubat lagi sebab takut nanti telur tu akan ovulate awal sebelum CD13. Jadi harapan sekarang telur tu akan membesar sendiri dengan jayanya. Doktor suruh datang semula pada 02-08-2014 untuk check semula saiz telur sebelum IUI.

02 September 2014
Macam biasa doktor buat TVS scan dan sangat-sangat terkejut sebab saiz telur cuma bertambah 1mm sahaja. Saiz yang paling cantik nak buat IUI adalah 18mm keatas. Sedihnya
Doktor suruh postpone tarikh IUI pada 08-09-2014 dan tambah ubat lagi. Doktor suruh tukar ubat lain. Ubat ni biasanya digunakan kalau nak buat IVF. Ubat ni ada cara nak ambil sebab kena tambah serbuk dengan cecair. Dah la ciput je. Kalau tertumpah ni memamg meroyan la kan dah la harga nya mahal

Consulation & Assessment : RM105
Procedure (Scan) : RM105

Preskripsi --
Pergoveris - 3 botl untuk 3 hari (Selasa, rabu dan khamis) : RM1050

Ada nampak macam doktor tak?
Satu botol serbuk dan satu botol lagi air

Sedut air dan masukkan kedalam serbuk. Mix well
Sedut ubat yang dah campur dan tukar jarum
Kena la tukar jarum, kalau pakai jarum yang hok gambar atas tu, mau berlubang-lubang perut aku. Ini la keje aku setiap malam. Sorang sorang pulak tu T_T

05 September 2014
Appointment seterusnya pada 5hb September. Macam biasa doktor buat TVS scan dengan harapan telur dah gemuk-gemuk. Dah bagi ubat mahal kot hahaha. Tapi malangnya semua telur tak membesar. Sebelum ni ada yang saiz 14mm pun dah hilang tak tahu kemana T_T. Semua telur bersaiz lebih kurang 11mm. Tapi apa yang mengejutkan, bilangan telur dah bertambah banyak. Sangat banyak. Doktor kata ada dua kemungkinan telur yang bersaiz 14 mm tu hilang. Pertama mungkin disebabkan, dia terpaksa share dengan telur-telur yang lain dan mengecut dan yang kedua mungkin telur tu dah ovulate.

Consulation & Assessment : RM105
Procedure (Scan) : RM105

08 September 2014
Doktor tak berani nak tambah ubat lagi takut telur menjadi semakin banyak dan kalau semua jadi gemuk boleh rosak ovari aku. Aku datang semula 8hb September dan macam biasa kami buat TVS scan dan result masih sama. Untuk mengesahkan doktor suruh ambil darah untuk check paras LH. Doktor masih belum berputus asa. so do i.
Doktor suruh aku ambil semula gonal-f dan appointment seterusnya 11hb September 2014.

Consulation & Assessment : RM105
Procedure (Scan) : RM105
Laboratory (Blood test) : RM105

Preskripsi --
Gonal f - 75 ul untuk 4 hari (Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa) : RM570

11 September 2014
Seperti biasa doktor buat TVS scan. Tapi malangnya pada CD22 telur masih bersaiz sama doktor suruh give up. IUI tak dapat diteruskan. Luhur hati ku hanya Allah sahaja yang tahu. Puas aku pujuk depa suruh membesar dan naik muak aku telan telur separuh masak setiap pagi. Tapi apa kan daya. Takdir Allah.

Kata doktor, PCOS macam aku sangat susah nak jangka. Bagi ubat berterusan, telur akan jadi banyak, stop ubat, telur pun akan stop pembesaran T_T Doktor kata kalau telur terlalu banyak yang besar, dia tak boleh teruskan IUI sebab berdasarkan pengalaman beliau, dia pernah buat IUI pada sorang patient yang telur membesar dengan jaya nya. Enam telur berjaya disenyawakan. Risiko mengandung kembar lebih tinggi. Dua telur tak berjaya survive tinggal empat, patient tu mintak doktor keluarkan lagi satu sebab mereka rasa empat terlalu banyak. Akhirnya kesemua terkena infection dan tak berjaya survive. Wah best nya kalau dapat kembar enam. Mesti meriah terus rumah aku, boleh cover balik waktu-waktu lapang kami sebelum ni dan daddy mesti tukar MPV terus. Berangan je ko jah

Ovari kita hanya sebesar penumbuk sahaja. Kalau telur terlalu banyak membesar dan boleh membahayakan nyawa. Tapi kalau IVF, memang doktor nak telur yang banyak dan gemuk. Lagi banyak telur lagi tinggi peluang. Dan apabila cukup masa, telur akan disedut keluar jadi memang tak ada masalah kalau telur banyak dan besar. Doktor kata kalau nak buat lagi, dia kena bagi ubat yang berterusan dan kami kena bersedia kalau telur semakin banyak procedure IUI boleh tukar kepada IVF

IUI dengan IVF jurang nya sangat besar, boleh bergadai kalau nak buat IVF tu. IUI boleh jugak la kami suami isteri korek sana sini kan. Doktor kata kalau nak buat IUI lagi selepas ini, dia nak cuba cara tradisional dengan clomid dulu, lepas tu baru suntikan. Tapi buat masa ni aku rasa sangat hambar. Doktor suruh ambil ubat untuk turunkan period

Preskripsi --
Duphaston untuk 10 hari

Consulation & Assessment : RM105
Procedure (Scan) : RM105
Medication : RM102

Kesian dekat Hafiz, kesian dekat badan aku sebab kena suntik macam-macam ubat. Balik daripada hospital dengan air mata itu pasti. Hafiz tanya aku nak pergi mana dan aku jawab Paya Jaras. Hahaha Dalam banyak-banyak tempat kenapa kesitu kan. Sebab aku nak pergi hiburkan hati dengan bershopping winter coat. Walaupun hanya bundle dan bukan universal traveler atau Uniqlo. Tapi aku happy je.

Sebenarnya aku dah ada backup plan atau sebenarnya aku dah ada feeling yang IUI ni tak menjadi? Ontahlah. Kebetulan Airasia ada promotion dan tiket ke Seoul super murah! Aku cakap, kalau IUI ni menjadi aku redha je la tiket tu tp kalau IUI tak menjadi at least aku ada benda yang happy nak buat.

Buat masa ni aku nak rilex dulu. Duit pun dah susut dan belum ada rezeki kami.

Ada kawan seperjuangan eceh macam nak pergi perang pulak masa itu tengah proceed buat IVF. Dan Alhamdulillah berjaya dapat kembar tau. Best nya

Faktor gagal
1. Belum rezeki
2. Belum rezeki
3. Belum rezeki

Pergi jumpa doktor terbaik dan guna ubat yang terbaik tapi kalau Allah kata belum, siapa kita untuk menidakkan.

Kami kena redha bahawa IUI pertama kami gagal T_____________________T

Cuma aku dapat rasa suami dan emosi memainkan watak penting. Aku ingat aku boleh handle sorang diri dan suruh Hafiz balik bila tiba waktu dia diperlukan. Totally wrong T_T
Mesti ada sokongan suami, sama-sama ke hospital, cucuk sama-sama, kalau down dengan result --suami ada untuk lepaskan kesedihan. Bukan bermaksud Hafiz tak ambil tahu, dia bertanya setiap waktu tapi whatsapp dan ada depan mata mana sama kan. Bila sedih emosi down, tak baik untuk pembesaran telur dan DIET itu sangat penting. Hmmm

Ini kisah bulan September dan baru nak update. Samaada ada orang baca atau tidak, aku sendiri akan buat rujukan dimasa akan datang. Dan tujuan aku buat blog ni pun bukan nak menunjuk atau nak mengadu domba, tetapi sebagai tempat rujukan dimasa akan datang dan sesiapa yang terjumpa blog aku ni diharap dapatlah berkongsi serba sedikit pengalaman aku yang tak seberapa ni.

Semoga ada rezeki suatu hari nanti--
InsyaAllah