Monday, December 8, 2014

IUI pertama kami

Assalamualaikum

Entry ni super panjang--

Selepas setahun kahwin dan masih belum dikurniakan anak, kami tak tunggu lebih lama lagi dan mula berikhtiar. Supplement, urut, ustaz dan doktor hospital semua kami dah cuba. Pantang ada orang recommend --

"Kat sini bagus ada kawan aku try sebulan terus mengandung", kami terus pergi
"Ubat ni berkesan tau, kawan aku makan sebulan terus mengandung", kami pun makan

dot dot dot

Tapi anak tu rahsia Allah dan kalau Allah kata belum memang makan ubat berkodi, urut setiap hari pun belum tentu jadi. ye dop? Terima kasih diucapkan kepada yang sudi berkongsi dan membantu. Dan ada jugak yang suka tanya soalan rasmi. Masa mula-mula dulu memang sentap habis, sekarang ni dah lali. Sehingga hari ini kami belum putus asa dan masih berusaha. Aku masih buat follow up dengan doktor. Selepas laparoscopy dan tiga bulan suntikan lucrin --

Selepas rawatan susulan April [here]

Period aku datang macam biasa. Tapi aku tak pergi rawatan susulan sebab Hafiz tak ada dekat KL. Masih lagi di Terengganu dan kewangan pun tak mengizinkan.

Mei
Masuk je bulan May, period aku tetiba buat perangai. Period aku jenis datang every months dan jarang delay lama-lama. Dalam hati -- Mengandung kot. Dalam masa yang sama ada lagi satu perasaan kata belum. Itu nama nye sindrom perasan mengandung hahaha ini betul tau sebab aku pernah baca dekat blog doktor Adess.

Bila period dah delay, mula la fikir macam-macam benda.

Sehingga la aku pergi jumpa doktor dekat hospital pantai. Aku tak buat UPT sendiri sebab dah tahu jawapan mesti negatif. Nak jugak pergi hospital kan. Tapi bila pergi hospital doktor akan suruh buat ujian darah. Kalau tak silap nama ujian tu HCG beta. Doktor kata kalau keputusan -- tak mengandung, kena makan ubat turun darah untuk 10 hari. Nama ubat tu Duphaston.

Duphaston
Apa yang doktor bagitahu --
Kalau mengandung, Duphaston akan membantu menguatkan rahim dan kalau sebaliknya, Duphaston akan membantu menurunkan darah. Jadi jangan risau kalau mengandung atau tak, kita selamat makan ubat ni :)

Ubat ni selamat kata doktor

Consulation & Assessment : RM105
Procedure (Scan) : RM105
Medication : RM71.40

Period aku turun masa CD55 itu pun selepas 10 hari aku makan Duphaston.

Jun dan Julai
Dua bulan berikut, period aku sangat baik. Ngam-ngam 28 hari dah menjengah. Tak apa sayang, datang la semahunya. Bak kata hafiz, lebih baik datang setiap bulan daripada tak datang  tapi tak mengandung. Takut penyakit lain pulak yang timbul, Ye dop?
Mungkin dalam masa dua bulan ni Hafiz ada dekat KL dan Ramadhan, ada penurunan berat badan dan hati riang suami disisi sebab tu period aku baik? Hormon memainkan peranan yang penting tahu
--

Tapi Aidilfitri kali ini, Allah menduga aku dengan Bells Palsy [Here]. Penyakit datang, Allah sayang yer dop? Hikmah nya aku memang raya sakan sebab dapat MC sehingga 11 August. Wohoo

Ogos
Tergerak hati aku nak meneruskan rawatan dengan doktor. Aku bercadang nak proceed IUI.
Kalau ikut doktor memang dia suruh buat IVF terus tapi mengenangkan jurang IVF dan IUI tu bukan sikit-sikit anak, maka kami teruskan niat dengan IUI sahaja dahulu.

Dekat Hospital Pantai, cost yang diberitahu --
IUI (Tanpa ubat) - RM1300
IVF - Start with RM10999

Nampak tak jurang dia? Kawan aku buat IVF total cost hampir 20 ribu. Tapi berbaloi sebab sekarang ni dia dah mengandung kembar :D

IUI --


22 Ogos 2014

Aku sangat berdebar-debar tunggu period bulan tu. Aku takut jatuh pada hujung minggu atau masa Hafiz tak ada dekat rumah. Hafiz ada dekat KL minggu tu dan akan fly ke Labuan pula pada hari Isnin. Tapi sehingga hari khamis (20-08-14) aku belum period lagi, nak kena jumpa doktor masa CD2. Adess. Paling-paling pun aku kena jumpa doktor hari jumaat (22-08-14). Kalau tak nanti hafiz tak akan dengar apa yang doktor akan cakap. Tapi masa tu macam miracle, Khamis malam tu aku period. So boleh consider CD1 dan esoknya adalah CD2. Tapi dah malam la pulak. Macamana nak buat appointment dengan hospital ni, aku ambil keputusan untuk gamble je pergi hospital pagi Jumaat tu. Pukul 8 pagi aku dah terpacak dekat depan kaunter. Dalam hati aku berdebar kot-kot terlalu ramai atau nurse tak nak layan. Tapi Alhamudulillah nurse tu kata boleh jumpa doktor. Mungkin sebab aku memang patient doktor, so boleh ada excuse datang tanpa appointment.

Dalam bilik doktor--
Doktor tanya nak buat procedure apa? dan aku jawab kami nak cuba buat IUI dulu. Ok jom kita scan
dan seterusnya doktor dah start kira dekat kalender bila aku patut mula ambil ubat dan tarikh aku dijangka buat IUI. Semua tu cuma estimation dan kena bergantung kepada saiz telur ok.

Lepas tu doktor tanya lagi. Nak pakai ubat apa. Ubat tu adalah injection untuk merangsangkan telur untuk cepat gemuk haha. Doktor kata ada dua jenis, yang murah dan yang mahal. Kesan yang hampir sama tapi keburukkan nya --

Hok murah made in India tapi diperbuat daripada air kencing ibu mengandung dan hok yang mahal made in U.K tak pasti pulak buat daripada apa tapi bukan daripada ayaq kencing aihhh. Bila difikir-fikir nak buat anak kan takkan nak pakai ayaq kencing orang, so kami ambil keputusan guna ubat yang mahal. Anything for you babiessss

Ada dua cara nak beli ubat, pertama beli dekat farmasi dan yang kedua beli dengan kenalan doktor dimana harga nya sedikit murah. Opkos la kami ambil pilihan yang kedua, lebih murahkan. Doktor suruh aku start ambil injection pada hari Sabtu (23-08-2014). Lepas berbincang dengan kenalan doktor tu dan kami pun bersetuju untuk berjumpa pada malam sabtu. Akak tu suruh datang rumah dia dan offer nak tolong inject sekali untuk kali pertama ni. Ngerikkk

Hafiz akan fly ke Labuan Isnin minggu hadapan. Selepas ni apa-apa appointment dengan doktor dan injection kena buat sendiri. Sebab memang dah jangka dan aku yang nak buat IUI ni, so aku terima. Tiket flight ke Labuan memang sangat mahal kalau beli on the spot atau beli dua atau tiga hari sebelum. Since doktor dah bagitahu jangkaan tarikh IUI pada CD 13 (03-08-2014) dan Hafiz diperlukan masa IUI tu, kami pun booked tiket awal-awal. Kami beli tiket MAS sebab kalau ada apa-apa perubahan tarikh tiket tu boleh diubah.

Consulation & Assessment : RM105
Procedure (Scan) : RM105

23 Ogos 2014


Preskripsi --

Gonal f - 150 ul untuk 4 hari (Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa) : RM1140

Mahal awak ni
Doktor pesan untuk ambil injection pada waktu yang sama, pukul 9 malam kami dah terpacak dekat rumah akak tu. Injection tu dalam bentuk Pen. Satu pen ada 300 ul jadi aku dapat  2 pen. Nasib baik jarum nya halus je. Settle s a t u

24 Ogos 2014
Tepat pukul 9 malam ambil injection yang kedua. Masa ni hafiz yang tolong cucuk. Tahniah cayang dan kira hebat untuk orang yang takut jarum. Masa doktor kata nak kena cucuk setiap malam dia la orang yang paling takut dan ngeri. Padahal yang nak kena cucuk tu aku tapi dia pulak yang over ngeri hahaha. Settle d u a

25 Ogos 2014
Harini kena cucuk sendiri sebab hafiz dah kena pergi outstation ke Labuan. Tepat pukul 9 malam ambil injection yang kedua. Settle t i g a

26 Ogos 2014
Tepat pukul 9 malam ambil injection yang kedua.
Sepatutnya aku kena jumpa doktor pada hari Rabu (27-08-2014) tapi terpaksa traning hari Khamis sebab aku ada training. Settle e m p a t

28 Ogos 2014
Hari ni doktor buat TVS scan untuk tengok size telur dan Alhamdulillah ada yang dah besar. Kedua-dua belah ada 5 biji telur. Yang hadapan ada sebiji yang dh besar 13mm dan yang belakang ada empat biji saiz 8mm ke 9mm. Happy

Consulation & Assessment : RM105
Procedure (Scan) : RM105

Masa ni CD8, doktor nak tambah ubat dan nak mempercepatkan IUI pada 02-08-2014 tapi memandangkan tiket flight hafiz balik ke KL pada 2hb malam, doktor suruh proceed tarikh asal. Doktor tak nak tambah ubat lagi sebab takut nanti telur tu akan ovulate awal sebelum CD13. Jadi harapan sekarang telur tu akan membesar sendiri dengan jayanya. Doktor suruh datang semula pada 02-08-2014 untuk check semula saiz telur sebelum IUI.

02 September 2014
Macam biasa doktor buat TVS scan dan sangat-sangat terkejut sebab saiz telur cuma bertambah 1mm sahaja. Saiz yang paling cantik nak buat IUI adalah 18mm keatas. Sedihnya
Doktor suruh postpone tarikh IUI pada 08-09-2014 dan tambah ubat lagi. Doktor suruh tukar ubat lain. Ubat ni biasanya digunakan kalau nak buat IVF. Ubat ni ada cara nak ambil sebab kena tambah serbuk dengan cecair. Dah la ciput je. Kalau tertumpah ni memamg meroyan la kan dah la harga nya mahal

Consulation & Assessment : RM105
Procedure (Scan) : RM105

Preskripsi --
Pergoveris - 3 botl untuk 3 hari (Selasa, rabu dan khamis) : RM1050

Ada nampak macam doktor tak?
Satu botol serbuk dan satu botol lagi air

Sedut air dan masukkan kedalam serbuk. Mix well
Sedut ubat yang dah campur dan tukar jarum
Kena la tukar jarum, kalau pakai jarum yang hok gambar atas tu, mau berlubang-lubang perut aku. Ini la keje aku setiap malam. Sorang sorang pulak tu T_T

05 September 2014
Appointment seterusnya pada 5hb September. Macam biasa doktor buat TVS scan dengan harapan telur dah gemuk-gemuk. Dah bagi ubat mahal kot hahaha. Tapi malangnya semua telur tak membesar. Sebelum ni ada yang saiz 14mm pun dah hilang tak tahu kemana T_T. Semua telur bersaiz lebih kurang 11mm. Tapi apa yang mengejutkan, bilangan telur dah bertambah banyak. Sangat banyak. Doktor kata ada dua kemungkinan telur yang bersaiz 14 mm tu hilang. Pertama mungkin disebabkan, dia terpaksa share dengan telur-telur yang lain dan mengecut dan yang kedua mungkin telur tu dah ovulate.

Consulation & Assessment : RM105
Procedure (Scan) : RM105

08 September 2014
Doktor tak berani nak tambah ubat lagi takut telur menjadi semakin banyak dan kalau semua jadi gemuk boleh rosak ovari aku. Aku datang semula 8hb September dan macam biasa kami buat TVS scan dan result masih sama. Untuk mengesahkan doktor suruh ambil darah untuk check paras LH. Doktor masih belum berputus asa. so do i.
Doktor suruh aku ambil semula gonal-f dan appointment seterusnya 11hb September 2014.

Consulation & Assessment : RM105
Procedure (Scan) : RM105
Laboratory (Blood test) : RM105

Preskripsi --
Gonal f - 75 ul untuk 4 hari (Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa) : RM570

11 September 2014
Seperti biasa doktor buat TVS scan. Tapi malangnya pada CD22 telur masih bersaiz sama doktor suruh give up. IUI tak dapat diteruskan. Luhur hati ku hanya Allah sahaja yang tahu. Puas aku pujuk depa suruh membesar dan naik muak aku telan telur separuh masak setiap pagi. Tapi apa kan daya. Takdir Allah.

Kata doktor, PCOS macam aku sangat susah nak jangka. Bagi ubat berterusan, telur akan jadi banyak, stop ubat, telur pun akan stop pembesaran T_T Doktor kata kalau telur terlalu banyak yang besar, dia tak boleh teruskan IUI sebab berdasarkan pengalaman beliau, dia pernah buat IUI pada sorang patient yang telur membesar dengan jaya nya. Enam telur berjaya disenyawakan. Risiko mengandung kembar lebih tinggi. Dua telur tak berjaya survive tinggal empat, patient tu mintak doktor keluarkan lagi satu sebab mereka rasa empat terlalu banyak. Akhirnya kesemua terkena infection dan tak berjaya survive. Wah best nya kalau dapat kembar enam. Mesti meriah terus rumah aku, boleh cover balik waktu-waktu lapang kami sebelum ni dan daddy mesti tukar MPV terus. Berangan je ko jah

Ovari kita hanya sebesar penumbuk sahaja. Kalau telur terlalu banyak membesar dan boleh membahayakan nyawa. Tapi kalau IVF, memang doktor nak telur yang banyak dan gemuk. Lagi banyak telur lagi tinggi peluang. Dan apabila cukup masa, telur akan disedut keluar jadi memang tak ada masalah kalau telur banyak dan besar. Doktor kata kalau nak buat lagi, dia kena bagi ubat yang berterusan dan kami kena bersedia kalau telur semakin banyak procedure IUI boleh tukar kepada IVF

IUI dengan IVF jurang nya sangat besar, boleh bergadai kalau nak buat IVF tu. IUI boleh jugak la kami suami isteri korek sana sini kan. Doktor kata kalau nak buat IUI lagi selepas ini, dia nak cuba cara tradisional dengan clomid dulu, lepas tu baru suntikan. Tapi buat masa ni aku rasa sangat hambar. Doktor suruh ambil ubat untuk turunkan period

Preskripsi --
Duphaston untuk 10 hari

Consulation & Assessment : RM105
Procedure (Scan) : RM105
Medication : RM102

Kesian dekat Hafiz, kesian dekat badan aku sebab kena suntik macam-macam ubat. Balik daripada hospital dengan air mata itu pasti. Hafiz tanya aku nak pergi mana dan aku jawab Paya Jaras. Hahaha Dalam banyak-banyak tempat kenapa kesitu kan. Sebab aku nak pergi hiburkan hati dengan bershopping winter coat. Walaupun hanya bundle dan bukan universal traveler atau Uniqlo. Tapi aku happy je.

Sebenarnya aku dah ada backup plan atau sebenarnya aku dah ada feeling yang IUI ni tak menjadi? Ontahlah. Kebetulan Airasia ada promotion dan tiket ke Seoul super murah! Aku cakap, kalau IUI ni menjadi aku redha je la tiket tu tp kalau IUI tak menjadi at least aku ada benda yang happy nak buat.

Buat masa ni aku nak rilex dulu. Duit pun dah susut dan belum ada rezeki kami.

Ada kawan seperjuangan eceh macam nak pergi perang pulak masa itu tengah proceed buat IVF. Dan Alhamdulillah berjaya dapat kembar tau. Best nya

Faktor gagal
1. Belum rezeki
2. Belum rezeki
3. Belum rezeki

Pergi jumpa doktor terbaik dan guna ubat yang terbaik tapi kalau Allah kata belum, siapa kita untuk menidakkan.

Kami kena redha bahawa IUI pertama kami gagal T_____________________T

Cuma aku dapat rasa suami dan emosi memainkan watak penting. Aku ingat aku boleh handle sorang diri dan suruh Hafiz balik bila tiba waktu dia diperlukan. Totally wrong T_T
Mesti ada sokongan suami, sama-sama ke hospital, cucuk sama-sama, kalau down dengan result --suami ada untuk lepaskan kesedihan. Bukan bermaksud Hafiz tak ambil tahu, dia bertanya setiap waktu tapi whatsapp dan ada depan mata mana sama kan. Bila sedih emosi down, tak baik untuk pembesaran telur dan DIET itu sangat penting. Hmmm

Ini kisah bulan September dan baru nak update. Samaada ada orang baca atau tidak, aku sendiri akan buat rujukan dimasa akan datang. Dan tujuan aku buat blog ni pun bukan nak menunjuk atau nak mengadu domba, tetapi sebagai tempat rujukan dimasa akan datang dan sesiapa yang terjumpa blog aku ni diharap dapatlah berkongsi serba sedikit pengalaman aku yang tak seberapa ni.

Semoga ada rezeki suatu hari nanti--
InsyaAllah

48 comments:

  1. mahalnya... klu buat kat hospital kerajaan, dgn segala ubat tu kena caj RM25 je utk IUI.. dan x perlu cucuk sendri sbb nurse leh tlg cucuk bila2 masa.. huhu

    ReplyDelete
  2. hehe..mmg agak mahal. sy tak pernah pergi hospital kerajaan lagi. Awak dh berjaya?

    ReplyDelete
  3. saya baca sampai habis.. sob..sob..sedihnya.. :-(
    sabar ye.. InsyaAllah ada rezeki nanti. sy dalam tempoh lucrin..baru je 2 bulan ambil. moga kita sama-sama dpt hamil lepas ni. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tul tu, sy mnitis air mata bc td especially yg hjg2 tu. Mmg betul suami kena sentiasa dsisi utk bg kt smbgt n x rs keseorangn. Wpun ambik berat sll btanya x sama kan klu xde dpn mata.
      Btw sy br ja nk try iyi ni. Ni mlm kedua suntik ubat tu pun hubby buatkn sbb sy xle tgk jarum seriau hihihi.

      Delete
  4. salam, sedih & tersentuh hati saya baca kisah sis. sebab saya faham dan melalui bende yang sama juga. badan pun rasa lunyai asyik disuntik dgn ubat-ubat hormon. 2 hari lepas saya baru menjalani iui di lppkn dan kene tunggu 14 hari sebelum tahu keputusan. mudah2an Allah swt mengurniakan rezeki zuriat kpd kita semua. inshalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat buat iui. Harap harap nya result positif :)

      Delete
    2. Assalam izzag, mcmne dgn iui? Saya baru buat pada 30hb nov haritu...skg tgh bed rest...

      Delete
    3. Assalam izzag, mcmne dgn iui? Saya baru buat pada 30hb nov haritu...skg tgh bed rest...

      Delete
  5. Salam.....saya pun wt rawatan di lppkn...bru diperingkat permulaan..smoga kita sama2 dberikan ketabahan...dan berkat ketabahan 2 harapnya kita dapat dikurniakan zuriat...berasa terinspirasi dari kisah yang awak kongsikan...sekurang2nya taklah dri rasa kesorangan dlm mghadapi ujian ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu awak x kesorangan. ramai lagi yg masih menanti macam kite. InsyaALLAH :)

      Delete
    2. Dah cuba biodex..akak dulu mak a n biodex ..amik set untuk hamil..awak n suami..alhamdulillah tak sempat habis 1 set dah lekat..cubalah dik.

      Delete
    3. belum pernah cuba lg. insyaAllah boleh try nanti

      Delete
  6. Salam.....saya pun wt rawatan di lppkn...bru diperingkat permulaan..smoga kita sama2 dberikan ketabahan...dan berkat ketabahan 2 harapnya kita dapat dikurniakan zuriat...berasa terinspirasi dari kisah yang awak kongsikan...sekurang2nya taklah dri rasa kesorangan dlm mghadapi ujian ni..

    ReplyDelete
  7. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Berjaya Hamil

    ReplyDelete
  8. Bersungguh2 ttc semua...kita mampu merancang Allah yg menentukan..kdg2 org kata buat prosedur umpama play god....tp ini sebahagian usaha...
    Pada ttc semua bila buat prosesur tanamkan keyakinan bahawa..sesungguhnya Allah yg maha menghidup n mematikan makhluknya...sesungguhnya roh dan nyawa adalah ketentuan Allah rahsia nya yg x dpt di bongkar(ingtan utk diri sendiri...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tipu lah kalau sy kata sy tak pernah give up. pasrah dan rasa sy mungkin memang tak ada rezeki anak. Tapi apa2 pun semua tu kuasa Allah, kalau bukan sekarang, nanti. kalau bukan anak mungkin rezeki lain. yang penting usaha. InsyaAllah sama-sama kita doakan

      Delete
  9. Dec ni genap 3thun aniversary. Thun lepas IUi kt Klinik Suria, briban juga la habis
    . Cool down kjap ni tgh nk bjinak2 pula tgh survey Dr2 lain kot2 aura thn brbeza.
    Thun ni akk msuk 36thun dh, suami berprinsip nak dpt cara original tp ikhtiar hendak x hendak je . Akk happy dgr korang sama2 berusaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat ulang tahun in advance. hehehe
      Memang jumpa doctor duit macam air keluar nye
      lps tu macam-macam ubat kite sumbat. sian badan kite kan

      Delete
  10. hi Semua..sy baru buat iui...klo ikot calender period..lg 4 ari bleh cek samaade i m pregnant or not...uhuhuu 1st iui..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Terharu baca story puan. Semoga puan tabah dan terus berusaha. Why not puan ke klinik rawatan infertility di hospital kerajaan. Kos nya lebih murah dan juga berbaloi. Sy seorg embryologist di slh sebuah gynae clinic dan ramai patients kami yg pregnant slps menjalani rawatan IUI. Selain tu, if suami x ada masalah dgn sperm counting and motility boleh ikhtiarkAn consume jus delima (suami isteri)... Ada ramai juga patient with PCOS berjaya pregnant buat iui and consume jus delima spnjang mndptkan rawatan. If suami ada prob with sperm analysis, boleh juga try ambil speman (brand Himalaya) untuk increase sperm quantity and quality. Just for sharing, kebetulan sy blog walking and read yr inspiring story. :-) All the best, and don't stop TTC. Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. terima kasih atas nasihat. sy nak start rawatan dekat hospital kerajaan nanti.

      Delete
  12. Sedihnya....sya bca sampai abis sis...sbr...sya pun ada masalh PCOS...Alhamdulillah..kli ke 3 buat iui bru mnjadi...ank dh 6 thn skrg...apa2 pun yg ontibg usaha dan tawakal...in sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila first time tak menjadi saya dah rasa down sgt. tapi bila baca kisah2 org buat iui n ivf berkali baru berjaya baru la rasa bersemangat

      Delete
  13. Hai...saya buat rawatan di LPPKN dan baru buat IUI pd 16 nov hari tu....tak sabar nak buat UPT......moga kita semua bersabar dan berjaya hendaknya......ALLAH rancang sesuatu yg lebih baik untuk kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. saya pun nak mula rawatan semula. semoga berjaya.

      Delete
  14. Sy tgh dlm proses ivf di hkl.. kos ivf hkl rm3400 termasuk kos buat frozen embrio.. klau xde telur lebihan.. kos ivf hnya rm2900.. jauh berbeza dgn hrga di swasta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murahnya kat hkl. Klu tmpt lain x dpt hrg tu

      Delete
    2. Murahnya kat hkl. Klu tmpt lain x dpt hrg tu

      Delete
    3. betul dekat swasta ubat sahaja lagi mahal dri cost ivf dekat hkl tu

      Delete
    4. mcm mana nak buat proses2 kat hosp kerajaan ek? apa step permulaannya? Dapatkan surat rujukan dari klinik swasta ke?

      Delete
  15. Boleh tanya kos ubat dari awal hgga akhir awak hbis brapa....

    ReplyDelete
  16. Hye.. Kadang tu bile bace blog2 gini terasa cm kuat sket nk face semua ni.. Ade ramai yg senasib ngan kita.. Masuk tahun ni 3 tahun dh kitorg hidup bedua xde baby.. So we decided tuk proceed iui kat lppkn.. Td baru decide nk buat then dia dh bg clomid n injection.. Jumaat nk ni nk scan TVS tuk tgk telor.. Takot nye kalo telor malu2 nk matang.. Uwaa.. Cukup sedih dh rase.. Mudahan semua ok.. Kita same2 doakan kita each other kan.. Btw lppkn xsemahal cost nye cm
    U pergi private.. Even lambat tp sgt sistematik.. Dia punye flow tu cntik je.. Sabar je la.. I stat follow up lppkn ujung bulan 12 now baru smpi mase tuk proceed iui.. It will cost u less than 1k.. +-.. I doakan kita semua satu ari nanti dpt timang baby sendri.. Allah uji kita sbb dia tau kita hebat.. (Ayat pujuk diri) positive x? Hahhaa.. Deep inside.. Kita2 je tau kan.. Hehehe.. We r strong enuf kan.. Hahha.. Strong laa sgt.. Tp support husband tu mmg main peranan.. Kita ni down harap dia paham.. Tapi kita xtau plak kot dia pun down tapi x tnjuk lagi takot kan.. Kita nangehh pun dh rase lega sket.. Diorg xkn nk nanges ye dakk?? Hehee.. Anyway thanx sharing pengalaman u..

    ReplyDelete
  17. Hi,

    Saya pun dalam prose IUI 2nd cycle di LPPKN. kos dia ok la. masa 1st IUI saya habis dalam 1500. 2nd ni almost 2000 sbb telur degil sikit. huhu. yang first IUI saya berjaya conceive Alhamdulillah tapi rezeki x panjang. 2 bulan lepas tu gugur.
    2nd cycle ni, kalau telur cantik, minggu depan saya dapat IUI. saya doakan awak pun teruskan usaha, jangan putus asa dan semoga berjaya.
    memang sedih masa baru tahu ygkandungan saya x menjadi. ye lah..kita teringin sgt. dah dpt, tau2 baby x menjadi. dia x membesar. first time nk buka buku kat hospital dpt jawapan mcm tu dr doktor terus mencurah2 air mata saya. 4 minggu saya cuba positifkan diri and bg harapan yg baby masih ok, dia lambat membesar tp akhirnya dia keluar jugak. sempat juga la saya ke boracay, philipine masa mengandung. hehe~

    ReplyDelete
  18. Salam Puan,saya sekarang pun Baru selesai Buat iui 18/3/16 Baru ni Dan kos semua rm1500 di hospital swasta Penang, lam wah ee.. Hasil perkahwinan saya memcecah 3 tahun lebih Baru berpeluang Buat iui. Saya berharap sangat rezeki berpihak pada saya Kali ni..amin

    ReplyDelete
  19. salam, jgn putus asa try your best. I pun mengalami macam 2 umur dah dekat 38 I try try iui & IVF. 2 years more to try before 40 siap gi tilik nasib I lagi (katanya tiada zuriat) I tidak percaya I nak berjuang juga saya akan berdoa hopefully Allah mabulkan doaku insyah allah amin. ada rezekinya.............

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum.. Jgn putus asa sis(wlupon sbenarnya sedih gila).sy pun masih berusaha n akan terus busaha..wlupon dh msk 7tahun n byk kali gagal.huhu..inshaallah, bykkan bdoa..mudah2an Allah kurniakan nikmat merasai ada zuriat buat kita.aminnn

    ReplyDelete
  21. Jgn pts asa puan.. Selagi ada rahim dan ovari insyaAllah ada peluang untuk mendapatkn zuriat. Jgn pts2 berdoa pada Allah. Ujian stiap pasang berbeza beza.
    Kami juga senasib dengan puan. Anak pertama hamil luar rahim, tepaksa potong satu tiub. Kemudian belum ada rezeki hampir 2thn. Tiub sebelAh lagi ada problem, ovari xleh hasilkan telur yg sihat.. Beberapa kali iui tapi belum rezeki. Alhamdulillah berkat doa semua kami berjaya akhirnya. Sekarang baru 6w doakan juga kandungan kami kuat dan sihat, kos keseluruhan <10k di lppkn. Mahal tapi berbaloi.. Doa kami semoga puan juga di kurniakan rezeki cahaya mata.

    ReplyDelete
  22. assalam...sy pon PCOS juga..then pernah ada twisted ovarian cyst..dh operated..buang tiup falopio sebelah kiri pada april 2012 di hospital kerajaan..then doktor suggest iui.. first baby IUI..then second normal pregnant..buat dekat hospital kerajaan jer..RM5.00 jer charge nya untuk setiap kali datang rawatan..
    yg penting berdoa dan usaha..
    Sy doakan semoga puan juga di kurniakan cahaya mata..

    ReplyDelete
  23. Salam puan, sy pun tgh dalam rawatan dekat uia kuantan. Kawen masuk 2 tahun. Ada PCOS jgk T.T... Start rawatan bulan 10 2016. Doc juz bg dupshaston dan clomit.. Hari ke 12 buat tvs, telur kecik. Teruskan dgn 2nd cycle, sama jgk telur kecik. Huhu. Then utk 3rd cycle ni doc suggest buat iui. InsyaAllah dalam bulan 1. Skrg ni kena mkn ubt dupahaston dulu bg turun period pas2 bila dh period kena amik suntikan sdiri utk besar dan matangkan telur selama 5 hari. Then buat tvs utk cek telur. Kalau telur matang blh proceed iui. Minta sume doakan kami ye.. Sy doakan semua TTCian dipermudahkan urusan.. Amin

    ReplyDelete
  24. Salam...hanya nk berkongsi....sy juga disah kan ada PCOS pada tahun 2014...masa tu dptkan rawatan d klinik swasta...itu cerita 2 tahun lepas...selepas 2 tahun baru sy buat keputusan untuk rujuk ke hospital kerajaan...Alhamdulillah....kos murah...proses pun cpt sbnrnya...lebih kurang 3 bulan-4 bulan dan in sya Allah ahad ni akan buat iui...kenapa sy kata 3-4 bulan tu cepat...sbb dlm masa tersebut Dr. buat pemantauan yg teliti...sy kena jalankan HSG..check darah...check hormon...check gula..n mcm2 dlm tempoh tersebut...disebabkan sy ada PCOS....Dr. cadangkan utk sy ambik metformin...ia adalah ubat utk org yg menghidap kencing manis....walaupun setelah check gula...paras gula normal...Alhamdulillah selepas sebulan ambik metformin....ada perkembangan yg baik pada saiz telur....kepada yg ada PCOS dan tgh mencuba untuk ada anak...minta nasihat Dr. yg anda rujuk...mungkin kita tk sesuai utk ambil clomid tanpa bantuan metformin.....Doakan keberjayaan proses iui sy ahad ini.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum..
      boleh sy tahu dekat hospital kerajaan mana ya awak buat rawatan

      Delete
  25. Sya pun pcos sis...puji Tuhan pcos bukan penghalang untuk hamil.mcm2 cara mcm2 ubat..sampai kena bedah bwt lubang2 kecik kat ovari..semua sggp sya harungi demi nak kn ak ke dua.puji Tuhan..sya start tahun 2013..tp sya byk stop stop sbb kecewa... Pas bbulan pas tu bru sambung balik..tu yg lama..sbb buat semua ni x boleh stress..mahu tenang.iui kali ke 1 x berjaya..sya stop lg stgh tahun.. Pastu smbg lg..iui ke 2 baru berjaya tahun 2015.sya buat kat hkl..pakai gl suami..skarang ak dh masuk 8bln..bb girl..ak ptama ak lelaki..sepasang sudah..jgn mudah menyerah..walaupun agar pahit awal nyerr hujung2 pasti manis...suami dan ahli keluarga byk bg dorongan.. Bg kata semangat...

    ReplyDelete
  26. Littleqaisara.. Camner awk skg?

    ReplyDelete
  27. Terharu....Sedih ...air mata mengalir keluar....setelah baca ..
    Saya menghadapi masalah sebelah tiub yg tak ok ada telur tapi sebelah yg ok telur TDK blh besar...Dah 3 cycles makan klomid telur tak Besar pun. Bulan ni Dr dah tambah bagi makan 2biji.harap harap dpt telur yg blh besar bila nak scan minggu depan.

    ReplyDelete