Monday, May 5, 2014

Rawatan susulan April

Assalamualaikum

First Appointment
Setelah dua kali period selepas lucrin, akhirnya aku jumpa juga dengan doktor. Itu pun pada hari yang ke 13 (16/04/14) period. Sepatutnya kena jumpa doktor masa period hari kedua, tapi macam banyak pulak kengkangan lagipun Hafiz tak ada dekat sini. Ku fikirkan tak perlu la jumpa dan proceed rawatan kesuburan untuk sementara waktu. Tapi aku dok baca dekat FB group , ada yang endo naik semula selepas operate rasa macam risau pula. So, ambil keputusan nak jumpa doktor. Hafiz tak ada kali ini, terpaksa la pergi sorang-sorang

Aku ingat doktor akan menyokong dan boleh terima pakai alasan taknak teruskan sementara rawatan tu, tapi last-last kena marah

..........Awak ada PCOS, awak kena datang juga walaupun taknak teruskan rawatan kesuburan sebab awak kena tolong ovum awak untuk matang. Saya buat laparoscopy haritu cuma mengurangkan apa yang dah ada, kalau makin lama awak tak datang makin cepat dia naik semula. Takkan saya nak kena selalu buat ovarian drilling dekat awak................

Gulp. Udah kena marah. Begitu la ayat yang doktor cakap dekat aku. Masa hari ke 13 tu ovum pun tak membesar dengan jaya nya. Hanya 11mm sahaja. Doktor kata sepatut nya hari ke 13 dah boleh jadi 20mm. Itu pun sebelah kanan tapi sebelah kiri kecik-kecik semua nya. Why baby why

Doktor suruh datang semula pada 21/04/14 dan pulang kerumah dengan hati yang sedih. Harga consultation dah naik wooo.

Consultation fees : RM215

Second Appointment
Kali ni hafiz ada dekat KL so boleh la dia temankan. Kali ni bila doctor scan, ada sebiji telur besar dekat sebelah kiri. Sebelah kanan pulak yang tak ada. Hairan bin ajaib. Doktor pun dok godek-godek mencari mana ovum sebelah kanan. Tapi tak jumpa. Beralih ke Ovum sebelah kiri. Dah besar 16mm dan dinding katung dh nipis. Doktor kata dia boleh keluar bila-bila masa. Masatu cecair-cair ovulasi pun dah banyak. Itu yang doktor bagitahu la, aku tengok screen hitam putih tu semua macam sama je. Hahahaha

Doktor suruh bersama selang sehari, tapi apakan daya Hafiz dah nak fly semula ke Terengganu malam tu. Doktor kata kalau sperm berjaya masuk dalam rahim, dia dapat bertahan sehingga 5 hari. Aku tak mengharap apa-apa. Doktor suruh datang semula masa period period kedua untuk proceed IUI. Ontah la nak buat ke tidok.

Consultation fees : RM215

Hmm..ada kawan-kawan yang aku kenal under doktor yang sama, semua dah proceed dengan IUI dan IVF. Alhamdulillah rezeki mereka. Kali ni aku tak nak melawan takdir, dan nak ikut je flow. Mungkin ada sebab kenapa kami belum ada rezeki nak buat rawatan tersebut. Mahal of course. Tapi mungkin ada sebab-sebab yang lain.

Banyak ilmu yang aku dapat semenjak join group-group PCOS dan Endometriosis dekat facebook. Ada yang dah jadi kawan. Mungkin bercerita dengan kawan-kawan yang ada masalah yang sama lagi mudah.



4 comments:

  1. Salam Saudari..

    Tak tau camne sampai ke blog awak tapi rasanya seolah-olah hidup kita sama cetaknya. Hehe.. Saya pun menghidap PCOS dan dah lebih kurang 4 tahun mencuba. Memang payah sangat.. Berat badan pun tak pernah konsisten akibat ubat yang diberi doktor. Kadang rasa sedih sangat tengok kawan2 sebaya yang hamil dan kongsi gambar2 anak diorang pat FB. Untuk kuatkan semangat, saya ingatkan diri ttg org2 yang tak beranak berbelasan atau puluhan tahun. Kadang rasa macam tak bersyukur.

    Tapi Tuhan maha berkuasa. Dia kurniakan kita suami penyayang yang sudi membawa kita menjelajah dunia. Seperti awak jugak, saya pernah ke HK, Korea, Thailand, Bali dan sbg. Hujung tahun ni saya ke London untuk bercuti, Alhamdullilah :)

    Saya doakan awak berjaya dalam usaha mengubati diri. Semoga dilimpahkan rezeki dan terus dapat meneroka dunia dengan suami tersayang.

    ReplyDelete
  2. w'salam oodah kassim,

    saya pun tak sangka ada orang baca blog saya ni. hehehe
    saya anggap sbg catatan perjalanan saya dalam TTC, memasak, berjalan dan sebagainya. supaya saya tak lupa.
    memang sekarang kita tengah diduga, InsyaAllah kita cuba berusaha sedaya upaya. Jangan berhenti berusaha. Pasti ada ganjaran Allah

    Allah bagi rezeki dalam pelbagai cara. Mungkin buat masa ni kita ada rezeki berjalan dulu :)

    Semoga ada berita baik tak lama lagi.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...sy pon menghidap pcos....tapi pcos saya lebih teruk kot sebb sy period 1-2 je setahun :'( tapi Alhamdulillah Alah itu maha kaya maha pemurah, sy dikurniakan seorang anak lelaki sudah berumur 2 tahun...sy tahu sy memang susah nak conceive telah berusaha utk conceive kali kedua sejak anak berusia setahun..tapi belum ada rezeki...teringin jugak nak ada proper follow up dengan gynae tapi kewangan belum mengizinkan..huhuhu ya Allah kau bantulah kami kurniakan kami rezeki anak anak yang soleh dan solehah...btw, nama sy hafizah jugak :)

    ReplyDelete
  4. Wsalam hafizah, saya sedang mencuba lagi. sy harap akan ada rezeki untuk kami nnti. Amin. InsyaAllah

    ReplyDelete