Tuesday, December 23, 2014

Seoul with my soul Day 1 (Part 1)

Assalamualaikum

Bercuti memang kegemaran aku. Dulu masa belajo pantang nampak baju dengan 70% diskaun terus huru hara hidup. Sekarang ni bila dah kerja tak heran pulak dekat baju-baju. Kena pulak dah ada travel partner pantang nampak AirAsia promo terus buat site visit. Dang!

Jenis aku pulak, beli dulu bagitahu kemudian. Kira jenis kamikazee kalau Hafiz kata tak nak pergi memang tawakal je la tiket tu. Sebab kalau bagitahu kompem keluar ayat "TBA" "TBC" dan sebagainya sampai la promo pun habis. Hmm

Ni bukan ingkar cakap suami tau, sebab aku tahu dia pun kaki jalan jugak asalkan ada duit hahaha. Sebab tu bila Hafiz dah bagi green light suruh berhenti kerja aku masih lagi berfikir berjuta-juta kali sebab nanti aku dah tak ada sumber nak booking tiket underground lagi hahaha

Orang akan cakap banyak giler duit dalam setahun berkali-kali travel obersi. Aku beli tiket promo la. Seingat aku, dalam tahun 2014 aku beli tiket ke Hong Kong bulan February RM 750 returns (2 pax) + tiket ke Bali tetiba Malindo baik nak bagi aku celebrate anniversary kedua dekat sana. Aku dapat RM230 returns (2 pax) dan kali ini tiket ke Seoul aku dapat RM850 returns (2 pax). Total ketiga-tiga destinasi ni belum sampai dua ghibu lagi kan. Memang la kalau tak ada duit tak kira dua ribu ke dua ratus tapi dua puluh pun susah nak cari. Jawapan nya main la kutussss dan jangan pakai kereta mahal :p


Murah kan??


Kuala Lumpur (KUL)                     Seoul (ICN)
11 Nov 2014, 0100 (1:00 AM)          11 Nov 2014, 0820 (8:20 AM)

Seoul (ICN)                                      Kuala Lumpur (KUL)
16 Nov 2014, 1555 (3:55 PM)         16 Nov 2014, 2140 (9:40 PM)

Kami akan berada di Seoul selama 6 hari 5 malam. Flight ke Seoul mengambil masa 8 jam. Seoul tak perlu VISA. Nasib baik flight pergi pukul 1 pagi. Memamg tidur je la. Rupa-rupanya AirAsia X kalau nak pick a seat kena bayar RM29 untuk seat biasa. Dua orang dah RM58 itu baru sehala. Giler mahal! Dua hari sebelum berlepas, hafiz buat web check in, kami cuba-cuba nasib je auto select seat. Alhamdulillah, flight pergi kami dapat seat sorang depan sorang belakang dan paling best flight balik tu dapat duduk sebelah menyebelah for free. weeeee! Flight pergi ni kami redha je la kena duduk depan belakang tapi masa nak drop luggage dapat staff AA yang super baik --

Dia cakap seat ni asing-asing tau, hafiz jawab ye kami tahu. Lepas tu aku menyampuk boleh dapat sebelah menyebelah ke? Dia check dan Alhamdulillah memang dapat. Yang paling best satu row tu kami berdua je. Memang aku buat macam katil la lega kaki dapat berlunjurrrrr

Sepanjang perjalanan aku tidur je la, nasi lemak pak nasser pun tak lalu nak makan. Lagi sejam nak sampai aku dah bangun sepenuhnya. Alhamdulillah dapat tengok sunrise yang sangat-sangat cantik. Lepas tu panas semakin memancorrr dan silau.



Kami tiba dekat Incheon International lebih kurang pukul 9 pagi waktu seoul. Incheon airport sangat besor. Sama seperti dekat Hong Kong, kita kena naik train untuk terminal satu lagi. Dekat situ kita boleh claim baggage dan settle kan urusan imegresen. Alhamdulillah urusan imegresen tak ambil masa yang lama dan yeay dapat lagi satu cop.



Sampai je dekat arrival hall terus blurr sekejap tak tahu mana nak start hahaha. Kami pun ambil keputusan untuk lepak-lepak jap, lepas tu nampak 7eleven terus cari Banana Milk yang terkenal tu. Hahaha rupa-rupa nya selain banana ada flavor strawberry dan honeydew tau. Sedap dan boleh diterima akal hahaha



T-Money
Selepas selesai breakfast nasi lemak pak nasser dan banana milk -- combination kann breakfast kak jemah hahaha. Benda pertama yang kena cari adalah T-Money. T-Money ni macam touch and go. Kebanyakkan subway dekat Seoul menggunakan T-Money dan fare lebih murah berbanding beli tiket dekat kaunter. Kebetulan Hafiz dah ada T-Money officemate dia bagi. Nak beli untuk aku je.

Ini la T-Money. Kena reload


AREX
Destinasi pertama kami ialah check in guest house dan kami decided nak naik Incheon Airport Railroad Express (AREX). Hok ni train non stop terus ke Seoul station.
Sebenarnya banyak lagi pilihan lain seperti teksi, subway biasa yang berhenti dekat setiap station dan bas. Incheon Aiport ni agak jauh daripada bandar seoul, kalau naik bas dalam sejam jugak dan kalau tak silap tambang bas 10000 won . Kalau naik teksi memang pokai terus la. So, AREX pilihan terbaik untuk kami berdua.

Tiket AREX boleh dibeli dekat level bawah airport dan ada kaunter khas. AREX ada tiket khas dan tak boleh pakai T-Money ok. Tapi dekat kaunter AREX tu ada jual T-Money. Awek korea tu bagi aku special offer, nasib baik hok yang kerja dekat Airport boleh berbahasa inggeris dengan baik--

2 AREX ticket (Sehala) + 1 T-Money = 15800 won (RM 43)

Kalau diikutkan tiket AREX sehala untuk seorang adalah 8000 won. Aku pun tak tahu cammana awek korea tu kira dan aku anggap rezeki je la hehehe. Perjalanan daripada Incheon Airport ke Seoul station mengambil masa 45 minit. Laju, selesa dan pemandangan  pun cantik. Siap ada peramugari tau.

Ini AREX ticket. Tak sama dengan T-Money

Subway
Dekat Seoul station ada T-Money reload machine, kami reload 30000 won ( RM 92) setiap sorang. Dekat Seoul ada berbelas subway line, Tengok map pun boleh juling mata. Sila ambil subway map dekat Airport atau download daripada internet dan print atau download application dekat handphone. Kita kena tahu kemana kita nak tuju, dekat mana kita nak transit dan InsyaAllah sampai dengan jaya nya :D Aku tengok orang-orang sana pun dok refer map dalam handphone depa, mana nak ingat semua station.

Punya la banyak line. Kite yang ada dua pun susah nak ingat

Masa kami touch down suhu dekat Seoul mencecah 6 celcius. Masa ni penghujung Autumn dan permulaan winter. Salji pun tak turun lagi. Dalam airport tak terasa sejuk. Bila duduk dekat luar. Menggigil tau

Sebelum bertolak ke Seoul aku dah prepare outfit yang sesuai. Tak nak pisang berbuah dua kali. Sebab masa pergi Hong Kong dulu dok dengar cakap orang tak payah bawak baju tebal, sampai dekat sana dua-dua kecut. Apa yang aku prepare --

#Long john
Baju pertama selepas kulit. Tujuan nak menghalang kesejukan sampai ke kulit. Ada banyak jenis bergantung pada material dan tahap ketahanan long john tu. Aku beli dekat universal traveler hok yang boleh tahan sampai -5 je.  Itupun aku beli seluar je sebab aku fikir baju boleh pakai banyak lapis, kalau seluar pakai banyak layer mau jalan terkengkang kang.



#Winter coat
Hok ni aku beli dekat bundle je. Harga pun murah. Tak sampai rm50 sehelai. Boleh beli banyak dan pelbagai warna. Kalau beli hok baru, sehelai pun dah pitam nak membayo.

Winter coat ni aku beli RM35 sahajo :p
#Mafla dan sarung tangan
Ini sangat penting, tangan dengan muka memamg terasa kebas kalau tak pakai mafla dan sarung tangan. Aku beli dekat Daiso je. Baru RM5 setiap satu.



#Heatpad
Walaupun dah pakai sarung tangan, tapi tangan aku tetap kebas. Heatpad ni sangat membantu tau. Koyak plastik, masukkan dalam poket dan genggam. Lega

#Kasut yang sesuai
Kasut memainkan peranan penting. Kalau kaki dah start sakit, nak pergi mana pun tak ada mood. Aku pakai sport shoes masa dekat sana. Tapi kalau dah start winter kena pakai kasut yang kalis air, kalau tak mahu kembang kaki

Sepadan pulak kasut dengan luggage kami

Mari bersambung

xoxo

No comments:

Post a Comment