Wednesday, June 11, 2014

Chocolate moist cake

Assalamualaikum

Hafiz jenis sweet tooth. Dia suka sangat makan coklat. Ingat lagi masa kami pergi Langkawi, lama gila dia tercegat dekat bahagian coklat. Dah macam budak tadika pun ada. Hahahaha Kalau jalan-jalan dekat luar, minum petang mesti ajak makan cake. Tak ada maknanye nak makan cucur udang ke, karipap ke atau kepok leko. Tapi aku bersyukur la dia suka coklat atau cake. Cuma nak kena balance sugar intake je la. Kalau suka merokok?

Sebenarnya aku nak share resepi choclate moist cake. Aku dah cuba macam-macam resepi. Ada yang pakai susu coklat yang kotak tu, ada yang kena pakai susu segar sahaja dan macam-macam la. Tapi resepi yang aku amik daripada facebook group "Resepi Kek Dan Puding Lazat 2012" memang sangat senang dan bahan-bahan yang digunakan sangat basic. 

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir (Aku letak 3 suku cawan)
1 cawan minyak masak
½ cawan susu pekat

Bahan B
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur

Cara-cara:
1. Masak bahan A dalam periuk sampai sebati.Api kecil.sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul betul kembang kemudian masukkan bahan A
3. Masukkan esen vanilla. Pukul sampai sebati
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit.
5. Masukkan adunan dalam Loyang dan ikat dengan beg plastic. Boleh juga pakai kertas foil untuk mengelakkan wap air masuk ke dalam adunan.
6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu dan jangan buka penutup kukus sehingga cukup masa).
7. Angkat dan tunggu sejuk untuk buat topping.

Bahan untuk Topping

Bahan - bahan:
300gm coklat masakan (dipotong kecil)- Aku biasa guna coklat makan jenama tango. Sedap!
1 sudu besar susu pekat
½ cawan susu cair
2 sudu besar butter

Cara-cara:
1. panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boil.masukkan coklat masakan dan kacau sehingga cair
2. padamkan api dan masukkan butter.kacau sehingga cair.
3. Curahkan ½ dari topping atas kek yang masih panas hingga menutupi keseluruhan kek.
4. Biarkan 30 minit dan kemudian curahkan lebihan topping di atas kek sehingga habis.

Hok ni aku buat dekat rumah mentua

No comments:

Post a Comment