Assalamualaikum
Hari Ketiga
1. Hong Kong Ocean Park
Hari ketiga dekat Hong Kong kami akan ke Hong Kong Ocean Park. Yeay
*Chicken dance again!*
Hong Kong Ocean Park ni bukan taman tema air macam Sunway Lagoon tau, tak ada tempat nak mandi pun. Similar dengan Outdoor theme park Genting Highland. Tapi lagi banyak permainan nya. Tak silap aku roller coaster je ada 4 jenis. Aku berjaya naik satu. ucap tahniah.
 |
Kami ada lagi setahun sebelum 3 series :D |
 |
Pemandangan dari bawah |
 |
Pemandangan dari atas |
 |
Cantik kan |
Ocean Park ni sangat luas, Kawasan berbukit bukau tepi laut. Ada
setengah permainan terletak dekat atas bukit. *Sangat indah*. Kami
menaiki "Ocean Express Waterfront" train untuk naik ke bahagian atas dan
menggunakan "Waterfront cable car" untuk turun. Merasa la naik dua-dua.
 |
Going UP |
 |
Going DOWN |
 |
Tepi laut dan jauh pulak tu |
Ocean park terbahagi kepada beberapa bahagian. Kalau nak ikutkan memang tak sempat nak kejar semua attractions, permainan dan shows dalam masa satu hari. Gambau dekat bawah ni antara permainan yang hado.
 |
ai naik hok ni. hebat x? |
 |
Muka berani tapi patah balik :p |
Selain Outdoor theme park, ada juga shows daripada hidupan laut seperti Dolphin dan Singa Laut. Kita kena refer pada Map sebab dekat situ ada tulis show time setiap pertunjukkan. So, kita boleh plan masa sebaiknya.
 |
My other half sedang menelaah map |
 |
Singa Laut |
 |
Paling best |
 |
Ramai owang kan |
Aku perhatikan dekat Hong Kong ni, setiap taman tema tak kira la Ocean Park, Disneyland dan lain-lain, mereka sangat menjaga kebersihan dan landscaping. Daripada toilet hingga ke Tong Sampah semua cute-cute. Walaupun dekat tandas takdop air nak jirus tapi tak ada pun bau hancing ataupun tisu bersepah-sepah. Kagum!
Dekat bahagian bawah Ocean Park, ada mini zoo. Boleh tengak Panda malas tengah makan buat tak reti je orang tengah tengok dia. Selain daripada tu, kita boleh bergambar dengan mascot panda, ada lorong seperti Hong Kong zaman dulu, souvenir shop dan banyak lagi.
# Ocean park buka setiap hari dari 10 am ke 7.30 pm. Boleh refer dekat
Ocean Park website
# Entrance fees : RM120 per person
# Dekat Ocean Park ada restaurant Halal.
 |
Aku rasa ada kipas kat punggung dia |
 |
Old Hong Kong |
 |
Makan je |
 |
Souvenir Shop |
Setiap hari pada pukul 8 malam akan ada persembahan air pancut dekat sini. Nama persembahan tu "Symbio". Memang best sebab air pancut tu keluar dengan irama muzik. Lepas tu ada laser dan api keluar dari kolam. Kalau tak salah, cerita "Symbio" tu berkisar pasal dua ekor naga. Aku tak berapa paham tapi aku nampak ada Naga. Hahahaha
Camno nak kesitu :
Dari Tsim sha tsui MTR station ke Admiralty MTR station. Fess HKD
8.70
Dekar Admiralty station kena transit naik bas. The
Citybus Route 629 runs daily from Admiralty MTR Station Exit B or
Central Pier No. 7. The bus fares are HK$10.60
for adults
Dalam 10 minit dah sampai :)
 |
Pemandangan daripada dalam Bas |
 |
Dah sampai :D |
|
|
2. HarbourCity Mall
Selepas layan Symbio kami terus balik, lagipun Ocean Park pun dah nak tutup. Lepas dinner dekat Tsim Sha Tsui, kami pergi jalan-jalan dekat HarbourCity Mall. HarbourCity Mall dekat je, boleh jalan kaki dari Tsim Sha Tsui. Berhampiran dengan Tsim sha tsui promenade. Walaupun dekat Hong Kong, barang berjenama sangat-sangat murah, aku tengok orang selamba je shopping tapi bukan kami :(
Hafiz kata kalau berjalan tak boleh shopping
Cuaca malam lagi sejuk daripada siang hari. Kesian Hafiz dah pakai 4 lapis baju pun masih sejuk. Sampai terfikir nak beli baju bulus-bulus dekat sana tapi lepas balik Malaysia yang panas jigat ni nak buat hapo. Buat penuh almari je. Kaki aku pun dah menggigil masa ni, rasa macam dah tak larat nak
langkah, aku seret je kaki ni akhirnya sampai jugak dekat hotel.
xoxo
No comments:
Post a Comment