Wednesday, April 9, 2014

Destinasi Cinta - Hong Kong Part 3

Assalamualaikum

Hari kedua

Letak je kepala terus hanyut. Nak tengok TV pun tak sempat. Sedar-sedar dah pukul 5 pagi. Pagi tu kami breakfast leftover yang kami tapau malam tadi. Aku ada bawa biskut, roti dan 3 in 1 dari Malaysia. Kena bawa ok sebab musim sejuk kita cepat lapar, jadi kena la ada biskut-biskut nak buat kudap. Nak harap jumpa orang jual kepok lekor ka, goreng pisang ka memang kirim salam la. Kalau hado pun was was nak makan. Maggi tinggal *geram*

# Breakfast dekat Hotel boleh menjimatkan. Bawa makanan daripada Malaysia okeh

Breakfast nasi beriyani malam semalam + Hot choc
1. Hong Kong Disneyland

Destinasi seterusnya untuk harini adalah Hong Kong Disneyland. *Chicken dance*. Pukul 8.30 am kami dah start perjalanan dan memilih untuk menaiki MTR. Hong Kong Disneyland kalau tak salah aku adalah Disneyland terkecil di dunia. Tapi terkecil pun memang tak sempat nak main semua permainan dalam satu hari okeh. Terdapat tujuh park didalam Hong Kong Disneyland seperti gambau-gambau dibawah :D

1. Main street, U.S.A

2. Tomorrowland
3. Toy Story Land

4. Fantasy Land

5. Mystic Point

6. Grizzly Gulch
7. Adventure Land

Tambahan pula time aku pergi agak ramai orang, jadi setiap permainan pun kena queue. Kalau ada duit banyak, boleh je nak stay dekat Disneyland Hong Kong atau Disney's Hollywood Hotel. Lagi dekat tak perlu naik train. Tapi satu malam je dah mencecah lebih 1 ribu. Pensan. Ataupun kalau kita akan stay lama dekat Hong Kong, boleh beli 2-day pass atau access magic (sepanjang tahun) lagi jimat.

Camno nak pergi ke situ : 
  • Dari Tsim sha Tsui  ke Lai king MTR station  (MTR Tsuen Wan Line)
  • Dekat Lai king MTR transit ke Sunny bay station (MTR Tung Chung Line)
  • Dekat Sunny bay transit Disneyland resort (MTR Disneyland Resort)
  • Total Fees = HKD18.30
#Operating Hours between Sunny Bay and Disneyland Resort Station
From Sunny Bay: from 6:15am - 12:45am the following day
From Disneyland Resort Station: from 6:20am - 12:40am the following day
Frequency : 4 - 10 minutes

So dari Tsim sha tsui kita kena tukar 3 train. Tapi Hong Kong MRT sangat systematic, kita tak perlu jalan jauh pun. Lebih kurang MRT Singapore tapi lebih complicated. Asalkan pandai baca signboard dan map MRT tu confirm akan sampai :D

Tung Chung Line transit ke Disneyland Resort line

Comei kan MTR ni. Khas ke HK Disneyland

Bawa balik satu boleh?

# Hong Kong Disneyland buka setiap hari dari 10:00AM - 8:00PM.
# Entrance fees : RM 180 per person
# Terdapat Restoran halal dekat dalam Disneyland ni. Restoran tu terletak dekat Tahitian Terrace at Adventureland dan Explorer's Club Restaurant at Mystic Point. Haritu aku makan dekat Tahitian Terrace. Boleh tahan pokai jugak la.


Set Nasi Beriyanni + Air

Lapau ye
# Jangan terlepas perarakan "Flight Of Fantasy Parade"  ni tau. Meriah dan best


 # Setiap park mesti ada souvenir shop. Memang rambang mata. Tapi kalau tak sempat membeli dekat Disneyland, dekat Hong Kong Airport pun ada. Jangan risau

Orang kirim je banyak ni :p

 # Setiap hari pada pukul 8.30 akan ada "Disney in the stars firework" dekat Main Street U.S.A.



Sangat menarik dan cantik. Masa tengok tu rasa macam nak nangis. Terima kasih cayang sebab bawa i datang sini. Masa kecil-kecil dulu memang favorite tengok Cinderella, Snow White. Insya-Allah satu hari nanti kita datang lagi with our little ones.

Memang kena spend satu hari dekat Disneyland sahaja. Itu pun tak cukup okeh. Rasa macam nak pergi lagi. Ini serius. Selepas Disneyland kami masih ada tenaga. Malam ni kami plan nak ke "Ladies Market" pulak :D


2. Ladies Market

Ladies Market ni macam uptown dan downtown kalau dekat Malaysia. Buka setiap hari dari petang sehingga pukul 10 malam. Ladies Market ni terletak dekat kawasan Mongkok. Kalau nak shopping dekat sini, ilmu bargains harga kena cukup, sebab depa letak harga sembelih punya dan kita kena bargains kaw-kaw. Kalau untung nasib kompem dapat la.

Kat sini aku cuma beli tshirt "I love HK", keychain dan Fridge Magnet je. Banyak juga benda yang aku berkenan tapi pergi shopping dengan Menteri Kewangan banyak sekatan oo. Kalau tak mesti dah penuh tangan aku.

Camno nak pergi ke situ :
  • Sebab kami daripada Disneyland, dari Lai King MTR station ke Mongkok MTR Station , Exit E2. Walk along Nelson Street for two blocks.


Apsal aku macam sarat dengan accessories

Kalau cergas, kita boleh je balik menapak dari Mongkok ke Tsim Sha Tsui, tapi aku tidak. Naik MTR jugak. Sampai Tsim Sha Tsui kami dah tak larat makan dekat kedai. Tapi tapau makanan Pakistani makan dekat hotel


Walaupun kami berada dekat Hong Kong, China tapi setiap hari dok makan makanan timur tengah ja. adoiii

xoxo

 

No comments:

Post a Comment