Thursday, March 20, 2014

Selepas HSG


Assalamualaikum

Entry ni dah lama sangat bertangguh. Tapi aku nak kena tulis juga, aku ni cepat lupa daratan dan ingatan hahaha kang dah dua tiga bulan lepas kejadian aku dah tak ingat.  Sekarang ni pun aku dah lupa.

Appointment kali ni memang dah buat masa aku ambil last lucrin. Sebab doktor dah bagi tarikh untuk buat HSG dan datang ke klinik sehari selepas HSG. Appointment pada 3hb January 2014. Hafiz memang ada dekat KL untuk temankan aku jumpa doktor. Walaupun aku baru dapat sekali je bunga, walaupun tak dapat surprise present untuk hari-hari tertentu, walaupun tak ada ayat-ayat romantik yang mengjengah henpon aku, tapi aku tahu dia ada cara tersendiri nak tunjuk kasih sayang dia dekat aku. chewah puji lebih nampak.

" i love the way you are" (walaupun kadang-kadang kena complain sket kan) hahaha

Macam biasa, lepas register kena la tunggu giliran. Sekarang ni patient doktor Adilah dah semakin ramai. Kalau dulu datang dalam pukul 9 a.m boleh lagi dapat no 10 kebawah tapi sekarang ni nan hado. berbelas-belas. Selalu doktor estimate sorang patient 15 minit. Kadang-kadang aku dengan hafiz akan keluar pergi jalan-jalan dulu.

Masa doktor tengok result xray tu, dia pun agak terkejut yang tiub aku dah terbuka semula. Alhamdulillah. Masa tu doktor buat viginal scan dan Alhamdulillah, setakat hari tu ovari semua nampak elok. Tapi doktor kata pundi kencing aku berkelodak. Dia suruh aku banyak minum air.

Doktor Adilah kata period akan keluar selepas 11 minggu selepas suntikan terakhir lucrin. Mengikut kiraan aku akan period semula pada awal bulan March. Tapi kalau period sudah lewat, dia suruh buat UPT. Tiub dah terbuka, kemungkinan besar boleh mengandung semulajadi.

Appointment seterus nya pada hari kedua atau ketiga period. Untuk permulaan, dia akan advice untuk kita cuba secara normal. Jika tidak berjaya, akan terus kepada peringkat IUI. Doktor kata cost bermula dari $1300. Limit untuk IUI dua kali sahaja. Peringkat seterusnya adalah IVF. T_T
Kata doktor, kadang-kadang tiub sudah terbuka.  Mungkin ia sekadar tidak tersumbat atau melopong. Sedangkan permukaan tiub tu dah rosak, mungkin tiada lagi rerambut pada permukaan tiub yang bertujuan untuk menyedut atau membantu sperm bergerak. Jadi IVF lah jawapan terbaik.

Consultation fees : $184
Medicine : $ 50

Tapi semua ini kuasa Allah, secara sains begitu la. Tapi ada kawan aku tu, tinggal sebelah je tiub dan ovari nye, tapi boleh juga berjaya secara normal. Hanya Allah sahaja yang tahu jawapan nya.

Masa aku tulis entry ni, hari ke 16 aku period. Aku tak jumpa pun doktor masa hari kedua dan ketiga tempoh hari. Hafiz tak boleh balik masa tu. Lagipun, kalau aku proceed untuk rawatan kesuburan tapi pasangan nya tiada pada masa-masa yang diperlukan pun tiada guna jugak. Jadi kami rehat dahulu untuk bulan ini. InsyaAllah kalau ada rezeki Allah, tak kemana.





3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam sis... saya pun penghidap pco. Bila baca entry ni.. saya bersimpati sangat dengan nasib sis. Sis.. boleh tak kalau nak dapatkan emel sis..? ? Kalau ada fb lagi baik. Sebab ada soalan nak tanya. Dan malu nak tanya kat sini... boleh tak kita private conversation?

    ReplyDelete
  3. wsalam, maaf lambat reply. E-mail dan facebook saya ada dekat panel sebelah kanan ni. :)

    ReplyDelete