Friday, August 23, 2013

PCOS kata doktor

Assalamualaikum

Bukan nak bangga bukan nak dok gebang seluruh alam semesta, tapi kenyataan nya nak jadikan catatan peribadi kang baru bulan lepas dah lupa rentetan kejadian kan dan nak share kot ada yang sudi membaca. Sebab aku pun jenis minah google segala kemusykilan. Lepas balik daripada hospital aritu pun terus google info pasal P.C.O.S ni. Hafiz panggil pikos

Dah masuk setahun 4 bulan kami kahwin, tapi masih belum ada rezeki untuk dapat si tecik.
"Anak adalah rahsia Allah", ye saya tahu. Tapi Allah tak marah kalau kita berusaha kan

Sebelum ni aku pernah jugak la try macam-macam supplement macam Bidadari, Vitamin blackmores, buah zuriat, dedebu kurma dan sebagainya. Tapi aku ni jenis berkobar sekejap so tak boleh buat testimoni. Sebelum raya haritu aku ada try produk shaklee aku amik set kesuburan suami isteri lepas tu makan macam main-main ja. tarak guna punya olang

Sampai satu masa, hafiz tegur asik makan itu ini tanpa tahu punca yang sebenar, macam bahaya pulak kan. Aku pun terfikir jugak benda yang sama. So we decided to see Gynecologist (gyne) .
Aku call gyne area KL ni yang boleh buat appoiment hari sabtu dan pemenang nye adalah Hospital Columbia asia Puchong.

Masa aku jumpa Gyne tu dia buat procedure (scan) dan Dr. R kata aku punya rahim semua normal. lega. Dan Dr. R kata mari buat ujian pada spesimen suami sebab kalau hok tu yang bermasalah memang terus kena proceed IVF. Sedey je dengar

#first visit untuk Hospital Columbia aku bernilai :
Consultation rm180 + Lab test (Spesimen suami) rm50

Tapi Alhamdulillah spesimen si suami normal, sekarang berpatah balik kepada isteri .Down. Dr. R suruh proceed untuk HSG lepas raya. So, lepas raya aku call balik hospital dia suruh buat appoiment dan aku tanya estimation bayaran dia kata around +-RM500. Bankrup la kak jemah macamni dan terus fikir banyak kali nak buat ke tak.

Bila tanya kawan-kawan yang bermasalah dan dah berjaya depa kata doktor takde suruh buat HSG pun. Mula la terfikir kenapa cepat sangat nak buat HSG tu kan. Aku pun mintak la nasihat daripada sorang kawan ni dan dia advice untuk jumpa Dr. Adilah Ahmat dekat Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Aku call hospital dan buat appointment dengan Ida, assistant doktor Adilah. Appoiment pertama aku pada 19 August 2013. Cantik dan lembut je orang nya. Lepas Dr. Adilah amik details pasal background family dan perkahwinan aku, dia scan. Tapi apa yang Dr. Adilah nampak tak sama macam apa yang Dr. R dekat columbia nampak.

Dr. Adilah kata dekat dalam ovari aku ada banyak katung yang tertinggal, sama-sama kami kira ada 8. Tapi dia kata bulan ni punya telur nampak macam dah menetas (bunyi seperti seekor ayam) dan dia suruh berusaha secara normal untuk bulan ni.

#Masa consultation tu dia kata, PCOS ni seperti katung telur yang tak matang atau tak keluar daripada ovari tu. Tapi masalah macamni selalu nya berlaku pada orang yang ada masalah period macam tak datang berbulan-bulan atau datang kerap. Tapi sepanjang perkawinan dan zaman remaja dulu pun aku tak pernah missed period. Elok je datang tiap-tiap bulan dalam cycle 26 ke 33 hari.  Dr. Adilah kata seseorang tu boleh period juga walau tak da telur.

Rupa paras ovari yang hado pcos




  Source : http://obgyndrsuhaimi.blogspot.com/2012/07/sindrom-polisistik-ovaripcos-dan.html

#PCOS ni kebiasaan nye terjadi kepada orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan seseorang yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam darah. Boleh check details dekat sini *PCOS*. Dia kata PCOS ada rawatan nya.  Itu la yang aku pahamkan, sebab suami isteri background wayar dengan keyboard kan, bila cerita ala-ala grey anatomy punya isu, memang la seloww nak paham.

Sedih tau titew. Rasa macam dah kena cancer tahap 4 kesusahan hati masa tu. Tapi Dr. Adilah suruh ambil yang positif, yela macam bulan ni ada telur yang dah sedia disenyawakan. Dr. Adilah bekalkan aku dengan ubat bernama Duphaston selama 2 minggu.

Makan selama 2 minggu kata doktor

Aku google, ubat ni kalau untuk ibu mengandung bertujuan menguatkan rahim (sebab doktor suruh aku berusaha sendiri dulu dan kalau lekat kan) tapi kalau bulan ni gagal lagi, ubat ini akan membantu menurunkan period.

#first visit untuk hospital pantai aku bernilai :
 Register rm4 + Consultation rm275 + Scan rm90 + Medication rm95

Kalau belum sampai rezeki bulan ni, aku kena jumpa Dr. Adilah semula masa period yang ke-3. Masa tu Dr. Adilah nak ambil darah untuk mengesahkan PCOS, check insulin untuk check diabetis (kot hado) dan sebagainya.

Aku google pasal pcos ni banyak yang suggest suruh makan GLA shaklee, so aku pun bertekad untuk makan semula dengan disiplin. hehehe. Aku bukan ejen shaklee tau.

Berdoalah tanpa henti Hafizah, mohon diberi rezeki cahaya mata dan mohon untuk stay strong. Sebab orang yang tak melalui nya tak akan tahu macamana perasaannya. Kena kuat daripada segala mental dan fizikal, juga IMAN. Fulus jugak nak kena kuat sebab nak jumpa gynee ni bukan murahan we$$$

Aku sayang family dan family mentua aku yang setakat ni tak pernah bertanya melainkan aku yang cerita. Aku tahu depa faham yang rezeki ni bukan aku yang tulis.

Semoga aku sembuh dan dikurniakan si comel likes his/her father. Amin

True. 

Source : Google

Thursday, August 15, 2013

Destinasi cinta - Phuket

Asslamaualaikum

Alhamdulillah bulan 27 April 2013 genap la usia perkahwinan kami setahun. Masih belum puas ketawa, bergaduh, bersembang, buat semua benda sama-sama dan masih lagi berdua. Orang kata baru setahun jagung, tapi tak tahu la apa kena mengena dengan jagungkan. Masih belajar nak menjadi isteri yang baik, taat pada suami, solehah dan ibu yang mithali satu hari nanti, InsyaAllah.

Beberapa bulan sebelum menjelang anniversary kami tu aku dah plan nak pergi bercuti. Kami plan nak pergi Phuket. Yeay. Aku booking tiket 4 bulan awal, so total berdua RM4++ untuk dua orang. Kebetulan 27hb tu jatuh pada hari Sabtu, jadi untuk mengelakkan percutian tergesa-gesa macam dekat Medan haritu, kami plan untuk stay dekat sana selama 4 hari 3 malam. 

-Jumaat-
Kami bertolak hari Jumaat, flight kami pukul 4 petang. Masa tu kami drive ke LCCT dan parking dekat car park berhampiran dengan Tune Hotel. 

Nak murah kena la menapak :p
#Car park tu antara yang paling murah dekat LCCT. Masa tu RM18 sehari. Jarak antara car park dengan LCCT tu x da la jauh sangat pun. Tak sampai terkeluar lidah pun. 4 hari parking dekat situ kami kena rm62 ++

Kami sampai dekat Phuket Airport dalam pukul 6 p.m. Airport dengan bandar phuket agak jauh okeh. Lebih kurang 45 minit jugak. Jadi ada beberapa pilihan transport untuk kita ke bandar phuket.Tempat paling meriah dekat Phuket ni adalah Patong

#Kita boleh naik van, hok ni kena kongsi beramai-ramai la lebih jimat. Kalau berdua dia akan ambil penumpang yang lain.  Tapi jangan risau van ni sangat selesa dan bukan macam tin sardin. RM18 per head terus ke depan lobi hotel :)

Kami pilih yang ini !

180 bath = RM18
Sesama la kita naik van ni yer

Percutian kali ni pun gamble jugak sebab ramai yang bagitahu tak perlu pergi ikut agensi sebab dekat sana sangat banyak tourist agency yang sangat murah. Dalam perjalanan nak ke hotel pun, driver van singgah dekat tourist agency. Aku rasa depa dapat komisyen kalau bawak customer. 

#Tapi rilex-rilex dulu sebab dekat bandar Phuket nanti lagi bersepah tourist agent.

Kami sampai dekat Hotel dalam pukul 7 malam. Hotel aku dah booked dari agoda.com. Kami stay dekat *Patong peradee Resort*. Masa ni dia ada buat promotion, satu malam rm65++ jer. Aku pun booked la 2 malam. Itu pun aku cuma bayar separuh sebab aku pengguna setia Agoda.com dan aku selalu kumpul point. So, boleh tolak dari rewards.
Lobi Hotel
Bilik hotel patong paradee

#Dengan Agoda.com, booking je dapat points based on harga bilik yang kita booking tu. Lepas tu kalau rajin review pasal hotel yang kita stay tu, senang-senang je dapat 500 point. Kalau 12500 points bersamaan dengan USD$25. So far dah 2 kali aku redeem points. Tq Agoda

Phuket bandar yang aktif pada waktu malam, so memang sangat meriah di malam hari. Lepas mandi dan solat kami plan nak pergi makan. Dekat Phuket tak susah nak cari makanan halal sebab banyak kedai muslim. Kebanyakan tauke kedai berasal dari Pattani dan banyak juga kedai-kedai makan pak arab.

#Banyak kedai muslim dekat area masjid. Tapi masjid agak jauh sikit daripada pusat bandar, kena sewa motor atau naik tut-tut untuk kesitu.
#Orang Malaysia selalu makan dekat kedai makan Kusuma ni, masa aku makan kat sini boleh  dikatakan semua orang Malaysia. Kedai ni buka pada waktu malam je.

Kedai Makan Kusuma, berhampiran bangla road
Kawasan paling havoc pada waktu malam dekat Phuket adalah bangla road. Hotel kami tak jauh pun dari kawasan tu, lagipun kedai makan yang kami pergi tu berhampiran la dengan kawasan tu. So, pergi la singgah sekejap. Tapi memang mengucap panjang la kan tengok keadaan bangla road tu :p
dalam hati * no wonder la kena tsunami* hahahah

Hard Rock Phuket

Sekitar Bangla Road. Banyak perempuan jelmaan :p

-Sabtu-
Masa dekat kedai makan tu abang Pattani tu offer pekej ke Phi-phi Island harga baik punya. 2 orang 2200 bath. (Sebenarnya ada lagi murah T_T, best price pernah tanya dapat 900 bath je sorang). Yang ni naik bot besar. Lawa jugak bot nya, ada 3 layer tapi yang paling best dekat atas la.  Laut phuket ni lain macam sikit ombaknya, air pun gelap semacam je sehinggakan kak jemah tewas jugak la terbluweekkk lepas makan lunch dalam bot tu. hahaha

#Nak ke Phi-phi island amik masa satu hari jugak, keluar pukul 8 pagi pukul 6 petang baru sampai  hotel tau. Nak kesana ada 2 pilihan, naik bot besar atau naik speed boat. Kalau naik bot besar ni beramai-ramai macam naik feri tapi kalau naik speed boat cuma 11 orang. Perbezaan dari segi kelajuan pun dalam 1jam camtu la.

Pakej ni biasa nya termasuk sekali dengan makan tengah hari samaada dalam bot atau dekat hotel.  Phi-phi island adalah destinasi terakhir tapi sebelum tu bot ni akan singgah dekat Khai island, Maya bay dan monkey island. Setiap kali beli pakej dari tourist agent kena amik resit dan simpan resit tu, sebab abang transporter yang nak bawa kita tu nak tengok resit sebagai bukti.

#Kalau boleh beli dekat kedai yang nampak semenggah sikit, kang takut dah bayar esok nye takder orang datang amik kan ke naya. Tapi so far aku tak kena tipu la. Cuma harga tu kena pandai survey dan kawtim la kan

Macam tak ngam dengan perut kak jemah :0

Rooftop
Lawa sungguh pulau-pulau dekat Phuket ni, air nye jernis turquoise tiffany gitu. Yang pandai berenang boleh la tejun sesuka hati, tapi kak jemah kalau terjun sampai ke sudah la tak timbul-timbul.
Indah ciptaan Allah swt.

Monkey Island


Masa aku kat sana, aku sakan makan pancake orang phuket ni. Favourite aku banana + choclate. Memang meletopss. Makan panas-panas memang layan.

Tengok la susu tu melted. terkenang

Sebelum beli tu tanya la depa ni muslim ke tak
-Ahad-
Bersiar-siar bersama gajah memang impian aku sebelum sampai sini, kat sana ada macam-macam pakej safari ni tau. Daripada semahal-mahal sampai la pakej yang biasa-biasa je. Kami amik pakej separuh hari je, 2 orang 800 bath (RM80). Pakej tu untuk naik gajah selama 45 minit je. Hahaha. Macam biasa pagi-pagi ada orang akan pick up kita untuk ke mini safari tu. Syok oo naik gajah, rasa macam nak bawak balik seekor je.

Umur dia 20 tahun tapi dikira anak-anak lagi

kami pergi mini safari ni sekali dengan  mak dan pak minah Arab yang banyak duit, depa amik semua aktiviti dekat mini safari tu, so kena la tunggu sampai semua aktivti siap baru depa akan hantar balik hotel, tapi nak kata rezeki kan, tauke mini safari tu suruh kami join jugak aktiviti lain jugak. Yeay!

Bermain dengan ular..eee

Pertunjukkan monyet :D


Malam seterusnya kami tukar hotel yang best sikit, tapi hotel ni agak jauh daripada pusat bandar, kami sewa motor sebab senang nak kesana kesini. Naik motor la kami laki bini merempit dari hotel lama ke hotel baru. Dengan backpack masing-masing hahaha dah buat macam dekat kampung sendiri. Tapi apa ada hal, Phuket ni semua orang buat hal masing-masing. Yang naik motor pakai bikini pun hadooo. Sapa nak kisah

# Kami stay dekat *casa del M resort*. Aku booking dekat Agoda.com jugak. Best giler hotel baru ni, dan sebab kami check in awal dapat rezeki upgrade bilik. Kemain besar bilik ada queen  + single bed.

Hafiz melawat kawasan hahaha

#Sewa motor sejam sehari 300 bath tapi minyak kat Phuket ni bapak mahal. Kalau nak merasa naik superbike pun hadoo

Kat sini kebanyakan motor adalah scooter

Nak sewa motor kena tinggalkan passport tau
Hotel yang baru ni berhampiran kawasan masjid, so senang nak layan makan dekat kedai muslim. Sedap-sedap wei dapat tomyam original siam dengan somtam. terkenang-kenang

Masjid Phuket
Kedai ni berhadapan masjid

-Isnin-
Hari terakhir dekat Phuket sob sob. Flight kami pukul 8.30 pm, So kami ada masa sampai pukul 4pm untuk meronda-ronda bandar Phuket ni. Kami tempah transport untuk ke airport dekat kedai yang sama kami sewa motor ni, so senang la kan.

Sebelum balik kami meronda la sekitar kawasan Kata, kat sini kurang sikit sesak berbanding dengan patong. Tapi pantai dekat sini lagi cantik.



Rindu phuket. Jumpa lagi

#Pada aku phuket tak sesuai untuk bawa family sebab kawasan ni sangat la hazabedah. Nite life dia tak sesuai untuk tontonan anak-anak
#Nak bershopping pun tak berapa best sebab barang-barang mahal
#Kalau korang banyak duit, boleh beli macam-macam pakej, selain Phi-phi island ada James bond Island, yang tu pun lawa.
#Ada pakej fantasy island, Safari dan macam-macam lagi. Kena pandai pilih dan mintak diskaun ok
#Paling best dekat phuket ni, bersepah-sepah orang bagi service massage. Harga pun murah-murah je. Lega oo dapat foot massage
#Depa ni tak pandai cakap bahasa inggeris sangat jadi memang susah sikit la nak bersembang
#Better tukar duit dekat Malaysia, walaupun banyak money changer tapi aku rasa tukar kat Malaysia lagi untung okeh.
#Currency masa aku pergi lebih kurang sama dengan ringgit malaysia. Senang je nak convert duit dekat Phuket ni, kalau 1800 bath maknanya rm180. Buang kosong ja, senang kan?

Happy Holiday!























Friday, July 12, 2013

Laksa Penang

Assalamualaikum

Dulu ayah Navy, tapi aku tak sempat jadi anak Navy sebab ayah dah balik buka bisness. Eceh macam besar ja bunyi nya kan tapi ok la mampu membesarkan kami adik beradik. Buka kedai makan aku rasa adalah bisness yang paling nampak jual beli nya. Lagi satu orang happy orang kenyang kita pun bahagia.

Aku ada impian nak buka kedai makan tapi tak tahu macamana nak mula dan boleh ke aku handle kalau masih berkerja ekk? Ok, antara menu dekat kedai mak ayah aku adalah laksa penang yang special nya makan dengan telur goreng. walalalala

Aritu kawan-kawan datang kerumah so aku masak Laksa Penang untuk diorang sebab ada orang mengidam. Senang je resepi nye meh cuba

Bahah-bahan :

1/2 kg Ikan kembung (Boleh guna ikan sardin, ikan mata besar (uji rashid , glamer ikan ni)
3 liter air
5 keping asam gelugor (asam keping)
2 tangkai bunga kantan
Daun kesum
3 sudu garam
Serbuk perasa
Laksa

Bahan kisar
*100g Cili kering
*2 biji bawang besar
*3 ulas bawang kecil
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci belacan

Bahan hiasan
Timun
salad
Bawang besar
Cili merah atau cili padi

 

Cara-cara:
1. Rebus laksa sehingga lembut dan toskan
2. Kisar bahan-bahan bertanda *
3. Rebus ikan bersama 3 liter air sehingga masak. Masukkan asam gelugor
4. Tapis ikan dan masukkan air rebusan ikan ke dalam periuk memasak. Masukkan semula asam gelugor
5. Asingkan isi ikan dengan tulang dan kepala.
6. Kisar tulang dan kepala ikan dan tapis. Masukkan air tapisan kedalam periuk mememasak. Ulang sehingga tulang bersih
7. Kisar isi ikan bersama air tapisan dan masukkan kedalam periuk memasak
8. Masukkan bahan kisar + bunga kantan + daun kesum
9. Masukkan garam dan serbuk perasa dan biarkan sehingga mendidih

*Kalau boleh masak lama sedikit sebab laksa ni makin lama makin sebati dan sedap!

Potong bahan - bahan hiasan dan taburkan keatas laksa sebelum letak kuah. Kalau masa ayah aku berbisness dulu, kiteorg jual dengan telur goreng. Sedap weiii




  

Makan bersama-sama kawan memang sedapppp :D

Bread baked pudding

Salam

Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam.
Feeling bulan puasa ni lain sket okeh.. mungkin sebab bukan penuh berkat. Kalau berdoa tu rasa sayu jer, senang je air mata nak jatuh.
Hafiz selalu kata bulan Ramadhan bulan yang malam-malam nya meriah. 
Semoga kita dapat menjani ibadah dalam bulan Ramaadhan sebaik mungkin :)

Kalau boleh kurangkan la membeli makanan dekat luar sebab kebersihan tak terjamin :( merana oo sakit perut makan makanan yang tak dimasak dari hati.............
 
Jom kita buat puding roti untuk berbuka jap lagi..senang sangat weiii

Bahan bahan:

(Bahan Roti)
7 keping roti (Aku guna Gardenia butterscotch, nak guna yang biasa pun buleh)
* 2 Cawan/500 ml susu segar (Aku guna susu segar dutch lady jer)
* 2 sudu gula
* 2 biji telur
* Sedikit Vanilla
*serbuk kayu manis (Aku letak 1 inci kayu manis)
4 sudu kismis
2 sudu butter (Cairkan)


(Bahan Sos)
1 tin susu cair
1 tin air (guna susu tadi)
2 sudu tepung custard
3 sudu gula

Cara-cara:

(Bahan Roti)
1. Campurkan bahan bertanda * dalam satu bekas. Gaul rata
2. Gaulkan kismis + butter (separuh) dan masukkan kedalam adunan
3. Potong roti kepada 4 bahagian dan masukkan kedalam adunan tadi dan biarkan seketika
4. Sapu loyang dengan butter dan masukkan campuran tadi kedalam loyang
5. Taburkan kismis (separuh lagi) dibahagian atas adunan
* Boleh taburkan apa yang sedap seperti badam  dan choc chip
6. Bakar dalam oven :)

(Bahan Sos)
1. Masukan susu + air kedalam periuk + gula dan gaul rata
2. Panaskan diatas api
3. Masukkan tepung custard dan gaul sehingga pekat (mengikut selera masing-masing)

Masukkan dalam petiais sebab sedap makan sejuk-sejuk... Tadaaaaaaa




Friday, May 24, 2013

Puding roti marble choclate

Assalamualaikum
Okeh, kalau balik rumah mentua rasa semangat nak mencuba resepi baru tu membuak-buak bukan sebab nak ambil hati. Nak cuba resepi baru kot kang tak jadi malu la aku tapi sebab adik adik hafiz sangat suka makan. Aku suka masak pada orang yang suka makan.
Balik cuti wesak kali ni aku try buat puding roti marble choclate. Yeay
Senang je nak buat nye. Meh
Bahan-bahan:
*4 keping roti gardenia
*1 cawan susu cair
*1/2 cawan susu pekat
*2 biji telur
*1/2 cawan air
*essen vanila
3 cawan air
1/2 cawan gula
10g serbuk agar-agar
2 sudu serbuk choclate ( bancuh dengan air panas)
2 sudu butter
Cara-cara :
1. Masak 3 cawan air + gula + serbuk agar agar sehingga mendidih
2. Pada masa yang sama kisar bahan-bahan bertanda *
3. Masukkan bahan kisar bersama air agar-agar
4. Kacau sehingga sedikit pekat
5. Masukkan 2 sudu butter
6. Asingkan kepada 2 bahagian dan satu bahagian lagi di campur dengan choclate
7. Masukkan kedalam bekas secara selang seli
8. Biarkan sejuk sekajap dan masukkan dalam peti ais
Siap. Yeay


Tata

Tuesday, May 21, 2013

Destinasi cinta - brunei


Assalamualaikum

Sejak bekerja dengan company aku sekarang ni, peluang nak outstation sangat lah terbentang luas. Tapi selalu nya local je seperti Kelantan, johor, pahang, terengganu dan lain-lain. Tetapi baru- baru ni company aku dapat projek dekat Brunei Darussalam.  Yeay dan tahniah kerana diberi kepercayaan sekali lagi.

Nama aku naik untuk staff yang akan kesana buat Installation dan Training. Yeay sebab ni la peluang aku nak melawat Brunei. Tak kisah la pergi sebab kerja tapi yang penting kita pandai la adjust masa untuk berjalan-jalan. bak kata orang putih kill two birds with one stone gituuu

Kebetulan masa tu, hafiz pun baru habis projek dekat Kuching so ada la peluang ajak dia teman. Nak pergi obersi sorang-sorang ni seram jugak la walau orang pergi dari Miri selamba je naik kereta kan.
Kerja aku bermula dari Isnin sampai la khamis sebab government Brunei kerja dari Isnin sampai Khamis, Jumaat cuti Sabtu kerja balik dan Ahad cuti balik.

Flight kami hari sabtu 30 March pukul 6.45 am. Kami sampai dekat Brunei International Airport pukul 9.05 am lebih kurang 2 jam 30 minit. Masa kami sampai airport  dalam proses major renovation. Pertukaran rancangan aku kena terus pergi kerja dulu dan settle dalam tengah hari tu baru la kami pergi check in Hotel.

# Brunei ada airport tax yer, so sebelum balik kena spare duit untuk airport tax sebanyak $13 seorang.

Borang arrival dan depature hendaklah diisi dan disimpan dengan baik


Semua sigbboard wajib ada tulisan jawi.
# Malam pertama kami stay dekat Travers Inn Brunei, aku booking daripada Agoda. Untuk superior room dalam $65 = RM  162 masa tu la.

# Dekat Brunei ni public transport agak susah ok, teksi dia ala-ala teksi sewa gitu susah nak tahan tepi-tepi jalan, bas dia sampai pukul 6 sahaja.

So, kami hanya melepak-lepak di bilik hotel sehinggalah staff dekat sana yang sangat baik hati sudi bawa kami pusing-pusing Bandar seri begawan. Malam tu dia bawak kami tunjuk jalan. Keesokkan hari nya, kami plan untuk sewa kereta.

Puan Mimi and her family yang sangat baik hati

#Kami tanya pada pihak hotel untuk sewa kereta dan aku mintak kereta yang paling murah. Dia kata ada Toyota Camry 24 jam untuk $60. Murah la kan tapi jangan convert ok. Tapi sebenar nya kalau direct dengan brader ni boleh dapat $40 je ceh hotel pow kami T_T

Sebenarnya $60 boleh dapat Mitsubishi lancer tau. Hotel jahat


Kereta sampai pukul 10 pagi, aku terus check out dari hotel Traders Inn. Aku akan stay dekat Times Square hotel pulak. Nasib baik la dekat sana bagus sebab boleh check in awal.

#Hotel Times Square Brunei ni best sket sebab dia bersambung dengan shopping mall. Aku booking online, sehari $80

Selesai je check in kami start la mengembara. Tempat pertama yang kami pergi ialah Masjid Omar Ali Saifuddin. Masjid ni betul-betul terletak dekat tengah bandar.  Tapi sebelum tu kami singgah makan dekat restoran nasi katok mama.

Katanya kubah tu diperbuat daripada emas. wow
Sekitar kawasan masjid ada tempan bersemanyan sultan. kot

Dalam masjid tak boleh ambil gambar

Shopping mall berhampiran masjid. Dekat sini la aku borong choclate
#Nasi Katok ni ada nasi putih, ayam goreng dan sambal je, macam makanan tradisi la. Sangat ekonomi tau $1 je.


Hai katok

Selepas itu, kami pergi melawat banggunan alat kebesaran sultan. Hafiz memang suka tempat-tempat macamni. layannnn

# Banggunan alat kebesaran sultan ni macam muzium yang simpan barang-barang isitiadat sultan dan hadiah-hadiah yang pernah baginda dapat daripada Negara lain. Masuk percuma tapi dekat dalam tak boleh ambil gambar ye.


Depan pintu masuk pun jadi lahhhh


Cuaca dekat Brunei ni boleh tahan juga panas terik nya mungkin tepi laut. Dekat sini terkenal dengan perkampungan air. Kami bercadang untuk melawat perkampungan air waktu petang sebab nak keseberang sana kena menaiki bot. Sebelum tu pekena air jagung ni dengan Bakso Brunei dekat tepi laut. segarrrrr

Hai si merah jambu
Hai si bakso. Lapar tengok gambar nie
# Banyak bot-bot laju yang boleh kita naik untuk ke perkampungan air. Bot-bot tu dipandu oleh penduduk tempatan untuk bawa penduduk ke bandar. Bayaran yang dikenakan 50 sen. Macam kami hari tu kena $10 untuk dua orang sebab brader tu bawa kami pusing-pusing sekitar perkampungan air itu.



Billboard pun dalam air tau

Senget bengek tudung kak ton

Berlatar belakangkan perkampungan air.

Kampung air ni lengkap dengan sekolah, bomba, balairaya, balai polis semua atas air tau

 Selepas itu, kami plan untuk melawat Istana Nurul Iman. Istana Besar Sultan Hassanal Bolkiah

Depan pintu gate je ker?
# Istana Nurul Iman ni kediaman rasmi Sultan brunei. Boleh dapat info daripada wikipedia
So, boleh ambil gambar pintu gate je la. hahaha

Seterusnya, kami hanya pusing-pusing Bandar seri begawan ni, kalau dekat Malaysia sewa kerata minyak ngam-ngam sampai petrol station je, tapi dekat sini minyak penuh oooo. Jalan nya tak susah mana pun. Lagipun Bandar nya kurang sesak sebab kawasan perumahan jauh daripada bandar. Bandar hanyalah untuk pejabat kerajaan dan kedai-kedai sahaja.

Kami singgah la beberapa buah Shopping Mall dekat Brunei ni, walaupun mereka Duty Free tapi tak ada barang yang best untuk shopping. Times square dia pun 2 tingkat sahaja. Memang tak ada banggunan yang tinggi-tinggi melebihi masjid tapi ada satu je yang aku tahu.





Tapi aku ada juga la terjebak membeli kain pasang curlass ko beli kain pasang dekat Brunei. Aku beli kain jenis sari dapat 6 meter $35 kalau convert pun masih berbaloi-baloi sebab kain dia memang sangat-sangat lembut. Staff dekat sana bagi tahu, kalau nak tempah baju melayu lelaki cuma $13 je boleh siap satu hari. Aku pun bergegas la cari kain untuk buat Baju Melayu untuk Hafiz.

Sebelah malam nya, kami sempat singgah bergambar depan Masjid jamek Brunei Darussalam.

Masjid Jamek Brunei Darussalam

Kami jugak singgah pasar malam Gadong. Kalau tak silap pasar malam ni dibuka setiap hari. Best juga pasar malam ni macam-macam makanan yang kita tak pernah jumpa di Malaysia ada dekat sini.


Nama dia dammit

Kami ada juga pergi jerudong park tapi nasib tak berapa baik sebab dah tutup. Lagipun masa tu hujan. Staff dekat sana bagitahu jerudong park tu dah tak happening macam dulu. Banyak permainan dah dijual dan rosak. So kami tak da la rasa sedih tak dapat masuk.

Penduduk tempatan dekat sini baik-baik belaka sangat la mesra. Kita pun terasa selamat je dekat sana antara sebab nya kita boleh selamba jerk tinggal Laptop dalam kereta sebab tak ada sesiapa nak curi. hehehehe

Tengok la ni, aku datang mengajar pun dapat cenderahati daripada mereka. Malu itew tau



Hafiz balik hari isnin, aku je yang stay sampai hari Jumaat. So, pergi kerja balik kerja dan melepak dekat hotel je la. Nasib baik Times Square Hotel ni ada shopping mall dan food court yang best. Ni feveret aku dimsum dan mochi


Kat Malaysia ada tak?

$2.20 satu. Sedap!

Kesimpulan dekat sini kemain ada kesimpulan macam karangan. Dalam dua atau tiga hari dah boleh settle satu Brunei ni. hiks. Walaupun Brunei ni bukan kawasan pelancongan tapi aku suka!

#Tempat Menarik
  • Masjid Omar Ali shaifuddin
  • Masjid Jamek
  • Istana Nurul Iman
  • Kampung Air Brunei
  • Jerudong Park
  • Pasar Malam Gadong

Tata