Thursday, December 7, 2017

Konichiwa Japan

Assalamualaikum

** Entry ni dah lama jadi draft dalam blog aku. Aku pergi Japan Sept 2016 hehehe. Lepas setahun baru update. terokk abiss


Koniciwaaa!

Sebenarnya Japan tak pernah masuk dalam list travel aku. Hehehe sebab aku dah pernah pergi Korea, so macam sama je la kan. Tapi Hafiz beria-ria nak pergi Japan. Macam tempat impian dia lah. Dan aku perhatikan sesapa yang pernah pergi Japan mesti akan pergi lagi. So mesti sesuatu tau Japan ni.
Macam biasa, AA promo dan tetiba aku ada duit sikit. Hahaha aku pun pergi booking tiket. Sebab selalunya aku akan pergi satu negara tu sekali je patut aku cover semua tempat skali harung. So aku beli tiket landing dekat Osaka dan balik nanti daripada Tokyo untuk 7 hari 6 malam. Macam biasa la beli tiket setahun awal, memula aku berdua je dengan Hafiz tapi akhirnya bertambah jadi 4 orang sebab adik Hafiz dan kawan aku Aziyan nak follow sama. Pada mulanya trip ni bakal postpone atau batal sebab aku mengandung. Tentu aku dapat halangan nak travel tapi Allah dah tentukan, aku miscarriage so trip kali ni ON macam biasa hehehe

Entry kali ni aku share dulu budget dan details untuk kesana. Nanti baru aku share itinerary kat Japan yang super panjang. 

Flight Ticket
bye bye

Tiket aku beli RM1400 untuk 2 orang. Dalam 700 seorang. Boleh dapat murah lagi tapi sebab aku beli one way tiket (Turun Osaka dan Balik Tokyo) so jadi mahal.

D7536 - Kuala Lumpur (KUL) – Osaka/Kansai (KIX)
Wed, 28th Sep 8:00 AM – Wed, 28th Sep 3:40 PM

D7523 – Tokyo/Haneda (HND) – Kuala Lumpur (KUL)
Tue, 4th Oct 11:45 PM – Wed, 5th Oct 6:10 AM

Total untuk flight tiket adalah RM700 perpax

Accommodation
Untuk Accommodation pulak, hotel dekat Japan ni sangat lah mahal. Bilik sekangkang kera pun dah mahal. Macam biasa kalau travel aku tak amik hotel yang mahal. Asal review ok, bilik air bersih dan location okey so memang terus grab.

Hotel yang murahan ni pulak tak banyak pilihan. Yang hado semua mahal-mahal belaka.

Kami tak menetap dekat satu tempat je, akan ke beberapa daerah seperti Osaka, Kyoto dan Tokyo. So kena siapkan itinerary betul-betul dulu baru boleh booking hotel. Semua hotel aku booking through Agoda dan Booking.com

#Osaka
Dekat Osaka kami menetap dekat Hotel SunPlaza untuk tiga malam. Hotel ni tak ada katil ada tatami je. Maknanya tido atas tilam beralaskan tikar je. Bilik air pun dekat luar. Dekat dalam bilik cuma ada tilam, bantal, tempat penyidai, TV dan Peti ais. Hotel ni boleh tahan bersih dan selesa. Ada kemudahan microwave oven dan Air panas. Tapiii yang paling tak best masa nak mandi, rupa-rupanya bilik air yang free ada waktu tertentu dan waktu-waktu yang disediakan sangatlah tak best sebab bila travel awal pagi kite dah gerak, tapi bilik air yang free cuma bukak selepas pukul 9 pagi dan tutup sebelum 9 malam. Nampak tak? dah tentu-tentu la bila berjalan tengah malam baru balik. Tapi jangan risau ada bilik air berbayar yang disediakan. 100 yen untuk 5 minit hahahaha

3 nights at Osaka = RM225 per person
Hotel SunPlaza
557-0004 Osaka Prefecture,
Osaka, Nishinari-ku Haginochaya 1-2-22, Japan


cenonet je bilik nye. jadilah untuk tidur


#Kyoto
Dekat Kyoto kami akan menetap cuma satu malam sebelum berangkat ke Tokyo. Dekat Kyoto kami pilih Kessei Guest House. Good review dan hostel ni bersih. Sebenarnya hostel ni adalah rumah. Memang dekat kawasan perumahan orang pun. Hostel ni sangat bersih dan kebetulan masa kami datang tak ada tetamu lain kecuali kami. Sebab kami check in dah malam, tuan rumah pun dah balik. Dia cuma tinggalkan nota suh buat macam rumah sendiri hahaha. Tapi yang tak best pasal hotel ni, jauh sikit dari jalan besar dan agak payah nak cari. Nasib baik dalam kegelapan malam, kami menyeret badan ada papa Nobita datang membantu kalau tak tido tepi jalan je lah.

1 night at Kyoto = RM150 per person
Kessei Guest House
25-17, Imagumanohiyoshicho,
Higashiyama, Kyoto, Japan 605‐0925

Guest house ni macam homestay. Lawo 


#Tokyo
Dekat Tokyo kami akan menetap satu malam sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Ini antara hotel terbaik dan sangat menyerupai hotel hahaha. Semua benda dalam bilik. Lokasi pun bagus harga pun bagus jugakkkk.

1 night at Tokyo = RM192 per person
Hotel Nihonbashi Villa
103-0002 Tokyo Prefecture,
Chuo-ku Nihonbashi Bakurocho 2-2-1, Japan.  

Kalau diikutkan kami berada dekat Japan selama 6 malam tapi kami cuma tidur dekat hotel selama 5 malam. Ada satu malam tu kami akan naik overnight bus daripada Kyoto ke Tokyo.


Nak bentang sejadah pun tak buyehh

Total untuk Accomodation tiket adalah RM569 perpax

Food and Beverage
Untuk makanan pulak, memang dah jangka makanan dekat sana mahal. So memang kena tapau makanan segera daripada Malaysia. Macam biasalah Brahim pilihan hati, selain maggi dan roti. Dekat sana kami ada la pasang angan-angan jugak nak try japanese food macam Mee udon, takoyaki kan. So budget seperti dibawah. hehehe

RM100 untuk membeli makanan daripada Malaysia. So kena susun betul-betul menu makanan dan budget makan apa yang hendak dibeli dan dimakan. Takut tak cukup atau berlebih nanti buat berat beg je. Kami beli nasi segera dekat 7eleven/family mart dekat Japan, nanti cuma panaskan dalam microwave dan makan dengan lauk Brahim. Masing-masing kena bawak tupperware sendiri dan nanti singgah dekat mana-mana park terus je makan. Ada jugak beli nasi goreng brahim. Ada macam-macam jenis. sedap dan kenyang pulak tu. Easy going pulak tu. Pagi-pagi sebelum keluar panaskan dalam microwave dekat hotel, masukkan dalam tupperware dan angkut. Bila lapar terus ngap. Untuk breakfast pulak sebelum keluar makan siap-siap dekat hotel. Jangan lupa bawak jajan sebab jalan banyak lapar sokmo kat sana mana ada orang jual goreng pisang, kot ada pun makanan depa mahal gilos atau tak halal. Paling-paling pun aku layan makan onagiri beli dekat family mart atau 7eleven. Amik flavor tuna. sedap yakmat. Memang lain dengan rasa dekat Malaysia. Total collection untuk food dan beverage adalah RM200 seorang.

  • Food bought from Malaysia (Maggie, Brahim, 3+1, AA meals, etc) = RM100
  • Japanese food (Sushi, Takoyaki, Mee Udon, Kebab/creeps) = RM100
Mee Udon I miss u

Total untuk food and beverage adalah RM200 perpax

Pass and Transportation fare
Okeh, walaupun transportation dekat Japan ni canggih tapi harga nya boleh tahan jugak yer. Kalau ke Japan budget pengangkutan kena belanja lebih sikit.

#Osaka
Kansai airport to Shin-Imamiya station = 920JPY / RM40
  • Tiket train daripada Kansai airport ke station paling dekat dengan hotel kami (Shin-Imamiya station). Ada banyak pilihan sebenarnya tapi kami pilih train ni sebab ada station yang dekat dengan hotel kami. Train ni mcam ERL.
Osaka-Namba station to Kintetsu-Nara station = 1120JPY / RM50
  • Tiket train pergi dan balik daripada Osaka ke Nara Station. Selain daripada Kintetsu kita boleh naik JR lines. 
Osaka Amazing 2 days Pass - 3000JPY/ RM120
  • Okeh pass ni memang sangat berbaloi okeh. Sebab pass ni cover lebih kurang 30 attractions secara percuma dekat Osaka dan termasuk transportation sekali. website click here 
Shin-Osaka Station to Kyoto Station = 1420JPY / RM60
  • Tiket train shinkasen daripada Osaka ke Kyoto. Merasalah naik walaupun cuma 10 minit je dah sampai hihi. Ada banyak lagi option yang lebih murah. Boleh naik keretapi biasa tapi kami nak merasa naik shinkansen terpaksa la bayar mahal sikit hehee
Merasalah naik shinkasen. Tengok muncung dia

#Kyoto
Kyoto City bus One day pas - 1000JPY/ RM40
  • Kami beli pass ni semasa dekat Kyoto. Pass ni cuma cover bus dekat Kyoto dalam kawasan flat fare zone. Pengangkutan utama dekat Kyoto adalah bus. Train sangat kurang. Jadi memang wajib beli pass ni untuk lebih jimat.
Kyoto Station to Saga-Arashiyama Station = 240JPY / RM10
  • Tiket train untuk ke Saga Arashimaya Station
Saga Torokko station to Kameoka Torokko station = 600JPY / RM25
  • Ini tiket untuk romantic train. Pada aku tak romantik pun sebab laju giler. Kami ambik sehala je.
Romantic train.

Kameoka Torokko station to Arashiyama Torokko station = 240JPY / RM10
  • Tiket untuk patah balik ke Arashiyama station. Tiket ni lebih murah
Kyoto Station to Inari Station = 140JPY / RM6
  • Tiket untuk ke Inari station. Tempat yang ada tiang-tiang warna oren tu
Inari Station to Kyoto Station = 140JPY / RM6
  • Tiket untuk patah balik ke Kyoto Station dan naik overnight bus ke Tokyo
Overnight bus from Kyoto to Tokyo - RM280 per pax
  • Memandangkan kami nak jejakkan kaki ke Tokyo dan akan balik dari Tokyo, jadi kami kena beli tiket bus yang bapak mahal ni. Hahaha padahal bukan la jauh sangat pun dalam 7 jam perjalanan je. Banyak option lain nak ke Tokyo sebenarnya. Boleh naik domestik flight yang harga nya lebih kurang naik bus kalau beli awal dan boleh naik shinkanshen. Tapi naik shinkansen sehala je dah RM500. So memang tak berbaloi. Kami pilih overnight bus sebab kami nak tidur dalam bus dan esok pagi dah boleh terus jenjalan. Jimat satu malam untuk hotel. Bus dia selesa tapi agak sempit untuk luggage. Ada tandas dan sangat punctual okeh. Kami pilih willer express. Website click here 
Overnight bus. ada kelambu

#Tokyo
Tokyo Metro 24-hours Ticket - 800JPY/RM35
  • Semasa dekat Tokyo kami beli pass ni untuk transportation. Unlimited pass ni valid untuk semua subway lines bawah syarikat Toei dan Tokyo Metro je. Untuk JR lines tak buyeh yer. Dekat tokyo ni agak pening sikit tengok lines dia sebab terlalu banyak jenis trains dan melingkau-lingkau.
Shinjuku Station to Hotel Nihonbashi Villa = 170JPY / RM7

Hotel Nihonbashi Villa to Odaiba = 340JPY / RM15


Statue of Liberty Tokyo to Hotel Nihonbashi Villa = 340JPY / RM15


Takeshita Street to Shibuya Station = 140JPY / RM6


Shibuya Station to Haneda International Airport = 580JPY / RM25



#Hakone
Hakone Freepass + Surcharge Romancecar (1-ways)  - 6030JPY (5140JPY + 890JPY) / RM250
  • Odakyu Line Express (normal fare) from Hakone-Yumoto to Shinjuku already included in the freepass. Pass ni kami beli untuk ke Hakone daripada Tokyo. Untung tau pakai pass ni sebab cover pelbagai transporation dekat hakone. 

Total untuk pass dan transportation fare adalah RM1025 perpax

Admission Fees
Masa nak buat itinerary mesti lah tahu lakosi atau attraction places yang kita nak pergi. Masa tu kena check sama ada tempat tu termasuk dalam pass atau kena beli tiket asing. 

#Kyoto

  • Kiyomizudera Temple - 400JPY / RM17
  • Kinkakuji (Golden Pavilion) - 400JPY / RM17
Total untuk admission fees adalah RM34 perpax


Locker
Percutian ke Japan kami tak stay satu tempat dan banyak pindah randah. Kadang-kadang kami sampai daerah tu sebelum waktu check in hotel. Jadi kami terpaksa letak luggage dan bag kami dekat locker. Takkan nak angkut beg sebesar-besar anak gajah tu jenjalan. Patah tulang belakang. hihi
Dekat Japan locker ni sangat mudah dijumpai okeh dan sangat canggih.



  • 2X Kyoto station – 1400JPY / RM15 per person
  • 2X Shinjuku station – 1400JPY / RM15 per person


Total untuk locker adalah RM30 perpax

Estimation Grand Total = +-RM2558 perpax

Ni cuma estimation dan guideline perbelanjaan sebelum kami berangkat yer. Dan sudah tentu ada pertambahan sebab tersalah beli tiket train, sesat, tetibe naik teksi :p dan pertukaran plan. Yang penting kena ada guideline supaya budget kite tak tersasar jauh. Japan memang kena ada budget yang agak besau yer. Kami yang dah sehabis jimat ni pun habis almost 3k sorang termasuk tiket flight. 

No comments:

Post a Comment