Friday, January 12, 2018

Nur Hasya Ariana binti Mohd Norhafiz

Assalamualaikum

Lama nya tak update. Post percutian ke Japan pun tak siap-siap. Tapi aku tetap sayang blog aku ni. hehehe
Aku baca je komen-komen yang ditinggalkan. Kebanyakkan kisah IUI aku la. Ramai je kawan-kawan yang berusaha nak dapatkan zuriat sendiri.

Kisah perjalanan TTC (Try to conceive) aku --

2012
Aku dan suami diijabkabulkan. eceh
Tapi bulan demi bulan masih belum ada tanda nak pregnant. Kawan-kawan yang saing2 berkahwin semua dah morning sickness. Okeh la orang kata baru lagi kan. Belum setahun lagi. Tambahan tiga bulan lepas kahwin hafiz dah start kena outstation jauh-jauh. Jumpa on weekend je. Masa kena outstation dekat Sarawak jumpa dua minggu sekali je. Kalau jumpa pun masing-masing dah letih. So orang kata PJJ pun salah satu faktor menyumbang lambat dapat anak --

2013/2014/2015 
Lepas setahun, kami terus jumpa pakar. walaupun ada yang kata masih awal. Macam2 usaha kami buat. Laparoscopy surgery, jumpa ustaz, mengurut, makan ubat, makan supplement, IUI. Pantang orang kata ada tempat bagus kami pergi, supplement tu bagus kami makan. Semua usaha bertambah susah bila Hafiz masih lagi kena outstation jauh-jauh. Sejarah IUI, Laparoscopy semua ada dalam blog ni. Dalam tempoh ni orang lain semua habis duit beli keperluan anak tapi kami habis duit nak usaha dapatkan anak. Bahagian masing-masing yang penting kena positif dan usaha. Duit dan masa semua macam air. Cost rawatan untuk fertility insurance tak cover yer so memamg kena pandai-pandai sendiri. Kalau rasa ada lebih sikit boleh terus pergi private hospital, kalau tak ada boleh je pergi government hospital tapi kena bersabar sikit lah. Orang kata setimpal la dengan apa yang kite bayarkan. Setelah 3 tahun all out akhirnya kami memperlahankan usaha dan redha. Sebab utama aku kesian dekat badan aku ni, asik kena cucuk sana sini. Makan ubat itu ini. Buat rawatan fertility ni umpama kite berharap so bila tak jadi kite akan rasa sedih dan kecewa. Itu normal. Bukan tak percaya pada rezeki dan qada dan qadar. Tapi sebagai manusia biasa kite mesti akan rasa sedih. Cuma bila selalu berhadapan dengan ujian macamni, kite akan lebih kuat, belaja erti redha, bersabar dan jangan mudah putus asa. Allah uji sebab Allah sayang. Dengan ujian Allah kita akan tahu sejauh mana kekuatan kite. Ini aku dengar DMFK cakap dalam radio pagi tadi. 

Aku perasan dekat sini masa kami tengah kusyuk buat rawatan. Allah bagi rezeki gaji yang lumayan sebab hafiz asik outstation. Aku pun sama. Setiap bulan ada je kena keluar. So duit memang ada dan dapatlah kami buat rawatan dengan pakar dekat private dan dua kali buat IUI. Tapi belum ada rezeki anak --

Tahun 2015 jugak aku dapat perkhabaran duka yang aku kena VSS sob sob. Ini pun salah satu sebab kena kami memperlahankan rawatan. Tapi dua minggu je aku jadi penganggur lepas tu terus dapat kerja jadi cikgu sementara dekat sekolah depan rumah. Heaven giler. Tak payah bersesak dengan jammed. Budak sekolah cuti aku pun cuti. Masa ni hafiz outstation dekat Bintulu. Ada lagi dua bulan aku keje jadi cikgu lepas tu aku dapat tawaran keje dekat tempat aku keje sekarang ni. Alhamdulillah

Semua citer rawatan yang lebih details ada dekat previous entry.


2016 
Walaupun memperlahankan usaha bukan bermakna berhenti berusaha. Last option kami nak buat IVF. Register dekat LPPKN. Aku call bulan dua belas dan dapat first appointment bulan dua. Kira oklah tu kang aku kata kalau dengan government clinic kena banyak bersabar dan kena rilex2 je. Sebab kami pun nak memperlahankan usaha so kite pun rilex-rilex jelah. Walaupun dekat LLPKN kalau nak buat IVF kalau tak ada 10k jangan nak berangan. So jangan pandang enteng usaha org buat IVF yer. Bersyukurlah kalau korang boleh dapat zuriat tanpa perlu mengeluarkan belanja. Bukan orang yang buat IVF ni tak power atau tak pandai tapi dah takdirnye begitu. Yang penting ada usaha dan bekerjasama satu sama lain. Rawatan fertility ni dua-dua kena bagi commitment. Bukan isteri sahaja yer. Suami jangan malu. Dan tak ada apa perlu dimalukan. U did a good job. Eh panjang pulak membebel haha
Memandangkan tabung ayam kami belum penuh. Kami rilex je dulu. Bulan tiga doktor dekat LPPKN suh check semula tiub fallopion aku. So ini kali kedua aku buat HSG test, aku buat dengan doktor yang sama dekat KPJ Tawakal. Doktor perempuan so tak ada la segan sangat yer. Tapi tetap segan jugak yer. Result lagi worst dari dulu. Both masih tersumbat. uwaaaaa tapi aku redha la sapa suh tak jaga makan dan tak rajin buat senaman. Tapi doktor cakap bukan totally tertutup cuma sempit. Jadi doktor suggest kami buat IUI lg skali. Tapi kami rilex2 dulu sebab bulan empat ada plan nak berjalan huhu. Bulan May aku tetibe sakit perut dan melalui 2nd laparoscopy. Doktor yang merawat aku kata semua dah clear dan suruh kami cuba naturally. Sebulan lepas tu selepas hampir 5 tahun we got our 1st double line. Kami berdua blur dan gembira opkos tapi Allah the best planner. Dua bulan lepas tu aku miscarriage. **Aku ada citer pasal ni dekat previous entry** Sedih yakmat tapi kami redha. Bulan 10 kami dapat pergi Japan. hikmah kot


2017
January we got our 2nd double line. Kali ni pun terkejut. Lepas 6 bulan tanpa ubat supplement tetibe lekat.  Sintom yang sama lepas bersama ada bleeding walaupun belum tarikh period. Bila aku pergi check dan Alhamdulillah. Kami terus pergi klinik tapi sebenarnya time tu belum lagi time delay period. So doktor cakap too early. Suruh tunggu lagi dua minggu dan datang scan. Tapi dugaan nak lepas 1st tri sangat mencabar. Beberapa kali bleeding dan kena GDM. InsyaAllah ada masa aku citer pengalaman aku kena GDM (diabetis semasa mengandung).

Selepas sembilan bulan bersama jarum dan insulin. Berkodi-kodi appointment dengan doktor. Enam hari warded di HKL, Mengetepikan craving dan gian nak berjalan. Tanggal 19 Sept 2017 Akhirnya we received our little angel sent from above. Alhamdulillah

Meet our Nur Hasya Ariana binti Mohd Norhafiz


Height : 52 cm abd wight : 3.48 kg


Mama dan ayah sayang awak dunia akhirat. Jadi anak yang baik, solehah, hormat orang tua dan disayangi ye. Muahhhhh

Faktor-faktor yang aku rasa kenapa aku berjaya mengandung :D

1. Allah kata masanya telah tiba. Kalau belum rezeki memang takkan dapat yer. Sebab anak ni rahsia Allah yer.

2. Masa ni kerja hafiz agak slow sebab pasaran oil and gas merudum. So dia tak ada kena pi ourstation dan hanya di KL. After 5 years, ini lah kali pertama hafiz ada dekat KL lebih daripada enam bulan tanpa pergi kemana-mana. Perasaan bila suami ada disisi tu lainmacam sikit yer, hati pun gembira je. Jadi telur pun gembira nak membesar hahahaha :D

3. Lepas aku buat laparoscopy, semua anasir dalam perut aku dah clear. Even tiub Fallopian aku pun dah tak sumbat. Tambahan doktor ada advice hafiz makan supplement. Supplement tu memang bagus untuk orang lelaki uhuk2. 

4. Lepas keguguran yang pertama aku ngan hafiz kengkonon nak amalkan gaya hidup sihat. Gigih tau pepetang lepas kerja tukar baju senam dan berlari 2KM dekat tasik perdana. Gamaknye la ini jugak penyumbang 

5. Pehtu aku makan kurma ajwa ngan minum banyak air masak. Sehari hampir 3 liter. Memang dok ulang alik ke toilet. Aku ada amalkan susu kambing tapi aku minum hok serbuk ja. Banyak dah dekat pasaran tak payah susah-susah nak cari yang original kang kot meloya haha

6. Enjoy the moments. Jangan stress. Buat je aktiviti yang kite suka yer. Lepas aku gugur ritu, aku ada booking tiket ke India. Sebelum nak mengandung kali kedua tu aku enjoy baca blog tentang percutian ke India dan buat itinerary. Buat itinerary pun aku dah happy belum lagi kena pi sana hahahaha : D

Aku rasa itu je la kot disamping doa yang tidak putus-putus dari kami suami isteri dan keluarga semua.

Terima kasih sudi membaca. Ada apa-apa soalan tanya je. InsyaAllah aku jawab nanti. Doa kan Hasya menjadi anak yang baik dan sihat ye. Amin

xoxo




13 comments:

  1. Tahniah sis..sy pn ttc mcm sis jgk..almost 7 years..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Jangan berhenti berusaha dan berdoa. InsyaAllah

      Delete
  2. tahniah sis!. rezeki dah kunjung tiba...sama jugak dgn saya selepas penantian almost 4 years, Alhamdulillah iui saya berjaya dan baby girl pun selamat dilahirkan :))

    ReplyDelete
  3. Ya Allah menangis terharu dan bersedih juga atas perjalanan awak ni. Saya masih lagi ttc bersama suami. . Dan pernah keguguran juga. Tu mgkn syahdu lebih sikit. Moga Allah melimpahkan rahmat atas keluarga awak. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kalau dah pernah mengandung tu kebarangkalian nak mengandung lagi tinggi. Take care

      Delete
  4. Tahniah!! Comelnya... Sy jgk ttc almost 12 yrs & keguguran 3 kali.last gugur baby dah besar 5 Bulan dlm perut.Allah maha adil.walaupun sy Masih Belum Ada anak, tp Allah buktikan sy boleh boleh mengandung naturally.doc mmg suruh buat iui, tp sy Rasa Belum Ada kekuatan utk berdepan lg dgn kegagalan.Allahuakbar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kalau dah pernah mengandung tu kebarangkalian nak mengandung lagi tinggi. Anak ni rezeki dan pinjaman dari Allah. Kalau tiba masanya insyaAllah akan ada nanti. Jangan berhenti berusaha
      Take care

      Delete
  5. Alhamdulillah.. tahniah sis.. doakan sya supaya cekal kan hati.. 4th ttc . Dah ada 2 anak syurga. Masih menanti peneman didunia �� .

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kalau dah pernah mengandung tu kebarangkalian nak mengandung lagi tinggi. Jangan berhenti berusaha. Take care

      Delete
  6. Boleh Saya tny apa supplement suami puan ambil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tribestan
      Tapi yang ni kena dapt prescription dari doktor.

      Delete
    2. blh saya tahu buat laporscapy tu utk apa...n then kalau 1 tiub terseumbat macamana cik izah blh clearkan tiun tersebut

      Delete