Monday, January 16, 2017

Pregnant, miscarriage dan MHM

Assalamualaikum

Dulu masa awal-awal perkahwinan, memang teruja nak check UPT setiap kali lewat period. Sebulan dua bulan dan sehinggalah setahun. Kami ambil keputusan nak buat checkup. Bila dah start buat checkup dan dah menjalani macam-macam procedure. Laparoscopy, HSG, IUI makan ubat urut sana sini. Cucuk sana sini. Tapi masih belum berjaya. Setiap kali period datang aku nangis. Hati ni hanya Allah je yang tahu. 

Mental down. Semua orang tak dapat tolong kecuali diri kite sendiri. Kuatkan semangat percaya pada qada dan qadar. Rezeki Allah tu luas. Saban tahun kami suami isteri jadi semakin matang, hidup mesti diteruskan. Apa yang kite nak buat kalau Allah belum bagi anak? Meratapi? Guling atas lantai?
Semua tu takkan ubah takdir. Apa yang aku dengan hafiz buat adalah berdoa, berusaha dan menjalani kehidupan seperti biasa. Mulut orang? Persetankan

Tipulah kalau kata tak sunyi. Tapi aku isilah kesunyian tu dengan benda yang aku suka. Seperti tengok cerita Korea ke hehehe Tipulah tak terasa hati dengan kawan-kawan sebab ayat yang biasa aku dengar kalau aku buat apa-apa aktiviti. "Ko bolehlah belum ada anak". Hello ini bukan yang aku mintak tapi ni yang Allah bagi. Ko pernah rasa ke perasaan tak ada anak? Nak rasa ke?
Tipulah tak jatuh kesian pada suami, dan keluarga mentua aku sebab belum ada cucu.

Tapi semua tu aku dah tak fikir lagi. Sebab diluar kawalan aku. Sebab aku percaya kalau pergi doktor yang terbaik pun kalau belum rezeki Allah tak bagi jugak. Tapi jangan berhenti berusaha yer. 

Tahun 2016, kami start appointment dengan LPPKN. Sebabnya sekarang ni dah tak kisah appointment lambat ke cepat. Pasal LPPKN nanti aku citer. Masa rawatan dekat LPPKN yang paling menyedihkan aku ada repeat buat HSG dekat tawakal hospital tapi doktor kata keputusannya agak mengecewakan. Tiub Fallopian aku tersumbat semula. Lebih teruk daripada yang dulu. Padahal lepas laparoscopy dulu tiub dah ok lepas aku amik lucrin. Down  
So IVF lah jalan penyelesaiannya. Nak buat IVF dekat LPPKN tapi tabung belum cukup so kami postpone dulu apa-apa rawatan. 

Bulan May, tengah aku siap-siap nak pergi kerja tetiba perut aku sakit yakmat, Aku pernah rasa sakit cmni sebelum buat laparoscopy. Memang rasa nak matikk. Meleleh airmata aku. Hafiz terus cakap tak payah kerja dan pergi klinik. Dekat klinik doc scan perut aku tapi sebab bukan doktor pakar dia tak nampak apa-apa. So dia suggest aku pergi ke hospital. Aku nak pergi hospital pusrawi tapi tak ada doktor perempuan. Kebanyakkan gynee dekat KL ni adalah lelaki. So aku try call hospital pantai nak jumpa dengan Dr. A semula tapi Dr. A tengah cuti masa tu. So aku tanya doktor perempuan mana yang available. Nurse tu cakap Dr. Aqmar suraya so aku pun proceed je lah.

Lepas lunch aku pun jumpa lah dengan Dr. Suraya. Dia scan perut aku macam biasa dan nampak ada ketulan sebesar 5 cm dekat ovary aku. Sebab tu lah aku sakit. So dia nasihatkan aku supaya remove ketulan tu. Kena buat laparoscopy. Again!
So dia setkan tarikh laparoscopy lagi dua minggu. Aku redha je lah sebab aku bukan jenis penakut tapi orang dekat sekeliling aku lah yang macam cuak-cuak je sebab nak operate kali kedua.

Cyst sebesar 5 cm
Laparoscopy kali kedua went well. Aku tak ada malasah dengan insurance dan sebagainya. Operation pun berjaya. Tapi yang pelik doktor kata tak ada pun ketulan 5cm tu. Jenuh dia mencari hahaha. Cis macam sia-sia lak aku buat laparoscopy. Katanye mungkin ketulan tu dah pecah. Tapi aku tengok dekat dalam video rakaman tu memang ada ketulan kecik tapi dah tinggal size 2 cm dekat ovari. Yang tu dah berjaya dibuang. Tapi yang mengejutkan dia kata tiub aku tak tersumbat dan dia berjaya flush. Lepas tu kata nye ovari aku dah cantik. Alhamdulillah

Aku dapat MC 21 hari. Yabedabedu. Aku naik kerja semula 1st day puasa dan masa tu jugaklah period aku menjengah. Masa followup tu doktor taknak aku makan apa-apa ubat. Since dia tahu aku nak buat IVF tapi tabung tak penuh dia suruh aku buat secara natural. Dia suggest kan suami makan Tribestan. Ubat ni bagus untuk sperm suami yer. Dia siap call prof dia dekat HUKM untuk mintak pendapat. Aku pulak dia suruh makan Metformin. Metformin ni bagus untuk PCOS nak control gula yer. 

So kami pun ok lah. First day kerja, first day puasa tapi aku tak boleh puasa, Tak boleh puasa tapi kalau dah semua orang berpuasa mestilah ko tak leh makan. So aku pun makan la ubat tu sebelum pergi kerja, sampai kerja aku mengalami cirit birit yang amat dasyat. Lembik badan aku wei. Mengalahkan orang berpuasa. Tak pernah-pernah aku tidur dekat office. Dah la ari pertama masuk kerja lepas MC panjang.

So aku stop la makan ubat tu dan menjalani kehidupan berpuasa seperti biasa sehingga pertengahan bulan ramadhan Ayah aku dijemput ilahi. Ada dekat previous post. Aku amik cuti panjang sehingga hari raya. Lagipun masa tu lagi 9 hari nak raya kan.

Beberapa hari sebelum raya tu, aku mengalami masalah buang air kecil. Asyik keluar sikit-sikit. Merana aku dalam bilik air. Masalahnya pagi-pagi ok tapi berganjak pukul tiga start la sakit dan berulang alik ke tandas. Dah pukul 3 nak makan atau nak minum pun rasa sia-sia so aku terpaksa meneruskan puasa. Akhirnya aku tewas, pergi ke klinik dan doktor cakap memang biasa terjadi sebab bulan puasa kita kurang minum air. Aku pun ok je lah walaupun sebelum-sebelum ni tak pernah jadi pun. Yelah dah berapa puluh tahun pulak aku berpuasa.

Sebelum puasa aku dok berkira-kira yang aku akan datang period awal bulan dan akhir bulan. So sepatutnya banyak la yang aku ganti. Tapi aku pelik jugak napa period aku tak datang-datang. Tapi sebab dah menjalani kehidupan selama empat tahun ni bila check negatif memanjang so aku buat tak tahu jelah.

Lepas ayah aku meninggal mak aku selalu buat tahlil time berbuka. Makanan semua sedap-sedap termasuklah air tebu dan air gas. Aku layannnnn je

Hari raya menjelma. Hari raya paling sedih sebab ayah dah tak ada. Kami sambut jugak cuma tak berapa meriah. Cuma yang bestnya semua adik beradik aku ada. Semua postpone balik kampung. Turn beraya dah jadi kucar kacir. hehehe

Raya tanpa ayah sobs

Sebab terlalu  busy selepas ayah aku meninggal dan hari raya pulak tu, so kami memang tak ada masa nak bersama. Tapi bila ada peluang, keesokkan harinya dekat panties aku macam ada blood stain. So aku ingat aku dah nak period lah. Sebab dah delay beberapa hari ni. Sepatutnya datang time hujung posa tapi takada. Lepas raya pun tak ada. Biasanya lepas kuar blood stain , akan kuar period yang banyak tapi kali ni tak ada. Aku pun solat macam biasa. Bila dah balik KL sebab cuti raya dah habis. Hari isnin kalau tak silap. Dah dapat katil sendiri kami pun ada lah bersama lagi, Again kuar lagi blood stain tu. Time ni aku dah mula syak yer. 


Aku terus korek UPT stok lelama aku dalam kotak. Tapi tak ada. Yang ada cuma HCG test. Aku beli bundle untuk test time kesuburan. Time tu berkobar-kobar tapi sekarang dah malas so benda tu berlambak-lambak lah. Aku pun just try celup je. Sebab ada orang kata, HCG test kalau kite buat test tu selepas waktu subur kiranya waktu sepetutnya kite period tapi kuar double line maknanya mengandung. Tup tup aku buat memang kuar double line. Aku terkejut yakmat. So aku rilex-rilex je dulu. Aku berusaha cari kot-kot ada UPT test terselit-selit. Sekali jumpa! Yeay terus buat test malam tu jugak tak payah tunggu subuh-subuh. Sekali memang terkejut bila kuar double line. 4 tahun beb aku tunggu. Terus jerit panggil Hafiz. Tapi reaksi dia macam blur hahaha. Sebenarnya aku pun blur. Nak kata teruja sangat tu tidak lah lebih pada terkejut. 

Aku ajak Hafiz g klinik. Hafiz kata rilex dulu takkan nak pergi memalam ni. Dasar tak menyaborkan. Malam tu aku tak boleh tidur tau. Macam-macam aku fikir. Seram sejuk pun ada. Esoknya aku buat keputusan nak pergi klinik. Aku tahu hafiz taknak aku terlalu teruja kang kot salah aku sedih. Tapi aku cakap dekat dia, aku ni jenis yang tak suka hidup dalam tertanya-tanya. Dulu lambat sangat dia approach aku sebagai GF, aku yang tanya dia apa status aku sebenarnya hahaha. So, kali ni pun aku tak suka bertanda tanya. Kalau mengandung Alhamdulillah kalau tak kena tahu lah kenapa period aku tak datang-datang lagi. Aritu lepas laparoscopy, sebulan lepas tu cun je kuar terus, la ni dah sangkut pulak. 

So Hafiz pun akur dan suh aku buat appointment petang tu. Aku call klinik Dr. Aqmar, biar doktor yang sama sebab baru sebulan aku buat laparoscopy dengan dia kalau ada apa-apahal senang la dia nak adivce. Petang tu kami jumpa dia. Dia macam terkejut sebab kalau ikutkan appointment untuk follow up laparoscopy lagi sebulan. So aku ceritalah apa yang terjadi. Dia macam excited sangat. Macam tak percaya tengok UPT aku tu. Aku snap gambar la tak ada la aku bawak kehulu kehilir. Siap tanya UPT aku tak expired kan hehehe. dan dia ajak aku buat scan terus

Berdebar-debar tau masa ni, sekali dia scan aku dengar mulut dia cakap "Alhamdulillah, itu dia" aku macam tak paham sangat sebab hitam putih je yang aku nampak. Rupa-rupanya dah nampak katung T_T
Ya Allah meleleh air mata aku wei. Aku tengok doktor pun macam gembira sangat. Hafiz pun gembira tapi blur. Masa tu doktor kira dah 5 minggu. Ya Allah dah 5 minggu budak kecik ada dalam perut aku. 

Masa dah duduk dekat meja doktor dan nak dengar apa nasihat doktor. Hafiz boleh kuar soalan yang sangat blur. Dia tanya "Berapa percent mengandung ni doktor" hahaha doktor pun macam terkejut, 100% lah mengandung, kan dah nampak katung tu. So doktor pun bagi la beberapa nasihat dan suruh datang lagi 2 minggu. Masa tu dah sangat teruja terus la semua sakit datang. Lebih kepada sakit mengada-ngada hahaha. Hafiz masih tak percaya lagi dan suruh aku beli UPT yang canggih. Yelah aku pun beli la clearblue lagi tau. Balik rumah result yang kuar pun sama jugak, pregnant 3 weeks +

Kenangan terindah. Alhamdulillah


Alhamdulillah :)))))))))))))

Patutlah bulan Ramadhan tu aku kena kencing sikit-sikit, period delay dan bila bersama keluar blood stain. Itu petandaa. Tapi sebab taknak kecewa aku abaikan je lah. Mintak maaf yer baby tak jaga awak elok-elok.

Allah amik ayah aku dan dia gantikan dengan berita gembira ni. Aku tak boleh stop daripada bagitahu dekat mak aku. Nangis-nangis mak aku tau. Aku cuma bagitahu pada famili dan kawan-kawan baik aku je. Masa ni aku tak ada mengalami apa-apa alahan dan aku sangat bahagia. Aku dah download apps pregnancy, survey barang-barang baby (padahal baru 5 minggu hehehe) dan jaga pemakanan aku. 

Setiap dua minggu aku pergi check dekat pantai. Pantai tau. Memang duit macam air. Insurance tak cover untuk pregnancy. Aku baru berkira-kira nak belot dan nak pergi hospital lain. Tapi aku cakap biarlah besor-besor sikit. Sebab tak menyabor, aku ada jugak buat check up dekat hospital UMRA dekat Shah Alam dan dah bercadang nak bersalin dekat situ.

Tapi.........

Perkembangan baby aku macam tak berapa memberangsangkan lah. Size dia membesar dengan sangat perlahan. :(
Tapi mak aku kata sebab aku ni slalu sangat pergi scan cuba buat tak tahu je, Orang dulu mana ada scan-scan. Sedar-sedar dah nak bersalin je tak tahu pun jantina apa. 

12 August 2016
Aku pergi appointment semula dengan Dr. Aqmar, masa ni doktor dah cakap aku kena bersedia. Perkembangan dia macam dah berhenti. So, kemungkinan ada 50-50 je. Doktor tak suggest apa-apa dia cuma suruh tunggu lagi dua minggu. Kalau masih sama makna nye aku silent miscarriage. Sedihnya rasa hati. Aku balik rumah dengan linangan air mata. Aku tak puas hati aku ajak hafiz pergi hospital UMRA petang tu jugak. Dekat UMRA, doktor pun cakap baby aku tak membesar. Dia nasihatkan aku supaya redha. Katanya baby yang tumbesaran yang tak cantik, mungkin akan ada effect bila dia lahir nanti. Sama ada cacat atau kalau bukan sekarang dia pergi mungkin bila kandungan dah besar nanti, masa tu lagi sedih. Aku pun pasrah
Tapi doktor suruh tunggu dua minggu jugak. Tunggu samaada baby akan keluar sendiri atau kena keluarkan kalau selepas dua minggu masih tak besar lagi.

Petang tu sepatutnya aku kena balik Ipoh sebab nak ikut rombongan merisik adik ipar aku dekat Kedah. Dalam perjalanan balik ke Ipoh kami suami isteri dah muhasabah diri. Aku menangis sampai bengkak-bengkak mata sehinggalah sampai satu tahap aku redha apa ketentuan-Nya. Aku buat macam biasa je, 

13 August 2016
Aku pergi rombongan merisik dan ada hati lagi nak ke Padang Besar. Biasalah aku kan kaki jalan. Dekat padang besar aku macam aktif sangat kesana kesini.
Aku tak ada rasa sakit ke apa. memang nampak sihat je. Tapi aku dah hint-hint la dekat mak aku pasal baby aku tak membesar ni. Mak aku suruh doa je. Selagi tak kuar selagi tu masih boleh diselamatkan.
Dalam perjalanan nak balik semula ke Perak, kami singgah dekat R&R sebab nak solat. Selalu nye aku solat atas kerusi, tapi sebab time tu ramai orang aku solat macam biasa. Terasa senak jugak lah perut ni. Lepas solat baru aku pergi tandas. Dekat tandas aku nampak dekat panties ada ada blood stain. Dalam hati aku dah sampai masa ke ni
Dalam kereta aku bagitahu dekat Hafiz dan aku dah nangis teresak-esak. Tapi perlahan je sebab tak nak mak aku dekat dengar. Mak aku dok belakang. 

14 August 2016
Lepas sampai dekat Kuala Kangsar, aku pun sambung tidur masa tu dah pukul 12 mlm. Aku masih lagi sedih. Pukul tiga pagi aku terasa macam ada benda menderu-deru je keluar, bila check dah banyak darah merah. T_T
Aku kejutkan Hafiz, dia macam mamai cakap leh tunggu esok kot kalau tak sakit sangat, pastu aku kejutkan mak aku. Mak aku bergegas suruh pergi hospital. Hafiz pun terkujat la bangun hehehe
Dekat hospital kuala kangsar, aku masuk emergency ward yelah sebab baru pukul 3 am. Dan nasib baik doktor perempuan yang ada

Dekat dalam ward tu doktor scan perut aku dan buat procedure macam masukkan mulut itik tu. Aku sedih bila doktor kata "Puan, anak puan dah tak ada yer" T_T
Doktor suruh aku batuk dan cuba tarik tapi tak berjaya. Darah makin banyak keluar. Tapi aku tak ada la rasa sakit sangat. Baby aku kuat sungguh melekat dekat dalam tu

Pukul 6 aku dibawa dengan ambulance ke Taiping. Pengalaman betui naik ambulance yang terumbang ambing. Nasib baik dia ikat. Aku rasa nasib baby aku dah tak ada. Kalau ada lagi, maybe sebab terhuyung hayang dalam ambulance pun boleh menyebabkan dia terkeluar. Apa bendul semua dia langgar. Aku sampai dekat hospital Taiping dalam pukul 7 am. Doktor suruh aku simpan apa2 discaj yang keluar. Dekat hospital taiping doktor cuba tarik keluar jugak tapi tak berjaya. Doktor kata kena buat D&C jugak. Kalau nak tarik dekat hujung-hujung tu time aku sedar, aku mungkin takkan dapat tahan sakit nye.

Darah makin banyak keluar.  Jenuh aku ganti kain dan pad. Doktor nak  bawak ke makmal discaj yang berwarna putih. Itu Janin @ baby aku T_T Kalau darah beku dia tanknak

Pukul 11 am aku dibawa ke dewan pembedahan, kurang daripada tiga bulan aku kena bius lagi. Aku mintak bius penuh sebab aku dah 2 kali merasa pengalaman tu. Aku okey je. Ada lagi satu option bius separuh. Yang tu kite boleh nampak apa docktor buat tapi yang tu kena cucuk dekat belakang dan kesan nak hilang lama. Kaki pun kebas. Hospital kerajaan dah la somi tak boleh teman, kang payah pulak aku nak pergi tandas

Bila dah sedar, aku dibawa semula ke ward bersalin. Psycho betul duduk situ. Yelah kite dicampur dengan orang yang beru dapat anak, yang perut memboyot. Kite pulak baru kehilangan anak huhu. Merasala satu malam aku check in dekat hospital Taiping, esok nye aku dah boleh balik.
Aku dapat MC 7 hari

Baby aku bertahan sehingga 10 minggu 2 hari. Good night MHM. 

Dekat rumah mak jaga aku dalam pantang, Hafiz dah kena balik KL sebab kerja. Ada sehari tu, mak panggil bidan datang urut. Bila dah selesai urut aku ni terus berdezup pergi mandi. Mandi air sejuk pulak tu. Lepas tu aku terus menggigil-gigil sampai balut dengan 3 helai toto pun masih tak hilang sejuk. Kebetulan masa tu bidan tu belum balik, dia buat la air jampi sikit dan aku makan panadol baru ok. Baru tahu macamana rasanya bentan. Dan aku kena marah dengan bidan suruh jaga badan elok-elok T_T

Sekarang dah hampir 5 bulan, kalau baby masih ada mesti aku dah masuk 3rd trimester. Nak buat macamana aku Redha. Macam yang aku cakap lah, kalau belum rezeki masih belum. Tapi aku bersyukur dapat merasa nikmat mengadung. Cuma belum dapat peluang nak melahirkan dan membesarkan. Aku harap Allah akan bagi aku peluang itu lagi.

Aku harap satu hari nanti akan tiba masanya. Jadi aku dapat rasakan, jangan berhenti berusaha, macam situasi aku, tak buat apa-apa rawatan  kecuali lepas laparoscopy aku boleh conceive masa tu secara natural cuma rezeki tak panjang. Rezeki Allah nak bagi aku merasa ke Japan kot. Kalau tak aku mugkin burn tiket ke Japan tu sebab mak aku tak bagi pergi time mengandung. Ayat dia dah la susah nak dapat, dah dapat jagalah elok-elok. Hehehe

Mari kita sama-sama doakan supaya kita dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam keredhaan-Nya


6 comments:

  1. salam saya baca semua nie..gigih baca dari awal..semoga dimudahkan urusan..lama blg tak update..apa khabar sekarang

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan jlnnya slps ini...

    ReplyDelete
  3. Sy sebenarnya cari info berkenaan iui puan dr yang pertama smpi la kedua. Cari2 entry baca punya baca terbaca pula entry ni. Menitis air mata bila bc puan berjaya hamil. Sebak sgt . Fhm perasaan puan. Sy pun da 6thun menunggu , iui pertama sy mggu dpn..

    ReplyDelete