Tuesday, June 10, 2014

Bali is all about - Part 3

Day 3


Aktivti kami pada hari ini masih lagi bersama Pak Yanto. Dekat Bali aku bangun awal tau sebab hari cepat terang. Pukul 7 pagi dah terang benderang. Breakfast dekat Park Regis pun meriah dengan variasi makanan TETAPI memang terang - terangan ada tulis oink oink. Kompem tak halalan toyiba. Potong selera betul la. Aku makan roti je la, hafiz macam biasa la dengan cereal dia.

Ini je yang rasanya boleh. Selebihnya kita tawakal
Pukul 9 pagi pak yanto dah sampai dekat lobi hotel. Pak Yanto mintak maaf sebab tak dapat nak bawa kami kerana ada urusan yang tak dapat dielakkan. Pak eddie, sepupu pak yanto yang menggantikan beliau. Kami ok je janji selamat. Hahaha

Shopping di Krishna
Wow, ini memang kegemaran. Mulai hari dengan bershopping hahaha. Krishna ni macam gedung souvenir. Segala bentuk keychain, Fridge Magnet (FM), T-shirt , beg dan banyak lagi boleh dibeli dekat sini. Harga boleh tahan murah. Sebagai contoh aku beli FM dekat kedai luar, 5 biji dengan harga 20 000. Tapi dekat Krishna boleh dapat dengan harga 9000 ke 15 000 je. Murah kan? Kami dekat sini hampir 2 jam hahaha.


Yeay!
Baju ni made in Krishna :D
Pendawa Beach
Seteleh punoh poket dekat Krishna, mari kita mulakan perjalanan. Hahaha. Destinasi pertama ke Pendawa Beach. Masa ni matahari dah tegak ataih kepala. Pasir putih, ombak tinggi dan dikelilingi bukit batu yang berwarna putih. Indah. Ada entrance fees yang dikenakan sebanyak idr 5000 seorang.



Ada 5 dewa.

Patung Garuda Wisnu Kencana
Aku pun tak tahu apa yang best dekat sini selain daripada kepala garuda yang besar tu. Pak eddie kata pelancong jarang datang kesini sebab entrance fees dia mahal. Tapi aku rasa macam tak sah kalau tak pergi hahaha. Masa tu pak eddie bagi tips, suruh mengaku orang tempatan so dapat harga tiket murah. Untuk foreigner idr 100 000 dikenakan bersamaan rm30. Mahal kan? Tapi kalau mengaku orang tempatan cuma kena idr50 000 bersamaan rm15 currency pada masa itu. Pak eddie suruh cakap macam ni "Dua orang ya buk". Lepas tu dia suruh diam jangan bercakap sehingga berjaya masuk dalam hahaha berdebor jugak la masatu.

Rupa-rupanya banyak aktivti dekat dalam ni, cuma belum siap sepenuhnya. Projek (kemain macam  project manager pulak) dijangka siap tahun 2016. Sekarang ni kepala garuda dengan tangan nya pun belum bercantum lagi. Hahaha masa kami sampai ada persembahan barong dance. Ada jugak rezeki nak tengok barong dance. Tapi memang bosan dan terus pergi tengok kepala garuda. Dalam perjalanan ke situ ada booth melukis caricature. Masa tu ada sorang amoy ni tengah jadi model. Macam best je. Aku nak buat jugak la dan bila tanya harga untuk satu lukisan jawapan pakcik tu adalah free of charge. Memang aku tak gerak la tunggu turn kan

Si Barong dance

Khemah tu la booth lukisan


F.O.C
Lunch
Lunch kali ni masih segar dalam ingatan. Superb dan simple. Pak eddie bawa kami makan masakan jawa. Sambal goreng garing dia masih terasa-rasa dekat lidah ni. Haishh menyesal tak tapau. Benda tu kan tahan lama. Untuk 3 orang makan dalam rm15 je



Dreamland beach
Lawatan seterusnya ke dreamland beach. Orang kata dekat sini la lokasi carita Eat pray and love. Aku tengok macam biasa je, tapi dekat sini ramai orang surfing. Idr 20 000 dikenakan untuk memasuki kawasan pantai ni.


Padang-padang beach
Padang-padang beach pula agak redup. Mungkin kedudukan nya disebalik bukit dan batu besar. Dekat sini ramai jugak mat salleh yang mandi manda. Ada jugak yang surfing. Tapi dekat pantai ni banyak batu.  Macam tak sesuai nak mandi je. Kalau nak mandi datang Malaysia la adoii
Nak ke pantai ni mencabar tau kena masuk lorong kecik macam gua. Ada monyet pulak tu



Ombak kuat, banyak batu apa la yang best mandi dekat sini
Masjid
Sebenarnya ini bukan tempat lawatan. Tapi sejauh mana berjalan kewajipan kena ditunaikan ye dok? Memang agak susah nak cari Masjid dekat Bali berbanding kuil. Ada satu kawasan yang kami lalu ada 5 buah rumah ibadat termasuk masjid, kuil dan gereja ditempatkan sebaris. Pak eddie kata dekat bali hidup saling membantu. Hari jumaat, pihak gereja akan membantu masjid, hari ahad pula pihak masjid akan membantu gereja. Bantuan dalam bentuk kawalan lalu lintas dan parking mungkin. Aku teruja tengok masjid dekat sini. Binaan nye tak ada dinding, memang angin menderu-deru je. Sampai melayang layang la telekung aku. Hahaha



Uluwatu dan kecak dance
Dalam pukul 4.30 petang kami bergerak ke Uluwatu. Masa ni traffic dah mula sesak. Kami sampai di Uluwatu pada pukul 5 petang. Uluwatu kawasan lereng bukit atau gaung yang sangat curam tepi laut. Pemandangan yang sangat indah. Tak tahu camner nak gambarkan dengan tulisan. Dekat sini pun ada kuil. Pendek kata sekeliling bali ni memang penuh dengan kuil. Hahaha. Entrance fees untuk ke Uluwatu ini IDR 100 000 seorang.

Indah
Hafiz tak pakai shade sebab takut kena rembat
Dekat sini ada banyak monyet tau, bijak-bijak pulak tu. Pak eddie kata suka mencuri spec, beg atau apa-apa sahaja yang boleh dicuri. Kalau nak minta semula kena buat system barter. Tukar dengan makanan ke. Itu kalau depa nak, kalau depa dah berkenan memang bye bye je la kat spec mahal tu.  Tapi masa aku pergi tu, mungkin dah petang dan monyet-monyet tu dah kenyang sangat kot. Aku tengok depa macam malas je. Nak mencuri pun dah tak larat nak bawak perut hahaha

Tembam-tembam dah depa ni
Acara kemuncak di Uluwatu adalah tengok sunset dan kecak dance. Kecak dance ni best. Ada la cerita disebaliknya. Memula tengok memang tak paham tapi kita akan dibekalkan dengan sinopsis kecak dance. Jadi senang la nak paham. Tak ada iringan muzik, bunyi yang datang dari mulut penari-penari tu. Beramai ramai buat bunyi "cak cak cak cak kecak" camtu la. Akhirnya terbentuk satu irama. Elok la tengok benda ni time senja-senja nasib aku tak melompat sama hahaha




Dinner di Jimbaran
Aku baca blog atau dengar cerita orang yang dah ke Bali, mesti tak lengkap kalau tak dinner dekat Jimbaran. Apa yang best sangat? Dengar kata sekali makan RM300. Hafiz awal-awal pangkah. Hahaha. Kami kan pelancong budget. Tapi kami nak merasa jugak ke Jimbaran. Aku tanya pak yanto, boleh tak minum fresh oren je? tak payah makan. Hahaha dasar kedekut. Pak yanto jawab dia ada kenalan dekat sana yang boleh bagi pakej baik punya. Terus teruja.

Rupa-rupanya bila dah sampai dekat sini, memang best sangat. Makan seafood mengadap laut. Meja betul-betul atas pasir. Angin menderu ditemani neon neon lilin. chewah. Memang romantik abis la. Kena pulak ada pemain-main muzik datang dari meja ke meja. Depa ni hebat tau, depa akan mainkan lagu berdasarkan negara kita. Ada pelancong dari jepun depa nyanyi lagu jepun.

Pakej "Budget" kami tu ada nasi + ikan + sotong + udang + kerang. Memang lengkap la segala binatang popular dalam laut tu. Diserikan lagi dengan sup jagung dan buahan-buahan. Seorang dikenakan IDR 150 000 bersamaan RM 45 seorang. Berbaloi jugak daripada pergi timbang lepastu masa bayar kena dua ke tiga ratus.


Sup jagung pembuka bicara. eceh
Patutnya pakej ni dengan softdrink tapi rezeki dapat air ni
Untuk seorang makan. Ada 2 set cami

I love u
Sedap jugak suara depa ni
Mari balik tido. Esok nak balik ke alam yang nyata. Cuti-cuti dah tamat.
To be continued......

No comments:

Post a Comment