Thursday, May 8, 2014

Bali is all about - Part 1

Assalamualaikum

Pada suatu petang yang hening hahaha aku terasa nak balik lambat bukan sebab nak buat kerja tapi saja malas nak balik awal. hahaha lagipun Hafiz bukan ada dekat rumah pun. So, aku buka la website Airlines. Anniversary lagi sebulan camtu. Padahal baru balik dari hong kong.  Otak fikir nak berjalan je.

AA kali ni tak membantu, tak ada promo. Pastu aku buka la website MalindoAir. Masa tu malindo tengah ada promo. Aku saja la tekan-tekan ke Bali pada tarikh anniversary tu, skali aku tengok total returns ticket untuk dua orang bersamaan = RM230. Wow! Tanpa berfikir panjang tanpa meminta persetujuan menteri kewangan, aku terus je click continue sehinggalah aku dapat itinerary e-mail daripada Malindo. Hahaha.

Flight
Malindoair

270414 : KLIA (9.20 am) – Bali (12.20 pm)
300414 : Bali (13.05 pm) – KLIA (16.10 pm)

Sudah selesai beli baru call Hafiz. Dalam hati aku kata tak apa kalau tak setuju aku redha je la duit tiket tu. Nasib baik dia setuju tapi macam terpaksa setuju sebab nak buat camner tiket dah beli kan.

Selepas tu aku mula survey hotel-hotel menarik dekat Bali. Niat di hati memang nak check in dekat HardRock Hotel tapi rasa macam membazir pulak. Satu malam je dah almost rm500. Adess. Kami kan pelancong budget. Aku amik keputusan untuk booking hotel biasa-biasa sahaja. Total tiga malam untuk hotel yang aku booking bersamaan dengan rm427.78 sahajo.

Hotel
270414 - 280414 : Grand Mega Resort & SPA bali
280414 - 300414  : Park Regis Kuta hotel

Grand Mega Resort & spa
Grand Mega Resort & spa
Tak sempat nak mandi pun
Park Regis Kuta
Park Regis Kuta
Ini pun tak sempat nak mandi

Not bad kan? Harga dalam rm110 ke rm160 camtu la. Nak tidur je pun, sehari suntuk berjalan, nak mandi kolam pun tak sempat.

Tourist Guide
Seterusnya misi mencari tourist guide di bali. Aku tanya juga contact number tourist guide dekat saudara mara atau kawan kawan yang pernah pergi bali , tapi semuanya cepat sangat hilang ingatan. ceh. Akhirnya, dengan bantuan Google, aku jumpa beberapa blog yang review pasal seorang tourist guide ni. Pak Yanto namanya.

Aku cuba hantar e-mail kepada beliau dan dalam 10 minit dah dapat reply. Okeh bagus respon dan harga boleh tahan murah. Aku minta quotation untuk dua kali airport tranfer dan dua hari full day tourist guide. Ini contoh e-mail daripada Yanto. Jadi total untuk 4 hari kami disana ialah idr800 000 bersamaan rm250 currency pada masa tu :D

Kita tidak akan berkongsi dengan pelancong yang lain tau. Pakej tidak termasuk entrance fees untuk tempat-tempat yang kita lawati tu. Hok tu kena bayar sendiri.

Click gambar untuk mendapatkan contact info Pak Yanto

Dah selesai booked flight + hotel + tourist guide, tukar duit rupiah, documentation semua. Jangan lupa buat itinerary dekat sana supaya semua tempat wajib sempat dilawati :D

To be continued......

No comments:

Post a Comment